universiti putra malaysia perbandingan sahsiah … · universiti putra malaysia siti rabeah masri...

14
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SITI RABEAH MASRI FBMK 2012 11 PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

Upload: others

Post on 15-Feb-2020

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

SITI RABEAH MASRI

FBMK 2012 11

PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

Page 2: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH

DALAM NOVEL-NOVEL PILIHAN

SITI RABEAH MASRI

MASTER SASTERA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2012

Page 3: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL

PILIHAN

Oleh

SITI RABEAH MASRI

Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti

Putra Malaysia sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Master

Sastera

NOVEMBER 2011

Page 4: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

ii

DEDIKASI

Untukmu Wanita

Wanita itu cantik

Atas dasar rupanya

Wanita itu cantik

Atas dasar kepintarannya

Wanita itu cantik

Atas dasar keimanannya

Secantik-cantik wanita

Apabila diberikan sesuatu

....Dia bersyukur

Apabila tidak diberikan apa-apa

....Dia bersabar

Apabila melihatnya

....Dia menyenangkan

Apabila kamu menyuruhnya

....Dia mentaati

Jadilah kamu secantik wanita

Penghibur hati....

Penenang jiwa....

Page 5: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

iii

Abstrak ini dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai

memenuhi keperluan Ijazah Master Sastera

PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-NOVEL

PILIHAN

Oleh

SITI RABEAH MASRI

NOVEMBER 2011

Pengerusi: Kamariah Kamarudin, PhD

Fakulti: Bahasa Moden dan Komunikasi

Muslimah yang mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah SWT

kurang diperagakan dengan sahsiah dan keperibadian yang sebenar mengikut

pandangan Islam. Walaupun ada terdapat kajian-kajian tentang wanita,

namun dari sudut sahsiah yang memperlihatkan keperibadian Muslimah dari

sudut pandangan Islam masih kurang dilakukan. Justeru, kajian ini dilakukan

untuk melihat keunggulan sahsiah Muslimah dalam novel-novel pilihan, iaitu

Surat-surat Perempuan Johor dan Tunggu Teduh Dulu karya Faisal Tehrani

serta Atas Nama Cinta dan Satu Bumi karya Isa Kamari yang berupaya

membawa nilai-nilai kemurnian Islam untuk meningkatkan sahsiah terpuji

dalam diri khalayak pembaca. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti

sahsiah Muslimah dalam novel-novel pilihan. Seterusnya, menganalisis

sahsiah Muslimah dengan menggunakan Teori Takmilah sebagai landasan

kajian. Hasil kajian terhadap aspek sahsiah Muslimah dari sudut akidah,

sahsiah Muslimah dari sudut ibadah dan sahsiah Muslimah dari sudut akhlak

Page 6: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

iv

menunjukkan bahawa Muslimah mempunyai keperibadian dan sahsiah yang

unggul kerana berpegang kepada tiga sendi Islam. Sahsiah Muslimah dari

sudut akidah menemukan nilai keimanan dan ketakwaan Muslimah terhadap

Allah SWT. Aspek ibadah pula meliputi nilai-nilai ajaran Islam seperti solat

dan membaca al-Quran. Manakala aspek akhlak pula dominan

memperlihatkan ketinggian sahsiah Muslimah dalam memelihara

hubungannya dengan ibu bapa, diri sendiri dan masyarakat. Hasil kajian

menunjukkan ketiga-tiga aspek ini bertepatan dengan gagasan Teori

Takmilah yang membawa perutusan kebaikan bagi meningkatkan sahsiah

yang terpuji dalam diri khalayak pembaca. Kajian ini juga memperlihatkan

bahawa nilai-nilai kemurnian akhlak Islam yang wujud dalam diri Muslimah

berupaya memartabatkan ketinggian sahsiah dan seterusnya menjadi contoh

teladan kepada pembentukan nilai-nilai murni dalam kalangan pembaca.

Page 7: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

v

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in

fulfilment of the requirement for the degree of Master of Arts

COMPARISON OF MUSLIMAH’S PERSONALITY IN THE

SELECTED NOVELS

By

SITI RABEAH MASRI

NOVEMBER 2011

Chairman : Kamariah Kamarudin, PhD

Faculty: Modern Languages and Communication

Muslimah that have a special position beside Allah SWT exhibited with the

true Islamic personality of Muslimah in literature work. Although there is

studies about Muslimah, however the true Islamic personality of Muslimah

still not very frequently done in literature work. Hence, this study carried out

to see the excellence Muslimah’s personality in the selected novels, namely

Surat-surat Perempuan Johor and Tunggu Teduh Dulu by Faisal Tehrani and

Atas Nama Cinta and Satu Bumi by Isa Kamari that able to bring Islamic

values to increase admirable personality among readers. The objectives of

this study is to identify Muslimah’s personality in the selected novels. Then,

analyzed the Muslimah’s personality using Teori Takmilah as a basis for the

study. The results on Muslimah’s personality from the perspective of faith,

the Muslimah’s personality in terms of religious and moral character shows

that Muslimah have a superior character and personality because upholds the

three core of Islam. This research found that Muslimah’s personality from the

Page 8: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

vi

perspective of faith discover about faith and piety towards Allah SWT.

While, aspects of religious worship encompasses the values of Islam such as

prayer and reading the Quran. On the other hand, morality aspect is dominant

to show the height personality in maintaning relationship with parent, oneself

and society. Result research showed this all three aspect is consistent with

Teori Takmilah which brought good message to increase personality that is

admirable among readers. This also showed that Islamic values that exists in

Muslimah’s personality able to unravel a highly personality and consequently

become paragon to good values formation among reader.

Page 9: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

vii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya telah memberi

keizinan dan kekuatan kepada pengkaji untuk menyempurnakan tesis ini.

Sesungguhnya segala kesempurnaan adalah milik-Nya dan segala kekurangan adalah

daripada sifat pengkaji sendiri.

Pada kesempatan ini, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak membantu pengkaji

untuk menyiapkan tesis ini, terutamanya Dr. Kamariah Kamarudin dan Dr. Pabiyah

Hajimaming yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat malah

perangsang semangat untuk pengkaji menyelesaikan tesis ini dengan sempurna.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti

Bahasa Moden dan Komunikasi dan semua yang telah mencurahkan ilmu

pengetahuan dan tunjuk ajar kepada pengkaji sepanjang pengajian di Universiti

Putra Malaysia yang tercinta ini. Segala ilmu yang dicurahkan akan digunakan

sebaik mungkin demi masa depan diri, keluarga, masyarakat dan juga negara.

Sekalung budi juga ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung

mahupun tidak langsung seperti Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra

Malaysia, Perpustakaan Tun Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat

Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara

Malaysia, dan Perpustakaan Pendeta Za’aba, Universiti Malaya atas segala bantuan

dan maklumat yang diperoleh.

Buat teman-teman yang tercinta, jasa baik kalian telah mengajar diri ini tentang

metafora kehidupan. Kesabaran dan kecekalan kalian dalam memaknakan erti

persahabatan ini akan sentiasa segar dalam ingatan. Terima kasih akan segala

kenangan ini. Akhir kalam, semoga apa yang tertulis ini dapat menjadi ilmu yang

bermanfaat untuk pembaca kelak. Sesungguhnya segala kebaikan itu datangnya

daripada Allah dan sesuatu keburukan itu adalah daripada sifat-sifat makhluk

kejadiannya. Sekian, terima kasih.

Page 10: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

viii

Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Pemeriksa telah berjumpa

pada 2 Disember 2011 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Siti Rabeah

Binti Masri untuk menilai tesis Master Sastera beliau yang bertajuk “Sahsiah

Muslimah dalam Novel-novel Pilihan” mengikut Akta Universiti Pertanian

Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia

(Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa tersebut telah

memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah berkenaan.

Ahli Pemeriksa Jawatankuasa adalah seperti berikut:

Adi Yasran bin Abdul Aziz, PhD

Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Arba’ie Sujud, PhD

Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pemeriksa Dalam)

Samsina Abd. Rahman, PhD

Profesor Madya

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pemeriksa Dalam)

Mawar Safei, PhD

Pensyarah

Pusat Pengajian Bahasa

Universiti Malaysia Sarawak

(Pemeriksa Luar)

_______________________

Seow Heng Fong, PhD

Profesor dan Timbalan

Dekan (Tesis)

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh:

Page 11: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

ix

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah

diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk Ijazah Master Sastera.

Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:

Kamariah Kamarudin, PhD

Pensyarah Kanan

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Pengerusi)

Pabiyah Hajimaming, PhD

Pensyarah Kanan

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

__________________________

BUJANG BIN KIM HUAT, PhD

Profesor dan Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah

Universiti Putra Malaysia

Tarikh:

Page 12: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

x

PERAKUAN

Saya mengakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan

petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya

juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan serentak dengan

ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi lain.

_________________________

SITI RABEAH BINTI MASRI

Tarikh:

Page 13: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

xi

SENARAI KANDUNGAN

Muka surat

HALAMAN JUDUL i

DEDIKASI ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT v

PENGHARGAAN vii

PENGESAHAN ix

PERAKUAN x

SENARAI RAJAH xiii

BAB

I PENDAHULUAN

Pengenalan 1

Pernyataan Masalah 5

Objektif Kajian 7

Metodologi Kajian 7

Kepentingan Kajian 8

Batasan Kajian 10

Definisi Konsep dan Operasional 11

Sahsiah 12

Muslimah 15

Akidah 14

Ibadah 15

Akhlak 16

II SOROTAN KAJIAN

Sorotan Wanita 19

Sorotan Teori Takmilah 37

III METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kepustakaan 47

Kaedah Analisis Teks 48

Sejarah Teori Takmilah 48

Falsafah, Teori dan Prinsip Takmilah 50

Page 14: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERBANDINGAN SAHSIAH … · universiti putra malaysia siti rabeah masri fbmk 2012 11 perbandingan sahsiah muslimah dalam novel-novel pilihan ©

© COPYRIG

HT UPM

xii

IV PERBANDINGAN SAHSIAH MUSLIMAH DALAM NOVEL-

NOVEL PILIHAN

Pengenalan 69

Sahsiah Muslimah Dari Sudut Akidah 70

Keimanan 72

Ketakwaan 79

Sahsiah Muslimah Dari Sudut Ibadah 88

Solat 90

Membaca Al-Quran 96

Sahsiah Muslimah Dari Sudut Akhlak 105

Akhlak Terhadap Ibu Bapa 107

Akhlak Terhadap Diri Sendiri 115

Akhlak terhadap Masyarakat 122

Kesimpulan 138

V KESIMPULAN 139

Kesimpulan 139

Penutup 147

NOTA HUJUNG 149

RUJUKAN 159

BIODATA PELAJAR 165