unit 3 (pendekatan mengajar kaedah gabungan).pdf

4
KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan 1 UNIT 3 PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA (KGBK) HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat : 1. Pendekatan A 2. Pendekatan B 3. Pendekatan C 4. Pendekatan D PENGENALAN Pada peringkat awal membaca, murid-murid diajar secara mekanis untuk menyebut huruf dan kata dengan suara yang kuat. Bacaan bersuara seperti ini adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan menggerakkan alat-alat pertuturan untuk sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna. ISI KANDUNGAN Pendekatan A Dalam KBSR, pendekatan-pendekatan mengajar membaca awal yang disarankan di peringkat awal persekolahan disebut sebagai pendekatan A, pendekatan B, pendekatan C, dan pendekatan D. Pendekatan A adalah kaedah campuran yang menggunakan kaedah cerakinan. Dalam pendekatan ini kegiatan pra membaca dilakukan pada peringkat awal. Ia melibatkan tugas mengenalkan huruf-huruf terlebih dahulu dan kemudian dilatih menyebut bunyi huruf-huruf tersebut. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai. Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi. Tatacara pendekatan ini boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut: (a) Tunjukkan gambar : Gambar baju (b) Tunjukkan kad perkataan : Baju (c) Tunjukkan kad suku kata : ba ju (d) Gandingkan kad suku kata : ba ju (e) Bunyi huruf : b (beh) a (a) (ju); j (jeh) u (u) (f ) Bunyi suku kata : ba ju (g) Membaca perkataan : baju

Upload: lehskss

Post on 26-Oct-2015

102 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

krb 3013 -prinsip pengajaran bacaan sem. 5

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 3  (PENDEKATAN MENGAJAR KAEDAH GABUNGAN).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

1

UNIT 3

PENDEKATAN MENGAJAR AWAL MEMBACA

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA (KGBK)

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat :

1. Pendekatan A 2. Pendekatan B 3. Pendekatan C 4. Pendekatan D

PENGENALAN Pada peringkat awal membaca, murid-murid diajar secara mekanis untuk menyebut huruf dan kata dengan suara yang kuat. Bacaan bersuara seperti ini adalah bacaan mekanis yang menyuarakan tulisan dengan menggerakkan alat-alat pertuturan untuk sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya ialah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat membunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

ISI KANDUNGAN

Pendekatan A Dalam KBSR, pendekatan-pendekatan mengajar membaca awal yang disarankan di peringkat awal persekolahan disebut sebagai pendekatan A, pendekatan B, pendekatan C, dan pendekatan D.

Pendekatan A adalah kaedah campuran yang menggunakan kaedah cerakinan. Dalam pendekatan ini kegiatan pra membaca dilakukan pada peringkat awal. Ia melibatkan tugas mengenalkan huruf-huruf terlebih dahulu dan kemudian dilatih menyebut bunyi huruf-huruf tersebut. Pengenalan kepada nama huruf dilakukan secara tidak langsung dan digalakkan selepas bunyinya dikuasai.

Pendekatan ini menekankan kepada kaedah pandang dan sebut dan dibantu oleh kaedah sokongan seperti kaedah suku kata dan kaedah huruf atau bunyi. Tatacara pendekatan ini boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut:

(a) Tunjukkan gambar : Gambar baju : (b) Tunjukkan kad perkataan : Baju (c) Tunjukkan kad suku kata : ba ju (d) Gandingkan kad suku kata : ba ju (e) Bunyi huruf : b (beh) a (a) (ju); j (jeh) u (u) (f ) Bunyi suku kata : ba ju (g) Membaca perkataan : baju

Page 2: UNIT 3  (PENDEKATAN MENGAJAR KAEDAH GABUNGAN).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

2

Pendekatan B Pendekatan B berasaskan kepada kaedah fonik (bunyi), digabungkan dengan kaedah suku kata serta dibantu oleh kaedah pandang dan sebut. Penggabungan kaedah-kaedah ini adalah untuk menjelaskan makna perkataan yang dipelajari. Ia memperlihatkan susunan bunyi dalam perkataan yang bermakna. la sesuai dijalankan dalam bentuk binaan dan juga cerakinan.

Pada peringkat permulaan, dua bunyi huruf diperkenalkan kepada murid-murid, iaitu huruf /m/ dan huruf /s/. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid-murid dan memahamkan konsep bunyi huruf. Kedua-dua bunyi lambang dianggap, mudah disebut oleh murid-murid dan dapat pula mengaitkan bunyi huruf dengan bentuk huruf. Pendekatan B boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

Perkenalkan huruf fonik : k Sebut bunyi huruf : k k k k Gabungkan bunyi konsonan dengan bunyi : ka ka ka ka vokal untuk membentuk suku kata Suku kata tertutup : kak kak kak kak Gabungkan suku kata menjadi perkataan : ka kak, ka kak Membaca perkataan : kakak, kakak Membaca ayat : ini kakak, kakak saya

Pendekatan C Pendekatan C biasanya disebut sebagai pendekatan bunyi kata. la berdasarkan perkara-perkara berikut:

a) Sistem ejaan bahasa Malaysia adalah sistematik dan fonemik b) Suku katanya adalah jelas dan mudah c) Perkataan-perkataan yang digunakan pada permulaan pendekatan telah

pun diketahui maknanya oleh kebanyakan murid. Pendekatan ini mencadangkan agar murid-murid diperkenalkan dengan bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. Pendekatan C boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

a) Perkenalkan bunyi huruf vokal : a, i, u b) Perkenalkan bunyi huruf konsonan : k c) Menggabungkan bunyi konsonan dan vokal : ka, ki, ku d) Mencantumkan suku kata menjadi perkataan : ka + ki = kaki,

ku +ku = kuku e) Membaca ayat : Kaki ku, Kuku Kaki,

Kuku kakiku

Page 3: UNIT 3  (PENDEKATAN MENGAJAR KAEDAH GABUNGAN).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

3

Pendekatan D Pendekatan D berdasarkan prinsip sintesis atau membina, iaitu menyusun bahagian-bahagian kecil menjadi besar. Kaedah-kaedah yang terkandung dalam pendekatan ini adalah kaedah abjad atau kaedah mengeja, kaedah bunyi huruf dan kaedah suku kata. Pendekatan D boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

a) Tunjukkan gambar : baju b) Namakan huruf tunggal : b a j u c) Perkenalkan kad suku kata : ba ju d) Perkenalkan kad perkataan : baju e) Membaca ayat : Itu baju.

Ini baju.

RUMUSAN Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) yang merupakan salah satu kaedah awal bacaan telah dibincangkan melalui beberapa pendekatan yang sesuai dalam prinsip pengajaran bacaan.

RUJUKAN Abd. Ghafar Md. Din (1993).Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan, dan Pemahaman. Jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, A.L. (1980). Metacognitive Development and Reading dalam Theoritical Issues In Reading Comprehension Perspectives From Cognitive Psychology Linguistics, Artifical, Intelligence And Education. Spiro R.J (ed.) Hillsdale. Lawrence Erlbaum Associates. Dale D. Johnson dan P. David Pearson (1978). Teaching Reading and Reading Vocabulary. New York. Holt, Rinehart dan Winston. Dorothy Grant Henning (1993).Reading With Meaning. New Jersey. Prentice Hall. Dorothy Rubin (1993).A Practical Approach to Teaching Reading. Boston. Allyn and Bacon. Frank B. May (1990). Reading as Communication. Ohio. Merrill Publication Company. Frank Smith (1971). Understanding Reading. New York. Holt, Rinehart dan Winston. H. Alan Robinson (1978). Teaching Reading And Study Strategies. The Content Area. Boston. Allyn and Bacon. Irwin L. Joffe. (1980). Opportunity For Skinful Reading. Sixty Edition. California. Wadsworth Publishing Company. Kathleen T. McWhorter (1984). Academic Reading. Harper Collins College Publishers. New York. Marohaini Yusof (1989). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur. Karya Bistari.

Page 4: UNIT 3  (PENDEKATAN MENGAJAR KAEDAH GABUNGAN).pdf

KRB 3013 : Prinsip Pengajaran Bacaan

4

McNeil, J.D. (1992). Reading Comprehension. New Directions For Classroom Practice. New York. Harper Collins Publishers. Safiah Osman (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.) Membaca : Satu Pengenalan. Kuala Lumpur. Berita Publishing Sdn. Bhd. Sharon J. Crawley & Lee H. Mountain (1988). Strategies For Guiding Content Reading. Boston. Allyn & Bacon, Inc.