gabungan pendekatan konstruktivisme dan · pdf filesejarah pada peringkat sekolah, mahupun...

24
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 133 GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN BEHAVIORLISME BAGI MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN TIGA oleh PN. YONG SHU LAN Sekolah Tinggi Kota Kinabalu Jalan Penampang Kota Kinabalu, Sabah. ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menentukan keberkesanan kaedah pengajaran berdasarkan model konstruktivisme dan behaviorlisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah Tingkatan Tiga. Kaedah pengajaran yang digunakan ini dipercayai akan membantu pelajar lebih memahami isi kandungan pelajaran sejarah dan menguasai teknik menjawab soalan objektif bagi subjek ini. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan merancang P&P yang sesuai, memilih video dalam bentuk animasi yang menarik dan mereka bentuk permainan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran. Pengkaji juga menyediaan modul sejarah berformatkan soalan objektif tahun-tahun lepas untuk membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan tayangan video berbentuk animasi, perbincangan bersama kelas, melengkapkan fakta dan maklumat dalam peta minda, menjawab soalan latihan melalui tayangan LCD projector dan pembacaan buku teks untuk mencari maklumat dan fakta terperinci yang penting serta menjawab soalan latih tubi dalam modul yang dihasilkan oleh guru . Kajian ini tertumpu kepada 64 orang pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar yang sangat lemah. Hanya 2% pelajar daripada kumpulan ini yang lulus ( D sahaja ) sejarah pada akhir tahun Tingkatan 2. Tempoh masa kajian adalah selama 3 bulan, iaitu dari bulan Julai hingga September. Penilaian dibuat melalui soalan soal selidik, ujian pra ( Percubaan PMR I ) dan ujian pos ( percubaan PMR II ) yang akan menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini memberikan kesan yang diharapkan kerana keputusan ujian pos dan keputusan sebenar dalam peperiksaan PMR menunjukkan peningkatan prestasi yang diharapkan-harapkan selepas penggunaan kaedah tersebut.

Upload: dothu

Post on 30-Jan-2018

249 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

133  

GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN BEHAVIORLISME BAGI MENINGKATKAN PRESTASI MATA PELAJARAN SEJARAH

TINGKATAN TIGA oleh

PN. YONG SHU LAN Sekolah Tinggi Kota Kinabalu

Jalan Penampang Kota Kinabalu, Sabah.

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan menentukan keberkesanan kaedah pengajaran

berdasarkan model konstruktivisme dan behaviorlisme dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sejarah Tingkatan Tiga. Kaedah pengajaran yang digunakan ini dipercayai akan

membantu pelajar lebih memahami isi kandungan pelajaran sejarah dan menguasai teknik

menjawab soalan objektif bagi subjek ini. Perancangan untuk tindakan dibuat dengan

merancang P&P yang sesuai, memilih video dalam bentuk animasi yang menarik dan mereka

bentuk permainan yang sesuai dengan isi kandungan pelajaran. Pengkaji juga menyediaan

modul sejarah berformatkan soalan objektif tahun-tahun lepas untuk membantu pelajar

menguasai teknik menjawab soalan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran melibatkan tayangan

video berbentuk animasi, perbincangan bersama kelas, melengkapkan fakta dan maklumat

dalam peta minda, menjawab soalan latihan melalui tayangan LCD projector dan pembacaan

buku teks untuk mencari maklumat dan fakta terperinci yang penting serta menjawab soalan

latih tubi dalam modul yang dihasilkan oleh guru . Kajian ini tertumpu kepada 64 orang pelajar

yang dikategorikan sebagai pelajar yang sangat lemah. Hanya 2% pelajar daripada kumpulan

ini yang lulus ( D sahaja ) sejarah pada akhir tahun Tingkatan 2. Tempoh masa kajian adalah

selama 3 bulan, iaitu dari bulan Julai hingga September. Penilaian dibuat melalui soalan soal

selidik, ujian pra ( Percubaan PMR I ) dan ujian pos ( percubaan PMR II ) yang akan

menunjukkan kesan penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. Keputusan

kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini memberikan kesan yang diharapkan kerana

keputusan ujian pos dan keputusan sebenar dalam peperiksaan PMR menunjukkan peningkatan

prestasi yang diharapkan-harapkan selepas penggunaan kaedah tersebut.

Page 2: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

134  

PENGENALAN

Langkah Kementerian Pelajaran menjadikan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus

pada tahun 2013 di peringkat SPM dilihat sangat signifikan dalam konteks semasa. Seterusnya

menjadikannya sebagai subjek teras untuk sekolah rendah mulai 2014. Hal ini selaras dengan

transformasi dalam sistem pendidikan negara iaitu perubahan KBSR kepada KSSR mulai tahun

2011. Langkah ini secara tidak langsung akan memartabatkan lagi kedudukan mata pelajaran

ini dalam kaca mata masyarakat. Shakila Yacob (2010) melihat langkah mewajibkan subjek

Sejarah ini bertujuan untuk memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, menonjolkan kepentingan

dan kerelevanan ilmu sejarah dalam setiap aspek kehidupan rakyat Malaysia dan

memperkasakan legasi sejarah Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat selari

dengan perjuangan 1 Malaysia. Berdasarkan kenyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa

pembuat dasar negara sangat peka terhadap kepentingan mata pelajaran ini sebagai wawasan

masa hadapan dalam proses membina perpaduan bangsa dan negara. Dasar mewajibkan

pelajar sekolah menengah mempelajari sejarah adalah menepati kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) yang inginkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar

secara serentak dan bersepadu. Sebelum ini mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai mata

pelajaran kelas kedua dan dikaitkan dengan pelajar-pelajar aliran sastera ( Abdul Ghani 2008).

Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas

adalah untuk memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga

menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan adalah memberikan

fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka

Page 3: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

135  

masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran

dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan,

perkembangan kemahiran dan lima pemupukan nilai-nilai. Kedudukan mata pelajaran Sejarah

dijelaskan seperti yang berikut: “ mata pelajaran Sejarah dalam KBSM, merupakan mata

pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah.”(Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2002). Pelajar pada zaman globalisasi ini perlu diberikan pemahaman yang

mendalam tentang proses perkembangan masyarakat dan negara. Kesedaran yang mendalam

tentang sejarah penting kerana kini ,negara kita melalui pelbagai cabaran serta kejayaan, dan

hanya melalui mata pelajaran Sejarah kita dapat mewujudkan kebanggaan dan keperibadian

bangsa Malaysia (Abdul Shukor, 1998). Oleh sebab itu, mata pelajaran Sejarah memainkan

peranan penting dalam memberikan penekanan kepada unsur kesinambungan dan perubahan

yang berlaku dalam kehidupan masyarakat dan negara.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Dalam kajian ini, masalah yang dikenal pasti adalah pelajar yang tidak lulus mata pelajaran

Sejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan

pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai pelajar yang tidak lulus mata pelajaran ini

disebabkan mereka kurang meminati pelajaran Sejarah yang pada tanggapan mereka

merupakan mata pelajaran yang amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-

tajuk dan peristiwa sejarah yang memerlukan penghafalan.

Pelajar juga menghadapi masalah mendapat konsep keseluruhan mengenai urutan

peristiwa bersejarah dalam satu-satu bab. Pelajar tidak dapat melihat peristiwa-peristiwa secara

Page 4: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

136  

keseluruhan atau urutan yang berterusan. Justeru itu, ini tidak membantu pelajar membentuk

konsep kandungan keseluruhan sesuatu bab ataupun membantu mereka mengaitkan satu topik

dengan topik yang lain dalam sesuatu bab.

Kajian oleh Abdul Razak dan Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling

Jaya dan Kuala Selangor mendapati pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran Sejarah

sebagai subjek sampingan yang tidak mendatangkan faedah. Tanggapan ini dikaitkan dengan

mata pelajaran Sejarah yang tidak memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai

komersial (Sivachanlingam et al. 2008). Menurut Zahara Aziz (2000) sekiranya guru

mementingkan pengajaran yang memberi latihan kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila

pelajar meninggalkan alam persekolahan dan menjejak ke alam baharu, mereka akan berasa

lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran

dengan kritis dan kreatif. Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran

kreatif dan inovatif yang dapat melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan berserta

dapat memberi peluang kepada pelajar untuk lebih berinteraksi sesama pelajar dan

menimbulkan keseronokan di dalam kelas.

Oleh hal yang demikian, guru merasakan adalah perlu suatu kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang berlainan dan dapat meningkatkan minat, pemahaman dan ingatan pelajar

terhadap mata pelajaran Sejarah. Kajian yang dijalankan adalah memberikan tumpuan kepada

penggabungan model konstruktivisme dan behaviorlisme untuk menjadikan proses pengajaran

dan pembelajaran lebih menarik minat pelajar-pelajar dalam pembelajaran di kelas dan yang

lebih penting ialah pelajar dapat menguasai konsep keseluruhan bab demi bab malahan mampu

meningkatkan ingatan pelajar terhadap pelajaran yang diajar oleh guru. Selan itu, penggunaan

Page 5: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

137  

gabungan dua model ini juga mampu mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan

menjadikan guru lebih berkaliber dalam menyampaikan pengajaran Sejarah dengan lebih efektif

lagi.

2.0 Pendekatan Konstruktivisme

Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),

konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan. Individu sentiasa membina pengetahuan

sendiri berdasarkan premis pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau

pengalaman baru. Konstuktivis memberi idea-idea baru tentang pertumbuhan kognitif dan

pembelajaran. Konstruktivis menerangkan bagaimana pengetahuan baru disusun dalam minda

manusia. Penekanan diberikan mengikut keperluan manusia membina pemahaman tentang

sesuatu konsep. Pendekatan ilmu pembelajaran diperoleh melalui pengalaman, renungan dan

pengabstrakan. Pendekatan konstruktivisme sangat penting dalam proses pembelajaran kerana

pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari

dengan pengetahuan yang sedia ada pada mereka. Dalam proses ini, pelajar dapat

meningkatkan pemahaman mereka tentang sesuatu perkara.

2.1 Aplikasi Pendekatan Konstruktivisme Kepada Pengajaran

Mengikut Noriati, Boon Poon Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), antara

amplikasi teori konstruktivisme ini kepada proses pengajaran ialah guru hendaklah bijak

merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta mengambil kira segala aspek yang

berkaitan dengan keupayaan murid. Selain itu, guru haruslah dapat mengenal pasti Zon

Perkembangan terdekat ( ZPD ) dalam diri murid-murid berdasarkan beberapa aktiviti yang

Page 6: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

138  

dijalankan di dalam kelas demi mengetahui tahap murid tersebut sama ada berada di zon

bawah ataupun zon atas. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru mencari

pendekatan yang bersesuaian untuk membantu murid menguasai sesuatu sesi pembelajaran.

Seperkara lagi, guru juga berperanan untuk memilih beberapa orang murid yang lebih

berkemahiran untuk mengajar murid lain yang belum lagi menguasai sesuatu proses

pembelajaran. Bantuan daripada rakan-rakan yang lebih mahir adalah sangat membantu kerana

berkemungkinan besar murid yang tidak mahir itu lebih selesa diajarkan oleh rakan-rakan yang

lebih dikenali dan mesra. Seseorang pelajar juga sebenarnya adalah lebih mudah memahami

sesuatu perkara itu apabila dibimbing oleh rakan sebaya mereka jika dibandingkan dengan guru.

Di samping itu, melalui pendekatan konstruktivisme, guru haruslah menyediakan lebih banyak

contoh dan bahan sumber yang boleh digunakan untuk membantu murid membuat perkaitan

dengan isi pelajaran yang dipelajari. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid-murid

tersebut membina pemahaman baharu yang belum lagi diketahui atau dikuasai oleh mereka.

Lebih banyak contoh dan bahan sumber ditunjukkan kepada murid-murid, lebih banyak

pengetahuan dapat dikuasai oleh seseorang murid itu.

Tambahan pula, guru juga seharusnya mengaitkan isi pelajaran yang diajarkan kepada

murid dengan situasi sebenar. Apabila sesuatu isi pelajaran itu dikaitkan dengan situasi sebenar,

murid secara tidak langsung akan lebih memahami sesi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Jadi, tugasan autentik yang berasaskan masalah alam nyata, pengalaman berasaskan konteks

sebenar, aktiviti simulasi dan sebagainya bolehlah dijalankan oleh guru ketika di dalam kelas.

Seterusnya,gerak kerja kumpulan dan perbincangan kumpulan merupakan salah satu strategi

yang baik sekali bagi mewujudkan interaksi yang berkualiti dalam kalangan murid-murid.

Page 7: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

139  

Aplikasi teori ini yang terakhir sekali ialah guru haruslah sentiasa memberikan penerangan yang

jelas kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar murid

tidak akan menyalahtafsir arahan atau kehendak guru. Maka, penerangan guru yang jelas,

selaras dengan pemikiran dan laras bahasa murid dan disertakan dengan pelbagai contoh

adalah penting untuk membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran.

3.0 Pendekatan Behaviorisme

Teori belajar behavioristik adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan Berliner

tentang perubahan tingkah laku sebagai hasil daripada pengalaman. Teori ini lalu berkembang

menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap arah pengembangan teori dan

praktik pendidikan dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik. Aliran ini

menekankan terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar. Teori behavioristik

dengan model hubungan stimulus-responnya, mendudukkan orang yang belajar sebagai

individu yang pasif. Respon atau perilaku tertentu dengan menggunakan metode pelatihan atau

pembiasaan semata-mata. Munculnya perilaku akan semakin kuat apabila diberikan penguatan

dan akan menghilang apabila dikenakan hukuman. Pendidikan behaviorisme merupakan kunci

dalam mengembangkan keterampilan dasar dan dasar-dasar pemahaman dalam semua bidang

subjek dan pengurusan kelas. Ada ahli yang menyebutkan bahwa teori belajar behavioristik

adalah perubahan perilaku yang dapat diamati, diukur dan dinilai secara konkrit.

Ciri dari teori belajar behaviorisme adalah mengutamakan unsur-unsur dan bahagian

kecil, bersifat mekanistik, menekankan peranan lingkungan, mementingkan pembentukan reaksi

atau respon, menekankan pentingnya latihan, mementingkan mekanisme hasil

belajar,mementingkan peranan kemampuan dan hasil belajar yang diperoleh adalah munculnya

Page 8: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

140  

perilaku yang diinginkan. Guru yang menganut pandangan ini berpandapat bahwa tingkahlaku

siswa merupakan reaksi terhadap lingkungan dan tingkahl laku adalah hasil belajar. Dalam hal

konsep pembelajaran, proses cenderung pasif berkenaan dengan teori behavioris. Pelajar

menggunakan tingkat keterampilan pengolahan rendah untuk memahami materi dan material

sering terisolasi dari konteks dunia nyata atau situasi. Sedikit tanggungjawab ditempatkan pada

pembelajar mengenai pendidikannya sendiri. Ada beberapa tokoh teori belajar behaviorisme.

Tokoh-tokoh aliran behavioristik tersebut antaranya adalah Thorndike, Watson, Clark Hull,

Edwin Guthrie, dan Skinner.

3.1 Aplikasi Pendekatan Behaviorisme Kepada Pengajaran

Aplikasi teori belajar behaviorisme dalam kegiatan pembelajaran tergantung kepada

beberapa hal seperti: tujuan pembelajaran, sifat materi pelajaran, karakteristik pelajar, media

dan fasilities pembelajaran yang tersedia. Pembelajaran yang dirancang dan berpijak pada teori

behaviorisme memandang bahawa pengetahuan adalah objektif, pasti, tetap, tidak berubah.

Pengetahuan telah terstruktur dengan rapi, sehingga belajar adalah perolehan pengetahuan,

sedangkan mengajar adalah memindahkan pengetahuan (transfer of knowledge) ke orang yang

belajar atau pelajar. Fungsi fikiran adalah untuk menjiplak struktur pengetahuan yag sudah ada

melalui proses berfikir yang dapat dianalisis, sehingga makna yang dihasilkan dari proses

berfikir seperti ini ditentukan oleh karakteristik struktur pengetahuan tersebut. Pelajar

diharapkan akan memiliki pemahaman yang sama terhadap pengetahuan yang diajarkan.

Ertinya, apa yang difahami oleh pengajar atau guru itulah yang harus difahami oleh murid.

Teori ini juga cocok diterapkan untuk melatih anak-anak yang masih membutuhkan dominansi

peran orang dewasa, suka mengulangi dan harus dibiasakan, suka meniru dan senang dengan

bentuk-bentuk penghargaan langsung seperti diberi permen atau pujian.

Page 9: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

141  

4.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian tindakan ini adalah untuk melihat kesan penggunaan pendekatan

konstruktivisme dan behaviorlisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan

tumpuan khusus kepada pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki peperiksaan PMR pada

hujung tahun 2012. Penggunaan gabungan dua model ini ialah pendekatan yang difikirkan oleh

guru untuk mengatasi masalah pelajar yang kurang atau langsung tidak meminati

pembelajaran sejarah dalam kelas dan kesusahan untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa

Sejarah dalam sesuatu bab yang telah dipelajari. Masalah ini berlaku kerana pelajar sukar

mendapat gambaran yang jelas tentang urutan peristiwa sejarah secara keseluruhan dan tidak

mempelajari Sejarah secara berterusan. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, pelajar akan

menghadapi masalah untuk mengingati fakta dan urutan peristiwa Sejarah dalam sesuatu bab

dan seterusnya berkemungkinan gagal dalam peperiksaan awam iaitu peperiksaan PMR.

Sesungguhnya, memandangkan sampel yang dikaji dalam kajian ini adalah kumpulan

pelajar lemah maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru harus sesuai dengan tahap

penguasaan pelajar. Oleh hal yang demikian, bagi mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme

dalam kajian ini, pengkaji lebih tertumpu kepada aktiviti seperti :

i) tayangan video

ii) Edaran nota dalam bentuk peta minda

iii) Menjawab soalan berbentuk subjektif dan objektif melalui tayangan LCD dan

komputer dalam bentuk perbincangan kumpulan.

Page 10: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

142  

iv) Guru menyemak jawapan bersama pelajar dalam kelas melalui cara

perbincangan

v) Guru membuat penerangan secara ringkas dan membuat rumusan bagi setiap

topik di akhir pengajaran.

Sementara Pendekatan Behaviorisme yang diaplikasikan oleh pengkaji ialah menghasilkan

modul berbentuk soalan objektif tahun-tahun lepas dan mewajibkan pelajar menjawab soalan-

soalan modul secara berulang-ulang. ( Rujuk lampiran A )

i) Menjawab soalan modul berbentuk objektif.

ii) Pelajar menjawab soalan modul sebaik sahaja satu topik habis diajar oleh guru.

iii) Melatih pelajar menjawab soalan berformat peperiksaan yang merangkumi 50%

soalan daripada modul pengkaji.

iv) Soalan peperiksaan sekolah juga memuatkan 50% soalan daripada modul

pengkaji agar pelajar mahir menjawab soalan.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, adalah diharapkan pelajar dapat mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum:

• Meningkatkan peratus kelulusan mata pelajaran Sejarah sama ada di peringkat

sekolah mahupun peperiksaan PMR.

ii. Objektif Khusus:

Page 11: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

143  

• Membantu pelajar mengenalpasti fakta-fakta penting sesuatu tajuk.

• Meningkatkan pemahaman pelajar-pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajarkan.

• Memudahkan pelajar-pelajar menguasai teknik menjawab soalan objektif

• Meningkatkan peratus pelajar yang lulus dalam mata pelajaran Sejarah.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini terdiri daripada 64 pelajar daripada Kelas

3Amanah (35 orang ) dan 3 Bestari ( 29 orang ). Mengikut keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

Tingkatan Dua tahun 2011, peratus kelulusan bagi mata pelajaran Sejarah bagi kedua-dua

kelas ini iaitu kals 3A dan 3B masing-masing ialah 2% dan 1% sahaja. Tiada pelajar yang

mendapat keputusan A , B dan C, tetapi ketiga-tiga pelajar yang lulus hanya memperoleh gred

D dalam peperiksaan akhir tahun 2011. Ringkasnya, kumpulan sasaran kedua-dua kelas ini

terdiri daripada pelajar-pelajar yang sangat lemah dalam pencapaian akademik bagi mata

pelajaran Sejarah. Sebahagian besar pelajar dalam kedua-dua kelas ini tidak atau kurang

meminati pelajaran Sejarah yang pada tanggapan mereka merupakan mata pelajaran yang

amat membosankan dan sukar mengingati fakta-fakta, tajuk-tajuk dan nama yang memerlukan

penghafalan.

7.0 Tempoh Masa kajian

Kajian bermula pada bulan Julai sehingga hujung bulan September iaitu selama tiga

bulan. Pada masa ini guru sudah habis mengajar sukatan pelajaran tingkatan 3. Oleh hal yang

Page 12: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

144  

demikian, tempoh masa tiga bulan ini merupakan masa untuk ulangkaji khasnya mengulangkaji

sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2.

8.0 PELAKSANAAN KAJIAN

8.1 Tinjauan Masalah

8.1.1 Berdasarkan pemerhatian guru, pelajar didapati kurang berminat terhadap mata pelajaran

Sejarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

8.1.2 Bagi mengetahui dengan lebih tepat pandangan dan masalah pelajar terhadap mata

pelajaran Sejarah, satu borang soal selidik telah diberi kepada pelajar Kelas 3A dan 3B.

8.2 Analisis Tinjauan Masalah

Daripada soal selidik yang telah dijalankan didapati kebanyakan pelajar kurang berminat

dengan mata pelajaran Sejarah. Hal ini berpunca daripada cara pengajaran Sejarah secara

penerangan yang digunakan oleh guru sejarah, susah mengingati fakta-fakta dan peristiwa

dalam mata pelajaran Sejarah. Daripada keputusan soal selidik, didapati 58 daripada 68 pelajar

kelas 3A dan 3B menjawab “tidak” bagi empat soalan daripada tujuh soalan yang dikemukakan

dalam boring soal selidik. ( Sila rujuk lampiran B )

8.3 Tindakan yang Dijalankan

(i) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk kajian tindakan ini ialah :

Page 13: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

145  

1. Menayangkan video animasi yang berkaitan dengan sukatan pelajaran tingkatan 1 dan 2

secara kronologi dengan menggunakan komputer dan LCD projector.

2. Melengkapkan fakta atau maklumat secara kronologi sebagai latihan untuk

meningkatkan kemahiran menyusun nota secara sistematik dan berkesan.

3. Mengukuhkan pemahaman dan daya ingatan pelajar berkaitan dengan tajuk yang dikaji

dengan cara menjawab soalan modul berbentuk soalan objektif tahun-tahun lepas yang

dihasilkan oleh pengkaji sendiri.

(ii) Bahan-bahan yang digunakan:

a) Aktiviti 1 : CD, Pen Drive, Komputer, LCD.

c) Aktiviti 2 : Kertas , lembaran nota dan peta minda (lampiran C dan D)

dan buku teks. Lembaran kerja latihan objektif dan subjektif, carta latihan objektif

dan subjektif daripada buku teks dan buku rujukan yang sesuai.

d) Aktiviti 3 : Soalan modul berbentuk soalan objektif PMR tahun-tahun lepas yang dihasilkan

oleh pengkaji.

8.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian atau Penilaian

8.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1

Guru memberitahu pelajar tentang bab dan topik yang akan diulangkaji pada hari

tersebut dan seterusnya menayangkan video animasi di dalam bilik tayangan yang merangkumi

isi kandungan pelajaran. Pelajar menonton dan memahami isi kandungan pelajaran yang

disampaikan dan seterusnya mendengar penerangan guru secara ringkas lalu menjawab soalan

ringkas yang dikemukakan oleh guru. ( Rujuk Lampiran C ) Dalam aktiviti ini, guru

Page 14: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

146  

memerhatikan bahawa pelajar-pelajar tertarik dengan video animasi yang terpapar melalui LCD

projektor. Guru merasakan Aktiviti 1 ini berkesan kerana soalan yang ditanya berkaitan dengan

video yang ditayangkan. Oleh hal yang dimikian, soalan yang dikemukakan oleh guru dapat

dijawab dengan betul oleh pelajar-pelajar.

8.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

Guru menayangkan lembaran kerja dalam pelbagai bentuk seperti soalan subjektif,

objektif dan soalan dalam bentuk peta minda ( Rujuk Lampiran E-G ) untuk dilengkapkan oleh

pelajar bagi topik-topik tertentu. Pelajar diminta menjawab soalan dalam kumpulan. Seterusnya

ketua setiap kumpulan membaca dengan kuat jawapan yang telah lengkap dan betul. Dengan

cara ini, pelajar-pelajar didedahkan semula dengan sukatan tingkatan 1 dan 2. Proses ulangkaji

ini membantu pelajar ingat semula isi-isi penting dan memahirkan diri menjawab soalan..

Contohnya, pelajar-pelajar mengesan sesuatu peristiwa secara kronologi, tahu sebab sesuatu

peristiwa berlaku dan implikasinya. Selain itu, guru juga menyediakan nota ringkas bagi topik-

topik tertentu dari semasa ke semasa. ( Rujuk Lampiran D ) Guru memerhatikan bahawa

pelajar-pelajar dapat menjawab soala-soalan yang ditayangkan dan dicatatkan dalam buku

latihan masing-masing.

(Lihat lampiran E - G )

8.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3

Guru mengarahkan pelajar menjawab soalan modul berbentuk soalan objektif PMR tahun-tahun

lepas dengan cara merujuk buku teks.( Rujuk contoh modul dalam Lampiran H ) Modul yang

Page 15: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

147  

dihasilkan olh pengkaji adalah disusun secara topical iaitu menceraikan setiap set soalan dan

susun mengikut bab. Didapati kebanyakan soalan latihan objektif mampu dijawab dengan betul

oleh pelajar-pelajar, khasnya soalan objektif yang ditanya secara berulang dalam peperiksaan

PMR sebenar. Guru memerhatikan terdapat 50% pelajar menggunakan modul PMR tersebut

semasa pembelajaran dan ulangkaji pelajaran mereka. Walau bagaimanapun, masih terdapat

pelajar-pelajar yang tidak bersungguh-sungguh membuat latihan terutamanya latihan objektif

kerana penguasaan bahasa Melayu yang lemah. Mereka mengambil jalan pintas dengan meniru

jawapan dari rakan-rakan lain tanpa banyak berfikir. Hal ini menggagalkan usaha murni

pengkajii untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran yang diharap-harapkan.

8.5 Refleksi Kajian

(i) Penilaian Pencapaian Murid

Sebelum kajian dimulakan, pengkaji telah menjalankan ujian pra terhadap pelajar-pelajar dalam

kedua-dua kelas ini. Berikut merupakan keputusan ujian pra tersebut:

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra pelajar dalam kelas 3A dan 3 B

Markah Gred Bilangan Pelajar Peratus Pencapaian

80-100 A 0 0

66-79 B 0 0

56-65 C 0 0

45-55 D 9 13%

0-44 F 59 87%

Page 16: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

148  

Keputusan ujian pos ini menunjukkan bahawa pelajar dalam kedua-dua kelas ini

memang amat lemah iaitu 9 orang sahaja yang lulus dengan gred D sahaja. Peratus kelulusan

adalah 13%, manakala pelajar yang gagal mencatat angka sebanyak 87% daripada jumlah

pelajar 68 orang. Selepas Ujian Pra ini dijalankan, kumpulan sasaran ini diajar dengan

menggunakan pendekatan yang dirancangkan oleh pengkaji selama 3 bulan. Sepanjang masa

pengajaran dan pembelajaran guru mempelbagaikan teknik pengajaran dalam prosesd P&P

dengan mempraktikkan pendekatan konsruktivisme dan behaviorisme dalam kelas demi

membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran dan menarik minat mereka terhadap

subjek sejarah.

Selepas tempoh masa tiga bulan, satu ujian pos telah diadakan untuk mengesan

keberkesanan pendekatan konstruktivisme dan behaviorisme dalam proses pengajaran dan

pembelajaran pelajar-pelajar Kelas 3A dan 3B ini.

Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos pelajar dalam kelas 3A dan 3 B

Markah Gred Bilangan Pelajar Peratus Pencapaian

80-100 A 0 0

66-79 B 0 0

56-65 C 1 1%

45-55 D 29 43%

0-44 F 38 56%

Dalam ujian pos ini, peratus kelulusan ialah 44%. Keputusan ini jelas menunjukkan

peningkatan sekiranya dibandingkan dengan keputusan ujian pra. Peratus kelulusan ujian pra

Page 17: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

149  

adalah lebih rendah iaitu hanya 13% sahaja. Seorang pelajar Berjaya meningkatkan grednya

sehingga C, sementara pelajar lain berjaya memperoleh gred D. Walau bagaimanapun,

pencapaian pelajar dalam ujian ini masih kurang memuaskan dan usaha dalam kajian ini

dilanjutkan dan aktiviti ulangkaji diteruskan sehingga hari peperiksaan sebenar. Pengkaji

menaruh harapan bahawa semua pelajar dalam kedua-dua kelas ini lulus 100% dalam

peperiksaan PMR 2012.

Rajah 3 : Keputusan Peperiksaan PMR Sebenar Bagi Pelajar Kelas 3A dan 3B

Markah Gred Bilangan Pelajar Peratus Pencapaian

80-100 A 0 0

66-79 B 0 0

56-65 C 20 29%

45-55 D 47 70%

0-44 F 1 1%

(ii) Rumusan Pemerhatian Aktiviti-Aktiviti Yang Dijalankan.

Secara amnya, pengajaran-pembelajaran berasaskan pendekatan konstruktivisme dan

behaviorisme berjaya menarik perhatian pelajar dan mengekalkan ingatan jangka pendek

mahupun jangka panjang pelajar. Hal ini dapat diperhatikan apabila pelajar dapat menjawab

soalan-soalan yang dikemukakan dan pelajar lebih menumpukan perhatian semasa proses

pengajaran-pembelajaran berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam proses P&P.

Sesungguhnya guru perlu mengawal proses P&P dengan baik dan merancang proses P&P

dengan tersusun. Persediaan rapi guru amat penting untuk menjayakan kajian ini.

Page 18: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

150  

(iii) Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah

Dijalankan Secara Keseluruhan.

Secara keseluruhannya, keberkesanan pengajaran berasaskan pendekatan

konstruktivisme dan behaviorisme ini memang memberi kesan yang diharap-harapkan oleh

guru, walaupun hanya lebih kurang 50% pelajar yang lulus dalam ujian pos. Sesungguhnya,

pengkaji berasa amat gembira dan bangga kerana kumpulan pelajar ini mencatat peratus

kelulusan yanag amat membanggakan iaitu 99% berbanding dengan kelas-kelas lain yang

dianggap lebih baik berbanding dengan kedua-dua kelas yang kedudukannya adalah paling

akhir seluruh tingkatan 3. Bagi pengkaji, kita sukar untuk menilai keberkesanan sesuatu

pendekatan atau teori pengajaran. Pelajar yang berbeza sesuai dengan pendekatan pengajaran

dan pembelajaran yang berbeza. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengaplikasikan kedua-dua

pendekatan ini dalam kajian dan diharapkan pengaplikasian dan percubaan ini mampu

membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan dan di samping menambahkan

ilmu mereka dalam subjek sejarah.

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Penggunaan pendekatan konstruktivisme dan behaviorisme adalah suatu kaedah dan

cara bagi membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Walaupun kaedah ini berjaya

membantu kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas,tetapi

masih terdapat kelemahan dalam membantu pelajar meningkatkan daya ingatan jangka

panjang mereka. Selain itu, pengkaji berasa agak sukar untuk membantu pelajar yang memang

amat lemah dari segi penguasaan bahasa Melayu, hal ini menyukarkan mereka semasa

menjawab soalan objektif. Kelemahan ini mungkin boleh dibaiki dengan mengajar pelajar teknik

Page 19: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

151  

menjawab soalan dan mentafsirkan kehendak soalan serta sentiasa memberi galakan kepada

mereka membaca lebih banyak buku bahasa Melayu dan sentiasa mengulangkaji latihan

berbentuk objektif ‘past year’ yang diberi oleh guru. Bagi meningkatkan daya ingatan pelajar

tentang fakta dan peristiwa sejarah, guru mungkin boleh menyediakan nota dalam bentuk peta

minda yang ringkas dan senang difahami demi menarik minat mereka mengulangkaji.

Perbincangan jawapan secara terperinci amat penting untuk memimpin pelajar menguasai

teknik menjawab soalan dan mungkin membantu ingatan pelajar.

Page 20: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

152  

RUJUKAN

Abdul Ghani Abu. (2008). Sejarah Masih Relevan, Utusan Malaysia: 14 Jan 2008. Abdul Razaq Ahmad & Abdullah Mohd Noor. (2000). Kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar dan pencapaian akademik. Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000. Abdul Shukor Abdullah. (1998). Sejarah dalam sistem pendidikan Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Simposium Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 30–31 Oktober Noriati A.Rashid. Boon Poon Ying. Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009).Murid dan Alam Belajar. Oxford Fajar. Selangor Shakila Yacob. 2010. Ilmu Sejarah Membina Negara. Utusan Malaysia. 19.10. 2010. Sivachandralingam Sundara Raja. Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Ho Hui Ling, Noraini Mohamed Hassan dan Nurul Asnida Abu Bakar. (2008). Sejarah Masih Relevan, Karisma Publication, Sdn Bhd. Zahara Aziz (2000). Beberapa strategi pengajaran berpusatkan pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di sekolah menengah di semenanjung Malaysia. international Conference on teaching and learning in 21st century, Putra Jaya. 24- 5 November.

Page 21: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

153  

Lampiran A

Modul Berformat Soalan Objektif PMR Tahun-tahun Lepas

Page 22: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

154  

Lampiran B

( Borang soal selidik ) Bulatkan Y bagi „Ya‟ dan T bagi „Tidak‟.

1. Adakah anda berminat dalam mata pelajaran sejarah? ( Y / T )

2. Adakah anda merasakan sejarah adalah mata pelajaran yang susah?( Y / T )

3. Adakah cara guru yang hanya memberi penerangan membuatkan anda ( Y / T )

berasa bosan?

4. Adakah fakta-fakta dan peristiwa sejarah susah untuk diingati? ( Y / T )

5. Adakah anda dapat memahami urutan peristiwa sejarah secara ( Y / T )

keseluruhan dalam sukatan pelajaran Tingkatan 1 hingga 3?

6. Adakah anda benar-benar faham setelah sesuatu topik telah dipelajari?( Y / T )

7. Adakah anda selalu mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian ( Y / T )

dan peperiksaan

Page 23: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

155  

Lampiran C

Contoh Gambar Animasi Yang Ditayangkan Oleh Guru Dalam Bilik Tayangan

Lampiran D Lampiran E

Contoh Nota Peta Minda yang Diedarkan Oleh Guru Contoh Latihan dan Lembaran Kerja Untuk Pelajar

Page 24: GABUNGAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN  · PDF fileSejarah pada peringkat sekolah, mahupun peperiksaan am seperti PMR. Mengikut tinjauan pengkaji, ada kemungkinan bahawa ramai

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

156  

Lampiran F Lampiran G

Contoh Latihan dan Lembaran Kerja Untuk Pelajar Contoh Latihan dan Lembaran Kerja Untuk Pelajar

Lampiran H

Contoh Soalan Modul PMR berformat Soalan Objektif ‘Past Year’