undang2 berkaitan dengan penugasan mpv

Download Undang2 Berkaitan Dengan Penugasan MPV

Post on 10-Jul-2015

1.280 views

Category:

Documents

11 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Unit Kereta Peronda (MPV) berfungsi sebagai barisan hadapan (front liner), yang bertindak sebagai first-responder PDRM dan mengendali serta menangani segala kejadian yang dilaporkan kepada pihak Polis melalui Pusat Kawalan DCC/CCC dan MCC.Unit Kereta Peronda ini juga bertindak sebagai penggerak utama dalam konteks pencegahan jenayah melalui konsep police omni-presence, mobile information centre, mobile bit base, face to face reporting, stop and talk serta sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTP).

TRANSCRIPT

UNDANG-UNDANG BERKAITAN DENGAN PENUGASAN MPVOLEH : SM MOKHTAR ABDULLAH

SEA PARK, P/JAYA

FUNGSI PASUKAN POLISSeksyen 3(3) Akta polis 1967 Berkhidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi ;

Memelihara undang-undang dan ketenteraman Mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia Mencegah dan mengesan jenayah Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah Mengumpul risikan keselamatan

UNDANG-UNDANG BERKAITAN

Perintah Tetap Ketua Polis Negara Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) Akta Polis 1967 ( Akta 344 ) Kanun Keseksaan ( Akta 574 ) Akta Kesihatan Mental 2001 ( Akta 615 ) Akta Pengangkutan Jalan 1952 (Akta 257) Lain-lain peruntukan di bawah Statut-Statut yang di gunapakai

PENUGASAN HARIAN MPV

PEMERIKSAAN TANGKAPAN PENGGUNAAN GARI TERIMA REPOT SAMAN PENCEGAHAN JENAYAH BAJU GILA ( Straight Jacket ) MODUL LATIHAN MPV ( Cadangan )

HAK KEBEBASAN ASASIPerkara 5 Perlembagaan Persekutuan(1)

Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Jika seseorang ditangkap maka ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ia ditangkap dan ia hendaklah dibenarkan berunding dengan seseorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu.

(2)

Garis Panduan Pemeriksaan tubuh

Tujuan Pegawai polis dapat menjalankan pemeriksaan tubuh dengan cara lebih efektif selaras dengan - Peruntukkan undang-undang - Hak Asasi kemanusiaan - Prinsip-prinsip agama

UNDANG-UNDANG BERKAITAN PEMERIKSAAN TUBUH

Pemeriksaan tubuh adalah salah satu kuasa yang telah diperuntukkan kepada pegawai polis untuk menjalankan penyiasatan terhadap salah laku jenayah. Tidak ada definisi undang-undang tertentu berkaitan pemeriksaan tubuh dalam Sisten Pentadbiran Keadilan Jenayah di Malaysia Definisi dari sumber perundangan lain; a) Dalam kes Hiralal Chaganlal lwn State of Rajasthan (AIR 1968 Raj 188) - Pemeriksaan tubuh di definisikan sebagai pemeriksaan yang menyeluruh ke atas tubuh, atau mengesan sesuatu yang tersembunyi, tidak terbuka, tidak terdedah atau tidak diperlihatkan b) Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary (2nd 2001) - Pemeriksaan tubuh sebagai suatu pemeriksaan keatas tubuh dan pakaian untuk mencari sesuatu yang tersembunyi, melihat, memeriksa atau melakukan pemeriksaan dengan lebih menyeluruh untuk mencapai matlamat

PENGGELEDAHAN PREMIS DAN PEMERIKSAAN ORANGA. Pemeriksaan Orang (Seksyen 17 22 KPJ) i) Kanak-kanak ii) Wanita iii) Orang tua iv) Orang dewasaB. Penggeledahan Premis

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 17 KPJ Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeledah dengan waran Seksyen 19 KPJ Ditegah menahan secara berlebih-lebihan dan peraturan memeriksa perempuan Seksyen 20 KPJ Memeriksa orang yang ditangkap Seksyen 21 KPJ Kuasa merampas senjata yang mebahaya

Seksyen 22 KPJ Memeriksa orang kerana hendak mendapat tahu nama dan tempat tinggalnya.Seksyen 3 Akta Polis 1967 Tugas dan tanggungjawab anggota polis Seksyen 31A ADB 1952 Pemeriksaan dalam kes dadah Peraturan 7 Kaedah Lokap 1953 Pemeriksaan keatas banduan Peraturan 8 Kaedah Lokap 1953 Pemeriksaan banduan perempuan

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 17 KPJ Memperuntukkan apabila pengeledahan apa-apa perkara dijalankan atau akan dijalankan dengan sah di mana-mana tempat berkenaan dengan sesuatu kesalahan, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah sehingga selesai penggeledahan itu, dan jika barang yang dicari itu adalah jenis yang boleh disembunyikan pada badan orang itu, maka mereka bolehlah diperiksa untuk mencari barang itu oleh atau dihadapan Majistret, Jaksa Pendamai atau Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Huraian: Seksyen 17 KPJ hanya menyatakan, bahawa jika sesatu tempat diperiksa, tetapi benda yang dicari berbentuk sesuatu yang boleh disembunyikan pada seseorang, semua orang yang berada di dalam tempat itu bolehlah diperiksa oleh atau dihadapan Majisret, atau Jaksa Pendamai atau pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 19(1) KPJ Memperuntukkan orang yang ditangkap itu tidak tertakluk pada halangan yang lebih daripada yang difikirkan patut supaya menahan ia daripada melarikan diri. Seksyen 19(2) KPJ apabila dikehendaki memeriksa seorang perempuan, mestilah ianya diperiksa oleh seorang perempuan lain, dengan menitikberatkan kesopanan

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 20 KPJ .Apabla seseorang ditangkap; i) Oleh pegawai polis dengan waran yang tidak mengandungi syarat-syarat untuk memberi jaminan ataupun dengan waran yang mengandungi srayat-syarat untuk memberi jaminan, tetapi orang yang ditangkap itu tidak dapat mengadakan jaminan; atauii)

Tanpa waran atau oleh orang persendirian dengan berwaran dan orang yang ditangkap itu disisi undang-undang tidak boleh diberi jamin ataupun ia tidak berupaya mengadakan jaminan, Maka pegawai polis yang menjalankan tangkapan itu, atau apabila tangkapan itu dijalankan oleh seseorang persendirian, pegawai polis yang menerima orang yang ditangkap yang diserahkan kepadanya, bolehlah memeriksa orang itu dan mengambil segala barang-barang segala baang-barang yang ada pada badannya selain daripada pakaian yang menutup badannya, dan menyimpannya d tempat yang selamat. Barangbarang yang dipercayai adalah alat atau hasil ataupun keterangan lalin sesuatu perbuatan jenayah, bolehlah ditahan sehingga ia dibuang bicara atau dilepas daripada tuduhannya.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 21 KPJ Kuasa merampas senjata .Pegawai atau mana-mana orang lain yang menjalankan sebarang tangkapan di bawah Undang-undang ini bolehlah mengambil daripada orang yang ditangkap itu sebarang senjata yang merbahaya yang ada padanya dan hendaklah menyerahkan semua senjata-senjata yang diambilnya itu kepada Mahkamah, atau kepada Pegawai dimana atau kepada pegawai atau orang yang membuat tangkapan itu dikehendaki menurut undang-undang menyerahkan orang yang ditangkap itu. Huraian: .jika sebaang senjata merbahaya ada pada orang yang ditangkap, pegawai polis atau orang lain (termasuk orang awam) bolehlah mengambilnya dan menyerahkan semua senjata-senjata yang diambilnya itu kepada Mahkamah atau kepada Pegawai polis

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 22 KPJ .memperuntukkan setiap orang yang ditahan dengan sah disisi undang-undang, yang disebabkan mabuk, sakit, gila ataupun sebab tersangat muda tidak berupaya memberi maklumat yang memuaskan mengenai dirinya sendiri, bolehlah ia diperiksa untuk menentukan nama dan tempat kediamannya

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 3 Akta polis 1967 ...memperuntukkan bahawa salah satu tanggungjawab polis ialah untuk mengesan dan mencegah jenayah. Implikasinya, pihak polis boleh menjalankan pemeriksaan ke atas seseorang di mana-mana jalan atau tempat awam.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 apabila seseorang ditangkap dibawah manamana kesalahan ADB 1952 dan jika ia disyaki menyembunyikan apa-apa keterangan pada badannya atau dimanamana bahagian rongganya, maka orang itu tahanan itu hendaklah diperiksa oleh pegawai perubatan

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DALAM PEMERIKSAAN TUBUHSeksyen 64 KPJ Senarai barang dirampas (Search List) semasa menjalankan penggeledahan dibawah Bab VI KPJ senarai barang-barang yang dirampas dan tempat dimana barang-barang dijumpai, hendaklah disediakan oleh pegawai itu atau orang lain yang menjalankan penggeledahan itu disertai tandatangani olehnya.

Huraian: Walau bagaimanapun, jika pemeriksaan dilakukan tidak dibawah KPJ dan barang-barang salah dijumpai, secara hematnya senarai barang-barang yang dirampas hendaklah diserahkan sebagaimana kehendak seksyen 64 KPJ.

JENIS JENIS PEMERIKSAAN TUBUHPemeriksaan Pat Down Pemeriksaan Strip Pemeriksaan Intimate

Anggota kereta peronda (MPV) jika keadaan memerlukan hanya boleh melakukan pemeriksaan Pat Down sahaja.

Pemeriksaan Strip dan Intimate hanya boleh dilakukan oleh seorang pegawai polis yang telah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada seorang pegawai kanan polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor.Kebenaran secara lisan jika boleh didapati hendaklah di catitkan didalam Buku Saku atau Buku Perharian Balai (Station Diary)

SIAPA BOLEH MELAKUKAN PEMERIKSAAN ?

Mana-mana pegawai polis boleh melakukan pemeriksaan tubuh Dalam keadaan Pemeriksaan Pat Down sekiranya tidak praktikal kerana kelewatan yang tidak munasabah atau keadaan yang tidak selamat atau dalam keadaan yang sangat diperlukan, orang awam mungkin boleh diminta membantu untuk menjalankan pemeriksaan

PEMERIKSAAN PAT-DOWNBila boleh dilakukan oleh mana-mana pegawai polis;1.

Apabila wujud syak wasangka yang munasabah bahawa terdapatnya objek, senjata, keterangan dan barang-barang salah yang disembunyikan oleh orang yang disyaki yang mana boleh dijumpai melalui pemeriksaan. Berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu, keperluan kesegeraan (urgency) dan keselamatan kes dan dalam keadaan ketiadaan pegawai polis yang sama jantina dengan orang kena tahan, pegawai polis boleh meminta bantuan daripada mana-mana orang awam yang rela. Dalam ketiadaan ini, orang awam tersebut hendaklah melakukan pemeriksaan seperti yang diarahkan oleh pegawai polis itu. Sebaik sahaja sampai dilokap dimana wujud syak wasangka yang munasabah mempercayai bahawa orang yang kena tahan ada menyembunyikan senjata, objek, keterangan dan barang-barang salah (eg dadah) yang disembunyikan pada badannya dan jika pemeriksaan kaedah Pat-Down gagal menemuinya, maka Pemeriksaan Strip atau Intimate boleh dlakukan. Pegawai p