undang2 dan peraturan sofbol

19
Undang-undang dan peraturan permainan. Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat. Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa. Iaitu fast pitch, modified pitch dan juga slow pitch. Fast pitch softball Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya lemparan pitcher dan cara

Upload: nashklasiknasrahmihat

Post on 23-Dec-2015

1.595 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

SOFBOL

TRANSCRIPT

Page 1: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Undang-undang dan peraturan permainan.

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang

dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita

yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.

Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi

sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul

yang dikenali sebagai bet.

Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan

yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba

mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik

(base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai

home plate

Terdapat tiga jenis permainan sofbol yang biasa dimainkan di peringkat antarabangsa.

Iaitu fast pitch, modified pitch dan juga slow pitch.

Fast pitch softball Merupakan permainan ditentukan oleh pitcher. Pitcher melempar bola

dengan kecepatan maksimum, serupa dengan baseball. Perbezaan hanya pada gaya

lemparan pitcher dan cara pelepasan bola. Pelepasan bola terletak di bawah atau sama

dari posisi glove.

Modified pitch softball Jenis ini dikenali dengan nama modball. Tujuan utamanya adalah

untuk memudahkan peraturan-peraturan yang dipakai dalam kategori fast-pitch.

Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan sofbal tidak akan terkejut dengan

peraturan-peraturan yang "ketat" di sofbal seperti strikezone, jarak antara base, masa

permainan dan lain-lain. Kecepatan lemparan pitcher dalam modball berada di antara

fast dan slow pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.

Page 2: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Slow pitch softball Jenis ini memberikan kemudahan bagi batter untuk memukul bola.

Batter diberi bola terus menerus oleh pitcher sampai boleh untuk memukul bola

tersebut. Lemparan pitcher perlahan dan melambung (flyball). Permainan ini sering

dimainkan dalam masyarakat tanpa terhad kepada umur dan jantina.

PERALATAN :

Bola sofbal.

Minima peralatan yang diperlukan dalam sebuah pertandingan sofbal termasuk sebiji

bola. Sofbal menggunakan bola berwarna putih atau kuning dengan benang grip

berwarna merah, yang sebelumnya berwarna putih dengan grip putih.

Glove.

Sarung tangan (glove) dikenakan oleh seluruh pemain bertahan untuk menangkap

bola, sementara first baseman dan catcher mengenakan mitt (glove mempunyai jari,

sedangkan mitt tidak).

Kayu pemukul

Kayu pemukul (bat) yang digunakan dalam pertandingan rasmi adalah bat khusus yang

diperuntukkan untuk sofbal. Penentuan dan ciri bat yang boleh digunakan tertakluk

dalam peraturan Softball International Federation (SIF).

Batter Helmet

Batter helmet dipakai untuk melindungi kepala seorang batter dari terkena bola semasa

berada di dalam padang permainan.

Pakaian Pelindung Sementara

pakaian pelindung (protective gear) untuk seorang penangkap bola (catcher),

Lapangan sofbol berbentuk bujur sangkar. Dibagi menjadi daerah fair (fair territory) dan

daerah foul (foulterritory). Lebih jauh dalam daerah fair terbagi menjadi dua bagian,

Infield, dan outfield.

Page 3: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Di dalam daerah infield terdapat 4 marka yang disebut base. Base diberi nombor

berlawanan dengan arah jarum jam, dimulai dari base awal yang disebut home plate,

diteruskan dengan base pertama, base kedua dan base ketiga. Base berbentuk bujur

sangkar dengan sisi 38 cm (15 inci) yang dibuat sedikit lebih tinggi dari permukaan

tanah. Sudut dari keempat base membentuk bujur sangkar yang disebut diamond.

Di belakang home plate terdapat batasan yang disebut backstop sejauh 7,62 dan 9,14

meter di belakang home plate.

Jarak lintasan antar base yang ditentukan Lintasan Fast Pitch Lintasan Slow Pitch 60

kaki (18,29 m) 60 kaki atau 65 kaki (19,81 m)

Page 4: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Jarak melempar (pitching) fast pitch yang ditentukan

Dewasa Di bawah 18 tahun , Di bawah 15 tahun

43 kaki (13,11 m) 46 kaki (14,02 m) 40 kaki (12,19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14,02 m) 40

kaki (12,19 m) atau 35 kaki 46 kaki (14,02 m)

Jarak melempar (pitching) slow pitch yang ditentukan

Dewasa Di bawah 18 tahun Di bawah 15 tahun 50 kaki

(14,02 m) 50 kaki (15,24 m) 50 kaki (15,24 m) 50 kaki (14,02 m) 46 kaki (14,02 m) 50

kaki (14,02 m) 46 kaki (14,02 m)

Peraturan :

Pemain

Setiap pasukan terdiri daripada 9 pemain2 : penangkap (catcher)1 : pembaling

(pitcher)3 : pemain bes pertama (first baseman)4 : pemain bes kedua (second

baseman)6 : pemain shortstop5 : pemain bes ketiga (third baseman)7 : pemadang kiri

(left fielder)8 : pemadang tengah (centre fielder)9 : pemadang kanan (right fiielder)

Undang-undang:

pembaling

Memandang pemukul bola, dengan dua belah kaki di atas tapak getah membaling

(pitching rubber) dan memegang bola dengan dua belah tangan di hadapan badan.

Pembaling dibenarkan bergerak selangkah ke arah pemukul bola tetapi bola mesti

dilepaskan pada masa melangkah. Bola mesti dibaling dengan balingan bawah tangan

Pembaling tidak dibenarkan berpura-pura membuat balingan atau melakukan apa-apa

pergerakan ke arah plat tanpa membaling bola.

Pembaling tidak dibenarkan menggolekan ataumelantunkan bola kepada pemukul bol.

Page 5: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Tidak dibenarkan bergerak balik dengan cepat sebelum pemukul berkedudukan sedia.

Balingan yang boleh dipanggil satu ‘straik’ mesti melepasi plet dan di antara lutut dan

bahu pemukul bola.

Bola yang dibaling tetapi melepasi kawasan tersebut di atas di panggil a pitch.

Giliran Memukul :

Susunan giliran pemain membuat pukulan terpulang kepada pasukan berkenaan. Ini

bermakna sesiapa pun daripada pasukan itu boleh mula memukul. Walau

bagaimanapun, selepas susunan giliran pemukul ditetapkan, semua pemain daripada

pasukan itu mesti mengikut susunan itu, walaupun jika mereka telah bertukar posisi di

padang

Memukul:

Bet yang digunakan mesti bet sofbol.

Pemukul bola tidak dibenarkan melintasi ke sisi plet bila pembaling telah sedia untuk

membaling.

Jika seseorang pemain tidak mengikut giliran yang ditetapkan dia akan dikira ‘mati’.

Faul menampan (bunt foul) yang dilakukan pada pukulan ketiga dikira ‘mati’.

Bola yang dibaling dan menyentuh pemukul bola membolehkan pemukul bola itu berlari

ke bes pertama, hanya kalau dia tidak memukul atau menampan bola tersebut.

Larian Bes:

Tidak dibenarkan melakukan lead-off.

Pelari mesti berada di bes nya sehingga bola dilepaskan oleh pembaling. Pelari dikira

‘mati’ jika tidak mematuhi syarat ini.

Page 6: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Ketika berlaku satu lemparan yang melampaui sasaran (overthrow) di mana bola masuk

kawasan faul dan dikira ‘mati’, pelari-pelari dibenarkan berlari melampaui satu bes ke

arah yang sedang mereka tuju.

Apabila berlaku satu lemparan yang melampaui sasaran dari bes kedua oleh

penangkap, di mana bola menggolek ke dalam kawasan tengah, semua pelari

dibenarkan maju seberapa jauh yang boleh

Untuk mengelak daripada dicecah (tagged) di garisan bes, pelari dibenarkan berada di

jarak terhad, iaitu tidak melebihi1 meter dari kedua-dua belah garisan lurus di antara

bes.

Seorang pelari yang terkena bola yang di pukul pada masa dia keluar daripada bes

dikira ‘mati’.

Pemukul bola dibenarkan bergerak le bes pertama.

Pelari mesti menyentuh semua bes

Jikalau seorang pelari tidak menyentuh bes, permainan rayuan akan timbul yang bererti

pasukan memandang mesti menarik perhatian pengadil terhadap kesalahan itu, dan

pengadil akan mengambil tindakan ketika itu.

Para pelari boleh berlari melampaui bes pertama pada larian awal ke bes pertama

tanpa penalti.

Untuk semua bes yang lain, pelari mesti tetap bersentuhan dengan bes, jikalau tidak

pemain itu boleh dicecah ‘mati’.

Untuk mendapat skor, pemain itu mesti menyentuh plat rumah

Page 7: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Mengskor:

satu larian dikira jika pelari bes berjaya bergerak kesemua bes dalam satu pusingan

(circuit) iaitu bes pertama, kedua, ketiga dan rumah, sebelum pasukan yang memukul

itu menerima tiga pematian (out).

Jika pematian ketiga ialah pematian terpaksa, skor tidak dibuat untuk larian itu,

walaupun jika pelari telah melintasi plet rumah sebelum pematian berlaku.

Jika seseorang pelari berada di bes dengan satu pematian dan pemukul bola memukul

satu fly ball yang dapat ditangkap oleh pasukan lawan, menyebabkan pematian kedua,

maka pelari terpaksa kembali ke bes itu dan mematikannya.

Jika pemain menerima pematian ketiga kerana dia tidak sempat kembali ke besnya,

larian tidak dikira sah untuk mengskor walaupun dia telah menyentuh plet rumah.

Kemahiran Asas Sofbol:

1.Membaling dan menangkap bola

2.Memukul

3.Larian Bes

4.Mengadang(Pertahanan)

5.Pitching

Cara Melakukan Balingan:

Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di

atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola.

Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan

yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan.

Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada

separas dengan bahu ke arah belakang.

Page 8: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Semasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan

hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan.

Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling.

Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting

untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).

Persediaan Menangkap Bola:

Pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan sarung tangan dan menumpukan

sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan.

Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan

bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut).

Gunakan sarung tangan untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan

menggunakan tangan melempar. Lindungan tangan melempar tersebut akan

menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat.

Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan

cepat bola yang telah ditangkap. Gerakan menangkap dan membaling adalah satu

gerakan yang bersambungan.

Cara menangkap bola:

Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan.

Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah

bola, bagi tangkapan di atas pinggang.

Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di

sisi pemain.

Page 9: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan

mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah.

Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah

hingga mencecah tanah.

Persediaan memukul Bola:

Memegang ‘Bet’ - Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah

tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari.

Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh.

Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plat rumah. Jarak bukaan kaki adalah

mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.

Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi

mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.

Contoh T-Off bagi latih tubi pemukul dalam kemahiran memukul bola sofbol.

Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari

ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes

kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke

bes kedua.

Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang.

Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan

dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling

(picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag).

Page 10: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya

tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang.

Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia

melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan.

Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes hadapan dan

plet rumah atau kembali ke bes asalnya.

Pelari yang sampai ke plet rumah diberi satu larian penuh (run) untuk pasukannya .

Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat selepas tiga pemain

Berjaya dimatikan.

Satu ‘inning’ dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran memukul.

Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa yang

ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada peraturan

kejohanan pihak penganjur.

Dalam permainan sofbol, pasukan yang bertahan, dikenali sebagai pemadang yang

terdiri daripada 9 orang pemain. Pemadang mestilah berusaha mematikan tiga orang

penyerang (pemukul) untuk membolehkan mereka mendapatkan giliran memukul. Oleh

sebab itu, setiap pemadang mestilah mempunyai kemahiran menangkap dan

membaling bola dengan cepat dan tepat

Tugas pemadang:

1) Pitcher

a. pitching bola dengan baik.

b. membantu pemadang bes 2, 3 dan catcher jika bola melayang jauh.

Page 11: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

2) catcher

a. memberi panduan dan sokongan kepada pitcher.

b. menangkap dengan kemas setiap pitching yang dibuat oleh pitcher.

c. menjadi benteng pertahanan terakhir untuk mematikan pelari daripada

mendapatkan mata.

3) pemadang bes 1

a. menerima semua balingan yang diarahkan ke bes 1.

b. mengambil tindakan serta merta terhadap bola tampanan.

c. memberi sokongan kepada catcher kepada bola balingan jauh.

4) pemadang bes 2

a. bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 2.

b. bersedia menerima balingan bola daripada pemadang luar.

c. bersedia menerima balingan bola daripada pemadang luar.

d. memberi sokongan kepada pemadang di bes 1 dan 3.

5) pemadang bes 3

a. bersedia untuk mematikan atau menyentuh (tag) pelari di bes 3.

b. membantu catcher mematikan pelari daripada mendapatkan mata.

6) pemadang dekat

a. mematikan pelari dengan lemparan ke bes-bes.

b. membantu catcher untuk mematikan pelari ke bes 3.

c. membantu pemadang-pemadang lain dalam usaha mematikan pelari.

7) pemadang luar (7,8 dan 9)

a. sentiasa bersedia untuk menangkap bola pukulan jauh.

b. sentiasa berubah kedudukan mengikut kekuatan pemukul.

c. bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul.

d. membantu pemadang bes untuk mematikan pelari.

e. bersedia menangkap bola melayang bagi mematikan pemukul.

f. membantu pemadang bes untuk mematikan pelari.

Page 12: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

NOTA :

i) Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu

pasukan. Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi

pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh

sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan

sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai

peluang yang lebih untuk menang.

ii) Gaya Pitching : Terdapat dua gaya pitching iaitu:

a. 1. Gaya Ayunan (Slingshot).

b. 2. Gaya Kipas angin (Windmill).

c. Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan

oleh kebanyakan pitcher. Gaya ini lebih pantas kerana momentum

terbentuk daripada lakaran yang lebih besar.

Cara Gaya Ayunan ( slingshot )

Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang

wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan

dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill).

i) Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola.

ii) Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras

bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.

iii) Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil

melakukan ayunan tangan yang memegang bola. Kepirkan bola semasa

melintasi sisi peha.

Cara Gaya Kipas Angin (Windmill).

Page 13: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan

yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola

ke dalam sarung tangan.

i) Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil

membongkokkan sedikit badannya.

ii) Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang

memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan

besar.

iii) Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan

sambil memusingkan badan ke kanan sedikit.

iv) Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola

melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut.

Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.

Strategi Latihan :

i) Lari berganti-ganti antara dua bes secara Berpasukan.

a. Latihan berlari mengelilingi 4 bes secara Berpasukan /Berseorangan.

b. Latihan berlari dan tukar arah – 4 arah, Peserta berlari ulang alik antara

bes tengah (BT) dengan bes yang diletak 20m di empat penjuru (SBUT).

Selepas 3 ulangan, tukar arah larian.

c. Latihan berlari bes berlawanan dengan hantaran bola A cuba berlari Ice

ke bes X dan menyentuh bes Y sebelum 2 orang pemadang sempat

menyempurnakan hantaran. Jarak bes 20m.Jarak pemadang 25m.

d. Latihan berlari mengelilingi bes dan plet rumah seperti berlumba dengan

isyarat wisel. Masa boleh diambil atau dicatat untuk menguji ketangkasan

pelari.

ii) Latihan mengenggam dan menghayun bet, secara bersendirian membaling

bola dan memukul ke dinding.

a. Memukul bola statik - bola yang tergantung dan bola yang diletak di atas T

(tee memukul).

Page 14: Undang2 Dan Peraturan Sofbol

b. Memukul dan berlari. Ambil giliran sebagai pemukul, pembaling dan

pemadang.

c. Latihan memukul secara bergilir-gilir menjadi pembaling dan pemadang.