senarai sekolah dan aliran mpv

Download Senarai sekolah dan aliran mpv

Post on 08-Jul-2015

4.728 views

Category:

Education

105 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

vokasional

TRANSCRIPT

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAPENERANGAN DAN PANDUAN PENAWARANMATA PELAJARAN VOKASIONALDI SEKOLAH MENENGAHAKADEMIK HARIANMATA PELAJARAN VOKASIONALPUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUMKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAKUALA LUMPUR2003

2. PROGRAM MPVProgram MPV adalah singkatan nama kepada 22 mata pelajaran elektif bercorak kemahiranvokasional di Tingkatan 4 dan 5 yang mula ditaw arkan secara berperingkat-peringkat di sekolahmenengah akademik harian mulai tahun 2002. Penaw aran berperingkat-peringkat 22 matapelajaran kemahiran ini dalam empat fasa mulai tahun 2002 hingga 2005 (Rujuk Jadual).Matlamat Program MPVMata-mata pelajaran vokasional diperkenalkan bagi melahirkan pelajar berkemahiran dalambidang usaha yang relevan dan bermakna untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaaan,memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di per ingkat yang lebih tinggiObjektif-Objektif Program Memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata pelajaran mengikut minat dan bakat2mereka Membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar yang cenderung dalamketukangan tangan Memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah menengah akademik Sebagai persediaan aw al bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir dalamperindustrian negaraPenawaran MPV di SekolahSetiap sekolah boleh menaw arkan sehingga empat MPV (mengikut kesediaan sekolah) dengan1-2 kelas bagi setiap mata pelajaran. Setiap kelas amali dikendalikan dalam jadual w aktu sekolah(mengikut kesesuaian jadual) bagi 20-25 orang murid. MPV diperuntukkan 12 w aktu seminggukecuali mata pelajaran Produksi Multimedia dan Grafik Berkomputer yang dikendalikan dalammasa 8 w aktu seminggu.Kriteria Pemilihan Sekolah dan Mata PelajaranPemilihan sekolah dibuat oleh satu jaw atankuasa terdiri daripada pegaw ai-pegaw ai dari BahagianKPM dan JPN berasaskan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan iaitu: 3. (i) Sekolah yang mempunyai kemudahan bengkel, bilik yang boleh diubah suai sertaruang fizikal yang mencukupi untuk keperluan mata-mata pelajaran MPV tertentu.(ii) Sekolah yang mempunyai guru yang layak dan berminat mengajar MPV yangditaw arkan seperti Guru Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian untuk matapelajaran Rekaan dan Jahitan Pakaian dan Tanaman Makanan. Walaubagaimanapun, mulai tahun 2003 guru MPV akan ditempatkan di sekolah yangmemerlukan guru berkaitan.(iii) Sekolah yang mempunyai ramai murid yang berminat dalam bidang-bidang tertentuMPV. Murid ini juga harus sekurang-kurangnya memperoleh D dalam matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam peperiksaan PMR. Bagi mur id yangmengikuti mata pelajaran, Produksi Bahan Multimedia dan Grafik Berkomputer,mereka harus mendapat sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran matematikdalam peper iksaan tersebut.Lain-lain Kriteria(iv) Sekolah yang berdekatan dengan pusat latihan seperti politeknik, SMT/V, KolejKomuniti, Pusat Giat Mara. Pusat latihan ini dapat membantu sekolah dalamperkongsian kepakaran, latihan dan kemudahan.(v) Sekolah yang mempunyai alam persekitaran /kaw asan perindustrian yang bolehmembantu MPV tertentu seperti kaw asan kilang perabot bagi mata pelajaranMembuat Perabot atau kaw asan industri automobil bagi mata pelajaran MenservisAutomobil dan Menservis Motosikal(vi) Sekolah yang pernah/sedang mengendalikan Sekolah Ke Kerjaya akanmemudahkan pengendalian MPV.(vii) JPN menentukan setiap daerah harus ada sekolah yang menaw arkan MPV dantaburan penaw aran 22 MPV mengikut daerah harus memudahkan muridmengambil mata pelajaran ini.Pihak sekolah selain dar ipada dapat memenuhi syarat di atas harus mendapatkan kebenaranbertulis daripada ibu/bapa murid yang mengambil MPV. Satu ujian minat/kecenderungan kepadamurid harus diadakan bagi memilih murid yang berpotensi. Satu taklimat/ceramah kepada muriddan PIBG perlu dikendalikan.3 4. Murid boleh mengambil satu atau lebih MPV dengan mata-mata pelajaran teras SPM. Merekajuga boleh membuat kombinasi dengan mata pelajaran elektif lain seperti Perdagangan,Pendidikan Seni atau Reka Cipta. Walau bagaimanapun, murid tidak boleh membuat kombinasidengan mata-mata pelajaran yang ada kaitan seperti:(i) Mata pelajaran berasaskan binaan, Kejuruteraan, ketukangan seperti PembinaanDomestik dan Menservis Peralatan Domestik Elektrik dengan TeknologiKejuruteraan dan Lukisan Kejuteraan(ii) Mata pelajaran berasaskan Ekonomi Rumah Tangga seperti Katering danPenyajian dengan Ekonomi Rumah Tangga(iii) Mata pelajaran berasaskan pertanian seperti Landskap dan Nurseri, TanamanMakanan dengan Sains Pertanian(iv) Mata pelajaran berasaskan komputer seperti Produksi Multimedia, GrafikBerkomputer dengan mata pelajaran Teknologi MaklumatBahan-Bahan KurikulumSekolah-sekolah yang menaw arkan mata pelajaran ini akan dibekalkan dengan bahan-bahanberikut untuk setiap mata pelajaran Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran Modul Pembelajaran (pengganti buku teks)Tenaga Pengajar dan Latihan Guru Pada peringkat permulaan, guru-guru mata pelajaran berkaitan seperti Kemahiran Hidup,Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga danPertanian akan dipilih untuk mengajar mata-mata pelajaran tersebut. Guru-guru ini juga akan diberi latihan kemahiran lanjutan dari masa ke masa. JPN perlumemohon peruntukan tambahan untuk latihan lanjutan ini. Bagi membantu guru-guru dalam mengendali ker ja amali, sekolah perlu mendapatkan tenagapengajar sambilan mahir daripada syarikat atau pusat latihan berdekatan Untuk rancangan masa panjang, institusi pengajian tinggi (selain dari maktab perguruan)seperti Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti PutraMalaysia dan kolej. Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia akan dilibatkan dalampenyediaan bakal-bakal guru.4 5. SINOPSIS 22 MATA PELAJARANVOKASIONAL (MPV)1. MATA PELAJARAN PEMBINAAN DOMESTIKMata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran asas kerja pembinaan batubata dan konkrit yang diperlukan dalam industri pembinaan terutamanya pembinaan rumah.Murid mempraktikkan kerja menerap batu bata dan melepa bata serta kerja konkr it termasuk kerjasimen fero. Murid perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan menggunakancat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan menanggalkan peranca (scaffolding) jugadidedahkan dengan menekankan kepada penjaminan keselamatan semasa bekerja. Murid yangtelah mengikuti mata pelajaran ini boleh menceburi pelbagai jenis pekerjaan dalam bidangpembinaan seperti penerap batu bata atau pelepa lantai/tembuk atau mengusahakan perniagaansendiri dalam bidang berkaitan.2. MATA PELAJARAN MEMBUAT PERABOTMata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mereka bentuk, membuat dan membaikpulih perabot. Murid menguasai kemahiran menghasilkan kerja kayu pada tahap kemasansederhana melalui projek sepanjang pembelajaran. Antara produk yang dihasilkan ialah kerusi,rak, meja kecil, bingkai gambar serta pelbagai hiasan dalaman yang menggunakan kayu sepertipanel dinding, kabinet dapur, siling dan tingkap. Antara kemahiran yang diberi ialah penggunaan,penyenggaraan alat tangan kerja kayu dan mudah alih, penghasilan pelbagai jenis tanggam,pembinaan projek melalui lukisan kerja. Peluang kerjaya murid yang boleh diceburi termasukmengusahakan perniagaan sendiri atau bekerja di kedai perabot sebagai pembantu pembuatperabot.3. MATA PELAJARAN SENI REKA TANDAMata pelajaran ini digubal untuk membekalkan murid dengan kemahiran dan ketrampilan dalambidang reka bentuk dan pembuatan tanda sebagai salah satu produk media komunikasi. Muriddidedahkan kepada beberapa aspek reka bentuk dengan tumpuan kepada penghurufan(typography), penggunaan simbol-simbol grafik dan piaw aian w arna dalam menghasilkan kerja.Murid boleh menguasai kemahiran menyediakan projek sebenar bermula daripada penyediaanlakaran pada kertas sehingga penyediaan papan tanda dan teknik pemasangannya. Pengalamanpembelajaran murid termasuk penghasilan lukisan tanda dalam 2D dan 3D kemahiranmenggunakan pelbagai teknik manual seperti cat, semburan serta penghasilan lukisan kerja padapelbagai media seperti kertas, kad, polisterin dan perspek. Penghasilan kerja grafik denganbantuan komputer (CAS - Computer Aided Signage) juga diperkenalkan. Melalui mata pelajaranini murid boleh menjadi pelukis atau pembantu pereka grafik di kilang grafik dan pengiklanan ataumengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan.5 6. 4. MATA PELAJARANMENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIKMata pelajaran ini berhasrat membolehkan murid membaiki peralatan elektrik domestik. Muriddilatih menggunakan alat tangan dan peralatan ujian dengan menekankan langkah keselamatandan kaedah yang betul dan berkesan. Mur id menguasai kemahiran menguji, mengesan danmengenalpasti kerosakan serta menyenggara perkakas elektrik di rumah seperti seterika, cerekelektrik, kipas, peti sejuk, alatan audio video. Prospek kerjaya murid termasuk mengusahakankedai membaiki dan membekal alat elektrik atau bekerja sebagai operator di kilang elektronik.5. MATA PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIANMata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang mempunyai kemahiran dalam bidangpengendalian dan penyajian makanan. Dalam pembelajaran katering, murid mempraktikkankemahiran menyedia, memasak, menghias, menghidang dan mengepek makanan pelbagai resipiasas. Dalam pembelajaran penyajian, murid mengenal pasti peralatan menghidang,menyediakan peranggu meja, menggubah bunga, melipat napkin dan mempraktikkan prosedurmelayan pelanggan. Dengan kemahiran yang diperoleh, murid boleh berkecimpung dalam bidangkatering atau masakan sebagai tukang masak, peramu saji atau pembantu katerer.6. MATA PELAJARAN REKAAN DAN JAHITAN PAKAIANMata pelajaran ini digubal untuk melahirkan murid yang mahir dan berketrampilan dalam bidangpembuatan pakaian. Murid mereka dan melakar pakaian, mendraf pola dan membuatpenyesuaian serta menjahit pakaian seperti blaus, skirt, slek, baju kurung dan kebaya. Merekaperlu menguasai kemahiran menggunakan alatan pembuatan pakaian; m