jawapan ujian sistem undang2

Upload: rozyy-oggiey-hk

Post on 04-Jun-2018

299 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    1/26

    MAKSUD UNDANG-UNDANG1) AUSTIN: Perintah yang dikeluarkan oleh satu badan yang berkuasa untuk orang-orang biasa dan dikuatkuasakan melalui hukuman.2) SALMOND: Satu badan yang mengandungi prinsip-prinsip yang diperakui dan digunakan oleh sesebuah negara dalam pentadbiran keadilannya. Atau dengan kata

    lain, undang-undang adalah peraturan yang diperakui dan dikuatkuasakan oleh mahkamah.3) HOBBES: Undang-undang adalah yang kaedah perlakuan (rules of conduct) yang obligatori (obligation) iaitu yang patut dipatuhi yang bersifat mendesak atau

    memaksa.4) KAMUS BLACK: Undang-undang adalah yang diperturunkan, diperintah, atau dinyatakan. Satu peraturan atau metode yang mana fenomena atau perbuatannya

    saling berganding antara satu sama lain; yang perlu dipatuhi atau diikuti oleh rakyat tertakluk kepada hukuman atau kesan-kesannya.5) Undang-undang bukan hanya satu senarai peraturan yang perlu dipatuhi. Ia dilihat sebagai a lat pengawalan sosial dan boleh dimanipulasikan untuk kepentingan

    kumpulan tertentu.6) Undang-undang adalah satu set peraturan sah yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa ke atas rakyat. Ia boleh wujud samada dalam bentuk bertulis atau tidak.

    Setiap undang-undang hanya sah jika ia di kuatkuasakan oleh pemerintah yang sah. Oleh yang demikian pada dasarnya undang-undang wujud melalui kuasa yangada pada pemerintah di dalam sesebuah negara berdaulat.

    FUNGSI & PERANAN UNDANG-UNDANG1) Satu cara mengawal masyarakat iaitu ia digunakan untuk mengawal tindakan ahli-ahli masyarakat.2) Menyediakan struktur peraturan yang membolehkan orang menjalankan perniagaan.3) Alat mengawal atau pengatur masyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui undang-undang perlembagaan yang mengatur dan menentukan fungsi institusi-institusi atau

    organisasi-organisasi kerajaan dalam sebuah negara. Ia mempengaruhi perbuatan atau tindakan masyarakat dengan memperuntukkan peraturan pembayaran

    cukai dan dengan cukai ini dapat pula memperuntukkan bantuan kepada masyarakat yang tidak berkemampuan melalui undang-undang kebajikan sosial.4) undang-undang mempunyai peranan berikut:

    1. Untuk menegakkan keadilan. Undang-undang diperlukan oleh manusia untuk memastikan setiap orang mendapat hak mereka masing-masing. Di samping itu setiap orang yang melakukankesalahan pula perlu dihukum dengan sewajarnya.

    2. Mempertahankan hak asasi manusia. Setiap manusia yang dilahirkan mempunyai hak asasi tertentu seperti hak untuk hidup bebas , bersuara, bergerak, berpersatuan, beragama dan lain-lain. Hak-hak inihanya boleh dilindungi jika ada peraturan yang mempertahankannya.

    3. Mengatur sistem pemerintahan negara.

    Sesebuah negara perlukan penyusunan tertentu dalam pemerintahan. Undang-undang berperanan untukl menentukan bentuk pemerintahan, kaedah pemilihanpemimpin, hubungan antara institusi perundangan dan pentadbiran serta kehakiman, kaedah pengagihan kewangan dan sebagainya.

    4. Mengatur sistem sosial masyarakat. Oleh kerana manusia adalah makhluk sosial yang sentiasa perlukan antara satu sama lain, maka undang-undang adalah penting unrtuk menyusun peraturan sosial.Ini termasuk peraturan berkaitan dengan perjanjian, u rusniaga, persyarikatan, perkongsian, jual beli dan sebagainya.

    5. Mewujudkan keamanan dan keharmonian. Undang-undang juga penting sebagai elemen yang dapat menggalakkan suasana harmoni dan aman melalui unsurkawalan dan imbangan di antara masyarakat.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    2/26

    M/S 18- M/S 21 SEJARAH SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA SEBELUM KEDATANGAN INGGERIS1) SISTEM UNDANG-UNDANG ORANG ASLI

    a) NEGRITO-suku kaum paling tdk teratur kehidupannya dan mereka berpuak-puak dan suka berpindah-randah.-setiap puak diketuai oleh seorang ketua (biasanya org paling tua dlm puak & seorang tukang ubat).-Ketua: diberi kuasa penuh utk bertindak ke atas org2 yg dipimpinnya. Namun, taraf hidup sama spt org lain dlm puaknya.-tdk trdpt byk undg2 pd masa itu.-jenis2 kslhn: mncuri sumpit, mbwa lari isteri org, mbunuh, menipu.-cth hukuman: menipu=dhukum mmbayar denda & jika tdk mampu pesalah akan dimarah habis2an oleh semua org dlm puaknya. Jika enggan byr denda, dia

    akan disebat/diikat d pokok shingga bersetuju mmbyr denda.b) SENOI-sistem hdup lbih teratur dri kaum negrito.-ketua: penghulu-kuasa pghulu: dlm smua hal sivil dn jenayah kcuali kslhn berat spt mmbunuh.

    Jenis kesalahan hukuman pelaksanamembunuh bunuh Keluarga si pembunuhmencuri Usir keluar dari puaknyaPertikaian mengenai perempuan denda

    -kesalahan berat spt membunuh: pesalah dihadapkan ke sebuah jemaah pengadil yg terdiri drpd penghulu dan orang2 tua dari suku itu sbg pembantu.

    -membuat kontrak membekalkan mknn dan balasan kpd pmbekalan mknn bergantung kpd brg yg diberikan.sbg cth:Sumpit dan damak 1 minggu bekalan mknnKain selampit dari kulit kayu Sebuah bekalan mknnsewa Dibayar dlm btk bekalan mknn

    -jika brg dipinjam/dibekal hilang: dikira hutang dan hendaklah dibayar dgn denda. Jika tdk mampu membayar denda,maka org yg menghilangkan brg ituhendaklah bekerja utk sipiutang.-tanah adalah milik suku bangsa dan dikerjakan beramai-ramai dan hasilnya dinikmati bersama. Penghulu diberi kuasa mengenai tanah dan bolehmembahagikan tanah. Bagi tanah yg diwarisi, waris si mati diutamakan dari saudara-maranya. Jika simati tdk mempunyai waris, rumah dan kebunnyaditinggalkan begitu sahaja. Tanah tersebut akan jatuh di bawah pengawasan penghulu.

    c) MELAYU ASLI

    -suku kaum paling maju berbanding dua suku di atas.-Ketua: Batin & dibantu oleh jinang, penghulu balai, jukrah dan panglima.-undang2 ditadbir oleh batin dan dibantu o leh org2 tua.-trdpt byk puak dan setiap puak mempunyai peraturan yg berbeza antara satu sama lain.-hukuman berbentuk denda akan dibayar dgn piring cina. Tapi,hukuman bergantung kpd puak2 masing2. Ada puak mengenakan hukuman bunuh bagikesalahan membunuh dan ada puak yg mengenakan hukuman denda 60 biji piring cina bagi kesalahan yg sama.-kesalahan mencuri dan berzina: antara hukuman2 yg dikenakan berbeza mengikut puak: hukuman mati dgn menyelar, menenggelamkan/membiarkan pesalahberjemur di tengah panas.

    2) UNDANG2 PADA ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA-abad 18. Istilah tertentu:titah,daulat,murka,kurnia menunjukkan nilai2 undang2.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    3/26

    -System pemerintah: raja->bendahara(pm)->temenggung(ketua polis)->laksamana (ketua perang)-2 sumber undang2 bertulis: hukum kanun Melaka & undang2 laut Melakaa)HUKUM KANUN MELAKA

    -Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka dan Risalat Hukum Kanun (dalam bahasa arab). Ia juga merupakan dokumen yangdigubal sebagai panduan bagi seseorang pemerintah dalam menjalankan pemerintahan.

    -Hukum Kanun Melaka merupakan hukum Islam pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka. Ia adalah karyapenting yang memaparkan sejarah undang-undang di Melaka yang menjadi amalan masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan baginda. Penekanan diberikandari segi hukum-hakam dan perundangan berhubung undang-undang perkahwinan, jual beli dan prosedur-prosedur berkaitan perkara ini juga dimuatkan bagimemperlihatkan Hukum Kanun Melaka ini adalah undang-undang Islam.

    -Hukum Kanun Melaka menyentuh tentang tanggungjawab pemerintah dan pembesar, larangan rakyat menggunakan bahasa dalaman serta undang-undang Islamdan hukum adat.-pengumpulan undang2 kuno yg mempunyai unsur2 undang2 hindu yg disadurkan dgn undang2 islam.

    -isi kandungan Hukum Kanun Melaka.1. mengandungi 44 fasal2.bidang kuasa diberikan merangkumi pusat negeri Melaka, anak sungai, dusun dan tertakluk pada negeri.3.kebanyakan hukuman berdasarkan undang2 islam mazhab syafie dan adat temenggung.4.butiran mengenai tanggungjawab raja, pembesar2, dan pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat5.hukuman terhadap kesalahan jenayah dan awam6.undang-undang keluarga7.18 fasal yg memberikan hukuman mengikut undang2 islam.8.hukuman alternatif dan memberikan budi bicara luas kpd hakim.

    b)UNDANG2 LAUT MELAKA-Undang Undang Laut ialah naskhah undang undang atau hukum yang digunakan dalam pelayaran. Undang Undang Laut yang berasal dari zaman Melaka itu ialahsuatu undang undang yang sangat penting yang ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1511).-Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasanakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang yang berdagang dengan kapal.-perkara yang berkaitan dengan laut seperti kedudukan pengawai atas kapal, kuasa pegawai-pegawai dan hukum pembahagian hak perniagaan. Selain itu, larangandalam pelayaran juga dinyatakan.-Isi kandungan :1. 25 fasal2. Peraturan mengenai laut spt tanggungjawab pegawai kapal3. Aturcara pelayaran4. Perniagaan5. Bidang kuasa nakhoda kapal6. Hukuman kesalahan jenayah7. Hanya satu fasal saja yg berlandaskan islam.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    4/26

    3) PEMERINTAHAN PORTUGIS m/s 20-melaka jatuh thn 1511 kemudian menguatkuasakan pentadbiran tentera dan awam-ketua: gabenor (berkuasa atas semua penduduk, rakyat dan org asing)-urusan awam: gabenor dibantu oleh sebuah majlis terdiri dari ovidor(hakim besar), viador (datuk bandar), paderi besar, commander-in-chief (setiausaha perang), dansergent-major-kes2 jenayah: hukuman dijatuhkan oleh ovidor atau seorang majistret tetapi mestilah mendapat pengesahan dari gabenor dan dijalankan dgn perintahgabenor/ovidor.-perkara2 penting: gabenor sendiri mengetuai mahkamah majistret.4) PEMERINTAHAN BELANDA m/s 21

    -ketua: gabenor. Dibantu oleh 3 badan iaitu majlis, majlis keadilan, dan majlis khas agama.-majlis dibantu oleh pemungut hasil, ketua kewangan, datuk bandar, ketua perdagangan, dan seorang setiausaha.

    SUMBER UNDANG-UNDANGPERLEMBAGAAN/UNDA

    NG2 BERTULIS M/S40PERLEMBAGAAN/UNDANG2 TIDAK BERTULIS

    M/S 57

    Tdkbertulis:UNDAN

    G2ISLAMM/S 75

    Tdk bertulis: UNDANG2 ADAT M/S 81

    Perlembagaan bertulisMalaysia merupakansumber undang-undangyang utama di Malaysia .Merupakan undang-undang yang diluluskanoleh badan perundangan.- Contoh-contohperlembagaan bertulis :(a)PerlembagaanPersekutuan

    (b)Perlembagaan Negeri(c)STATUT:1.Akta2.Enakmen 3.Ordinan (f)Perundangan subsidiari(g)Undang-undang Islam

    -Undang-undang yangdigubal oleh badan-badanperundangan sepertiParlimen dan Dewan

    Merujuk kepadaundang-undangMalaysia yang tidak

    dikanunkan oleh badanperundangan dan tidak

    terdapat dalamPerlembagaan

    Persekutuan danPerlembagaan Negeri .

    Contoh-contohperlembagaan tidak

    bertulis :(a)Undang-undanglazim(common law)

    m/s57(b)keputusan-

    keputusanmahkamah/kehakiman

    m/s64 (c)undang-undang

    Hindu

    Adat ialah undang-undang tidak bertulis. Di Malaysia undang-undang adatnya dikenali sebagai AdatMelayu. Untuk menjadikan suatu adat itu sah, ia mestilah1) diamalkan oleh masyarakat umum

    2)Diamalkan untuk jangka masa yang lama dan berterusan serta konsisten3) Sah,mengarah,munasabah dan pasti

    Adat Melayu di Malaysia dianggap sebagai suatu resam yang menjadi sebahagian dari systemperundangan kita contohnya adat perpatih,adat temenggung, China,Hindu, dan adat di Sabah serta

    Sarawak.

    ADAT TEMENGGUNG

    1. Adat ini masih diamalkan di negeri-negeri Semenanjung kecuali negeri 9 dan beberapa daerah diMelaka.2.Adat temenggung ini boleh diinterpretasi sebagai undang-undang Mente ri Perang dan Polis & Undang-undang Adat Laut.3.Ciri-ciri sistem Temenggung berasaskan wilayah kuasa dan berbentuk autokratik. Perlembagaan dankehakiman yang diserahkan kepada sekumpulan orang yang mengikut hierarki berikut iaituultan,bendahara, temenggung, shahbandar dan lain-lain4. Berpihak kepada golongan lekai atau disebut PATRIARCHAL dihubungkaitkan dengan systemMajapahait.5. Undang-undang jenayah temenggung: Berkonsepkan prinsip pembalasan

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    5/26

    UndanganNegeri. Dikenali sebagaisumber bertulis sebabundang-undangtersebutdinyatakan,ditulis dandistatutorikan secarasepesifik.

    A)PERLEMBAGAANPERSEKUTUAN m/s 40(1)sbg undang2 utamapersekutuan(2)YDPA sbg ketuapersekutuan(3)islam sbg agmapersekutuan(4)kebebasan asasi(5)hbgn antarapersekutuan dan negeri

    B)PERLEMBAGAANNEGERI m/s 47(1) raja/ydpn(2)majlis eksekutif negeri(exco)

    C)STATUT m/s 48

    (d)undang-undang adat: m/s81

    -Adat Perpatih-Adat Temenggung(e) undang2 islam

    m/s75(f)prinsip2 ekuiti m/s62

    (I)Adat Perpatih AdatPerpatih dibawa masukke Negeri Sembilan olehorang Minangkabau dariPalembang , Sumatera

    pada abad ke-16 .Diwarisi secara lisan .Tidak menggalakkanperkahwinan antara

    sepupu. Hukuman yangdikenankan bersifat

    mencegah .Pembahagian harta

    lebih mengutamankannasab keturunan

    sebelah ibu .

    (II)Adat TemenggungAdat Temenggungdibawa masuk dari

    Palembang , Sumatera .Adat ini menggalakkan

    perkahwinan antarasepupu. Dipengaruhi

    oleh unsur-unsur Hindudan Islam . Hukuman di

    bawah AdatTemenggung jauh lebih

    berat daripada AdatPerpatih dan bersifat

    pembalasan.Pembahagian harta

    lebih mengutamakan

    6.Undang-undang awam & persendirian temenggung: hanya tinggal beberapa cbg akibat kedatanganInggeris7.Undang-undang harta sepencarian temenggung: Harta sepencarian ialah harta yag didapati / diperolehioleh pasangan suami isteri semasa perkahwinan mereka. Apabila penceraian berlaku persoalan yangsering timbul ialah bagaimana harta ini dibahagikan?Perak: harta tersebut dibahagikan kepada 3 bahagian: 2 bahagian untuk suami dan satu bahagian untukisteri.

    ADAT PERPATIH:1.Terkenal dgn perbilangan/customary sayings yang menjaddi sumber undang-undang.2.ada peruntukan2 berikut:-pentadbiran dan perlembagaan-perkahwinan-harta carian laki bini dan pusaka-anak angkat2.susur galur Pentadbiran & perlembagaan:-Negeri(Yg Dipertuan Besar-Daerah(Undang)-Suku(LembagaPerut(Buapak)3.undang ada empat tapi suku waris saja boeh jadi undang:-sg.ujung-waris kelana-Rembau-Jawa dan Jakun-Johol-johol dan Gemenchi-Jelebu-Biduanda4.Bukti adat perpatih dipertahankan:-Perlembagaan Negeri 9-Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecill 1959-Enakmen Tanah Adat 19605.Proses pengambilan anak angkat:disebut berkadim(menjadikan seseorang itusaudara rapat yg bolehmenerima harta pusaka adat.6..tiga jenis ank angkat:-anak angkat sepenuhnya(spt anak kandung,perempuan warisi harta pusaka,lelaki pegang jawatan adat)-anak angkat terhad(hubungan ibu anak tp tehrad warisi harta)-anak anagkat pseudo/palsu( transaksi yg dibuat tidak memenuhi keperluan utk menjadi anak angkatterhad) cth:wanita jga wanita ms 857..tiada had umur ank angkat8. wanita saja yg berhak ambil anak angkat.jika penceraian berlaku,anak angkat milik ibu9.lelaki tidak boleh ambil anak angkat tapi boleh ambil kakak/adik perempuan angkat.10.persetjuan Undang: ank angkat spenuhnya11.persetuhuan lembaga: anak angkat terhad

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    6/26

    nasab keturunansebelah bapa .

    - undang-undang yangtidak ditulis danbukan digubal olehmana-mana badanperundanganseperti Parlimen danDewan UndanganNegeri. Ia bolehdidapati daripada kes-kes yang lepas , adatresamtempatan dll.

    12. pengambilan anak angkat tidak boleh dibatalkan.13.Upacara: menecah darah & kenduri (lembu disembelih) tujuan:disihtihar & bukti jika ada pertikaian.

    Adat hindu:1.berbentuk patriarchal dan wanita hidup bwh perlindungan lelaki.2.undang2 hindu: brg kemas & tanah milik ister, suami sbgai pemegang amanh3.anak permpuan dpt harta pusaka sekdarnya saja4.undang2 manusmutri: benarkan poligami asalkan dpt kebernaran isteri pertama.syarat2:-mandul, kahwin selepas tahun ke-8-Semua ank2 isteri pertama meniggal,kahwin tahun ke-10-dpt anak perempuan saja,kahwin selepas 11 tahun kahwin-bila2 masa je, kalau isteri pertama suka bergaduh

    Undang-undang Cina:1.poligami diiktiraf:ister2 dpt hak warisi harta apabila suami menggal (undang2 inggeris :hak merekasama rata)2.cara perkahwinan adat rasmi:-niat utk mengadakan satu hubungan yang kekalHidup bersama yg berpanjanganPengiktirafan oleh keluarga suami terhadap perkahwinan tersebut3.penceraian:melaui pengisyhtiharan awam (x popular, diganti Akta Undang-undangPembaharuan(Perkahwinan & penceraian)4.anak angkat: waris lelaki sgt penting

    Undang2 adat bumiputera di sabah & Sarawak:1.df melayu,df pribumi sabah & Sarawak ms 932.3 jenis undang2 adat bumiputera di sabah & Sarawak:-undang2 adat melayu-undang2 adat peribumi-undang2 adat cina

    Undang2 adat melayu:1.campuran undang2 adat melayu dan undang2 islam. Ia didapati dalam undang2 mahkamah melayu(kanun tunggal mengenai adat melayu)2.pentadbiran: Majlis Islam Sarawak & Mahkamah Syariah.3.sbg sbghan undang2 adat bumiputera

    Undang2 adat bumiputra (bukan melayu)1.tadbir oleh: mahkamah bumiputera

    2.kes2 yg boleh dibicarakan ms 963.warisan x sesuai.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    7/26

    Hierarki mahkamah Sarawak-Mahkmh rayuan ank negeri-mkmh residen anak negeri

    -mhkmh daerah anak negeri(district native court) (majistret & dua orang penilai)-chiefs superi or court

    -chief court-headman court

    Undang2 adat cinaMs 97

    Undang2 adat bumiputera (bukan melayu)Ms 98

    KEDUDUKAN ISLAM SELEPAS KEMERDEKAAN MERUJUK KEPADA PERLEMBAGAAN (PERKARA 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN) M/S 77-Selepas merdeka, kedudukan Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalammana2 bhgn persekutuan. Dlm perlembagaan persekutuan, perkara 3 menjelaskan agama islam menjadi agama rasmi persekutuan Malaysia. Selaras dgn kedudukan islamsbg agama rasmi persekutuan, krjn pusat diberi kuasa utk membelanjakan wang bgi tujuan pentadbiran agama islam dan undg2 syariah. Manakala penerimaan islam sbgagama persekutuan membolehkan krjn pusat atau krjn negeri menubuh, menyelenggara dan membantu pertubuhan2 islam. Pelbagai bantuan disediakan utk tujuan ini sptperuntukan perbelanjaan majlis2 keagamaan.Agama islam menjadi tonggak budaya dan identity melayu. Islam menjadi pentakrif konsep melayu dan org melayu sendiri menerajui kepimpinan negara. Agama islammempunyai kaitan rapat dgn kedudukan raja2 melayu sbg ketua agama dan keadaan ini berlaku apabila pemisahan dibuat antara agama dgn negara pd masa penjajahan.Justeru, apabila kedudukan raja2 melayu dipertahankan, islam juga turut dipertahankan.

    BEZA MAHKAMAH SIVIL DAN MAHKAMAH SYARIAHMAHKAMAH SIVIL MAHKAMAH SYARIAH m/s 188

    1. Mahkamah Sivil: Mahkamah Persekutuan, Rayuan, Mahkamah Tinggi,Rendah

    -Mahkamah sivil bermula dengan Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen,Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan

    -luasnya bidang kuasa Mahkamah Sivil kerana ianya mempunyai hak untukmembicarakan semua kes selain daripada yang telah diperincikan ke atasMahkamah Syariah.

    -mahkamah sivil yang mempunyai lima hierarki.

    -Hanya membicarakan kes2 kesalahan yang melibatkan agama Islam sahaja.-Mahkamah Syariah hanya berkuasa untuk membicarakan kes-kes Mal sepertikekeluargaan, perkahwinan, perceraian, pembahagian harta pusaka, murtad dan jugakes jenayah sosial seperti berjudi, minum arak dan khalwat.-Undang Pentadbiran Agama Islam di Malaysia adalah warisan undang-undangpenjajah yang sengaja mempersempitkan peranan perundangan Islam. Telahmelahirkan dua sistem iaitu mahkamah negara dan mahkamah Syariah.

    -tingkatan Mahkamah Syariah pula bermula dengan Mahkamah Rendah, MahkamahTinggi dan akhirnya Mahkamah Rayuan Syariah.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    8/26

    -bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah Sivil sangat meluasmalahan denda yang dikenakan juga melangkaui angka 3 tahun penjara, dendatidak melebihi RM 5,000 dan rotan tidak melebihi 6 sebatan.

    -Hanya terdapat tiga sahaja tingkatan Mahkamah Syariah

    -prasarana mahkamah syariah agak ketinggalan dari mahkamah sivil tetapi juga gajihakim-hakim syarie juga terlalu kecil berbanding rakan seangkatan mereka dimahkamah sivil.

    -Peguam yang beramal di Mahkamah Syariah juga tidak dikawal seperti mana rakanpeguam mereka di mahkamah sivil. Ini jelas menunjukkan kepincangan yang ada bolehmenyebabkan disiplin dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Peguam Syarieberkemungkinan akan terjejas.

    - Mahkamah Syariah terletak dibawah kuasa perundangan negeri, iaitu :1. Mahkamah Rayuan Syariah2. Mahkamah Tinggi Syariah3. Mahkamah Rendah Syariah

    -Bidang kuasa Mahkamah Syariah:1. Jenayah

    1. Kesalahan matrimoni2. Kesalahan berhubung dengan seks3. Minuman keras4. Tidak solat jumaat, zakat dan tidak berpuasa5. Murtad6. Pengambilan anak angkat

    2. Sivil1. Pertunangan, nikah, cerai serta membatalkan nikah2. Memberi harta bendan dan tuntutan di atas harta spt hadanah, harta

    sepencarian, wakaf dan nazar.

    BIDANG KUASA UMUM MAHKAMAH SIVIL

    Secara amnya Malaysia mempunyai tiga badan khusus untuk memerintahNegara. Badan yang dimaksudkan ialah Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.Mahkamah adalah tempat di mana perbicaraan dijalankan dan di sinilahhukuman berlandaskan undang-undang diputuskan. Dengan lain perkataan,mahkamah adalah tempat di mana individu boleh mendapatkan haknya melaluiproses undang-undang.

    HIRAKI MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA

    Mahkamah Sivil mempunyai struktur yang telah disusun agar menjadi teratur di

    BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

    Seksyen 66(1) menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyaibidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariahdan boleh, jika di dapatinya perlu oleh Mahkamah Tinggi Syariah itu demi kepentingankeadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihakatau orang yang berkepentingan , pada mana-mana peringkat dan apa-apa perkaraatau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana Mahkamah RendahSyariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosidingitu dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.Seksyen 66(2) menyatakan apabila Mahakamah Tinggi Syariah memanggil rekod apa-apap perkara atau prosiding di bawah subseksyen (1). Semua prosiding dalam

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    9/26

    mana mahkamah yang terletak di bahagian atas sekali ialah MahkamahPersekutuan. Mahkamah ini fungsinya adalah untuk mendengar rayuan daripadaMahkamah Rayuan. Oleh kerana mahkamah ini terletak di atas sekali dantugasnya adalah untuk mendengar rayuan maka mahkamah yang berada dibawah Mahkamah Persekutuan ini ialah Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuanberfungsi untuk mendengar rayuan tuntutan sivil dan jenayah daripadamahkamah Tinggi. Oleh yang demikian Mahkamah Tinggi terletak di bawahMahkamah Rayuan.Mahkamah yang berada di bawah Mahkamah Tinggi ialah Mahkamah Sesyen.Mahkamah Sesyen pula berfungsi untuk mendengar sebarang tuntutan sivil yangmembabitkan kemalangan kenderaan bermotor, perbalahan di antara tuan tanahdan penyewa, dan tuntutan lain yang tidak melebihi RM 250,000.00. selain itu juga Mahkamah Syesen boleh membicarakan semua kes jenayah kecuali yangboleh dihukum mati.Mahkamah Majistret pula terletak di bawah Mahkamah Sesyen. Jika mengikuthirarki Mahkamah Majistret merupakan Mahkamah yang berada di bahagianbawah sekali. Kebanyakkan tuntutan yang dibawa ke mahkamah adalah dibawake mahkamah ini. Mahkamah ini terdapat di semua negeri di Malaysia.

    BIDANG KUASA SETIAP MAHKAMAH

    Terdapat enam jenis mahkamah yang terdapat dalam Mahkamah Sivil.Mahkamah yang dimaksudkan ialah Mahkamah Persekutuan (Federal Court),Mahkamah Rayuan (Appeal Court), Mahkamah Tinggi Malaya/ Sabah danSarawak, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, juga Mahkamah Penghulu/Anak Negeri/ Bumiputera.

    MAHKAMAH PERSEKUTUAN

    Menurut Artikel 121(2)(a)(b)(c) Perlembagaan Persekutuan, bidangkuasaMahkamah Persekutuan ialah untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya.Selain itu Mahkamah ini berkuasa dalam apa-apa bidangkuasa asal (OriginalJurisdiction) atau bidangkuasa menasihat. Mahkamah Persekutuan juga berkuasaterhadap apa-apa bidangkuasa lain sebagaimana yang diberikan oleh ataudibawah Undang-undang Persekutuan. Contoh kes yang dibicarakan dimahkamah ini ialah kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kespembunuhan yang melibatkan kakitangan Geologi Syarikat Petronas Malaysiasatu ketika dahulu.

    Kes pada tarikh 5 Januari 2005 pula melibatkan bekas Exco Negeri Sembilan (X)

    Mahkamah Rendah Syariah tentang perkara atau prosiding itu hendaklah digantungsementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.Manakala Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa j enayah bagi mendengarrayuan daripada Mahkamah Rendah Syariah ke atas pembebasan, sabitan danhukuman. Mal pula mendengar rayuan keputusan Mahkamah Rendah Syariah apabila jumlah yang dituntut tidak kurang daripada RM 1000. Kes adalah yang berkaitandengan taraf diri, dan berhubung nafkah.

    MAHKAMAH RAYUAN SYARIE

    Seksyen 67(1) menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyaibidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apakeputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasaasalnya. Seksyen (2) menyatakan bahawa Mahkamah Rayuan Syariah apabila suaturayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan olehMahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan kebenaran untuk diputuskan olehnya sendiri apa-apapersoalan undang-undang yang berkepentingan awam yang telah timbul dalamperjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telahmenyentuh keputusan rayuan itu.Mahkamah Rayuan Syariah pula mempunyai bidang kuasa mendengar danmemutuskan rayuan ke atas keputusan yang sudah dibuat oleh Mahkamah TinggiSyariah. Ia juga mempunyai bidang kuasa untuk menyemak rekod mengenai sesuatukes demi menegakkan keadilan.

    JUMLAH HAKIM MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA

    Di Malaysia hanya mempunyai seorang sahaja Ketua Hakim Syarie yang juga merupakanKetua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah di Putrajaya. Di peringkat Persekutuan,Malaysia hanya mempunyai empat Hakim Mahkamah Rayuan Syarie di mana setiapKetua Negeri ( Sultan/ Raja/ Yang Di Pertuan Negeri) perlu mentauliahkan HakimMahkamah Rayuan Syarie ini untuk menjadi Hakim dalam Mahkamah Rayuan Syarie dinegeri tersebut, 14 orang Ketua Hakim Syarie Negeri, 22 jumlah Hakim MahkamahTinggi Syariah, 90 orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah, 7 orang jumlah KetuaPendaftar dan dibantu seramai 10 Pendaftar.

    Jawatan Hakim Jumlah1. Ketua Hakim Syarie 1 orang2. Hakim Mahkamah Rayuan Syarie 4 o rang3. Ketua Hakim Syarie Negeri 14 orang

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    10/26

    dihukum penjara 6 tahun oeh Mahkamah Persekutuan atas 3 tuduhan rasuahdengan menggunakan kedudukannya untuk faedah kewangannya. X didakwamengikut seksyen 2(1) Ordinan No 22(Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970). Panel 3hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan rayuan pihakpendakwaan, mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan menggantikanhukuman dengan 2 tahun penjara bagi setiap pertuduhan. Keputusanpenghakiman, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Abd Malek Ahmad, Datuk SitiNorma Yaacob dan Datuk Alauden Mohd Sherrif berkata berdasarkan nas yangdirujuk, tiada kesangsian bahawa dalam kes membabitkan rasuah, hukumanpenjara adalah wajar.

    Dalam kes ini Mahkamah Persekutuan juga mengekalkan sabitan terhadap X danmenggantikan hukuman denda RM 15,000 dengan hukuman penjara 2 tahunbagi setiap pertuduhan yang dihadapinya. Mahkamah Persekutuan jugamemerintahkan bayaran denda RM 45,000 yang diperintahkan oleh MahkamahRayuan (jika dibuat) dipulangkan semula kepada X. Pendakwaan mengemukanrayuan kerana tidak berpuas hati denda RM 45,000 atau penjara 18 bulan yangdijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Jun 2003 selepas mendapati Excotersebut bersalah terhadap 3 tuduhan rasuah. Sebelum itu Mahkamah Rayuanmengenepikan keputusan Mahkamah tinggi yang membebaskan Exco daripada 3pertuduhan pindaan melakukan rasuah dengan menggunakan kedudukanawamnya untuk faedah kewangan.

    MAHKAMAH RAYUAN

    Mahkamah Rayuan pula adalah untuk mendengar rayuan tuntutan sivil dan jenayah daripada Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan mula diperkenalkandalam struktur hirarki makamah di Malaysia pada 1994. Penubuhannyabertujuan untuk mewujudkan saluran tambahan bagi mendengar kes-kes rayuandaripada Mahkamah tinggi dan juga bertujuan untuk mengurangkan bebanMahkamah Persekutuan untuk mendengar kes-kes rayuan dibawa terhadapnya.

    MAHKAMAH TINGGI

    Manakala Mahkamah Tinggi adalah untuk mendengar semua tuntutan sivil yangdi luar bidangkuasa Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. Jenis tuntutantermasuklah tuntutan penceraian dan perkahwinan, wasiat, muflis, dan tuntutansivil yang lain yang tidak melebihi RM 250,000.00. Selain itu dalam bidangkuasa jenayah Mahkamah Tinggi membicarakan kes-kes jenayah yang di luarbidangkuasa Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen. ContohnyaMahkamah ini membicarakan kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman

    4. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah 22 orang5. Hakim Mahkamah Rendah Syariah 90 orang6. Ketua Pendaftar 7 orang7. Pendaftar 10 orang

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    11/26

    mati. Dalam bidangkuasa rayuan mahkamah ini mendengar rayuan daripadaMahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen dalam kedua-dua tuntutan sivil dan jenayah. Mahkamah tinggi adalah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuandan Mahkamah Persekutuan. Keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggiakan mengikat Mahkamah bawahan. Namun Hakim Mahkamah Tinggi tidakterikat dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

    MAHKAMAH SESYEN

    Mahkamah Sesyen mempunyai bidangkuasa untuk untuk mendengar sebarangtuntutan sivil yang membabitkan kemalangan kenderaan bermotor, perbalahandi antara tuan tanah dan penyewa (landlord and tenant), distress iaitukemurungan dan tuntutan lain yang tidak melebihi RM 250,000.00. Selain itu jugaMahkamah Syesen boleh membicarakan semua kes jenayah kecuali yang bolehdihukum mati. Akta Mahkamah Rendah 1948 memperuntukkan bidangkuasainter alia. Membicarakan kes-kes kemalangan kenderaan bermotor, tuan rumahdan penyewa, distress dan meminta rekod apa-apa prosiding yang dijalankan dihadapan Mahkamah Majistret dan Penghulu. Contoh kes yang dibicarakan pada 6Januari 2005 dimana seorang tukang kayu berusia 61 tahun dihukum penjarasejumlah 54 tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah merogolcucu tirinya berusia 10 tahun, bulan lalu. Tertuduh tidak dirotan kerana berusia61 tahun.

    MAHKAMAH MAJISTRET

    Makamah Majistret pula mempunyai bidangkuasa untuk mendengar tuntutansivil yang tidak melebihi RM 25 000.00. Bagi tuntutan yang kurang daripada RM5000.00, Plaintif boleh memilih untuk membawa tuntutan melalui prosedurtuntutan kecil di mana plaintif akan mewakili diri sendiri. Dalam bidangkuasa jenayah, Mahkamah Majistret bertanggungjawab dalam membicarakankesalahan yang boleh didenda sahaja di mana kebanyakkannya kes yangmelibatkan kesalahan jalan raya dan kesalahan yang membawa hukuman penjaratidak lebih dari 10 tahun. Walau bagaimanapun, seseorang Majistret hanya bolehmenjatuhkan hukuman penjara maksimum 5 tahun. Akta Mahkamah Rendah1948 juga menggariskan bidangkuasa yang diperuntukkan kepada MahkamahMajistret dalam menjalankan kuasanya. Terbahagi kepada dua iaitu Majistretkelas pertama dan Majistret kelas kedua.

    Sebagai contoh kes ialah seorang warga Indonesia dihadapkan ke MahkamahMajistret atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 9tahun di ladang kelapa sawit pada 21 Disember 2004. Beliau dituduh mengikut

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    12/26

    seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jikasabit kesalahan. Mengikut fakta kes tertuduh dituduh menyebabkan kematianSiti Shazwani di ladang kelapa sawit (Estet Tikam Batu) antara jam 2 hingga 4petang pada 21 Disember 2004. Mayat Siti Shazwani dijumpai dalam paritsedalam kira-kira 1.5 meter di ladang kelapa sawit dekat Taman Rhu jam 9.15pagi pada 22 Disember 2004.

    Contoh kes lain yang telah dibicarakan pada 6 Januari 2005 Charlene anakJoseph, 22 tahun dituduh memandu secara meluru sehingga menyebabkankematian Nur Shuhaila 19 tahun, dijalan 14/14 Jalan Semangat Petaling Jaya jam2.15 pagi pada 25 Mei 2003 di hadapan Majistret Azroul Hisham. Pelajar itudidakwa mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawahukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM 20,000 jika sabitkesalahan.

    JUMLAH HAKIM MAHKAMAH SIVIL DI MALAYSIA

    Jumlah Hakim Mahkamah Persekutuan 11 orangHakim Mahkamah Rayuan 14 orang

    Mahkamah-mahkamah sivil di Malaysia secara umumnya dibahagikan kepadabeberapa jenis mengikut undang-undang penubuhannya. Misalnya, AktaMahkamah Rendah 1948 memperuntukkan kepada penubuhan MahkamahMajistret dan Mahkamah Sesyen. Manakala Akta Mahkamah Kehakiman 1964pula memperuntukkan kepada penubuhan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuandan Mahkamah Persekutuan.

    Pembahagian Mahkamah sebegini adalah kerana masing-masing adalah tertaklukkepada bidangkuasa tersendiri, yang bolehlah diringkaskan secara umumnyaseperti berikut :

    (a) Mahkamah Majistret : Ia mempunyai bidangkuasa untuk memutuskanpertikaian sivil yang tuntutannya tidak melebihi RM25,000-00. Bagaimanapun, iatiada bidangkuasa rayuan.

    (b) Mahkamah Sesyen : Ia mempunyai bidangkuasa untuk memutuskanpertikaian sivil yang tuntutannya melebihi RM25,000-00 tetapi tidak melebihiRM250,000-00. Bagaimanapun had tuntutan tidak ditetapkan berhubung dengankemalangan kenderaan bermotor, pertikaian di antara tuan rumah dan penyewaserta distress. Bagaimanapun, ia juga tiada bidangkuasa rayuan.

    Mahkamah Syariah ini diberi pengiktirafan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagaimanifestasi keistimewaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan mengikut Artikel 3(1)Perlembagaan.

    Mahkamah Syariah bertindak dalam kes-kes yang di beri bidang kuasa kepadanya.

    Tugas Mahkamah Syariah meliputi undang-undang kekeluargaan orang Islam,penentuan agama serta perkara-perkara berkaitan jenayah yang diperuntukkan.

    Dari segi bidangkuasa, perkara 121(1A) tidak memperluaskanbidangkuasa MahkamahSyariah. Bidangkuasa mahkamah samada jenayah atau sivil masih lagi sama.Peruntukan tersebut hanyalahmengenai pemisahan bidangkuasa. Oleh sebab itulahmahkamah-mahkamah sivil masih lagi menegaskan bahawa dalam bidang-bidangtertentu mereka masih mempunyai bidangkuasa. Contohnyadalam mentafsirkanEnakmen undang-undang Islam yang telahdibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri. Selaindari itu adalah jelasbahawa mahkamah sivil masih mempunyai bidangkuasamengenaiperkara-perkara yang tidak termasuk dalam Senarai 2 JadualKesembilanPerlembagaan Persekutuan walaupun pihak-pihak yangterlibat beragama Islam dan diamungkin lebih rela kesnyadibicarakan berdasarkan hukum syara' di hadapanMahkamahSyariah.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    13/26

    (c) Mahkamah Tinggi : Ia mempunyai bidangkuasa untuk memutuskan pertikaiansivil yang tuntutannya melebihi RM250,000-00 kecuali yang berkaitan dengankemalangan kenderaan bermotor, pertikaian di antara tuan rumah dan penyewaserta distress. Juga isu kekeluargaan bukan Islam, kemuflisan dan penggulungansyarikat, penjagaan anak-anak, injunksi, perlaksanaan spesifik dan pembatalankontrak. Berhubung dengan bidangkuasa rayuan, ia boleh memutuskan rayuanterhadap keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.

    (d) Mahkamah Rayuan : Ia mempunyai bidangkuasa rayuan untuk memutuskanrayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

    (e) Mahkamah Persekutuan : Ia mempunyai bidangkuasa untuk memutuskanpertikaian sivil berhubung isu kesahihan undang-undang atau pertikaian di antaranegeri dan Persekutuan. Ia seterusnya mempunyai bidangkuasa rayuan untukmemutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan MahkamahTinggi.

    Berhubung dengan prosiding pula, masing-masing Mahkamah mempunyaiprosiding sivil yang tersendiri dan diseliakan melalui peraturan-peraturan yangberasingan. Cuma pada bulan Ogos 2012, suatu peraturan baru iaitu Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah digubal bagi menggabungkan peraturan-peraturanberhubung prosiding di Mahkamah Majistret, Mahkamah Sesyen dan MahkamahTinggi.

    Pada masa hadapan tetapi dalam waktu yang terdekat, bidangkuasa yangdinyatakan di atas dijangka akan mengalami perubahan. Setakat ini, melalui AktaMahkamah Rendah (Pindaan) 2010, bidangkuasa Mahkamah Sesyen akandilanjutkan ke RM1,000,000-00. Manakala bagi Mahkamah Majistret pula,bidangkuasanya akan dikembangkan hingga mencapai RM100,000-00.Bagaimanapun, Akta Pindaan ini belum dikuatkuasakan, dan dengan itubidangkuasa yang sedia ada masih diteruskan.

    KEBEBASAN ASASI (PERKARA 5 PERKARA 13 ) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN-Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukan dalam Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan.Perkara-perkara berkaitan yang diperuntukan o leh PerlembagaanPersekutuan adalah seperti berikut. Kebebasan hak asasiperkara 5 -13 Perlembagaan Persekutuan Perkara 5: Kebebasan diri dan nyawa. -Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-undang. -Seseorang harus diberitahu sebab dia ditangkap. -Seseorang boleh berunding atau dibela oleh peguamnya.Seseorang harus dihadap di mahkamah dalam masa 24 jam selepas ditangkap.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    14/26

    -Hanya melalui kuasa Majistret, seseorang boleh ditahan melebihi 24 jam.

    Perkara 6: Kerja paksa dan pengabdian. -Pengabdian dan kerja paksa adalah dilarang.-Hukuman penjara tidak ditakrifkan sebagai kerja paksa. -Demi kepentingan Negara, Parlimen boleh menuntut kerahan tenaga daripada rakyat.

    Perkara 7: Pelindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang. -Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah di sisi undang-undang. -Seseorang yang dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.-Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh memerintahkan perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti baharu tentang kes berkenaan.

    Perkara 8: Kesamarataan di sisi undang-undang. -Semua orang berhak mendapat perlindungan yang sama dari segi undang-undang. -Kecuali diperuntukan oleh Perlembagaan, tiada perbezaan terhadap warganegara dari segi kedudukan politik, social, pekerjaan dan taraf ekonominya.

    Perkara 9: Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan. -Setiap warganegara boleh bergerak dan bermastautin di mana-mana negeri dan Wilayah Persekutuan. -Namun, Parlimen boleh mengenakan sekatan ini atas tujuan keselamatan, kesihatan awam dan hukuman atas pesalah.

    Perkara 10: Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. -Setiap warganegara bebas memberi pandangan dan berhimpun secara aman serta menubuhkan persatuan. -Namun demi keselamatan dan ketenteraman Negara, Parlimen boleh menyekat kebebasan ini.

    Perkara 11: Kebebasan beragama. -Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri. -Setiap orang tidak boleh dipaksa membayar cukai khas untuk maksud agama. -Setiap orang boleh mengurus agama sendiri atau menubuh yayasan agama dan memegang serta mentadbir harta bagi tujuan agama. -Namun, undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan iktikad atau kepercayaan antara penganut Islam.

    Perkara 12: Hak yang sama dalam pelajaran. -Setiap warganegara berhak mendapat pelajaran yang sama daripada pihak berkuasa awam.

    -Kumpulan agama berhak untuk menubuhkan serta menyelenggarakan institusi pendidikan.

    Perkara 13: Seorang berhak atas hartanya. -Semua warganegara berhak mengumpul serta mengagihkan hartanya. -Pampasan harus diberi apabila harta seseorang perlu diambil alih melalui undang-undang. -Namun mengikut peruntukan undang-undang, seseorang atau pesalah boleh dilucutkan hartanya.

    Hak dan kebebasan asasi individu ini boleh dibahagikan kepada kebebasan mutlak dan kebebasan bersyarat. Kebebasan mutlak ini merupakan kebebasan asasi yangtidak boleh disekat. Sementara kebebasan bersyarat pula merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang atau sebagaimana telah diperuntukanoleh Perlembagaan. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang dijamin o leh Perlembagan, perlulah mengetahui hak-hak kebebasan asasi yang telah dianugerahkan kepada

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    15/26

    kita. Pengetahuan serta pendedahan mengenai kebebasan asasi ini perlu dan penting kepada kita.Hal ini kerana dapat mengelakkan diri kita dari ditindas serta dieksploitasioleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

    Hak asasi manusia wujud dalam masyarakat yang mendokong nilai-nilai demokratik seperti kebebasan untuk bercakap, kebebasan untuk berekspresi dan kebebasan

    untuk mengutarakan pemikiran. Demi menjamin setiap individu memiliki hak ini tanpa diskriminasi, semua orang harus dilayan secara sama rata tidak mengira agama,

    bangsa dan keturunan. Sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, Malaysia memiliki perspektifnya yang tersendiri terhadap kebebasan asasi. Kewujudan pelbagai

    fahaman politik, agama, etnik dan keturunan menyebabkan kebebasan asasi di Malaysia lebih bersifat kebebasan yang dikawal dan terbatas. Hal ini adalah untuk menjamin

    ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Hak asasi manusia di Malaysia ini dijamin melalui peruntukan dalam Bahagian Kedua, Kebebasan Asasi, Perlembagaan

    Persekutuan. Terdapat sembilan peruntukan hak asasi. Kebebasan asasi ini bukan satu konsep kebebasan yang mutlak tetapi ia mempunyai batasan-batasan untuk

    mengelakkan kebebasan daripada membawa kepada ketidakstabilan. Pelbagai peruntukan lain membataskan kebebasan asasi ini selain kewujudan undang-undang sekatan

    seperti akta fitnah dan hasutan. PERKARA DALAM HAK ASASI MANUSIA :

    4.1 Perkara 5 : Kebebasan Diri

    Kebebasan diri merupakan salah satu pekara yang terdapat dalam bahagian dua perlembagaan Malaysia iaitu berkaitan dengan kebebasan asasi. Kebebasan diri bermaksud

    hak atau kebebasan yang kita punyai sebagai manusia dan sesetengah kebebasan asasi ini telah diperuntukan di dalam perlembagaan Malaysia. oleh yang demikian, hak dan

    kebebasan ini dikatakan telah dijamin dan kebebasan asasi ini tidak boleh diambil daripada seseorang kecuali dengan keizinan perlembagaan.

    Kebebasan diri merupakan salah satu perkara yang terdapat dalam kebebasan asasi dan merupakan satu aspek kebebasan yang asas. Kebebasan diri ini menekankan

    bahawa seseorang itu tidak boleh diambil nyawanya atau dihapuskan kebebasannya kecual i dikehendaki o leh undang-undang. Selain itu jika seseorang itu ditangkap, diamempunyai hak untuk mengetahui sebab-sebab dia ditangkap dan berhak untuk mendapatkan peguam bagi membelanya di mahkhamah dan berhak memilih mana-mana

    peguam untuk membelanya. Peruntukan kebebasan diri ini termaktub dalam Perkara 5 dalam Perlembagaan Malaysia.

    Kebebasan diri merupakan perkara lima yang terdapat dalam bahagian dua kebebasan asasi dalam perlembagaan Malaysia. Terdapat lima Fasal yang terkandung

    dalam pekara lima perlembagaan pertama. Fasal pertama membincangkan mengenai tiada seorang pun yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya

    kecuali menurut undang-undang. Fasal kedua pula ialah berkaitan dengan jika pengaduan dibuat kepada Mahkhamah Tinggi atau kepada mana-mana hakim Mahkhamah

    Tinggi menyatakan bahawa seseorang adalah ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkhamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan berpuas

    hati bahawa tahanan itu adalah sah di sisi undang-undang, mahkhamah itu hendaklah memerintahkan orang itu dibawa ke hadapan mahkhamah itu dan melepaskannya.

    Fasal tiga pula berkaitan dengan jika seseorang ditangkap makan ia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh sebab-sebabnya ditangkap dan iahendaklah di benarkan berunding dengan seorang pengamal undang-undang yang dipilih olehnya dan dibela oleh pengamal undang-undang itu. Fasal empat pula menyatakan

    jika seseorang itu ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang majistret dengan segera, sekiranya tiada apa-apa sebab yang

    berpatutan , tetapi walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam ( t idak termasuk masa perjalanan yang perlu ) dan orang itu tidak boleh ditahan selanjutnya

    dengan tiada kuasa majistret itu dan fasal lima dan yang terakhir ialah fasal tiga dan fasal empat tidak dipakai terhadap orang negara musuh.

    Fasal pertama dalam perkara lima menyatakan bahawa tiada seorang pun yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-

    undang. Ini bermakna setiap orang mempunyai hak untuk hidup dan menjalani aktiviti harian dan tiada seorang insan pun yang boleh meragut nyawanya seperti yang telah

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    16/26

    termaktub dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 5 (1). Jika seseorang itu dengan sengaja atau tidak sengaja mengambil nyawa seseorang, ia boleh didakwa di mahkamah

    kerana hal ini melanggar hak kebebasan diri yang telah termaktub dalam perkara 5 (1) Perlembagaan Malaysia.

    4.2 Perkara 6 : Keabdian Dan Kerja Paksa

    Menurut kepada peruntukan dalam perkara 6 ini menyatakan tidak ada siapa yang boleh ditahan sebagai abdi atau dipaksa untuk bekerja termasuk kanak-kanak. Tetapi

    parlimen boleh membuat undang-undang bagi mewajibkan khidmat negara. Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada seseorang yang disabit kesalahan bukanlah dikira

    sebagai paksaan kerja.

    Walau bagaimanapun, didapati masih terdapat kes berhubung perkara ini. Penguatkuasaan Akta pasport Malaysia telah memberikan kebebasan kepada majikan untuk

    memegang pasport pekerjanya. Ini menunjukkan undang-undang tidak menghalang para majikan daripada memegang pasport pekerja mereka. Keadaan ini telah membawa

    kepada masalah di mana pekerja akan lebih terdedah terhadap pemerdagangan dan kerja paksa kerana majikan yang mengambil kesempatan ke atas pekerja mereka. Keadaan

    sebegini lah yang akan menjadikan pekerja asing terperangkap di mana beberapa syarikat misalnya meminta bayaran sehinggakan pekerja terdedah dengan ikatan hutang.

    Hutang yang perlu dilunaskan tersebut telah dijadikan sogokan oleh majikan dan memaksa pekerja asing bekerja dalam keadaan yang teruk. Mereka juga dipaksa bekerja

    lebih masa, diberi upah yang lebih rendah daripada yang dijanjikan, dipotong gaji dan diberi t empat tinggal yang teruk.

    Selain itu juga, terdapat juga kes berkaitan dengan wanita asing yang bekerja sebagai pembantu rumah didera dan dipaksa bekerja dalam keadaan teruk. Selain itu,

    undang-undang turut melarang pengambilan kanak-kanak di bawah umur 14 tahun sebagai pekerja, tetapi hanya dengan keadaan tertentu undang-undang memberikan

    kelonggaran seperti kerja ringan dalam perusahaan milik keluarga, pekerjaan dalam bidang hiburan awam, bekerja untuk kerajaan di sekolah atau di institusi latihan atau

    bekerja sebagai perintis yang diluluskan. Walau bagaimanapun, kanak-kanak tidak dibenarkan bekerja melebihi enam jam sehari atau melebihi enam hari seminggu atau pada

    waktu malam. Ini menunjukkan kerja paksa adalah dilarang dan segala penubuhan akta adalah bertujuan untuk mengelakkan masalah berlakunya kes kerja paksa yang

    membabitkan golongan yang lemah seperti wanita dan kanak-kanak.

    4.3 Perkara 7 : Perlindungan Daripada Undang-Undang Jenayah Kuat Kuasa Ke Belakang Dan Perbicaraan Berulang.

    (1) Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan

    itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang

    pada masa kesalahan itu dilakukan.

    (2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan

    atau mensabitkannya itu.

    Peruntukkan ini membawa makna tiada sesiapa boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada

    masa ia dilakukan dan kerana sesuatu kesalahan tiada sesiapa pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada

    masa kesalahan itu dilakukan. Ini bermaksud hukuman yang dikenakan ke atas pesalah haruslah setimpal dengan kesalahannya. Hukuman yang terlalu berat akan mengancam

    nyawa pesalah, manakala pesalah tidak akan berasa insaf atau sedar sekiranya hukuman terlalu ringan.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    17/26

    Perkara 7(1) menekankan bahawa adalah tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan sedangkan perbuatan tersebut

    tidaklah dianggap sebagai kesalahan semasa ianya dilakukan. Oleh yang demikian, seseorang tidak boleh dihukum untuk sesuatu yang tidak salah pada masa ianya dilakukan.

    Contohnya, kesalahan untuk memandu melebihi had laju 80km/j, jika seseorang yang memandu melebihi had tersebut sebelum undang-undang digubal, pemandu tersebut

    tidak boleh dihukum. Ini dikenali sebagai l arangan terhadap undang-undang retrospektif.

    Sekiranya hukuman bagi suatu jenayah itu ditingkatkan, seseorang yang melakukan kesalahan sebelum ianya ditingkatkan tidak boleh dikenakan hukuman yang

    ditingkatkan. Contohnya, sekiranya undang-undang dipinda supaya hukuman bagi kesalahan melebihi had laju ditingkatkan kepada hukuman penjara daripada hukuman

    denda, seseorang yang bersalah memandu melebihi had laju sebelum ia dipinda tidak boleh dikenakan hukuman penjara.

    Seseorang yang dibebaskan atau disabitkan untuk sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula untuk kesalahan yang sama, melainkan sabitan atau pembebasan

    itu dibatalkan oleh mahkamah yang lebih tinggi daripada ia dibebaskan dan perbicaraan semula diarahkan.

    Perkara 7(2) adalah berasaskan kepada prinsip common law autrefois acquit dan autrefois convict . Untuk memahami perlindungan yang diperuntukkan dalam Perkara

    7(2), kita hendaklah memahami dua (2) persoalan undang-undang sebagaimana berikut;

    (i) sama ada di dalam sesuatu kes itu, mahkamah sudah pun memutuskan bahawa Orang Kena Tahan (OKT) itu sudah dibebaskan ( acquitted ) atau sudah dihukumkan

    bersalah ( guilty ); dan

    (ii) makna perkataan kesalahan yang sama.

    Perbezaan di antara dibebaskan ( acquitted ) dan dilepaskan tetapi tidak dibebaskan ( discharge not amounting to acquittal -dnaa ) perlulah kita fahami. Di dalam sesetengah

    kes pihak pendakwa mempunyai hak untuk membuka semula siasatan terhadap kes tersebut dan OKT boleh di dakwa semula di mahkamah yang sama sekiranya pihak

    pendakwa boleh membawa saksi-saksi dan bukti-bukti baru untuk memberi keterangan-keterangan baru di mahkamah untuk mensabitkan kesalahan yang dilakukan OKT.

    4.4 Perkara 8: Kesamarataan

    Menurut perlembagaan Malaysia hak kesamarataan penting kerana ia mengelakkan diskriminasi dan ketidakadilan dalam menegakkan hak asasi manusia. Hal ini selaras

    dengan perkara 8 yang diperuntukkan dalam perlembagaan persekutuan:

    (1) Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

    (2) Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembagaan ini, tidaklah boleh ada pembezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum,

    keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan bagi apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa

    awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan dengan memperolehi, memegang atau melepaskan harta atau berkenaan dengan menubuhkan atau

    menjalankan apa-apa tred, perniagaan, profesyen, vokesyen atau pekerjaan.

    Melalui peruntukkan perkara 8, fasal (1) menjelaskan bahawa semua orang mempunyai hak yang sama disisi undang-undang dan hak terhadap pembelaan melalui

    perundangan. Oleh sebab itu, tiada diskriminasi yang harus berlaku oleh kerana perbezaan agama, kaum, keturunan, tempat lahir, atau jantina sebagaimana yang

    diperuntukkan dalam perkara 8, fasal (2). Dalam perkara 8, fasal (2) juga menjelaskan bahawa sesuatu perlantikkan jawatan atau pekerjaan adalah dibawah pihak berkuasa

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    18/26

    awam atau pentadbiran undang-undang yang mana setiap orang boleh memperolehi, melepaskan dan memegang harta atau jawatan melalui hak kesamarataan.

    Walaubagaimanapun peruntukkan ini tertakluk kepada beberapa perkara dan fasal yang terdapat dalam perlembagaan Malaysia. Berdasarkan perkara 8, fasal (5) terdapat

    enam peruntukkan yang menyebut tentang hal-hal yang tidak terbatal atau tidak terlarang akibat perkara 8. Selain itu, perkara 8 ini juga harus dibaca bersama dengan perkara

    153 yang mana mengenai hak dan keistimewaan orang melayu. Perezapan kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya untuk orang melayu. Hal ini kerana

    kesamarataan bagi semua kaum untuk tujuan pendidikan dan perniagaan dibezakan atas sebab keistimewaan kepada orang melayu dan bumiputera dipersetujui melalui

    konsep kontrak sosial.

    Hak keistimewaan orang melayu dalam perlembagaan persekutuan, merujuk kepada hak-hak orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan

    dalam Perkara 153. Hak istimewa orang melayu dan bumiputera meliputi bidang perkhidmatan awam di bawah perkara 153, fasal 2, 3 dan 4, bidang ekonomi di bawah

    perkara 153 fasal 6 dan bidang pelajaran di bawah perkara 153 fasal 2, 3 dan 4. Selain itu, kedudukan istimewa orang melayu juga terdapat dalam peruntukan perkara 89 dan

    90, yang mana berkaitan dengan tanah rizab orang melayu dan perkara 8(5)(f) yang berkenaan dengan kemasukan orang melayu dalam rejimen askar melayu dengan

    pengecualian orang bukan melayu sebagimana yang dikuatkuasakan. Hak-hak keistimewaan orang melayu ini tidak boleh dipertikaikan kerana ia dilindungi di bawah akta

    hasutan 1948(pindaan 1971). Hal ini menunjukkan hak kesamarataan yang dimiliki oleh penduduk di tanah melayu.

    Melihat dari sudut kepentingannya, kita dapat lihat bahawa orang melayu merupakan penduduk asli atau peribumi di negara ini. Justeru adalah wajar orang-orang

    melayu diberikan hak keistimewaan tersebut sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan malaysia. Hal ini kerana sebelum perlembagaan diwujudkan orang

    melayu lebih banyak terlibat dalam bidang perikanan atau pertanian. Justeru adalah wajar orang-orang melayu diberi keutamaan dalam semua aspek yang dinyatakan diatas

    yang melibatkan bidang pendidikan, ekonomi, pekhidmatan dan tanah rizab orang melayu bagi membolehkan mereka memperbaiki taraf hidup yang sebelum ini agak jauh

    ketinggalan berbanding kaum lain.

    Merujuk perkara 153 yang menyatakan bahawa kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Larangan dari

    mempersoalkan tentang peruntukan-peruntukan sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang. Perkara 153 memperuntukkan bahawa Yang Dipertua Agong(YDPA)

    bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan kaum sah lain. Peruntukan ini telah dipinda di bawah akta perlembagaan

    (pindaan) yang 1971 bagi menjelaskan bahawa perkara ini perlu diikuti oleh bumiputera sabah dan Sarawak sebagaimana diikuti oleh orang melayu. Perkara 153 ini juga

    telah dipinda untuk menghapuskan ketidakseimbangan yang terdapat antara orang melayu dan bumiputera kaum-kaum lain dalam bidang pendidikan. Hal ini boleh

    dibuktikan dengan jelas melalui fasal 8A yang mana YDPA berkuasa dalam memberi arahan kepada universiti, maktab atau yayasan pelajaran dalam menentukan perezaban

    penempatan orang melayu dan bumiputera sabah dan Sarawak dalam pendidikan t inggi Malaysia sebagaimana yang difikirkan munasab ah oleh YDPA mengikut kelayakan

    dan pihak yang berkuasa hendaklah mengikut arahan itu dengan sempurna.

    4.5 Perkara 9: Larangan Buang Negeri Dan Kebebasan Bergerak.

    Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi yang mana rakyat boleh bergerak secara bebas dan seterusnya boleh bermastautin dan mencari rezeki di

    seluruh negara tanpa mempunyai sekatan. Hal ini selaras dengan Perkara 9 yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan Malaysia :

    (1) Tiada seseorang warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan masuk ke dalam persekutuan.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    19/26

    Menurut peruntukan dalam Perkara 9, Fasal 1 ini, setiap warganegara memilik hak untuk tidak dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke mana-mana bahagian

    persekutuan kecuali atas sebab keselamatan persekutuan, ketenteraman awam, kesihatan awam, kesihatan awam atau hukuman bagi pesalah yang dibuat secara sah disisi

    undang-undang. Selain itu, setiap warganegara juga jelas memiliki hak untuk bergerak bebas dalam persekutuan dan bermastautin dalam persekutuan dalam mana-mana

    bahagian yang dikehendaki mereka. Semua warganegara malaysia diberi hak kebebasan bergerak dan bermastautin di seluruh kawasan dalam negara.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes yang akan mengehadkan kebebasan bergerak kepada rakyat iaitu untuk ketenteraman awam. Sebagai contoh, jika

    sesebuah kawasan itu mempunyai masalah ketenteraman awam seperti sedang berlaku tunjuk perasaan, kawasan tersebut akan dikawal dan orang awam akan dilarang

    memasukinya. Selain itu, jika berlaku masalah kesihatan awam seperti sesebuah kawasan itu diserang penyakit yang berpunca daripada virus seperti selsema burung. Hal ini

    akan menyebabkan kawasan tersebut akan dikawal dan dimasuki orang awam dan hukuman kepada pesalah-pesalah iaitu pesalah telah diberi hukuman buang negeri. Oleh

    itu, pesalah tersebut tidak boleh memasuki negeri tersebut.

    Perkara ini sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan Malaysia perkara 9 (2) dan (3) :

    (2) Tertakluk kepada fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang mengenai keselamatan persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan

    awam atau hukuman bagi pesalah-pesalah, tiap-tiap warganegara adalah berhak bergerak dengan bebasnya di seluruh persekutuan dan bermastautin di mana-mana

    bahagiannya.

    (3) Selagi sesuatu negeri lain ada dalam kedudukan istimewa di bawah perlembagaan ini berbanding dengan negeri tanah melayu, parlimen boleh dengan undang-undang

    mengenakan sekatan-sekatan, antara negeri itu dengan negeri-negeri l ain, ke atas hak-hak yang diberi oleh fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan bermastautin

    4.6 Perkara 10 : Kebebasan Bersuara, Berhimpun Dan Menubuh Persatuan

    Perkara 10 dalam perlembagaan persekutuan telah menyatakan mengenai kebebasan masyarakat seperti yang dinyatakan dalam fasal (1) (a), (b) dan (c) iaitu tiap-tiap

    warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran, semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata dan semua

    warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan. Namun perkara 10 (1) (a) (b) dan (c) yang tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4) masih tertakluk kepada sekatan-sekatan

    yang telah ditetapkan oleh badan perundangan. Seperti kebebasan bercakap dalam fasal (1) (a) iaitu undang-undang memiliki 3 kategori menyekat kebebasan ini iaitu

    berhubung dengan kehormatan yang meliputi perkara fitnah dan penghinaan terhadap mahkamah. Kedua berkaitan dengan keselamatan negara yang membabitkan kata -kata

    dan penerbitan yang berunsur hasutan atau penghinaan melampau dan menyekat kebebasan bercakap j ika membabitkan kemoralan iaitu yang melibatkan akhbar

    Kebebasan bersuara merupakan kebebasan yan g seca ra kole ktif di iktira f oleh masyara kat ma dani sebagai sebaha gian da ripada pelaksa naan pr oses

    demokrasi. Kepentingannya boleh dianggap sebagai mengatasi kebebasan-kebebasan lain yang dijamin oleh undang-undang. Kelebihan kebebasan ini

    ialah membolehkan pencarian dan penyataan kebenaran, penya mpai an makl uma t d an pemb etu lan kepa da kepi nca ngan dal am peme rin tah an. Namun hak ini

    bukanlah satu-satunya hak yang perlu dipertahankan dan perlu diimbangkan dengan keperluan lain masyarakat dan negara.

    Selain itu, perkara yang melibatkan keselamatan negara dan ketenteraman awam pula undang-undang turut mempunyai batasan untuk menyekat kebebasan untuk

    bersuara. Misalnya Akta Hasutan yang digunakan untuk melarang ulasan awam terhadap isu-isu yang dianggap sensitif seperti hal berkaitan dengan perkauman dan

    keagamaan. Bagi menyekat dan mencegah penyampaian ucapan dalam bidang politik juga kerajaan turut menguatkuasakan akta-akta yang boleh menyekat kebebasan

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    20/26

    bersuara serta mengambil tindakan terhadap pihak yang mengkritik terhadap segelintir pihak dan individu yang mengkritik kerajaan sama ada secara terbuka atau sebaliknya.

    Antara akta yang dikuatkuasakan ialah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA, 1960), yang merupakan undang-undang tahanan pencegahan. Akta hasutan (1948) iaitu

    yang merupakan suatu akta undang-undang yang menggubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta Rahsia Rasmi (OSA, 1972), Akta

    Fitnah (1957), Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU, 1971), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984) serta undang-undang lain yang berkaitan dengan jenayah fitnah.

    Perkara yang menyentuh mengenai hal-hal sensitif seperti hal-hal yang melibatkan agama, budaya, keturunan, bahasa, hak istimewa orang Melayu, mengganggu

    privasi seseorang dan sesuatu yang beransur hasutan dan fitnah undang-undang juga boleh menghalang di bawah kebebasan bercakap. Namun j ika sekatan yang dikenakan

    oleh akta-akta, undang-undang dan perintah eksekutif ke atas sesuatu perkara dilihat sebagai menghalang kebebasan bercakap, pihak yang terlibat atau tertuduh boleh

    menggunakan saluran mahkamah bagi mendapatkan hak mereka.

    Begitu juga dengan kebebasan berhimpun dalam fasal (1) (b) di mana undang-undang turut memiliki sekatan untuk kepentingan keselamatan negara dan

    ketenteraman awam. Secara umumnya kedua-dua frasa ini berkait rapat walaupun tiada tafsiran undang- undang yang khusus mengenainya. Di mana frasa keselamatan

    negara adalah merujuk kepada keperluan untuk menjaga negara daripada ancaman aktiviti subversif. Manakala ketenteraman awam pula merujuk kepada keteraturan sistem

    kehidupan dalam kalangan khalayak awam untuk kebaikan mereka. Bagi menjelaskan lagi maksud kepada ketenteraan awam dapat dilihat melalui perbezaan kekacauan

    ketenteraman awam dengan perbuatan melanggar undang-undang. Perbuatan melanggar undang-undang hanyalah membabitkan individu atau beberapa orang individu sahaja.

    Sekiranya perhimpunan dilakukan tanpa permit, kesalahan yang dilakukan adalah melanggar undang-undang. Manakala perbuatan yang mengganggu ketenteraman awam

    adalah bermaksud perbuatan yang boleh menyebabkan persekitaran tidak selamat dalam kalangan orang awam. Bagi menentukan sama ada perbuatan itu hanya melanggar

    undang-undang atau menjejaskan ketenteraman awam ialah, adalah perlakuan itu menyebabkan rasa tidak selamat orang awam atau kumpulan masyarakat yang berada di

    sesuatu tempat, ataupun perlakuan yang membabitkan individu tertentu sahaja tanpa menjejaskan ketenteraman awam.

    Sekiranya perlakuan yang dibuat hanya mengganggu seseorang atau beberapa individu sahaja ini ialah perbuatan yang melanggar undang-undang. Sekiranya masyarakat tidak

    dapat menjalankan rutin harian, maka perbuatan itu membabitkan gangguan kepada ketenteraman awam. Ini menunjukkan keadaan yang menjejaskan kepada ketenteraman

    awam ialah mengganggu aktiviti harian ahli masyarakat.

    Dalam fasal (1) (c) yang membicarakan tentang kebebasan untuk menubuhkan persatuan menyatakan bahawa semua warga adalah berhak menubuh persatuan, namun

    pertubuhan yang ingin ditubuhkan adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang telah ditetapkan oleh badan perundangan. Sekatan yang dibuat adalah mengikut acuan

    suasana, budaya, kepercayaan, semangat, sejarah dan nilai-nilai demi kepentingan negara. Melalui beberapa akta yang dikuatkuasakan adalah untuk mengawal aktiviti orang

    ramai dalam apa-apa persatuan yang mereka sertai. Misalnya Akta pertubuhan 1966, yang menyatakan pertubuhan tempatan yang mempunyai 7 orang ahli atau lebih

    hendaklah didaftarkan, dan jika pertubuhan yang boleh mewujudkan kemudaratan kepada kepentingan keselamatan persekutuan, keamanan awam dan akhlak awam maka

    pertubuhan itu adalah haram dan tidak boleh didaftarkan dan jika didaftarkan pun ia akan terbatal berikutan pertubuhan tersebut menggugat keselamatan negara dan orang

    awam. Selain daripada akta ini terdapat juga akta-akta lain seperti Akta Kesatuan Sekerja 1959, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti

    (AUKU, 1971). Akta yang dibuat ini adalah bertujuan untuk menyekat apa-apa pertubuhan yang boleh menggugat keselamatan persekutuan atau ketenteraman awam.

    4.7 Perkara 11 : Kebebasan Beragama

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    21/26

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    22/26

    meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan menyekat penyebaran agama-agama lain dalam kalangan orang Islam, contohnyanya negeri Kelantan telah meluluskan

    enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987. Kedah, Melaka dan Selangor juga turut meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun 1988. Undang-

    undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk

    menukar agama, menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama Islam, mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau

    menunjukkan beliau apa-apa perkara tentang agama bukan Islam, menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada seorang Islam dan mengedarkan

    apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam kepada orang Islam di tempat awam.

    Kerajaan mengharamkan 56 ajaran yang dianggap sebagai sesat di dalam Islam kerana membahayakan keselamatan negara dan boleh memecahbelahkan

    masyarakat Islam. Kumpulan yang diharamkan termasuk Ahmadiyyah, Ismailiah, Syiah, dan Bahai. Jabatan Kemajuan Isl am Malaysia membuat garis panduan persekutuan

    tentang apa yang dikatakan kelakuan atau kepercayaan yang sesat. Pihak berkuasa negeri lazimnya menurut garis panduan ini d alam memutuskan hal-hal yang berkaitan

    dengan perkara tersebut. Dengan kebenaran mahk amah Syariah, kerajaan boleh menangkap dan menahan anggota kumpulan sesat bagi pemulihan ke jalan sebenar

    Islam. Kumpulan Qadiani, satu cabang gerakan Ahmadiyah yang sudah bergerak aktif sejak empat tahun dan telah isytiharkan sesat kerana mempunyai doktrin Islam yang

    berbeza dengan tafsiran rasmi dengan kumpulan tersebut percaya pengikutnya hendaklah mengerjakan Haji di India. Kerajaan mengharamkan dan merampas bahan-bahan

    agama yang didapati menyeleweng atau menghina. Kerajaan turut mengharamkan 57 buah buku bertemakan agama, termasuk Muslim Women and the Challenge of Islamic

    Extremism (Wanita Islam dan Cabaran Ektremisme Islam) karya Norani Othman, pengasas bersama Sisters In Islam (SIS) yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan

    tempatan yang memperjuangkan hak asasi wanita. Pihak berkuasa kastam merampas enam judul buku kanak-kanak Kristian yang mengandungi perkataan yang dianggap

    eksklusif untuk agama Islam. Penggunaan perkataan Allah (Tuhan), Baitullah (Rumah Tuhan), dan Solat (sembah yang) dihadkan penggunaannya bagi orang Islam

    oleh Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mendakwa perkataan-perkataan ini di bawah bidang kuasa masyarakat

    Islam.

    4.8 Perkara 12 : Hak Hak Berkenaan Pelajaran

    Hak-hak berkenaan dengan pelajaran adalah Perkara 12 bahagian 2 Perlembagaan Malaysia. Terdapat 5 fasal yang termaktub dalam Perkara 12 ini. Fasal (1) ialah dengan

    tidak menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana jua warganegara semata-mata oleh sebab ugama, kaum, keturunan atau tempat

    lahir. Fasal (1) ini juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Fasal 1(a) dan Fasal 1(b).

    Fasal 1(a) menerangkan bahawa dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang diselenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam, dan khususnya tentang

    kemasukkan murid-murid atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran manakala Fasal 1(b) pula menyatakan tentang peruntukan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihak

    berkuasa awam untuk menanggung murid-murid atau untuk pelajaran murid-murid atau pelajar-pelajar dimana-mana yayasan pelajaran (samada diselenggara atau tidak

    diselenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awamdan sama ada dalam atau luar persekutuan).

    Perkara 12 (2) pula menyatakan bahawa tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak untuk menubuhkan dan menyelenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-

    kanak dalam ugama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-

    institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    23/26

    Islam atau mengadakan atau mengadakan membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi

    maksud itu.

    Perkara 12 (3) pula menyatakan bahawa tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-

    apa upacara atau sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Perkara 12 (4) menyatakan bahawa ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada

    lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya.

    Perkara 12 (1) menerangkan bahawa setiap orang mempunyai hak berkenaan pelajaran tanpa mengira agama,kaum, keturunan dan tempat lahir. Hal ini menunjukkan

    bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan pelajaran kerana mereka berhak untuk mendapatkannya seperti yang telah dinyatakan dalam Perkara 12

    (1). Oleh yang demikian, pihak-pihak berkuasa awam yang terlibat tidak boleh mempunyai sikap diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum,

    keturunan atau tempat lahir terutama sekali apabila melibatkan kemasukkan pelajar-pelajar ke sekolah atau universiti dan juga diskriminasi terhadap bayaran dalam menuntut

    pelajaran bersesuai an dengan fasal 1 (a) dan tiada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir apabila melibatkan

    peruntukan bantuan kewangan dari pihak berkuasa awam untuk menanggung pelajaran para pelajar dimana-mana yayasan pelajaran bersesuaian dengan fasal 1 (b) yang telah

    termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Perkara 12 (2) pula menerangkan bahawa tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam

    kumpulan itu sendiri. Hal ini bermaksud, mana-mana agama mempunyai kebebasan dan hak untuk menubuhkan dan menyelenggara institusi pendidikan untuk kanak-kanak

    dalam kumpulan itu sendiri. Mereka boleh menubuhkan seberapa banyak institusi pendidikan yang mereka mampu selagi pekara ini tidak mengganggu ketenteraman

    masyarakat dan juga negara.

    Perkara 12 (3) pula menyatakan bahawa tiada sesiapa boleh diwajibkan menerima ajaran atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara agama selain dari

    agamanya sendiri. Hal ini bermaksud tiada sesiapa pun yang boleh dipaksa untuk mengikuti atau menerima ajaran serta mengambil bahagian dalam mana-mana upacara

    keagamaan negara lain. Hal ini menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai hak untuk memilih pelajaran yang ingin dipelajarinya dan sesiapa tidak boleh menentukan

    pelajaran yang perlu diambil olehnya melainkan dirinya sendiri.

    Perkara 12 (4) pula menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau panjaganya. Hal

    ini bermaksud seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun haruslah mengikut pelajaran agama yang telah ditetapkan oleh ibu bapa dan penjaga mereka. Hal

    ini demikian kerana, agama yang dianuti mereka adalah bergantung kepada ibu bapa dan penjaga sehinggalah berumur lapan belas tahun.

    4.9 Perkara 13 : Hak Terhadap Harta

    (1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

    (2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai

    Mengikut Perkara 13 iaitu Hak Terhadap Harta, seseorang tidak boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Ini bermakna semua orang berhak untuk

    mengumpul sebanyak harta untuk kegunaan peribadi. Namun begitu, sekiranya harta yang dikumpul itu jika didapati tidak sah oleh undang-undang maka harta tersebut

    adalah boleh untuk dilucutkan secara sah. Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan tiada

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    24/26

    pampasan yang mencukupi. Perkara 13 adalah adalah sebagai satu cara untuk melindungi kepentingan harta rakyat. Sebagai kesimpulan seperti yang ditegaskan hak asasi

    manusia ini untuk kebebasan daripada ketakutan, kebebasan daripada kemahuan, kebebasan bersuara dan kebebasan kepercayaan

    BEZA ISA DAN SOSMAAkta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act ISA (1 OGOS 1960) Akta kesalahan dan keselamatan (langkah2 khas) SOSMA(6 April 2012)-Akta ini adalah salah satu undang-undang pencegahan yang digubal di bawah perkara149,Perlembagaan Persekutuan. Ia telah dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysiapada 1 Ogos 1960 dan diperluaskan penguatkuasaannya di Sabah dan Sarawak pada16 September 1963.

    -Tujuan ISA adalah untuk mengelakkan dari berlaku ancaman keselamatan,ketenteraman awam dan keamanan negara yang dilakukan oleh individu ataukumpulan tertentu yang bertujuan menganggu-gugat keamanan dan kestabilannegara.

    -Sebenarnya dalam masa 3 bulan tahanan boleh dirujuk kepada Lembaga PenasihatTahanan mengenai hak mereka dengan membawa peguam mereka bersama-samadengan Lembaga Penasihat Tahanan. Sekiranya Lembaga Penasihat mendapatitahanan berkenaan masih ada ancaman keselamatan maka, tahanan bolehdilanjutkan sehingga 60 hari.

    -undang-undang utama di negara ini yang membolehkan penahanan tanpa bicara.

    -bentuk ancaman keselamatan dahulu dan kini adalah berbeza.

    -15 September 2011 mengumumkan ISA akan dimansuhkan

    -tiada lagi penahanan pencegahan (preventive detention) dan tiada lagi kuasa yangdiberi kepada menteri untuk menahan sesiapa. Ini bermakna seksyen 8 di dalamISA dihapuskan sama sekali.

    - akta yang boleh digunakan untuk mengekalkan ketenteraman awam dankeselamatan oleh polis dan ia tidak menetapkan sebarang hukuman seperti KanunKeseksaan.

    --tidak akan ada orang yang boleh ditangkap semata-mata kerana kepercayaanpolitik atau aktiviti politik mereka. Jadi tidak boleh kita tangkap seseorang hanyakerana pendirian politik dan tidak perlu risau jika ia akan digunakan untuk tujuanpolitik.

    -akta ini digunakan hanya untuk aktiviti pengganas, aktiviti menjejaskan demokrasiberparlimen, sabotaj dan pengintipan.

    -SOSMA mengurangkan tempoh penahanan tanpa pertuduhan pada peringkat awal sekali daripada60 kepada 28 hari, dan mewajibkan sama ada suspek disabitkan dengan pertuduhan dimahkamah atau dibebaskan selepas tempoh tersebut

    -tempoh 60 hari tahanan dan siasatan, kemudian ia boleh disambung lagi untuktempoh dua tahun dan sambung lagi sampai bila, kita pun tak tahu.

    -terhad kepada prosedur

    -ambil contoh Amerika Syarikat (AS) macam mana dia mengendalikan masalah ini.Mereka mempunyai Patriot Act, yang dibuat mungkin bersesuaian dengan keadaannegaranya.-Melalui Patriot Act, seseorang akan ditahan selama 48 jam dan selepas itu diadituduh di mahkamah. Untuk ancaman yang datang dari luar, mereka mempunyaipenjara Guantanamo yang digunakan sebagai tempat tahanan.

    -Apabila seseorang ditahan di bawah seksyen tersebut, iaitu untuk tempoh 28 hari,dia boleh pergi mahkamah untuk meminta semakan kehakiman atau habeascorpus.

    -mahkamah boleh meminta kita memberi sebab-sebab kenapa tahanan perludibuat untuk tempoh 28 hari.

    -tahanan polis hanya dibenarkan selama satu hari campur 28 hari bermakna jumlahnya 29 hari. Ini bermakna tempoh penahanan pertama adalah 24 jammanakala tempoh 28 hari hanya dibenarkan kepada pihak polis untuk menjalankansiasatan.

    terdapat dua jenis tahanan pertama iaitu penyiasatan dan satu lagi pencegahan. -hanya ada penahanan untuk siasatan. Dalam tempoh itu juga polis mesti

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    25/26

    Pencegahan ini mesti difahami, kalau tahanan itu diarah oleh menteri apabila beliaumendapati terdapat fakta-fakta tertentu lalu mengarahkan seseorang ditahan untukmenghalangnya daripada melakukan sesuatu.

    mengemukakan kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara dan jika ada kes,kita akan tuduh di mahkamah tetapi jika tiada, kita lepaskan.

    -tidak lagi menggunakan kaedah pencegahan sebaliknya siasatan sahaja.Seseorang hanya boleh ditangkap atas sebab yang kita percaya dia telahmelakukan kesalahan kemudian kita siasat. Kalau hasil siasatan polis mendapatitiada kes maka dia akan dilepaskan. Kalau ada kes, baru kita tuduh.Dalam tempoh 28 hari itu, orang yang masih dikehendaki untuk siasatan bolehdilepaskan. Polis akan menggunakan alat peranti pengawasan (EMD) yangdipasang pada pergelangan kakinya. Alat ini tidak menyusahkan kerana ia dipasangsecara longgar dan tidak menimbulkan masalah untuk berwuduk.

    tidak diberitahu dan sebagainya apabila seseorang itu ditangkap, waris terdekat dengan tahanan (next of kin) mestidiberitahu

    tidak ada ruang untuk peguam berjumpa tahanan. -memberi peluang kepada peguam untuk berjumpa tahanan.

    -sekarang dalam masa 48 jam mesti bagi akses kepada peguam.

    -Tempoh 48 jam ini bermakna selepas sejam ditangkap pun kita boleh bagi akses,lepas dua jam pun kita boleh bagi, namun bergantung kepada kriteria tahanan. Inikerana pihak polis mestilah mengambil berat terhadap siasatan yang sedangdijalankannya. Oleh itu jika dia berpandangan memberi akses kepada peguam ituakan menjejaskan siasatan maka akses ini boleh ditangguhkan. Namunpenangguhan ini pun tempoh maksimumnya adalah 48 jam, tidak boleh lebih.

    Beberapa negara lain turut mempunyai undang-undang yang meyerupai ISA untukmempertahankan keselamatan negara mereka dari ancaman dalam dan luar.

    Singapura mempunyai ISAnya tersendiri bagi tujuan menahan individu yang dianggapboleh mengancam keamanan dan keselamatannya. Pada 1963 dalam operasiColdstore seramai 100 individu-individu terdiri dari ahli-ahli politik dan persatuantelah ditahan. Pada 2006, Singapura menahan Mas Selamat Bin Kastari, anggota (JI)Jamaatul Islamiyyah.

    Brunei juga berhadapan dengan ancaman tertentu dan ISA telah digunapakai.

    Filipina, Thailand dan Indonesia tidak mempunyai akta bertulis seperti ISA. Merekamenggunakan undang-undang sedia ada untuk menangani individu-individu yangmenjejaskan keselamatan negara mereka.

    Di Indonesia, aktivis-aktivis Jamaatul Islamiyyah (JI) begitu aktif dan mereka telahmelakukan pengeboman di beberapa hotel terkemuka di Jakarta pada 17 Julai 2009.

  • 8/13/2019 Jawapan Ujian Sistem Undang2

    26/26

    Pada 2002, Bali juga menghadapi pengeboman yang telah mengorbankan 202 orang,majoritinya pelancong dari Australia.

    Negara Thailand mengakui bahawa Malaysia adalah satu-satunya Negara aman yangmempunyai akta khusus untuk menghadapi ancaman yang memudaratkan Negara.

    Amerika Syarikat sebuah negara yang mengagungkan demokrasai dan hak asasi turutmempunyai akta yang serupa yang dipanggil The USA Patriot Act (ProvidingAppopriate Tools Required to Intercept and Obstruct Terrorism Act) .

    Akta yang komprehensif itu melibatkan pindaan-pindaan akta lain demi mengukuhkanperpaduan Amerika Syarikat. Misalnya, Patriot Act membolehkan pindaan dibuatkepada akta Immigration and Nationality Act (INA). Ia membolehkan menahanseseorang asing yang membahayakan keselamatan AS sehingga 90 hari dan palinglama 6 bulan jika diperlukan.

    Dalam kes pengeboman New York Trade Centre pada 9 September, ramai individudari negara asing yang disyaki terlibat dalam tragedi itu ditahan dan dipenjarakan dipenjara Guantanamo Bay sehingga kini, termasuk 2 dari rakyat Malaysia.

    Akta ini walaupun diterima oleh majoriti ahli kongres tetapi telah dikritik keras olehkumpulan-kumpulan hak asasi manusia, namaun kerajaan AS tetpamempertahankannya.Di United Kingdom, akta seperti ISA yang dipanggil Terrorism Act yang bukan barutelah diguna pakai untuk berdepan dengan terrorism di utara Ireland.

    BY: NOOR AZREENA ABDUL AHMAD & NURUL RAIHANA ABDULLAH

    GOOD LUCK (^_^) STUDY HARD & STUDY SMART: JUST FOR ALLAH SWT.