taklimat mpv 'sea park 1

Upload: mokhtar-abdullah

Post on 13-Jul-2015

345 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Selain memainkan peranan utama dalam kontek “Police Omni-Presence”, cawangan ini adalah bertindak sebagai unit yang pertama untuk memberi respon apabila berlaku sesuatu kejadian yang memerlukan tindakan polis. Setiap kereta peronda berkekuatan seorang pemandu dan seorang krew.

TRANSCRIPT

SEA PARK 1

PERANAN MPV DALAM PENCEGAHAN JENAYAHoleh: oleh: SM 66815 MOKHTAR ABDULLAH SM OPRASI & PENCEGAHAN BALAI POLIS SEA PARK PETALING JAYA SELANGOR.

PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM OPRASI TUGAS AM PDRM KPN 22 BTKH 6/5/2008 ARAHAN PENTADBIRAN BIL. 14/2008

SEA PARK 1

SKOP TAKLIMATPENDAHULUAN SECARA RINGKAS TENTANG PENCEGAHAN JENAYAH COMMUNITY POLICING- KAJIAN KES COMMUNITY POLICING YANG MEMBABITKAN MPV DAN SKIM PENGAWASAN KEJIRANAN

PERANAN MPV-TRADISIONAL -ERA COMMUNITY POLICING

PELAN STRATEGIK LIMA TAHUN PDRM 2007 2011 - ISU- RUMUSAN TINDAKAN - CADANGAN STRUKTUR BARU BUKIT AMAN, IPK, IPD DAN BALAI.

RUMUSAN PROJEK PS5T-PDRM YANG ADA KAITAN DENGAN MPV PENUTUP

PENDAHULUANPaparan tentang kejadian jenayah di media massa tempatan yang meluas kebelakangan ini sedikit sebanyak mencabar utama peranan polis sebagai negara.

penguatkuasa

undang-undang

Paparan ini juga seolah-olah menggambarkan Malaysia bukan lagi sebuat tempat yang selamat untuk didiami, di mana kejadian jenayah yang berlaku di merata-rata tempat di Malaysia

menjadikan masyarakat merasakan tidak selamat untuk menjalani kehidupan seharian.

Pengarah Pengurusan PDRM, Pesuruhjaya Polis Datuk Kamaruddin bin Ali, dalam ucapannya semasa merasmikan Bengkel Keberkesanan

Pencegahan Jenayah Menjamin Kesejahteraan yang dihadiri oleh Ketua-ketua Polis Negeri dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Polis pada 6 Julai 2003 bertempat di Maktab Pegawai Kanan Polis Kuala Lumpur, Cheras, Selangor antara lain telah menyatakan:

Penekanan yang harus ditingkatkan dalam aspek pencegahan jenayah adalah mewujudkan perasaan selamat dan keadaan selamat di kalangan

masyarakat untuk melakukan apa jua aktiviti sama ada berada di rumah atau di luar rumah. Apabila mereka memerlukan bantuan atau kehadiran polis, mereka boleh memperolehinya dalam jangka masa yang cepat atau mereka mudah menghubungi polis. Jika keadaan ini dapat direalisasikan, maka persepsi masyarakat terhadap polis akan sentiasa baik dan keyakinannya akan terus meningkat.

Oleh itu sistem penugasan bit, rondaan dan sektor yang terarah dan terancang dengan mengambil kira trend perlakuan jenayah dan keperluan masyarakat seperti di tempat-tempat tumpuan ramai perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran polis (omnipresence) bagi tujuan pencegahan jenayah. Penugasan anggota secara bijaksana dan terselia (supervised intelligent deployment of manpower) juga harus diberikan penumpuan.

UKURAN KEJAYAAN PERKHIDMATAN POLIS

-

Bukan semata-mata dilihat dari aspek sematameningkatnya statistik tangkapan dan menurunnya kadar statistik kejadian jenayah dalam Jenayah Indeks; Indeks; Tetapi lebih daripada itu, sama ada perkhidmatan yang diberikan oleh pihak polis benarbenar-benar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. masyarakat. Dalam kata lain, tahap perasaan selamat di kalangan masyarakat terhadap kejadian jenayah.

-

-

Menyedari

hakikat

ini,

pihak

polis

cuba

meningkatkan kehadiran mereka di tengah-tengah anggota masyarakat yang mana kehadiran mereka mudah dilihat oleh anggota masyarakat dan khidmat mereka mudah diperolehi Adalah apabila masyarakat dengan

memerlukannya.

diharapkan

kehadiran polis yang kerap di kalangan masyarakat dan tindakan pencegahan jenayah yang kerap, ia bukan sahaja akan dapat menurunkan kadar statistik Indeks Jenayah dan sekaligus menambahkan

keyakinan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan polis.

Antara

program anggota

pencegahan masyarakat

jenayah ialah bit

yang dan

melibatkan

rondaan, sistem sektor, Pasukan Kadet Sekolah, pameran pencegahan jenayah dan rumah terbuka, penglibatan aktif polis dalam kelab remaja, program nasihat dan dialog dengan firma swasta, kerjasama dengan badan-badan sukarela, Rakan Cops dan skim pengawasan kejiranan.

COMMUNITY POLICING

KONSEP KEPOLISAN MASYARAKAT An appropriate vehicle to restore police and community relations. It places emphasis on service to public and crime prevention as the primary roles of the police in a democratic society. Rather than placing primary emphasis on arrest statistics, community policing emphasizes community-based problem solving and active citizen involvement in those matters that are of importance to the community.

CIRICIRI-CIRI KEPOLISAN MASYARAKAT1. Siapa Polis? Polis adalah orang awam dan orang awam adalah polis. Polis diupah memberi khidmat untuk keseluruhan rakyat.

2. Bagaimana

hubungan

polis

dengan

jabatan

perkhidmatan lain? Jabatan polis hanyalah satu daripada jabatan yang berperanan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

3. Apa peranan polis? Menggunakan pendekatan penyelesaian masalah yang lebih luas. 4. Bagaimana keberkesanan perkhidmatan polis dinilai? Melalui ketiadaan jenayah dan kekacauan.

5. Apakah keutamaan pihak polis? Apa jua masalah yang merungsingkan masyarakat.

6. Apakah tumpuan khusus penugasan polis? Apa yang menjadi masalah dan tumpuan masyarakat.

7. Apakah petunjuk keberkesanan polis? Tahap kerjasama masyarakat.

8. Anggapan polis terhadap sebarang panggilan untuk memberi perkhidmatan? Menganggapnya sebagai penting dan peluang

keemasan untuk berinteraksi dengan masyarakat.

9. Apakah maksud profesionalisme polis? Memelihara keakraban dengan masyarakat.

10. Apakah bentuk risikan yang dianggap paling penting? Risikan berkenaan jenayah (maklumat berkaitan

aktiviti-aktiviti individu atau kumpulan) 11. Apakah ciri-ciri penting akauntabiliti dalam polis? Penekanan kepada kehendak masyarakat dan

bertanggungjawab kepada masyarakat.

12. Apakah peranan yang dimainkan oleh ibu pejabat? Menyemai nilai-nilai organisasi.

13. Apakah peranan pejabat perhubungan akhbar? Mengkoordinasikan saluran utama untuk perhubungan dengan masyarakat.

14. Apakah anggapan polis terhadap pendakwaan? Sebagai satu daripada pelbagai alat penyelesaian.

Sebagai rumusan kepada jadual di atas, kepolisan tradisional lebih memfokuskan kepada aspek menurunkan kadar kejadian jenayah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sedangkan kepolisan masyarakat lebih memfokuskan perhatian polis kepada memahami kehendak dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat dengan tujuan untuk mewujudkan kualiti hidup yang tinggi. Oleh kerana itu, faktor keakraban antara polis dan masyarakat amat dititikberatkan.

PERANAN MPV

TUGAS-TUGAS MPV1. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan lalulintas di dalam kawasan rondaan. 2. Menjalankan tugas-tugas polis sebagaimana yang dikehendaki mengikut seksyen 21 dan seksyen 24 Akta Polis 1967. 3. Menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah di sepanjang kawasan rondaan. 4. Menjalankan siasatan awal ke atas kes-kes kemalangan jalanraya sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 113 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 5. Membuat kawalan di tempat-tempat berlaku kesesakan lalulintas. 6. Memberi bantuan kepada mana-mana orang yang memerlukan bantuan sama ada kemalangan atau ditimpa musibah. 7. Sentiasa menjalankan hubungan yang erat dengan orang ramai terutama kawasan perumahan VVIP dan VIP dan pastikan peti polis hendaklah ditandatangani dengan lebih kerap. 8. Pada setiap masa membawa senarai orang yang dikehendaki dan senarai terbaharu kenderaan curi. 9. Menjalankan peranan sebagai polis pelancong seperti menunjukkan arah dan memberi bantuan kepada mereka. 10. Menjalankan operasi-operasi yang telah ditetapkan oleh KPD.

KEBAIKAN MPV1. Dilengkapkan dengan kelengkapan berbagai seperti alat pertolongan cemas, alat perhubungan, siren, lampu matara dan lain-lain. 2. Anggota MPV kurang letih jika dibandingkan dengan anggota peronda jalan kaki, rondaan motosikal dan berbasikal. Justeru mereka dapat mengatasi masalah dengan lebih tenang dan bertindak dengan lebih pantas. 3. MPV dapat meronda kawasan yang lebih luas. 4. MPV selalu tiba dengan lebih cepat di tempat kejadian apabila diperlukan. 5. MPV dapat menunjukkan kehadiran polis di satu-satu kawasan (omni presence)

KELEMAHAN MPV

??????????

PEGAWAI PERTAMA TEMPAT KEJADIAN1. Perancangan Tindakan

Mengendalikan tempat kejadian termasuklah perkara-perkara berikut : Pemeriksaan yang teliti Membuat catatan (I.D) Rajah kasar Mengambil gambar Mengumpul keterangan fizikal. Tempat kejadian hendaklah dihampiri dengan secara bersistem dan dengan peraturan-peraturan yang teratur dan licin.

2.

Membuat catatan

Perkara yang mustahak adalah membuat catatan dan ianya adalah penting dalam beberapa peristiwa. Semua pemerhatian di tempat kejadian hendaklah dicatat dengan tulisan. Membuat catatan yang lengkap apa yang dilihat ataupun apa yang dilakukan. Segala catatan yang dibuat adalah menjadi kunci dalam sesuatu penyiasatan. Catatan mestilah lengkap secara teratur dari satu langkah kepada langkah yang lain di atas tindakan yang diambil oleh pegawai penyiasat.

3.

Mengawal dan memelihara tempat kejadian jenayah

Pegawai Polis yang beruniform ditempatkan di tempat kejadian untuk mengawal orang ramai, ahli keluarga mangsa, pemberita yang berada di tempat kejadian. Berikut adalah perkara-perkara yang patut diambil di tempat kejadian :1. Tarikh dan masa kejadian jenayah dilaporkan kepada polis 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Jenis jenayah yang telah berlaku Tempat berlakunya jenayah dan latarbelakang kawasan jenayah Keterangan ringkas kejadian jenayah yang membawa kepada penyiasatan Nama orang yang memanggil polis untuk datang menyiasat. Nama pegawai polis, saksi-saksi, di tempat kejadian Nama-nama pegawai polis yang membuat pemeriksaan dan yang mengambil kesan-kesan cap jari, gambar dan sebagainya Keadaan cuaca dan lampu semasa penyiasatan dijalankan Keadaan tempat kejadian jenayah dan keadaan sekelilingnya rumahrumah, jalan dan keadaan masyarakat tempatan

10. Huraikan pemeriksaan awal di tempat kejadian :Kedudukan si mati diikuti dengan keterangan lengkap mengenainya dan soalan-soalan berikut hendaklah dibuat : Apakah sebab-sebab kematian Adakah si mati mengalami luka-luka yang boleh membawa kematian Adakah tanda-tanda pergelutan berlaku Di manakah senjata, alat, ataupun objek yang menyebabkan luka tersebut ataupun kesan-kesan yang membawa kepada kematian.

11. Huraikan keadaan dalam dan luar rumah tempat kejadian termasuk jenis bangunan, jumlah bilik, tingkap dan selanjutnya dan juga keadaan pokok, tanah dan sebagainya Kedudukan apa-apa keterangan fizikal dijumpai semasa penyiasatan dan siapakah mengumpulkan dan keputusan cap jari dan kesan-kesan yang lain. Tarikh dan masa penyiasatan di tempat kejadian dijalankan

4.

Pengendalian di tempat kejadian..

Dibahagikan kepada beberapa bahagian : Mengukur tempat kejadian jenayah Merekodkan tempat kejadian jenayah dengan mengambil gambar ataupun rajah kasar Kedudukan dengan membuat pengukuran dan dokumentasi kesemua keterangan fizikal dan pemeriksaan kesan-kesan cap jari.

5.

Peraturan am

Semua keterangan dan maklumat hendaklah dikumpul dan dipelihara sebelum benda-benda tersebut menjadi kurang ataupun hilang atau dimusnahkan.

APABILA MEMASUKI TEMPAT KEJADIAN JENAYAH YANG SEBENAR.1. Hendaklah melaksanakan dengan berhati-hati, luaskan pandangan pada kesan-kesan di atas lantai, pemegang kunci pintu, suis lampu dan lainlain. 2. Pegawai penyiasat jangan sekali-kali berjalan sekeliling tempat kejadian tanpa tujuan. 3. Sebelum memulakan pemeriksaan, pegawai penyiasat hendaklah berhenti sejenak untuk memikirkan keadaan kes tersebut dahulu. 4. Pegawai penyiasat hendaklah membuat pemeriksaan yang lengkap dan bersistematik, mengukur kejadian jenayah yang sebenar, begitu juga dengan keadaan sekeliling, dalam rumah dan luar rumah. 5. Bentukkan semula tindakan penjenayah dan membuat beberapa soalan :- kenapa penjenayah melakukannya ? - bagaimana penjenayah masuk dalam bangunan ? - bagaimana penjenayah melakukannya ?

6. Catatan hendaklah dibuat semasa pemeriksaan sedang dijalankan seperti perkara berikut :- Keadaan objek sebelum diubah atau pemeriksaan dengan detail. - Dalam kes-kes tertentu ada mustahaknya membuat rajah kasar yang lengkap ataupun gambar secara dekat sebelum mengubah sesuatu objek. - Kes pecah rumah tidaklah memerlukan secara lengkap sebagaimana kes bunuh. - Dalam kes bunuh, catatan hendaklah dibuat begitu teliti dan lengkap sekali dengan itu membentukkan semula kejadian jenayah tersebut secara lengkap hingga kepada 15 20 tahun lamanya. - Semua objek dan huraian di tempat kejadian hendaklah dicatat. - Catatan dan rajah kasar yang dibuat di tempat kejadian hendaklah disimpan dengan baik kerana adalah keterangan bukti yang asal. - Tiga perkara penting untuk membawa kejayaan adalah :1. Organisasi 2. Kesungguhan 3. Berhati-hati - Selepas membentuk semula kejadian jenayah tersebut melalui mental, tugas pertama pegawai penyiasat kebiasaannya untuk mengambil gambar semuanya di tempat kejadian. - Tempat kejadian jenayah :. pemeriksaan awal di atas lantai dan semua bilik. Lantai adalah tempat permulaan.

- Orang mati di tempat kejadian jenayah :Hendaklah bermula dengan pemeriksaan yang tidak begitu lengkap ke atas badan si mati. Dengan berbuat demikian mungkin aspek yang lain yang memerlukan pemeriksaan awal akan diketepikan. Dan juga pemeriksaan ke atas badan si mati tidak perlu diperiksa dengan lebih teliti yang sepatutnya sekiranya pegawai penyiasat telah dapat membayangkan dengan jelas apa yang telah berlaku semasa mula membuat pemeriksaan kepada keseluruhan tempat kejadian jenayah. Biarlah pemeriksaan yang lebih teliti ke atas badan si mati setelah pemeriksaan asas telah dibuat dengan lengkap di keseluruhan tempat kejadian jenayah tersebut.

INGATAN:

MPV TIDAK BOLEH MENINGGALKAN TEMPAT KEJADIAN SEBELUM ADA GANTI.

CONTOHTINDAKAN KERETA PERONDA KETIKA SAMPAI DI TEMPAT BERLAKUNYA KEMALANGAN JALANRAYA SEMASA MEMBUAT RONDAAN. 1. Memberi bantuan kepada mangsa yang cedera dan seterusnya menghantar ke hospital. 2. Mengawal lalulints agar tidak berlaku sebarang kesesakan. 3. Memasang alat-alat amaran seperti kun supaya kenderaan-kenderaan diperlahankan. Pada waktu malam pula kun-kun hendaklah dipasang dengan protect-A-lite dan anggota menggunakan red light baton untuk memperlahankan kenderaan. Di samping itu lampu matara MPV dipasangkan. 4. Bagi kemalangan kecil di mana kenderaan-kenderaan terlibat menghalang lalulintas, ia hendaklah diubah ketepi. Walau bagaimanapun, gambar mesti diambil terlebih dahulu. 5. Membuat kawalan agar orang ramai tidak berkumpul atau mendekati kawasan kemalangan. 6. Apabila kesesakan berlaku dan ianya memerlukan perjalanan perlu dilencongkan maka hendaklah dikawal dengan profesional.

SECARA RINGKAS TENTANG PENCEGAHAN JENAYAH

PENCEGAHAN JENAYAH Terdapat berbagai definisi dan pengertian tentang pencegahan jenayah antaranya ialah:Menurut Edward Eldefonso (1983):

Pencegahan jenayah merupakan langkah yang diambil sebelum sesuatu jenayah itu berjaya dilaksanakan bagi tujuan menghalang perbuatan tersebut

Dr. Georgette Benneta (1982) pula menyatakan:

Pencegahan jenayah ialah menyedari bahawa jenayah boleh berlaku termasuk menjangkakan bentuknya, lokasinya, masanya dan magsa serta mengambil langkah-langkah untuk menmgurangkan peluang berlakunya jenayah tersebut

C.R Jeffery (1977) pula berpendapat:

Pencegahan jenayah adalah sebarang aktiviti yang diambil sebelum jenayah dilaksanakan bagi mengurangkan atau menghapus kejadian jenayah tersebut.

ISU1. KURANG KEYAKINAN MASYARAKAT TERHADAP INTEGRITI PDRM 2. PERKHIDMATAN PDRM YANG TIDAK MEMENUHI ASPIRASI DAN EKSPEKTASI MASYARAKAT.

ISU SOKONGAN ANALISIS :KOMPETENSI 21.4 %

INTEGRITI 78.6 %

LAPORAN URUS SETIA KPN (TATATERTIB) (PERATUSAN TOHMAHAN 2001 2005)

KOMPETENSI 32.9 %

INTEGRITI 67.1 %

LAPORAN SURUHANJAYA DIRAJA PENAMBAHBAIKAN PERJALANAN DAN PENGURUSAN PDRM (SEHINGGA MAC 2005)

KOMPETENSI

6.5 %

INTEGRITI 93.5 %

PERATUSAN KATEGORI JENIS KESALAHAN DARI TAHUN 2002 HINGGA 2005 ( KES SEBENAR)

VISILAMA BARU

ROYAL MALAYSIA POLICE AS THE LEAD ENFORCEMENT AGENCY IN UPHOLDING THE RULE OF LAW, MAINTENANCE OF PEACE, PUBLIC ORDER AND NATIONAL SECURITY.

'A LEADING ENFORCEMENT AGENCY OF INTEGRITY, COMPETENT AND COMMITTED TO WORK WITH THE COMMUNITY.

PDRM SEBAGAI PASUKAN TERBILANG DALAM MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG DEMI MENGEKALKAN KEAMANAN, KETENTERAMAN DAN KESELAMATAN NEGARA.

AGENSI PENGUATKUASA UTAMA YANG BERINTEGRITI, KOMPETEN, DAN KOMITED UNTUK BEKERJA DENGAN MASYARAKAT.

MISILAMA ( SEKSYEN 3(3) AKTA POLIS 1967 ) MEMELIHARA UNDANG-UNDANG DAN KETENTERAMAN AWAM MENGEKALKAN KEAMANAN DAN KESELAMATAN MALAYSIA MENCEGAH DAN MENGESAN JENAYAH MENANGKAP DAN MENDAKWA PESALAH-PESALAH MENGUMPUL RISIKAN KESELAMATAN

BARUTHE ROYAL MALAYSIA POLICE FORCE IS COMMITED TO SERVE AND PROTECT THE NATION AND TO WORK IN PARTNERSHIP WITH THE COMMUNITY IN THE MAINTENANCE OF LAW AND ORDER.

PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KOMITED UNTUK BERKHIDMAT DAN MELINDUNGI NEGARA SERTA BEKERJASAMA DENGAN MASYARAKAT DALAM MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG DAN KETENTERAMAN AWAM.

NILAI TERAS PDRMKOD ETIKAPOLIS DIRAJA MALAYSIA DEMI KEDAULATAN NEGARA, KESEJAHTERAAN MASYARAKAT DAN KEWIBAWAAN PASUKAN Kewajipan asasi kami sebagai anggota Polis Diraja Malaysia adalah Memelihara undang-undang dan ketenteraman Mengekalkan keamanan dan keselamatan negara Mencegah dan mengesan jenayah Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah Mengumpul risikan keselamatan JUSTERU KAMI AKAN BERPEGANG TEGUH KEPADA ETIKA BERIKUT: SETIA TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH-BAGI KEPADA NEGARA, KERAJAAN DAN PUCUK PIMPINAN PASUKAN. BERDISIPLIN MENGUTAMAKAN DISIPLIN DIRI DAN TUGAS PADA SETIAP MASA DENGAN TEKUN, TABAH DAN BERAMANAH. BERWIBAWA MELAKSANAKAN SEGALA KEWAJIPAN DAN KUASA-KUASA DENGAN JUJUR, TEGAS BERANI, ADIL DAN SAKSAMA. PRIHATIN DAN MESRA SENTIASA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG MESRA, CEPAT DAN BETUL SERTA TERKINI DAN MENGUTAMAKAN HAK DAN KEPENTINGAN MASYARAKAT. CEMERLANG SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN, MENGAMALKAN CARA HIDUP SEDERHANA, SUCI DAN BAHAGIA UNTUK MENGEKALKAN PRESTASI KERJA YANG CEMERLANG SERTA BERSIKAP POSITIF DAN PROAKTIF BAGI MEWUJUDKAN SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL DAN PEKA TERHADAP PERUBAHAN SEMASA.

NILAI TERASSETIATAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAGI KEPADA NEGARA, KERAJAAN, DAN PUCUK PIMPINAN PASUKAN.

BERDISIPLINMENGUTAMAKAN DISIPLIN DIRI DAN TUGAS MENGIKUT KEHENDAK ORGANISASI PADA SETIAP MASA DENGAN TEKUN, TABAH, JUJUR DAN AMANAH.

AKAUNTABILITIBERTANGGUNGJAWAB KE ATAS JAWATAN YANG DISANDANG DAN TUGAS-TUGAS YANG DIAMANAHKAN BERLANDASKAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.

PRIHATIN DAN MESRAMEMBERI PERKIDMATAN YANG MESRA, CEPAT DAN BETUL SERTA MEMENUHI EKSPEKTASI MASYARAKAT.

RESPONSIF DAN PROGRESIFSENTIASA MENGAMALKAN SIKAP YANG POSITIF,PROAKTIF DAN BERTINDAK SECARA CEPAT DAN TEPAT DALAM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN KEPADA MASYARAKAT. SENTIASA BERUSAHA MENINGKATKAN KOMPETENSI MELALUI ILMU DAN KEMAHIRAN, MENGEKALKAN PRESTASI KERJA YANG CEMERLANG BAGI MEWUJUDKAN SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL DAN PEKA TERHADAP PERUBAHAN SEMASA.

PELAN TINDAKAN BERDASARKAN OBJEKTIF PELAN STRATEGIK LIMA TAHUN

MENANGANI MASALAH PENINGKATAN JENAYAH DAN PERSEPSI KEBIMBANGAN MASYARAKAT MENGENAI JENAYAH ( FEAR OF CRIME ) Melaksanakan Program Community Policing secara Agresif Penubuhan Urus Setia Pencegahan Jenayah di peringkat Bukit Aman Kontinjen, Daerah dan mewujudkan Perjawatan Pencegahan Jenayah di peringkat Balai. Mewujudkan e-Sektor Integrated Beat System - kerjasama dengan agensi lain. Bekerjasama dengan PBT dan pihak kerajaan negeri untuk mewujudkan CCTV di crime prone areasBersambung

Memantapkan/Mewujudkan Rakan COP di semua Kontinjen selaras dengan Projek C4i Kempen Pencegahan Jenayah Aggressive selaras dengan Pengstrukturan Semula HEA. Kajian semula Klasifikasi Jenayah Indeks dan Solving Rate

Integrated CIU Menangani Masalah Jenayah Bersindiket

Sambungan

PELAN TINDAKAN BERDASARKAN OBJEKTIF PELAN STRATEGIK LIMA TAHUNMEMBENDUNG PENINGKATAN PENYALAHGUNAAN DADAH Pengstrukturan semula JSJN selaras dengan tren semasa ancaman penyalahgunaan dadah dengan memantapkan Unit Risikan, Unit FOP. Dana Khas JSJN ( SS fund ) dan mengatasi masalah integriti Kerjasama dengan agensi berkaitan untuk pertukaran maklumat dan keberkesanan penguatkuasaan Kaji semula SOP Ujian Air Kencing (Strip Test)

PELAN TINDAKAN BERDASARKAN OBJEKTIF PELAN STRATEGIK LIMA TAHUN

MENANGANI ANCAMAN KESELAMATAN DALAM NEGERI. Penubuhan Bahagian Krisis Dan Bencana Di Jabatan KDNKA. (Tim.Pengarah) Pembesaran PGA, PSP, Unit Udara, Unit Berkuda Pemantapan POMAN kerjasama dengan ATM Memperkasakan Pusat Kawalan Polis (MCC, CCC, DCC)

Lain-lain Projek

Persiapan Pilihanraya Umum Pengurusan Ancaman Keselamatan Negara

PERKAITAN MPV DENGAN PELAN TINDAKAN BERDASARKAN OBJEKTIFTINDAKAN BERDASARKAN PELAN PELAN STRATEGIK LIMA TAHUN OBJEKTIF PELAN STRATEGIK LIMA TAHUN

OBJEKTIF PELAN STRATEGIK 5 TAHUN

1. PEMANTAPAN INTEGRITI PEGAWAI POLIS;

2. MEMPERTINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN (ENHANCING SERVICE DELIVERY SYSTEM) ; 3. MENANGANI MASALAH PENINGKATAN JENAYAH DAN PERSEPSI KEBIMBANGAN MASYARAKAT MENGENAI JENAYAH ( FEAR OF CRIME ) ; 4. MEMBENDUNG PENINGKATAN PENYALAHGUNAAN DADAH ; DAN 5. MENANGANI ANCAMAN KESELAMATAN DALAM NEGERI.

2. MEMPERTINGKATKAN KUALITI PERKHIDMATAN (ENHANCING SERVICE DELVERY SYSTEM )

Pemantapan Latihan dalam PDRM sebagai Teras Transformasi dan Pembangunan Sumber Manusia dalam Pasukan - Sijil kompetensi kepada IO / AIO , Frontliners dan Pensyarah Akademik/Jurulatih.

Aplikasi teknologi dan ICT terkini - MDT (Mobile Data Telecomunication) dalam MPV Pelaksanaan C4i di semua Kontinjen Kaji semula SOP

3. MENANGANI MASALAH PENINGKATAN JENAYAH DI PERINGKAT DAN PERSEPSI KEBIMBANGAN MASYARAKAT MENGENAI JENAYAH ( FEAR OF CRIME )

Melaksanakan Program Community Policing secara Agresif Penubuhan Bahagian Pencegahan Jenayah di bawah Urus Setia KPN, Kontinjen, Daerah dan di peringkat Balai termasuk mewujudkan Perjawatan Pencegahan Jenayah. Sistem Bit dan Patrol Bersepadu - kerjasama dengan agensi lain 3.4.1. Bekerjasama dengan PBT dan pihak kerajaan negeri untuk mewujudkan CCTV di Crime Prone Areas Kempen Pencegahan Jenayah Agresif

Tugas-Tugas Lain Polis Diraja MalaysiaSEKSYEN 21 Adalah menjadi tugas pegawai-pegawai polis:

Mengatur, mengawal dan melencongkan mana-mana lalulintas; Menjaga ketenteraman di jalan awam, lorong, jalan tembus, dan tempat mendarat, dan tempat kunjungan awam yang lain dan tempat di mana orang awam ada akses; dan Mencegah halangan pada waktu perhimpunan dan perarakan di jalan awam dan lorong, dan dalam manamana hal, bila mana-mana jalan, lorong, jalan tembus dan tempat mendarat atau feri mungkin penuh sesak atau menjadi terhalang.

SEKSYEN 24 Kuasa pegawai Polis untuk memeriksa

Lesen, kenderaan, dll.

Seksyen 113, APJ 1987. (1) Tiap-tiap pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah akta ini boleh menjalankan apa-apa atau segala kuasa khas yang berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes-kes boleh ditangkap yang diberikan kepada pegawai polis itu dibawah bab XIII Kanun Prosedur Jenayah, dan Seksyen 112 (pemeriksaan saksi oleh polis), Seksyen 113 (Penerimaan pernyataan dalam keterangan) dan Seksyen 114 (Dorongan untuk membuat pernyataan kepada polis ditawarkan) KPJ itu, adalah terpakai kepada pernyataan-pernyataan yang dibuat oleh orang-orang yang diperiksa semasa penyiasatan itu dijalankan.

TUGAS-TUGAS MPV SEMASA RONDAAN CEGAH JENAYAH1. Mengetahui kadar jenayah yang berlaku. 2. Mengenalpasti kawasan yang kerap berlaku jenayah. 3. Nombor-nombor kenderaan yang dicuri. 4. Mengenal pasti sasaran jenayah. 5. Semua anggota hendaklah sentiasa berwaspada dan menggunakan budi bicara semasa menjalankan tugas rondaan jenayah.