ulasan tesis chiko.docx

7
Ulasan Tesis: Meninjau Tahap Kesedaran Nasionalisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam Dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta Sekitar Johor Bahru Oleh: Umi Soleha Binti Radzali BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Dalam bahagian metodologi kajian ini pengkaji membincangkan beberapa aspek seperti reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan prosedur atau cara pengumpulan data. Setiap aspek akan dijelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut; 3.2 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik berbentuk

Upload: que-hairi

Post on 07-Apr-2016

28 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Tesis Chiko.docx

Ulasan Tesis:

Meninjau Tahap Kesedaran Nasionalisme Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian

Tinggi Awam Dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Swasta Sekitar Johor Bahru

Oleh: Umi Soleha Binti Radzali

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bahagian metodologi kajian ini pengkaji membincangkan beberapa aspek seperti

reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis dan prosedur atau cara

pengumpulan data. Setiap aspek akan dijelaskan dengan lebih lanjut seperti berikut;

3.2 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah reka bentuk kajian tinjauan dengan

menggunakan soal selidik berbentuk ujian. Sebelum kaedah tinjauan dilaksanakan, pengkaji

telah melakukan kajian rintis tentang instrumen terlebih dahulu agar maklumat yang diperolehi

pengkaji dapat dibetulkan. Kajian ini mengambil masa selama sebulan untuk mengutip data.

Pengkaji telah membina soal selidik yang mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian latar belakang

responden, bahagian tahap pengetahuan politik di Malaysia dan akhir sekali bahagian patriotisme

terhadap negara Malaysia. Responden kajian ini terdiri daripada 100 orang pelajar dari IPTA dan

Page 2: Ulasan Tesis Chiko.docx

IPTS sekitar Johor Bahru. Hasil kajian dianalisis menggunakan perisisan Stastical Package for

Social Science (SPSS) versi 15.0.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada pelajar IPTA dan IPTS iaitu seramai 140 orang.

Sampel adalah satu kumpulan subjek untuk mendapatkan data. Penggunaan sampel dapat

menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Dalam kajian ini, teknik pensampelan yang

digunakan adalah berdasarkan Jadual Krejcie, R.V and Morgan D.W. Berdasarkan jadual

tersebut, jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 100 orang

berdasarkan kedua-dua IPT.

3.4 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen jenis soal selidik yang terbahagi

kepada tiga bahagian. Bahagian A adalah bahagian mengenai latar belakang responden manakala

Seterusnya bahagian B mempunyai 20 item berbentuk ujian tentang pengetahuan politik

responden (political interaction). Bahagian C juga berbentuk ujian mengenai sikap pelajar

terhadap negara Malaysia dimana mempunyai 12 item (attitudes towards nation).

1. Bahagian A

Bahagian A mempunyai maklumat responden seperti jantina, bangsa, agama, pekerjaan

ibu bapa atau penjaga, tahun pengajian dan pogram pengajian.

Page 3: Ulasan Tesis Chiko.docx

2. Bahagian B

Dalam bahagian ini terdapat 20 item tentang pengetahuan politik pelajar-pelajar IPTA

dan IPTS. Item-item ini adalah mengenai simbol negara, nama pemimpin negara,

ideologi negara, perkara-perkara atau ciri-ciri yang berkaitan dengan negara Malaysia.

3. Soal Selidik Bahagian C

Pada bahagian C pula terdapat 12 item mengenai sikap nasionalisme terhadap negara

Malaysia digunakan oleh pengkaji. 12 item itu dibahagikan kepada empat komponen

iaitu kesedaran melakukan tanggungjawab sebagai seorang warganegara Malaysia,

kerelaan melindungi negara, keinginan untuk emigerasi dan perasaan bangga seseorang

rakyat ketika menyambut hari kebangsaan. Kesemua Item-item ini adalah berbentuk

penyataan positif.

3.5 Kajian Rintis

Dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji Item-item soal selidik yang digunakan

dipetik daripada instrumen kajian Ibrahim Saad (1987) dalam kajiannya ‘Competing Identities In

A Plural Society The Case of Peninsular Malaysia’ dan pengkaji telah mengubah suai dalam

kajian pengkaji. Pengkaji telah menjalankan satu kajian rintis (pilot test) bagi memperbaiki item-

item soal selidik. Bagi tujuan ini seramai 10 orang mahasiswa di salah sebuah IPTA di sekitar

Johor Bahru telah dipilih untuk mengisi borang soal selidik ini dan mereka tidak terlibat dalam

kajian sebenar. Nilai Alfa Cronbach bagi soal selidik kajian ini ialah sebanyak 0.7 . Nilai ini

mempunyai kebolehpercayaan yang bersesuaian dengan kenyataan Mohd Majid(1994),

meskipun tidak khusus boleh digunakan bagi menentukan pekali kebolehpercayaan yang sesuai.

Alat ukur pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sesuai digunakan dan menjadi

Page 4: Ulasan Tesis Chiko.docx

rujukan paling minimum untuk diterima. Nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima pakai

antara 0.6 sehingga 1.0.

3.6 Analisis Data

Setelah data diperolehi, pengkaji telah dianalisis data dengan menggunakan perisian

‘SPSS version 15.0’ for windows (Statistical Package For Social Science) untuk menjawab

persoalan kajian ini. Bagi jawapan soalan kajian. Penyelidik menggunakan kaedah pengujian

statistik, peratus, frekuansi dan ujian mann whitney untuk menguji hipotesis.

1. Bahagian A : Latar Belakang Responden

Pada Bahagian A ini terdapat enam item yang berkaitan dengan latar belakang responden

iaitu jantina, bangsa, agama, pekerjaan ibu bapa atau penjaga, tahun pengajian dan pogram

pengajian. Oleh itu, untuk menganalisis data ini pengkaji menggunakan perisian ‘SPSS

version 15.0’ for windows (Statistical package for social science) untuk mendapatkan

frekuansi dan peratusan.

2. Bahagian B : Tahap Pengetahuan Politik Malaysia

Pada bahagin ini, terdapat soalan berbentuk objektif aneka pilihan adalah untuk menguji

tahap pengetahuan maklumat politik bagi responden pelajar IPTA dan IPTS di sekitar Johor

Bahru. Bagi responden yang menjawab jawapan yang betul akan mendapat skor 1 dan salah

adalah 0. Untuk setiap item hanya mempunyai satu sahaja jawapan yang betul. Pengkaji juga

akan membincangkan hasil dapatan dalam bentuk peratusan.

Page 5: Ulasan Tesis Chiko.docx

3. Analisis Data Bahagian C : Tahap Patriotisme Terhadap Negara

Di dalam bahagian ini, terdapat 12 item untuk melihat tahap patriotism terhadap negara

bagi IPTA dan IPTS. Hasil dapatan akan dibincangkan dalam bentuk peratusan.