ulasan ringkas jurnal dan artikel 2

20
ULASAN ARTIKEL : CABARAN SEMASA GURU 1.0 PENGENALAN Isu cabaran semasa guru telah diperkatakan dan menjadi bahan perdebatan hangat terutama dalam kalangan penulis buku, pensyarah,pengkaji pendidikan, surat khabar dan guru-guru. Dalam tugasan ini, saya memilih enam jurnal dan artikel yang berkaitan dengan cabaran semasa guru untuk diulas secara positif dan kritikal. (i) Tajuk : Keberkesanan Pendekatan Berasaskan Kepelbagaian Budaya Terhadap Integrasi Nasional Dalam Mata Pelajaran Sejarah Penulis : Ahmad Ali Seman, Zahara Aziz, Abdul Razaq Ahmad Sumber : Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah Ukm Bil. : 17 muka surat Kesan pembelajaran berasaskan kepelbagaian budaya yang merangkumi perspektif sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan akan dapat meningkatkan integrasi nasional. Guru merupakan agen perpaduan dan transformasi budaya kepada pelajar, oleh sebab itu bidang pendidikan dapat menjadi saluran penting bagi mendokong cita-cita perpaduan dan integrasi nasional (Chai Hon Chai 1977). Oleh sebab itu, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kerana melalui kefahaman tentang Sejarah bangsa dan Negara, persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan identiti Negara dapat diperkukuhkan dalam kalangan pelajar yang berbeza latar belakang lokasi, budaya dan etnik. Menurut Tajul Ariffin Noordin (1993), menjadikan landasan kurikulum sebagai asas penyatuan bangsa dan perpaduan antara etnik merupakan langkah yang paling berkesan, kerana penyampaian mesej sebegini perlu bermula dari peringkat awal iaitu melalui sistem pendidikan dan persekolahan, disebabkan sekolah adalah 1

Upload: bunga-pink

Post on 01-Jan-2016

646 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Ulasan artikel atau jurnal ringkas

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

ULASAN ARTIKEL : CABARAN SEMASA GURU

1.0 PENGENALAN

Isu cabaran semasa guru telah diperkatakan dan menjadi bahan perdebatan

hangat terutama dalam kalangan penulis buku, pensyarah,pengkaji pendidikan,

surat khabar dan guru-guru. Dalam tugasan ini, saya memilih enam jurnal dan artikel

yang berkaitan dengan cabaran semasa guru untuk diulas secara positif dan kritikal.

(i) Tajuk : Keberkesanan Pendekatan Berasaskan Kepelbagaian

Budaya Terhadap Integrasi Nasional Dalam Mata Pelajaran

Sejarah

Penulis : Ahmad Ali Seman, Zahara Aziz, Abdul Razaq Ahmad

Sumber : Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah Ukm

Bil. : 17 muka surat

Kesan pembelajaran berasaskan kepelbagaian budaya yang merangkumi

perspektif sejarah budaya, sejarah etnik dan sejarah kebangsaan akan dapat

meningkatkan integrasi nasional. Guru merupakan agen perpaduan dan

transformasi budaya kepada pelajar, oleh sebab itu bidang pendidikan dapat

menjadi saluran penting bagi mendokong cita-cita perpaduan dan integrasi nasional

(Chai Hon Chai 1977). Oleh sebab itu, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) kerana melalui kefahaman

tentang Sejarah bangsa dan Negara, persefahaman budaya, toleransi antara kaum

dan identiti Negara dapat diperkukuhkan dalam kalangan pelajar yang berbeza latar

belakang lokasi, budaya dan etnik. Menurut Tajul Ariffin Noordin (1993), menjadikan

landasan kurikulum sebagai asas penyatuan bangsa dan perpaduan antara etnik

merupakan langkah yang paling berkesan, kerana penyampaian mesej sebegini

perlu bermula dari peringkat awal iaitu melalui sistem pendidikan dan persekolahan,

disebabkan sekolah adalah tapak sosialisasi dan wadah pembentukan jatidiri. Untuk

mencapai misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan intipati di

atas, tentu sekali mengambilkira kedudukan pelajar daripada pelbagai latar belakang

etnik dan budaya. Oleh sebab itu, kesepaduan bermaksud menerapkan nilai-nilai

1

Page 2: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

murni yang wujud dalam semua kepercayaan (Kepercayaan kepada Tuhan) dan

unsur-unsur norma-norma masyarakat pelbagai etnik (kepelbagaian budaya).

(ii) Tajuk : Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu,Cabaran Dan Peranan

Sekolah Membangun Modal Insan Dalam Komuniti Setempat

Penulis : Ramlan Bin Zainal Abidin, Dr. Ahmad B. Esa & Prof. Dr. Wan

Mohd. Rashid B. Wan Ahmad

Sumber : Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008,

16 Oktober 2008, UTHM.

Bil. : 9 muka surat

Artikel ini membincangkan tentang isu dan cabaran yang dimainkan oleh

sekolah dalam membangun modal insan komuniti setempat. Perubahan yang

berlaku di era globalisasi di mana ekonomi berteraskan ilmu pengetahuan

menjadikan pendidikan sepanjang hayat sebagai agenda kerajaan untuk mencorak

modal insan mengikut acuan semasa. Banyak institusi yang telah mempelopori

kursus pembelajaran sepanjang hayat namun tidak ada perubahan yang ketara

untuk mengubah persepsi negatif ini. Cabaran seterusnya ialah bagaimana untuk

membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat dan tahap pendidikan di negara

kita dikatakan kian merosot. Sehubungan itu, rakyat sebagai modal insan di negara

ini perlu sentiasa menguasai ilmu. Modal insan yang berkualiti adalah satu

kemestian bukan lagi satu kelebihan. Bagi melahirkan modal insan yang berkualiti,

kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan dengan penuh komitmen.

(iii) Tajuk : Faktor-Faktor Pendorong Guru-Guru Teknikal Bukan

Siswazah Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah

Penulis : Muhammad Sukri Saud & Norhisham Monil

Sumber : Universiti Teknologi Malaysia.

Bil. : 9 muka surat

Artikel ini membincangkan faktor-faktor yang mendorong guru-guru bukan

siswazah teknikal untuk melanjutkan pelajaran dan memiliki ijazah. Pendidikan dapat

menyatupadukan masyarakat dan berupaya melahirkan rakyat yang mampu

2

Page 3: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

bersaing dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Pendidikan

merupakan suatu usaha yang berterusan pada setiap individu. Oleh itu, kementerian

telah berusaha untuk membantu guru-guru yang belum memiliki ijazah agar dapat

menyambung pelajaran bagi memperolehinya. selain itu pendidikan juga dapat

melahirkan orang perseorangan yang berpengetahuan, terlatih dan mahir untuk

memenuhi keperluan tenaga manusia dan sosial yang semakin bertambah

(Norshahidahbaiyah Abdul, 1998). Tujuan asas dalam pendidikan ialah untuk

mengadakan sepenuhnya pengalaman pendidikan yang dikehendaki, yang

membolehkan seseorang individu menghasilkan perubahan yang optima dari segi

fizikal, sosial dan emosi. Penulis membincangkan faktor-faktor tersebut berdasarkan

soal selidik yang dibuat ke atas beberapa pelajar yang terdiri daripada para guru.

(iv) Tajuk : Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran

Wawasan 2020

Penulis : Ismail Abas, Ph.D

Sumber : Jurnal Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Islam, Selangor,

Jilid 10, 2007

Bil. : 8 muka surat

Jurnal ini membincangkan keberkesanan peranan guru pada masa ini akan

mempengaruhi kualiti manusia yang akan mewarisi negara ini pada tahun 2020 dan

sekaligus menentukan pencapaian matlamat wawasan negara. Perlumbaan ke

masa depan menjadi semakin kritikal, kerana jika kita tidak peka dan bersiap sedia,

berkemungkinan besar generasi kini akan berhadapan dengan kejutan masa depan

yang membawa kepada kesan ke atas peribadi, psikologi dan sosiologi. Oleh itu,

adalah amat penting generasi murid masa kini dipersiapkan untuk menghadapi abad

futuristik yang penuh dengan pelbagai cabaran yang bersifat global. Bagi

menghadapi cabaran ketujuh menjelang tahun 2020, negara memerlukan generasi

guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan paling penting,

khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid, bertanggungjawab dalam

mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan

kemewahan kebendaan yang begitu laju sekali.

3

Page 4: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

(v) Tajuk : Faktor-Faktor Mendorong Stres Dalam Kalangan Guru-Guru

Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

Sepenuh Masa, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia.

Penulis : Baharin Bin Abu & Hamiza Binti Mohd Salleh @ Yaakob

Sumber : Universiti Teknologi Malaysia

Bil. : 8 muka surat

Jurnal ini mengenalpasti lima faktor mendorong stres dalam kalangan guru-

guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Lima faktor yang dikaji adalah hubungan

kekeluargaan, persekitaran pembelajaran, kewangan, pengurusan masa dan

kemahiran belajar. Jurnal ini juga merupakan suatu kajian yang dijalankan ke atas

48 orang guru PKPG. Menurut penulis, Persidangan Perkhidmatan Pendidikan

anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang akan berkuatkuasa dari

tahun 2006 hingga 2010 telah menggariskan empat perkara utama dalam usaha

untuk memartabatkan pendidikan negara. Dua daripada empat perkara tersebut

adalah peningkatan kualiti guru sebagai pra-syarat kepada pembangunan sistem

pendidikan yang bertaraf dunia dan semangat yang terkandung dalam Peruntukan

144 (1) Perlembagaan Persekutuan diterjemahkan ke arah menjadikan profesion

perguruan lebih perkasa dan berintegriti kearah pembangunan modal insan yang

kukuh. Bagi berhadapan dengan cabaran dan tuntutan daripada perubahan-

perubahan dalam sistem pendidikan, guru-guru telah berusaha meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran dengan melanjutkan pengajian di institut-institut

pengajian tinggi.

(vi) Tajuk : Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan

Teknologi Instruksional

Penulis : Khairuddin Bin Nisa

Sumber : UPSI

Bil. : 21 muka surat

Jurnal ini membincangkan Teknologi instruksional pada masa kini sangat

mempengaruhi sistem pendidikan negara. Atas kepentingan ini maka isu dan

4

Page 5: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

cabaran terhadap guru yang berkaitan teknologi instruksional wajar diperbincangkan

dengan teliti. Terdapat enam isu yang akan dihuraikan. Isu pertama, bahan

pengajaran menggunakan teknologi instruksional dapat meningkatkan pencapaian

pelajar. Isu kedua, tahap pengetahuan guru dapat meningkatkan penggunaan

teknologi instruksional. Isu ketiga, sikap positif guru dapat meningkatkan

penggunaan teknologi instruksional. Isu keempat, kelengkapan kemudahan

komputer di sekolah dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Isu

kelima, sokongan pentadbir sekolah dapat meningkatkan penggunaan teknologi

instruksional dan isu yang keenam penggunaan teknologi instruksional pada masa

depan. Berdasarkan perbincangan enam isu ini akan diperoleh pula enam cabaran

utama bagi meningkatkan penggunaan teknologi instruksional di kalangan guru.

Cabaran pertama, menggalakkan guru menghasilkan bahan pengajaran berasaskan

teknologi instruksional. Cabaran kedua, meningkatkan tahap pengetahuan teknologi

instruksional di kalangan guru. Cabaran ketiga, meningkatkan sikap positif di

kalangan guru bagi menggunakan teknologi instruksional. Cabaran keempat,

kelengkapan dan kemudahan di sekolah akan meningkatkan penggunaan teknologi

instruksional di kalangan guru. Cabaran kelima, peranan pentadbir dalam

menggalakkan guru menggunakan teknologi intruksional dan cabaran keenam,

persediaan guru menghadapi gelombang teknologi instruksional pada masa depan.

1.1 PERBINCANGAN DAN ULASAN KRITIKAL JURNAL

(i) Jurnal 1 :

Keberkesanan Pendekatan Berasaskan Kepelbagaian Budaya Terhadap

Integrasi Nasional Dalam Mata Pelajaran Sejarah

Jurnal ini membincangkan Keberkesanan Pendekatan Berasaskan

Kepelbagaian Budaya Terhadap Integrasi Nasional Dalam Mata Pelajaran Sejarah.

Menurut penulis, budaya Malaysia adalah budaya majmuk bukan lagi budaya

tunggal oleh golongan majoriti, malahan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi,

konsep majmuk budaya telah difahami dan diterima. Setiap etnik telah memberi

warna kepada pembentukan budaya kebangsaan di negara kita, kerana ciri-ciri

setiap etnik meskipun kecil bilangannya menjadi aset negara, khazanah warisan

5

Page 6: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

negara dan tinggalan sejarah yang telah berakar umbi sekian lama. Penulis juga

bersetuju dengan pernyataan yang ditulis oleh Cheah Boon Kheng (2002) dan

Badriyah Salleh (1998) bahawa elemen kesatuan dan pembentukan identiti Malaysia

yang diterima pelbagai kaum adalah langkah penting dalam mewujudkan Sejarah

Nasional dan budaya kebangsaan, seperti bahasa, sistem persekolahan, kurikulum

pengajaran, peraturan-peraturan, adat istiadat negara dan upacara-upacara rasmi

seperti majlis kongsi raya dan lain-lain. Pendekatan kepelbagaian budaya adalah

berasaskan teori multikultural yang dikemukakan oleh Kymlicka (2002) dan Dworkin

(2001) tetapi diubahsuai untuk konteks pengembangan budaya di Malaysia.

Pendekatan ini lebih sesuai kerana kepelbagaian budaya dalam konteks Malaysia

adalah merujuk unsur penerimaan dan merapatkan jurang hubungan antara kaum

yang melibatkan kaum yang dominan dalam situasi sosial iaitu Melayu, Cina dan

India. Berdasarkan kenyataan itu, saya juga bersetuju bahawa pendekatan

kepelbagaian budaya adalah pendekatan yang telah lama digunakan di negara ini

memandangkan negara kita bukan sahaja terdiri daripada tiga kaum utama tetapi

juga merangkumi lebih 40 etnik di seluruh Malaysia.

Menurut penulis, dalam konteks pengajaran Sejarah, peranan guru bagi

membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting, kerana

pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk

komuniti mereka sendiri pada masa akan datang. Dalam masyarakat heterogen

seperti di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya, pendidikan dan

pengajaran di sekolah seharusnya berupaya menekankan nilai-nilai persefahaman

budaya dan toleransi antara kaum serta mengelakkan wujudnya prasangka.

Sememangnya perwujudan kebudayaan berasaskan persamaan, kesedaran budaya

dan perasaan kekitaan akan menjadi kriteria penting bagi mewujudkan identiti yang

dapat dikongsi bersama dan dalam masa yang sama memudahkan usaha untuk

membentuk integrasi nasional. Bagi mengesahkan pendekatan keberkesanan kajian

ini, penulis telah membuat kajian melibatkan pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah

menengah.

Hasil dapatan kajian tersebut telah memberi jawapan kepada keberkesanan

mata pelajaran sejarah sebagai subjek perpaduan yang penting di sekolah. Penulis

telah membincangkan rumusan dapatan kajian dan mendapati bahawa aspek

6

Page 7: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

persefahaman budaya, toleransi kaum, identiti Malaysia dan integrasi nasional

dalam kumpulan kawalan berada pada tahap yang sederhana. Selain itu, terdapat

hubungan yang tinggi antara persefahaman budaya, toleransi antara kaum dan

identiti Malaysia terhadap integrasi nasional. Kajian yang dibuat oleh penulis hanya

melibatkan soal selidik pelajar sekolah aliran Melayu sahaja. Pada pendapat saya,

untuk menentukan keberkesanan sesuatu kajian yang melibatkan tajuk pelbagai

budaya, penulis atau pengkaji seharusnya melibatkan sekolah aliran cina dan

sekolah aliran india agar hasil dapatan itu lebih menunjukkan keseragaman. Walau

bagaimanapun, saya bersetuju dengan pendapat penulis pengajaran sejarah adalah

suatu subjek yang sangat penting dalam pembentukan perpaduan dan kesedaran

terhadap sejarah pembentukan kaum di Malaysia.

(ii) Artikel 2 :

Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu, Cabaran Dan Peranan Sekolah

Membangun Modal Insan Dalam Komuniti Setempat

Artikel ini membincangkan isu Pendidikan Sepanjang Hayat, isu, cabaran dan

peranan sekolah membangun modal insan menerusi komuniti setempat. Isu ini

bukan sahaja melibatkan sekolah tetapi juga melibatkan peranan guru yang

meruapakan suatu tugas yang mencabar dan memerlukan usaha yang lebih gigih.

Penulis membincangkan pendidikan sepanjang hayat itu sebagai tidak terhad

kepada golongan yang bekerja sahaja malah ia perlu melewati semua golongan

termasuk suri rumah, pesara, golongan kurang upaya dan warga emas. Pendidikan

sepanjang hayat bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu dan

masyarakat. Tujuannya ialah untuk memberi latihan dan pendidikan kepada semua

orang dengan salah satu matlamat untuk membangunkan modal insan. Di alam

persekolahan, pembangunan modal insan difokuskan untuk memberi tumpuan

kepada sistem nilai, disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan

tenaga kerja yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta

boleh dipasarkan. Dikalangan orang-orang dewasa proses pembelajaran tidak

terhenti selepas alam persekolahan malah mesti ada kesinambungan untuk terus

belajar hinggá keliang lahat.

7

Page 8: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

Menurut penulis, di antara cabaran bagi merealisasikan Pendidikan

Sepanjang ini ialah untuk membenteras buta huruf dikalangan orang-orang dewasa.

Kumpulan ini tidak berpeluang mengikuti pembelajaran formal diperingkat kanak-

kanak dan remaja disebabkan oleh faktor penjajahan, kemiskinan dan persekitaran

yang jauh dari pembangunan. Saya bersetuju bahawa orang-orang dewasa zaman

dahulu amat sukar mendapat pendidikan walaupun untuk belajar menulis dan

membaca sahaja memandangkan pergolakan dan peperangan yang berlaku pada

zaman sebelum merdeka. Seterusnya, bagaimana untuk membudayakan ilmu di

dalam komuniti setempat. Membudaya di sini membawa maksud supaya menjadi

amalan dalam hidup. Natijahnya akan berlaku sesuatu perubahan dalam kehidupan

hasil dari pemerolehan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Inilah budaya yang

hidup subur dan berkembang di negara maju. budaya masyarakat yang

mengutamakan ilmu pengetahuan terelak daripada menerima gelaran masyarakat

primitif atau andaian katak di bawah tempurung. Budaya ilmu juga memungkinkan

kewujudan sebuah masyarakat yang mempunyai world-view yang lebih luas, iaitu

pemikiran yang lebih terbuka. Dari persfektif yang lain pendidikan semestinya

dijadikan satu proses yang berterusan dalam kehidupan setiap insan. Pendidikan

memainkan peranan yang besar dalam pembentukan generasi akan datang serta

pencapaian objektif negara.

Isu menarik dikupas penulis ialah tentang mutu pendidikan di negara kita

merosot. Kemerosotan ini dilihat melalui senarai kedudukan universiti di dunia.

Disamping itu, sebilangan besar tanggapan masyarakat terhadap mutu pendidikan di

negara kita. Malaysia ialah kegagalan mendapatkan pekerjaan selepas tamat

pengajian. Seterusnya, Peranan Sekolah Dalam Pelaksanaan Program

Pembelajaran Sepanjang Hayat. Menurut penulis, memberikan perkhidmatan yang

paling rapat dan berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat dalam

komuniti setempat. Sekolah mempunyai potensi yang besar untuk memainkan

peranan menyuburkan kursus-kursus pendek dan sepanjang hayat kepada komuniti

setempat asalkan tidak menggaggu kelangsungan pembelajaran formal yang sedia

ada. Dalam konteks ini, penulis hanya menggunakan peranan yang perlu dimainkan

oleh pihak sekolah tetapi tidak melihat kepada cabaran guru untuk merealisaikan

perkara ini. Penulis seharusnya menerangkan dengan lebih lanjut peranan guru di

sekolah dalam membantu masyarakat dan bukan hanya bertumpu kepada peranan

8

Page 9: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

sekolah kerana pembaca akan tercari-cari siapakah yang perlu menggerakkan

peranan itu di sekolah kalau bukan guru-guru dan pihak pentadbir.

Artikel juga membincangkan kekangan dan halangan menjayakan aktiviti

tersebut. Antaranya tedapat jurang yang besar dari segi pergaulan dan memahami

keperluan komuniti setempat. Manakala Sekolah dilihat sangat bersesuaian jika

sekadar mengendalikan kursus-kursus pendek sahaja. Kekangan dan halangan

yang utama adalah disandarkan kepada kepimpinan sekolah kerana kunci

pelaksanaannya terletak ditangannya iaitu guru besar atau pengetua sekolah. Saya

bersetuju dengan pendapat penulis bahawa guru perlu menjadi pelopor kepada

penghayatan pendidikan sepanjang hayat. Ia adalah kerana guru adalah individu

yang penting untuk membangunkan komuniti seiring dengan peranan ketua

kampung dan penghulu mukim. Mereka dilihat lebih memahami keperluan

masyarakat malah lebih dekat dengan ibu bapa dan penjaga murid sekolah.

Kepimpinan sekolah tidak perlu mengorbankan peranan sekolah terhadap

pendidikan formal. Kesimpulannya, Pembelajaran Sepanjang Hayat sangat dialu-

alukan oleh semua masyarakat tetapi sedikit sebanyak ia merupakan cabaran baru

kepada peranan guru untuk memperjuangkan masalah buta huruf dalam kalangan

orang dewasa.

(iii) Artikel 3 :

Faktor-Faktor Pendorong Guru-Guru Teknikal Bukan Siswazah

Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah

Artikel ini membincangkan tentang beberapa faktor yang mendorong guru-

guru teknikal menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Artikel ini merupakan

suatu kajian yang dibuat kepada beberapa orang guru di Universiti Teknologi

Malaysia. Menurut penulis, Melanjutkan pelajaran adalah suatu beban yang amat

berat bagi guru-guru teknikal terutama yang telah berkeluarga, menangggung beban

hutang yang banyak, merasakan keupayaan ingatannya yang telah berkurangan,

persediaan pendidikan asas yang berkurangan dan sebagainya. Dalam keadaan

yang sedemikian, namun masih ramai guru-guru teknikal yang terpaksa bersaing

sesama sendiri dan tidak melepaskan peluang untuk memohon apabila tawaran

dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dalam pelbagai program pengajian. Saya

9

Page 10: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

bersetuju dengan pendapat penulis kerana menyambung semula pelajaran bagi

guru-guru yang sudah bekeluarga terutamanya wanita memang sangat

membebankan dan memerlukan kekuatan mental yang tinggi. Seterusnya penulis

membincangkan faktor-faktor tersebut berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

Faktor pertama yang mendorong guru-guru bukan siswazah teknikal untuk

melanjutkan pelajaran dan memiliki ijazah ialah ahli-ahli keluarga sebagai pendorong

kuat kepada responden untuk menyambung pengajian. Penulis juga menyatakan

bahawa kebanyakan responden yang menyambung pengajian adalah mereka yang

beristerikan atau bersuamikan guru kerana faktor kesefahaman dalam kerjaya

tersebut. Faktor kedua adalah kerana melihat rakan-rakan yang berjaya

menamatkan pengajian dan mendapat pangkat yang lebih tinggi. Ketiga, motivasi

yang ada pada diri sendiri menjadi dorongan kepada responden untuk menyambung

pengajian. Selain itu, faktor sumber kewangan yang mencukupi juga merupakan

motivasi kepada diri responden dimana mereka yakin telah mempunyai sumber

kewangan yang mencukupi untuk digunakan sepanjang tempoh pengajian. Faktor

yang mendapat respon juga adalah disebabkan bosan dengan situasi sekolah.

Keadaan ini biasanya berlaku apabila perkhidmatan seseorang guru yang begitu

lama dalam sesebuah sekolah serta faktor persekitaran dalaman dan luaran

sekolah. Mohd Salleh (2000) menyatakan guru tidak berpuas hati untuk berkhidmat

lebih lama dengan kerjaya perguruan kerana keadaan sekolah dan persekitarannya

yang tidak memuaskan. Mereka kecewa dan membuat keputusan untuk melanjutkan

pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurut penulis, guru yang bermotivasi belajar juga adalah mereka yang

merasakan ada kelemahan dan kekurangan ilmu pada diri mereka. Guru perlu

berubah, membaiki kelemahan diri menjadi orang yang berilmu dan menyampaikan

ilmu-ilmu yang terbaru. Ini bertepatan dengan kajian Hadzri Harun (1999),

mendapati guru-guru sanggup melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan ilmu bagi

memajukan diri dan menjadi lebih profesional dalam bidang perguruan. Mereka

datang untuk membaiki segala kekurangan dan kelemahan ilmu supaya menjadi

lebih bersedia menghadapi cabaran pendidikan, membaiki kecekapan diri dan untuk

memberi kemanfaatan kepada bidang pendidikan. Cabaran-cabaran ini patut disahut

10

Page 11: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

oleh semua insan yang bergelar guru. Dalam usaha untuk berfungsi sebagai role

model kepada murid, kaum guru sendiri harus lebih maju dari muridnya.

Berdasarkan hasil dapatan penulis, saya kurang bersetuju dengan faktor

utama yang diperolehi iaitu kerana dorongan keluarga. Pada masa sekarang,

kementerian telah mewajibkan semua guru yang belum memiliki ijazah untuk

menyambung pengajian dimana-mana universiti yang mengambil bahagian. Pada

pendapat saya, faktor utama seharusnya kerana tuntutan kementerian pendidikan

untuk mewajibkan guru-guru dan bukan kerana dorongan keluarga. Dorongan

keluarga adalah faktor kedua. Walau bagaimanapun, faktor-faktor lain yang

dibincangkan adalah bersesuaian sebagai faktor-faktor lain yang menggalakkan

guru-guru melanjutkan pengajian. Kesimpulannya, tugas utama guru adalah sebagai

pendidik maka tidak perlu dipersoalkan jika kementerian mewajibkan semua guru

sekolah rendah wajib memiliki ijazah kerana selain untuk memartabatkan profesion

keguruan ia juga adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran guru dalam bidang

yang diceburinya.

(iv) Jurnal 4 :

Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran Wawasan 2020

Jurnal ini membincangkan peranan Guru Membina Murid Menghadapi

Cabaran Wawasan 2020. Saya mendapati isu yang dibangkitkan adalah sangat

menarik kerana penulis telah menyedarkan kita bahawa sekolah dan semua anggota

termasuk guru besar, pengetua, guru, murid dan kakitangan adalah sebagai sebuah

rumah tangga dan sebuah keluarga besar. Asas yang menjadi citra dan intipati

sebuah rumah tangga yang pertama dan utama ialah kasih sayang. Bagi

menjayakan sekolah penyayang yang penuh dengan perasaan kemanusiaan,

kebajikan, kerjasama, hormat menghormati, ikram, berbudi bahasa dan seterusnya,

guru-guru perlu mempunyai tanggapan yang betul dan positif tentang setiap anak

didik yang berada di sekolah. Jika para pendidik melihat anak-anak dengan cara

positif atau memikirkanya dengan cara positif, hasilnya akan jadi positif (Wan Mohd.

Zahid Mohd. Noordin, 1993). Penulis banyak menyatakan peranan sekolah sebagai

sebuah tempat yang, sekolah yang penuh kasih sayang dan tempat yang sesuai

untuk menimba ilmu. Itu memang tidak dinafikan. Malah ada yang menganggap

11

Page 12: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

sekolah adalah sebuah institusi keluarga yang lebih berkesan berbanding rumah

sendiri.

Jurnal ini juga membincangkan peranan lain selain peranan guru dalam

membina murid yang dapat menghadapi Wawasan 2020. Antaranya ialah peranan

subjek pendidikan Islam dan pengaruh keluarga. Pada pendapat saya, penulis

perlulah membincangkan peranan guru sahaja dan bukannya peranan mata

pelajaran atau keluarga. Dua perkara itu boleh diketengahkan sebagai faktor

sampingan sahaja tetapi bukan sebagai peranan utama bagi artikel ini. Walau

bagaimanapun, artikel ini masih menarik dan berilmu pengetahuan untuk dibaca

selain sumber rujukan kepada mereka yang ingin mengkaji peranan guru dalam

usaha membina anak bangsa. Menurut penulis, sekolah yang diwakili oleh guru

dipertanggungjawabkan oleh masyarakat untuk membantu, memupuk dan

mengukuhkan sahsiah anak mereka. Pada masa yang sama sekolah hendaklah

memberi mereka pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi

berbagai cabaran hidup dengan berkesan dan seterusnya dapat menyesuaikan diri,

memperbaiki lagi sahsiah, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang akhirnya

akan dapat menyumbang kepada keharmonian dan pembangunan masyarakat dan

negara. Guru juga perlu menyedari bahawa keluarga mempunyai pengaruh yang

besar terhadap ciri rohani, intelek, emosi dan jasmani setiap murid. Oleh itu, guru

perlu mengenal pasti ciri atau potensi muridnya secara terperinci, memotivasikan

mereka untuk mengembangkan ciri atau potensi yang positif ketahap maksimum dan

secara beransur-ansur mempengaruhi mereka untuk mengurangkan dan akhirnya

menghapuskan ciri negatif warisan keluarga mereka.

Manakala dari segi peranan mata pelajaran Pendidikan Islam pula,

penekanan kepada moral dan nilai direalisasi dengan menjadikan Pendidikan Islam

dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib adalah selaras dengan

Wawasan 2020. Penekanan ini diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke-21

bukan sahaja mampu berdaya saing dalam negara perindustrian, tetapi juga

mempamer ciri-ciri sahsiah yang cemerlang. Penerapan nilai-nilai murni dibuat

melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum

tersirat.

12

Page 13: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

Penulis juga membincangkan peranan guru yang dapat membina watak anak

bangsa. Menurut mereka, guru perlu sentiasa menyedari bahawa teori dan ilmu

pengetahuan hanya akan berfaedah kepada muridnya apabila ia diseimbangkan

dengan amalan. Latihan yang mencukupi diperlukan memastikan sesuatu praktis

atau amalan muridnya mencapai tahap cemerlang. Saya menyokong pendapat

penulis apabila mereka merumuskan bahawa Sesuatu ilmu dan amalan itu akan

bermakna kepada murid apabila mereka memahami faedah ilmu dan amalan ilmu

dalam kehidupan seharian mereka dan kesan buruk jika tidak mempunyai ilmu dan

amalan berkenaan. Manakala semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

dijalankan potensi mereka dari segi rohani, intelek, emosi dan jasmaninya dilibatkan

secara aktif. Selain itu, murid mampu atau berupaya menerima ilmu dan melakukan

amalan yang disediakan oleh guru. Kesan kepada guru ialah guru dapat

mengekalkan pengaruhnya terhadap muridnya melalui kemantapan ilmu dan

kemahiranya juga mempunyai ciri sahsiah yang boleh dicontohi, dan maklumat,

pengetahuan dan ilmu yang disampaikan dapat difahami isi kandunganya tanpa

keraguan dan pada masa yang sama memahami cara atau kaedah dan kemahiran

untuk mengaplikasikan maklumat, pengetahuan dan ilmu tersebut dalam pelbagai

situasi kehidupan sebenar mereka.

Jurnal ini turut membincangkan kualiti peribadi guru yang pada pendapat

saya memang merupakan peranan utama dalam membina modal insan. Menurut

penulis, apabila kita ingin memperbaiki akhlak murid, perbincangan secara serius

tentang akhlak / kualiti peribadi guru juga adalah perlu. Ini kerana guru merupakan

sumber kepada murid dalam semua perkara untuk mendapatkan ilmu dan

semangat, juga sumber untuk dicontohi dalam pembinaan akhlak yang baik. Guru

perlu mempunyai kebersihan peribadi daripada segala kejelekan sama ada dari segi

percakapan, tindakan atau perasaan. Guru juga perlu memiliki budi pekerti yang

bebas daripada perasaan dengki, takabur, riya, tamak, pemarah dan sebagainya.

Hatinya hendaklah sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugas kerana keikhlasan

seseorang itu sering kali jelas tergambar melalui cara ia bertindak. Perbuatan pula

haruslah dapat menggambarkan apa yang diucap, di samping sentiasa mempunyai

keinginan untuk menambah dan mendalami ilmu. Kesimpulannya, guru perlu ada

kemampuan untuk menilai kecenderungan dan kegemaran seseorang murid supaya

dapat memudahkannya membentuk murid dengan menggunakan cara dan bahan

13

Page 14: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

yang sesuai selain mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas dan terhadap

ilmu. Dengan adanya sifat–sifat ini akan terhasillah tugas kerja yang sempurna,

prestasi yang sentiasa meningkat dan pencampaian yang memuaskan sama ada

terhadap dirinya, murid, pihak pentadbir atau pengurus.

(v) Jurnal 5 :

Faktor-Faktor Mendorong Stres Dalam Kalangan Guru-Guru Yang

Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Sepenuh Masa

Jurnal ini membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan stres

dalam kalangan guru yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa. Jurnal ini

merupakan cabaran seseorang yang bergelar guru kerana terpaksa menyambung

pelajar demi untuk memantapkan pengetahuan dan pendidikan. Menurut penulis,

guru PKPG terpaksa menempuhi pelbagai cabaran dan rintangan seperti terpaksa

meninggalkan keluarga, mendapat separuh gaji setiap bulan, menghabiskan masa

untuk belajar dan membuat tugasan serta pelbagai lagi cabaran lain. Cabaran ini

akhirnya menjurus kepada stres. Stres yang melebihi tahap tertentu sekiranya tidak

dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap. Saya bersetuju bahawa

guru-guru perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana guru hari ini

perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik

generasi yang akan menerajui negara. Sejajar dengan itu, kemahiran dan

pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus diperkemaskan dari

semasa ke semasa. Namun, stres akan dialami dalam pelbagai keadaan seperti

rasa kesunyian, kurang tidur, keresahan serta kebimbangan yang tinggi. Oleh itu,

stres boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian seseorang guru PKPG

terjejas sehingga memberikan impak yang negatif.

Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis/pengkaji adalah soal selidik

kerana ia lebih mudah, menjimatkan masa dan dapat menyimpan maklumat bertulis

dengan lebih lama. Seterusnya, penulis membincangkan hasil dapatan kajian

penulis berdasarkan lima faktor utama punca stres guru yang belajar sepenuh masa

iaitu faktor hubungan kekeluargaan, faktor persekitaran pembelajaran, faktor

kewangan, faktor pengurusan masa, faktor pengurusan pelajar, faktor kemahiran

belajar. Menurut penulis, guru-guru berasa tertekan kerana mereka tinggal

14

Page 15: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

berjauhan dari keluarga. Mereka terpaksa menjalankan kehidupan seharian tanpa

keluarga dan rasa keseorangan tanpa anak-anak dan suami/isteri. Selain itu, stres

juga berlaku kerana mereka terbeban di antara komitmen di rumah dan komitmen

sebagai pelajar. Bagi faktor persekitaran pembelajaran pula, stres tejadi kerana

mereka menghadapi masalah apabila menjalankan tugasan secara berkumpulan.

Mereka juga tertekan dengan sikap segelintir rakan sekelasnya manakala

selebihnya berasa tempat tinggal mereka kurang selesa untuk mengulangkaji

pelajaran. Dari segi faktor kewangan, didapati stres berpunca kerana mereka hanya

mendapat pendapatan separuh gaji dan merunsingkan mereka untuk memenuhi

kehendak diri dan keluarga. Kebanyakan mereka banyak menanggung beban

hutang rumah, kereta dan keperluan keluarga. Faktor pengurusan masa pula

memberikan mereka suatu tekanan, penat dan rungsing akibat kekurangan masa

rehat. Saya bersetuju dengan masalah itu kerana guru-guru mungkin sudah terbiasa

membahagikan masa kerja mengikut jadual iaitu semasa dirumah dan di sekolah

tetapi apabila beralih kepada dunia baru, mereka mungkin berasa masa itu terlalu

pantas sedangkan mereka perlu menyiapkan tugasan, mengikuti kuliah dan

menjalankan kajian di tempat lain.

Kemahiran belajar amat penting bagi mereka yang tidak mahu dibebani

dengan bahan bacaan. Namun, kemahiran belajar itu merupakan sutu beban

kepada guru-guru ini kerana mereka mempunyai masalah dalam Kemahiran Belajar.

Menurut penulis, guru-guru itu risau dengan gaya pembelajaran mereka yang kurang

berkesan. Manakala ada yang berasa rendah diri apabila membandingkan

keputusan dengan rakan-rakan dalam peperiksaan atau ujian. Saya bersetuju

dengan perasaan rendah diri yang akan dialami oleh guru-guru ini kerana mungkin

masalah mereka ialah tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap

kuliah. Perkara yang dibincangkan penulis sungguh jelas bahawa faktor-faktor

mengakibatkan stres memang banyak dialami oleh guru-guru yang belajar sepenuh

masa berbanding separuh masa. Pada pandangan saya, pembelajaran sepenuh

masa tidak relevan untuk ditawarkan kepada mereka yang telah berkeluarga atau

menampung perbelajaan keluarga kerana ia bukan hanya memberikan stres

kewangan tetapi juga stres dalam pembelajaran. Tiada gunanya guru-guru ini

menyambung pelajaran sekiranya mereka tidak dapat memberi perhatian

sepenuhnya kepada pelajaran dan hanya mengundang kesihatan mental. Secara

15

Page 16: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

keseluruhannya faktor kemahiran belajar berada ditahap stres sederhana. Rumusan

yang dapat dibuat berdasarkan dapatan kajian adalah faktor kemahiran belajar

merupakan faktor sampingan yang mendorong stres dalam kalangan guru PKPG

yang menyambung pengajian sepunuh masa di Universiti Teknologi Malaysia.

(vi) Artikel 6 :

Isu Dan Cabaran Terhadap Guru Berkaitan Dengan Teknologi

Instruksional

Artikel ini membincangkan kepentingan ini maka isu dan cabaran terhadap

guru yang berkaitan teknologi instruksional wajar diperbincangkan dengan teliti.

Terdapat enam isu yang akan dihuraikan. Saya tertarik dengan isu yang

dikemukakan penulis iaitu tentang bahan pengajaran menggunakan teknologi

instruksional dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Menurut penulis, terdapat tiga

bahan pertama dihasilkan oleh Habibah Hj. Lateh dan Arumugam Raman. Bahan

kedua dihasilkan oleh Baharuddin Aris, Maizah Hura Ahmad, Kok Boon Shiong,

Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir dari Universiti Teknologi

Malaysia pada tahun 2006. Bahan ketiga dihasilkan oleh Ahmad Fauzi Mohd Ayub,

Tengku Mohd Tengku Sembok dan Wong Su Luan dari Universiti Putra Malaysia

dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengkaji keberkesanan pembelajaran

kalkulus menggunakan koswer “Mastering Calculus Computer Courseware”

(MACCC) berbanding kaedah tradisional. Penggunaan koswer MACCC yang lebih

mengutamakan pembelajaran masteri iaitu melibatkan ekplorasi pelajar seperti

bermain sambil belajar telah menyebabkan penggunaan koswer MACCC mencapai

keputusan jauh lebih baik berbanding kaedah tradisional. Selain itu juga koswer

MACCC mempunyai modul bagi membuat diagnostik terhadap pelajar.

Isu kedua ialah tahap pengetahuan guru sememangnya boleh mempengaruhi

penggunaan teknologi instruksional. Saya bersetuju dengan pernyataan penulis

bahawa semakin meningkat ilmu pengetahuan komputer guru, akan meningkatkan

juga penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Penulis juga

telah mengkaji artikel yang dikeluarkan oleh penulis sebelum ini dan membuktikan

keputusan kajian adalah seperti yang diperolehinya. Isu ketiga ialah sejauh manakah

sikap positif guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi intruksional dalam

16

Page 17: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

proses pembelajaran dan pengajaran. Hasil analisis data mendapati sikap positif

guru dapat meningkatkan penggunaan teknologi instruksional dalam pengajaran dan

pembelajaran (Abdul wahab et al., 2006, p. 218). Berdasarkan jurnal yang dibuat

oleh Habibah Lateh dan Vasugiammai Muniandy mengenai cabaran dan potensi

Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pendidikan di Malaysia telah mendapati

kekuatan bagi menggalakkan penggunaan GIS di sekolah sangat dipengaruhi oleh

kemudahan makmal komputer yang lengkap, bilangan komputer yang semakin

meningkat di sekolah-sekolah dan teknologi VSAT iaitu kemudahan internet di

kawasan pendalaman (Habibah dan Vasugiammai, 2011, p. 50). Perbincangan

seterusnya ialah untuk melihat pengaruh sokongan pentadbir sekolah dalam

meningkatkan penggunaan teknologi instruksional. Menurut penulis, beliau

mendapati bahawa peluang bagi meningkatkan penggunaan GIS di sekolah sangat

dipengaruhi oleh sokongan pentadbir sekolah pendalaman (Habibah dan

Vasugiammai, 2011, p. 50). Jelasnya di sini, sokongan pentadbir sekolah amat

berpengaruh dalam menjayakan penggunaan teknologi instruksional di sekolah. Isu

terakhir ialah pada masa akan datang teknologi instruksional akan mendominasi

bukan sahaja bidang pendidikan, malahan akan turut mempengaruhi sektor

perdagangan dan industri. Perubahan dunia yang mahukan segalanya cepat dan

mudah sangat memerlukan penggunaan teknologi instruksional yang efisien.

Malahan menurut Merrill dan Wilson (2007, p. 336) di universiti tempatnya bekerja

mengambil profesor kimia bukan berdasarkan pengalamannya bekerja atau ilmu

pedagogi yang dimilikinya tetapi sebaliknya mengambil profesor kimia itu berkerja

berdasarkan bagaimana cara mengajar dan mereka bentuk teknologi instruksional

tentang apa yang hendak diajar.

Perbincangan artikel ini sebenarnya adalah berkaitan dengan penggunaan

teknologi komputer. Penggunaan teknologi tersebut merupakan cabaran guru pada

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Namun, leboh menarik jika

penulis membincangkan penggunaan teknologi Instruksional pada masa pengajaran

akan datang. Ia mungkin akan dapat melihat perbandingan yang lebih ketara tentang

isu dan cabaran guru mengenai penggunaan teknologi. Walaupun saya kurang arif

dengan penggunaan teknologi, tetapi apabila membaca isu yang diketengahkan

penulis, saya terdorong untuk memastikan saya juga dapat memahirkan diri untuk

menggunakan teknologi Instruksional dalam sesi pengajaran saya di kelas.

17

Page 18: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

RUJUKAN

Ahmad Ali Seman, Zahara Aziz, Abdul Razaq Ahmad. Keberkesanan Pendekatan

Berasaskan Kepelbagaian Budaya Terhadap Integrasi Nasional Dalam

Mata Pelajaran Sejarah (The Effectiveness Of Multicultural Based Approach

On National Integration In History Subject) . Prosiding Seminar Penyelidikan

Siswazah UkmAzizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam

Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Aziz Nordin dan Mohamad Arif Abdul Rani (1995). “Cabaran Kepada Guru Yang

Memasuki Universiti Teknologi Malaysia Secara Terus Dan Melalui Program

Kembar”. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia,. 115 –126.

Baharin Bin Abu & Hamiza Binti Mohd Salleh @ Yaakob. Faktor-Faktor

Mendorong Stres Dalam Kalangan Guru-Guru Yang Mengikuti Program

Khas Pensiswazahan Guru (Pkpg) Sepenuh Masa, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.

Cheah Boon Kheng, (2002). Malaysia : The Making of a Nation. Singapore: Institute

of Southeast Asian Studies. Badriyah Salleh, (1998). Dari Komuniti Etnik

Kepada Satu Bangsa. Jurnal Ilmu Kemanusiaan, 5:1-21

Dworkin, Ronald. (2001). Menganggap Serius Masalah Hak. Dlm Larry May dan

Shari Colins-Chobanian, Etika Terapan: Sebuah Pendekatan Multikultura,

Terjemahan: Sinta Carolina dan Dadang Rusbiantoro, Yogyakarta: Tiara

Wacana.

Habibah Hj. Lateh., & Arumugam Raman. (2005). Web-based map reading in

Geography. Diperoleh pada 10 Januari 2011, sumber dari http://pppjj.usm.

my/mojit/articles/pdf/Dec05/12- A_STUDY_ON_THE_USE_OF_

INTERACTIVE_WEB_BASED_1-final.pdf

Habibah Hj. Lateh., & Vasugiammai Muniandy. (2011). GIS dalam pendidikan

geografi di Malaysia : Cabaran dan potensi. Diperoleh pada 14 Februari 2011,

18

Page 19: Ulasan ringkas Jurnal Dan Artikel 2

sumber dari http://pkukmweb.ukm.my/geografia/images/upload/4.2011-1-

habibah lateh-melayu-4.pdf

Ismail Abas, Ph.D. Peranan Guru Membina Murid Menghadapi Cabaran

Wawasan 2020 .Jabatan Pengajian Islam Dan Moral.

Kulanz Salleh, 2010. ”Perbezaan Individu” http://kulanzsalleh.com/perbezaan-

individu/ Accesed on 10 Ogos 2010.

Kymlicka , W. (1999). Education for citizenship. Dlm. Halstead dan T.H. McLaughlin,

(pnyt.) Education and Morality, London:Routledge.

Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar psikologi: satu pengenalan asas

kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahsa dan

Pustaka.

Mayer, J. D. & Salovey, P. 1993. The intelligence of emotional intelligence.

Manual Promosi Kesihatan Mental: Kempen Cara Hidup Sihat 2000. Kementerian

Kesihatan Malaysia.

Muhammad Sukri Saud & Norhisham Monil.Faktor-Faktor Pendorong Guru-Guru

Teknikal Bukan Siswazah Menyambung Pengajian Memiliki Ijazah

Universiti Teknologi Malaysia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009),

”Murid dan Alam Belajar”. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ramlan Bin Zainal Abidin, Dr. Ahmad B. Esa & Prof. Dr. Wan Mohd. Rashid B. Wan

Ahmad. (2008). Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu,Cabaran Dan Peranan

Sekolah Membangun Modal Insan Dalam Komuniti Setempat .Fakulti

Pendidikan Teknikal

Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020.

Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian.

Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

19