ulasan kitab iqtisad fi al- i'tiqad

29
ANALISIS TERHADAP KITAB AL-IQTISAD FI AL- I’QTIQAD. Pengenalan. Perbahasan dan perdebatan mengenai akidah banyak dibincangkan oleh para ulama’ dan para sarjana Islam secara teliti dan panjang lebar. Ini jelas di buktikan dengan lahirnya pelbagai karya-karya, kitab dan buku-buku yang terkenal dan ianya masih lagi dikaji oleh ramai pengkaji yang ingin mengetahuinya secara mendalam. Pengkajian tentang metode atau manhaj sesuatu kitab atau karya perlu ditekankan dan diteliti bagi melihat idea atau pemikiran yang telah dikemukan oleh penulis tersebut. Melihat kepada kepentingan karya akidah yang lahir, maka menarik minat penulis untuk menkaji metode atau manhaj telah digunakan oleh Abu Hamid Muhammad bin Muahmmad al-Ghazali dalam membahaskan mengenai akidah dalam karya agungnya kitab al-Iqtisad fi ‘Iqtiqad. 1

Upload: ustashraf

Post on 13-Jun-2015

964 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

ANALISIS TERHADAP KITAB AL-IQTISAD FI AL- I’QTIQAD.

Pengenalan.

Perbahasan dan perdebatan mengenai akidah banyak dibincangkan oleh para

ulama’ dan para sarjana Islam secara teliti dan panjang lebar. Ini jelas di buktikan dengan

lahirnya pelbagai karya-karya, kitab dan buku-buku yang terkenal dan ianya masih lagi

dikaji oleh ramai pengkaji yang ingin mengetahuinya secara mendalam.

Pengkajian tentang metode atau manhaj sesuatu kitab atau karya perlu ditekankan

dan diteliti bagi melihat idea atau pemikiran yang telah dikemukan oleh penulis

tersebut. Melihat kepada kepentingan karya akidah yang lahir, maka menarik minat

penulis untuk menkaji metode atau manhaj telah digunakan oleh Abu Hamid Muhammad

bin Muahmmad al-Ghazali dalam membahaskan mengenai akidah dalam karya agungnya

kitab al-Iqtisad fi ‘Iqtiqad.

1

Page 2: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

Latar Belakang Penulis Kitab

Al-Ghazali atau nama penuhnya Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-

Tusi al-Ghazali. Nama sebenar beliau ialah Muhammad. 1 Beliau dikunyahkan sebagai

Abu Hamid dan diberi pelbagai gelaran, terutamanya sebagai Hujjat al-Islam oleh sebab

ketinggian taraf dan kebesaran hemahnya dalam mempertahan dan memperkukuhkan

kedudukan Islam dengan menggunakan pelbagai ilmu yang dimilikinya.2

Beliau dilahirkan pada tahun 450H (1058 M) di sebuah kampung bernama

Ghazalah di Bandar Tus, Khurasan.3 Ayah beliau seorang yang kuat beragama, warak,

salih dan fakir. Ayahnya meninggal dunia semasa al-Ghazali masih kecil; iaitu semasa

beliau berumur kira–kira enam tahun. Ayahnya telah mewasiatkan kepada kawannya,

seorang sufi yang salih supaya menjaga dan memberikan pendidikan kepada anak-

anaknya.4

Al-Ghazali mula mempelajari ilmu fiqh di Tus dan gurunya adalah Ahmad ibn

Muhammad al- Radhakani. Seterusnya al-Ghazali telah menulis al-Ta’liqah daripada

syarahan–syarahan Abu al-Qasim al-Isma’illi al-Jurjani.5 Beliau kemudian kembali

1 Che’ Zarrina Sa’ari ( 2007 ), Al-Ghazali And Intuition. Kuala Lumpur : Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya.h.32 Zakaria Stapa ( 1998), Tokoh Sufi dan Penyelewengan Akidah. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd. h.353 Ibid., h.354 Ibid h.365 Wan Mohd Azam Mohd Amin ( terj ) (2004), Al-Ghazzaliyy Kajian Epistemologi Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h. 19

2

Page 3: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

semula ke Tus dan menetap selama lebih kurang tiga tahun bagi menghadam segala yang

dipelajarinya di Jurjan.6

Seterusnya beliau telah berhijrah ke Naisabur dan berguru dengan seorang tokoh

ilmu Kalam al-Ash‘ariyyah yang terkenal, Abu al-Ma‘ali al-Juwayni yang dikenali

dengan gelaran Imam al-Haramayn. Dalam tempoh ini beliau telah belajar dengan

bersungguh-sungguh sehingga beliau mahir dalam pelbagai ilmu seumpama ilmu Fiqh

mazhab Syafi’I, ilmu Khilaf, Jidal, Usul al-Din, Usul al-Fiqh, Mantiq, Hikmah dan

Falsafah.7 Selepas gurunya meninggal pada tahun 478H, al-Ghazali dipanggil oleh

Nizam al-Mulk, seorang wazir Sultan Saljuk Turki yang menguasai Khalifah Abbasiah

ke Baghdad. Nizam al-Mulk amat tertarik dengan kebolehan al-Ghazali lalu

dilantiknya menjadi professor kanan di Universiti Nizamiyyah di Baghdad.8 Dalam

tempoh beliau mengajar di Baghdad inilah, kecemerlangan dan titik puncak keilmuwan

beliau yang bersifat zahir terserlah.9 Bahkan majlis ilmu yang dikendalikan oleh beliau

telah dihadiri oleh para ulama’ semasa.

Dalam tempoh kecemerlangan yang telah dilalui oleh al-Ghazali, suatu krisis

kerohanian telah melanda diri beliau setelah lebih kurang empat tahun beliau

menjalankan tugas di Baghdad.10

6 Zakaria Stapa(1998),op.cit.,h.367 Zakaria Stapa (1998),op.cit., h.378 AbdulFatah Haron Ibrahim ( terj ) (1991), Penyelamat Dari Kesesatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h.ix9 Zakaria Stapa (1998),op.cit., h.3710 Zakaria Stapa (1998),op.cit.,h.37

3

Page 4: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

Ekoran dari itu, pada bulan Zulkaedah 488 ( November 1095) beliau meletakkan

jawatannya dan memutuskan meninggalkan Kota Baghdad untuk menjadi pengembara

Sufi dengan berpura-pura menyatakan beliau pergi menunaikan haji di Mekah.11 Beliau

telah mewakafkan semua harta bendanya, dan yang diambil adalah sekadar yang

mencukupi untuk keluarganya dan bekalan perjalanannya.

Untuk beberapa lama beliau berada di Damsyik-Syria dan Baitul Maqdis, di

samping ke Mekah mengerjakan haji dan melawat Madinah. Kemudian beliau kembali

ke Tus dan mengamalkan tariqat tasawuf bersama murid-muridnya. Dan dalam tahun

499H( 1106M) beliua kembali mengajar di Universiti Nizamiyyah cawangan Naisabur.

Beliau terus berkhidmat di Naisabur sekurang-kurangnya hingga tahun 504H (1110M)

kemudian beliau kembali ke Tus dan meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jamadilakhir

505H(18 Disember 1111M).12

Selama 53 tahun menghambakan diri dalam bidang ilmu, al-Ghazali

menghasilkan lebih 192 buku yang popular dan masih menjadi rujukan kepada ilmuwan

hingga hari ini.13Karya- karya beliau merangkumi bidang teologi, falsafah dan logik,

tasawuf dan usul fiqh.

Sumbangan beliau yang banyak dalam bidang keilmuwan ini membuatkan beliau diingati

sehingga kini. Karya- karya beliau dikaji tanpa henti oleh pencinta ilmu.

11 AbdulFatah Haron Ibrahim (1991),op.cit., h.x12 Ibid., h.x13 Ahmad Sunawari Long (2008), Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. h.221

4

Page 5: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

Pengenalan Kitab

Dari segi akidah, Imam Ghazali termasyhur sebagai seseorang yang bermadzhab

Asy’ariyah. Ia membela Asy’ariyah, dalam membantah golongan Bathiniyah, para

filosof dan madzhab yang menyelisihinya. Karena itulah beliau menamai buku akidahnya

dengan tajuk Al Iqtishad Fil I’tiqad. Karya beliau ini dan cara pengambilan dalil,

merupakan ringkasan daripada karya para tokoh ulama Asy’ariyah terdahulu, hanya

sahaja, dalam kitab ini beliau memaparkan dalam bentuk baru dan cukup mudah.

Buku ini ditulis ditujukan bagi membantah doktrin daripada Syi’ah dan Mu’tazila.

Sebelum menjelaskan penjelasan-penjelasan inti daripada kitab, Ghazali memaparkan

beberapa ulasan-ulasan penting, diantaranya :

1. Bab yang menerangkan bahawa ilmu ini memiliki kepentingan dalam bidang

agama (’ilm kalam).

2. Penjelasan bahawa ilmu ini memiliki kepentingan bagi sebahagian golongan

sahaja daripada manusia.

3. Menjelaskan bahawa mempelajari ’ilm kalam adalah fardu kifayah hukumnya.

4. Penjelasan tentang metodologi (manhaj) yang digunakan oleh Gazali dalam kitab

ini.

Selanjutnya ia membagi kitab ini kepada 4 bahagian (sub bab), yaitu :

1. Konsep tentang dzat Allah SWT.

Ia menjelaskan bahawa Allah bersifat segala sifat yang sempurna, yang mana

kesemua sifat itu berjumlah 20 sifat. Dan sifat-sifat tersebut terbagi keatas:

a. Sifat nafsiyah dzatiyah : wujud

b. Sifat-sifat salbiyah : wahdaniyah, qidam, baqa’, mukhalafah lil hawadits,

dan qiyamuhu binafsihi.

c. Sifat-sifat ma’ani : qudrat, iradat, ’ilm, kalam, sami’un, bashir, hayat.

5

Page 6: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

d. Sifat-sifat ma’nawiyah : qadiran, muriidan, ’aliman, mutakallim, sami’an,

bashiran, hayyan.

Dalam bab ini terdapat 10 bahagian penjelasan, yaitu:

1. Tentang sifat kewujudan Allah ta’ala.

2. Sifat qidam

3. Sifat Baqa’

4. Allah

5. Allah tidak memiliki tubuh.

6. Allah tidak memilki ’ard.

7. Allah tidak berada di suatu tempat manapun.

8. Allah tidak berdiam di suatu tempat.

9. Sifat wahdaniyah

10. Melihat Allah (ru’yatu Allah).

2. Konsep tentang Sifat-sifat Allah.

Bab ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:

1. Sifat ma’ani dan ma’nawiyah.

Dalam bahagian ini dijelaskan tentang sifat-sifat Allah secara terperinci. Ia

membezakan antara sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyah. Dimana yang termasuk dalam

sifat ma’ani ini ialah qudrat, iradat, i’lm, kalam, sami’un, bashir, dan hayat. Sedangkan

qaadirun, muriidun, ’alimun, mutakallim, samii’un, bashiirun dan hayyun, merupakan

termasuk kedalam sifat ma’nawiyah. Sifat-sifat ma’ani tersebut terdapat dalam zat Ta’ala,

sedang sifat-sifat ma’nawiyah berlaku sebagai natijah bagi sifat-sifat ma’ani tadi.

Bab ini dijelaskan dengan sangat terperinci oleh Ghazali, dimana ia memaparkan

penjelasan tentang masing-masing sifat Allah tersebut dengan memberikan pembuktian

berupa dalil aql serta naql, dan memaparkan sekilas beberapa konsep daripada madzhab

lain atau pandangan sebahagian daripada filosof tentang konsep sifat Allah ini, dan

memberikan jawaban atau titik terang keatas perdebatan diantara madzahib tersebut.

6

Page 7: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

3. Hukum-hukum daripada Sifat-sifat Allah ta’ala.

Hukum daripada sifat Allah ada 4, iaitu:

a. Bahawa sifat-sifat Allah itu bukanlah ianya merupakan ’ain dzat,

melainkan kesempurnaan bagi dzat.

b. Bahawa sifat-sifat Allah tersebut berdiri (qaimah) atas dzat-Nya SWT.

c. Bahawa sifat-sifat Allah itu ada sejak sediakala dan bukan merupakan

sesuatu yang baru.

d. Bahawa nama-nama Allah yang diambil daripada nama-nama sifat –Nya

itu haq adanya bagi Allah.

2. Konsep tentang Perbuatan-perbuatan Allah SWT.

Dalam menjelaskan tentang konsep perbuatan Allah ini, Ghazali memaparkan

bahawa perbuatan-perbuatan Allah adalah sesuatu yang boleh (jaiz) Dia lakukan, dan

bukanlah ianya sesuatu yang wajib bagi ta’ala. Diantara penjelasan daripada konsep ini,

terdapat beberapa penjelasan:

1. Boleh (jaiz) bagi Allah untuk tidak memberikan taklif kepada hambaNya.

2. Boleh (jaiz) bagi Allah untuk memberikan taklif kepada hambaNya apa-apa yang

hambaNya mampu ataupun tidak.

3. Boleh (jaiz) bagi Allah untuk menyeksa hambaNya yang tiada sekalipun berbuat

perkara jenayah.

4. Tidak wajib bagi Allah ri’ayatu l ashlah keatas hambaNya.

5. Tidak wajib bagi meberikan pahala keatas perbuatan taat dan hukuman bagi

perbuatan maksiat.

6. Tidak wajib bagi seorang hamba Allah ma’rifatullah menggunakan akalnya,

melainkan dengan syari’at.

7. Tidak wajib bagi Allah pengutusan Rasul, dan bukanlah pengutusan Rasul itu

sesuatu yang mustahil bagiNya, tetapi ia merupakan sesuatu yang boleh (jaiz)

7

Page 8: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

bagiNya. Dan mungkin bagi Allah menunjukkan bukti kenabian dengan wujud

mu’jizat.

Dan pembahasan-pembahasan dalam perkara ini berdiri atas pembahasan tentang

makna wajib, hasan, qabh, ’abts, sufh, dan hikmah.

3. Konsep tentang Nubuwwah (kenabian)

Dalam bab ini Ghazali menjelaskan tentang makna nubuwwah (kenabian) dan

makna risalah (kerasulan). Dimana Ghazali mendefinisikan nubuwwah sebagai suatu

penyampaian khabar daripada Allah dengan penurunan wahyu kepada siapa sahaja yang

Dia telah pilih daripada hambaNya, jadi proses ini hanya berkisar antara hamba dengan

wahyu sahaja. Sedangkan risalah ialah pentaklifan daripada Allah kepada salah satu

nabi-nabiNya dengan mengutuskannya kepada umat manusia guna menyampaikan

hukum-hukum serta syari’at-syari’t dalam agama, dapatlah disimpulkan bahawa risalah

merupakan keterkaitan antara nabi dan umat manusia.

Bab inipula terbagi keatas beberapa penjelasan, yaitu:

1. Kenabian (nubuwwah) dan pembuktian-pembuktian keatas kenabian Muhammad

SAW.

2. Wajibnya keyakinan atas perkara-perkara yang syar’i dan pembolehan akal

kepadanya.

3. Ihwal imamah (imam) serta syarat-syarat daripadanya.

4. Penjelasan atas golongan yang wajib takfir keatasnya daripada golongan-

golongan ahl bid’ah.

Demikianlah Ghazali merangkum kesemua konsep beserta penjelasan-

penjelasannya, dengan disertai dalil-dalil yang sememangnya dipahami, maka itulah kitab

ini dinamakan al –iqtishad fi al i’tiqad, kerana ianya mengandungi ghayah (tujuan) dan

qasd (maksud) daripada usaha keatas pencapaiannya.

8

Page 9: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

Metodologi Akidah dalam kitab al-Iqtisad fi I’qtiqad.

Kitab al-Iqtisad fi ‘Iqtiqad merupakan karya agung Imam al-Ghazali yang banyak

membahaskan tentang isu-isu yang berkaitan dengan akidah. Jika diteliti, umumnya

penulis karya menghuraikan sesuatu topik itu dengan teliti dan berhati-hati. Ini dapat

menggambarkan bahawa penulis karya telah mendalami dan menguasai sesuatu isu itu

dengan bersungguh-sungguh. Metodologi akidahnya yang menggabungkan dalil-dalil

aqliah dan syara’ melengkapkan lagi karya tersebut. Pendekatan logik akal juga

digunakan dalam mambahaskan apa yang terkandung agama bertujuan untuk

meperkukuhkan hujahnya dan mendahulukan nas dari apa yang telah dihasilkan oleh

akal. Konsep takwil juga digunakan untuk menafsirkan nas-nas mutasyabihat tetapi ianya

masih dalam lingkungan atau batasan wahyu Ilahi. Secara umumnya, daripada kitab

tersebut, walaupun terdapat isu yang dibahaskan menggunakan dalil akal namun penulis

karya tidak mengankat martabat bakal lebih daripada martabat wahyu.

Dalam kitab ini, Imam al-Ghazali telah membahgikan pengkajian atau

hujahnya kepada tiga metodologi utama iaitu:

1- Manhaj al-Sabr wa al-Taqsim

2- Manhaj Qias Mantiqi

3- Manhaj al-Ilzam

9

Page 10: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

i- Manhaj al-Sabr wa al-Taqsim

Manhaj al-Sabr wa al-Taqsim merupakan salah satu metodologi yang

diguanakan dalam kitab ini. Ia adalah suatu kaedah yang digunakan untuk mengisbatkan

sesuatu perkara dengan menbatalkan perkara yang lain. umpamanya alam ini yang

bersifat hadith ataupun qadim. Begitu juga dengan jisim samaada ia bergerak atau diam.

Imam al-Ghazali mengulangi beberapa maksud yang dikehendaki dengan menyebut

penafian dan pengisbatan dan membatalkan salah satu dari dua perkara tersebut14 dengan

bersyaratkan salah satu daripadanya adalah Qadiyyah Syartiyah Munfasilah dan

berikutnya dengan Qadiyyah Hamaliyyah samaada ia dinafikan atau diisbatkannya.

Beliau telah menggunakan beberapa contoh untuk memudahkan kefahaman tentang

tersebut iaitu15:

قديم واما حادث اما العالمقديما يكون أن ومحالحادث أنه محالة ال منه فيلزم

Maksudnya:

Alam ini baharu (hadith) atau sediakala (qadim)Mustahil ia sediakala (qadim)Maka ia adalah baharu (hadith)

Contoh tersebut merupakan satu kejayaan al-Ghazali dalam megisbatkan alam ini

bersifat baharu (hadith) dan bukannya hadith. Ini dapat dikukuhkan dengan adanya

penggamatan dan pemerhatian terhadap perubahan alam yang berubah dari semasa ke

semasa. Perubahan ini membuktikan bahawa alam ini bersifat baharu . kaedah

14 Hasan Muhram al-Huwaiyni (2001), al-Amali ‘Ala Iqtisad al-Ghazali, Kaherah: Maktabahal-Kulliyyat al-Azhariyyah, hlm:1815 Abi Hamid al-Ghazali (1990), Mi’yar al-‘ilmi fi al-Mantiq, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah, hlm:142

10

Page 11: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

penggamatan dan pemerhatian oleh indrawi adalah bentuk pembuktian melaui kaedah

mantik untuk mengisbatkan baharunya alam.

Dalam contoh lain pula al-Ghazali menyatakan:

Ertinya: Kalau sekiranya Allah berjisim, nescaya ia berisi ruang batil, maka batallah apa yang membawa kepadanya iaitu keadaan itu berjisim dan sabitlah lawannya (tidak mengisi ruang) iaitu mustahil bagi Allah itu berjisim.

Contoh tersebut mengamdungi dua penyataan iaitu jika Allah itu berisi

ruang maka ia adalah berjisim dan penyataan yang kedua ialah jika Allah tidak

berisis ruang maka mustahil Allah itu berjisim.penyataan pertama dinamakan

sebagai muqaddiamah dan penyataan yang kedua pula dinamakan penyataan

susulan. Contoh tersebut digunakan oleh al-Ghazali untuk menafikan Allah itu

berjisim dengan membatalkan penyataan susulan (Tali).

Penggunaan dalil-dalil mantik dan istilah falsafah banyak digunakan untuk

membahaskan sesuatu perkara dalam kitab ini. Ini disebabkan oleh sejarah

pemikiran pada zaman al-Ghazali yang berhadapan dengan pengaruh kuat dari

pemikiran dikalangan pemikir ilmu kalam, pengaruh falsafah dan Batiniah16.

Beliau terpaksa untuk memehafi keadaan tersebut yang banyak menjiwai

masyarakat pada masa tersebut sehingga terkeluar dari jalan kebenaran17.

16 Salih Ahmad al-Syami (2001), Perjuangan al-Ghazali Menegakkan Kebenaran dan Menghapuskan Kebatilan, Basri bin Ibrahim(terj.),cet 1, Johor: Perniagaan Jhabersa, hlm: 8017 Ibid, hlm:87

11

Page 12: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

ii- Qias Mantiqi

Metodologi yang kedua yang digunakan oleh al-Ghazali dalam karya agungnya

ialah Qias Mantiqi. Ini jelas dengan adanya contoh tersebut:

حادث فهو ادث الحو عن خيلو ال ما كلالحوادث الحو عن خيلو ال العالمحادث العالم

Ertinya:Setiap yang tidak sunyi dari baharu, maka ia adalah baharu,Alam ini tidak sunyi dari baharu,Maka alam ini baharu

Imam al-ghazali mengemukakan susunan penyataan dengan Muqaddimah Kubra

(Setiap yang tidak sunyi dari baharu, maka ia adalah bahar,) dan Muqaddimah Sugra

(Alam ini tidak sunyi dari baharu)18. Walaupun penyataan tersebut tidak menyatakan

kesohihan dan kebenarannya sebagai hujah untuk mensabitkan alam ini baharu adalah

terjejas. Penyataan yang sebenarnya ialah:

ادث الحو عن خيلو ال ما كلحادث فهو الحوادث الحو عن خيلو ال العالمحادث العالم

Ertinya:Setiap yang tidak sunyi dari baharu, ,Alam ini tidak sunyi dari baharu, maka ia adalah baharu,

18 Keadaan ini hanya berlaku kepada ulama’-ulama’ al-Mutaqallimin terdahulu seperti al-Ghazali, lihat Hasan Muhram al-Huwaiyani (2001), op. cit ., hlm: 70

12

Page 13: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

Maka alam ini baharu19

Oleh yang demikian penyataan yang ketiga di panggil sebagai natijah. Bagi

penyataan yang pertama dan yang kedua mengandungi mawdu’ atau subjek atau predikat.

Subjek dalam contoh diatas ialah alam dalam penyataan yang pertama dan yang

bermaksud “ setiap yang tidak sunyai dari yang baharu” dalam penyataan kedua.

Manakala kata predikat pula ialah penyataan “ tidak sunyi dari yang baharu”

sebagaimana seperti penyataan pertama dan kedua. Selain itu juga ia terdiri daripada tiga

had iaitu had al-Akbar, had al-Asghar dan had al-Aswat. Had al-Akbar ialah alam pada

penyataan pertama dan had al-Asghar ialah “ maka ia adalah baharu” pada penyataan

kedua. Manakala had al-Aswat pula ialah kalimah yang berulang iaitu “ yang tidak sunyi

dari baharu” . Oleh yang demikian , natijah yang didapati ialah gabungan dari had al-

Akbar yang menjadi subjek dalam penyataan pertama dan menjadi predikat dalam

penyataan kedua.20

iii- Manhaj al-Ilzam

Manhaj ini digunakan untuk berdebat dan menafikan atau memustahilkan I’tiqad

muktazilah. Al-Ghazali telah membuktikan dengan kenyataan yang dibuat oleh kaum

muktazilah seperti:

Ertinya: “ Sesungguhnya pusingan falak itu tiada berkesudahan21”

19 Ibid..20 Al-Ghazali (1990), hlm: 110-11721 Muhram Hasan al-Huwaiyni (2001), op cit., hlm:7

13

Page 14: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

Penyataan diatas menunjukkkan pandangan kaum muktazilah dimana pusingan

falak tidak berkesudahan, ianya akan berterusan sampai bila-bila. Penyataan tersebut

adalah salah disisi Islam dan merupakan sesuatu yang mustahil. Oleh itu, al-Ghazali cuba

untuk memustahilkan pandangan tersebut dengan mengikut rentak mereka tetapi logik

untuk diterima seperti contoh:

Ertinya: “ Sesungguhnya sesuatu yang tidak berkesudahan , akan berakhir22”

Penyataan al-Ghazali ini tepat dan membidas pendapat yang telah dikemukakan

oleh kaum muktazilah. Beliau menjelaskan bahawa sesuatu yang tidak berkesudahan

akan menemui jalan pengakhiran dan tidak kekal sampai bila-bila.

Selain dari ketiga-tiga metodologi yang dinyatakan sebelum ini, al-Ghazali juga

memperkenalkan beberapa wasilah. Belaiu telah memperkenalkan enam wasilah, ini

bertujuan untuk mendapatkan fakta dan kenyakinan berkaitan sesuatu perkara atau

sesuatu isu.

Keenam-enam wasilah itu adalah untuk mendapatkan data-data yang boleh

menghasilkan ilmu yang yakin atau juga dikenali sebagai sumber yang burhan. Sumber

yang burhan ini disentuh dalam tamhid ke empat.

22 Ibid..

14

Page 15: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

Wasilah yang pertama ialah al-Hisiyyat iaitu penggunaan data-data inderawi23.

Wasilah ini digunakan oleh al-Ghazali untuk membenarkan atau membuktikan sesuatu

perkara. Al-Hisiyyat ini termasuklah menggunakan pacaindera zahir seperti penglihatan,

pendengaran, rangsangan, sentuhan, rasa, bau dan batin24. Bagi menjelaskan lagi

metodologi ini, penulis membawakan contoh iaitu:

سبب فله حادث كلحرادث العالم وفي

سبب من فالبدلها

Ertinya:Setiap yang baharu, mempunyai sebab dan di alam ini,Mempunyai perkara yang baharu,Maka tidak boleh tidak,Baginya mempunyai sebab25.

Dalam penyataan diatas menjelaskan bahawa alam ini bersifat baharu. Ini

dibuktikannya dengan adanya sebab. Sebab barunya alam ini ialah Allah. Baharunya

alam ini dapat dibuktikan dengan penyaksian dengan anggota pancaindera. Ia dapat di

saksikan dengan perubahan yang berlaku dalam alam ini seperti mendung, hujan , panas

dan perubahan bentuk muka bumi yang dapat mengukuhkan bahawa alam ini bersifat

baharu26. Antara contoh lain yang menggunakan pendekatan pengamatan dan penyaksian

sebagai metode untuk membuktikan kewujudan Allah.

23 Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali(1988), Iqtisad fi ‘Iktiqad, Dar al- Kutub al-‘imiyyah, hlm: 1524 Ibid., hlm: 7425 Ibid., hlm: 1526 Al-Ghazali (1988), op. cit., hlm: 15

15

Page 16: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

حادث كلسبب فلحدوله

سبب له ان فيلزم حادث العالم

Ertinya:Semua perkara adalah baharu,Maka baharunya alam mempunyai sebab, Alam ini baharu maka lazimlah daripadanya alam inimempunyai sebab27.

Contoh yang dinyatakan diatas menjelasakan tentang alam ini bersifat baharu.

Baharunya alam ini adan segala kandungannya pula dibuktikan dengan penyaksian dan

penggamatan dari pancaindera. Beliau menyatakan:

بالمثاهده فمعلوم اضها أعر و االجسام تبوت فامأ .....

“ Adapun pentabitan jisim dan isi kandungannya maka ia dapat diketahui dengan penyaksian”28

Kesimpulan dari penyataan tersebut adalah dari penyaksian dan penggamatan

yang telah dibuat terhadap alam ini jelas membuktikan ialah ia bersifat baharu.

Metodologi yang kedua pula ialah, beliau menggunakan wasilah al-‘Aqliyat

atau data-data ma’kulat. Metodologi ini menggunakan pendekatan berfikir dengan

pengunaan akal. Ia merupakan salah satu wasilah untuk mendapatkan data atau sesuatau

maklumat itu berasakan akal fikiran seperti contoh:

27 Hasan Muhram al-Huwayni (2001), op.cit., hlm: 74 28 Al-Ghazali (1988), op. cit., hlm: 19

16

Page 17: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

Ertinya:“ Setiap yang tidak dimulai dengan baharu, maka ia ialah baharu,Alam ini tidak dimulakan dengan bharuMaka ia adalah baharu”29

Penyataan tersebut memjelaskan bahawa alam ini bersifat baharu. Persoalan yang

timbul ini (alam bersifat baharu), merupakan suatu yang fitrah atau semulajadi dalam

setiap pemikiran dan akal manusia serta ia tidak dapat disanggah atau dinafikan lagi.

Dalam perbincangan ini, al-Ghazali telah membidas pendapat golongan miktazilah agar

menerima dan tidak menolah kenyataan yang dibuktikan oleh beliau30.

Begitu juga dengan teori pensabitan satu bahagian daripada dua bahagian. Ia

adalah kenyataan yanhg semulajadi yang tidak dapat disangkal oleh kajian atau

eksperimen31.

Metode yang ketiga pula ialah, penggunaan wasilah al-Mutawatirat. Dimana

wasilah ini, merupakan suatu sumber yang berasaskan kepada pengkhabaran yang

didengar oleh ramai orang dan kenyataan itu tidak mungkin berlaku penipuan atau

pembohongan32. Sebagai contoh mudah, tentang kenabian dan kerasulan Nabi

Muhammad33. Kebenaran itu telah dibuktikan kurniaan mukjizat yang dimilikinya. Dalam

hal perbincanagan ini, persoalan kenabian dan kerasulan jelas dimana al-Ghazali

menggunakan dalil mutawatirat untuk mensabitkan mukjizat yang dimiliki34. Kewujudan

29 Ibid., hlm: 1630 Ibid..31 Hasan Muhram al-Huwaiyni(2001), op.cit., hlm:7532 Ibid., hlm:7633 Al-Ghazali (1988), op. cit., hlm: 1634 Ibid., hlm: 129

17

Page 18: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

mukjizat yang apa Muhammad jelas terbukti dan termaktub dalam al-Quran dan al-

Hadith yang bersifat mutawatir dan mustahil untuk disanggah lagi.

Al-Nazariyyat, metode yang keempat yang banyak diguna pakai dalam kitab ini.

Ia adalah suatu manhaj dalam bentuk susunan qias mantiqi digunakan dalam

membahaskan dan membuktikan kebenaran sesuatu isu melalui tiga wasilah yang

dibincangkan sebelum ini iaitu al-Hissiyyat, al-‘Aqliyyat dan al-Mutawatirat. Seperti

contoh beliau membuktikan bahawa baharunya alam ini dengan menggunakan tiga

kaedah dan menyususn pula kaedah pembuktian ini dengan menggunakan kaedah

mantiqi:

سبب فله حادث كلحادث العالم

سبب له ادا

Ertinya:Setiap yang baharu, ada sebab alam baharu,Jadi, ia ada sebab35.

Metodologi yang kelima yang digunakan oleh al-Ghazali ialah wasilah al-

Sam’iyat. Ia merupakan sumber yang digunakan oleh imam al-Ghazali untuk

mendapatkan fakta berdasarkan nas syara’ dari al-Quran Sunnah, Ijma’ dan Qias.

Kebenarannya adalah mutlak dan tidak boleh disangkal lagi. Seperti contoh dengan

membuktikan kewujudan Allah melalui kaedah pensabitan baharunya alam. Firman

Allah, maksudnya: 36

35 Ibid., hlm: 1636 Surah al-Mu’minun (23): 12-15

18

Page 19: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh;Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.”

Seterusnya wasilah terakhir ialah dengan membenarkan sesuatu permasalahan

yang dipegang atau apa yang diistilahkan dengan nama al-Khasm. Beliau akan

mengambil perkara tersebut dan menjadikan sebagai muqaddimah dan pendalillannya.

Beliau akan meneliti serta memperinci setiap topik itu dan membahaskan perkara tersenut

sehingga terbatalnya pensabitan.

Kesimpulan

Ketokohan al-Ghazali dalam bidang mantik jelas terbukti dalam kitab ini

yang banyak membincangkan konsep mantik dan qias. Pelbagai metodologi yang

19

Page 20: ulasan Kitab Iqtisad Fi Al- I'Tiqad

digunakan oleh beliau dalam memberi pemAhaman kepada pembaca terutama dalam

bidang mantik.

Bibliografi

1. AbdulFatah Haron Ibrahim ( terj ) (1991), Penyelamat Dari Kesesatan. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad al-Ghazali(1988), Iqtisad fi ‘Iktiqad, Dar

al- Kutub al-‘imiyyah,

3. Ahmad Sunawari Long (2008), Sejarah Falsafah. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

4. Che’ Zarrina Sa’ari ( 2007 ), Al-Ghazali And Intuition. Kuala Lumpur : Jabatan

Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya.

5. Salih Ahmad al-Syami (2001), Perjuangan al-Ghazali Menegakkan Kebenaran dan

Menghapuskan Kebatilan, Basri bin Ibrahim(terj.),cet 1, Johor: Perniagaan

Jhabersa

6. Wan Mohd Azam Mohd Amin ( terj ) (2004), Al-Ghazzaliyy Kajian Epistemologi

Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

7. Zakaria Stapa ( 1998), Tokoh Sufi dan Penyelewengan Akidah. Kuala Lumpur: Berita

Publishing Sdn Bhd.

20