asas al-i'tiqad

208

Click here to load reader

Upload: drs-islyas-mahyudin

Post on 23-Jun-2015

339 views

Category:

Documents


40 download

DESCRIPTION

Sebuah karya translitrasi Kitab Jawi karangan Abdul Kadir Wangah (Babo Dir Sekam, Mayo, Fathoni)yang mengandungi pembahasan tentang asas ilmu aqaid ('aqidah); mencakup pembahasan makna wajib, harus dan mustahil.

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Al-I'tiqad

Ini suatu Risalah yang dinamakan dia dengan

ASĀS AL-I’TIQĀD

LI-DHU‘AFĀ’ AL-BILĀD

Menghimpunkan dia oleh

Abdul Qadir Wangah

Sela Budi, Sekam, Maya, Fathoni

Serta harap akan balasan-balasan daripada Tuhan Yang Ghani

Tidak dibenarkan siapa-siapa capkan dia melainkan dengan

Izin dari mustahak

Ayuhai saudara-saudara Muslimin dan Muslimat bahawasanya kita cela akan ulan-

ulan itu terlebih baik daripada kita cela akan orang-orang. Karena yang mehimpun

itu tentu ada jalan hanya yang mencela-cela jua matanya terpejam.

1

Page 2: Asas Al-I'tiqad

2

Bismillahirrahmanirrahim

Ammaba’du. Hai sekelian saudara-saudara yang Islam, mujurlah kita, Tuhan

menjadikan kita ini orang Islam yang dapat kemenangan kita dari dunia sampai akhirat,

hingga tidak ada kesudahan. Maka hendaklah kita jaga akan benih dan turus Islam kita,

dengan kita renti (r-n-t-i) dan kejap akan sifat-sifat Tuhan dan sifat-sifat Rasul, serta

terima pada mata-mata hati kita kesemuanya. Bahkan kesemua hukum-hukum Islam.

Hendaklah kita tahu bahawasanya perkara yang kita hukumkan dengan jalan

pikiran akal itu tidak lepas daripada tiga perkara. Satunya, perkara yang mesti sungguh,

tak terima tidak sekali-kali, maka dinamakan wajib pada akal, seperti ada Tuhan kita dan

sedianya hingga akhir. Keduanya, perkara yang tentu tidak tak terima sengoti dan

sungguh sekali-kali, maka dinamakan mustahil, seperti tidak

3

ada Tuhan dan baruNya, hingga akhir. Ketiganya, perkara yang boleh jadi kedua belah,

sengoti atau bahong, bila diceritakan dia sungguh atawa tidak dirinya, maka dinamakan

jaiz, seperti mengada Tuhan akan apa-apa mumkin atau meniadakan dia atau tidak

mengada. Maka perkara-perkara yang tiga inilah yang ditutut di atas kita tahu pada hak

Tuhan dan pada hak Rasul ‘Alaihissholatu Wassalam.

Maka tentulah sengoti Tuhan kita itu maujud, artinya Yang Ada. Dengan sebab

kita lihat ada benda hak Dia menjadi, seperti tanaman-tanaman kita. Seperti buah-buah

timun, tentu kita tidak terima kata mari di dalam batangnya; keadaan batang itu kecil

dan buahnya besar. Dan tidak terima juga mari di dalam tanah, karena tidak geronggong

tanah itu. Dan tidak terima juga nak jadi dengan sendiri, kerana timun itu belum terubet

itu tidak ada. Maka tak dak dia itu tidak terima kita nak kata jadi tukang yang juru buat

timun itu, maka tentulah Tuhan sekelian alam.

Adapun kita tahu kata Tuhan itu namanya Allah Ta’ala

4

2

Page 3: Asas Al-I'tiqad

dan Arrahman dan Arrahim, hingga akhir itu, maka dengan jalan Nabi cerita, bukan

dengan pikir. Maka apabila kita kejap kata ada Tuhan, maka kejap pula kata tak tak dak

Tuhan. Seperti apabila kita tahu kata air itu panas, maka tahu pula kata air itu tak sejuk.

Kemudian, apabila kita tahu kata tanaman-tanaman kita itu ada yang juru buat,

pada halnya tanaman-tanaman itu : Satunya, ‘aradh yang ada di situ. Keduanya, jirim ,

yakni turus dia. Maka tahulah kita bahawasanya kesemua benda-benda hak ‘aradh dan

jirim itu Tuhan kesemualah yang menjadikan dia, tidak qodim sekali-kali, jika benda itu

dahulu daripada tok-tok nenek kita sekalipun. Wallahu a’lam.

Dan tentulah sengoti Tuhan itu Qadim artinya sedia, tidak ada mula sekali-kali.

Dengan sebab kita pikir, kalau tidak sedia, tentu baru timbul. Maka macam manalah

nak boleh timbul dia itu. Dan jika timbul dengan sendiri, maka tentu bahong benar-

benar, karena belum dia timbul itu tentu tidak ada lagi. Maka tidak ada Dia itu tidak

boleh nak jadi tukang juru mengada akan dia. Dan jika baru timbul

5

Tuhan itu dengan jalan bergilir buat dua orang, maka tentu bahong juga. Seperti,

satunya buah kunor, dan satunya buah labu kedua-kedua bergilir buat, tentulah bahong.

Karena waktu kunor buat labu itu tentu kunor ada dahulu daripada labu, dan kunor

sendiri itu adanya sebab labu buat dia. Kalau begitu, ada labu itu dahulu daripadanya.

Kalau begitu, bahong-bahong.

Dan jika timbul Tuhan itu dengan jalan ada bapak-bapak- bapak, atau tukang-

tukang-tukang, hingga tidak sut sebelah humbi itu, maka tentulah bahong juga. Karena,

tidak ada perkara yang tidak ada sut jika perkara itu tidak bertambah-tambah. Maka nak

bertambah sebelah humbi itu tentulah bahong, karena tidak boleh nak beranak atau nak

menjadi akan yang terlebih tua. Kemudian, jika tidak sut itu karena sangat banyak,

maka tentu sut juga dengan kita periksa beri sangat-sangat lama masa, sehingga ganti

anak cucu-cicik tolong bilang. Kalau begitu, tentulah Tuhan kita itu bukan baru timbul,

karena apabila baru timbul tentu tidak lepas

6

daripa tiga jalan itu, maka tiga-tiga jalan itu bahong belaka.

Adapun kita-kita ini, sungguhpun nampak bertali-tali bapa’-bapa’, bapa-bapa

hingga tok Adam, maka sut kepada Tuhan yang qadim juga. Maka yang qadim itulah

3

Page 4: Asas Al-I'tiqad

Tuhan. Sama telah pula, bapa-bapa kita itu bukan menjadi akan kita. Kalau begitu

kejaplah kita kata Tuhan itu sedia. Dan apabila kejap kata sedia, tentulah kejap pula kata

Tuhan itu bukan baru. Wallahu a’lam.

Dan mesti sengoti kata Tuhan itu kekal tidak benasa (b-n-a-s) dan tidak mati

sekali-kali. Dengan sebab kita pikir, kalau Dia sudah mati atau lagi akan mati, maka

siapalah mematikan Dia. Kemudian jika ada yang mematikan Dia, maka tentulah Dia itu

bukan Tuhan, hanya yang mematikan Dia itulah Tuhannya. Kemudian, jika mati itu

dengan Tuhan sendiri memati, maka tentulah bahong juga. Karena mati itu sebelum

Tuhan buat dia, maka tidak ada lagi. Hanya ada dan jadi dia itu sebab Tuhan buat.

Kalau begitu, nampaknya ada benda yang Tuhan buat, jadi lebih sakan pada Tuhan lagi,

maka

7

bahong-bahong. Kemudian apabila kita kejap kata kekal Tuhan maka kejap pula kata

tidak benasa Tuhan. Wallahu a’lam.

Dan tentu sengoti Tuhan itu yang bersalahan dengan yang baru-baru ada, ialah

dikatakan bahasa Arab Mukholafatuhu Ta’ala Lil-Hawadits.

Hendaklah kita tahu bahawasanya makhluk ini dua perkara. Satunya, benda yang

ada tupan di turus yang nak ke tempat kosong, maka dinamakan ‘aradh. Seperti, hijau

dan kelat dan sejuk atau panas yang ada pada pisang yang putik, dan seperti bau-bau dan

suara yang ada pada hawa’. Keduanya, benda yang turus bagi ‘aradh-‘aradh itu, maka

dinamakan jirim dan jauhar . Dan jika dapat kerat dua perkara itu, maka ditambahkan

nama satu lagi iaitu jisim.

Adapun jirim dengan jauhar itu bersatu keduanya, seperti wakaf dengan sela.

Kemudian jika jirim dan jauhar itu sangat-sangat halus, maka ditambahkan nama fard

pula.

Adapun sifat maka semata-mata nama bagi yang ada di benda yang lain atau

nama bagi yang direnti (r-n-t-i) pada benda yang lain. Dan zat itu nama bagi semata-

mata turus jua.

Kalau

8

4

Page 5: Asas Al-I'tiqad

begitu seperti qudrat Tuhan, maka dinama sifat jua. Tidak boleh panggil ‘aradh, karena

bukan turus, dia itu nak ke tempat kosong. Dan Tuhan sendiri itu dikatakan zat jua, tidak

boleh panggil jirim dan jauhar, karena dia itu bukan turus yang nak ke tempat kosong.

Dan tidak dinamakan pula jisim, karena bukan bangsa boleh dikerat. Dan tidak juga

jauhar fard, karena bukan sangat-sangat halus.

Adapun hijau pisang, dan upamanya, maka dinamakan ‘aradh, dan juga

dikatakan sifat, karena dia itu bangsa benda yang ada pada benda yang lain. Dan diri

pisang sendiri itu dikatakan zat pun boleh juga, karena ianya turus.

Kalau begitu, pasal Tuhan bersalahan dengan yang baru-baru itu karena Tuhan

itu bukan ‘aradh dan bukan jirim, pasal sedia kala lagi hingga sampai bila-bila pun. Dan

mahkluk itu ‘aradh dan jirim. Maka pasal inilah dikatakan bersalahan Tuhan dengan

mahkluk itu selama-lama belum ada mahkluk atau waktu sudah adanya.

Adapun kita tahu kata bersalahan Tuhan

9

dengan makhluk ini dengan sebab kita pikir, kalau Dia serupa dengan makhluk tentulah

mahkluk juga, bukan Tuhan lagi. Pula jika Dia itu ‘aradh, seperti hijau, maka tentu dia

itu bukan Tuhan, karena dia sendiri ada dia itu dengan sebab tupan turus jua. Maka tentu

tidak boleh ada qudrat iradat, upamanya, pada dia. Dan jika dia jirim maka tentu nak

ke tempat. Dan jika tempat itu sama-sama qidam dengan Tuhan, maka jadi ada yang

qidam satu lagi yang lain daripada yang Tuhan dan sifat-sifatnya, maka bahong.

Kemudian, jika dahulu tempat pada dia maka tentu dia itu baru, maka bahong.

Dan jika dahulu Tuhan pada tempat itu, maka dimanakah dia duduk sebelum daripada

ada tempat itu, maka bahong juga. Kalau begitu, kejaplah kita kata Tuhan itu

bersalahan dengan makhluk ini. Dan apabila kita kejap begitu, kejap pula kata Tuhan itu

tidak serupa dengan makhluk dan tidak menyamai sekali-kali. Wallahu a’lam.

Dan tentu sengoti Tuhan itu ada Dia itu dengan cara-cara diri(Nya), dikatakan

Qiamuhu Ta’ala Bi-Nafsihi, iaitu bahawa

10

ada Tuhan itu bukan sebab tupan ada pada apa-apa benda, seperti masin yang ada pada

garam, maka tidak begitu. Dan bukan ada Dia itu dengan sebab ada tukang dan tuan

yang juru buat Dia, seperti ada kita-kita ini, maka tidak begitu. Dan juga bukan pasal

5

Page 6: Asas Al-I'tiqad

ada Tuhan itu dengan Dia beri ada akan diri sendiri. Maka bukan ada Tuhan dengan tiga

jalan, inilah dikatakan Qiamuhu Ta’ala Bi-Nafsihi, yakni adanya dengan cara-cara

dirinya.

Percaman kita kata begitu itu dengan sebab kita pikir, kalau ada Dia itu dengan

sebab ada pada benda yang lain, maka dinamakan sifat. Kalau begitu, diri sendiripun

tupan yang lain, maka tentu bukan Tuhan. Karena tidak boleh ada qudrat iradat

upamanya Dia. Dan jika ada Dia itu sebab ada yang membuat Dia, maka tentulah dia

baru dan yang membuat itulah Tuhannya, jika dapat syarat. Dan jika ada Dia itu dengan

sebab dia sendiri beri ada, maka telah dahulu bahongnya pada becara wujud. Kalau

begitu kejaplah kita kata Tuhan itu, adaNya dengan cara diriNya. Maka apabila kita

kejap begitu,

11

kejaplah pula Dia itu bukan tupan ada pada apa-apa, dan tidak nanti ada Dia itu sebab

ada yang membuat. Wallahu a’lam.

Dan tentu sengoti Tuhan itu yang satu, dikatakan wahdaniah. Maka zat Diapun

satu, bukan bangsa benda yang dapat dibahagi. Jika benda semacam ini, dinamakan

kam muttashil pada zat, maka tentu Tuhan bukan begitu. Dan bukan pula ada Tuhan satu

lagi menjadi dua dengan Tuhan kita, jika begitu dikatakan kam munfashil pada zat, mak

bukan juga.

Dan sifat-sifat Dia pun satu juga, yakni satu-satu sekara. Dan jika sifat-sifat Dia

itu dua-dua sekara pada Dia, dinamakan kam muttashil pada sifat, maka bukan begitu.

Dan tidak ada sifat bagi yang lain serupa dengan sifat-sifat Tuhan, dan jika begitu

dinamakan kam munfashil pada sifat, maka bukan juga. Dan perbuatan Dia pun satu

juga, yakni daripada Tuhan belaka-laka beri ada makhluk ini, dan juga beri tak dak.

Dan jika makhluk ini banyak sekalipun.

Percaman kita kata satu belaka itu dengan sebab kita pikir kata yang boleh kita

kata dan panggil

12

Tuhan itu ialah Zat yang mengadakan sekelian mumkin dan juga meniadakan dia, dengan

tidak sesat satu pun. Kalau begitu, jika Tuhan itu dua, maka tentulah bukan jaksa-jaksa

(j-k-s-a) itu hak Dia belaka. Demikianlah juga, jika dua pada sifat dan perbuatan.

6

Page 7: Asas Al-I'tiqad

Dan jika zat Tuhan itu bangsa boleh dibahagi, maka tentu dia itu jisim namanya,

maka tentu nak ke tempat kosong, maka telah dahulu bahongnya. Demikian juga kalau

zat dia itu sangat-sangat halus. Kalau begitu kejaplah kita kata Tuhan itu Satu, maka

kejap pulalah kata Dia itu tidak berbilang-bilang pada perkara-perkara yang tersebut itu

dan bukan salah satupun. Wallahu a’lam.

Maka cukuplah enam sifat, yang mula-mula itu dinamakan sifat nafsiah, iaitu

wujud. Karena ianya seakan-akan diri benda sendiri pada pihak tu-ngo, pada renti (r-n-t-

i) selama benda itu tidak hilang, seperti ada buah pada nil. Maka tentu kita renti selama

tidak hilang buah pada nil itu. Adapun hijau dia itu maka boleh hilang dahulu

daripadanya dan meganti akan merah.

Dan lima sifat kemudian daripadanya, iaitu dari

13

qidam hingga wahdani-yah itu dinamakan sifat salbi-yah, iaitu yang bangasa kita renti

kata ternafi barang yang tidak layak dengan Tuhan, iaitu kenakan diri ternafi awal pada

qidam, dan ternafi akhir pada baqa’, dan ternafi serupa pada mukholafatuhu, dan

ternafi menupan dan berkehendak kepada yang menjadi pada qiyamuhu binafsihi, dan

ternafi bilang pada wahdaniah. Dan kita maklum bahawasanya kesemua benda-benda

yang ternafi itu tidak layak belaka-laka dengan Tuhan.

Hendaklah kita tahun dan ingat bahawasanya enam sifat yang telah lepas itu,

kenakan perkara yang semata-mata kita renti dan kata sengoti dan sungguh jua, bukan

perkara yang ada.

Maka sekarang pulang kita becara kepada becara sifat-sifat yang bangsa ada

pada Tuan pula, iaitu tujuh jua, yang wajib kita iktikadkan dia dengan tafshil. Dan jika

sifat-sifat yang bangsa ada pada Tuhan itu banyak sekalipun.

Iaitu kena kita renti kata ada pada Tuhan itu qudrat, iaitu pekuasa. Maka sebab

itulah Dia itu kuasa mengadakan apa-apa mumkin dan meniadakan dia, selorong dengan

kehendakNya.

Percaman kita kata

14

ada qudrat Tuhan itu, dengan sebab kita lihat jaksa-jaksaNya ada. Maka tentulah kita

tidak terima kata tidak ada qudrat padaNya. Kalau begitu, kejaplah kita kata ada qudrat

7

Page 8: Asas Al-I'tiqad

pada Tuhan. Dan apabila kita kejap kata ada qudrat pada Tuhan, maka tentulah tidak ada

lemah pada Tuhan Wallahu a’lam.

Dan kena kita renti kata ada iradat pada Tuhan, iaitu pekehendak atau

pesengeleng. Maka pasal ini Dia kehendak dan segeleng mengada atau meniada akan

apa-apa mumkin.

Percaman kita kata ada iradat pada Tuhan itu, karena ada benda-benda yang Ia

mengada. Maka tentulah tidak boleh mengadakan apa-apa perkara jika tidak ada iradat

yang boleh segeleng Tuhan. Kalau begitu kejaplah kita kata ada iradat pada Tuhan. Dan

apabila kejap begitu, maka kejaplah pula kata tidak ada lupa dan lalai dan nyanyak pada

Tuhan.

Dan bukan juga dengan sebab Tuhan ada itu, maka mumkin pun turut ada gatek,

dengan tidak berhajat kepada Tuhan sengeleng buat, karena jika begitu, tentu jadi qadim

mumkin, maka bahong. Dan jika mumkin semata-mata turut ada

15

Tuhan jua, maka dinamakan ada dengan jalan ‘illat, seperti apabila bergerak jari, maka

cicin pun turut bergerak gatek. Dan jari itu dinamakan ‘illat dan cicin itu dinamakan

ma’lul. Dan Tuhan dinamakan ‘illat dan mumkin itu dinamakan ma’lul di sisi Falasafah,

maka tentulah tidak belaka-laka.

Dan juga ada mumkin it dengan jalan thabi’at Tuhan, iaitu apabila ada Tuhan

serta bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan dan ternafi Tuhan yang lain, maka mumkin pun

turut ada selalu. Seperti api, apabila bersetuh dengan satu benda dan ternafi basah pada

benda itu, maka selalu hangus. Maka bukan begitu sekali-kali, karena jika begitu, tentu

mumkin jadi qadim juga. Karena sedia kala Tuhan bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan

dan ternafi Tuhan yang lain pun sedia kala juga. Maka mumkin pun sedia kala juga,

maka tentulah bahong. Wallahu a’lam.

Dan kena kita renti kata ada Tuhan itu ilmun, iaitu pengetahuan. Maka pasal

inilah tahu Tuhan akan sekelian perkara, jika perkara itu wajib Dia tahu kata mesti

adanya atau sengoti

16

dan, jika perkara mustahil Dia tahu kata tidak, dan jika perkara harus Dia tahu kata boleh

berlaku atau tidak, boleh ada dan boleh tak dak.

8

Page 9: Asas Al-I'tiqad

Percaman kita kata ada ilmu itu dengan sebab ada benda-benda yang Ia buat.

Maka kita pun rentilah kata ada ilmu padaNya. Maka pasal itulah Dia pandai dan tahu

buat. Dan apabila kita kejap kata ada ilmu padaNya, maka tentulah tidak ada jahil

padaNya. Waalhu a’lam.

Dan kena kita renti kata ada pada Tuhan ada itu hayat, iaitu pehidup. Maka pasal

inilah Dia hidup. Percaman kita kata ada hayat pada-Nya itu, dengan sebab kita pikir,

kalau tidak ada hayat pada-Nya maka tentu qudrat, iradat, ilmu tidak ada gatek pada-

Nya. Kalau begitu tidak boleh buat mumkin, maka bahong. Karena mumkin sudah ada,

maka kejaplah kita kata ada hayat. Maka tentulah tidak ada mati pada-Nya.

Hendaklah kita tahu bahawasanya hidup Tuhan bukan sekali-kali dengan sebab

ada roh pada-Nya, maka tentulah menjadi kam muttashil pada zat.

17

Karena roh itupun zat juga, bukan sifat. Dengan dalil, Malaikat boleh mengambil akan

dia dengan tidak mengambil badan. Dan diazabkan dia atau dinikmatkan dia di dalam

kubur. Maka apabila jadi zatNya, kam muttashil, maka tentu bahong. Karena tentu nak

ke tempat, seperti terdahulu sebut. Wallahu a’lam.

Dan kena kita tahu kata ada pada Tuhan itu sami’, iaitu pedengar. Maka pasal

inilah Dia medengar akan apa-apa benda yang ada. Jika benda yang sedia adanya, maka

dia medengar sedia kala, seperti zatNya dan sifat-sifat ma’ani bagi Dia sendiri. Dan jika

benda mumkin, maka belum timbul benda itu. Maka patut dan padan Tuhan bagi

medengar akan benda itu. Dan apabila timbul, maka selalulah Dia medengar.

Percaman kita kata ada sami’ pada Tuhan itu dengan sebab kita pikir, kalau tidak

ada sami’ tentu tuli, kalau tuli tentu dia kurang dan lekeh. Maka tentulah tidak boleh

mengadakan mumkin ini. Karena Dia itu hendak tolak penyakit diri sendiri pun tidak

kuasa, maka macam manakah nak kuasa mengadakan mumkin. Kalau begitu kejaplah

kita kata ada sami’

18

pada-Nya. Dan apabila kita kejap begitu, tentulah kejap juga kata tidak ada tuli pada-

Naya. Wallahu a’lam.

Dan kena kita iktikad kata ada pada Tuhan itu bashor , iaitu pelihat. Maka pasal

inilah Dia melihat akan apa-apa benda yang ada, seperti pada sami’ dahululah.

9

Page 10: Asas Al-I'tiqad

Percaman kata ada bashor pada-Nya itu, sebab kita pikir kalau tidak ada bashor

tentu buta. Kalau buta, tentu kurang dan lekeh. Katalah hingga akhir perkataan pada

sami’ dahulu itu. Kalau begitu kejaplah kita kata ada bashor pada-Nya, maka tentulah

kejap pula kata tidak ada buta pada-Nya. Wallahu alam.

Dan kena iktikad kata ada pada Tuhan itu kalam, iaitu pekata. Maka pasal inilah

berkata-kata Tuhan akan apa-apa perkataan yang Ia nak berkata. Dan perkataan yang

berhuruf dan bersuara itu dinamakan kalam lafzi, ada ia pada hawa’, atau sebagainya.

Dan berkata-kata itu dinama kalam dengan makna mashdari, bukan ada benda, hanya

perkara yang dikira-kira sahaja. Dan pekata itulah dinamakan sifat kalam, yang kita

duduk becara ini, dan dinamakan pula kalam nafsi.

Dan juga kalam dengan makna

19

ismi. Dan kalam ini bukan bangsa huruf suara, hanya nama bagi satu benda yang ada

pada Tuhan, seperti qudrat iradat-lah. Dan kalam inilah ada pada Tuhan selama-

lamanya. Maka pasal inilah tidak ada bisu pada-Nya. Dan dengan sebab ada kalam ini

pada Tuhan, maka sedia kala jugaa. Mesedia dan mecadang Tuhan akan beberapa

perkataan yang nak berkata-kata Tuhan dengan dia akan hamba-hambaNya. Maka pasal

sengoti perkara ini dinamakan Tuhan itu tidak diam.

Adapun berkata-kata itu bukan selama-lama, dan bukan tidak putus-putus.

Hanya yang selama-lama tidak berputus-putus itu dua perkara sahaja. Satunya, pekata.

Dan keduanya(1), mecadang-cadang akan perkataan

10

(1) Kata Sa’duddin di dalam ‘Aqa-id Nasafi bahawasanya sukut, yakni diam yang mustahil itu dengan makna tidak mau berkata-kata. Dan kata Abdurrahman Jaziri, di dalam Taudhih al-‘Aqa-id, bahawasanya ta’luk kalam yang tanjizi qodim itu, bahawa mesedia dan mecadang-cadang Tuhan akan perkataan yang nak berkata-kata Tuhan akan dia akan orang-orang yang lagi akan ada, ta-ammul tsumma ta-ammul. Wallahu a’lam.

Page 11: Asas Al-I'tiqad

yang nak berkata-kata dengan Dia. Dan boleh juga dikatakan berkata-kata selama-lama

dengan makna selareh wareh. Seperti kita kata “aku bergala dan menyakur selama-lama

dan seumur-umur”.

Dan percaman kata

20

ada sifat kalam Tuhan itu, karena jika tidak ada sifat kalam, tentu ada bisu pada-Nya,

maka kekurangan dan lekeh, kalau begitu. Seperti pada becara sami’ dahululah. Maka

kejaplah kita kata ada sifat kalam. Kalau begitu kejap pula kata tidak ada bisu pada-Nya.

Wallahu a’lam.

Dan dinamakan sifat-sifat dari qudrat hingga kalam dengan sifat ma’ani, iaitu

sifat yang bangsa ada pada zat, bukan sifat yang semata-mata renti dan sengoti sahaja.

Dan ada lagi tujuh sifat yang dinamakan dia dengan sifat ma’nawi-yah, iaitu

nama-nama bagi sifat ma’ani dan berekernya dengan zat Tuhan. Dikatan umur

i’tibariyah, iaitu perkara yang dikira-kira jua. Dan kata setengah ulama kena pereker

dan pelekat sifat ma’ani dengan zat, dikata ahwal, iaitu perkara yang antara ada dan

tiada. Iaitulah ‘kaunuhu ta’ala qodiran’, dan kaunuhu muridan, dan kaunuhu a-liman,

dan kaunuhu haiyan dan kaunuh samii’an, dan kaunuhu bashiran, dan kaunuh

mutakalliman.

Maka cukuplah dua puluh sifat yang wajib kita ketahui dan iktikad dengan jalan

tafshil. Maka jadi empat puluh dengan mustahil lawan-lawannya.

Dan kata

21

qaul yang kuat, bahawasanya sifat ma’nawiyah ini, wajib kita ketahui dan iktikad

dengan jalan ijmal jua. Wallahu a’lam.

Dan lagi wajib kita ketahui dan iktiqad kata harus Tuhan buat dan mengadakan

apa-apa mumkin atau tidak buat dan tidak mengadakan dia. Bukanlah mesti dia kena buat

atau mesti kena tinggal, dengan sebab kita pikir, kalau mesti dia kena buat tentulah

mumkin itu sedia adanya. Dan jika mesti kena tinggal, maka tentu mustahil ada mumkin

ini, maka bahong keduanya. Kalau begitu, kejaplah kata harus jua Tuhan buat atau

tidak. Dan apabila kita kejap kata begitu, maka kejaplah pula kata bukan tidak harus,

dengan bahawa wajib buat atau mustahil buat. Wallahu a’lam.

11

Page 12: Asas Al-I'tiqad

Maka cukup empat puluh satu yang bergantung dan bersakut paut dengan Tuhan.

Adapun yang bersakut paut dengan Rasul itu sembilan perkara jua. Yang wajib

kita ketahui empat perkara, yang mesti sengoti dan sungguh tak terima tidak sekal-kali,

iaitu shiddiq artinya sengoti apa-apa perkara yang keluar di Rasul

22

itu. Dan amanah artinya kepercayaan dan betul hati. Dan fathonah artinya cerdik. Dan

tabligh artinya menyampaikan apa-apa perkara yang Tuhan suruh mereka itu

menyampaikan kepada umat-umat.

Dan empat pula perkara yang mesti tidak tak terima sungguh dan sengoti sekali-

kali pada mereka itu, iaitu bahong dan kacau atau kaharu dan bodo dan menyusut. Dan

dalil kata sengoti tidak bahong itu, ialah kita pikir, kalau mereka itu bahong, maka pasal

apalah Tuhan membenarkan mereka itu dengan memberi mujizat-mukjizat kepada

mereka itu. Kalau begitu Tuhan pun bahong gatek, karena membenarkan orang yang

bahong itu bahong gatek. Dan tentulah kita tidak terima sekali-kali-kali kata Tuhan itu

bahong. Kalau begitu tentulah sengoti Rasul itu tidak bahong.

Dan dalill kata kepercayaan betul hati hati mereka itu, dan juga dalil

menyampaikan, dan juga dalil bagi tidak kacau dan tidak menyusut itu, ialah kita pikir

iaitu Tuhan letakkan mereka itu jadi Rasul itu ialah supaya umat-umat meniru akan

mereka itu pada serba-serbi , yang lain daripada hak ketentuan dengan

23

mereka itu. Kalau begitu tetaplah tidak sekali-kali Tuhan letakkan orang-orang keharu

dan menyusut mejadi tauladan dan conto (c-o-n-t-a) bagi umat-umat. Dan dalil kata

cerdik dan tidak bodo (b-o-d-a) mereka itu ialah kita pikir, kalau mereka itu bodo

tentulah kita tidak terima kata Tuhan letakkan mereka itu jadi Rasul, kerana jadi Rasul

itu satu perkara yang amat berat sangat-sangat, tidak tertanggung oleh yang bodo-bodo.

Seperti nak mengalahkan bantahan-bantahan seteru dan lain-lain lagi. Kalau begitu tentu

kejaplah kata Rasul itu cerdik, tidak bodo sekali-kali. Wallahu a’lam.

Dan wajib kita iktikad bahawasanya Rasul itu, boleh jadi jatuh atas mereka itu

sifat-sifat yang biasa jatuh di atas manusia-manusia, yang tiada membawa kepada

kekurangan dan cedera martabat mereka itu - daripada makan minum, sakit demam, lebih

kurang dan kenyang lapar dan sebagainya. Dengan sebab perkara ini bukan jadi cacat

12

Page 13: Asas Al-I'tiqad

dan lekeh Rasul dengan sebabnya. Hanya daripada perkara-perkara yang menjadi

menambahkan martabat-martabat mereka itu. Terkadang-kadang membawa kepada sabar

mereke itu, sepertri jatuh

24

kesakitan dan kesusahan, maka dapat pahala merke itu. Dan terkadang-kadang

membawa kepada syukur mereka itu, seperti dapat makan dan minum dan kesukaan dan

beberapa perkara hikmat-hikmat lagi.

Hendak diasur-asurkan belajar, jangan cemuh sekali-kali.

Adapun dalil kata boleh jatuh atas mereka itu sifat-sifat manusia itu, karena ada

orang yang bersemasa dengan mereka itu lihat akan jatuhnya. Maka sekarang sampailah

khabaran itu kepada kita dengan bertali-tali, sebagai khabar yang tidak bahong sekali-

kali. Walluh a’lam.

Wasollallohu Wasallam ‘Ala Saiyidina Muhammad Wa’ala A-lihi Washohbihi

Ajma’iin Walhamdulillahi Robbil-’Alamin.

Telah selesai menulis akan Risalah ini pada hari Selasa, Empat Belas, Syawal

Sanah 1376, di tempat yang bernama Wakaf Budi, Sekam, daratan Fathoni. Maka

besarlah harapan hamba kepada Tuhan Yang Ghani, bahawa memberkatkan Rislah ini.

Amin ya Robbal-’Alamin.

3/6/2005 9:56:26 AM/Ilyas/USM/P.Pinang

Ini Risalah yang dinamakan dia

WASĀ-IL ILMU AL-KALĀM

WA RA’FAT WA RAHMAT LI AL-‘AWĀM

13

Page 14: Asas Al-I'tiqad

Pada bicara hukum-hukum akal dan sedikit-sedikit lagi istilah ulama Ushuluddin untuk

anak cucuku dan yang daif-daif Muslimin dan Muslimat yang suka mulai belajar humbi

dan asal ugama Islam dengan secara didikan ulama dahulu-dahulu pada melepas tubuh

badan daripada masuk ke dalam neraka tatkala masuk pada umur yang kelima

Menghimpunkan dia oleh

ABDULQADIR BIN WANGAH

Wakaf Budi, Sekam

Harap bahawa rata manfaatnya dan mendapat balasan

daripada Tuhan Yang Ghani

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Puji-puji bagi Allah, Tuhan yang memberi Ia kepada kita akal pikiran, dengan Dia dapat

kita jagakan nyawa dan tubuh badan. Salawat dan salam Allah di atas pengulu sekelian

Rasul dan Utusan, dan juga di atas sekelian kaum keluarganya dan taulan.

Ketahuilah olehmu, hai saudara-saudara Muslimin dan Muslimat, bahawa humbi

dan sebesar-besar perkara yang mesti di atas kita itu ialah kenalkan Allah Ta’ala dan

RasulNya, iaitu sebagai yang tersebut di dalam kitab-kitab ulama, yakni yang alim-alim,

yang pandai-pandai itu, ialah dengan menengahi mengetahui dan renti perkara-perkara

yang tiga bangsa, yang bersakut paut dengan keduanya, ialah hukum-hukum akal yang

tiga.

Maka hukum-hukum akal itu banyak dah orang-orang kita ingat dan tahu nama-

namanya, tetapi barangkali banyak lagi orang-orang yang tak kenal tuannya dan

14

Page 15: Asas Al-I'tiqad

perkaranya. Oleh itu cuba saudara-saudara sudi perati, serta pelaga dan banding dengan

ibarat-ibarat

3

ulama pengarang-pengarang yang dahulu-dahulu dengan insaf. Janganlah selalu tolak dan

juga selalu percaya sebelum faham dan sebelum renti. Kerana Tuhan beri kepada kita

nikmat akal itu ialah setengah daripada perkara yang amat besar, yang tak patut kita guna

dengan dia pada perkara yang berharga murah jua, dan juga halak beri menang nafsu

daripada dia, maka jadi sia-sialah nikmat akal yang berharga mahal itu. Maka jadilah

bermaknanya kita tolak perkara yang baik, tak beri jaga kita. Dan kita halak beri nafsu

dan syaitan-syaitan menjahanamkan kita kepada bersama-samanya ke dalam neraka, na

‘ūzubillah min zālik.

Ketahui olehmu bahawasanya hukum-hukum akal itu ialah tiga bahagi :

(1) Wujūb

(2) Istihālat

(3) Jawāz.

Wujūb itu bahasa Arab, Melayunya mesti. Istihālat itu bahasa Arab juga,

Melayunya tidak. Jawāz itu pun bahasa Arab juga, Melayunya padan atau patut. Adapun

Wājib, bahasa Arab juga, Melayunya perkara atau benda yang mesti. Mustahīl pun

bahasa Arab juga, Melayunya perkara atau benda yang tidak atau benda hak dak.

4

Jāiz itupun bahasa Arab, Melayunya perkara yang padan atau patut.

Maka tiga-tiga yang kemudian ini ialah dikatakan perkara atau benda yang

bersifat dengan hukum-hukum akal. Maka ulama pengarang-pengarang yang dahulu-

dahulu metakrif mereka itu akan tiga-tiga yang akhir ini selalu. Kerana terkandung dan

termasuk di dalamnya hukum-hukum akal gatik. Wallahu a’lam.

Ringkasan hukum-hukum akal dengan ambil maksud-maksudnya beri kepada yang

sebelum biasa.

Wajib pada akal itu ialah perkara yang tentu sungguh sebagai sungguh yang tak

menerima tidak sekali-kali dengan suluhan mereka yang seperna (s-p-r-n-a) akalnya.

15

Page 16: Asas Al-I'tiqad

Misalnya seperti setoko batu, maka ianya selama adanya mestilah bertempat, iaitu duduk

di dalam kosong dan luang. Kalau ada angin pun tentu angin menyepak beri peluang

kepadanya kadar tubuhnya. Kalau tanah pun begitu juga demikianlah. Maka adalah diri

bertempat batu itu ialah setengah daripada perkara yang dinamakan dia wajib pada akal,

kerana ianya yang tentu sungguh, tak menerima tidak dan tak menerima mukir

5

sama sekali, dengan tak terhenti di atas syarak dan adat. Wallahu a’lam.

Mustahil pada akal itu ialah perkara yang tentu tidaknya sama sekali, atau perkara

hak dak tentu-tentu, tak boleh sungguh sama sekli dengan suluhan mereka yang berakal

yang sepurna (s-p-r-n-a). Misalnya seperti setokor batu yang telah adanya, pada halnya

tak bergerak dan tak diam. Maka siapakah yang berakal yang seperna nak membenarkan

ini perakara. Bahkan semua yang berakal mengatakan tidaknya belaka. Maka jadilah

sunyi batu itu daripada bergerak dan diam itu dikatakan mustahil, perakara hak dak tentu-

tentu dengan tak terhenti di atas syarak dan adat. Wallahu a’lam.

Jaiz pada akal itu ialah perkara yang padan dan patut kedua belah pada dua ketika

dua waktu dengan tidak tergalang pada pikir akal mereka yang seperna. Misalnya, seperti

setokor batu yang tersebut itu juga, tekah-tekahnya bergerak, dan tekah-tekahnya diam.

Maka kesemua yang seperna akal membenarkan perkara ini dengan sepenuh-penuhnya,

dengan tak nanti syarak dan adat. Wallahu a’lam.

Ringkasan pula daripada ringkasan yang tersebut itu

6

Perkara yang kita pikir dengan semata-mata akal itu tak lepas daripada tiga

bangsa :

1. Apabila kita pikir pada satu perkara, sekiranya kalau tidak perkara itu tentu

bahong dan karut dan cedera sehingga tak nampak pada akalnya sebelah tidak

itu. Maka inilah yang dikatakan wajib pada akal itu. Wallahu a’lam.

2. Apabila kita pikir pula pada satu perkara yang lain pula kalau sungguh perkara

itu tentu karut dan bahong dan cedera sehingga tak nampak dan tak benar

pada akalnya sebelah sungguhnya, maka inilah (1) yang dinamakan dia

mustahil pada akal. Wallahu a’lam.

16

Page 17: Asas Al-I'tiqad

3. Apabila kita pikir pada satu perkara yang lain pula, maka tiba-tiba kalau

sebelah sungguh pun nampak dan benar, dan kalau sebelah tidak pun begitu

juga, dengan bergilir, maka inilah yang dinamakan dia jaiz ( yang harus) pada

akal. Wallahu a’lam.

7

Kenyataan himpun dan bersatu ringkasan-ringkasa itu dengan pengertian daripada

ibarat-ibarat ulama.

Ulama berkata : “Fa al-wājib mālā yatasawwur fi al-‘aqli ‘adamuhu”, maka

wajib itu ialah barang yang tidak dibenarkan pada pikiran akal tiadanya. Maka zahir

ibarat ini nampaknya bila kita pitas maksud bunyinya ialah barang yang tentu adanya.

Kerana apabila tidak diterima tiadanya, maka tentulah adanya. Pada hal ulama juga

medatangkan misal wajib pada akal itu dengan mengambil lapang dan bertempat bagi

jirim, seperti bertempat setokor batu, masalan, pada halnya perkara itu bukanlah setengah

daripada perkara yang bangsa ada betul-betul, hanya yang sungguh jua. Kalau begitu tak

temasuklah ia di dalam jumlah wajib pada akal, seperti juga tak termasuk di dalamnya

segala sifat Salbiah bagi Tuhan dan sebagainya daripada segala sifat yang bukan bangsa

adanya. Dan tak termasuk pula ketiadaan makhluk pada azal. Maka membawa kepada

musykil dan rusak.

Hamba menerangkan : adalah lafaz ‘adamuhu pada takrif

8

itu telah menjaga ulama dengan makna intifā’ , ertinya ternafinya atau tidaknya. Kalau

begitu betullah kita pitas maksud bahawasanya wajib pada akal itu ialah barang yang

tentu sungguhnya. Kerana apabila tidak dibenarkan ternafinya maka tentulah sungguh.

Maka betullah misal mereka itu dengan mengambil lapang bagi jirim itu. Dan masuklah

17

(1) Katanya : yang dinamakan mustahil, ertinya yang tidak, yakni perkara yang tidak atau benda hak dak. Beginilah lebih kurang diterjemahkan lafaz mustahil, yang dikatakan isim fā‘il dalam Ilmu Saraf, iaitu lafaz yang menunjuk di atas sifat dan tuannya. Maka janganlah diterjemahkan dengan kata tidak dia, atawa tidak perkara, kerana ini terjemah terkena di atas istihalat al-mustāhīl, yang dikatakan mudaf dengan mudaf ilaih dalam Ilmu Nahu. Hai Tuhanku menjauhlah Engkau akan kami daripada penyakit semabul mustahil dengan istihalat al-mustahil kerana sangat besar mudaratnya.

Page 18: Asas Al-I'tiqad

di dalam jumlah wajib itu Sifat Nafsiah Allah Ta`ala, dan SalbiahNya dan

Ma’nawiahNya, dan ketiadaan makhluk pada azal.

Ulama berkata pula : “Al-wājibu mālā yaqbalu al-intifā’”, ertinya yang wajib

pada akal itu ialah barang yang tidak menerima ia akan ternafi dengan tak nanti kira akal.

Maka betul pitasnya katakan barang yang tentu sungguh.

Jaga-jaga. Lafaz māboleh kita pasang makna Melayu dengan barang atau perkara

atau benda.

Kalau begitu, wajib pada akal itu ialah asalkan perkara yang tentu sungguh jua, ila

akhirihi, dengan tak nanti ada dirinya, kalau adapun maka dia juga.

Ulama berkata : “Fa al-mustahīlu mā lā yatasauwur fi al-‘aqli wujūdihi”, ertinya

maka mustahil itu barang yang tidak dibenarkan pada akal adanya.

9

Di sini nampaknya tiap-tiap perkara yang tidak dibenarkan adanya maka mustahil

belakalah. Maka membawalah kepada termasuk Sifat Nafsiah Allah dan Sifat Salbiah

Allah. Bahkan kesemua Istihālat al-Mustahīl dan Sifat Ma`nawiah Allah dan ketiadaan

makhluk pada azal di dalam jumlah segala mustahil, maka membawa kepada musykil

dan rusak.

Hamba menerangkan : adalah lafaz Wujudihi itu telah menjaga ulama dengan

makna şubūtihi atawa tahaqquqihi, yakni sungguhnya. Kalau begitu pitasnya mustahil

pada akal itu barang yang tidak dibenarkan sungguhnya. Maka terbitlah maksudnya

barang yang tentu tidaknya, atau perkara hak daknya. Kalau begitu keluarlah Sifat

Nafsiah dan Sifat Salbiah Allah, ila akhirihi, itu daripada jumlah segala yang wajib pada

akal, seperti yang terdahulu sebutnya.

Ulama berkata pula : “Al-mustahilu mala yaqbalu al-subut”, ertinya mustahil itu

barang yang tidak terima ia akan sungguh, yakni barang yang tentu tidaknya, atau perkara

hak daknya tentu-tentu dengan tak nanti kira akal.

10

Ulama berkata : “Fa al-Jāizu malā yasihhu fi al-‘aqli wujūdihi wa ‘adamihi”,

ertinya maka yang harus itu barang yang sah dan boleh jadi pada pikiran akal adanya dan

18

Page 19: Asas Al-I'tiqad

tiadanya. Di sini nampaknya jāiz itu ialah terkena di atas perkara yang menerima ia akan

adanya dan akan tiadanya jua, seperti buah nyiur dan upamanya, maka tak termasuklah

diri luruhnya dan upamanya. Dan juga memberi pahala Allah Ta‘ala akan Mukminin dan

buat mumkin dan upamanya. Kerana, itu-itu perkara bukanlah yang bergilir ganti antara

ada dan tiada. Hanya di antara sungguh dan tidak jua. Pada hal itu-itu perkara dinamakan

dia yang harus pada akal belaka, maka membawalah kepada musykil dan rusak.

Hamba menerangkan : adalah lafaz wujūdihi dan ‘adamihi itu seperti yang dahulu

juga, iaitu wujud dengan makna sungguh dan ‘adam dengan makn tidak. Maka

termasuklah juga perkara-perkara yang bergilir ganti di antara sungguh dan tidak itu di

dalam jumlah yang harus pada akal.

Ulama berkata pula : “Al-Jāizu mā yaqbaluhumā”,

11

yang harus itu ialah barang yang menerima ia akan keduanya, yakni sungguh dan tidak

dengan tak nanti kira akal.

Ajaran Pasang Pada Tujuan Kita.

Ada Allah Ta ‘ala itu dikatakan Wajib pada akal, kerana ianya perkara yang tentu

sungguh semata-mata, tidak dibenarkan tidak dan dimukir sama sekali. Kiaslah pada tiap-

tiap sifat Allah yang bangsa sungguh itu.

Qudrat Allah Ta ‘ala itu dikatakan wajib pada akal juga, kerana Ianya yang tentu

sungguh, tambahan pula adaNya. Kiaslah pada tiap-tiap sifat Allah yang bangsa ada itu.

Jaga. Bila perkara itu yang tentu ada dirinya maka lazimlah sungguh gatek.

Tak dak Allah Ta ‘ala itu dikatakan mustahil pada akal kerana ianya perkara yang

tentu tidaknya atawa hak dak tentu-tentu, tak dibenarkan sungguh sama sekali. Kiaslah

segala lawan Sifat Salbiah.

Lemah Allah Ta ‘ala itu dikatakan mustahil juga, kerana ianya termasuk di dalam

jumlah perkara yang tentu tidak atawa hak dak juga, tambahan pula tak dak sekali pula.

Demikianlah

19

Page 20: Asas Al-I'tiqad

12

tiap-tiap lawan bagi sifat yang bangsa ada buat Allah Ta ‘ala akan upama langit bumi

atau tinggalnya. Dan juga memberi pahala atawa meazab, dikatakan yang harus pada

akal, kerana ianya perkara-perkara yang dibenarkan kedua belah sungguh atawa tidak.

Demikianlah bergilir ganti di antara ada dengan tiada, seperti diri langit dan bumi.

Beberapa Penjagaan.

1. Adalah afrād, yakni satu-satu daripada segala yang wajib pada akal itu dirinya

ialah yang sabit tidak ternafi sama sekali, adakalanya adanya dan adakalanya

sungguhnya.

2. Adalah afrād segala mustahil pada akal itu ialah dirinya sendiri itu ianya ternafi,

tidak sabit, tidak sungguh dirinya. Fahamlah dan rentilah baik-baik di sini dahulu,

supaya kita sedar kata tak bergaul mustahil-mustahil, dan tak boleh masuknya di

dalam jumlah perkara-perkara qadim dan baru, seperti yang lagi akan datang

becaranya, insya Allah.

3. Afrād Jāiz pada akal itu adakalanya yang sudah ada seperti kita-kita ini, dan

adakalanya yang sudah berlaku, seperti pecah

13

patah, dan adakalanya yang tidak ada dan tidak berlaku lagi, seperti buah kayu yang

belum jadi lagi. Dan pecah patah bagi suatu yang belum berlaku lagi, tetapi tidak

tergalang sebelah jumlah dengan syarak atau adat. Dan adakalanya kenakan mustahil

pada adat, seperti orang tua kembali jadi muda. Dan adakalnya wajib pada syarak,

seperti mati kita kemudian daripada hidup dunia, dan adakalanya mustahil pada

syarak bila menggalang oleh dalil syarak seperti upama kapal terbang naik pergi

sampai ke bulan yang termaklum. Kerana pada nak boleh sampai kepadanya itu tak

dapat tidak dengan mana-mana satu daripada dua jalan, iaitu adakalanya sebab segala

langit itu ianya ruwa dan lembik seperti asap, masalan. Maka berlawanlah dengan

firman Ta ‘ala “........”, ertinya dan bina kami di atas kamu akan tujuh lapis langit-

20

Page 21: Asas Al-I'tiqad

langit yang teguh-teguh dan kuat-kuat. Dan adakalnya bulan itu tempatnya di bawah

langit yang pertama, maka berlawan pula dengan firmanNya Ta ‘ala : “....”,

14

ertinya “Adakah tidak menilik kamu betapa menjadi Allah akan tujuh langit yang

berlapis dan menjadi ia akan bulan padanya akan cahaya. Dan adalah mustahil pada

syarak ini dikatakan juga mustahīl ‘āridi, seperti juga wajibnya pun dikatakan wājib

‘āridi.

Beberapa perkara yang mustahak direnti.

Segala perkara yang ada itu dua bangsa jua :

1. yang ada dengan membawa dirinya sendiri, maka inilah yang dinamakan dia

dengan zat;

2. yang ada dengan jalan menupan (m-n-u-p-n) ada pada yang lain, tak membawa

diri sendiri, maka ini daripada jumlah perkara yang dinamakan dia sifat. Yang

kedua ini sekiranya kalau ada ia pada zat makhluk maka dinamakan dia ‘arad

gatek, kalau pada Zat Allah maka dikatakan Sifat Ma‘āni jua.

Adapun yang pertama itu itu iaitu zat, maka terbahagi dua bahagi pula :

1. Zat yang tidak mengambil lapang, bukan bangsa bertempat, maka inilah Zat Allah

Ta ‘ala.

2. Zat yang mengambil lapang, mesti

15

bertempat, maka ialah zat makhluk. Maka zat makhluk ini sabit baginya beberapa

nama sebagai tambah di atas nama zat itu pula , iaitu jirim dan jauhar dan jauhar

fardi dan jisim.

Pendeknya zat itu sekiranya kalau yang tidak mengambil lapang ialah Zat Allah

Ta ‘ala. Dan jikalau ianya mengambil lapang maka zat mahkluk serta ditambahkan

panggil jirim dan jauhar. Jirim dan jauhar seperti bajak dengan parang jua. Dan jirim itu

sekiranya jika tak menerima kerat, tak menerima belah, tak menerima kerisik, maka ialah

21

Page 22: Asas Al-I'tiqad

jirim fardi atau jauhar fardi. Dan jikalau menerima ketiga-tiga itu atawa satu daripadanya

maka ialah jisim, sebagaimana istilah Ulama Ushuluddin.

Dan setengah daripada perkara menupan yang lain, yakni menupan zat itu, ialah

semata-mata sungguhnya jua, bukanlah ada dirinya. Maka perkara ini ialah dinamakan

sifat semata-mata, sama ada pada Allah Ta ‘ala atau pada makhluk pun tak dipanggilkan

‘arad, juga di sisi ulama ushuluddin. Maka perkara ini terbahagi ia kepada tiga bahagi

atau dua bahagi di atas khilaf ulama :

1. ialah yang dikatakan amar i‘ tibari,

16

seperti pecah patah.

2. ialah yang dikatakan ‘adami, iaitu nama bagi tak dak satu perkara pada satu

benda, seperti mandul, iaitu nama bagi tak dak anak pada si anu-si anu.

3. ialah yang dikatakan hal, iaitu barang kali kenakan bangunan bagi suatu pada

makhluk kita ini, seperti bulat atau kepit (kepi?) bagi suata jirim, iaitu kenakan

perkara yang bukan adanya dan bukan tak daknya di sisi qaul yang menyabitkan

dia itu.

Maka qaul yang muktamad itu ialah dua bahagi sahaja, tidak disabitkan hal itu.

Kenyataan terbahagi perkara yang ada dan yang sungguh.

Terbahagi dua-dua bangsa ini di sisi perkataan yang kuat kepada dua bahagi jua,

iaitu qadim, yang sedia, dan hadis, yang baru. Kata setengah mereka itu kepada tiga

bahagi, iaitu ditambah azali.

Kenyataanya.

Adalah dua-dua bangsa ini seolah rumah ibu, maka bolehlah ditambahkan

serambi sebelah itu dan sebelah ini. Maka tidak boleh dibuat serambi sekiranya jika tidak

ada rumah ibu. Maksudnya adalah kedua-dua bangsa ini sekiranya kalau yang tidak ada

mula baginya maka ianya

17

qadim dan azali, di sisi qaul yang kuat, yang berkata dengan bersatu keduanya. Adapun

di sisi muqabilnya qadim itu mau perkara yang ada dirinya jua, yang tidak ada mula

22

Page 23: Asas Al-I'tiqad

baginya. Dan azali itu dibenarkan keduanya, yang ada atau yang sungguh yang tidak ada

mula baginya. Kemudian kedua-dua bangsa itu sekiranya kalau ada mula baginya, maka

ianya hadis, yang baru. Maka pecah dua bahagi pula. Kalau perkara yang ada dirinya,

maka yang baru yang hakīkī. Kalau yang sungguh jua maka yang baru majāzi.

Perkara yang Ada lagi Qadim itu ialah Zat Allah Ta ‘ala dan segala Sifat Ma‘āni

bagiNya jua. Dan yang Sungguh lagi Qadim itu ialah seperti ada Allah Ta ‘ala dan

satuNya Ta ‘ala. Misalnya yang ada lagi baru itu, seperti langit bumi. Dan misal yang

sungguh lagi baru itu seperti pecah kayu dan patahnya.

Sepatah kata.

Qadim dan azali itu tidak ada sama sekali melainkan perkara yang wajib pada

akal.

18

Ibarat-ibarat ulama menyaksikan sebenar dan betul surahan-surahan yang

tersebut itu.

Takrif qadim di sisi qaul yang kuat yang mengatakan bersatunya dengan azali

“mālā awwala lahu...”, ertinya barang yang tidak ada mula baginya..., maka ini takrif

misalnya, seperti kita metakrifkan ular, iaitu binatang yang menguja yang tidak ada kaki

baginya. Maka direntikan pada takrif ini bahawa yang ternafi itu ialah kakinya jua,

bukanlah ternafi diri binatang menguja. Maka begitulah juga perkara yang dinafi pada

takrif qadim itu ialah awal bagi barang jua, bukan nafi diri barang sendiri. Kalau begitu

diri barang itu adanya atau sungguhnya. Maka jadilah maksud takrif itu ialah perkara

yang ada atau yang sungguh, yang tidak ada mula baginya.

Adapun qaul yang berkata berlainan qadim dengan azali itu maka metakrifkan

qadim itu dengan “maujudun la awwala lahu” : perkara yang ada yang tidak ada mula

baginya. Dan metakrifkan azali itu dengan “mālā awwala lahu...”, maknanya seperti yang

terdahulu sebutnya, iaitu termasuk perkara yang ada atau yang sungguh,

19

yang tidak ada mula baginya.

23

Page 24: Asas Al-I'tiqad

Takrif yang baru hakiki : “maujūd ba’da ‘adam” : perkara yang ada kemudian

daripada tak ada. Takrif yang baru majāzi : “mutajaddid ba’da ‘adam” : yang berdatangi

kemudian daripada tidak. Maka tak dapat tidaklah yang baru itu daripada perkara yang

ada kemudian daripada tak ada atau perkara yang sungguh kemudian daripada tidak.

Kenyataan tak bergaul dan tak berhimpun mustahil dengan qadim baru azali.

Telah kita faham dah bahawa mustahil itu perkara hak dan atau benda hak dak

atau barang yang dak, yakni perkara yang ternafi dirinya sendiri, tak bersabit dengan

adanya dan sungguhnya sama sekali dengan tentu-tentu. Dan kita telah tahu dan faham

dah juga bahawasanya yang qadim, yang baru, bahkan yang azali itu, kesemuanya tak

dapat tidaklah daripada perkara yang sabit dirinya dengan bahawa adanya atau

sungguhnya. Kalau begitu bila kita gaul dan termasuk mustahil di dalam perkara yang

qadim... itu, maka besar mengarut dan besar bergumur, kerana berhimpun dua yang

berlawanan, iaitu sabit suatu dan ternafinya. Maka

20

tetaplah mustahil tentu-tentu, seperti berhimpun qudrat dengan lemah pada Allah Ta ‘ala.

Lagi pula, budak-budak pun tahu bahawa butir kekacang upama basikal itu tidak boleh

dibuat bubur kerana tidak bergaulnya dengan lemak manis bekakas bubur itu. Pendeknya,

qadim azali hadis itu, mestilah daripada perkara yang sekurang-kurangnya sungguh

dirinya. Wallahu a’lam.

Kadar ini jua hamba menaruh ingatan-ingatan di sini kepada anak cucu cicik

hamba hinga berlapis-lapis. Dan juga kepada sekelian murid-murid hamba dan anak-anak

cucu mereka itu, demikian jua, supaya mereka itu boleh buat coto (c-o-t-a) dan tauladan

setengah-setengah pada belajar itar jalan mengambil pengertian yang terkandung di

dalam beberapa ibarat-ibarat dan nas-nas ulama yang dahulu-dahulu dan pada bina dan

timbul (t-i-m-b-l) lagi penerangan yang baik dan selamat kepada awam al-Muslimin dan

yang da‘if-da‘if mereka itu. Mudah-mudahan dapat selamat mereka itu pada dua negeri,

dunia dan akhirat. Kerana pada masa ini timbul kucar-kacil yang membawa kepada saru

dan salah gamak mereka itu pada buku ugama, seperti mengeluarkan hukum-hukum yang

tidak berketentuan dengan

24

Page 25: Asas Al-I'tiqad

21

yang mana mazhab, yang berlawanan hukum-hukum itu dengan fatwa-fatwa ulama yang

dahulu-dahulu, yang telah fatwa mereka itu dengan suluhan yang insaf, itar selamat

kepada kaum bangsa mereka itu pada dua negeri.

Maka lafaz ulama itu bahasa Arab, Melayunya ‘segala yang pandai-pandai dan

yang tahu-tahu’. Maka orang-orang yang semacam ini patutkah kita tuhmah (t-h-m-h)

dengan karut dan tak betul dan tak molek kepada mereka itu. Dan patutkah kita sangka

kata mereka itu fatwa hukum-hukum yang tidak berasal daripada Quran atau

Hadis...pihak suruh atau larang atau benar. Maka pada pikiran hamba, siapa-siapa yang

tuhmah dan sangka begitu kepada mereka itu kalau sekiranya terkena kepada anak-anak

cucu hamba maka mustahaklah kena pukul atau sebagainya.

Kaum-kaumku yang dikasihi, kesemua orang-orang Islam kita percaya penuh

dengan syurga dan neraka; syurga tempat seronok (s-r-n-k), neraka tempat siksa. Maka

kesemua orang mesti sampai kepada mana-mana satu daripada dua tempat itu, tiap-tiap

hari, tiap-tiap lahzah bertambah dekat. Oleh itu, maka pihak ulama kita dan pemimpin-

pemimpin yang dahulu-dahulu

22

sehabis-habis bimbang dan takut anak-anak bangsanya lepas ke neraka. Maka pihak

mereka itu sngat-sangat memisah dan itar jalan supaya anak-anak bangsa lepas ke

syurga-syurga. Maka menyuruh mereka itu akan anak bangsa dengan mengerjakan

segala yang disuruh pada ugama dan melarangkan mengerija segala tegahan dengan

sepenuh-penuh hemah, sehingga menambahkan lagi perkara-perkara yang seolah-olah

tukat penyambut rumah-rumah takut bergojeng (g-o-j-e-ng) dan tebalik, seperti menyuruh

memakai kupiah putih dan serban dan sebagainya daripada perkara-perkara yang seolah-

olah boleh paksa tuannya dan menolongnya kepada perjalanan syurga. Dan melarang

memakai pakaian yang membawa semabul dengan yang keharu, yang tidak menjadi

sebab bagi menegahkan tuannya daripada masuk ke tempat maksiat wit atau bong (b-a-u-

ng) dan sebagainya.

Demikianlah bawakan dan ajaran mereka itu, kerana mereka itu tahu

bahawasanya neraka itu mestilah dipisahkan sekat dan menggalangkan anak bangsa

daripada cari ragang bagi masuknya bukanlah dengan jalan buka dan feri segala lubang

25

Page 26: Asas Al-I'tiqad

masuknya. Maka selalulah nak masuk oleh anak-anak bangsa yang belum mesra

ugamanya dan belum tahu

23

atau tak tahu keberatan azab neraka. Kerana neraka itu dilikungkan; dikeliling dengan

beberapa yang sedap-sedap dan beberapa yang diingin-ingin oleh nafsu. Maka mestilah di

atas kita sekatkan dan galangkan anak bangsa kita daripada perkara-perkara itu dan

pelorong dan perhala dengan sekuasa kita akan anak-anak bangsa kita kepada syurga dan

kepada berjalan kepda beberapa jalananNya. Mudah-mudahan Allah Ta ‘ala permasukan

kesemua kita ke dalamnya dengan tidak merasai azab neraka, maka dapat bersuka-suka

kita selalunya dengan beberapa nikmatnya selama-lamanya , amin. Wasallallahu Wa

Sallam ‘alā Saiyidinā Muhammad Wa ‘Alā Ālihi Wasahbihi Ajma‘īn Wa al-Hamdulillāhi

Rabbi al-‘Ālamīn.

Selesai menghimpunkan Risalah ini sebelah pagi Hari Selasa 22 Syawal 1392

dengan pertolongan Rabbul-‘Ālamin.

24

Penjagaan takrif qadim pada muka 18

Katanya : “Mālā awwala lahu...” akhirnya “wjudiyan kāna au ‘adamiyan”, ertinya yang

bangsa ada ada ia atawa yang bangsa tak dak, yakni nama bagi tak dak suatu perkara

seperti tak lemah Tuhan kita upamanya, maka tak termasuk sama sekali diri mustahil.

Taammul summa taammul.

Ini sebuah risalah yang dinamakan dia dengan

TAQRĪBUL IKHWĀNFI TA‘ALLUM ‘AQA-ID AL-IMAN

I’tiradh yang timbul atau lagi akan timbul di atas jalanan ini janganlah diberasa menyakut sekali-kali sesudah pada pikir yang baik dan renti ibarat-ibarat ulama

26

Page 27: Asas Al-I'tiqad

Menghimpunkan dia berserta dengan sedikit nasihat oleh

ABDULQADIR BIN WANGAH

Wakaf Budi Sekam Fathoni, Jalan Palas Rangkok

Siapa-siapa suka harap berhubung sama yang menghimpun atau anak-anaknya disediakan

Tidak dibenarkan mengecapkan dia dengan ketiadaan izin pengarang

Harap hamba kepada saudara-saudaraku yang memandang bahawa pandang dengan insaf jangan selalu cela dan cerca kerana barang kali ada yang saudaraku tak biasa medengar dan berjumpa lagi pada hal ada perkara-perkara di dalam lipatan-lipatan kalam ulama

rohimahumullah dan juga jangan selalu puji kerana barang kali ada yang tak betul maka pulanglah saudara kepada murajaah kitab-kitab Arab yang besar-besar dengan pandangan yang baik pada cakapan mereka itu maka barulah saudaraku guna dan pakai hak hamba

ini dan janganlah percaya kepada i’tiradh syaitan-syaitan dan juhal

2Bismillahirrahmanirrahim

Amma ba’du. Maka hai sekelian kekasihku dan saudara-saudaraku, syukurlah kamu dan

terima kasih kamu akan Tuhan, kerana beberapa nikmat dan budi yang Ia kurnia kepada

kita, iaitu menjadi Ia akan kita manusia serta metaufik akan kita berpegang dengan agama

Islam dan memberi pula akan kita akal pikiran yang boleh menjaga kita dengan dia akan

keselamatan diri kita dunia dan akhirat. Dan membenar Ia akan kita bahawa kita berbekal

dengan beramal dan menurut akan hukum-hukum syarak dengan bermacam-macam

amalan, iaitu mengerjakan yang wajib pada syarak dan patang daripada yang ditegah

(haram) dan makruh dan membenar Ia pula beramal yang sunat-sunat bagi yang loba-loba

27

Page 28: Asas Al-I'tiqad

kepada membanyakkan bekal bagi hari akhirat, yang tidak munafaat padanya oleh harta-

harta dan anak-anak selain daripada bekal-bekal amalan-amalan yang dikerjakan diatas

dunia. Maka sesallah dan sangat rugilah bagi mereka-mereka yang segan dan malas

daripada berbekal dan beramal, yang ialah asal pekerjaan yang sebenar-sebenar berhadap

kita kepadaNya di dalam masa hidup kita di atas dunia ini.

Hendak saudara-saudaraku ketahui bahawasanya bergala dan menyakur,

upamanya itu, berat belaka-laka. Akan tetapi bila kita pandang kepada akhir, iaitu senang

kita pada masa buah, maka dengan pandangan itulah kita tahu kata pekerjaan-pekerjaan

itu masti dihadapkan walaupun berat kerana munafaatnya bagi kita sendiri. Maka sesallah

bagi mereka-mereka yang malas pada ketika musim buah. Maka ini misalan bagi semata-

mata pekerjaan yang kita nak buat belanja di atas wakaf atau di atas dangar jua. Serta

dapat pula dikerjakan pada kali yang lain selama tidak habis umur kita.

Adapun pekerjaan amal ibadat sembahyang

3

puasa upamanya ini, maka tertutuplah pintunya dengan sampai nyawa kita pada batang

halkum. Dan disitulah baru kita nyata bahawasanya nasihat-nasihat guru-guru itu betul,

betul, betul, betul. Maka adakah pada ketika itu dapat minta hantar balik ke dunia supaya

beramal, maka tidak, tidak, tidak, tidak. Hanya tetaplah berjumpa dengan balasan amal

yang baik bagi yang beramal baik dan yang jahat bagi yang beramal jahat. Dan di situ

juga tertutup jalanan surat kiriman yang kita nak suruh anak beranak bersedekah dan

berbaca-baca kepada kita, maka kesahlah orang itu daripada mata-mata yang hidup.

Maka yang hidup itupun bersedap-sedaplah dengan harta pesaka sementara hidup sehari

dua. Maka akhirnya, seperti yang dahululah juga hingga berlapis-lapis. Hai Tuhanku,

janganlah menjadi kami seperti ini dan juga sekelian anak-anak cucu kami, amin

yarabbal-alamin!.

Hai saudara-saudaraku, kita kesemua telah yakin bahawasanya kesemua alam ini

mengadakan dia oleh Tuhan yang satu jua. Jika perkara-perkara yang nampak bersabit

dengan tukang-tukang upamanya sekalipun. Kalau begitu kita-kita ini tentu perbuatan

Tuhan itu juga. Kalau begitu tidak patut sekali-kali kita derhaka kepadaNya, kerana

orang yang derhaka kepada kerajaan atau kepada pengulu dan ketua kampung pun tak

sempurna juga kedudukan di atas dunia. Padahal dunia ini sementara jua. Maka macam

28

Page 29: Asas Al-I'tiqad

manalah nak dapat kesenangan bagi mereka yang derhaka kepada Tuhan, yang Ialah

ampunya dunia dan akhirat. Maka kepada siapakah kita nak bertupu dan dengan apa

bekalkah yang kita berharap di dalam perjalanan kita yang sangat jauh, serta di dalam

kampung tempat yang tak biasa lagi pergi, iaitu di alam barzakh di dalam kubur antara

hidup dunia dengan dibangkitkan tubuh badan. Dan di padang mahsyar, tempat himpun

sekelian manusia, kerana pereksa amalan dengan jalan mezahirkan adil Tuhan. Dan

meniti pula shirat jambatan, yang diletangkan di atas mulut neraka. Maka beruntunglah

mereka-mereka yang lepas, kerana di permasukkan di dalam syurga, kebun yang ada di

dalamnya segala yang dicita-cita, kekal di dalamnya selama-lama dan muda selama-lama

dan sihat

4

selama-lama dan kenyang selama-lama, demikianlah.

Maka celakahlah dan sehabis-habis azablah mereka yang tak lepas, kerana jatuh

ke dalam neraka api yang sangat-sangat nyala, ada di dalamnya beberapa ular dan kala.

Maka kita-kita yang Islam yang menurut hukum Tuhan, tetaplah tidak jatuh ke dalamnya.

Melainkan mereka yang mensia-siakan masa umur, dengan semata-mata berhadap kepada

benda yang tidak berharganya, dan menurut nafsu dan hawanya dan bersernak-sernak (s-

r-n-k) dan bergalak hingga tuhanya, dan bawa matinya di dalam hal tidak sedar; siapalah

yang mengadakan langit bumi dan barang yang antara keduanya, maka jatuhlah orang-

orang itu ke dalam neraka.

Maka layaklah dengan dia kerana beberapa yang menasihat kepadanya di dalam

dunia maka tidak suka kepada ambil perdulinya, hanya bersenda-senda dan menganyi

sepanjang-panjang masanya. Serta mereka itu pula berkata jika kita tidak masuk maka

kosonglah neraka Tuhan yang luasnya. Maka jika dikosadkan dengan perkataan ini akan

bersenda-senda dengan janjian Tuhan, maka orang itu kekal selama-lamanya.

Hai saudara-saudaraku, janganlah sekali-kali kamu pilih akan neraka di atas

syurga, dengan kamu pilih akan sernak dunia semata-mata pada masa yang sementara ini

dan redhalah kamu akan berat penat beramal dan susah payah dunia, asalkan senang

akhir di dalam syurga, yang ada di situ sekelian bagi kesukaan mata-mata telinga,

bahkan kesemua kemahuan nafsu dan hawanya. Maka orang yang pandang kepada

29

Page 30: Asas Al-I'tiqad

kesukaan yang selama-lama inilah yang sebenar-benar cerdik yang pandai menjaga dan

pusing kesenangan dirinya.

Hendaklah saudara-saudaraku ketahui bahawasanya Tuhan kita tak tilik kepada

elok baka dan keterunan dan elok rupa dan paras, hanya semata tilik kepada hati-hati dan

amal-amal baik jua. Maka ini satu kemujuran yang amat besar bagi kita yang huduh baka

dan huduh rupa, kerana hati dan amalan-amalan itu dapat dibaiki. Maka silakanlah

saudara-saudaraku dan anak-beranakku membaiki akan hati-hati dan amal-amal masing-

masing beri jadi baik. Kerana mati itu satu perkara yang Tuhan tak beri tahu kepada

siapa-siapa masanya. Lagi pula mesti saudaraku kena tahu bahawasanya orang-orang

yang elok bakanya dan rupanya itupun sekiranya jika jahat hatinya dan amalnya maka

akhirnya

5

sehabis-habis huduh rupanya. Dan kita-kita yang huduh bakanya dan rupanya pun

asalkan baik hati dan amal, maka akhirnya di akhirat mesti elok rupa dan mukanya,

seperti bulan yang penuh pernama bersinar-banarnya. Kalau begitu sehabis-habis bodo

orang-orang yang huduh bakanya dan rupanya dan huduh hatinya dan amalnya. Maka

janganlah saudara-saudaraku berasa cerdik yang pada hakikatnya dibilangkan bodonya

….

Hai saudara-saudaraku berapakah harga mata pelihat yang Tuhan beri kepada

kita, yang dapat kita dengan dia melihat. Dan berapakah telinga, yang bersepakai

dengan pedengar, yang dapat kita dengan dia medengar. Dan berapakah harga lidah,

yang bersepakai dengan pekecap, yang dapat kita dengan dia kecap benda yang

bermacam-macam rasanya dan meedarkan makanan di dalam mulut.

Demikianlah kamu kirakan budi Tuhan. Maka adakah bagi kamu harta nak

perubat sekiranya jika kamu buta dan tuli dan mati lidah hingga akhir dan adakah tetap

hilang bila kamu perubat.

Maka sedaralah, hai saudara-saudaraku, dan taubatlah daripada segala kesalahan

yang telah lepas dan rebutlah berbekal dan beramal dengan sebenar-benarnya. Dan perdu

dan umbi pikiran itu ialah akal yang Tuhan beri kepada kita dengan tidak kena beli dan

pisah yang dengan dialah dapat kita kenal Allah Ta’ala dengan pikiran yang jilah,

30

Page 31: Asas Al-I'tiqad

kemudian daripada sudah mengerti kita dan beza kita akan hukum-hukum akal daripada

hukum-hukum adat.

Dan hendaklah saudara tahu bahawasanya sekelian guru-guru yang sebenar dan

sekelian yang menasihat yang sebenar itu, bukanlah semata-mata mereka itu mengajar

dan menasihat itu supaya jadi mudah makan pakai jua. Hanya makan pakai itu dengan

pemberian Tuhan kepada siapa-siapa yang Ia kehendaki. Tidak siapa boleh menahan bila

Ia kehendak sehingga kepada seteru-seterunya sekalipun. Maka banyaklah kita terima

kasih kepada budi Tuhan, yang membezakan kita dengan binatang-binatang yang lain itu,

dengan pandai begamak dan berpikir.

Maka silakanlah kita berlajar hukum-hukum akal dan juga hukum-hukum adat

sepaya jangan jadi semabul kita antara keduanya. Maka jadilah iktikad kita pada barang

yang bersakut paut dengan Tuhan dan Rasul dan sebagainya itu kurang kejap. Dan jika

kejap sekalipun,

6

maka dengan dakwa bibir mulut jua, yang ialah hakikatnya dinamakan taqlid jika

secukup-cukup lancar pada sebutan sekalipun. Maka yang taklid pada ‘aqaid itu besarlah

ruginya jika orang itu daripada ahli bagi berpikir. Dan sekelian ibadat yang ia kerja itu

tidak diyakin akan sahnya.

Hendaklah saudara-saudaraku sadarkan bahawasanya Ilmu Tauhid ini bukan

sekali-kali ilmu yang seperti belajar Fatihah dan Attahaiyat upamanya, yakni bukan ilmu

yang bangsa belajar baca huruf dan hafaz pada lidah dan bibir mulut, sebagaimana

menyangkakan begitu oleh yang bodo-bodo, yang mengambil pesaka daripada tok-tok

nenek yang jahil-jahil. Hanya ialah ilmu yang menyuluh kita dengan dia dengan pikiran

yang insaf, supaya tertarik pengertian satu-satu sifat-sifat hingga tertanam yakin di dalam

hati-hati kita masing-masing, serta jomnya dan terimanya dan tasdiknya pada mata-mata

hati, dan jikalau tak pandai dan tak ingat nak sebut dengan mulut sekalipun. Maka sia-

sialah orang-orang yang berharap kepada semata-mata ingat dan lancar pada bibir-bibir

mulut jua dengan tak tahu maksud dan tujuan perkataan-perkataan yang ia hafaz itu. Dan

jika dipujikan dia sekalipun.

Dan janganlah sekali-kali kaum-kaumku medengar dan menurut dan percaya

kepada perkataan-perkataan yang terbit daripada orang-orang yang bodo, yang

31

Page 32: Asas Al-I'tiqad

menyangka mereka itu dengan tak faedah dan tak hajatkan kepada membanyakkan Ilmu-

ilmu Usuluddin. Maka upama ini perkataan asalnya terbit daripada yang dengki-dengki,

yang suka nak mengajakkan orang-orang awam kepada kebebasan dunia, yang ialah

terlebih busuk daripada bangkai-bangkai. Dan dengan kebebasan itulah juga terlopat-

lopat dan tercengan-cengan kelakuannya. Maka takutlah akhirnya bahawa besar terkejut

kerana tidak betul iktikad mereka itu, atau pun sepanjang-panjang masa di dalam taqlid

yang dikhilafkan pada sahnya, padahal comi-loter rupa mereka itu yang tak disangka-

sangka oleh yang bodo-bodo dengan keburukkan pihak dalam bagi mereka itu.

Hai saudara-saudaraku, hendaklah kamu tahu bahawasanya orang-orang yang

mecela-mecelakan kepada membanyakkan modal itu ialah orang-orang yang sesak dan

yang bodo-bodo kira jua. Maka janganlah puak-puak kita jadi bodo seupama mereka itu,

walau tak dapat kebebasan dunia sekalipun. Dan berusahalah kita kepada gegaji

7

kayu upamanya, yang telah diyakinkan halal kerijaannya (k-r-i-j-a-a-n) dan upahannya.

Pendeknya tidaklah yang mecela-cela kepada yang pandai apa-apa pekerjaan itu,

melainkan orang-orang yang tak pandai jua.

Hedaklah saudara-saudaraku tahu bahawasanya awal agama itu kenalkan Allah

Ta’ala, dengan makna mengaku dan jom akan sekelian bahagian yang tiga bangsa yang

bersakut paut dengan dia, dan kenal dan jom pula akan Rasul dengan makna begitu juga.

Dan tiga bangsa itu : satunya wajib ‘aqli, keduanya mustahilnya, ketiganya ja-iz.

Inilah dinamakan dia dengan hukum-hukum akal. Maka jadilah hukum-hukum akal ini

wajib di atas kita tahukan dia sebagai wajib wasa-il namanya, yakni tangga. Maka yang

wajib pada akal itu ialah barang yang tak diterimakan ternafinya, dengan makna tak

diterimakan daknya atau ketiadaannya, sama ada yang tentu ada atau yang tentu sungguh

dan sengoti jua pada akal.

Begilnilah maksud daripada perkataan ulama yang barang yang tidak

ditasauwurkan pada akal tiadanya. Maka yang tentu ada itu seperti sifat qudrat Allah

Ta’ala. Dan yang tentu sungguh itu seperti sifat qidamNya Ta’ala.

Dan yang mustahil pada akal itu ialah barang yang tak diterimakan sungguhnya

dan sengotinya. Sama ada yang tentu tak ada atau yang tentu dak jua pada akal. Beginilah

maksud daripada perkataan ulama barang yang tidak ditasauwurkan pada akal adanya.

32

Page 33: Asas Al-I'tiqad

Maka yang tentu tak dak, seperti lemahnya Ta’ala, dan yang tentu dak itu seperti barunya

Ta’ala.

Dan yang harus pada akal itu ialah barang yang boleh jadi kedua belah adanya

atau tiadanya, berlakunya atau daknya. Beginilah maksud daripada perkataan ulama,

barang yang sah pada akal adanya dan tiadanya, yakni pada ketika yang lain-lain. Maka

yang diterimakan ada dan tiada itu seperti langit bumi. Dan terima berlaku dan tidak itu

seperti gerak diam bagi jirim di sisi kaum yang muktamad.

Maka yang harus pada akal inilah tercabang jadi wajib adat dan mustahilnya, dan

wajib ‘aridhi misalnya, yang gelar jadi panggil. Wajib adat itu, seperti kenyang apabila

makan banyak. Dan yang jadi mustahil adat itu seperti buah dengan tidak berpohon. Dan

yang jadi wajib ‘aridhi itu seperti mati kita kemudian daripada hidup dunia. Maka

janganlah saudara-saudaraku biar dan halak diri

8

masing-masing beri jadi jahil dan semabol hukum-hukum akal dengan hukum-hukum

adat. Maka waktu itu sahlah dinamakan kita itu yang tidak berakal di sisi Imam Al-

Haramain.

Saudara-saudaraku yang comel lotir rupanya dan yang telah berlebai-lebai

zahirnya, taruh malu gatik kepada perkataan Imam Al-Haramain iaitu ianya berkata,

maka mereka-mereka yang tak tahu hukum-hukum akal maka bukan ia berakal. Dan

menambahkan oleh setengah-setengah ulama di atas perkataan itu, dengan katanya

“bahkan ia yang gila”. Hai Tuhanku janganlah engkau menjadikan anak beranak dan

kawan-kawanku daripada jumlah orang yang tak mengerti hukum-hukum akal dan

hukum-hukum adat. Dan janganlah engkau jadikan kami daripada orang yang comel lotir

dan berlebai-lebai zohirnya dengan tidak berisi dan bernas sebelah dalamnya.

Adapun yang wajib pada syarak, maka iaitu barang yang dijanjikan dengan

memberi pahala kerana mengerjanya dengan ikhlas dan dijanjikan siksa kerana ketiadaan

mengerjanya dengan ketiadaan uzur seperti, meiktikadkan adanya Tuhan dan juga

meiktikadkan bukan tak dakNya dan juga tahu dalil bagi keduanya. Demikianlah juga

iktikad sediaNya Ta’ala hingga akhir, yakni pada tiap-tiap satu sifat itu ada tiga tempat,

yang undang-undang Tuhan paksa akan kita mengetahuikan dia.

33

Page 34: Asas Al-I'tiqad

Inilah makna perkataan ulama wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan yang

wajib bagi Allah Ta’ala dan yang mustahil atasNya Ta’ala dan yang harus pada hakNya

Ta’ala dan mengetahuikan dalil bagi tiap-tiap itu. Demikianlah yang bersakutpaut dengan

Rasul Alaihishsholatu Wassalam.

Hendaklah kita tahu bahawasanya Tuhan itu ialah satu Zat yang mengadakan

sekelian alam ini dengan tidak sesat satu pun. Dan Ialah juga yang meniadakan dan

memindahkan daripada satu kelakuan kepada kelakuan yang lain. Kalau begitu sahlah

dipermaknakan lafaz Tuhan itu dengan Tuan bagi tiap-tiap suatu atau tupuan bagi tiap-

tiap suatu yang maujud yang lain daripada ZatNya Ta’ala dan sifat-sifatNya. Maka telah

bersetuju oleh segala yang berakal di atas adaNya Ta’ala. Melainkan puak-puak yang

sedikit jua mengatakan tidak ada Tuhan.

Adapun makna Rasul itu ialah manusia yang memberi tahu oleh Tuhan akan dia

hukum-hukum

9

supaya beramal ia dengan dia dan menyampaikan dia kepada yang lain. Maka jika

diberitahukan dia untuk dirinya jua, maka dinamakan dia Nabi jua. Maka wajiblah di atas

kita kesemua terima dan percaya dan menurut akan sekelian ajaran yang keluar daripada

Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, dengan mengerjakan sekelian yang

wajib pada syarak dan patang daripada yang diharamkan dia pada syarak.

Dan sayogia di atas sekelian orang loba-loba berbekalan, bahawa kerjakan yang

sunat dan membanyakkan dia. Dan juga meninggalkan yang dimakruh. Dan janganlah

kita berasa panjang angan-angan hidup dengan cadang nak beramal pada masa tuha,

masalan. Maka ini angan-angan tidak betul, kerana umur seorang itu tidak kita dapat tahu

bilakah cukupnya. Serta beberapa manusia yang muda-muda dan kecil-kecil pada kita

yang telah mati mereka itu. Dan juga beberapa banyak yang mati di tengah-tengah kerja

kebun dan meniaga (m-n-i-g-a), masalan, yang berangan-angan mereka itu akan dapat

kaya dan senang pada masa tuha, masalan. Maka matilah mereka itu dengan kosong

tangannya daripada harta punya dan daripada amalan kerana nak sembahyang puasa dan

belajar itu mereka itu kata nanti kaya dahulu. Maka ini ialah satu kerugian yang amat

besar di sisi yang berakal, laki-laki dan perempuan, yang berajak kepadanya oleh nafsu

syaitan.

34

Page 35: Asas Al-I'tiqad

Maka sedarlah kamu hai kaum-kaumku. Maka silakanlah kamu kepada belajar

serta beramal selalu dengan ilmu yang kamu dapat itu dan jikalau kamu payah dan miskin

sekalipun. Dan ambillah kamu dan kerjalah kamu daripada harta dan pekerjaan dunia

yang mudah-mudah jua, ialah yang tidak membawa kepada rugi masa hidup kita di atas

dunia yang sementara ini. Dan hendaklah kamu serah sekelian perkerjaan kamu itu

kepada Tuhan yang tentu adanya dan sedianya, ila ahkirihi (baca : dan sterusnya-pen).

Dan janganlah kamu buat bermudah-mudah dengan Ilmu Ushuluddin, yang telah buat

bermudah-mudah dengan dia oleh yang jahil-jahil, dan juga yang bebas-bebas dan yang

sombong-sombong, dengan tidak tahu kemana hala pegangan mereka itu. Dan mecela-

cela mereka itu akan yang mengaji Ilmu Ushuluddin dan membanyakkan dia, supaya

tinggal orang awam di dalam jahil seperti mereka itu juga. Maka dapat mereka itu tipu

dan tarik kepada sekehendak mereka itu.

10

Maka silalah saudara-saudaraku perati dan renu akan taqrir hamba di sini yang

bersabit dengan ilmu ushuluddin, yang boleh dikatakan bila difahamkan kehendak

hamba di sini, maka orang itu lepaslah daripada taqlid yang dikhilafkan pada sah iktikad

itu.

Bahasan Sifat Wujud.

Iaitu wajib syarak di atas kita iktikad dihati kita akan bahawasanya Tuhan itu

tentu dan sungguh dan sengoti adanya, bukan tak dak. Beginilah maksud daripada

perkataan ulama.

Wujud artinya ada, yakni ada Allah Ta’ala. Lawannya tiada, ila akhirihi. Maka

percaman kita kata ada Tuhan itu ialah kerana telah kita yakin bahawasanya alam ini baru

adanya. Maka tetaplah tak sah pada pikiran akal kata alam ini ada sendirinya, kerana

sebelum timbul dan tidak bahkan berat ia sebelah tak timbul, kerana ia asal, maka dengan

hal sebegitupun timbul ia, maka tetaplah dengan ada yang mengadakan. Maka itulah

Tuhan sekelian alam.

Maka apabila kita perati sekali lagi, iaitu buah-buahan, masalan, yang baru timbul

pada masa kita ada itu, maka tiba-tiba ianya tak lepas daripada bergerak atau diam dan

35

Page 36: Asas Al-I'tiqad

bermacam-macam ‘aradh, maka tahulah kita bahawasanya kesemua yang bergerak atau

yang diam itu tentu baru ada kesemuanya. Kerana bergerak diam itu kita tak terima kata

sedia, kerana beberapa dalil-dalil. Maka tentulah benda yang bergerak atau yang diam itu

baru juga, kerana kesemua jirim itu mustahillah nak lepas daripada keduanya.

Beginilah berlebih kurang maksud perkataan ulama. Dalilnya ada baru alam ini,

ila akhirihi.. Maka jadilah pada becara wujud ini tiga kali wajib syarak di atas kita.

Satunya, iktikad ada Tuhan. Keduanya, iktikad bukan tak dakNya. Ketiganya, tahu dalil

percaman. Demikianlah dikiaskan yang lagi-lagi hingga akhir. Maka jannganlah saudara-

saudara ku memadai dengan semata-mata hafaz dan lancar pada lidah jua dengan tak

nampak pada mata hati, maka sentiasalah dinamaka mukallid. Wallahu a’lam.

Bahasan Sifat Qidam.

Wajib juga dengan syarak di atas kita iktikadkan sedianya Ta’ala, dengan makna

bukan Ia dahulunya tak dak kemudian ada Ia, maka tak begitu.

11

Hanya Ia sedia kala adaNya. Maka sedia yang semacam inilah dikatakan sedia yang zati,

lawan bagi sedia zamani, ya’ni panjang masa serta dahulunya tiada. Maka ini bukan

maksud kita di sini. Maka qidam itu ialah ibarat daripada ternafi awal, dengan makna

mula jadi. Adapun awal dengan makna yang ada sebelum daripada ada makhluk lagi,

maka tidak dinafikan dia, kerana sabit ia pada firmanNya (…). Pendeknya wajiblah kita

iktikad kata Tuhan kita itu bukan dahulunya tak dak, bukan baru adanya. Beginilah

maksud daripada ibarat ulama.

Qidam artinya sedia, mustahil lawannya iaitu baru. Percaman kita kata sediaNya

Ta’ala bukan baru itu ialah kita pikir kalau tak sedia tentulah baru. Maka yang baru ada

itu tentu sekalilah ada yang mengadakan dia, kerana tak sah nak jadi sendirinya. Maka

yang mengadakan dia itu jika ianya qadim maka Dialah Tuhan. Dan jika ianya baru,

maka tentulah ada yang mengadakan dia juga. Maka jika adalah yang mengadakan dia itu

ialah zat yang dia beri ada dahulu itu, maka tentulah bahong, kerana berhimpun dahulu

dan kemudian. Lagi pula jadilah maknanya benda yang sebelum ada lagi itu boleh beri

ada akan benda yang lain. Maka inilah dinamakan daur, maka tetaplah mustahilnya.

36

Page 37: Asas Al-I'tiqad

Kemudian jika adalah yang mengadakan dia itu ada dahulunya yang mengadakan dia,

demikialah ada yang dahulu-dahulu, dahulu-dahulu, hingga tidak sut sebelah kemari,

maka tentu bahong juga. Kerana tiap-tiap benda yang tak bertambah-tambah itu, jika

sangat banyak sekalipun, tentu sut juga. Maka nak bertambah-tambah hala terlebih tuha

itu mustahil. Maka yang semacam ini dinamakan dia tasalsul. maka tentu bahong, jika

sebelah umbi dan sebelah tuha.

Maka apabila kamu nyata kata mustahil ada suatu dengan sendirinya dan juga

mustahil daur dan tasalsul itu, maka tetaplah mustahil nak ada Tuhan dengan salah satu

daripada tiga jalan itu. Kalau begitu tetaplah sedianya Ta’ala dan bukan barunya.

Wallahu a’lam.

Bahasan Sifat Baqa’.

Apabila sudah kita kejap kata sedianya Ta’ala dan bukan barunya, maka tetaplah

kejap pula kata kekalnya Ta’ala dan tak benasaNya. Maka baqaNya Ta’ala

12

itu ibarat daripada ternafi akhir dengan makna kesudahan bagi adaNya dengan tidak

bersabit dengan siapapun beri kekalanNya Ta’ala. Hanya Ia yang bangsa kekal. Adapun

akhir dengan makna yang tinggal kemudian daripada benasa mahkluk maka tidak

dinafikan dia, kerana sabit pada firmanNya (…).

Jalanan dan percaman kata Tuhan kekal itu ialah kita pikir iaitu tiap-tiap yang

benasa itu tentu ada yang membenasakan dia. Maka siapakah ada lagi yang terlebih kuat

dan sakan pada tuhan yang nak membenasakan Tuhan serta pula kalau akhirnya benasa,

maka tentulah dia bukan sedia, kerana jadilah zatNya Ta’ala itu mumkin dan ja-iz

namanya. Kerana kesemua yang terima kedua belah itu mumkin dan jaiz. Maka kesemua

mumkin itu tentu baru adanya, dengan sebab adanya yang megadakan dia. Maka tentulah

dia itu baru, maka tetaplah bahong, seperti yang terdahulu kenyataannya pada dalil

qidam.

Kemudain jika kita buat kata benasa ia dengan sebab dia sendiri membenasakan

dia, maka tetaplah bahong juga. Kerana membenasakan yang hidup itu tetaplah dengan

menjadikan mati padanya, dengan dalil firmanNya (…) (1), yakni ‘Tuhan yang

37

Page 38: Asas Al-I'tiqad

menjadikan mati dan hidup”. Kalau begitu bermaknanya, jika Tuhan membenasakan diri

sendiri, maka dengan makna ia sendiri menjdikan sifat mati pada zatNya Ta’ala. Maka

membawalah kepada ada makhluk yang terlebih kuat dan daknya pada Tuhan, maka

bahong, bahong, bahong, serta pula membawa kepada tak sediaNya Ta’ala. Wallahu

a’lam.

Bahasan Sifat Mukhalafatuhu Ta’ala lil-Hawadits.

Apabila sudah kita kejap ada Tuhan dan sediaNya dan kekalNya, maka wajib

juga di atas kita iktikad kata Tuhan kita dan sifat-sifatNya itu bukannya ‘aradh, yakni

benda yang bangsa adanya dengan jalan lekat dan berjelera pada jirim. Dan bukanNya

Ta’ala itu jirim, yakni benda yang turus, yang bangsa mesti nak ke tempat kosong. Maka

pasal inilah dikatakan Tuhan itu bersalahan dengan yang baru-baru ada, kerana kesemua

yang baru-baru ada itu ‘aradh, jirim belaka. Dan Tuhan kita bukan begitu sekali-kali,

selama-lamanya, dengan tidak berhajat kepada gu dan adu dengan apa-apa. Hanya ulama

adu itu ialah supaya tertarik pengertian kata bukan IaNya Ta’ala ‘aradh dan bukannya

jirim jua.

13

Kemudian apabila kita tahu kata Tuhan itu bukan ‘aradh jirim, maka tetaplah

bukanya laki-laki dan perempuan dan kecilnya dan besar dengan makna banyak juzu’ dan

bukannya berjihat dan bertempat pada mana-mana jihat dan sebagainya. Pendenknya

maksud daripada mukhalafatuhu, ila akhirihi, itu ialah yang seperti hamba sebut itu jua.

Dan lawannya menyamai. Maka yang dipegangnya ialah Tuhan kita bersalahan dan tak

menyamai dengan apa-apa pun, kerana firmanNya Ta’ala (….) yakni “tidak ada seperti

zatNya suatu”. Beginilah ditafsirkan ayat ini di dalam Taudhih al-‘Aqa-id.

Percamana kata bersalahan dan tak menyamai itu ialah kita pikir kalau menyamai

dengan makhluk tentu dia makhluk juga. Lagi pula kalau jirim tentu nak ke tempat, maka

tentu tempat kena qadim gatek, maka berbilang-bilang qadim bahong. Lagi pula kalau

ianya jirim, tentu tak lepas daripada besar atau kecil. Dan kedua-duanya batal. Dan jika

‘aradh, maka tentu adanya pada jirim, maka sangat nyata bahongnya. Wallahu a’lam.

38

Page 39: Asas Al-I'tiqad

Bahasan Sifat Qiyamuhu Bi-Nafsihi.

Maka apabila kita kejap adanya Ta’ala, maka da Dia itu bukan dengan jalan tupan

ada pada benda yang lain, seperti ada ‘aradh pada jirim, dan ada sifat pada zat dan bukan

juga adaNya Ta’ala dengan sebab ada yang mengadakan dia, maka dinamakan dia

qiyamuhu ta’ala bi-nafsihi, yakni adaNya Ta’ala dengan cara-cara diriNya, bukalah

adaNya dengan sebab tupan zat yang lainnya dan dengan sebab ada yang mengadakan

Dia. Beginilah maksud daripada perkataan ulama dahulu-dahulu, berdirinya dengan

sendirinya.

Dan benda yang bangsa ada dengan jalan tupan zat itu dinamakan dia benda yang

berhajat kepada zat…Dan yang ada dengan sebab ada yang mengadakan dia itu

dinamakan dia yang berhajat kepada fa’il, yakni yang membuat.

Pendeknya wajiblah di atas kita iktikad kata adanya Ta’ala dengan cara-cara

diriNya bukan berhajat kepada zat atau fa’il. Percaman kita kata begitu itu dengan sebab

kita pikir kalau adanya dengan jalan tupan zat yang lain, maka dinamakan dia sifat. Kalau

begitu tetaplah tidak ada qudrat iradat hingga akhir sifat ma’ani padaNya, kerana yang

bangsa qudrat, iradat, ila akhirihi, padaNya itu ialah mau benda itu zat yang membawa

diriNya

14

sendiri. Adapun sifat, maka tentulah tak boleh ada padaNya sifat yang bangsa ada.

Kemudian bila tak boleh ada sifat ma’ani padaNya Ta’ala maka tetaplah tak sabit

ma’nawi gatek. Maka nyatalah bahong, kerana membawa kepada tak boleh ada satu

perkarapun bila ternafi qudrat iradat, ila akhirihi. Kemudian jika Tuhan itu adaNya

dengan sebab ada yang mengadakan Dia, maka tentulah baru maka telah terdahulu jalan

bahongnya pada dalil qadim dahulu itu.

Kalau begitu kejaplah adaNya Ta’ala dengan cara-cara diriNya dan tak berhajat

kepada zat atau kepada yang mengadakan dia, wallahu a’lam.

Bahasan Sifat Wahdaniyah.

39

Page 40: Asas Al-I'tiqad

Wajib juga kita iktikad kata Tuhan itu satu jua pada zatNya dan sifatNya dan

perbuatanNya. Maka satu zatNya itu ialah ibarat daripada ternafi kam muttashil padaNya,

iaitu bukan zatNya Ta’ala yang bangsa dapat difardhu boleh bahagi beberapa juzu’,

seperti dua juzu’, masalan, maka tidak begitu. Maka benda yang dapat dibahagi itu

dinamakan dia jisim dan juga kam muttashil, yakni bilangan yang berhubung. Dan

diibaratkan daripada ternafi kam munfashil, yakni bilangan yang suku-suku di mula-mula

lagi, dengan bahawa ada Tuhan yang satu lagi menjadi dua dengan dia, maka tidak. Dan

satu pada sifat itu ibarat daripada ternafi kam muttashil padaNya dengan bahawa sifat

Tuhan itu dua-dua sebangsa, masalan, seperti dua qudrat iradat, ila akhirihi, maka tidak.

Dan diibaratkan pula deripada ternafi kam munfashil padanya dengan bahawa ada sifat

bagi yang lain boleh beri bekas, seperti ada qudrat bagi yang lain boleh membekaskan

pada apa-apa bekasan, maka tidak.

Adapun disandar tuturan kepada makhluk seperti rumah tukang Abdullah buat,

masalan, maka dengan jalan ikhtiar dan usaha jua, yakni sengeleng hati dan susah lelah

dan berserta anggotanya jua, bukanlah dengan jalan makhluk memberi bekas. Dan satu

pada perbuatan itu ibarat daripada ternafi perbuatan daripada yang lain atas jalan

memberi bekas dengan jalan muttashil, dengan bahawa berkongsi perbuatan Tuhan kita

dengan perbuatan bagi yang lain atau dengan jalan munfashil dengan bahawa berasing-

asing dengan tagan (t-a-g-a-n), maka tidak kedua-duanya. Adapun kam muttashil dengan

makna banyak perbuatan, akan tetapi daripada Tuhan kita jua belaka-lakanya,

15

maka tidak dinafikan dia, hanya wajib disabit.

Percaman kata satu Tuhan itu ialah kita pikir kalau dua, masalan, maka tentu

kedua-dua itu sama-sama tuan yang mengadakan dan meniadakan sekelian perkara

belaka, tentu bahong. Kerana tak sunyi daripa bersetuju keduanya atau berselesih

keduanya. Kemudian jika bersetuju keduanya pada mengadakan satu benda, masalan,

maka nyatalah bohong, pada benda yang halus yang dinamakian jauhar fard, kerana

mustahil padaNya nak boleh berhimpun dua bekas, kerana Ianya tak terima bahagi.

Dan dikiaskanlah pada benda yang besar, kerana tiap-tiap juzu’ itu mesti

berkongsi dua bekas juga. Maka pada masalah yang difardhu ini ialah ditasauwurkan satu

yang memberi bekas jua, maka lemah yang satu lagi. Kalau begitu lemah keduanya,

40

Page 41: Asas Al-I'tiqad

kerana bersama-sama keduanya pada ketuhanan. Kemudian jika berselisih keduanya,

seperti satunya nak beri ada satu benda dan yang satu lagi tak suka nak beri ada benda itu,

maka tentu bahong. Kerana mustahil nak menang dan lulus kehendak keduanya, kerana

tak boleh berhimpun ada dengan tiada pada satu benda pada satu masa.

Adapun kalah dan tak lulus kehendak keduanya (1), maka boleh ditasauwurkan di

sisi qaul yang menyabitkan ahwal. Dan tiap-tiap daripada dua jalan itu tetaplah lemah

keduanya, maka membawalah kepada tak boleh ada satu perkara pun pada makhluk ini,

maka bohong, kerana beramacam-macam makhluk sudah adanya. Maka kejaplah kata

Tuhan satu dan juga, tak berbilang-bilang. Dan kiaslah dalil satu pada sifat dan

perbuatan.

Adapun dalil kata zatNya bukan kam muttashil maka sangat nyata, kerana jika

zatNya kam muttashil maka tentu jirim dan jisim namanya, maka tentu nak ke tempat, ila

akhirihi. Wallahu a’lam.

Maka telah selesailah enam sifat yang bangsa sungguh dan sengoti jua. Dan yang

pertama, yakni wujud itu dinamakan dia sifat nafsiah, yakni yang bangsa diri. Bukan ia

satu perkara yang lebih di atas diriNya Ta’ala. Dan ada Ia padaNya Ta’ala, seperti

qudrat, iradat, ila akhirihi. Maka tidak hanya terkena pada amar i’tibari atau hal, yakni

satu kelakuan yang antara ada dan tiada atas khilaf yang maklum dan masyhur itu. Dan

yang lima kemudian daripadanya itu dinamakan dia sifat salbiah yakni

16

yang bangsa ternafi barang yang tak layak dengan Tuhan.

Dan beza antara sifat nafsiah dengan salbiah itu bahawasanya nafsiah yakni

wujud itu tidak menunjuk di atas ternafi barang yang tak layak dengan Dia Ta’ala. Hanya

bila diceritakan kata adaNya Ta’ala, maka menujulah hati yang medengar kepada zatNya

Ta’ala jua. Adapun pada salbiah, seperti qidam, maka menujulah hati yang medengar

orang cerita kata sediaNya Ta’ala kepada ternafi awal dan ternafi mulaNya Ta’ala. Dan

kiaslah yang lagi-lagi.

Dan diri benda yang yang direnti pada sifat salbiah itu semata-mata sungguh jua.

Bersalahan pada ma’ani, yang lagi akan datang, seperti orang cerita kata Allah Ta’ala

bersifat dengan qudrat, masalan, maka menujulah hati kita kepada satu perkara yang ada

41

Page 42: Asas Al-I'tiqad

ia pada zatNya Ta’ala. Dan menujulah kita kepada zatNya Ta’ala itu dengan jalan lazim,

iaitu tiap-tiap sifat ma’ani tentu ada zat yang ada sifat itu padanya.

Hendaklah kamu sedar dan tahu bahawasanya sifat nafsiah dan salbiah itu,

sungguhpun bukan perkara yang ada pada Tuhan, maka dinamakan sifat juga. Kerana

makna sifat itu ialah barang yang bersakut paut dengan zat. Sama ada dengan jalan ada

padanya atau semata-mata renti yang suku dan di atasNya. Misalnya, seperti seorang

yang bernama Abdullah itu ialanya ada dan putih tubuhnya dan mandul ia. Maka ada ia

itu dikatakan sifat dia juga, tetapi yang semata-mata renti jua. Dan putih tubuhnya itu

sifat yang bangsa ada pada zatnya dan mandul itu ialah sifat dia juga, iaitu kenakan nama

bagi ketiadaan anak baginya.

Hendaklah kamu perati dengan sehalus-halus janganlah semata-mata percaya

kepada yang menyurah jua, jika yang beranam-nama sekalipun. Dan hendaklah

membanyakkan misal-misal pada tiap-tiap ilmu. Sama telah pula pada ini ilmu. Maka

tiadalah orang yang tak suka pada membanyakkan misal-misal melainkan yang bodo-

bodo jua dan yang membuat renti dengan sombong jua, maka sentiasalah orang itu di

dalam jahil dan memejam ia akan mata-mata yang lainnya. Tidakkah di dalam Quran

yang mulia itu ada beberapa banyak ayat-ayat yang dinamakan dia ibarat al-amsal, yakni

ayat-ayat yang menyatakan misal-misal bagian-bagian hal anu-anu, seperti firmanNya

pada misal orang munafik (….) artinya

17

“upama orang munafikin seperti upama orang yang memperingat (menyalakan-pen) ia

akan api...”, hingga akhir ayat. Demikianlah beberapa banyak lagi ayat-ayat di dalam

Quran yang menyatakan misal-misal. Wallahu a’lam.

Maka sekarang pulanglah kita pula pada menyatakan sifat ma’ani yang wajib di

atas kita ketahuikan dia dengan jalan tafshil.

Bahasan Sifat Qudrat.

Apabila kita sudah mengaku dan jom di dalam hati kita akan enam sifat yang

tersebut dahulu itu, maka pulanglah kita kepada bicara perkara-perkara yang ada ia pada

Tuhan pula.

42

Page 43: Asas Al-I'tiqad

Setengah daripadanya qudrat, artinya pekuasa, yang diibarat dengan bahasa

Melayu kita dengan gheng atau reng. Maka fasal itulah Tuhan kuasa mengadakan dan

meniadakan apa-apa mumkin dan jika yang dimustahil pada adat atau ‘aridhi sekalipun.

Percaman kata ada qudrat padaNya Ta’ala itu ialah kita reti daripada ada

beberapa banyak jaksa-jaksaNya iaitu alam. Dengan sebab mustahil pada akal nak ada

alam ini dengan sendirinya, maka tentu ada yang mengadakan dia. Maka tentu tak boleh

mengadakan dia melainkan satu zat, iaitulah Tuhan yang ada qudrat padaNya. Maka

apabila kita kejap kata ada qudrat padaNya, maka tentulah tidak ada lemah padaNya.

Maka adalah bagi qudrat itu dua ta’luk dengan ijmal, dan lapan ta’luk dengan

tafshil. Maka makna ta’luk itu ialah menuntut sifat akan satu perkara akan sebagai

menuntut yang suku atas adanya pada zat. Iaitu tiap-tiap sifat ma’ani itu tentu tak boleh

adanya melainkan dengan jalan ada pada zat. Maka menuntut ini tidak dinamakan ta’luk

lagi. Maka apabila menuntut pula sekali lagi yang lain daripada itu, maka itulah yang

dinamakan ta’luk.

Pejagaan. Adalah diisnad dan disandarkan menuntut kepada sifat itu ialah dengan

jalan pinjaman tuturan jua. Kerana yng sebenarnya menuntut zat yang bersepakai ia

dengan sifat-sifat itu.

Maka dua ta’luk itu ialah : Satunya, ta’luk shuluhi qadim, yakni patut atau padan

sedia kala bagi mengada Tuhan dengan qudrat, yakni Tuhan yang bersepakai dengan

qudrat akan tiap-tiap mumkin pada masa imkan, yakni pada masa Ia buat Nur Muhammad

SAW hingga sentiasa. Maka ini ta’luk meratai ia akan sekelian

18

mumkin dengan jalan patut dan padan itu. Dan jika mengada Ia akan setengah-setengah

jua sekalipun. Keduanya, ta’luk tanjizi hadis, yakni berlaku atau lulus yang baru, iaitu

baru mengada sengoti atau meniada akan mumkin kemudian daripada sudah Ia

mengadakan dia.

Dan yang lapan ta’luk dengan tafshil itu bahawa ditambahkan ta’luk qobdhah

pula, yakni genggaman. Begini aturannya : Satu, ta’luk shuluhi qadim seperti dahulu

juga. Keduanya, ta’luk qabdhah, tatkala sampai masa imkan, maka mumkin itu di dalam

genggaman Tuhan, dengan makna jika Dia kehendak mengada nescaya mengada Ia, dan

jika tidak, maka dikekalkan di dalam hal tiadanya. Ketiga, ta’luk tanjizi hadis, iaitu baru

43

Page 44: Asas Al-I'tiqad

lulus atau berlaku mengadakan dia di dalam masa imkan itu, maka jadilah mumkin itu

ada. Keempatnya, ta’luk qobdhah, iaitu pada masa mumkin ada itu maka di dalam

genggaman Tuhan pula. Dengan makna jika Ia Ta’ala kehendak mengekalkan di dalam

hal adanya, maka ditinggalkan Dia di dalam hal itu. Dan jika Dia kehendak meniadakan

dia maka dihilangkan dia. Kelimanya, ta’luk tanjizi hadis, iaitu meniadakan mumkin

kemudin daripada sudah adanya, maka jadilah mumkin itu tiada. Keenamnya, ta’luk

qobdhah, iaitu di dalam hal mumkin sudah hilang itu, maka ia di dalam genggaman

Tuhan pula. Dengan makna, jika Dia kehendak mehidupkan dia pula, maka mehidup ia

akan dia. Dan jika Dia kehendak mengekalkan dia di dalam hal hilang itu, maka

dikekalkan begitu. Ketujuhnya, ta’luk tanjizi hadis, iaitu mehidupkan dia lepas hilang itu.

Kelapan, ta’luk qabdhah pula, iaitu mumkin, sekiranya jika Tuhan kehendak

mengekalkan dia di dalam hal adanya itu, maka dikekalkan dia begitu. Dan jika Dia

kehendak mehilang pula, maka mehilang Ia akan dia.

Ketahuilah kamu bahawasanya ta’luk qabdhah itu ialah dengan kita putus tilik

daripada dalil-dalil dan janji-jani dan juga takhsish iradat pada mana-mana sebelah.

Wallahu a’lam.

Bahasan Terjemah Melayu Segala Sifat Ma’ani.

Telah kamu tahu bahawasanya sifat ma’ani itu ialah terkena kepada perkara-

perkara yang ada Ia pada Tuhan kita Jalla wa ‘Azza yang ialah asal bagi

19

ta’luk-ta’luk pada sifat yang berta’luk…

Maka hamba sendiri telah dapat pesaka (p-s-a-k-a) daripada yang tuha-tuha,

bahawasanya pacaindera (p-c-a-a-n-d-r-a) yang lima pada kita itu, orang tuha kita

panggil : pedengar dan pelihat dan pecium dan pekecap dan pesetuh. Maka dengan sebab

ada pedengar boleh kita medengar. Demikianlah maka yang lima-lima ini ialah dikatakan

setengah daripada sifat ma’ani bagi kita, bukan alat-alat seperti kapak parang.

Maka apakah fasal ada setengah-setengah alim takut semabul dengan pada nak

haleh terjemah sifat ma’ani bagi Allah Ta’ala dengan taruhkan huruf (fa) itu. Serta tak

takut ia pada semabul dengan ta’luk-ta’luk bagi sifat itu. Pada hal takut semabul itu

44

Page 45: Asas Al-I'tiqad

terlebih besar, kerana membawa kepada tafsir ma’ani itu dengan barang yang tidak ada ia

pada Tuhan. Kerana ta’luk-ta’luk itu ialah amar i’tibari jua, serta tidak ada makna bagi

perkataan kita medengar dengan medengar, seperti juga pada korek dengan korek. Maka

adalah cakapan yang semacam ini tidak didengarkan dia daripada tok nenek kita. Hanya

yang didengar itu ialah korek dan pekorek. Kalau begitu terlebih nyatalah kita kiaskan

medengar dengan pedengar.

Demikianlah pada hak kita dan hak Tuhan. Dan sangat jauhlah nak membawa jadi

semabul dengan alat di sisi yang berakal. Kalau begitu eloklah kita haleh akan panggilan

orang tuha kita, yang mengarang kitab-kitab Melayu dahulu itu, supaya mudah menuju

hati-hati yang awam kepada perkara yang ada ia pada zatNya Ta’ala pada kali mula-

mula, kemudian baru dibecarakan ta’luk pula. Maka haleh yang semacam ini tak

membawa kepada salah, hanya kepada terlebih terang jua di sisi yang berilmu dan

berakal, serta ada dihaleh akan gerek kemudian panggil tayar, masalan.

Maka janganlah saudaraku faham kata pengarang yang baru-baru itu nak

penidurkan pengarang yang dahulu-dahulu, maka tidak, tidak, tidak. Hanya semata-mata

nak mesharihkan kehendak-kehendak dan tujuan-tujuan yang dahulu-dahulu jua. Sama

telah ini, ubahan pun di ambilkan dia daripada dengun-dengun ibarat mereka itu juga,

iaitu pada dhabit-dhabit mereka itu akan sifat ma’ani. Dengan kata mereka itu, sifat

wujudi, yakni yang bangsa ada yang berdiri ia, yakni ada ia pada zatNya Ta’ala. Maka

beginilah berlebih kurang tafsir mereka itu pada sifat ma’ani.

Maka diibarat-diibarat

20

yang seupama inilah yang boleh kami segala murid bagi Pakda ‘Ail Fathoni

mekunjungkan dia dan mentasdikkan dia dengan setinggi-tinggi dan dengan seratus

peratus pada bab haleh terjemah ini dan juga pada serba serbi taqrirnya. Dan jika mecela-

cela dan meceruca-cerucakan (c-r-u-c-a) dia oleh si-si jahil sekalipun, apalah kita perduli

kepadanya. Dan apakah pasal boleh kita suka menupan akan jahilnya, hai ikhwan. Adalah

pelek pada yang ramai-ramai itu. Tidak mengapa asalkan betul dan bersetuju dengan

yang ramai itu tidak berharga, kalau perakara itu salah. Hendaklah saudara-saudaraku

insaf pada serba serbi.

45

Page 46: Asas Al-I'tiqad

Pendeknya tiada adalah yang tak bersetuju kepada orang yang tolong royat dan

tolong pitas jalan beri jadi dekat kepada tujuan itu, melainkan yang sombong-sombong

jua. Berlidunglah kita dengan Tuhan daripada penyakit yang seperti penyakit sombong

ini.

Bahasan Sifat Iradat.

Dan setengah daripada sifat ma’ani itu ialah iradat. Iaitu nama bagi satu perkara

yang ada ia pada zatNya Ta’ala. Maka yang terlebih hampir kepada faham itu bahawa

dikatakan pekehendak. Maka pasal Tuhan kita bersepakai dengan sifat inilah, Dia

mengadakan apa-apa mumkin dan juga meniadakan dia dengan kehendak dan sengeleng

tidak dengan tergagah atau nyanyak atau lalai atau lupa dan sebagainya. Maka bagiNya

dua ta’luk. Satunya, ta’luk shuluhi qadim dengan makna patut dan padan sedia kala bagi

menetukan dan sengeleng dan kehendak apa-apa mumkin ada Ia. Maka ini ta’luk umum

ia pada sekelian mumkin. Keduanya, ta’luk tanjizi qadim dengan makna sedia kala

berlaku menentu dan kehendakkan setengah-tengah mumkin. Maka ini ta’luk tidak

meratai akan sekelian mumkin, hanya setengah-tengah jua. Maka sekelian mumkin yang

Tuhan baru mengadakan dia itu telah Tuhan menentukan dia pada sedia kala lagi, dengan

kelakuan anu-anu. Bukanlah dengan makna Tuhan mengadakan dia pada sedia kala dan

timbul mumkin itu baru jua, seperti menyangkakan dengan demikian itu oleh yang bodo-

bodo. Hanya yang sedia kala itu mengetahuikan dia dan menentukan dia dengan kelakuan

bagian-bagian, dan juga padan dan patut bagi mengadakan dia.

21

Adapun yang berkata Tuhan mengadakan mumkin pada sedia kala itu, maka

sangat-sangat nyatalah bahongnya di sisi yang berilmu dan yang berakal, serta ditolakkan

dia di dalam nash-nash, seperti di dalam Hasyiah Mawaqif. Dan tidak dibuat kirakan dia

oleh ulama yang mengarang akan kebanyakan kitab Ushuluddin. Adapun beberapa ibarat

yang menyatakan bahawasanya sifat yang terta’luk itu berlazim-lazim ia dengan ta’luk,

maka betul ibarat itu. Akan tetapi pada sifat qudrat bagi Tuhan itu ialah berlazim ia

dengan ta’luk shuluhi qadim jua.

46

Page 47: Asas Al-I'tiqad

Percaman kata ada iradat pada Tuhan itu ialah kita pikir kalau tak dak iradat

padaNya itu tentu Dia tak kehendak dan tak sengeleng apa-apa mumkin pun. Maka

apabila tak kehendak tentulah tak mengadakan dia, maka bahong. Kemudian jika Ia

mengada juga dengan nyanyak atau lupa, masalan, maka tentu menjadi bertukar takir

kelakuan mumkin dengan bahawa pohon nyur berbuah jadi naka, masalan. Kalau begitu

kejaplah kita kata ada iradat padaNya dan tidak nyanyak, ila akhirihi. Maka pasal itulah

Dia mengadakan mumkin dengan beralur-alur (a-l-u-r)(?). Wallahu a’lam.

Bahasan Sifat Ilmu.

Dan setengah daripada sifat ma’ani itu ilmu, iaitu nama bagi satu perkara yang

ada ia pada zatNya Ta’ala, yang dikiaskan dengan aturan yang dahulu itu bahawa

dikatakan pengetahuan. Maka pasal bersepakai Ia Ta’ala dengan sifat ini, mengetahui Ia

akan sekelian perkara dengan makna nyata sekelian perkara bagiNya Ta’ala, tidak jahil Ia

dan tidak tersusut sebunyi apa-apa perkara daripaNya Ta’ala. Maka bagiNya satu ta’luk

jua, iaitu ta’luk tanjizi qadim, dengan makna telah lulus dan berlaku sedia kala

mengetahui akan sekelian perkara, sama ada yang wajib pada akal atau yang mustahil

padanya atau yang harus padanya, dengan sebab nyata itu bukan bangsa berbekas.

Percaman kata ada ilmu padaNya itu ialah kita pikir kalau tak ada ilmu tentu jahil,

maka tak menentu Ia dan tak mengada Ia akan mumkin, maka bahong. Kalau begitu

kejaplah kata ada ilmu padaNya dan tak jahil.

Maka di sini ada sedikit kurang bawakan orang awam kita, iaitu bila dia sudah

kerja perkara maksiat maka dia kata kalau aku tak royat pun Tuhan tahu

22

maka selau royat ia pada yang lain. Maka perkataan Tuhan tahu itu, tetapi diri royat

kepada yang lain itu tak bagus dan tak elok, kerana membawa kepada payah Tuhan

ampun dosa dia itu. Wallahu a’lam.

Bahasan Sifat Hayat.

47

Page 48: Asas Al-I'tiqad

Dan setengah daripada sifat ma’ani itu hayat, yakni pehidup, iaitu nama bagi satu

perkara yang ada ia pada zatNya Ta’ala. Maka pasal bersifat Ia dengan ini sifat hidup Ia.

Maka ini sifat tidak terta’luk ia. Hanya seolah-olah mengesahkan zatNya Ta’ala bagi

bahawa bersifat Ia dengan sifat ma’ani yang lain-lain jua. Adapun hidup itu bukan ta’luk,

hanya daripada perkara-perkara yang dinamakan dia samara as-shifat, yakni kegunaan

atau jaksa (j-k-s-a) bagi sifat.

Percaman kata dia bersifat dengan hayat itu kita pikir kalau tak bersifat dengan

dia tentu mati. Maka tentulah tak boleh ada qudrat, iradat, ila akhirihi, padaNya, maka

tak boleh mengadakan apa-apa mumkin pun, maka bahong. Kalau begitu kejaplah kata

dia bersifat hayat dan juga tak mati.

Dan bukanlah hidupNya Ta’ala itu dengan sebab ada roh, jika yang qadim

sekalipun. Kerana jika ada roh padaNya tentu jadilah zatNya kam muttashil, maka

bahong, seperti pada becara wahdaniah dahulu itu. Wallah a’lam.

Bahasan Sifat Sami’.

Dan setengah daripada sifat ma’ani itu sami’, yakni pedengar, iaitu nama bagi

satu perkara yang ada ia pada zatNya Ta’ala. Maka pasal itulah Dia medengar dengan

makna nyata sekelian barang yang ada dengan jalan sami’. Sama ada yang bersuara atau

tidak, asalkan yang ada sudahlah yang qadim atau baru.

Maka bagiNya tiga ta’luk. Satunya, tanjizi qadim, dengan makna sudah berlaku

dan lulus medengar sedia kala akan benda yang sedia adanya, iaitu zatNya Ta’ala dan

sifat ma’ani bagiNya sehingga sami’ sendiri pun. Keduanya, ta’luk shuluhi qadim,

dengan makna patut dan padan sedia kala bagi medengar akan mumkin pada masa

adaNya. Ketiganya, ta’luk tanjizi hdis, dengan makna baru berlaku medengar akan

benda-benda mumkin yang baru adanya pada ketika adanya. Percaman kata dia bersifat

dengan sami’ itu ialah kita pikir kalau tak bersifat dengan dia tentu dia tuli maka

kekurangan,

23

maka bahong, lagi pula membawa kepada lemah daripada menjadi akan mumkin, kerana

yang lemah daripada nak tolak penyakit diri sendiri itu tentulah sangat lemah nak

48

Page 49: Asas Al-I'tiqad

mengadakan apa-apa mumukin kerana terlebih berat dan payah. Kalau begitu mumkin

tidak ada, maka bahong.

Adapun kita-kita yang tuli dan buta dan bisu boleh bekerja itu maka tidak diheran

kerana Tuhan yang menggerakkan dia. Kalau begitu kejaplah kata ada sami’ padaNya

Ta’ala. Dan kejaplah pula tak tuliNya. Wallahu a’lam.

Bahasan Sifat Bashor.

Dan setengah daripada sifat ma’ani itu bashor, yakni pelihat, iaitu nama bagi satu

perkara yang ada ia pada zatNya Ta’ala. Maka fasal itulah Dia melihat dengan makna

nyata sekelian perkara yang ada. Sama ada yang berwarna atau tidak yang qadim atau

baru.

Maka baginya tiga ta’luk, seperti pada sami’ dahululah pada taqrir dan surahan

dan juga pada dalil percaman. Kalau begitu kejaplah kata ada bashor padaNya Ta’ala dan

kejaplah tak butaNya Ta’ala.

Pejagaan . Wajib di atas kita iktikad kata nyata Tuhan dengan ilmu dan dengan

sami’ dan dengan bahsor itu dengan bermasing-masing tagan (t-a-g-n) sebagai nyata

yang sempurna. Wallahu a’lam.

Bahasan Sifat Kalam.

Dan setengah daripada sifat ma’ani itu kalam, iaitu nama bagi satu perkara yang

ada ia pada zatNya Ta’ala. Bukan sifat kalam yang kita duduk becara ini nama bagi

berkata-kata dan bercakap sebagaimana disangkakan oleh orang-orang awam kita. Kalau

begitu terjemah yang tak membawa semabul dengan yang demikin itu bahawa dikatakan

pekata. Maka fasal Tuhan yang bersifat dengan dia itulah berkata-kata Ia dengan sipa-

siapa yang Ia kehendak. Dan fasal ada padaNya sifat itu, Dia tak bisu. Dan sifat kalam itu

bukan ia daripada bangsa huruf suara zahir ia dengan selekeh-lekeh perati. Dan fasal ada

padaNya Ta’ala sifat itu, maka sedia kala dan sentiasalah ia mesediakan perkataan atau

sedia kala dan sentiasa nak berkata-kata dengan siapa-siapa yang Ia kehendak. Maka

49

Page 50: Asas Al-I'tiqad

pasal sungguh dan berlaku perkara inilah dikatakan Tuhan tak diam. Bukalah boleh

dikatakan tak diam itu dengan sebab

24

Dia berkata dan bercakap selam-lama, dengan tidak berhenti dan tidak berputus-putus.

Hanya selama-lama dan tidak terputus-putus itu dua perkara jua di sini, iaitu :

Satunya, ada sifat kalam padaNya. Keduanya, mesediakan perkataan atau nak berkata

sebagaimana disoreh dengan yang kedua di dalam kitab yang bernama Taudhih al ‘Aqa-

id. Dan juga difahamkan dengan selatas-latas paham daripada ibarat ‘Aqa-id Nasafi.

Adapun berkata dengan perkataan itu maka baru keduanya dan berputus-puts keduanya,

sebagaimana disorehkan di dalam kitab yang bernama Mullan. Dan adalah berkata-

berkata itu daripada umur i’tibariyah yakni perkara yang dikira-kira jua, bukan perkara

yang ada. Kerana nama bagi tanya atau puji atau maki dan sebagainya. Dan perkataan itu

nama ‘aradh, yang ada ia pada hawa’, atau sebagainya , inilah yang bangsa huruf suara.

Dan bagi kalam itu satu ta’luk, iaitu tanjizi qadim, dengan makna sedia kala,

mesediakan perkataan dan nak berkata. Dan ada juga ulama yang berkata dengan ta’luk

shuluhi qadim dan tanjizi hadis, nisbah dengan suruh dan tegah, maka iaitu sebelum

daripada ada yang disuruh dan yang ditegah. Maka shuluhi qadim dan tanjizi hadis

kemudian daripada adanya. Dan tidak lazim sia-sia di atas qaul yang berkata dengan satu

ta’luk dahulu itu, sebelum daripada ada yang disuruh dan yang ditegah. Kerana habuan

kalam itu ialah semata-mata mesediakan perkataan jua. Bukanlah dengan makna sudah

suruh dan tegah sedia kala dengan perkataan. Adapun suruh dan tegah dan sebagainya

dengan perkataan itu, baru jua. Serta ianya daripada ta’luk qudrat tanjizi hadis, dengan

makna Tuhan mengada huruf suara pada hawa’ atau sebagainya. Sebagaimana di

sorehkan dengan demikian itu di dalam kitab yang bernama Mawaqif. Dan juga di dalam

beberapa kitab yang lain, serta tidak ada khilaf antara Mu’tazilah dengan Ahli as-Sunnah

pada mengadakan perkataan dengan qudrat itu. Hanya yang khilaf itu tentang

menyabitkan sifat kalam yang ada ia pada zatNya Ta’ala jua. Kerana Mu’tazilah

menafikan dia, dan kita Ahli as-Sunnah menyabitkan dia. Beginilah berlebih kurang

disebutkan di dalam Mawaqif, dan sebagainya, daripada kitab yang besar-besar.

Dan percaman kata ada sifat

25

50

Page 51: Asas Al-I'tiqad

kalam padaNya Ta’ala itu dengan jalan pikiran akal itu ialah seperti dalil ada sami’,

bashor juga. Kalau begitu kejaplah kata ada sifat kalam pada Tuhan dan juga tak bisu.

Wallahu a’alam.

Bahasan khilaf yang manakah Nabi Musa medengar dan begitulah juga

yang Nabi kita SAW medengar pada malam mi’raj.

Berkata Asy’ari bahawasanya sifat kalam itu harus bahawa didengarkan dia,

kerana bahawasanya Ia ada, maka nabi Musa sungguhnya Tuhan menjadikan padanya

akan kekuatan yang dengan dia medengar ia akan kalamNya Ta’ala yang qadim yang

bukan bangsa huruf suara itu. Dan kata Abu Mansur Maturidi dan Abu Ishak Isfarayinni,

daripada ulama Ahli Sunnah, bahawasanya medengar akan kalamNya Ta’ala yang qadim

itu tertegah ia. Dan bahawasanya yang didengar itu ialah beberapa lafaz huruf suara yang

menunjuk ia di atas ada kalam yang qadim itu. Maka inilah yang Nabi Musa medengar

itu, dan iaitu yakni beberapa lafaz itu makhluk bagi Allah Ta’ala dengan ittifaq segala

mazhab. Dan perkataan yang akhir ini, yakni perkataan Abu Mansur Maturidi dan Abu

Ishak inilah yang terlebih hampir pada pikiran akal, intaha (Taudhih al-‘Aqa-id). Dan

mentahqiqkan perkataan yang akhir ini oleh pengarang kitab Tahzibul Kalam dan

memanjang ia akan perkataan pada bahasan ini.

Bahasan Sifat Takwin.

Dan membilang oleh setengah ulama akan sifat takwin masuk di dalam sifat

ma’ani, iaitu nama bagi satu perkara yang ada ia pda zatNya Allah Ta’ala. Maka fasal

Dia bersifat dengan sifat ini, Dia mengadakan apa-apa mumkin dan meniadakan dia.

Maka takwin di sisi qaul yang menyabitkan dia ialah satu sifat yang bangsa ada sedianya

pada zatNya Ta’ala. Dan dinamakan dia dengan i’tibar ta’luknya, iaitu dii’tibarkan

dengan dia mengadakan, maka dinamakan ijad, artinya mengada. Dan dengan Dia

mematikan, dinamakan dia amatah, artinya mematikan, demikianlah. Maka adalah ijad

dan amatah, dan sebagainya itu, ialah beberapa nama bagi sifat takwin yang satu itu.

51

Page 52: Asas Al-I'tiqad

Maka janganlah kita semabul kata Tuhan mengada dengan makna menjadikan

mumkin pada sedia kala di sisi qaul ini, maka tak betul.

26

Hanya ijad amatah dan i’dam dan rizk, masalan, itu semata-mata nama bagi takwin jua.

Tambih. Adalah di sisi qaul ini ta’luk qudrat itu ialah semata-mata mesedia

mumkin dan memberatkan timbul jua, dan mejadikan mumkin itu dengan jalan takwin

pula. Misalnya, seperti api yang nyala itu semata-mata mesediakan dan memberatkan

nasi itu hala jadi masak jua. Dan memasak itu habuan api bara pula. Ini misalan bagi

semata-mata sandaran tuturan jua. Wallahu a’lam.

Bahasan Sifat Ma’nawiyah.

Iaitu ibarat dariapada nama bagi ada sifat ma’ani pada zatNya Ta’ala, di sisi satu

qaul. Dan ibarat daripada satu kelakuan yang antara ada dan tiada yng melekatkan sifat

ma’ani dengan zatNya Ta’ala, di sisi satu qaul. Maka di atas qaul yang pertama itu

kenakan umur i’tibariah . Dan di atas qaul yang kedua itu kenakan ahwal. Dan yang

rajih, yakni yang kuat itu ialah qaul yang pertama. Wallahu a’lam.

Bahasan Qudrat Hamba; adakah terdahulu ia daripada kerja atau berserta

dengan dia jua.

Berkata Imam Asy’ari, bahawasanya qudrat bagi yang baru itu ada ia pada ketika

berkerja jua, tidak terdahulu ia atasnya. Kerana qudrat bagi yang baru itu ‘aradh, maka

ia tidak kekal dua masa. Dan berkata Abdurrahman Jaziri di dalam Taudhih al-‘Aqa-id,

bahawasanya perkataan Asy’ari : ‘aradh tak kekal dua masa ini ialah dengan ketiadaan

dalil. Maka tidak tersembunyi da’ifnya. Kalau begitu perkataan qudrat bagi yang baru

tidak terdahulu di atas kerja itu, da’if.

Maka yang tahqiq-tahqiq daripada yang membenarkan ‘aradh tak kekal dua masa

ini tiga bangsa jua, iaitu gerak dan suara dan masa. Sebagaimana dibecarakan di dalam

Ilmu Maqalat. Dan berkata Mu’tazilah bahawasanya qudrat bagi yang baru itu ada ia

sebelum kerja lagi ditaruhkan dia pada hamba-hamba. Dan berkata Imam Fakhru ar-Razi,

52

Page 53: Asas Al-I'tiqad

bahawasanya tidak ada khilaf sekali-kali antara mazhab Asy’ari dan Mu’tazilah itu pada

perkataan di sisi qaul yang tahqiq. Kerana bahawasanya qudrat itu ialah satu kekuatan

yang ada

27

ia pada anggota-anggota, yang ialah asal dan umbi bagi keluar segala perbuatan yang

bersalah-salahan dan iaitu ada ia sebelum kerja lagi, melainkan dengan i’tibarkan

bersepakai ia sengan segala syarat ta’sir (1), yakni membekas ada ia ketika berkerja jua.

Dan jika tidak dengan i’tibar itu, maka terdahulu ia di atas kerja lagi. Dan berkata dengan

dia oleh Asy’ari gatek. Kalau begitu maka tidak ada khilaflah antara dua qaul itu.

Wallahu a’lam.

Bahasan yang tidur jenera adakah buta tuli bisu dan sebgainya atau

tidak.

Adalah hamba yang da’if ini semenjak daripada Tuhan menjadikan hamba

mumaiyiz, maka tidak lagi pernah medengar orang-orang kita kata: buta, tuli, bisu dan

sebagainya dengan sebab jenera itu, melainkan yang buta tuli, bisu di awal-awal lagi,

maka zahirlah. Lagi pula tak pernah medengar guru-guru yang mu’tabar fatwa dengan

sebegitu perkataan, serta beberapa kitab fiqah dan ushuluddin yang hamba tatap dan

mutola’ah. Maka tidaklah hamba berjumpa ‘ibarat yang mensharihkan dengan demikian :

buta, tuli, bisu dengan sebab jenera itu. Sama telah pula yang diam daripada bercakap

dan yang pejam mata dan yang tidak berlagu suara-sura yang lain di sisinya. Lagi pula

jika sebenar perkataan itu maka membawalah kepada tercabut qadhi-qadhi bila jenera,

masalan. Kerana disharihkan di dalam fiqah mazhab Syafi’I dengan tercabut qadhi bila

kedatangan tuli atau buta tok qadhi itu, maka bahong, kerana tidak ada nash suruh lantik

qadhi pula kemudian daripada jaganya. Dan lagi beberapa ‘ibarat di dalam fiqah

menunjukkan di atas tak sebenar perkataan itu. Maka kitab-kitab fiqah yang mu’tabar itu

tidak siapalah kata tak betul dan tak boleh pakai semenjak alim ulama dahulu-dahulu lagi

pun.

Adapun setengah ‘ibarat kitab Ushuluddin, iaitu Hasyiah Dasuqi berkata yang

jenera itu luput idrak, maka betul ia. Bukan dia kata luput sifat ma’ani pada seseorang,

53

Page 54: Asas Al-I'tiqad

yang berlawanan ia dengan buta, tuli, bisu itu. Adapun ‘ibarat Syarah Kubra kata,

berlazim-lazim antara sifat yang berta’luk dengan ta’luknya sama ada pada yang qadim

dan yang baru, yang menunjuklah ibarat itu. Bila ternafi sifat, maka ternafi ta’luknya.

Dan juga ‘akasnya. Maka betullah ‘ibarat itu

28

Kerana ta’luk itu dua bangsa, ada yang tanjizi dan yang shuluhi pada sifat makhluk yang

kita duduk becara itu. Kalau begitu, yang jenera itu tidak berlaku ta’luk yang tanjizi jua,

serta shuluh ia, yakni padan atau patut ia bagi melihat dan medengar dan berkata-kata dan

sebagainya. Kalau begitu dengan ‘ibarat itu tak menunjuk ia di atas keadaan sifat ma’ani

bila tak melihat, ila akhirihi, dengan sebab jenera itu. Maka pasal apalah membawa

kepada buta, tuli, bisu. Maka janganlah saudara-saudaraku kata buta, tuli, bisu kepada

yang jenera dengan sebab jeneranya itu, kerana anak-anaknya yang kecil-kecil pun marah

ia kepada orang kata begitu kepada bapa dia itu. Wallahu a’lam.

Bahasan Istighnaa’ dan Iftiqar.

Adalah istighnaa’ itu ibarat daripada terkaya Tuhan dan lepasNya daripada yang

lain pada serba serbi. Dan iftiqar itu ibarat daripada berkehendak kepada barang yang lain

daripada Tuhan dan tak lepasnya kepadaNya Ta’ala pada tiap-tiap kelakuan. Maka tidak

diterimakan istighnaa’Nya Ta’ala itu melainkan Ianya bersifat dengan wujud, qidam,

baqaa’, mukholaftuhu ta’ala lilhawadis, qiyamuhu ta’ala binafsihi, sami’, bashor, kalam.

Dan di atas menyabitkan ahwal, dibilangkan pula tiga sifat ma’nawiah, kerana

jika tak bersifat Ia dengan segala sifat ini, maka adakalanya tak lepas Ia dan berkehendak

ia kepada yang menjadikan Dia. Jika ternafi salah satu daripada wujud hingga

mukholafatuhu atawa satu makna daripada dua makna bagi qiyamuhu ta’ala binafsihi

atau berkehendak dan tak lepas kepada zat yang ada Ia Ta’ala padanya. Jika ternafi

qiyamuhu binafsihi dengan adanya Ta’ala bukan dengan sebab ada pada benda yang lain

atau berkehendak kepada mereka yang juru menolakkan kekurangan daripadanya. Jika

ternafi salah satu daripada sami’, bashor, kalam. Maka apabila wajib bagiNya Ta’ala

segala sifat yang tersebut itu, maka tentu ketiadaan bersifatNya Ta’ala dengan segala

lawannya.

54

Page 55: Asas Al-I'tiqad

Dan direti daripada istighnaa’Nya Ta’ala juga akan ketiadan wajib buat apa-apa

mumkin atau meninggalnya. Kerana jika wajib maka tentu tak istighnaa’Nya Ta’ala

daripada yang demikian itu. Adapun iftiqar tiap-tiap yang lain kepadanya itu, maka tentu

dia itu bersifat dengan wahdaniyah, haya,t qudrat, irada,t ilmu dan empat ma’nawiyah

atas qaul yang menyabitkan ahwal. Kerana jika ternafi salah satu daripada sifat ini maka

tentu boleh lepas barang yang lain daripadaNya Ta’ala, maka tentulah dia bukan Tuhan.

Maka apabila wajib bagiNya Ta’ala sifat itu, maka tentulah ketiadaan bersifatNya dengan

lawannya. Maka segala sifat yang direntikan dia daripada istighnaa’Nya Ta’ala itu

dinamakan dia barang yang masuk di dalam istighnaa’. Dan begitulah juga pada iftiqar.

Wallahu a’lam.

Faedah Adalah segala sifat yang termasuk ia di dalam makna istighnaa’ dan

iftiqar itulah yang dikatakan yang termasuk di dalam makna LAILAHILLAH. Kerana

makna Lailahaillah itu ialah tiada ada Tuhan yang disembahkan dengan sebenar-benar

itu melainkan Allah Ta’ala jua yang adanya. Dan jika ada sekalipun pada dakwa orang

kafir-kafir itu, maka bukannya Tuhan. Kalau begitu tetaplah Allah Ta’ala itu Ianya jua

yang terkaya ia daripada tiap-tiap barang yang lain dan yang ifitqar tiap-tiap yang lain itu

kepadaNya, maka masuklah di bawah makna keduanya itu segala sifat yang tersebut

dahulu itu.

Pejagaan Adalah dikehendaki dengan termasuk mustahil-mustahil di bawah

makna tersebut itu ialah masuknya dengan jalan ketiadaannya,

29

dikatakan masuk istihalat al-mustahil. Wallahu a’lam.

Bahasan adakah mustahil itu qadim atau azali atau baru atau tidak

belaka-laka.

Telah terdahulu pada becara hukum akal bahawasanya mustahil itu dua bangsa.

Satunya, benda yang tentu pada pikiran akal tak daknya. Keduanya, yang tentu pada

pikiran akal daknya. Kalau begitu kejaplah tidak boleh dihukumkan atasnya dengan

qadim, kerana makna qadim itu benda yang ada yang tidak ada mula baginya. Seperti zat

Tuhan dan sifat ma’ani bagiNya. Dan tidak dihukum atasnya juga dengan azali, kerana

55

Page 56: Asas Al-I'tiqad

makna azali itu perkara yang tidak ada mula baginya. Sama ada perakara yang bangsa

ada atau yang semata-mata sugguh dan sengoti jua. Maka mustahil itu bukannya ada dan

bukannya sungguh dan sengoti.

Dan kata qaul yang kuat bahawasanya qadim dan azali itu bersatu makna

keduanya, iaitu perkara yang tidak ada mula baginya, sama ada benda yang ada atau yang

semata-mata sungguh dan sengoti jua. Kalau begitu mustahil itu tentulah tidak termasuk

ia dan tidak terkena ia di bawah khilaf itu sekali-kali (1), karena ianya bukannya ada dan

bukannya sungguh. Hanya yang sungguh itu ialah ketiadaan yang mustahil, seperti

ketiadaan lemah dan ketiadaan jahil.

Demikianlah kalau begitu, yang qadim atau azali itu ialah istihalat al-mustahil.

Maka mestilah dita’wil akan ibarat-ibarat yang memberi wahamkan qadim syariqul-

bahri. Dan segala yang mustahil atau azaliNya itu dengan dibuang lafaz (ketiadaan)

dengan bahawa dikatakan ketiadaan syariqul-bari dan ketiadaan segala yang mustahil.

Maka ini ta’wil zahir ia dan terang ia di sisi yang mengerti akan (2) makna mustahil.

Dan tidak dikatakan pula mustahil itu baru, kerana makna yang baru itu dua

bangsa jua. Satunya, yang baru ada, seperti kita-kita ini. Keduanya, yang baru belaku,

seperti patah atau pecah. Beginilah yang diperiksakan pada cakapan Melayu Fathoni.

Kalau begitu zahirlah kata mustahil bukannya baru, kerana ianya bukan baru ada

dan bukannya baru berlaku. Adapun buta tuli dan sebagainya yang pada manusia

upamanya itu, maka bukannya mustahil zahir ia dengan sekurang-kurang perati dan di

sisi yang baru-baru belajar.

Peringatan pesan guru Pakda ‘Ail Fathoni

Adalah lafaz sungguh itu diterjemahkan dia daripada perkataan kitab-kitab Arab

(mutlak at-tahaqquq dan mutalaq ats-tsubut). Hai Tuhanku balaslah akan kebajikan yang

banyak kepada guru kita itu, kerana ianya boleh dikatakan satu guru yang mesadarkan

yang insaf-insaf dan mentahqiqkan murid-muridnya dengan sepenuh-penuh pengertian,

yang juru mesharihkan dengan kehendak-kehendak ulama pengarang-pengarang yang

dahulu-dahulu pada serba serbi ilmu bi iznillah wa irodatuhu yakni dengan

kehendakNya.

30

56

Page 57: Asas Al-I'tiqad

Ta’ala dan tidak mecedera dan tidak memberi bekas sekali-kali kecelaan yang bodo-bodo

dan yang jahil-jahil atas guru kita yang mulia itu.

Hai anak beraknakku dan kekasihku, janganlah kamu bermegah-megah dengan

belajar atau mengajar akan kitab-kitab yang besar-besar pada jahil kamu akan dua kali

lima, masalan. Maka ini bawakan jadi sebab yang merusakkan diri-diri sendiri dan

mejahilkan murid-muridnya. Dan tidak sayugia dan tak layak bagi kita-kita yang

mengajar mesebunyikan jahil daripada muridnya. Maka tetaplah dan mestilah yang kita

tak tahu itu dimengakukan tak tahunya. Mudah-mudahan akhirnya boleh murid-murid

kita itu juga beritahu akan kita, dengan sebab mereka itu menanya-nanya akan guru-guru

yang lain, dengan sebab ulama itu warasatul-ambiaa’, yakni segala yang dapat pesaka

ilmu daripada Nabi-Nabi. Maka ada yang banyak dapat dan ada yang sedikitnya. Wallahu

a’lam.

Bahasan yang harus pada hakNya Ta’ala.

Wajib di atas kita iktikad kata harus jua Tuhan membuatkan apa-apa mumkin atau

tinggalnya. Maka bukanlah wajib pada akal dan wajib pada syarak dan bukan mustahil.

Percaman kata harus itu, kita pikir kalau wajib pada akal maka tentu qadim.

Kerana yang wajib pada akal, yang bersakut paut dengan Dia, qadim belaka, maka

membawa kepada qadim mumkin, maka bahong, serta pula tak dinamakan mengada,

masalan. Dan jika wajib syarak, maka tentu Tuhan kita di bawah undang-undang, maka

bahong. Dan jikalau mustahil, maka tentu tidak ada mumkin, maka bahong. Maka

kejaplah kata harus jua yang demikian itu. Wallahu a’lam.

Bahasan yang bersakut paut dengan Rasul yang wajib kita tahu dan

iktikadkan dia.

Dan kesemua yang jadi Rasul itu bersifat mereka itu dengan siddiq, yakni benar

dan sengoti apa-apa yang kelaur daripada mereka itu. Maka wajiblah di atas kita iktikad

benar dan tidak bahong mereka itu. Dalilnya, kalau mereka itu bahong, maka pasal

apakah Tuhan memberikan mukjizat-mukjizat bagi mereka itu sebagai menyaksikan

57

Page 58: Asas Al-I'tiqad

benar mereka itu pada serba serbi, kalau begitu membawa kepada bahong Tuhan gatek,

kerana membenarkan yang membahong itu bahong gatek, maka bahong Tuhan kita itu

mustahil , tentu tidak sekali-kali. Kalau begitu, tentulah Rasul itu benar dan sengoti dan

tak bahong pada serba serbi. Itulah yang dituntutnya.

Peringatan. Adalah Tuhan memberi mukjizat, yakni perkara yang mencarikkan

adat, kepada Rasul itu ialah seolah-olah firmanNya Ta’ala (...), artinya “telah benar dan

sengoti hambaku pada tiap-tiap barang yang menyampai ia daripada Aku. Wallahu a’lam.

Dan kesemua Rasul itu bersifat mereka itu dengan amanah. Artinya kepercayaan

dan betul hati mereka itu. Maka wajiblah di atas kita iktikad begitu dan iktikad tak keharu

dan tak karut, tak kacau mereka itu dengan mengerjakan yang ditegah, jikalau makruh

sekalipun, melainkan atas jalan mengajar dan menyatakan hukum-hukum kepada umat-

umat. Dalilnya, kita pikir iaitu Tuhan menjadikan mereka itu dan meletakkan mereka itu

jadi Rasul itu ialah buat coto (c-o-t-a) dan tauladan bagi umat-umat. Maka tentulah Tuhan

tak meletakkan yang keharu. Dan jika meletakkan juga maka tentulah Tuhan buat coto

beri kita keharu gatek, maka tentu bahong, kerana Tuhan tak menyuruhkan kita dengan

jadi keharu sekali-kali.

31

Kalau begitu kejaplah kata kesemua Rasul itu bersifat dengan amanah dan tak

keharu dan tak kacau dan tak karut. Wallahu a’lam.

Dan kesemua mereka itu bersifat dengan tabligh. Artinya menyampaikan segala

yang disuruhkan mereka itu dengan menyampaikan kepada umat-umat. Maka wajiblah

kita iktikad begitu dan iktikad tak menyusut mereka itu akan yang tersebut itu. Adapun

yang dilarangkan mereka itu dripada menyampai, maka mustahil atas mereka itu

menyampaikan dia. Dan yang diberi pilih antara menyampai dan tidak, maka harus

mereka itu menyampaikan dia dan tidaknya.

Dalil tabligh itu kita pikir seperti dalil amanah dahulu juga. Kerana jikalau

mereka itu menyusut maka tentulah disuruhkan kita dengan menyusut ilmu-ilmu juga,

kerena mereka itu coto dan tauladan bagi kita. Seperti firmanNya Ta’ala menyuruhkan

kita dengan menurut Nabi kita Muhammad saw…(…..). Artinya, “apa-apa barang yang

mendatangkan kamu oleh Rasul, maka ambillah kamu akan dia, dan apa-apa barang yang

menegah akan kamu daripadanya maka berhentilah kamu.” Maka kedaanNya Ta’ala

58

Page 59: Asas Al-I'tiqad

menyuruhkan kita dengan menyusut ilmu-ilmu itu, bahong. Tentu tidak, kerana ada

beberapa hadis dan ayat Quran menunjukkan di atas haram dan berduasa menyusut ilmu-

ilmu bila dapat syarat. Kalau begitu kejaplah kata Rasul itu bersifat mereka itu dengan

tabligh dan tak menyusut akan yang tersebut itu. Wallahu a’lam.

Dan kesemua Rasul itu bersifat mereka itu dengan fathonah. Artinya cerdik tajam

akal. Maka wajib atas kita iktikad begitu dan juga iktikad tak bodo (b-o-d-a) mereka itu.

Dengan sebab kita berpikir, kalau mereka itu bodo tentu Tuhan tak letakkan mereka itu

jadi Rasul. Kerana jadi Rasul itu daripada pekerjaan yang amat berat, tak tertanggung

oleh yang bodo-bodo. Kerana jikalau bodo mereka itu tentu tak kuasa mereka itu

daripada nak mengalahkan hujah-hujah dan dakwa-dakwa segala kafir yang karut.

Padahal mengalahkan hujaah-hujah itu ada sabit ia di dalam Quran pada beberapa tempat.

Lagi pula, kalau mereka itu bodo, tentu membawa kepada orang tak percaya dan tak ikut

akan mereka itu, walau sedikit pun. Maka luputlah hikmah yang dibangkitkan mereka itu

jadi pesuruh itu. Kalau begitu tentulah kesemua mereka itu bersifat dengan cerdik dan tak

bodo mereka itu. Itulah yang dituntut. Wallahu a’lam.

Dan harus bagi Rasul itu bersifat dan berperangai dengan sifat dan perangai

manusia, yang tidak membawa kepada kekurangan pangkat mereka itu yang tinggi itu

dan juga yang tidak membawa kepada luput hikmah dijadikan mereka itu Rasul. Misal

yang harus itu seperti makan minum dan sakit demam lebih kurang dan berkahwin. Dan

misal yang tak harus itu seperti makan belan-belan berjalan, dan seperti gila dan kurang

akal. Dan tiada harus pula sifat yang membawa kepada liar orang daripada mereka itu,

seperti penyakit pecah belah. Adalah dikehendaki dengan harus itu ialah harus pada akal

dengan membenar olah ampunya akal dengan berlaku yang tersebut atau tidaknya di atas

mereka itu. Bukanlah dengan makna harus syar’i, dengan makna boleh mereka itu pilih

yang tersebut. Maka ini bukan dikehendaki dengan dia di sini. Dalil harus yang tersebut

itu ialah ada kejatuhan setengah-setengahnya dilihatkan dia oleh yang bersemasa dengan

mereka itu dan sampaikan khabaran itu kepada kita dengan jalan khabar mutawatir

32

yang tak terima bahong sekali-kali. Wallahu a’lam.

Maka kejaplah bagi kita sembilan sifat bagi Rasul yang wajib syarak di atas kita

tahu dan iktikadkan dia. Inilah yang dikatakan segala ‘aqa-id, yang termasuk di dalam

59

Page 60: Asas Al-I'tiqad

makna kalimah MUHAMMADURRASULULLAH. Maka cukuplah lima puluh akidah

yang termasuk di dalam makna kalimah Lailahaillallah Muhammadaurrasulullah. Dan

ada lagi beberapa perkara yang direntikan dan yang difahamkan daripada isthgnaa’Nya

Ta’ala dan iftiqar barang yang lainnya kepadaNya Ta’ala. Hendaklah diberlajarkan dia di

kitab yang panjang-panjang becaranya. Dan hendaklah berlajar lagi akan beberapa

perkara yang tidak disebutkan dia di sini dengan beransur-ansur hingga lepas fardhu ‘ain

di atas kita-kita yang Muslimin Wasollahu Wasallam Ala Saidina Muhammad Wa’ala A-

lihi Wasohbihi Ajma’in Wal hamdulillahi Robbal ‘Alamin. Selesai tulis pada tiga hari

Zulhijjah sanah 1378.

Peringatan Ayuhai kaum-kaumku berlajarlah kamu akan ilmu iktikad ini beri jadi

lepas kamu daripada nama muqallid, iaitu dengan bahawa kamu berlajar di guru-guru

yang sengoti pandainya dan mengetahuinya, dan janganlah kamu memadai dengan

berlebai-lebai rupa, dengan tidak berisi pihak dalam kamu. Dan janganlah kamu buat coto

(c-o-t-a) dan tiru akan orang-orang yang seperti itu, maka tertipulah kamu dan rugilah

kamu kemudian daripada mati kamu. Dan hendaklah kamu reti akan makna zat dan

makna sifat dan makna jirim jauhar jisim jauhar fard dan makna ‘aradh. Janganlah kamu

jadikan diri-diri kamu yang bersih-bersih itu masuk di dalam jumlah orang-orang yang

dengar-dengar khabar nama-nama yang tersebut jua dengan tidak kenal akan benda-

benda sendiri. Dan hendaklah kamu reti apa benda yang ada dan apa benda yang semata-

mata sungguh dan sengoti jua.

Maka ini-ini perkara ialah dikatakan beberapa tangga bagi nak mengertikan Ilmu

Ushuluddin ini. Maka bolehkah dikatakan yang tak kenal yang tersebut itu ialah yang tak

pandai dan tak reti Ilmu Ushluddin. Maka macam manakah nak laba berniaga kerana

modalnya tidak ada. Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya orang-orang yang pelihara

angin-angin itu besar mudarat dan jadi penyakit bagi diri sendiri. Maka tentulah sebodo-

bodo manusia.

Harap hamba kepada yang pandai-pandai, yang melihatkan risalah ini, bahawa

jangan cepat celanya dan cercanya. Kemudian kalau ada yang saudara tak puas hati maka

haraplah saudara menanya-nanyakan dengan baik akan yang pandai-pandai yang sejati

menerima ilmu daripada guru Pakda ‘Ail Fathoni, atau yang sejati bertali dengan hamba

yang da’if ini.

60

Page 61: Asas Al-I'tiqad

Dan hendaklah saudaraku ingat bahawasanya kata “salah” dan kata “tak boleh

pakai”, itu tak payah dan tak kena berpikir dan berlajar dan berguru, sehingga siapa-siapa

pun yang tak bisu itu boleh kata. Maka yang payah yang telah masyhur daripada tok-tok

nenek lagi itu ialah nazor, yakni berpikir pada serba serbi ilmu dan mehalusi akan

cakapan-cakapan ulama yang muhaqqiqin. Maka ini perkara tidak seyugia (s-y-g-y-a)

dengan gaduh gundah yang ialah daripada perangai syaitan. Lagi pula ini perkara tak

hajat kepada membesarkan cakapan dan mederaskan suara.

Lagi pula hendaklah saudaraku ingat bahawasanya menang atau kalah becara

hukum-hukum itu, lain ia daripada betul. Maka yang berharga itu ialah betul jua, maka

inilah yang disuruh ambilkan dia, jika dikatan di sisi awam dengan kalah sekalipun. Ini

Nasihat terhadap kepada kaum-kaum hamba jua. Tetapi boleh juga saudara-saudara yang

Muslimin yang da’if-da’if ambil pakai sehari dua sementara dapat nasihat yang terlebih

sebenar dan terlebih elok. Wallahu a’lam Bish-Showaab Wa Ilaihil Murji’u Wal-Ma-aab.

USM-4/13/2005 5:47 PM

Inilah Risalah Yang Dinamakan Dia

TASHĪL AL-DU‘AFĀ’

WA RADDU BA‘ DU AQWĀL AL-SUFAHĀ’

Untuk orang-orang awam mulai belajar ‘aqaid ugama

dismbilkan jawab beberapa iktirad di atas Risalah yang didahulu daripada ini dan

lain-lain lagi sedikit-sedikit

Mehimpunkan dia oleh

ABDULQADIR BIN WANGAH

Wakaf Budi, Sekam, Daratan Fathoni

Jalan Palas-Rakok

61

Page 62: Asas Al-I'tiqad

Tidak dibenarkan kepada siapa-siapa mengecapkan dia dengan tidak izin yang

mehimpun

2

له الشريك وحده االالله الاله

الرحيم الرحمن الله بسم

Puji-puji bagi Alla Ta‘ala, Tuhan yang memberi kepada kita akal pikiran, yang

dengan dia dapat kita ketahuikan setenga-setengah barang yang bersakut paut dengan

Allah Ta ‘ala dan RasulNya, dengan terus kenampakan. Demikianlah yang lain-lain lagi

daripada hukum-hukum ugamaNya. Hai Tuhan kami, mitaklah Engkau membanyakkan

rahmat dan selamat di atas pengulu kami Nabi Muhammad SAW dan kesemua kaum

keluarganya dan sahabatnya.

Amma ba’du. Maka hai sekelian kaum-kaumku dan saudara-saudaraku,

hendaklah kamu membanyakkan pada berlajar ilmu ugama bagi kamu . Sama telah pula

Ilmu Tauhid, Ilmu Ushuluddin. Kerana ini ilmu didahulukan dia di atas yang lainnya dan

secita-cita barang yang masyghul dengan dia oleh yang berakal pada melepaskan dirinya

daripada kekal di dalam neraka. Sama telah pula ini zaman yang banyak fitnah dan kuca-

kacil pada ilmu ini, bahkan pada serba serbi. Amboi, jarangnya mereka yang teguh Ilmu

Tauhid pada masa yang susah ini! Amboi, betuahnya dan berutungnya mereka yang

ditaufikkan dia bagi mekejapkan ‘aqaid al-iman. Sedikitlah mereka yang mengetahuikan

dia dan mereka yang boleh menjaga yang lain daripadanya pada masa ini.

Sungguhnya telah dibalakan dengan silap padanya akan mereka-mereka yang

tidak disangka-sangkakan dengannya akan silap daripada mereka-mereka yang

dimasyhurkan dengan berilmu. Demikianlah yang berlebih kurang disebutkan di dalam

62

Page 63: Asas Al-I'tiqad

Syarah bagi Hasyah Dasuqi. Demikian juga dibalakan dengan jahil mereka yang tidak

disangka-sangkakan jahilnya kerana bersusok dan bertabiat zahirnya degan pandainya.

Maka berderu-deru dan penuh-pena mereka-mereka yang percaya, serta taqlid dan

penurut dengan buta tulinya. Maka menariklah mereka itu akan segala yang percaya itu

kepada ajaran yang tidak diketahui ke mana halanya, seperti mustahil itu qadim dan baru.

Serta diperdalil di atas keduanya dengan beberapa ayat-ayat Quran dan beberapa nas

ulama dengan semata-mata kacang-kacang tarik di hadapan mubtadi dan yang buta

kepada sekehendak mereka itu. Pada halnya beberapa dalil itu tidak sereng-sereng pun

kepada kehendak yang menarik itu di sisi yang berilmu dan berakal.

Dan demikian juga dibalakan dengan

3

jenuh-jena penyakit hasad dengki sehingga pada bab ugama sekalipun. Seperti yang

waqi’ dan kejatuhan di atas beberapa Risalah perhamba, seperti Asās al-‘I’tiqād dan

Taqrīb al-Ikhwān dan Mabhas al-Kalām, yang ialah tujuan perhamba ialah harap kepada

Allah Ta‘ala menjadikan beberapa sebab bagi celek mata-mata adik-adik kakak yang

terpejam. Sama telah pula bagi kanak-kanak dan yang baru keluar daripada upama judi

dan panggung-panggung dengan berajakkan mereka itu kepada memikir dan merenu-

renu akan hal-hal yang bersakut paut dengan ketuhanan dan upamanya, sebagai satu

tangga dan darjah yang rendah dan ibtida’.

Maka tatkala kelihatan di atasnya oleh yang dibalakan dengan hasad dengki itu,

serta mengetahuinya akan majunya dan akan celek mata-mata kebanyakan mereka-

mereka yang tersebut pada setengah kampung, dan upamanya, maka iapun itarlah jalan

pada meiktiradkan pada beberapa tempat. Maka yang telah perhamba lihat dengan mata-

mata sendiri, pada akhir tahun 1384 -seribu tiga ratus lapan puluh empat-, ialah tujuh

tempat yang ia iktirad di dalam sebuah Risalah; bicra mustahil qadim, yang sebelum

dicapkan lagi waktu itu. Insya Allah, boleh perhamba terangkan dengan jawabnya dengan

manis-manis serta berjelera kepada tubuh badan adik kakak, seperti pulut pagi-pagi bagi

yang sihat-sihat, pada akhir Risalah ini.

Maka adalah bicaraan di dalam Risalah ini :

63

Page 64: Asas Al-I'tiqad

Mula-mula, bicara iktikad budak-budak yang baru mulai belajar ugama, dan juga

yang tua-tua, yang telah metaqsir dan tak perduli kepada belajar yang sebelum lepas

daripada nama muqallid. Dan juga bicarakan Rukun Islam dan Rukun Iman.

Yang keduanya, bicara hukum-hukmu akal yang tiga dengan puas hati bagi orang

awam kita yang sebelum tahqiq, yang tidak diamankan daripada kena tipu dengan

menyurah mustahil qadim dan mustahil baru kepada mereka itu. Dan juga disambilkan

bicara hukum-hukmu adat supaya jangan jadi semabul dengan hukum-hukum akal itu,

sebagaimana yang telah dibalakan dengan semabul mereka-mereka yang berlebai-lebai

zahir mereka itu.

Yang ketiganya, bicara menyurahkan jalan batil dan karut perkataan dengan

qadim mustahil dan barunya

Yang ke empat, bicara jawabkan beberapa iktirad muktarid, yang dimaklumkan

sertata-ratanya, di atas beberapa tempat di dalam Risalah perhamba yang dahulu itu.

Yang kelima, bicara sedikit-sedikit nasihat terhadap kepada kaum-kaum

perhamba dan awam al-Muslimin, mudah-mudahan mereka itu tidak kena tertipu daya

dengan buat belakang daripada

4

ugama dan berbekal kepada akhirat, serta masing-masing bena dan timbal hal didik dan

asuhkan adik-adik kakak sma sebangsa dan seugama kepada jalan ugama dan

memajunya.

Bicara Yang Pertama Ialah Bicara Iktikad

Hendaklah kamu ketahui bahawasanya kita ini ada Tuan yang menjadikan kita

daripada tiada kepada ada, dan Dilah juga merintahkan kita pada tia-tiap kelakuan. Tidak

ada yang lain sekali-kali masuk campur pada memberi bekas pada sekelian makhluk ini,

iaitu ialah yang bernama Allah Ta‘ala. Dan banyak lagi nama Dia hingga sembilan puluh

sembilan nama.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan ada Allah Ta‘ala itu ialah kalau Dia

takdak tentu sekelian benda-benda yang baru ini tidak ada dan tidak berpindah dan teralih

kepada satu kelakuan kepada satu kelakuan. Kerana tertegah pada pikiran akal nak boleh

64

Page 65: Asas Al-I'tiqad

berat dengan sendiri mana-mana sebelah daripada dua belah yang bersamaan keduanya.

Sekarang telah berat dah sebelah ada sekelian alam ini di atas takdaknya dan juga sehari-

hari duk berpindah dan teralih kelakuan bagian-bagian. Kalau begitu sedarlah kita dan

kejaplah kita kata ada tuan, iaitu Allah Ta‘ala. Maka kejap pulalah bukan takdakNya.

Wallahu a’lam.

Hendaklah kamu tahu bahawasanya ada Allah Ta‘ala, Tuhan kita itu, sedia kala

lagi. Bukalah seperti kita; dahulunya takdak, kemudian ada. Bukan begitu, yakni ada

Allah Ta‘ala itu bukanlah mari daripada takdak yang dahului daripadanya. Bersalahan

kita ini, kesemuanya mari daripada takdak dahulu, lepas itu barulah ada.

Pikiran dan suluhan pada menyabitkan sediaNya Ta‘ala itu ialah kalau Dia itu tak

sedia begitu tentulah baru, maka tentulah adaNya itu dengan sebab ada tukang yang

mebuat Dia, maka membawa kepada punah dan rusak pikiran kita, kerana bahong pada

pikiran itu, iaitu tukang yang mebuat dia juga. Maka tak sunyilah daripada ada tukang-

tukang, tukang-tukang, tukang-tukang, yang terlebih tua dan terlebih dahulu hingga tidak

ada kesudahan dan su’, atau terpulang balik kepada yang muda dialah yang menjadikan

yang tua, maka kedua-dua ini tentu bahong dan karut. Kalau begitu, Tuhan kita tak sedia

itu bahong dan karut juga. Maka kejaplah sediaNya. Dan apabila kejap sediaNya tetaplah

tak baruNya pun kejap juga, kerana berlazim-lazim keduanya. Wallahu a’lam.

5

Hendaklah kamu tahu bahawasanya Allah Ta‘ala kekal, hingga bila-bila pun tak

hilang. Bukanlah seperti kita ini, iaitu adanya sementara, nanti hilang dan binasa bila

sampai masa. Adapun sepuluh perkara yang diistisna’, iaitu “Arasy, Kursi, Syurga,

Neraka [ilkh] itu, maka kekalnya itu bersabit dengan Tuhan memberi kekalnya.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan kekalNya Ta‘ala itu ialah kalau Dia

binasa dan hilang maka tetaplah Dia itu baru bukan sedia. Kerana binasa dan hilang itu

ialah dikatakan berat sebelah takdak di atas ada, maka tetaplah dengan ada yang

meberatkannya, yakni yang memberi binasanya. Kalau begitu adanya yang sebelum

binasanya itu dengan sebab ada yang meberat dia juga. Bukan wajib dan bangsa dia.

Kalau wajib dan bangsa dia, tentulah tak putus dan tak hilang. Kalau begitu, tentulah

barunya Ta‘ala, maka tentulah tidak sekali-kali, kerana telah terdahulu jalan karutnya dan

bahongnya. Wallahu a’lam.

65

Page 66: Asas Al-I'tiqad

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya Allah Ta‘ala bersalahan ia dengan segala

yang baru pada zatNya dan pada sifatNya dan pada af‘alNya, kerana zat yang baru itu

jirim, yakni yang bertempat ia dengan mebawa dirinya. Dan zatNya Ta‘ala bukan begitu.

Dan sifat yang baru itu ‘arad, yakni yang bertempat dengan menupan jirim, dan sifatNya

Ta‘ala bukanya begitu. Dan af‘al, yakni segala perbuatan bagi yang baru itu dibangsakan

kepadanya itu dengan jalan ikhtiarnya dan usahanya jua, bukan dengan jalan ia memberi

bekas. Dan perbuatan Allah Ta ‘ala itu ialah memberi bekas takdak kepada ada, dan

daripada satu kelakuan kepada satu kelakuan.

Pikiran dan suluhan kita pada menetapkan bersalahan itu ialah kalau ianya serupa

dengan yang baru, maka tentulah dia baru juga, bukan sedia, kerana tentulah zatNya

Allah Ta‘ala itu jirim. Maka tiap-tiap jirim tentulah tak boleh lepas daripada gerak atau

diam. Dan tiap-tiap benda yang tak lepas daripada gerak atau diam itu baru kesemuanya,

kerana gerak dan diam itu mesti baru keduanya, tidak terimakan qadimnya, kerana boleh

teralih dan boleh pindur keduanya pada setengah-setengah. Kalau begitu, bila tidak

bersalahan Allah Ta‘ala maka mebawa kepada barunya, dan barunya itu tentu dah karut.

Kalau begitu kejaplah bersalahanNya Ta‘ala dengan segala yang baru dan kejaplah juga

tak menyamaiNya. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya Allah Ta‘ala itu adaNya bukan dengan

jalan ada pada benda

6

yang lain, seperti ada sifat pada zat. Maka tak begitu dan bukan juga dengan sebab kena

jadi seperti kita ini. Beginilah maksud daripada ibarat orang-orang dahulu dengan kata

mereka itu “BerdiriNya Ta‘ala dengan sendiriNya”. Maka terlebih hampir kepada orang

Melayu kita Fathoni bahawa dikatakan adaNya Ta‘ala dengan cara diriNya.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan adaNya Ta‘ala dengan cara diriNya

itu ialah kalau Ianya ada pada benda yang lain maka dinamakan dia sifat, maka tetaplah

tidak bersifatNya Ta‘ala dengan qudrat dan irādat [ilkh]. Maka mebawalah kepada lemah

banyak [ilkh], maka mebawalah kepada tidak ada suatu perkara pun daripada makhluk

ini, maka karut tentu-tentu. Dan jika adaNya Ta‘ala dengan sebab kena jadi maka

tentukah Dia baru, maka telah terdahulu karutnya pada bicara qadim. Kalau begitu

66

Page 67: Asas Al-I'tiqad

tetaplah adaNya Ta‘ala dengan cara diriNya dan juga tak bersabit dengan yang lain

sekali-kali. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya Allah Ta‘ala itu satunya pada zatNya dan

pada sifatNya dan pada segala perbuatanNya. Satu pada zatNya itu ialah zatNya itu

bukan bangsa benda yang dapat difardukan, boleh dikerisik atau dibelah atau dikerat,

maka bukanlah tebal dan bukannya lebar pada bicara mukhalafatuhu, yakni bersalahan,

yang termaklum dahulu itu. Dan bukannya juga Tuhan itu dua, masalan.

Dan satu pada sifat itu ialah sifatNya Ta‘ala satu-satu sekara, satu qudrat, iradat

[ilkh] dan tidak ada sifat bagi yang lain seperti sifatNya Ta‘ala.

Dan satu pada segala perbuatan itu ialah kesemua perbuatan dan jaksa-jaksa ini

daripada Dia belaka-laka, tidak daripada yang lain sekali-kali, dengan jalan berkosi

dengan Tuhan pun tidak , dan dengan masing-masing tagan pun tidak juga.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan satu belaka itu ialah kalau zatNya Ta

‘ala dapat difardukan bahagi maka tentulah zatNya jirim dan jisim, maka mebawalah

kepada menyamainya dengan yang baru, maka terdahulu dah jalan karutnya. Dan jikalau

Tuhan itu dua, masalan, maka mebawalah kepada bukan Tuhan kedua-duanya, kerana

tiap-tiap satu itu bukan tuan yang menjadikan tiap-tiap perkara, lagi pula mebawa kepada

lemah, kerana tertegah dan mustahil pada akal nak boleh meratai

7

ta’luq qudrat tiap-tiap satunya pada segala perkara, sama ada dengan muafakat atau

berselisih keduanya. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya ada pada Allah Ta ‘ala Qudrat {قدرة},

pekuasa. Pasal itulah Dia kuasa mengadakan dan mengadakan sekelian mumkin-perkara

yang boleh jadi kedua belah, ada atau tiada, dan bukanlah mesti sebelah adanya atau

sebelah tiadanya. Dan kuasa juga memindahkan mumkin daripada satu kelakuan kepada

satu kelakuan yang lain, seperti memindahkan orang daripada muda kepada tua, masalan.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan qudrat itu ialah kalau tiada ada qudrat

padaNya Ta ‘ala maka tentulah lemah Ia daripada yang tersebut. Maka tiadalah satu

perkara pun daripada alam ini. Kalau begitu tentulah karut, kerana alam ini sudah ada

berpenuh pena, maka tetaplah ada qudrat padaNya Ta‘ala, dan tidak lemah. Wallahu

a’lam.

67

Page 68: Asas Al-I'tiqad

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya ada pada Allah Ta‘ala Iradat {ارادة},

pekehendak. Pasal itulah Dia kehendak dan menentukan mumkin pada setengah-setengah

kelakuan yang harus atasnya, seperti menentu beri ada kita dan beri jadi laki-laki atawa

perempuan.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan ada Iradat itu ialah kalau tidak ada

Iradat padaNya Ta ‘ala maka tentulah Dia banyak atawa seumpamanya, maka tetaplah

tidak boleh mengadakan mumkin, membawalah kepada tidak ada suatu pun daripada alam

ini. Kalau begitu tetaplah karut, maka tetaplah ada Iradat padaNya Ta‘ala dan tidak

banyak dan sebagainya. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya ada pada Allah Ta‘ala ‘Ilmu {علم},

pengetahuan. Pasal itulah Dia mengetahui akan segala perkara azal lagi mengetahuinya

dan nyatanya bagi Allah Ta‘ala serta tidak lenyap dan tidak mengetahui dan nyata itu

selama-lama. Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan pengetahuan itu ialah kalau

tidak ada ‘Ilmu padaNya Ta‘ala maka tentulah Dia jahil maka tidak boleh menentu Ia dan

tidak boleh mengada dan meniada satu perkara pun daripada alam ini. Dan juga tidak

boleh memindahkan kita daripada satu kelakuan kepada satu kelakuan yang lain maka

mebawalah kepada karut tentu-tentu. Kalau begitu kejaplah ada ilmu padaNya Ta‘ala dan

tidak jahil-Nya. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya ada pada Allah Ta‘ala Hayāt {حياة},

pehidup. Pasal itulah

8

Dia hidup dan tidaklah Tuhan itu menyawa dan tidak ada nyawa pada-Nya Ta‘ala.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan hayat itu ialah kalau tidak ada hayat pada-

Nya Ta‘ala maka tentu Dia yang mati, maka tidaklah ada qudrat , iradat dan sekelian

Sifat Ma ‘ani padaNya Ta‘ala, maka mebawa kepada karut yang amat nyata. Kalau begitu

kejaplah kata ada Hayāt padaNya dan tidak matiNya Ta‘ala. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya ada pada Allah Ta‘ala Samiī’ {سمع},

pedengar. Pasal itulah Dia medengar segala perkara yang ada, sama ada qadim atawa

yang baru, zat-zat atawa segala Sifat Ma‘ani. Dan bukalah Tuhan itu ada bagiNya telinga.

Pikiran suluhan kita pada menyabitkan ada Samiī’ itu padaNya itu ialah kalau

tidak ada Samiī’ padaNya Ta‘ala maka tentulah Dia yang tuli, maka tentulah kekurangan.

68

Page 69: Asas Al-I'tiqad

Maka kesemua kekuarangan nisbah dengan Dia Ta‘ala itu tentu tidak belaka-laka, lagi

pula mebawa kepada lemah daripada mengadakan mumkin, kerana apabila lemah Ia

daripada menolakkan kekuarangan maka nak mengadakan mumkin itu terlebih sangat

nyata lemahnya. Kalau begitu kejaplaj ada Samiī’ padaNya Ta‘ala dan tidak tuliNya

Ta‘ala. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya ada pada Allah Ta’ala Başar {بصر},

pelihat. Pasal itulah Dia melihat segala perkara yang ada seperti pada Sāmi’ itulah juga.

Dan bukanlah ada pada Tuhan itu mata. Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan ada

Başar padaNya Ta‘ala itu ialah kalau tidak ada Başar padaNya Ta‘ala maka tentu Dia

yang buta, katalah hingga akhir perkataan pada Samī’ dahulu. Maka kejaplah ada basar

padaNya Ta’ala dan tidak butaNya Ta‘ala. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya ada pada Allah Ta‘ala Kalām {كالم},

pekata. Pasal itulah Dia berkata-kata akan beberapa perkataan yang menunjukkan di atas

yang wajib pada akal dan yang mustahil padaNya dan yang harus padaNya.

Tanbih. Lafaz كالم “kalām” dipakaikan pada bahasa Arab pada beberapa

makna, setengah daripadanya “kalām” dengan makna isim, iaitu nama bagi sifat yang

ada pada zat yang bukan bangsa huruf suara [ilkh]. Inilah yang diterjemahkan pada

bahasa Melayu dengan pekata. Dan setengah daripadanya “kalām” dengan makna

masdar, iaitu nama bagi bercakap dan bertutur dan memuja seumpannya. Inilah yang

diterjemahkan

9

pada bahasa Melayu dengan berkata-kata. Dan setengah daripadanya “kalām” dengan

makna yang hasil daripada masdar. Inilah yang diterjemahkan dengan perkataan atawa

cakapan. Dan dipakaikan “kalām” juga di atas cakapan hati, yang dinamakan dia pada

bahasa Arab النفس حديث [hadis al-nafsi]. Dan “kalām” dengan makna isim itu

dinamakan dia juga النفس كالم [kalām nafsi].

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan ada Kalām pada Allah Ta‘ala itu ialah

kalau-kalau tidak ada Kalām padaNya maka tentu dia yang bisu maka tetaplah kurang,

katakanlah seperti perkataan pada bicara Samī’ dahulu itu. Kalau begitu kejaplah ada

Kalām padaNya Ta‘ala dan tidak bisuNya. Wallahu a’lam.

69

Page 70: Asas Al-I'tiqad

Peringatan yang berharga kepada saudara-daudaraku yang insaf, iaitu

hendaklah kamu tahu bahawasanya ulama Ahlisunnah menyabit mereka itu akan كالم

bagi [kalām lafzi] لفظي Allah Ta‘ala berhuruf dan bersuara dan sebagainya,

sebagaimana disarihkan di dalam Mawaqif dan Taudih al-‘Aqaid bagi Abdurrahman

Jaziri, dan upamanya, sehingga-hingganya berkhilaf mereka itu pada yang manakah Nabi

Musa dan Nabi kita Muhammad SAW medengar. Kata Asy ‘ari, yang didengar itu ialah

صفة كالم [kalām sifat] yang ada pada ZatNya Ta‘ala yang bukan huruf suara itu. Dan ini

perkataan boleh kita pakai jikalau dengan jalan serahkan pengetahuan kepada Allah

Ta‘ala sekalipun.

Dan berkata Abu Mansur Maturidi dan Abu Ishak Isfaraini, yang didengar itu

ialah لفظي كالم [kalām lafzi] yang berhuruf dan bersuara. Inilah yang terlebih hampir

pada pandangan akal kita, seperti yang disarihkan dengan demikian itu di dalam Taudih

al-‘Aqaid.

Cubalah melihat sendiri hai saudara-saudaraku akan ibarat-ibarat di dalam kitab

itu, dan upamanya. Maka siapa-siapa yang ingkarkan perkartaan ini atawa berkata

mardud atawa dinasakh atawa sebagainya maka adalah orang itu sedikit mengarung ia

pada kebanyakan kitab-kitab bicara Ilmu Ushuluddin yang besar-besar. Wallahu a’lam.

Pejagaan pula bagi saudara-saudaraku yang dikasihi. Adalah pada upama

perkataan mereka itu yang ketiga belas : kalām, ertinya berkata-kata tidak berhuruf dan

bersuara hingga akhir perkataan mereka itu. Tujuan dan maksud mereka itu ialah nak

royatkan صفة كالم [kalām sifat] yang ada ia pada ZatNya Ta‘ala itu bukan huruf suara,

[ilkh], bukanlah tujuan mereka itu nak menafikan لفظي كالم [kalām lafzi]

10

hak Allah Ta‘ala yang berhuruf dan bersuara, [ilkh], sebagaimana menyangka begitu oleh

yang meniru mengajar Ilmu Ushuluddin kepada orang-orang awam kita, yang ghalib

mereka itu semata-mata percaya dan menurut guru yang menyurah dengan buta tuli,

walau ke mana hala pun. Wallahu a’lam.

Dan molek juga kamu belajar معنوية صفة [Sifat Ma’nawiah] yang tujuh lagi.

kerana kata setengah ulama, wajib juga diketahuikan dia dengan tafsil, iaitu :

KeadaanNya Ta‘ala ampunya pekuasa, tidak-Nya Ta‘ala ampunya lemah. Dan

keadaanNya Ta‘ala ampunya pekehendak, tidak keadaanNya Ta‘ala ampunya beci, tidak

70

Page 71: Asas Al-I'tiqad

kehendak. Dan keadaanNya Ta‘ala ampunya pengetahuan, tidak keadaanNya Ta‘ala

ampunya jahil. Dan keadaanNya Ta‘ala ampunya pehidup, tidak keadaanNya Ta‘ala

ampunya mati, dan keadaanNya Ta‘ala ampunya pedengar, tidak keadaanNya Ta‘ala

ampunya tuli. Dan keadaanNya Ta‘ala ampunya pelihat, tidak keadaanNya Ta‘ala

ampunya buta. Dan keadaanNya Ta‘ala ampunya pekata, tidak keadaanNya Ta‘ala

ampunya bisu.

Pejagaan. Adalah diri keadaan bagian-bagian itulah Sifat Ma’nawiah. Maka

berkhilaf ulama pada hakikatnya. Kata setengahnya perkara yang bukan adanya dan

bukan tak daknya dinamakan dia .[hāl] حال Dan kata setengahnya, perkara اعتباري

[i’tibāri], iaitu nama bagi Sifat Ma ‘āni pada ZatNya Ta‘āla.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan Sifat Ma’nawiah bagi Allah Ta‘āla itu

ialah padan dengan pikiran kita pada menyabitkan Sifat Ma‘āni yang telah dahulu,

kerana di atas qaul yang berkata hāl. Maka hāl itu yang melekatkan Ma‘āni dengan

ZatNya Ta ‘āla. Maka apabila telah sabit Ma‘āni pada pikiran kita maka sabit pelekat itu

gatik. Dan di atas qaul yang kedua, yang berkata اعتباري أمر [amar i’tibari] apabila

sabit Ma‘āni pada ZatNya. Pada pikiran kita, maka tentulah adanya pada ZatNya Ta‘ala,

kerana Sifat Ma‘āni tidak boleh mebawa diri sendiri. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya harus Allah Ta‘ala buat atawa tak buat

barang mana mumkin [ممكن] pun, yakni tidaklah mesti sebelah buat atawa tak buat. Dan

mumkin itu ialah perkara yang bangsa boleh jadi kedua belah; ada atawa tiada, berlaku

atawa tidak. Dan jika yang mustahil [مستحبل] pada adat sekalipun, seperti berbuah

pahun (p-a-h-u-n) rambutan dengan jadi buah derian (d-r-i-a-n). Dan melekapilah

mumkin itu perkara yang baik, seperti orang Islam, dan yang keji seperti orang kafir.

Maka perkara mumkin

11

ini, kalau ianya ada maka dinamakan dia gatik makhluk yang kena jadi, dan dinamakan

dia alam tanda di atas ada yang mebuat, dan dinamakan dia segala ,[hawādis] حوادث

yang baru. Adapun semata-mata nama mumkin itu tak nanti adanya, dan jika anak bagi

yang mandul sekalipun.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan harus itu bagi Allah Ta‘ala ialah

kalau-kalau tak harus tentu wajib atawa mustahil. Kalau-kalau wajib tentu mebawa

71

Page 72: Asas Al-I'tiqad

kepada qadim dan terbalik mumkin itu jadi wajib. Dan kalau mustahil maka mebawalah

kepada mustahil ada mahkluk ini, maka kedua-duanya karut. Kalau begitu kejaplah harus

jua yang tersebut itu. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu ketahui bahawasanya Allah Ta‘ala meletakkan atau

melantikkan beberapa manusia jadi pesuruhNya Ta‘ala dan juga jadi nabiNya jua

semejak Tok Adam hingga Nabi Muhammad SAW. Dan yang wajib kita ketahui dengan

tafsil itu dua puluh lima jua, iaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail,

Ishaq, Ya’qob, Yusuf, Aiyub, Syu ‘aib, Harun, Musa, Ilyasa’, Zulkifli, Daud, Sulaiman,

Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya, ‘Isa, Muhammad ‘alaihimussalatu wasaalam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya kesemua Rasul bersifat mereka itu

dengan صديق [Siddīq], benar dan sungguh dan sengoti mereka itu pada mengaku mereka

itu jadi Rasul dan pada segala yang keluar dan belaku daripada mereka itu.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan Siddīq mereka itu ialah kalau-kalau

mereka itu bahong maka tentu jadi bahong gatik Allah Ta‘ala yang mebenarkan mereka

itu dengan memberi mukjizat kepada mereka itu, iaitu perkara yang nyata pada amereka

itu yang lemah orang-orang lain pada medatangkan seumpamanya dan mecariklah

perkara itu akan adat biasa, dan apabila mebawalah bahong mereka itu kepada yang

tersebut maka tentulah tidak. Kalau begitu kejaplah Siddīq mereka itu dan tidak bahong

mereka itu. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu pula kesemua mereka itu bersifat dengan امانة

[Amānah] betul hati mereka itu, tidak mengerijakan segala yang ditegah pada syarak.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan Amānah itu ialah kita telah maklum

bahawasanya kesemua mereka itu jadi tauladan dan

12

coto-coto bagi umat-umat. Kalau-kalau mereka itu karut tentu mebawa kepada Tuhan

suruh umat karut gatik, maka tentulah tidak kerana Allah Ta‘ala tak menyuruhkan dengan

karut sekali-kali. Kalau begitu kejaplah Amānah mereka itu dan tidak karut mereka itu.

Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu pula kesemua mereka itu bersifat dengan Tablīgh,

menyampai mereka itu kepada umat-umat mereka itu akan segala perkara yang

disuruhkan mereka itu dengan menyampai kepada umat-umat. Adapun perkara yang

72

Page 73: Asas Al-I'tiqad

Tuhan larangkan mereka itu daripada menyampai maka tak menyampai mereka itu

sekali-kali. Dan perkara yang diberi pilih kepada mereka itu menyampai atawa tidak

maka mereka itu pun memilihlah menyampai akannya dan tidaknya.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan Tablīgh itu ialah kalau-kalau mereka

itu menyusut perkara yang tersebut maka tak sampailah perkara itu kepada kita, maka tak

dapat kita beramal dan menjunjungkan perintah Allah Ta‘ala kepada kita, maka luputlah

hikmat dan guna diletakkan mereka itu jadi Rasul. Kalau begitu tentulah tidak menyusut

sekali-kali akan yang tersebut. Maka kejaplah Tablīgh mereka itu akan yang tersebut dan

tidak menyusut mereka itu sekali-kali akan yang tersebut. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya kesemua mereka itu bersifat dengan

Fathōnah, cerdik dan tajam akal mereka itu, dengan sekira-kira kuasa mereka itu

menolakkan hujah-hujah yang karut daripada pihak yang melawan dan menerangkan

yang berselumbar dan lain-lainnya.

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan Fathōnah itu ialah kita telah maklum

bahawasanya perkerijaan sekelian mereka itu ialah perkerijaan yang amat berat tak

tertanggung sekali-kali di atas bodo-bodo (b-o-d-a). Kerana apabila tak kuasa mereka nak

menolakkan hujah-hujah yang tersebut maka jauhlah umat-umat dakwah nak percaya dan

beriman dengan mereka itu, maka luputlah hikmah dibangkitkan mereka itu jadi Rasul

itu. Adapun tak percaya kebanyakan daripada kafir-kafir maka bukanlah dengan sebab

bodo mereka itu, hanya dengan sebab keras perut dan ingkar dan sombong jua. Kalau

begitu kejaplah bersifat mereka itu dengan Fathōnah dan tidak bodo mereka itu. Wallahu

a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya kesemua mereka itu bersifat dengan

harus

13

berperangai dan bertabi‘at dengan jenis perangai dan tabi‘at manusia, tidak mebawa

kepada kekurangan dan jatuh pangkat-pangkat mereka itu yang tinggi di sisi Allah SWT,

dan yang tidak mebawa kepada liar umat-umat daripada mereka itu, dan yang tidak

mebawa pula kepada luput hikmat dibangkitkan mereka itu jadi Rasul itu. Misal yang

tersebut ialah seperti makan minum dan berkahwin dan sakit demam sedikit sebanyak.

73

Page 74: Asas Al-I'tiqad

Pikiran dan suluhan kita pada menyabitkan harus itu ialah kita telah maklum

bahawasanya mereka itu tidak ingkarkan keadaan mereka itu manusia, hanya mereka itu

mengaku jadi Rasul jua dan kita semua telah maklum dari Tok Nenek lagi bahawasanya

manusia tak jadi kurang dan tak jadi rendah dengan makan minum dan upamanya, kerana

bangsa manusia itu begitu, tambahan pula ada kejatuhan setengah-setengahnya di atas

mereka itu. Wallahu a’lam.

Kemudian bila sudah kejaplah pada pegangan-pegangan kamu pada segala sifat

yang tersebut, serta tertanam pengertian di dalam hati kamu dengan segala dalilnya, sama

ada hak Tuhan dan hak Rasul, maka lepaslah kamu daripada muqallid, yakni yang

perpegang dengan semata-semata turut yang lain dengan buta tuli. Maka orang semacam

ini berkhilaf segala ulama pada lakunya di akhirat, melainkan pada orang-orang yang

bodo-bodo, yang tak pandai memikir, maka orang itu lakulah kalau berpegang dengan

taqlid sekalipun. Adapun pada hukum dunia, maka memadai pada nama orang Islam

dengan semata-mata baka dan keturunan orang Islam, atawa dengan mengikut yang lain

jika tidak nyata punah kemudian daripada itu. Wallahu a’lam.

Hendaklah kamu tahu bahawasanya segala Rukun Islam lima perkara, yakni

perkara yang besar-besar bagi ugama Islam itu lima perkara :

pertama, mengucap dua kalimah Syahadat, seperti dalam tasyahhud sembahyang.

Ini rukun ketentau dengan wajib berkata akannya bagi orang kafir yang hendak masuh

ugama Islam. Adapun yang Islam degan baka dan keturunan dan dengan mengikut yang

lain maka tidak wajib atasnya berkata meliankan di dalam sembahyang. Dan ada satu

qaul berkata wajib seumur hidup sekali di luar sembahyang.

Keduanya, mengerijakan sembahyang yang lima waktu di dalam tiap-tiap sehari

semalam selama ada akal.

Ktiganya, puasa tiap-tiap bulan Ramadan dengan sabit nampak anak bulan

14

atawa dengan hisab atawa upamanya.

Keempatnya, memberi zakat badan dan arta dengan sega syaratnya.

Kelima, haji akan Baitullah al-Harām bagi yang kuasa. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya segala Rukun Iman itu enam perkara,

yakni perkara yang besar-besar yang wajib kita beriman dan percaya itu enam perkara :

74

Page 75: Asas Al-I'tiqad

Pertamanya, percaya dengan Allah Ta‘ala, seperti yang termaklum pada bicara

sifatNya Ta‘ala.

Keduanya, percaya dengan segala Rasul yang termaklum pada tempat bicara juga.

Ketiganya, percaya dengan segala Malāikat, iaitu kita percaya bahawasanya ada

satu yang bangsa makhluk bagi Tuhan itu Malāikat, Dewa-dewa, yang ianya menempati

segala askar Allah Ta‘ala dan segala suruhanNya pada beberpa perkerijaan.

Keempatnya, percaya dengan segala Kitab yang Tuhan menurunkan daripada

pihak langit kepada beberapa Rasul ; menyatakan undang-undang ugama dan buku-buku

bagian-bagian.

Kelimanya, percaya dengan hari kiamat, dan dikatakan juga hari yang akhir. Dan

padanyalah dibangkitkan yang mati-mati dengan disalutkan dan dibubuhkan nyawa balik

kepada badan masing-masing. Dan padanya juga dihimpunkan sekeliannya pada padang

Mahsyar dan diperiksakan dan ditimbangkan amal-amal dan dahalaukan kepada meniti

Sirāt,[ada] yang jatuh ke dalam neraka dan ada yang lepas terus ke Syurga.

Keeanmanya, percaya dengan qadā’ dan qadar Allah Ta‘ala, iaitu kesemua

perkara yang dijadi dan yang dibelaku itu daripada takluk irādat Allah Ta‘ala, dan takluk

qudratNya belaka-laka, yang baik atau yang jahat pada pandangan kita. Wallahu a’lam.

Dan hendaklah kamu tahu bahawasanya hidup kita di atas dunia ini ialah di atas

kadar ajal, yakni masa umur yang telah Tuhan takdir dan mesakatkan bagi kita masing-

masing, tidak lajak dan tidak kurang sekali-kali bila cukup, serta bersama-sama pula

dengan habis rizki kita. Maka mestilah kita meninggal akan rumah tangga dan anak buah

dan arta punya dan lain-lainnya. Dan pulang kita kepada Alam Barzakh namanya, dan

dibangkitkan pula pada hari Kiamat , dan dibalaskan dengan balasan yang baik kalau kita

itu yang baik, dan dengan balasan yang jahat kalau kita itu yang jahat. Haraplah Allah Ta

‘ala menjadikan kita-kita kesemua daripada jumlah orang yang baik-baik, āmin ya Rabbal

‘Ālamin.

Maka selesailah satu bicara diiringkan pula dengan bicaraan yang kedua, iaitu :

Bicara Hukum-hukm Akal dan Hukum-hukum Adat

15

75

Page 76: Asas Al-I'tiqad

Ketehuilah olehmu hai mana-mana yang menilik kepada Risalah ini dengan

tilikan yang insaf bahawasanya akal itu ialah diri renti hukum-hukum akal yang tiga.

Berkata kebanyakan ulama, akal itu ialah nur, yakni cahaya bagi ruh, iaitu ‘arad

yang ada pada nyawa bagi tiap-tiap seorang yang berakal. Inilah yang ditahqiq.

Adapun qaul yang pertama maka menyalahi tahqiq, tetapi kita-kita semua yang

berakal di atas qaul yang kedua ini. Sekiranya jika tak faham dan tak renti hukum-hukum

akal yang tiga maka termasuklah di bawah khilaf pada nama, yang berakal atawa yang

tidak berakal, bahkan yang gila, sebagaimana menambahkan oleh setengah-setengah

ulama di atas perkataan Imam al-Haramain itu. Maka di sisi qaul Imam itu, adalah yang

mehukumkan dengan qadim mustahil atawa dengan barunya maka orang itu bukan

berakal, kerana tak faham dan tak renti ia akan makna mustahil. Maka macam manalah

kita hendak menupan akannya; dengan buat guru bagi kita dan bagi anak beranak kita.

Dan hendaklah kita kesemua pisah dan belajar beri secukup-cukup renti dan

faham hukum-hukum akal yang tiga, iaitu Wujūb, Istihālat dan Jawāz. Kerana dengan

dialah jadi tangga bagi kenal dan mengetahui kita akan segala yang wajib bagi Allah Ta

‘āla dan yang mustahil atasNya Ta‘āla, dan yang harus bagiNya Ta‘āla, dan demikian

juga yang bersakut paut dengan segala Rasul ‘Alaihim As-Şalātu Was-Salām, dan dengan

dia juga dapat nyata dan cerat kata palsu perkataan dengan mustahil qadim dan barunya.

Takrif Wājib pada akal seperti yang termaklum di dalam Matan Ummu al-

Barahin : “Mā lā yatasawwur fi al-‘aqli ‘adamahu”, maksudnya pada bahasa Melayu

“Perkara atawa barang yang tidak ditasawurkan pada akal akan tidaknya, yakni barang

yang tidak membenarkan oleh ampunya akal akan tidaknya, yakni barang yang mesti

sebelah sungguhnya, bukan tidak sekali-kali, sama ada yang bersifat dengan semata-mata

sungguh jua atawa ditambahkan adanya gatik.

Pejagaan. Adalah lafaz ‘adama pada takrif Wājib itu bukanlah dengan makna

“tiada” yang lawan “ada”, hanya dengan makna “tidak” yang lawan “sungguh” jua.

Kalau-kalau dipakai akan dia dengan makna “tiada” yang lawan “ada” niscaya jadilah

maksud takrif itu “barang yang tentu adanya”, maka tidaklah termasuk Sifat Nafsiah dan

Salbiah dan Ma‘nawiah bagiNya Ta‘āla di dalam takrif wajib itu. Kerana ini-ini perkara

bukannya

16

76

Page 77: Asas Al-I'tiqad

“ada”, hanya “sungguh” jua. Kalau begitu yang termasuknya ZatNya Ta‘āla dan Sifat Ma

‘āni jua, maka dinamakan takrif itu ghair jami‘, ertinya yang tidak mehimpunkan, yakni

tidak tepakung (t-p-a-k-u-ng) dan tidak termasuk habis segala afrād yang wajib itu.

Misalnya yang wajib itu seperti bertempat bagi jirim dan ada Allah Ta‘āla, [ilkh].

Pejagaan pula. Adalah afrād bagi Wājib itu dua bangsa :

Satunya, yang mesti “sungguh” jua bukan “ada”, seperti Sifat Nafsiah dan Salbiah

dan Ma‘nawiah bagiNya Ta‘āla. Maka istihālat mustahil, seperti tak lemah dan tak buta

Tuhan, [ilkh], itu daripada bagian inilah.

Keduanya, yang mesti sungguh serta ditambahkan adanya gatik, seperti ZatNya

AllahTa‘āla dan segala Sifat Ma’ani bagiNya Ta ‘ala. Wallahu a’lam.

Takrif Mustahil itu : “Mā lā yatasawwur fi al-‘aqli wujūdahu”, barang yang tidak

dibenarkan pada akal “sungguh”nya, yakni barang yang “tentu” pada pandangan akal

“tidak”nya.

Ketahuilah kamu bahawasanya lafaz Wujūd pada takrif itu bukanlah dipakaikan

dia dengan makna “ada” yang lawan “tiada”, hanya dengan makna “sungguh” jua yang

lawan “tidak”. Kalau-kalau dipakaikan dia dengan makna ada maka termasuklah Sifat

Nafsiah dan Salbiah dan Ma‘nawiah bagiNya Ta‘āla di dalam bahagian Mustahīl, kerana

ini-ini perkara tidak dibenarkan pada akal akan “ada”nya, maka namakan takrif itu ghair

mani‘, yakni yang tidak menegahkan yang lain. Termasuk di dalamnya misal Mustahil

itu, seperti satu jirim, ianya tidak bergerak dan tidak diam, atawa berhimpun keduanya

pada satu masa, dan seperti lemah Allah Ta ‘ala dan buta-Nya, [ilkh].

Pejagaan. Adalah segala afrād mustahil itupun dua bangsa juga pada cakapan

Melayu kita.

Satunya, yang mesti takdak, iaitu lawan bagi Sifat Ma‘āni bagi Allah Ta‘āla,

seperti lemah-Nya Ta‘āla dan buta-Nya.

Keduanya, yang mesti tidak atawa dak jua, seperti baru Allah Ta‘āla. Cuba

diperati pada cakapan kita Melayu “lembu tak dak putus dak”. Wallahu a’lam.

Takrif Jāiz : “Mā yasihhu fi al-‘aqli wujūdahu wa ‘adamahu”, barang yang sah

dan boleh jadi pada akal “sungguh”nya dan “tidak”nya.

Penjagaan. Adalah lafaz wujūd dan ‘adam pada takrif ini seperti yang dahululah

juga. Kalau-kalau tak begitu maka tentulah tak termasuk upama buat mumkin di dalam

77

Page 78: Asas Al-I'tiqad

takrif Jāiz. Kerana ini perkara bukanlah yang sah pada akal adanya dan tiadanya, hanya

amar i’tibāri. Kalau begitu yang termasuknya

17

upama langit bumi jua. Misal Jāiz itu ialah seperti memberi pahala bagi yang ta‘at, dan

kayu batu upamanya. Wallahu a’lam.

Ketahui olehmu pula bahawasanya ada setengah mereka itu metakrifkan hukum-

hukum akal yang tiga itu begini : “Al-Wājibu mā lā yaqbalu al-intifā’”, ertinya “yang

wajib itu barang yang tidak menerima ia akan ternafi. “Al-Mustahīl mā lā yaqbalu as-

subūt”, ertinya “yang mustahil itu barang yang tidak menerima ia akan subut, yakni akan

sungguh”. “Al-Jāizu mā yaqbalu huma”, ertinya “yang jaiz itu barang yang menerima ia

keduanya”. Wallahu a’lam.

Adapun hukum-hukum adat itu seperti segala hukum akal juga pada

bilangannya dan nama-namanya.

Maka yang wajib pada adat itu ialah perkara yang biasa sebelah berlaku, serta sah

mukir dan menyalahi yang diberlaku itu, seperti hasil panas atawa hangus pada benda

yang dibakarkan dia dengan api, dan hasil kenyang bila banyak makan, dan hasil lindung

pada benda yang ditutup, demikianlah kamu kiaskan. Wallahu a’lam.

Adapun yang mustahil pada adat itu ialah ‘akas bagi yang wajib itulah, iaitu

perkara yang tak biasa berlaku serta sah berlakunya dengan jalan nadir, seperti lembu

beranak jadi manusia, dan seperti pokok anyur berbuah jadi buah durian, demikianlah

kamu kiaskan. Wallahu a’lam.

Adapun yang harus pada adat itu ialah perkara yang bersamaan dan boleh jadi

berlakunya dan tidaknya dengan kira adat, seperti berbuah pokok kayu yang sudah pakuh

dan padan berbuahnya, dan seperti turun hujan waktu pagi, atawa tengah hari atawa

petang, demikianlah kamu kiaskan. Wallahu a’lam.

Pejagaan. Adalah perkara yang bersifat dan bersepakai dengan hukum-hukum

adat yang tiga ialah pada hakikatnya kenakan yang harus pada akal belaka. Dan adalah

takrif-takrif yang tersebut itu ialah dengan semata-mata ambil maksud dan tujuan kepada

mubtadi-mubtadi yang bangsa Melayu, supaya menjadikan satu anak tangga jua bagi

beberapa anak tangga kepada pengetahuan yang tinggi-tinggi. Maka siapa-siapa yang

78

Page 79: Asas Al-I'tiqad

mempunyai pengetahuan yang tinggi-tinggi maka hendaklah tolong bena (b-n-a) dan

timbal kepada mubtadi-mubtadi yang mengambil guna dengan Risalah ini, janganlah

dipunggah dan rombak selalu sebelum nyata salah di sisi yang insaf-insaf. Wallahu

a’lam.

18

Kenyataan jalan batal dan karut perkataan mustahil qadim atawa azali atawa baru

dan juga takrif-takrif bagi tiap-tiap satu daripada tiga itu.

Ketahui olehmu bahawasanya perkataan mustahil qadim atawa azali atawa baru

itu karut belaka. Kemudian kalau-kalau pihak yang berkata itu mengeluarkan beberapa

dalil perkataan ulama atawa ayat-ayat Quran maka karut pula sekali lagi, iaitu diambilkan

yang betul dan yang elok buat saksi di atas yang karut. Nantilah tuan-tuan melihat dan

perati taqrir hamba di sini.

Maka hamba medahulukan bicara takrif-takrif bagi yang tiga-tiga itu.

Maka adalah qadim dan azali itu, di sisi qaul yang rajih lagi tahqīq, bersatu

keduanya. Sebagaimana ibarat Baijuri “.........”, ertinya : “Dan bermula perkataan yang

tahqīq bahawasanya qadīm dan azali itu dengan makna yang satu dan iaitu barang yang

tidak permulaan baginya, sama ada yang bangsa (1) takdak”. Dan ibarat Dasuqi begini :

“....”, ertinya : “Dan adapun segala Sifat Salbiah maka bersifat ia dengan qadīm [sedia],

jika berkata kita bahawasanya qadīm itu sepakat ia dengan azali, dan bahawasanya tiap-

tiap daripada keduanya ialah perkara yang tidak ada permulaan baginya. Sama ada ia

yang bangsa ada, seperti zat Allah Ta‘āla dan segala sifatNya yang bangsa “ada”, yakni

sifat ma‘āni, atawa yang bangsa şubut, yakni “sungguh”, atawa yang bangsa ‘adam,

yakni “ketiadaan”, seperti segala Sifat Salbiah dan ketiadaan kita, makhluk, pada azal.

Adapun Maqābil tahqīq, berkata ia qadīm itu “...”, ertinya : “Qadīm itu ialah yang ada

yang tidak permulaan baginya, dan azali itu perkara yang tidak permulaan baginya, sama

ada yang bangsa ada atau tidak.

Adapun yang “baru” maka baginya dua makna : Satunya, “wujūd ba‘da ‘adam”,

ertinya : “ada kemudian daripada tiada”. Inilah dikatakan maknya yang hakiki.

Keduanya, “mutajaddid ba‘da ‘adam”, ertinya : “yang berdatang-datangi atawa yang

berlaku kemudian daripada tidak”.

79

Page 80: Asas Al-I'tiqad

Hendaklah kamu perati baik-baik segala takrif yang tersebut itu hingga sampai

renti dan faham dan lekat pada mata-mata hati. Maka nyatalah bagi kamu bahawasanya

perkataan mustahil qadīm atawa azali atawa baru itu fasid dan karut, tidak

19

boleh dipegang dengan dia. Kenyataan fasidnya dan karutnya itu ialah yang mehukum itu

sangka ia dengan sebab terlampau tinggi kelasnya. Bahawasanya mustahil yang

termaklum dibicara itu termasuk ia di dalam takrif-takrif yang tersebut itu. Maka tempat

sangkanya dengan termasuk itu ialah pada ta‘mim mereka itu, dengan kata mereka itu

pada takrif qadīm dan azali itu “wujūdiyan kānā au ‘adamiyan”. Maka termasuklah

mustahil itu di dalam yang bangsa ‘adam, yang bangsa takdak kerana mustahil yang

takdak. Pada hal, mereka itu, ulama telah medatangkan misal perkara yang takdak, yang

termasuk di dalam umum itu, dengan segala Sifat Salbiah dan ketiadaan kita pada azal.

Maka di sisi yang berakal tetaplah sedar dan tahu bahawasanya Sifat Salbiah dan

‘adam makhluk pada azal itu sangat-sangat berlainan dengan mustahil itu, kerana

mustahil itu bukan ada, dan bukannya subut. Sungguh berslahan kedua-duanya itu. Maka

sungguhpun bukan ada tetapi bersifat ia dengan subut dan sungguh. Cubalah kamu

perati bila orang berkata “takdak Tuhan dan baru-Nya, [ilkh], itu sungguh”, maka

tidakkah orang kafir ia. Bersalahan bila orang berkata “sedia Tuhan sehingga akhir Sifat

Salbiah dan takdak makhluk pada sedia kala yang sebelum timbulnya itu sungguh”.

Maka tidakkah perkataan ini betul? Maka pada jawabnya, ya, ya. Bersalahan perkataan

yang dahulu, maka karut dan bahong. Pasal itulah jadi kafir yang berkatanya.

Kalau begitu, tetaplah yang bangsa ‘adam yang termasuk di dalam takrif qadīm

dan azali itu ialah yang bersifat dengan “sungguh”, lagi pula yang “takdak awal” dan

“takdak mula”, sebagaimana yang disarihkan pada awal takrif.

Adapun yang menyangka mustahil baru, maka tidak dibuat kira sekali-kali di sisi

yang berakal, kerana berlawan dengan takrif mustahil, seperti yang terdahulu sebutnya

pada bicara hukum akal. Lagi pula berhimpun dua yang berlawanan, kerana mustahil itu

80

(1) Katanya (yang bangsa takdak) yakni nama bagi takdak suatu benda, seperti segala

Sifat Salbiah. Lihatlah Hāsyiah Dasūqi muka 73

Page 81: Asas Al-I'tiqad

perkara yang tidak diterima “ada” dan “sungguh” dan “berlaku”. Dan yang “baru” itu

perkara yang ada kemudian daripada takdak atawa yang datang-datangi atawa berlaku

kemudian daripada tidak. Maka tetaplah perkataan itu mardud, ditolakkan lepas ke dalam

laut luas.

Pendeknya jalan membatalkan perkataan mustahil qadim itu beberapa jalan yang

terang dan nyata di sisi yang pandai memikir. Setengah daripadanya ialah mustahil itu tak

termasuk di dalam takrifnya seperti dahulu sebutnya. Dan setengah daripadanya, kalau

mustahil itu qadīm maka tetaplah jadi berhimpun dua yang berlawanan

20

pada sedia kala iaitu “ada” Allah Ta‘āla pun qadīm dan “sedia”Nya Ta‘āla, [ilkh], pun

qadīm belaka. Maka tiba-tiba “takdak”Nya Ta‘āla dan “baru”Nya Ta‘āla pun qadīm juga,

berhimpunlah “ada”Nya dan “takdak”Nya pada “sedia kala” lagi. Demikianlah

“sedia”Nya dengan “baru”Nya, [ilkh].

Maka semua ahli bicara “ilmu akal” berkata, berhimpun dua yang berlawanan itu

mustahil. Kalau begitu qadīm mustahil atawa azaliNya itu mustahil. Demikianlah kalau

mustahil itu baru, maka baru berhimpun dua yang berlawanan iaitu “ada” Allah Ta‘āla

dan “sedian”Nya, [ilkh], itu sedia lagi, dan “takdak”Nya Ta‘āla dan “baru”Nya, [ilkh],

itu baru sahaja. Maka berhimpunlah pada ketika itu “ada”Nya yang “sedia” itu dengan

“takdak”Nya yang “baru” itu, demikianlah dikatakan hingga akhir.

Dan setengah daripadanya kalau mustahil itu qadīm atawa azali dengan sebab

termasuknya di dalam jumlah perkara yang bangsa “takdak” pada sangka yang berkata

itu, maka mebawalah kepada jadi qadīm tiap-tiap perkara yang takdak. Seperti anak bagi

yang mandul, dan gajah daripada emas atawa daripada perak, yang hidup dapat dimuat

berpikul-pikul, masalan, maka tetaplah menjadi bahong yang nyata bagi mubtadi dan

budak-budak.

Demikianlah kalau mustahil itu “baru”, maka “baru” juga upama anak bagi yang

mandul dan gajah itu. Maka di sisi yang suka berpikir, padan ia dengan pikir dan renu

beberapa wajah dan jalan yang tersebut itu. Dan elok bagi siapa-siapa daripada guru-

guru menambahkan beberapa jalan yang lain lagi pada mebatalkan perkataan mustahil

qadīm atawa azali atawa baru itu, supaya ghaib ia dengan besegera lepas ke laut luas.

81

Page 82: Asas Al-I'tiqad

Dan apabila kamu nyata dan terang beberapa taqrir dan surahan itu, maka

nyatalah pula bahawasanya mustahil bukannya qadīm dan bukannya azali dan bukannya

baru itu wajib pada akal, tentu sungguh begitu, tak terima tidak sekali-kali. Seperti juga

anak bagi yang mandul, dan upamanya itu, bukannya tua dan bukannnya muda itu mesti

begitu dan sungguh begitu. Siapa-siapa berkata tuanya atawa mudanya itu tetaplah karut

dan bahong. Dan kadar ini pun memadai dan padan dah.

Saudara-saudaraku mengambil pikir sementara berjupa ibarat-ibarat ulama dan

sereng-sereng mereka itu, tetapi boleh lagi saudara-saudaraku mengambil sedikit-sedikit

lagi taqrir pada menjawab hamba akan beberapa iktirad muktarid yang lagi akan datang

bicaranya.

Kenyataan iktirad muktarid pada beberpa tempat di dalam Risalah hamba yang

dahulu daripada ini serta diiringkan dengan jawabnya.

Yang pertama, dia meiktiradkan pada perkataan hamba di dalam Asas

21

al-I’tiqad pada metakrifkan Jāiz, dengan kata hamba “barang yang boleh jadi kedua

belah, “sengoti” atawa “bahong”, “ada” atawa “tidak”. Muktarid sangka kata hamba

pasangkan makna Wujūdihi yang di dalam takrif Jāiz yang termaklum di dalam kitab-

kitab Arab itu dengan “sengoti”, dan makna ‘adamu itu dengan “bahong”, maka iaitu

gharib lagi tidak makruf di sisi Arab dan Jawi. Dengan panjang lebar perkataan muktarid

itu sehingga dia kata mardud, yakni ditolak.

Maka pada jawabnya begini : Adalah hamba sungguh pun bukan daripada

jumlah yang berkelas bagian-bagian darpada sekolah Arab dan lain-lainnya, maka tidak

jahil lagi makna lafaz Wujūd dan ‘adam. Barang kali muktarid jua jahil hal didikan

mubtadi-mubtadi yang baru keluar daripada tak mumayiz, dan yang baru keluar daripada

upama panggung, dan jahil juga perkataan Syaikh Khalil dengan sebegininya

maksudnya : “Cakapan yang kita hendak memberi renti dan faham kepada yang lain itu

diperwakan dan dipanjangkan, dan cakapan yang untuk dihafazkan itu dipendekkan dan

diperkemaskan”.

82

Page 83: Asas Al-I'tiqad

Kalau begitu cuba ikhwan perati bahawasanya Risalah hamba yang yang ada

ibarat sebegitu itu ialah nama Asas al-I’tiqad , bermaknanya lunas atau humbi bagi

iktikad, yang dinyatakan yang lagi-lagi itu di atasnya yang dihantarkan dia untuk

mubtadi yang tersebut itu. Maka patutlah bagi yang mengajarkan mereka itu paling

daripada terjemah betu-betul kepada pitas maksud dan tujuan jua. Dan jikalau dengan

memberi celah dan pulang bagi mereka itu mebahaskan kita sekalipun, supaya

bertambah-tambah hemah mereka itu kepada berlajar lagi yang lag-lagi, dan supaya

mencari-cari merka itu akan beberapa wajah faham bagian-bagian.

Lagi pula cuba ikhwan perati pada idangan-idangan yang diangkatkan pada

hadapan upama muktarid itu, tidakkah ada di dalamnya beberapa bagi lauk dan ulan-ulan

pada melalukan makanan. Sama telah pula dilentangkan kepada yang sakit-sakit. Kalau

begitu eloklah bagi kita yang mengajarkan mubtadi-mubtadi lentangkan dengan

berbagai-bagai cakapan supaya mereka itu faham. Kalau tidak faham dengan begitu,

maka dengan begitu pula, demikianlah sehingga faham mereka itu walau dengan tidak

terjemah daripada bangsa Arab sekalipun.

Maka pada ibarat hamba yang termaklum itu adalah tujuan hamba begini : Jāiz itu

barang yang boleh jadi kedua belah, “sengoti” atawa “bahong” pada ceritanya, “ada”

atawa “tidak” pada dirinya. Bersalahan yang wajib pada akal, maka “tentu sengoti” pada

cerita dengan isbat dan “tentu bahong” pada cerita

22

dengan naïf. Dan mustahil pada akal itu dengan ‘akasnya. Cuba perati di dalam Kifayat

al-‘Awam. Dan janganlah ditakutkan lekeh dengan sebab perati kitab kecil. Ikan besar di

dalam air yang sedikit itu jinak ia. Wallahu a’lam.

Yang keduanya, tentang ibarat hamba di dalam Taqrib al-Ikhwan pada kata

hamba : “Dan kata qaul yang kuat bahawasanya qadīm azali bersatu makna keduanya,

iaitu sabit perkara yang tidak ada mula-mula baginya, sama ada benda yang “ada” atawa

yang semata-mata “sungguh” dan “sengoti” jua”. Maka di sini muktarid itu sangka kata

hamba terjemah ibarat ini daripada takrif qadīm dan azali yang termaklum itu, yakni “Mā

lā awwala lahu wujūdiyan kāna au ‘adamiyan”, maka pada sangkanya hamba ini yang

jahil makna ‘adamiyan, [ilkh].

83

Page 84: Asas Al-I'tiqad

Maka jawabnya begini : Adalah lafaz atawa yang semata-mata “sungguh” dan

“sengoti” itu bukanlah hamba terjemah daripada lafaz Arab itu dan bukanlah hamba jahil

maknanya. Hanya hamba nak tafsairkan kepada mubtadi bahawasanya lafaz ‘adamiyan

yang ada pada takrif itu bukanlah dikehendaki dengan dia sebarang mana yang tak ada

seperti sangka muktarid itu. Kerana jikalau dikehendaki begitu maka mebawalah kepada

fasid, iaitu jadi qadīm dan azali tiap-tiap perkara yang tak ada. Sehhingga ilmu bagi

upama muktarid yang tak ada padanya itupun qadīm dan azali juga. Dan sehingga anak-

anak bagi yang mandul pun demikianlah. Maka ini bukanlah sekal-kali dikehendaki oleh

mereka itu. Hanya yang mereka itu kehendaknya ialah ‘adam yang cukup dan berhimpun

padanya dua syarat, iaitu yang tiada permulaan baginya dengan dalil awal takrif mereka

itu pada kata “Mā lā awwala lahu”; yang keduanya, yang bersifat dengan “sungguh”,

dengan dalil misal mereka itu dengan Sifat Salbiah bagi Allah Ta‘āla dan denga ‘adam

makhluk pada azal, seperti di dalam Dasuqi yang hamba sebut dahulu itu.

Maka dua bangsa ini, sungguhpun yang ‘adam, tetapi berhimpun padanya dua

syarat itu, iaitu yang “tiada permulaan” dan “sungguh” keduanya pada diri keduanya.

Bersalahan segala yang mustahil, maka tak begitu. Maka di antara dua perkara itu

sangat-sangat berlain seperti di antara putih dengan hitam upamanya. Siapa-siapa yang

tidak mumaiyiz maka sahlah ditasybihkan dengan yang tak mumaiyiz. Cubalah perati

ibarat Dasuqi : “……..”

23

ertinya : “Maka diketahuikan daripada barang yang telah menyurah kita, yakni pada awal

ibarat ini, bahawasanya segala afrād bagi mustahil itu “tidak sungguh” bagi suatu daripa

danya pada diri perkara dan tidak juga pada luar bagi segala ‘ain, kerana tidak ada suatu

pada keduanya”. Dikatakan baginya berhimpun dua yang berlawanan atawa syarīk al-

bāri, masalan. Bersalahan Sifat Salbiah dan ketiadaan segala alam pada azal, maka

bahawasanya bagi keduanya tahaqquq dan “sungguh” pada diri perkara. Dan jika tidak

tahaqquq bagi keduanya pada luar bagi segala ‘ain sekalipun, dan antara keduanya, yakni

antara afrād mustahil dan Sifat Salbiah serta ‘adam segala alam pada azal itu berjauhan,

intaha.

Maka nyatalah bagi kita, yang dengan ibarat ini, bahawasanya ‘adam yang

termasuk di dalam takrif qadīm dan azali itu ialah yang bersifat dengan tahaqquq dan

84

Page 85: Asas Al-I'tiqad

sungguh. Adapun ketiadaan permulaan itu ialah disarihkan pada awal takrif lagi. Maka

keluarlah segala yang mustahil. Maka fasal inilah hamba memendekkan tafsir hamba di

dalam Taqrīb al-Ikhwān itu dengan sebegitu perkataan. Maka nyatalah pula sekali lagi

bahawasanya muktarid kata mardud itu ialah semata-mata tergelicir kalamnya jua dengan

bertambah huruf “dal” yang kedua. Maka yang betulnya merdu. Dan nyata sekali pula

bahawasanya sangkaan muktarid kata mustahil itu termasuk di bawah azali, bahkan di

bawah qadīm, dan juga berdalilnya dengan “sungguh” dan “sengoti” mustahil itu, dengan

dibuat kirakan dia takluk ‘Ilmu Allah Ta‘āla. Maka adalah sangkaan itu karut. Bolehlah

di sini dikatakan mardud dengan ditambahkan “dal” yang kedua itu. Wallahu a’lam.

Yang ketiganya, muktarid berkata ‘adam itu boleh disifatkan dengan azali,

kerana termasuk di dalam takrifnya “Kamā lā yakhfākum”. Dan mustahil itu ialah ‘adam.

Kalau begitu mustahil termasuk di bawah azali, bahkan di bawah qadīm pun.

Maka jawabnya begini : Ya, ya, betul, mustahil itu ‘adam. Tetapi yang tak

betulnya curang muktarid dan menarik muktarid akan mustahil itu bawa pergi bubuh di

dalam jumlah ‘adam yang tak benar atasnya oleh takrif azali dan takrif qadīm itu, serta

menjual muktarid itu akan jahil dirinya pada tak mumaiyiz akan ‘adam, yang dikatakan

mustahil dengan ‘adam, yang dikatakan Sifat Salbiah dan ‘adam makhluk

24

pada azal. Pada hal mustahil itu ialah setengah daraipada umūr i‘tibāriah yang ikhtirā‘iah

yang tidak tahaqquq “sungguh” segala afrādnya. Seperti berkata Abdurrahman Jaziri di

dalam Tawādih al-‘Aqāid : “….”, ertinya : “Bermula segala rupa bagi segala mustahil

yang bangsa zihin itu ialah beberapa rupa yang bangsa ikhtira’, yakni yang direngkah-

rengkah jua”.

Bersalahan ‘adam yang dimisalkan dia pada takrif qadīm dan azali di dalam

Dasuqi yang dahulu itu, iaitu Sifat Salbiah dan ‘adam makhluk pada azal. Maka telah

dikatakan di dalam Dasuqi juga dengan berjauhan. Tetapi apa boleh buat kerana muktarid

itu barang kali sebab terlampau tinggi kelasnya maka terkaya daripada perati kebanyakan

ibarat ulama, atawa kerana sangat gaduh pada nak iktirad hamba, serta lupa ia akan

dirinya sendiri. Wallahu a’lam.

Yang ke empat, muktarid berkata ta’wil hazaf “mudaf” pada ibarat-ibarat yang

memberi waham akan qadīm mustahil atawa azalinya dengan dibuang lafaz “ketiadaan”,

85

Page 86: Asas Al-I'tiqad

seperti dikatakan ketiadaan syarik al-bāri, masalan. Muktarid berkata, ta’wil itu

menyalahi dengan hurai ulama yang dahulu-dahulu, [ilkh], dengan panjang lebar.

Maka pada jawabnya begini : Adalah ketiadaan dengan ada hazaf mudah pada

tempat yang termaklum itu menyalahi ia dengan takrif-takrif ulama yang dahulu-dahulu,

seperti pada kata mereka itu “Mā lā awwala lahu” atawa “Al-amru al-lazi lā awwala

lahu”, ertinya : “Barang yang tidak ada permulaan baginya atawa perkara yang tidak ada

permulaan baginya”. Maka kita yang memikir telah maklum bahawasanya ‘adam semata-

mata seperti segala yang musthil itu tidak sah bahawa dikatakan “yang tidak ada

permulaan baginya” dengan jalan “ada”nya atawa “sungguh”nya. Kalau begitu kejaplah

“yang tidak ada permulaan” itu ialah “ketiadaan”nya dan “tidak”nya. Maka “” dan

“tidak”nya itu sedia lagi, bukan baru-baru jua. Maka tak dapat tidaklah daripada ta’wil

itu di sisi yang pandai memikir dan yang faham hukum akal, iaitu makna mustahil dan

faham pula bahawasanya yang mustahil dibelajarkan dia untuk meiktikadkan

ketiadaannya. Maka fasal inilah hamba berkata di dalam Taqrīb al-Ikhwān ini zahir ia dan

terang ia di sisi yang mengerti akan makna mustahil.

Maka makna mustahil itu ialah perkara yang tidak membenar oleh ampunya

akal akan sungguhnya, sama telah pula adanya. Maka macam manalah disifatkan dia

dengan ketiadaan awal baginya. Maka nyatalah sah perkataan hamba itu dan batallah

25

dan karutlah perkataan muktarid dengan tidak sah dan batal perkataan ini.

Ketahui olehmu, bahawasanya berhajat kepada ta’wil ini ialah pada tempat yang

meberi waham akan qadīm mustahil atawa azalinya jua, yang hamba sebutkan di dalam

Taqrīb al-Ikhwān itu. Bukanlah hamba suruh ikhwan ta’wil pada tiap-tiap tempat yang

disebutkan mustahil. Maka janganlah ikhwan kena tertipu seupama muktarid dengan

upama ibarat Fathu al-Majid, yang bermaksudnya : “Tuhan tahu diri mustahil sendiri”,

bukan dengan makna “tahu istihālatnya itu wajib”. Maka termasuklah di dalam jumlah

Tuhan tahu perkara yang wājib. Maka dengan ibarat yang seumpama ini muktarid sangka

kata ulama tak beri ta’wil mustahil itu dengan istihālatnya pada tempat yang dimaklum

bicaranya itu. Maka adalah fahamnya dengan buruang itu silap, kerana dusta kalau-kalau

tidak ta’wil mustahil dengan istihālatnya. Maka tetaplah meyalahi dengan qadīm atawa

azali.

86

Page 87: Asas Al-I'tiqad

Adapun di sini yakni pada bicara takluk ilmu ini betul tidak berhajat kepada ta’wil

itu, bahkan mebawalah ta’wil itu kepada silap. Misalnya begini, pada maksud ibarat

seumpama Fathu al-Majīd itu seperti kita tahu kata diri pandai ilmu bagian-bagian, maka

tiba-tiba kita berjupa satu Risalah mehukum “mustahil qadīm” atawa azali atawa baru.

Maka tahulah pula kata pandai ilmu bagian-bagian itu tidaknya pada pengarang Risalah

itu, yakni kita tahu dua perkara pada misal itu. Begitu juga Allah Ta‘āla tahu perkara

mustahil itu perkara bagian-bagian, serta tahu juga kata tidak perkara itu. Wallahu a’lam.

Yang kelima, muktarid tak cerah perkataan hamba di dalam Taqrīb al-Ikhwān

dan tidak dikatakan mustahil itu baru. Muktarid berkata tidak beralasan yang teguh

daripada dalil. Istimewa pula berlawan dengan nas Qurān menyebutkan perkara yang

mustahil “berlambak-lambak” dan berderu-deru di dalamnya dengan jalan ada dan baru.

Setengah daripadanya : “…..”, ertinya : “Menjadi mereka itu segala kafir akan beberpa

bandingan supaya menyesat mereka itu daripada jalannya”, yakni pada sangka muktarid

itu seumpama to’kom-to’kom itu ialah segala yang mustahil yang baru dan setengah

daripadanya. “……”, ertinya : “Maka berkata mereka itu, ini ialah bagi Allah Ta‘āla

dengan sangka mereka itu segala kafir dan ini ialah bagi kosi-kosi kita, yakni to’kom-

to’kom..” hingga akhir

26

ayat, maka pada sangka muktarid itu adalah syurakā’ yang disebutkan di dalam ayat ini

pun ialah segala yang mustahil yang baru juga.

Maka pada jawabnya begini : adalah muktarid itu bukan ianya iktiradkan

perakataan hamba itu, hanya dia tak cerah jua. Kerana upama muktarid itu tak song nak

iktiradkan perkataan yang nyata sebenar di sisi yang berakal. Maka keterangan palsu dan

karut mustahil baru itu telah hamba hurai dah dahulu lagi. Adapun yang hamba nak sebut

di sini ialah sebagai menyatakan jalan karut berdalil muktarid dengan ayat-ayat Qurān itu

di atas keadaan mustahil itu baru dan juga di atas keadaan pernama muktarid upama

to’kom-to’kom itu dengan mustahil yang baru.

Adapun firman Tuhan : “………” , Maka adalah seumpama to’kom-to’kom yang

disembahkan oleh puak kafir itu bukanlah sekeliannya daripada perkara mustahil, kerana

itu perkara “ada” ia. Maka berlawanlah dengan takrif mustahil yang termaklum di sisi

mubtadi itu. Adapun dinamakan dia dengan “syirik” itu maka di sisi segala yang

87

Page 88: Asas Al-I'tiqad

menyembah dia jua sangka sangka begitu. Adapun pada hakekatnya tidak-tidak, dengan

dalil firmanNya Ta‘āla: “……..”, ertinya “Puji-puji bagi Allah Ta‘āla yang tidak

mengambil ia akan anak dan tidak ada bagiNya syirik”. Dan lagi firmanNya Ta‘āla:

“…….”, ertinya : “Di manalah segala syirik bagi aku yang telah adalah kamu duk sangka

kamu, yakni hak kamu duk sangka kata mereka itu syirik bagiku”, yakni pada hari kiamat

Tuhan inkarkan dengan perkataan yang tersebut akan sangkaan-sangkaan yang kafir

dengan sebegitu itu. Dan lagi firmanNya Ta‘āla “……”, ertinya : “Tidak ada syirik

bagiNya”

Pendeknya dengan diperatikan pada beberapa ayat Qurān, “syirik” bagi Tuhan itu

takdak sekali-kali pada azal lagi takdak itu. Maka dengan upama itu-itu firman juga jadi

dalil yang kuat bagi kita yang berakal bahawasanya ketiadaan perkara mustahil qadīm

lagi azali. Bukanlah jadi dalil di atas keadaan syirik itu qadīm atau azali, sama telah pula

barunya, maka jauh-jauh. Kalau begitu nampaknya muktarid itu suka nak masuk kosi

dengan segala yang menyembah, upama to’kom-to’kom itu, pada pernamakan to’kom-

to’kom itu dengan syirik bagi Allah Ta‘āla. Maka janganlah-janganlah. Kalau begitu

muktarid kata berlambak-lambak

27

dan berderu-deru disebutkan segala mustahil yang baru di dalam Quran dengan jalan

adanya itu ialah tak kena kepada yang mustahil, kerana muktarid tak kenal dia dengan

sebab terlajak kelasnya.

Adapun alasan bagi keadaan mustahil itu bukannya baru itu ialah memadai

dengan perati sehingga faham akan maksud takrif mustahil dan juga takrif yang baru.

Maka siapa-siapa yang berkehendak kepada yang lain lagi barulah dia nak percaya, maka

orang itu bodo ia dan bendok (benak?) ia. Wallahu a’lam.

Yang ke enam, muktarid itu tak termasuk di akal dia pada ibarat hamba di dalam

Taqrīīb al-Ikhwān. Adapun buta tuli, dan sebagainya, yang pada manusia upamanya itu,

maka bukannya mustahil, [ilkh]. Kata muktarid, jikalau kita tilik pada dalil

Mukhālafatuhu Ta‘āla Lil-Hawādis maka termasuk buta, tuli, dan sebagainya, di dalam

bagian mustahil, dengan dalil : “……”, ertinya : “Maka tiap-tiap barang yang engkau

lihat akan dia atawa terlintas ia dengan hati engkau, maka Allah Ta‘āla bukan Ia begitu.

Dan ada lagi beberapa dalil muktarid bawa datang dengan panjang lereknya.

88

Page 89: Asas Al-I'tiqad

Maka pada jawabnya begini : Adalah upama buta tuli pada manusia itu

bukannya daripada perkara mustahil kerana adanya, maka tak termasuk di dalam takrif

mustahil zahir ia di sisi mubtadi, melainkan di sisi muktarid jua, dengan sebab terlampau

kelasnya itu jadi semabul perkara mumkin dan jāiz dengan mustahil. Maka barang kali

muktarid itu dengan sebab sangat gaduh nak tolak hamba beri jatuh dan rebah itu, maka

tergelicirlah kakinya dan tersambarlah tangannya di atas perkara yang jāiz maka sangka

ia akan perkara yang mustahil. Serta terlupa ia akan bahawasanya perkara yang disambar

itu kalau ianya yang mustahil tentulah tak dapat disambarkan.

Maka barang kali juga muktarid nak kata upama buta, tuli yang tersebut itu

mustahil pada pihak menyerupainya dengan Allah Ta‘āla. Maka tiba-tiba dengan

terlampau gaduhnya berkata ia dengan sebegitu perkataan, yakni termasuk buta, tuli dan

sebagainya di dalam bahagian mustahil. Pada hal yang termasuk di dalam bagian

mustahil itu ialah tentang menyerupainya dan menyamainya dengan Allah Ta‘āla. Maka

menyamai dan

menyerupai yang mustahil itu bukanlah ketentuan yang tersebut jua, hanya merata ia

akan tiap-tiap mumkin dan jāiz. Kalau upama buta, tuli, yang tersebut itu, dirinya

daripada mustahil, seperti sangkaan muktarid itu, maka langit, bumi dan barang yang

antara keduanya

28

dan semua makhluk sehingga diri muktarid dan ilmunya pun mustahil belakalah, dan

mustahil habislah Allah, Allah, besarNya. Bila jahil yang seperti ini mitalah Allah Ta‘āla

sepak beri jauh, takut terkena di atas yang tidak berkelas dan di atas yang mengerti

maksud Sya‘ir : “….”, ertinya : “Berapa banyaklah daripada yang mecela-cela dan cerca

perkataan yang sah dan yang molek dan bermula dan penyakitnya daripada faham yang

daif”. Wallahu a’lam.

Tanbih. Jaga lekas dan cepat-cepat hai mana-mana saudaraku, yang lalai atau

yang jendera, marilah kita muwafakat melihat alasan-alasan yang teguh dan yang besar

sekali bagi muktarid, yang dengan dia boleh dia sangka kata mustahil itu ada yang qadīm

dan ada yang baru, iaitu ibarat Fathu al-Majīd yang hamba campurkan matan bersekali

dengan syarah : “………”. Ertinya, “berkata setengah mereka itu dan tidak

ditasauwurkan pada segala perbuatan itu kam muttasil, kerana bahawasanya jika

89

Page 90: Asas Al-I'tiqad

ditasauwurkan dia dengan berbilang-bilang segala perbuatanNya Ta‘āla, maka tidak sah

dinafikan Dia, kerana bahawasanya sabit ia.

Maka segala perbuatanNya Ta‘āla banyak daripada menjadi dan memberi rizki

dan mehidup dan memati, hingga yang lain daripada yang demikian itu. Dan bukalah

perkara itu seperti barang yang berkata ia, tetapi ditasauwurkan padanya kam muttasil.

Dan maknanya “bahawa ada bagi Tuhan itu syarīk, yang menolong ia pada perbuatan

daripada segala perbuatan. Dan ini melengkapi ia bagi barang yang apabila adalah syarīk

itu yang qadīm dan bagi barang yang apabila ada ia yang baru, intaha.

Berkata hamba, adalah dengan ibarat ini muktarid itu sangka kata pengarang

Fathu al-Majīd itu mehukumkan “mustahil” itu ada yang qadim dan ada yang baru.

Adapun hamba tidak faham begitu, dengan sebab tidak berkelas sekian-sekian daripada

sekolah Arab dan lainnya. Hanya yang hamba fahamnya begini : Pengarang itu

mehukumkan dengan boleh ditasauwurkan kam muttasil pada af‘āl dengan bahawa ada

bagiNya Ta‘āla syarīk yang menolong akan-Nya Ta‘āla pada satu perbuatan daripada

beberapa perbuatan. Maka itu syarīk takdak ia; yang qadīm pun takdak,

29

dan yang baru pun takdak. Sebagaimana [yang] kita yang berakal telah mengetahui

bahawasanya yang mustahil itu, yang qadīm pun takdak dan yang baru pun takdak juga.

Maka syarīk bagi Allah Ta‘āla itu setengah daripada afrād bagi mustahil. Maka tetaplah

tak ada syarīk itu, sama ada yang qadīm atawa yang baru. Maka benarlah firmanNya

Ta‘āla : “……”, ertinya : “Dan tidak ada bagiNya Ta‘āla syarīk”.

Maka dengan ibarat Fathu al-Majīd itu boleh bagi yang berakal berdalil atas

bahawasanya syarīk itu bukannya qadīm dan bukannya baru. Demikianlah ketinggalan

daripada segala yang mustahil. Misalnya, seperti kita berkata “aku ini yang tidak

berharta”. Dan ini perkataan melengkapi ia akan bahawasanya “harta” yang takdak itu

yang qadīm, yakni yang lama dengan dapat pesaka daripada orang-orang dahulu pun tak

dak, dan yang baru dapat dengan pisah sendiri, upamanya, pun tak dak juga. Maka ini

perkataan bukanlah yang berkata itu bercerita dan mehukum dengan bahawa hartanya tak

dak; yang lama pun takdak, yang baru pun tak dak. Dan dengan ini perkataan boleh kita

yang berakal berdalil di atas bahawasanya harta-hartanya bukan yang lama dan bukannya

yang baru. Taammul summa taamul!

90

Page 91: Asas Al-I'tiqad

Dan kita yang berakal tak kena tipu dengan sah tarkib ibarat Ilmu Nahu dengan

kata “Asy-syarīk qadīmun, asy-syarīk hadīsun” bila dibaung lafaz “kānā”. Maka ini

tarkib, sungguhpun sah ia pada i’rab Ilmu Nahu, tetapi maknanya fasid, jaga-jaga, jaga-

jaga! Nahu serba salah itu orang tua kata “nahah” (nahas?), demikian dikiasakan kelas

serba salah itu “geloso menulus dada”. Wallah a’lam.

Ayuhai ikhwan, marilah kamu medengar dan melihat beberapa perkataan yang

keluar daripada upama yang gocoh buta dengan tidak berpating untuk berdalil dan

mekuat di atas qadim mustahil yang tentu palsu dengan upama takrir-takrir yang

terdahulu sebutnya itu.

Stengah daripada ada yang berkata, kalau-kalau mustahil itu tak qadīm dan tak

baru maka, maka tetaplah ada benda yang antara qadīm dan baru. Pada hal sekelian

benda itu tak sunyi daripada yang qadīm atawa yang baru.

Maka kita jawab, uf (alif-wau-pa), kalau benda yang “ada” atawa yang

“sungguh”, maka sungguhlah tak lepas daripada yang qadīm atawa yang baru, maka

mustahil itu di mananya “ada” dan di mananya “sungguh”. Bahkan ianya lebih-lebih lagi

daripada upama anak bagi yang mandul itu daripada perkara yang mumkin dan jāiz. Maka

dengan hal itu pun tak dikatakan juga yang tua atawa yang muda, kerana ianya bukannya

yang “ada”

30

Dan bukannya yang “sungguh”.

Dan setengah daripadanya, ada yang berkata, tidakkah mustahil itu lawan bagi

yang wājib. Seperti lemah maka lawan bagi qudrat, maka qudrat itu qadīm. Kalau begitu

lemah pun qadīm juga.

Maka kita jawab, adalah lawan pada pecaraan ini bukanlah seperti lawan pada

upama lembu belaka, yakni masing-masing tonyoh berebut menang, maka tak begitu.

Siapa-siapa faham begitu maka orang itu salah. Maka dikehendaki di sini ialah qudrat itu,

yang melawan dia, yang tak berhimpun dengan dia itu ialah lemah. Maka qudrat itu sabit

dan ada sedia kala pada Tuhan.

91

Page 92: Asas Al-I'tiqad

Kalau begitu lemah yang tak berhimpun dengan dia itu takdak sedia kala pada

Tuhan. Bukanlah sedia kala diri lemah, hanya sedia kala diri “takdak”nya pada Tuhan,

ialah dikatakan tak lemah atawa bukan lemah. Dan lemah, tak lemah itu, dua perkara

yang suku sakat tidak disemabul di sisi yang berakal. Kerana apabila dikatakan tak lemah

Tuhan, atawa bukan lemah Tuhan, atawa takdak lemahTuhan, maka betul bersalahan

apabila dikatakan lemah Tuhan, maka kiaslah yang lagi-lagi. Wallahu a’lam

Dan setengah daripadanya yang berkata mustahil lemah Tuhan itu bila?

Maka kita jawab, uf (alif-waw-fa), pertanyaan engkau itu tak boleh dijawabkan

dengan sedia atawa baru, kerana seperti engkau tanya lemah Tuhan itu bila?, dengan

sebab mustahil dengan lemah umum dan khusus, yakni mustahil itu umum dan lemah itu

satu daripadanya.

Dan setengah daripadanya, ada yang berkata mustahil itu ialah “Ma la yaqbalu

al-subut”, ertinya ialah “Barang yang tak terima subut”. Kalau begitu tak terima subut

itu bukan baru-baru sahaja, hanya sedia kala lagi.

Maka kita jawab, hendaklah engkau berhenti dahulu daripada gocoh buta itu

dengan engkau berfikir dahulu, iaitu adakah benda yang tak terima subut dengan tak

terima subut itu bersatu makna keduanya, yakni hak tula atawa lain-lain. Dan adakah

anak bagi yang mandul dengan takdak anak baginya itu bersatu makna keduanya, dan hak

tula keduanya atawa lain-lain. Kalau-kalau engkau berbeza dua ini, maka hamba pun

boleh tolong royat dan tolong menyatakan silap engkau itu, iaitu tak terima subut dan tak

terima sungguh dan tak terima ada dan tak terima berlaku perkara yang mustahil itu sedia

lagi.

Dan perkara yang tak terima yang demikian itu atawa barang yang tak terima

demikian itu atawa benda yang tak terima demikian

31

itu bukannya sedia. Seperti juga tak dak anak bagi yang mandul itu lama dah dan anaknya

itu bukannya lama. Kalau begitu takrif mustahil yang engkau berpegang itu molek dan

betul, dan tak terima subutnya itu bukan baru-baru, hanya sedia lagi, maka betul juga.

Tetapi tak terima subut bukannya mustahil, hanya mustahil itu ialah barang yang tak

terimanya.

92

Page 93: Asas Al-I'tiqad

Hendaklah berhenti dahulu daripada gocoh buta seperti itu. Dan silalah engkau

berlajar beza yang rendah-rendah dahulu, seperti beza yang tak dak itu; adakah hak tula

dengan takdaknya, atawa hak lain-lain. Kalau-kalau engkau berasa tak berbeza lagi di

antara dua perkara itu dan juga pada upama-upama keduanya, maka molek juga engkau

berhampir di tempi (tepi?) upama pondok-pondok yang buruk pula supaya mencari

sekung (s-k-u-ng), dan jikalau tak dapat dengan dia menjadi tangga bagi kelebihan dunia

sekalipun. Mujur-mujur dapatlah bagi engkau menjadi tangga bagi yang sebenar dan

betul dengan Allah Ta‘āla sehingga terus kepada syurga akhirat. Wallahu a’lam.

Nasihat kepada mereka yang berpegang dengan qadīm mustahil atawa azalinya,

iaitu pada upama buta, tuli Tuhan itulah yang dinamakan dia mustahil.

Adapun upama buta, tuli makhluk, maka bukannya daripada yang mustahil,

seperti yang terdahulu sebutnya. Kalau begitu, kalau-kalau mustahil itu qadīm atawa

azali, maka dimanalah dia duduk dan di manalah dia ada. Kalau-kalau adanya pada

Tuhan juga-juga maka berhimpunlah pada Tuhan itu, upama buta, tuli dengan sami’

basar, upamanya. Maka tetaplah tidak begitu, lagi salah pegang begitu. Dan kalau-kalau

adanya dengan jalan mebawa diri sendiri, maka sangat-sangat nyata tidaknya, kerana

yang bangsa sifat tak boleh bawa diri. Dan kalau-kalau adanya pada makhluk, maka

bukannya daripada mustahil.

Dan jika adalah qadīm mustahil itu dengan makna takdakNya dan tak menerima

adanya pada Tuhan sedia kala lagi, maka ini bukanlah daripada perkara yang dinamakan

dia mustahil, seperti yang terdahulu sebutnya. Dan jikalau adalah perkataan dengan

qadīm mustahil atawa azali atawa barunya itu dengan semata-mata kacang-kacang dan

keras perutnya jua dengan sebab telah terlajak dah beberapa lama kemari, dan orang-

orang yang percaya dengan buta tuli pun banyak dah, maka malulah yang fatwa itu nak

mengaku salah atawa nak rujuk kepada yang betul. Maka adalah ini bawakan salah pula

sekali lagi, kerana kata mereka itu : “....” , ertinya : “Bermula kembali kepada yang

sebenar itu terlebih baik

32

93

Page 94: Asas Al-I'tiqad

daripada kepanjangan pada yang karut”. Lagi pula, malau daripada yang sebenar itu

salah, frimanNya Ta‘āla: “....”, ertinya : “Dan Allah Ta‘āla tidak malu Ia, yakni tidak

meninggal Ia, daripada yang sebenar”.

Adapun yang berkata mustahil lemah, dan upamanya itu, sedia kala lagi, maka

adalah orang ini dia nak kata istihālat lemah, dan upamanya, sedia kala, yakni tak lemah

[ilkh] itu sedia. Tetapi dengan sebab jahil lughah itu terlajak mulut dia kepada terbit

perkataan itu dengan tidak sedar. Wallahu a’lam.

Nasihat kepada anak-anakku hingga cucu cicik dan kepada saudara-saudara yang

bersepingkat dengan mereka itu.

Hendaklah kamu tahu bahawasanya di atas dunia ini bukanlah sekali-kali tempat

kediaman kita yang sudah dan yang tetap dan jikalau Tuhan beri kepada kita beberapa

kelebihan dan jenuh jena, serba serbi, dan rumah-rumah yang sangat kukuh sekalipun,

dan sebodo-bodo manusia itu ialah mereka yang tak sedar dan yang tak pikir perkara ini.

Maka sentiasalah di dalam memisahkan kelebihan dunia daripada muda hingga terkejut

mati di dalam hal tidak perduli; apa berlajar, apa sembahyang, apa puasa. Demikianlah,

maka adakah berharga dan berguna kelebihan yang dipisah pada ketika itu. Amboi,

takutnya perkara ini!

Dan hendaklah kamu pikir pada kelakuan seorang yang salah dengan Kerajaan,

upamanya, maka menangkapkan dia oleh Kerajaan dan mehukum ia di atasnya dengan

dihabaskan dan dijilkan selama-lamnya, atawa di dalam masa yang lama. Dan sebelum

daripada sampai masa jil itu, pihak Kerajaan pun menyukakan dengan beri berbagai-

bagai pakaian, dan makanan, dan minuman, dan metabalkan dan melantikkan jadi

pembesarnya dengan pura-pura jua. Maka apabila sampai masa jil itu dibubuhkan dia ke

dalamnya dan diazabkan dia di dalamnya. Maka adakah orang itu pada ketika itu

memberi gunakan dia oleh menyuka Kerajaan dengan yang tersebut dahulu itu. Peratilah

olehmu, sekali kemudian daripada sekali, bandingan ini, hingga sedar kamu.

Dan hendaklah perati kamu pula pada kelakuan seorang yang menghalaukan dia

oleh Kerajaan dengan masuk hutan, upamanya, dan dipaksakan dia dengan menamkan

berbagai-bagai tanaman, maka ia menurutlah suruhan Kerajaan itu sehingga makan tak

94

Page 95: Asas Al-I'tiqad

makan, dan tidur tak tidur. Dan pada mula lagi Kerajaan kata perkara yang aku paksa

kamu ini aku hendak beri kepadamu

33

sendiri. Bila sampai masa boleh makan dan boleh digunakan perkara yang kamu duk

kerija itu, maka tiba-tiba tak berapa lama maka berjaksalah perkara itu dengan berbagai-

bagai buahan, upamanya, dan menetap oleh Kerajaan akan orang itu di dalam kebun itu

selama-lamanya, dan memberi ia kepadanya dengan beberapa isteri dan gundik-gundik

dan khadam-khadam apa jua mencita-mencita oleh nafsunya maka dapat, masya Allah!

Maka siapakah daripada dua orang itu yang cerdik dan yang bijak dan yang lebih?

Maka siapa-siapa yang sudah faham dan renti dua bandingan itu maka tiba-tiba

ianya duk buat belakang lagi kepada perkara ugama kita yang sebenar ini, maka adalah

orang itu yang memunahkan dan mengkhianatkan diri sendiri. Maka janganlah kita-kita

yang berakal berhampir kepadanya dengan berkawan dengannya, atawa upamanya,

kerana diri dia sendiri pun khianat, apatah lagi diri-diri yang lain. Wallahu a’lam.

Satu soalan terhadap kepada anak-anak buah hamba dan kepada mereka yang

bersepingkat dengan mereka itu, apa kamu nak kata pada perkara-perkara yang bercerita

dengan dia oleh Nabi kita Muhammad SAW, seperti : kita kesemua mesti mati

meninggalkan harta punya dan ahli, dan upamanya, dan dibalaskan kita dengan nikmat

atawa azab di dalam alam barzakh, dan kemudian daripada itu dibangkitkan pula dan

dibalaskan kita pula dengan syurga atawa neraka.

Demikianlah, maka perkara itu adakah kamu kata sebenar atawa tidak. Kemudian

kalau-kalau kamu kata tak sebenar, maka kamu itu daripada orang kafir yang dikekalkan

di dalam neraka, na‘ūzubillah. Dan jika kamu kata sebenar perkara itu, maka hendaklah

kamu sisin tangan baju, yakni bersungguh-sungguh merebutkan masa beramal dan

berbekal sebelum daripada mati kamu. Maka mati itu tidak siapa daripada kita boleh tahu

yakin masanya. Kalau begitu hendaklah ditaruhkan dekat dan hampir.

Dan adalah beramal dan berbekal itu pada masa hidup dunia jua. Adapun di dalam

negeri-negeri yang lain daripada itu ialah masa medapatkan balasan jua. Tidak ada

padanya bergala dan menyakur dan meniga (meniaga?) dan menores getah, dan

upamanya. Wallahu a’lam.

95

Page 96: Asas Al-I'tiqad

Aturan Beramal dan Berbekal Kepada Akhirat

Sekurang-kurang beramal itu mengerijakan segala yang wajib syarak dengan

mecukupkan segala syarat dan segala rukun dan pantan (p-n-t-n) meninggal segala yang

haram. Dan yang tinggi sedikit daripada

34

itu bahawa ditambahkan mengerijakan sunat muakkad, seperti sembahyang tarawih dan

sembahyang dua hari raya, masalan. Dan pantan daripada kebanyakan yang makruh dan

yang syubahat, berserta dengan disambilkan berikhtiar usaha yang halal untuk

melepaskan diri daripada mecuri, penyamun, menipu dan sebagainya.

Dan yang tinggi lagi daripada ini tidaklah hamba royatkan sakat bagian-bagian

dipulangkan kepada lobalah, kerana setengah daripadaa mukallaf itu mereka yang

meninggal lasong-lasong hal sakutan dunia, sehingga makan tak makan, dan minum tak

minum, tidur tak tidur. Demikianlah dengan semata-mata berhadap kepada bekal akhirat

denga hal tidak sugur (s-u-g-u-r) dan tak hirau hal susah payah dunia, kerana dunia

sebagai tempat melalui jalan jua. Maka tidak berharga mereka yang lebih di tengah jalan

jua, kemudian bila sampai ke tempat yang sejati maka pereh dan lekeh diazabkan dia.

Amboi, nyanyanya dan perehnya mereka yang sombong-sombong dan yang

bebas, dengan tak tahu ke mana hala; siapa Tuhan, siapa Rasul, di mana sembahyang, di

mana puasa, mana yang haram, mana yang halal, demikianlah, na ‘uzūbillah min zālik!

Amboi, berutungnya dan betuahnya mereka yang beriman dan beramal mereka

itu akan sebagai amal yang salih dan pelihara mereka itu daripada perkara-perkara yang

memunahkan pahala amal mereka itu, seperti hasad dengki sama-sama saudara dan

takabur dan ujub dan riya dan lainnya. Dan mengelokkan pergaulan antara mereka itu

dengan saudara-saudara mereka itu dan mengajak-ajak akan mereka itu dan megaya-gaya

akan mereka itu kepadam menaungkan diri-diri di bawah hukum-hukum ugama Islam

dan sabar mereka itu daripada menyakiti makhluk kepada mereka itu.

Demikianlah daripada segala perangai yang terpuji di sisi Allah Ta‘āla. Akhirnya

dibalaskan mereka itu di dalam akhirat tempat yang kekal dan yang sudah, iaitu syurga,

kebun yang ada di dalamnya segala kesukaan dan kemahuan nafsu, serta kekal mereka itu

di dalamnya selama-lama. Firman Allah Ta‘āla: “.....”

96

Page 97: Asas Al-I'tiqad

Telah sepurna Risalat ini pada akhir Rajab, tahun Seribu Tiga Ratus Lapan Puluh

Lima.

Pada bulan ini juga kembali Syaikhuna Pakda ‘Ail, pengarang Bakūrat al-Amāni, ke

rahmatullah. Hai Tuhanku, cucurlah akan berkat atas Risalah Syaikhuna itu dan

menjadilah akan beberapa Risalah perhamba pada menyatakan ‘Aqāid itu sebagai tangga

bagi Risalah itu, āmin ya Rabbal ‘Ālamin.

Sedikit pesanan kepada siapa-siapa yang melihat Risalah ini bila ada berasa

berselumbar haraplah berhubung dengan humbi sendiri selama hidupnya atawa dengan

dahan-dahan yang sejati berdahan daripada humbi itu. Dan jikalau di dapatkan yang tentu

salah haraplah jaga pada tepinya, serta menyatakan wajah salah dan megantikan yang

betul. Beginilah yang memberi manfaat.

Lagi satu pesanan pula, iaitu apabila timbul kemudian daripada Risalah ini

karangan-karangan yang keluar daripada pihak barang mana muktarid pada meiktiradkan

jalanan-jalanan perhamba yang termaklum itu, atawa yang lain-lain lagi, maka haraplah

pihak ikhwan menanya-nanya khabar pula jawapan perhamba di atas itu, insya Allah

perhamba jawabkan selama ada nyawa di dalam badan. Lagi pula hamba harap kepada

Tuhan megantikan murid-murid perhamba pada menjawabkan yang demikian itu

kemudian daripada keluar nyawa perhamba daripada badan, atawa saudara-saudara

perhamba yang lebih lagi pada perhamba atawa bersedarjah dengan perhamba, amin.

Inilah sebuah risalah yang sangat kecil yang dinamakan dia

TAZKIRAHLi zawi al-afkar fima yamurru al-insan min al-a‘mar

Pada menyatakan barang yang lalu ia dengan manusia daripada beberapa umur mudah-mudahan dapat kita mengambil i‘tibar

Menghimpunkan dia oleh

Abdul Kadir Wangah

Wakaf Budi, Sekam, Mayo, Jalan Palas-Rakok

97

Page 98: Asas Al-I'tiqad

Dipungutkan kebanyakannya dariapada Sabil al-Azkar wa al-I‘tibar

1

(Wazikkir Fa Inna Zikra Tanfa‘u al-Mu’minin)

Bismillah..Alhamdulillah..

Puji-puji bagi Allah Ta‘ala Tuhan yang satu lagi yang amat mengerasi lagi yang menang

lagi yang sangat mengampuni. Mitalah tuhan membanyakkan beri rahmat dan selamat di

atas seorang hambanya dan rasulnya pengulu kita Nabi Muhammad Saw yang dipilihi

dan juga di atas ahli-ahili rumahnya yangbaik-baik yang suci-suci dan juga di atas

sekelian sahabatnya sekelian yang berpindah mereka itu tuurt sama Nabi ke Madinah dan

juga segala ahli Madinah dan juga di atassekelian yang mengikutkan akan mereka itu

dengan beriman hingga hari terbahagi manusia kepada dua puka, satu puak di dalam

syurga dan satu puak di dalam neraka.

Adapun kemudian daripada itu maka telah bertahun-tahun hamba meliha serta

perati akan kebanyakan kawan-kawan hamba yang dikeliling kelala kampong kampong

tempat hamba dan juga padakebanyakan tempat-tempat yang hamba pergi berjalan

meziarah dan menunaikan hajat-hajat hamba dan lain-lain lagi maka hamba mendapatkan

orang-orang awam pada tempat-tempat itu nampaknya sangat-sangat kasih kepada negeri

dunia ini, seolah-olahnya pada bawakan mereka itu di sinilah kampungtempat mereka

yang sejati yang sudah dan yang kekal mereka itu padanya daripada perkerijaan-

perkerijaan mereka itu dan cakapan-cakapan mereka itu dan lain-lainnya, sehingga tidak

sedar mereka itu apakah perkerijaan orang-orang Islam berkerija di dalam waktu zohor,

asar, maghrib, ‘isya, subuh dan lain-lain lagi daripada perkerijaan ugama yang dibuat

bekal beberapa tempat lagi yang lain daripada negei dunia ini. Maka dari sinilah

hambapun telahbertahun-tahun juga menaruh rusin dan berasa kesiang belas kepada

mereka itu dengan ditilikan

2

Kepada akhir dan hujung jatuh bagi mereka itu daripada janji-janji tuhan nak

mengazabkan akan mereka-mereka yang lupa kepada Dia dan derhaka kepada Dia

dengan mengerijakan perkara-perkara yang ditegahkan mereka itu dan dengan

98

Page 99: Asas Al-I'tiqad

meninggalkan perkara-perkara yang wajib di atas mereka itu maka hamba pun

sukalahpada menuliskan risalah ini pada menyatakan hal manusia darpada awal hingga

akhir. Memudah-mudahan (Mudah-mudahan) dengan dia menjadikan satu sebab bagi

sedar mereka-mereka yang tersebut insya Allah.

Maka berkata hamba, hendaklah kita tahu bahawasanya segala umur yang lalu di

atas kita anak Adam itu ialah lima umur. Bagi tia-tiap satu daripadanya masa yang

tertentu. Dan sabit bagi kita pada tiap-tiap satunya itu beberapa kelakuan yang bersalah-

salahan dan yang serupa. (Yang pertama) dariapada lima umur itu ialah daripada ketika

menjadi Tuhan akan nenek kita Adam dan menghimpunkan padabelakangnya beberapa

benih anak-anak cucunya yang betuah dan yang celaka. Maka sentiasalah berpindah-

pindah daripa hujung-hujung sulbi bapak-bapakkepada rahim-rahim ibu-ibu dan daripada

rahim-rahim ibukepada sulbi-sulbi bapak, hingga bahawa keluar satu-satu daripada

mereka itu di antara bapak-bapak mereka itu dan ibu-ibu mereka itu. (Yang kedua)

daripada lima umur itu ialah daripada keluar kita manusia di antara dua ibu bapa kita

hingga sampai waktu mati kita masing-masing dan kelaur daripada dunia ini. (Yang

ketiga) daripadanya itu ialah daripada kelaur kita manusia daripada dunia dengan mati

masing-masing hingga bakit pula Allah Ta‘ala akan kita dengan rupa kita yang

dihancurkan itu. (Yang keempat) daripadanya itu ialah daripada keluar manusia kita

daripada kubur masing-masing atau daripada tempat yang mehendaki Allah bagi hari

bakit dan himpun pada satu tempat kerana timbang menimbang amalan dan periksanya

dan menanti sirat…(Yang kelima) daripadanya ialah daripada waktu masuk kita yang

baik ke dalam syurga hingga tidak berkesudahan duduk di dalamnya dengan senang

lendang dan dengan suka ria atau daripada waktu masuk orang-orang celaka ke dalam

neraka dengan masing-masing kelakuan yang amat-amat takut medengar, apatah lagi

terkena, na‘uzubillah min zalik. Maka dari sini kita kesemua telah yakin bahawasanya

kita sekarang ini ialah di dalam umur yang kedua jua. Janganlah sekali-kali kita lupa

daripada melaluikita kepada tiga umur lagi sebelah hadapan ini. Dan adalah tiap-tiap

daripada lima umur itu hamba huraikandengan kadar jahil hamba dengan

3

Tafsil satu-satu hingga akhir insya Allah Ta‘ala. Memudah-mudahan (mudah-mudahan,

pentrasnkrip) dapat kaum-kaum hamba yang da‘if-da‘if mengambil piker, sehingga

99

Page 100: Asas Al-I'tiqad

terang dan yakin pada hati masing-masing, bahawasanya kita kesemua ini telah

mendapatkan sebenar-benar senang, melainkan dengan masuk kita ke dalam umur yang

ke lima ke dalam syurga.

Bicaraan Umur yang Pertama

Adalah kita yang dikatakan di dalam umur yang pertama itu ialah dari

semenjakmenjadi Allah Ta ‘ala akan Tok Adam ‘Alaihissalam dan menruhkan benih-

benih anak-anak cucunya daripada sulbi dia yang diberkati itu ialah kita manusia inilah.

Maka setengahnya ahli betuah dan setengahnya ahli celaka. Dan pada satu masa berlalu

satu perkara pada tempat yang bernama Wadi al-Nu‘man, dekat padang ‘Arafah, tempat

orang hadir kerija haji, iaitu Tuhan mengeluarkan benih-benih itu kesemuanyanya

daripada belakang Adam supaya meikatkan janji di atas mereka itu dengan bertuhan

mereka itu kepada Allah Ta‘ala yang satunya, sebagaimana firmanNya Ta‘ala : (…)

ertinya dan pada ketikamengambil oleh Tuhan engkau hai Muhammad daripada anak-

anak Adam dari belakang-belakang mereka itu akan anak cucu (c-c-u) mereka itu dan

persaksi ia akan mereka itu di atas diri-diri mereka itu adakah bukan aku Tuhan kamu?

Berkata mereka itu, nyatalah menyaksi kami, hingga akhir ayat itu. Dan adalah segala

benih anak-anak cucu (c-c-u) Adam itu ada belaka pada ketika itu, serta mendengar dan

boleh bercakap dan lainnya. Tetapinya, rupanya kecil-kecil seperti semut yang kecil. Dan

kemudian daripadaitu Allah Ta‘ala permasukkan pula ke dalam badan Tok Adam dan

keluar daripadanya kepada anak-anaknya. Demikianlah bertali-tali hingga selesai umur

itu masing-masing maka benih-benih itu ialah yang dinamakan dia dengan alam “zurr”,

maka adalah ia di dalam hal baertuhan kepada Allah Ta ‘ala yang lazim daripadanya

mengaku nak turut Tuhan sepenuh-penuh pada apa-apa suruhanNya dan tegahanNya.

Inilah dikatakan janji yang antaraalam “zurr” itu dengan Tuhan. Maka tatkal lama masa

bertali-tali dan bersalin-salin daripada satu rahim ibu kepada yang lainnya dan daripada

satu sulbi bapa kepada yang lainnya, sehingga selesai umur itu dan masukpula kepada

umur yang kedua. Maka Allah Ta‘ala pun bakitlah beberapa

4

100

Page 101: Asas Al-I'tiqad

Rasul yang setengah daripada beberapa hikmah itu ialah peringatkan janji yangtersebut

itu.

(Tanbih) Adalah budak-budak yang mati sebelum baligh itu masuk syurga

kesemuanya, sama ada anak bagi orang Islam atau bagi orang kafir. Kerana padan dengan

Islam benih budak-budak itu pada masa alam “zurr” itu. Tetapi pada hokum dunia jika

budak itu kafir, maka haram dibicarakan yang matinya dengan bicaraan budak-budak

Islam. Kemudian apabila baligh budak-budak kafir itu makawajiblah mengucapdua

kalimah syahadat barulah jadi orang Islam, kerana kotor dan cemar jalan lalunya.

Bersalahan budak-budak Islam kita. Wallahu a‘lam.

Bicaraan Umur yang Kedua

Adalah kita yang dikatakan di dalam umur yang kedua itu ialah daripada keluar

kita daripada perut ibu-ibu kita dengan peranakan kita sehingga sampai keluar kita

daripadadunia dengan mati dan di sinilah Tuhan paksakan kita beramal dan berbekal bagi

kesenangan kita di dalam tiga umur yang lagi akan datang sebutnya. Apabila jadi kita

orang mukallaf dengan menyuruh Ia akan beberapa suruhan dan melarangkan beberapa

larangan. Dan di sinilah boleh dikatakan seolah-olah tempat tempat dicubakan siapakah

daripada kita orang yang cerdik dan orang yang bodo dan sebelum daripada keluar kita

daripada perut ibu kita itu Tuhan mehimpunkankejadian kita di dalam pertu ibu kitaempat

puluh hari pula dengan hal nutfah (setitikmani) dan kemudian daripada itu empat puluh

hari pula dengan hal ‘alaqah (darah beku) dan kemudian daripada itu empat pula pula

dengan hal mudhghah (setoko daging) sehingga dirupakan kita jadi manusia, maka

ditiupkan ruh dan disuruhkan malaikat dengan tulis rizki kita sekian-sekian dan ajal

umurkita sekian-sekian dan amal kita sekian-sekian dan yang celaka atau yang betuah.

Kemudian kita itu diamlah di dalam pertu ibu hingga sampai waktu Tuhan kehendakan

mengeluar daripada perut itu kepada luarnya. Maka di situlah awal umur kita yang

bangsa dunia, seperti firmanNya Ta‘ala (….) Ertinya, kemudian mengeluar kami akan

kamupada hal budak hinga akhir ayat itu. Maka adalah kita manusia pada

5

101

Page 102: Asas Al-I'tiqad

ini umur berpindah-pindahlah kita daripada hal budak kepada hal besar, hingga jadi yang

baligh dengan cukup tahun atau dengan sebab-sebab yang lain. Kemudian berpindah dari

hal nama orang muda kepada jadi orang tua. Demikianlah sehingga kepada kelakuan

yang mehendaki Allah perlakukan di atas kita-kita ini. Maka apabila diperanakan kita

lepas keluar daripada perut ibu itu berteriak dan berjerik-jerik kita dengan bunyian-

bunyian yang termaklum. Maka yang demikian itu ialah daripada sebab sepak syaitan

laknatullah yang tidak selamat daripada perkara ini melainkan Nabi Isa dan ibunya

alaihimassalam. Maka dari sinilah setengah daripada perkara yang disuruh buat pada

ketika itu bahawa dibangkan pada telinga budak yang diperanakkan itu yang sebelah

kanan dan iqamat sebagai iqamat sembahyang pada telinganya yang sebelah kiri, supaya

selalu budak itu mendengarkan kalimat tauhid. Kemudian adalah hal budak-budak itu di

dalam bodonya ikut tarikan atau didikan yang meliharanya kepada ajaran jahat atau baik.

Maka dari sini mestilah di atas dua ibu bapa menyuruhkan dia dengan sembahyang dan

dengan barang yang ia kuasa daripada puasa apabila sampai umur tujuh tahun.

Demikianlah beberapa ajaran yang lain-lain dan dipukulkan kerana tinggalnya apabila

sampai umurnya sepuluh tahun. Dan ditegahkan dia daripada berkawan-kawan dengan

kawan-kawan yang jahat-jahat kerana dengan buku ini banyak benar punah orang-orang

yang nampak nak jadi baik apabila berkawan dengan kawan-kawan yang jahat pada

budak-budak yang tua-tua sebagi tua yang tidak megunakan cermin akal yang Tuhan beri

itu kepada itarkan jalan selamat sebelah hadapan pada beberapa masa dan beberapa

tempat lagi yang mesti dilakukan dengan tidak waweh-waweh. Dan adalah budak-budak

itu sebelum lagi baligh itu ialah di dalam Tuhan ‘peri’, tidak diberatkan apa-apa beratnya

melainkan semata-mata di atas ibu bapalah medidikkan kepada jalanan yang baik. Dan

tersebut di dalam hadis, maksudnya “diangkatkan qalam tulis salah (satu) daripada tiga

manusia (1) daripada budak-budak hingga baligh ia, (2) daripada jenera hingga jaga ia,

(3) daripada yang gila hingga hilangnya.” Dan tersebut pada setengah-setengah tempat

pula menambahkan “yang kena paksa”. Dan adalah segala amal budak-budak sebelum

baligh itu daripada amalan-amalan yang baik ialah di dalam bok-bok suratan amal-amal

dua ibu bapanya yang Islam. Maka manakala buat molek oleh dua ibu bapanya pada

mengasuhkan dia dan menjagakan dia

6

102

Page 103: Asas Al-I'tiqad

seperti yang disuruh Allah Ta‘ala. Maka yang diharap daripada kurniaan Allah Ta‘ala

tidak mensia-siakan keduanya dan daripada pahala amal budak itu kemudian dariapda

baligh, bahkan dapatlah bagi keduanya, seumpama pahala amal budak-budak yang di

asuh itu. Maka apabila baligh budak-budak itu serta berakalnya maka jadilah ia mukallaf

namanya dan berkehendaklah kepada suruh dan tegah dan janji baik dan jahat dan pahala

dan azab dan malaikat yang menjaga tulis yang baik dan yang jahat pun berkerijalah

sebagaimana menyuruh Allah, firmanNya Ta‘ala (….). Ertinya “dan bahawasanya di atas

kamu beberapa Malaikat yang menjaga yang mulia-mulia yang menulis sekelian mereka

itu mengetahui mereka itu akan apa-apa barang yang beramal oleh kamu. Dan firmanNya

(…). Ertinya, “tidak bertutur ia daripada satu perkataan melainkan di sisinya raqib ‘atid

yang menulis keduanya akan perkataan itu”. Dan sungguhnya disuruhkan keduanya

bahawa menjaga keduanya akan sekelian perkataan mukallaf dan segala perbuatannya

yang baik dan yang jahat selama hidupnya hingga bahawa mati ia dan mehadir keduanya

akan segala yang ditulis itu pada hari kiamat. Maka menyaksi keduanya di atasnya dan

baginya.

Maka tatakala baligh budak-budak itu maka mestilah dua ibu bapa pun bersangat-

sangat menekang di atasnya pada mengingatkan dengan segala ilmu iman dan ilmu suruh

tegah. Bahkan serba serbi yang bersakut paut dengan ugama dan bekal bagi beberapa

tempat yang di hadapan lagi. Dan jika adalah ini-ini perkara telah wajib di atas budak-

budak baligh itu sendiri sekalipun…Mka bersabit dengan buku budak-budak ini

banyaklah puak-puak kita yang Islam tak kena bawakan iaitu meninggalkan mendidik

budak-budak kepada ajaran-ajaran ugama dengan masing-masing tak perduli atau dengan

masing-masing didik kepada berlajar untuk kelebihan dunia jua, yang dikatakan perkara

yang serba salah di atas mendapatnya. Tak padanlah dengan habis belanja dan susah

lelah. Maka apabila beralih daripada dunia kepada mati, maka di situlah baru dapat

tekejut yang amat-amat besar dan sesal yang amat sangat dan nyatalah kata sehabis-habis

berharga perkerijaan ugama dan sehabis-habis kenalah kepada sekelian orang-orang yang

bersungguh-sungguh kepada paksakan anak-anaknya kepada

7

Mengaji ugama serta beramal dengan ilmu-ilmu yang mendapatnya. Maka adalah

pendapatan ini tidak sekali-kali berfaedah dan berguna pada ketika itu.

103

Page 104: Asas Al-I'tiqad

Ketahuilah kamu hai sekelian saudara-saudara yang melihat risalah ini

bahawasanya kita kesemua kemudian daripada baligh itu sehingga dinamakan kita orang-

orang yang tengah tubuh. Maka di sinilah ketakutan yang amat-amat besar, yang seolah-

olahnya seperti perkara yang bulat berguling ia mengikut tempat yang sundar dan yang

rendah. Kalau-kalau kita tidak menggunakan pikiran-pikiran yang sebenar dan tidak

berkawan-kawan dengan kawan-kawan yang baik yang hidup dengan hal berhadapan

mati kepada kesenagan di dalam beberapa umur yang lagi akan ber[pindah dan beralih

kepadanya. Kita yang berakal telah maklum bahawasanya syurga itu ialah tempat yang

sudah dan tempat puja nafsu serba serbi. Makaianya dilingkungkan dia dengan beberapa

perkara yang dibenci oleh nafsu masing-masing, seperti sembahyang, puasa dan

upamanya. Dan neraka itu ialah tempat yang di situlah sehabis azab dan siksa, tidaklah

siapa-siapa mau dan nak kepadanya melainkan yang buta mata-mata hatinya jua. Maka

ianya dilingkungkan dia dengan berbagai-bagai dan bermacam-macam kesukaan dan

kesernakan yang bersetuju oleh nafsu-nafsu masing-masing, tidaklah lagi berhajat kepada

dibilang di sini berzina, berjudi, penyamun, mencuri demo tahu belaka. Silalah saudara-

saudara dan pemuda-pemuda renukan satu bangingan samatara Nampak sendiri bersabit

dengan hal syurga dan neraka ini. Maka adalah syurga itu seolah satu kebun dunia yang

amat luas, yang ada di dalamnya beberapa perempuan yang sehabis-habis cantik dan

comel, menanti-nanti mereka itu akan berkahwin dengan mereka-mereka yang masuk ke

dalamnya. Dan ada lagi disediakan bagi yang masuk itu beberapa kesukaan yang lain,

yang tak kuasa dibilang-bilang. Maka tiba-tiba melikung oleh ampunya kuasa di situ

dengan pagar-pagar dan tali-tali yang kuasa belaka. Pemuda-pemuda dan yang tua-tua

redah dan temeruh akannya sehingga boleh masuk terus ke dalamnya. Maka adalah hal

ini tetaplah tidak ada sama sekali mereka-mereka ytak suka redah dan temeruh penyakit-

penyakit itu melainkan orang-orang yang buta-buta dan upamanya jua. Perati olehmu,

olehmu, olehmu.

Dan adalah hal neraka itu seolah-olahnya satu lubang tempat peringatkan api yang

amat-amat nyala dan ada lagi di situ beberapa azab dunia yang lain, yang dapat dilihat

dengan mata kepala yang tentu terkena

8

104

Page 105: Asas Al-I'tiqad

Di atas orang-orang yang masuk ke dalam tempat itu. Maka tiba-tibanya yang ampunya

kuasa di situ taruhlah dan letaklah di tepi-tepinya akan beberapa perkara kesukaan yang

menjadi sebab bagi menarik orang-orang yang mencapai akannya sehingga jatuh

termasuk ke dalam tempat itu..Maka tidaklah orang-orang yang tak sedar perkara ini

melainkan orang-orang yang sah bahawa diserupakan dia dengan budak-budak yang

belum mumayiz atau upamanya, na‘uzubillah min zalik.

Penjagaan terhadap kepada saudara-saudara yang telah sadar

Hendaklah kita menaruhkan kesiang belas dan kasih saying kepada mereka-mereka yang

belum sedar dengan bahawa kita bersungguh-sungguh pada menasehatkan dia dan

mengaya-gaya akan dia sekali kemudian daripada sekali, sama telah pula kaum-kaum

kerabat kita sendiri dan juga sahabat-sahat kita yang hamper-hampir dan yang dikasih

sayng sehingga sedar mereka itu dan menyisin tangan-tangan baju kepada berkerija dan

berhadap kepada mengaji ugama serta beramal dengan barang yang di dapatnya sehingga

lekat tabiat hingga bawa mati dengan hal itu. Dan adalah setengah daripada salaf ulama

dahulu-dahulu yang panjang umur mereka itu di dalam beribadat kepada Allah Ta‘ala

menyungguh-nyungguh di atas menasehatkan kepada orang-orang muda. Berkata mereka

itu bagi mereka itu “hendaklah mengambil keutungan dan kelabaan kamu di dalam hal

muda kamu sebelum daripada jadi kamu kepada upama hal kami ini, yakni hal tua dan

da‘if dan lemah daripada membanyakkan amal, pada hal mereka itu pada masa muda-

muda mereka itu telah bersungguh-sungguh dah pada beribadah itu.

Dan adalah seorang alim yang bernama Ibnu al-Jauzi membahagikan umur kita

yang kedua ini kepada lima bahagi, iaitu lima musim :

1. Budak atau kanak-kanak, iaitu dari kelaur dari perut ibu hingga lima belas tahun;

2. Muda, iaitu dari lima belas itu hingga sampai tiga puluh lima tahun;

3. Tua, yang dipanggilkan bahasa Melayu dengan orang tua, yang lawan budak-

budak, iaitu dari tiga puluh lima hingga lima puluh tahun;

105

Page 106: Asas Al-I'tiqad

4. Tua juga tetapi lain daripada makna yang dahulu, iaitu tua dengan makna dekat

nak mati atau dengan makna takrak berkerija kuat-kuat, iaitu dari lima puluh itu

hingga tujuh puluh tahun;

5. Tua juga dengan makna sangat tua atau tua mengatuk, iaitu dari tujuh puluh itu

sehingga akhir umur.

Maka hendaklah mereka-mereka yang Tuhan perumurkan masuk musim yang kedua

hingga yang kelima itu secukup-cukup, jaga beri menang sebelah kebajikan di atas

kejahatan

9

Jangan sekali-kali halak beri jadi mati di dalam hal menang atau berat sebelah kejahatan,

seperti berkata dan beroyat setengah-setengah orang kita halo rang-orang mati di dalam

bong lembu atau di dalam wit atau sebagainya. Maka dinamakan orang itu yang mati di

dalam maksiat. Maka nyanyalah orang itu dan juga malu anak-anak buah dan kaum

kerabat yang medengar hal itu. Dan jikalau pihak yang medengar itupun di dalam

berkerija maksiat juga, seumpamanya sekalipun. Maka terpelengoh-pelengoh malu

hendak pergi ambil mayat itu, na‘uzubillah min zalik. Dan dikatakan bahawasanya orang-

orang yang telah sampai umurnya empat puluh tahun, pada hal tidak menang taatnya di

atas maksiatnya, maka hendaklah bercadanglah kepada neraka. Dan berkata

Abdulwahhab Ibnu Ahmad al-Sya‘rani diikatkan janji di atas kita apabila sampai umur

kita empat puluh tahun, bahawa lipat kita akan hamparan tidur dan tak boleh kita lupa

daripada keadaan kita ini ialah sekelian yang duduk tengah-tengah musafir kepada

akhirat pada tiap-tiap nafas panjang perkataannya dengan diambil maksud jua sehingga

sampai kepada maksud perkataannya. Dia berkatan demikianlah tidak ada bagi ktia

mengambil kesenangan dan kesukaan dengan suatu pun daripada dunia, kerana sepit dah

umur kita kemudian daripada empat puluh itu. Dan tidak munasabah dah lupa dan ghalib

dan bermain-main bagi mereka yang telah lajak di atas mati, intahi dengan mengambil

maksud dan memendek. Dan adalah Imam Syafi‘i kita, rahimahullah Ta‘ala, tatkala

sampai umurnya empat puluh tahun berjalan ia dengan membawa tokat, maka apabila

ditanyakan dia,”apakah hal demikian”. Maka jawab ia “supaya ingat aku bahawasanya

aku di tengah-tengah musafir, yakni musafir kepada akhirat, intahi dengan ambil maksud.

106

Page 107: Asas Al-I'tiqad

Dan disebutkan pada setengah-setengah kitab ulama, bahawa ada yang menyeru

dari pihak langit pada tiap-tiap pagi, “hai sekelian orang yang telah berumur empat puluh,

kamu itu ialah tanaman yang sungguhnya telah hamper diketam. Hai segala yang

berumur lima puluh, manakah benda-benda yang telah medahulu kamu, yakni daripada

amal, dan manakah benda-benda yang meta’khir kamu. Hai segala yang berumur enam

puluh tidak diberi uzur dah bagi kamu, yakni sangat sepit dah masa berbekal. Sabda Nabi

SAW: (….). Ertinya, “Ketam umatku ialah daripada enam puluh hingga tujuh puluh”.

Dan sesungguhnya wafat Nabi kita, SAW, padahal umur enam puluh tiga tahun, atas qaul

yang sahih. Begitu juga Abu Bakar dan Umar dan

10

Ali, radiallahu ‘anhum. Adapun Usman ra. Maka umurnya hingga melampaui ia akan

lapan puluh tahun. Pendeknya, kita yang di dalam umur yang kedua yang mati kemudian

daripada balihg dan jadi orang mukallaf itu ada yang sebaik-baik dan ada yang sejahat-

jahat. Maka sebaik-baik itu ialah mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya.

Dan yang sejahat-jahat itu ialah mereka yang panjang umurnya dan jahat amalannya.

Maka mereka yang pertama itulah yang sehabis-habis berutung dan mereka yang kedua

itulah yang sehabis-habis celaka, berlindunglah kita dengan Allah Ta‘ala daripada jadi

orang yang kedua. Dan berkata setengah ulama, orang-orang yang sampai umur enam

puluh tahun itulah dihadapkan firmannya Ta‘ala (…. Bermaksudnya, “Dan adakah tidak

perumur kami akan kamu barang yang yakni umur yang teringat padanya oleh mereka

yang teringat ia dan telah datang akan kamu oleh yang menakuti. Dan dikehendaki

dengan yang menakuti itu ialah Quran atau Rasul atau uban. Dan adalah uban itu sebagai

notih di atas hamper ajal. Tak patut benar-benarlah digalak-galakan lagi, dengan upama

menarik lembu jantan masuk bong. Maka tengok dengan mata kita pun Nampak tak

belagu dah. Apatah lagi bila berfikir dengan bicara hal kematian dan hal-hal yang mesti

berlaku kemudian daripadanya. Dan banyak lagi wel (wau-ya-lam(?)) perkara-perkara

yang tak belagu dengan orang-orang yang telah beruban itu. Dan sunat mengubah uban

itu dengan upama dicelupkan dia dengan merah atau hijau. Dan kesemua kita telah yakin

bahawasanya mati itu ialah satu perkara yang mesti terkena di atas tiap-tiap benda yang

menyawa, yang setengah daripadanya ialah manusia kita ini. FirmanNya Ta‘ala : (…).

Maksudnya, “Kata olehmu hai Muhammad, sungguhnya mati yang lari kamu

107

Page 108: Asas Al-I'tiqad

daripadanya maka bahawasanya yang berjumpa akan kamu kemudian dipulangkan kamu

kepada Tuhan yang mengetahui akan barang yang ghaib dan yang hadir. Maka mekhabar

dan membalas ia akan kamu dengan barang yang tengah ada kamu berkerija kamu.”

Maka dengan kedatangan mati inilah dikatakan selesai umur kita yang kedua dan

berpindah kita kepada umur kita yang ketiga pua, serta bawa pergi kain-kain kapan

dengan amal-amal jua. Dan yang lain-lain itu ditinggalkan dia kepada yang mati belakang

pula. Dan yang mati belakang pun

11

Demikian juga. Janganlah diberasa sedap dan megah dengan dapat harta pesaka dan lain-

lainnya. Dan dengan kedatangan mati inilah juga dikatakan sampai masa azab dan siksa

di atas mereka yang mati dengan hal berdosa dan sampai masa menerima balasan baik

dan kesukaan bagi yang mati dengan hal yang taat kepada Allah Ta‘ala dengan hal

sementara sampai amasa dibakitkan tubuh badan dan dikahwinkan dia dengan nyawa-

nyawa masing-masing. Hai Tuhanku, mitalah Kau permatikan kami pada hal kami

bersepakai dengan ugama Islam dan juga mita Engkau menjadikan akhir cakapan kami

dengan berkata “La ilaha illallah”. Sabda Nabi SAW: (…). Maksudnya: “Ajarlah kamu

akan sekelian yang mati kamu , yakni yang hamper nak mati akan “La ilaha illah”. Maka

mereka yang adalah akhir cakapannya itu “La ilaha illallah” masuk ia akan syurga.” Jaga-

jaga ini perkara sangat payah nak terkena kepada orang-orang yang tak beramal.

Bicaraan Umur yang Ketiga.

Adalah kita dikatakan di dalam umur yang ketiga itu daripada keluar kita daripada dunia

dengan mati masing-masing. Sehingga ketika dibakitkan kita daripada kubur dengan

ditiupkan sangkala yang kedua, maka jadilah kita di dalam Alam Barzakh namanya.

FirmanNya Ta‘ala …). Maksudnya: “Dan daripada belakang mereka itu Alam Barzakh

sehingga hari dibakitkan mereka itu”. Hendaklah kita tahu bahawasanya orang-orang

yang beralih daripada dunia kepada Barzakh itu dua bangsa, dua macam:

Yang diambil kesenangan dan kerehatan orang-orang hidup dengan kematiannya.

108

Page 109: Asas Al-I'tiqad

Maka yang pertama itu ialah orang-orang mukmin yang selamat daripada kesalahan

dengan Tuhan mengambil kesenanganlah dengan mati itu daripada kepenatan dan

keberatan dunia dan menyakitinya hidup kepada rahmat Allah dan balasannya yang baik.

Maka yang kedua itu ialah yang berdosa dan yang karut senanglah orang-orang hidup

dengan kematiannya dan senang kampong-kampung dan pohon kayu dan binatang-

binatang, kerana pada masa dia hidup itu banyak karut. Maka orang-orang pun benci

akannya dan kampong-kampung pun tak senang dan pohon-pohon kayu pun benci dan

seperti lembu-lembu pun

12

Benci juga kerana buat nyanya kepadanya dengan bawa lari tengah-tengah malam

waktu ia tidur dan mengambil kerehatan daripada penat berkerija tengah hari, dan

beberapa jalan yang lain-lain lagi dibuat nyanya kepadanya. Sabda Nabi SAW ketika di

bawa lau dengan satu jenazah mayat yang di atas pengusung (…). Maksudnya : “Ini

mayat ialah yang mengambil kesenangan atau yang diambil kesenangan orang

daripadanya. Lalu berkata puak-puak sahabatnya : Hai Rasulallah, manakah yang

mengambil kesenangan dan manakah yang diambil kesenangan orang daripadanya?.

Sabdanya : Bermula hamba yang mukmin itu mengambil kesenangan ia daripada penat

dunia dan menyakitinya kepada rahmat Allah. Dan bermula yang berdosa itu mengambil

kesenangan dariapdanya oleh segala hamba dan negeri-negeri dan pahon-pahon kayu dan

binatang-binatang”. Dan sabdanya SAW bagi Abi Zar: ( ). Maksudnya: “Hai Aba Zar,

sesungguhnya dunia itu ialah pejara atau jil orang mukmin dan kubur itu ialah amannya

dan syurga itu tempat kembalinya dan tempat sudahnya. Hai Aba Zar, sesungguhnya

dunia itu syurga bagi kafir dan kubur itu azabnya dan neraka itu tempat kembalinya dan

tempat sudahnya.

Hendaklah kita tahu bahasanya Alam Barzakh ialah satu tempat di antara dunia

dan akherat. Tetapi dengan akherta terlebih menyerupai. Dan bermukimlah kita di dalam

Barzakh itu dengan semata-mata nyawa jua. Dan badan-badan dihancurkan jadi baja

tanah, melainkan badan-badan anbiya. Dan demikian juga segala yang mati syahid pada

berperang untuk meninggi ugama Allah. Dan tersebut pada Hadis bahawasanya nyawa-

nyawa yang mati syahid itu adalah ia di dalam biam-biam burung yang hijau, bawa terai

makan angin ia di dalam syurga, betapa kehendaknya.

109

Page 110: Asas Al-I'tiqad

Dan kita semua kena sedar bahawasanya apabila mati kita maka kemudian

daripadanya dibicarakan kematian dengan dimandikan dan dikapankan dan

disembahyangkan dan diusungkan pergi kamus, maka telah hilanglah yang mati itu

daripada hal-hal dunia. Maka adalah harta-harta dan bekas-bekas

13

Isteri atau suami dan juga anak cucu dan upamanya itu telah kisahlah dan ghaiblah dan

bercerailah kesemuanya itu dengan yang mati itu. Maka apabila orang-orang yang hidup

mengambil perati segala kelakuan yang mati dengan secukup-cukup perati, maka barang

kali terperanjat dan teradu ia darpada berhadap atau menganan kepada dunia, insya

Allah, selalulah berasa duka cita kepada hal dirinya daripada tidak berbekal atau

sedikitnya. Dan adalah hal usung mayat itu sunat disegerakan dan bangatkan berjalan.

Sabda Nabi SAW ( ). Maksudnya: “Mesegeralah kamu dengan usung jenazah itu. Maka

jika adalah ia yang baik, maka kebaikan medahulu kamu akan dia kepadanya. Dan jika

adalah ia yang lain daripada yang demikian itu, maka kejahatan letak kamu akan dia

daripada tangguh-tangguh kamu. Pendeknya, kalau mayat itu yang baik, maka ia suka

hendak pergi ke kubur dengan bangat. Dan kalau ia yang jahat maka tak faedah kamu duk

pikul lama-lama..

Dan sabit bagi mayat itu perasaan dan tahu mereka yang memandikan dia dan

mekapankan dia dan mehulurkan dia ke dalam kuburnya. Maka apabila dihantarkan

mayat ke dalam kubur, maka sunat orang yang mehantar itu baca : ( ). Dan sunat juga

diambilkan tiga cekak tanah dibaca pada yang pertama “…”. Dan pada yang kedua : “..”.

Dan yang ketiga : “…”. Erti yang pertama itu : “Daripadanya, yakni daripada tanahlah

menjadi kami akan kamu. Dan erti yang kedua : “Dan padanyalah mekebali kami akan

kamu”. Dan erti yang ketiga: “Dan daripadanya mengeluar kami akan kamu pada kali

yang lain.” Kemudian dikamuslah dengan tanah sedikit-sedikit hingga rata dan sama.

Maka selalu dibacakan talkin dan Quran dan istighfar dan berdoa baginya. Maka

bahasanya pada ketika itu menanyakan dia oleh mungkar nakir. Maka di sini hendaklah

orang-orang hidup yang hadir di situ itu banyak mengambil iktibar dan mengambil

pikiran pada kelakuan yang akan yang akan terkena juga di atas diri masing-masing.

Tidaklah patut pada ketika itu dibesar-besarkan bercakap dan berkelola dan sebagainya,

seperti yang banyak berlaku sekarang ini. Maka apabila selesai soal munkar nakir itu,

110

Page 111: Asas Al-I'tiqad

maka pulanglah mayat itu kepada balasan-balasan sebagaimana mengikut amalannya dan

mengikut utungnya yang

14

Berlaku di situ. Sabda Nabi SAW : ( ). Ertinya : “Kubur itu ada kalanya satu kebun

daripada beberapa kebun syurga dan ada kalanya satu lubang daripada beberapa lubang

neraka. Maka yang pertama itu ialah kubur bagi yang baik amalannya. Dan yang kedua

itu ialah kubur bagi yang jahat amalannya.

Dan adalah Saidina Usman bin Affan ra. Apabila pergi ia di kubur selalu

menangis ia sehingga basah janggutnya. Maka berkata orang baginya, “maka sungguhnya

apabila sebut engkau akan syurga dan neraka maka tidak menangis engkau sebagai ini

menangis.?” Maka jawabnya, “sungguhnya aku medengar akan Rasulullah SAW

bersabdanya, yang bererti; “Bermula kubur itu ialah awal-awal atau mula-mula tempat

duduk daripada beberapa tempat duduk akhirat. Maka jika lepas oleh ampunya, yakni

daripada bala-bala di situ, maka barang yang kemudian daripadanya terlebih mudahlah

daripadanya. Dan jika tidak lepas ia maka barang kemudiannya terlebih sangat

daripadanya. Pendeknya adalah azab dalam kubur itu ialah sebenar begitu juga

nikmatnya. Maka nikmat itu ialah bagi mereka-mereka yang beriman dan taat akan Allah

Ta‘ala. Dan azab itu ialah bagi mereka-mereka yang kafir dan yang berdosa dan yang

derhaka akan Allah Ta‘ala. Dan tiap-tiap daripada dua puak itu bertikah-tikah dan

berlebih kurang pada nikmat dan azab. Sebagaimana berlebih kurang atas sekira-kira

perkerijaan mereka itu pada dunia. Maka mereka-mereka yang di dalam Alam Barzakh

ini ialah telah putuslah amalan-amalan mereka itu dengan sendiri. Melainkan ingatan-

ingatan daripada yang hiduplah pula. Maka setengah daripada perkara-perkara yang

memberi manfaat akan mereka itu ialah berdoa orang-orang yang hidup bagi mereka itu

dan mita ampun dan bersedekah daripada mereka itu dan baca Quran. Sabda Nabi SAW :

“…”. Ertinya, bermula umatku ialah umat yang dikasih sayang akan dia masuk ia akan

kuburnya dengan beberapa dosa yang seperti bukit-bukit dan keluar ia daripada kubur itu

pada halnya diampunkan baginya dengan sebab mita ampun segala yang hidup bagi

segala yang mati dan sedekah-sedekah dan doa dan baca Quran. Pendeknya, tidak

patutlah di lupa-lupakan daripada segala yang mati daripada kita, sama telah pula

daripada dua ibu bapa kita dan juga guru-guru kita

111

Page 112: Asas Al-I'tiqad

15

Kerana mereka itu pada masa mereka itu hidup maka membuat budi mereka itu kepada

kita dengan mendidikan kita dan menasihatkan kepada kita dan lainnya.

Hendaklah kita ingat bahawasanya ziarah kubur itu ialah satu perkara yang sunat

yang ada padanya beberapa manfaat bagi yang hidup yang meziarah itu dan juga bagi

yang mati yang diziarahkan dia. Sabda Nabi SAW: (..). Ertinya : “Ziarahlah kamu akan

kubur, maka bahawasanya mengingat ia akan mati.” Dan sabdanya : (..). Ertinya : “Telah

larang aku akan kamu daripada meziarah kubur-kubur, yakni pada masa baru-baru Islam

itu, maka hendaklah meziarahlah kamu akan dia, maka bahawasanya mezahid ia pada

dunia dan mengingat ia akan ahirat. Dan banyak lagi hadis-hadis yang menujukkan suruh

kita yang hidup ziarah kubur. Maka seyogia bagi yang meziarah kubur atau yang lalu di

tepi-tepi kubur bahawa berkata ia : (..). Dan yang sangat kuat tutut ziarah itu ialah malam

jumaat dan harinya. Dan kata setengah mereka itu, begitu juga malam sabtu hingga naik

mata harinya. Dan juga hari isnin. Kerana bahawasanya segala ruh-ruh bagi segala yang

mati itu dipulangkan dia kepada kuburnya pada itu-itu waktu. Dan padaketika ziarah itu,

bacalah istighfar dan doa dan Quran, dan dihadiahkan pahala-pahalanya kepada mereka

itu. Dan juga mengambil piker bahawasanya kita sendiri pun dekat dan hamper jadi

kepada kelakuan yang telah jadi mereka itu. Dan apabila kita ziarahkan kubur dua ibu

bapa kita dan kaum-kuam kerabat kita, maka seyogia dibanyakkan istighfar dan doa bagi

mereka itu. Maka sungguhnya sukalah mereka itu dan seronoklah mereka itu dengan

demikian itu. Dan juga apabila kita ziarahkan kubur dan orang-orang saleh maka

dibanyakkan doa di sisinya. Maka sungguhnya setengah-setengah oran-orang saleh itu

dimustajabkan dan terimakan doa di tepi-tepi kubur mereka itu. Maka yang terlebih

molek dan elok bahawa berdirilah yang meziarah itu berbetulan muka mayat atau

kepalanya.

16

Ketahuilah kita bahawasanya segala amal bagi yang hidup itu dilentangkan dan

dihendengkan di atas segala yang mati daripada ahli-ahli dan kaum-kaum kerabat bagi

mereka itu. Maka jika melihat mereka itu alkan kebajikan, sukalah dan seronok mereka

itu, dan berdoalah bagi mereka dengan teguh dan tekung. Dan jika melihat mereka akan

yang lain daripad yang demikian itu, maka susahlah dan duka citalah mereka itu dan

112

Page 113: Asas Al-I'tiqad

berdoalah bagi mereka itu dengan dapat penujuk dan taufik bagi kebajikan dan amal-amal

yang saleh. Sabda Nabi SAW : (..). Ertinya : “Sungguhnya segala amal kamu yang

dilentangkan dia di atas segala kerabat-kerabat kamu dan segala asik kakak kamu

daripada segala yang mati. Maka jika ada ia kebajikan, seronoklah mereka itu dan jika

adaia yang lain daripada yang demikian itu berkatalah mereka itu: Hai Tuhanku, jangalah

engkau permatikan mereka itu hingga tunjuk engkau akan mereka itu seperti barang yang

te;ah tunjuk engkau akan kami. Dan sabdanya SAW : (…). Ertinya : “Dilentangkan dia

segala amal pada hari isnin dan khamis atas Allah Ta‘ala. Dan dilentangkan dia atas

Nabi-nabi dan bapa-bapa dan ibu-ibu pada hari jumaat. Maka sukakalah mereka

itudengan segala kebaikan mereka itu dan bertambahlah muka-muka mereka itu cahaya

dan cerah. Maka hendaklah takut kamu akan Allah Ta‘ala dan jangan menyakiti kamu

akan segla yang mati-mati kamu. Pendeknya orang yang berkerija kebajikan itu hasil

baginya dua keutungan; Pertamanya, keutungan bagi dirinya. Keduanya, keutungan bagi

segala yang matinya dengan medapatkan kesukaan dan seronok dengan dilentangkan dia

di atas mereka itu. Dan orang-orang yang berkerija kejahatan itu hasil baginya dua

keberatan; Pertamanya, di atas dirinya; Keduanya, di atas segala yang matinya dengan

medapatkan malu dan marah sakit hati dengan dilentangkan dia di atas mereka itu.

17

Hendaklah kita tahu bahawasanya segala makhluk yang mati-matiitu berhimpunlah

mereka itudi dalam barzakh pada waktu yang ada ia di antara dua sangkala itu.

Firmannya Ta‘ala (…). Ertinya : “Dan ditiupkan pada sangkala. Maka pasanglah dan

matilah mereka-mereka yang di dalam langit-langit dan mereka-mereka yang di dalam

bumi, melainkan mereka yang mehendaki oleh Allah Ta‘ala. Dan berkhilaf-khilaf ulama

pada mereka yang mehendaki oleh Allah Ta‘ala itu. Kata setengahnya ialah Malaikat dan

kata setengahnya ialah anbiya dan kata setengahnya ialah segala yang mati syahid dan

kata setengah yang lain daripada yang dimekian itu. Dan apabila cukupempat puluh tahun

daripada sangkala itu, ditiupkan pula sangkala yang kedua, yang hidup dengan dia oleh

tiap-tiap yang mati, yang dibakitkan dia. Firmannya Ta‘ala : (…). Ertinya : “Kemudian

ditiupkan padanya kali yang lain, maka tiba-tiba mereka itu berdiri sekelian, menilik-nilik

mereka itu. Hendak kita tahu pula bahawasanya segala yang beriman daripada kita ini

telah mati mereka itu dengan dating anginyang sejuk, yang keluar dari pihak negeri syam,

113

Page 114: Asas Al-I'tiqad

belum daripada sangkala yang pertama lagi. Maka yang mati dengan sangkala ituialah

yang lain daripada yang demikian itu.

Dan hendaklah kita tahu pula bahawasanya waktu nak dating kiamat itu Tuhan

jualah yang mengetahuinya. Firmannya Ta‘ala : (…). Ertinya : “Dan di sisinya jua

mengetahui kiamat”. Dan bahawasanya yang makhluk boleh tahu itu ialah segala

alamatnya jua, yang menujuk ia di atas hampirnya dan dekatnya, seperti naik matahari

balik tejatuh dan keluar dajal dan turun Nabi Isa ‘Alaihissalam, dan lain-lain lagi.

Biacara Umur yang ke Empat

Adalah kita dikatakan dalam umur yang ke empat itu ialah daripada ketika keluar

daripada kubur, kerana bakit hingga masuk ahli syurga ke dalam syurga dan masuk ahli

neraka ke dalam neraka. Yang demikian itu bahawasanya menyuruh Allah Ta‘ala akan

Israfil as. Bahawa tiup sangkakala yang kedua. Firmannya Ta‘ala : (…) :

18

Ertinya : “Menyangka oleh mereka-mereka yang kafir bahawasanya tidak dibakit akan

mereka itu. Kata olehmu, hai Muhammad, ya atau bahkan demi Tuhanku dibakitkan

kamu sekelian. Kemudian dikhabarkan dan dibalaskan kamu sekelian dengan barang

yang telah beramal kamu dan yang demikian itu atas Allah Ta‘ala itu mudah jua. Dan

firmannya Ta‘ala (…). Ertinya : “Dan bahawa sungguhnya kiamat itu yang dating tidak

ada syak dan umbar padanya.” Dan bahawa sungguhnya Allah Ta‘ala bakit Ia akan

mereka-mereka yang di dalam kubur. Dan tersebut dalam hadis bahawasanya dibinasakan

daripada manusia akan tiap-tiap suatu, melainkan tulang yang satu, iaitu ‘ajab al-zanb

namanya, iaitu satu tulang yang halus benar diakhir sulbi. Daripadanyalah tumbuh

manusia di tempat-tempat yang ditanamkan mereka itu, seperti tumbuh tanaman-tanaman

dengan sebab Tuhan menurunkan hujan yang lebat, menyerupai mani laki-laki. Maka

apabila seperna tumbuh itu, menyuruhlah Allah Ta‘ala akan Israfil tiup sangkala. Maka

pulang nyawa-nyawa kepada badan-badan masing-masing. Maka hiduplah mereka itu

dengan kehendaki Allah Ta‘ala . Kemudian dihimpunkan sekelian mereka itu di padang-

padang mahsyar dengan bermacam-macam kelakuan dan zahirlah di atas segala yang

berdosa itu tanda segala amalnya yang jahat yang telah berkerija mereka itu di dalam

114

Page 115: Asas Al-I'tiqad

dunia dan mati mereka itu dengan hal tidak taubat kepada Allah Ta‘ala. Sehingga dating

riwayat bahawasanya segala yang makan riba itu besarlah perut-perut mereka itu. Maka

duduk mereka itu pada satu ketika dan berdiri pada satu ketika kerana sangat-sangat besar

perut-perut mereka itu. Dan bahawasanya segala yang berzina, besarlah dan bekaklah

faraj-faraj mereka itu hingga menarik mereka itu akannya di atas bumi. Dan segala yang

minum arak dihasyarkan dengan hal gelas-gelas pada tangan-tangan mereka itu sampai

kepada dada-dada. Dan yang tidak mengeluarkan zakat-zakat itu berupalah segala harta-

harta mereka itu jadi ular-ular di likung akan mereka itu dengan dia. Dan segala yang

sombong merekaitu di atas manusia dihasyarkan mereka itu seolah-olah seremut ijak di

atas mereka oleh segala yang lain. Dan ada lagi beberapa rupa segala yang dihasyar itu.

Hamba tak sebut di sini dan hamba sebut di dalam Ta‘lim al-Aulad akan sepuluh macam

yang berdosa dihasyarkan dia

19

dengan kelakuan yang keji. Maka apabila terhimpun segala makhluk yang dibakit itu di

padang mahsyar, maka turun Malaikat-malaikat dan melikung mereka itu akan mereka itu

dengan berbaris-baris, maka tidak kuasalah segala yang berdosa dan yang zalim itu lari

sama sekali dan bersesak-sesaklah mereka itu dan hampirlah matahari dengan kepala

mereka itu. Maka secukup-cukup susah dan panas dan dahaga dan berpeluh-peluh. Allah

Ta‘alalah mengetahui kelakuan mereka itu. Di sinilah satu tempat yang dikatakan habis

jantan dan habis betina, yang patut sama sekali makhluk yang berakal lalai dan lupa

dengan tidak beramal ibadat, yangdengan dialah jadi penyekat-penyekat bagi segala

kesusahan-kesusahan pada seumpama tempat ini. Dan mereka-mereka yang sebenar

berakal tentulah tak sampai hati sama sekali halak diri-diri beri termasuk di dalam

beberapa puak yang menanggungkan kesusahan-kesusahan itu. Kalau-kalau halak juga

maka tetaplah orang itu yang tidak gunakan akalnya kepada meselamatkan ddirinya.

Maka orang yang semacam itu tidak boleh kita berkawan dengannya, kerana kepada dirin

dia sendiri pun dia tak kesiang, apatah lagi kepada yang lainnya. Maka sangat-sangat

banyaklah orang-orang yang dipujikan mereka itu dengan nama cerdik. Pada hal bila

ditilikkan kepada kelakuan-kelakuan mereka itu maka nyatalah di sisi orang-orang yang

mengetahui dengan hal ugama Islam sehabis-habis bodo mereka itu, kerana meninggal

mereka itu akan yang wajib di atas mereka itu dan mengerija mereka itu akan yang

115

Page 116: Asas Al-I'tiqad

haram. Barang kali pada sangka mereka itu jadi megah mereka itu dengan keduanya pada

hal yang betulnya jadi susah mereka itu dengan keduanya, na‘uzubillah min zalik. Maka

apabila lama di atas mereka itu berhenti di padang mahsyar dengan hal beberapa

kesusahan itu, maka mesyawaratlah mereka itu kepada siapakah nak datang mitak tolong

supaya Allah Ta‘ala menyelesaikan perkerijaan di situ itu. Maka keputusan mesyawarat

itu datanglah mereka itu kepada tok Adam as, maka perhala ia ke atas Nabi Nuh as. Maka

Nabi Nuh pun perhala ia ke atas Nabi Ibrahim as. Maka Ibrahim pun perhala ke atas Nabi

Musa as. Maka Musa pun perhala keatas Nabi Isa as. Maka Isa pun perhala ke atas Nabi

Muhammad as. Maka Muhammad pun sanggutlah dan jaminlah., dan pergilah ia kepada

satu tempat yang ia munajat padanya dengan Allah Ta‘ala. Maka mitak izin daripada

Tuhan, kemudian sujud ia bagiNya

20

Ta‘ala dan memuji ia akanNya Ta‘ala. Kemudian disuruhkan dia dengan angkat

kepalanya dan dibenarkan syafaat dan menolong apa sekehendaknya. Maka Nabi

Muhammad pun menolong pada menyelesaikan hokum di atas mereka itu. Ini yang

dinamakan dia al-Syafa‘atul-Kubra ‘menolong yang besar’.

Dan setengah daripada perkara yang pelek dan ajib itu ialah kanak-kanak bagi

Muslimin yang mati sebelum balighdibenarkan bagi mereka itu bahawa beri minum

mereka itu akan ibu bapa mereka itu pada kita hasyar itu. Maka menyelit-nyelit mereka

itu di tengah-tengah orang kerana mencari ibu bapa mereka itu supaya nak beri minum

akan mereka itu, kerana sangat dahaga itu. Dan dihikayatkan dan diceritakan

bahawasanya setengah-setengah daripada yang saleh-saleh telah berazam akan meninggal

berkahwin, maka bermimpilah di dalam tidur bahawasanya ia di padang mahsyar dan

berlakulah dahaga yang amat sangat dan melihat ia akan beberapa kanak-kanak adalah

pada tangan mereka itu bekas-bekas yang ada padanya air. Maka apabila orang mitak

minum, maka jawab mereka itu bahawasanya kami nak beri minum akan ibu bapa kami.

Maka tatkala jaga ia berpagi-pagi, maka menuntutlah ia akan berkahwin. Kerana harap

bahawa Tuhan beri kepadanya anak, maka mati ia pada ketika kecilnya dan jadilah ia

yang memberi minum akan dia di padang mahsyar. Maka terang bagi kita, bahawasanya

orang-orang yang anaknya mati sebelum baligh itu berguna yang amat besar. Maka

116

Page 117: Asas Al-I'tiqad

janganlah diikutkan dengan perkara-perkara yang haram, seperti memungut dan

mencarikkan baju atau upamanya.

Hendaklah kita tahu bahawasanya haru hara di padang mahsyar itu ialah perkara

yang amat besar. Sehingga berkata orang-orang kafir, hai Tuhanku beri senanglah akan

daku dan jikalau kepada neraka pun. Maka tatkala bersyafaat Nabi Muhammad saw

kepada Tuhannya pada menceraikan dan menyelesaikan antara mereka itu, maka Tuhan

pun menyuruh akan Malaikat yang menanggung ‘Arasy, maka menanggung akannya

kepada maukif padang mahsyar. Dan di datangkan dengan syurga di sebelah kanan

‘Arasy. Dan dengan neraka di sebelah kira ‘Arasy. Dan dilentangkan makhluk bagi

periksa amal. Maka bermacam-macamlah mereka itu. Setengahnya mereka yang tidak

diperiksakan dia, inilah yang nombor satu. San setengahnya mereka yang diperiksakan

sedikit-sedikit jua. Dan setengahnya mereka yang dihalusikan periksanya. Maka orang-

orang ini kena azab. Dan di sini juga diberi suratan amal dan ditanyakan segala Rasul

darpa menyampaikan kepada umat-umat

21

Dan ditanyakan umat-umat adakah menyampai segala Rasul kepada mereka itu.

FirmanNya Ta‘ala (..). Ertinya : “Maka sungguhnya menanya kami akan mereka-mereka

yang disuruhkankepada mereka itu dan sungguhnya menanya kami akan segala Rasul

hingga akhir ayat. Pendeknya besarlah haru hara dan susah. Hendaklah kita yang berakal

beringat dengan penuh-penuh masa, jangan lupa sama sekali akan perkara ini.

Tetapisungguhpun perkara inilama dan susah itu, maka sungguhnya memudah Allah

Ta‘ala dan meringannya diatasa orang mukmin yang takut ia akannya. Sehingga adalah

perkara-perakara yang tersebut itu diatasnya kadar sembahyang waktu jua. Dan pada

setengah-setengah riwayat ialah kadar yang antara zohor dan asar. Dan pada padang

mahsyar itu juga berlaku balas membalassetengah akan setengah. Sehingga di antara

binatang-binatang yang belaga, yang bertanduk dengan yang doga tidak bertanduk. Maka

Allah Ta‘ala bakitkan keduanya dan balaslah yang doga itu tanduk akan yang bertanduk

itu. Sehingga apabila selesai habis , maka Allah berfirman : ( ). Ertinya : “Jadilah engkau

tanah”. Maka apabila melihat oleh orang kafir nampak senang binatang-binatang yang

hancur jadi tanah itu, lalu ia pun berkata : ( ). Ertinya : “Eh, eh..mudah-mudahan aku..

jadi aku tanah”.

117

Page 118: Asas Al-I'tiqad

Kemudian daripada itu, maka dibentangkan mizan penimbang segala amal,

sebagaimana firmanNya Ta‘ala : ( ). Ertinya : “Dan mehantar kami akan penimbang-

penimbang yang adil bagi hari kiamat. Dan firmanNya Ta‘ala : ( ). Ertinya : “Dan

timbang itu pada hari itu ialah yang sebenar.” Maka ditimbangkan segala kebaikan dan

kejahatan. Maka mereka yang berat kebajikannya di atas kejahatannya maka berutung

dan betuah ia. Dan mereka yang beratkejahatannya di atas kebajikannya maka rugi ia dan

sesal ia. Dan mereka yang sama berat keduanya, maka dengan kemurahan Allah Ta‘ala,

dimasukkan dia ke dalam syurga juga. Dan kata setangah mereka itu, dihentikan dia di

atas ikraf dahulu itu, iaitu kota di antara syurga dan neraka. Kemudian dimasukkan dia ke

dalam syurga juga. Dan dating sebut di dalam hadis: bahawasanya ada seorang Malaikat

di atas mizan itu ialah menyerukan dengan menyebutkan namasi anu anak si anu berat

kebajikkannya atau kejahatannya. Dan kemudian daripada itu dilentangkan sirat jambatan

atau titi di atas neraka jahanam

22

dan disuruhkan lau di atasnya. Makalalulah dan menitilah mereka itu dengan bermacam-

macam; lambat, bangat dan ada yang lepas, maka berutung ia. Dan ada yang jatuh, maka

celaka ia. Dan mula-mula yang lalu itu ialah segala rasul dan tiap-tiap daripada seorang

rasul itu berdoa ia dengan katanya : ( ). Ertinya : “Hai Tuhanku, beri selamat oleh

Engkau, beri selamat oleh Engkau.” Dan mula-mula yang meniti daripada segala Rasul

itu ialah Nabi Muhammad saw. Dan daripada umat-umat itu ialah umatdia dahulunya.

Dan di Sirat itu ada beberapa penyakut dan pegait, nanti nak sakut mereka-mereka yang

disuruhkan dia dengan sakut akannya. Dan pulanglah segala mukmin yang lepas kepada

Haud, kolam air, Nabi kita Muhammad saw. Maka minumlah mereka itu daripadanya.

Maka hilanglah dahaganya selama-lama. Dan airnya terlebih putih daripada susu dan

terlebih sedap baunya daripada kasturi dan terlebih manis daripada manisan madu.

Dituangkan airnya daripada sungai Kausar. Bukanya sebulan perjalanan. Dan panjangnya

begitu juga pendeknya empat persegi. Dan dikelilingnya beberapa cerek seumpama

bilangan bintang-bintang di langit. Dan berkhilaf-khliaf ulama pada mengatakan Haudh

itu, kemudian daripada Sirat atau belum dariapadanya. Dan tiap-tiap itu diihtimalkan ada

keduanya, alhamdulillah, masya Allah. Dan adalah orang-orang yang lepas menanti it

mandi pula di dalam sngai Hayat namanya. Maka apabila keluar dan naik daripada mandi

118

Page 119: Asas Al-I'tiqad

itu, maka teralihlah rupanya jadi comel loter. Maka dimasukkan syurga kesemuanya,

alhamdulillah.

Bicaraan Umur yang ke Lima.

Adalah kita dikatakan di dalam mr yang ke lima itu ialah daripada masuk ahli

neraka akan neraka dan mask ahli syurga akan syurga, hingga tidak ada berkesudahan.

Dan ini umur ialah terlebih penat dan terlebih celaka pada hak ahli neraka. Dan terlebih

elok dan terlebih senang pada hak ahli syurga.Hendaklah kita kesemua takut akan neraka

dengan secukup-cukup takut, kerana tak kepadanan sekali-kali kita nak menanggung

akan azabnya dan tidak siapa pun mau dan nak akannya, melainkan yang jahil-jahil dan

yang bodo-bodo dan yang sombong-sombong, yang tidak yakin akan adanya dan akan

lalunya dengan

23

sebab tidak mengaji dan tidak menanya-nanya akan yang pandai-pandai hukum-hukum

ugama Islam. FirmanNya Ta‘ala (..). Ertinya : “Tidak daripada kamu melainkan yang

dating akannya.” Maka kesemua orang pun mesti dating akan neraka, sekurang-

kurangnya ialah lalu di atasnya dengan meniti Sirat. Dan firmanNya Ta‘ala : (..). Ertinya :

“Hai mana-mana orang yang beriman mereka itu, sanggalah kamu akan diri-diri kamu

dan akan ahli-ahli kamu akan neraka. Kayu apinya ialah manusia-manusia dan batu-batu.

Ada di atasnya beberapa Malaikat yang kasar-kasar dan yang gagah-gagah dan kuat-kuat,

tidak darhaka mereka itu akan Allah Ta‘ala barang yang menyuruh Ia akan mereka itu.

Dan buat mereka itu akan barang yang disuruhkan mereka itu. Cubalah kita berfikir

bahawasanya Allah Ta‘ala sendiri menyuruhkan kita sangga dan beringat akan diri-diri

dan ahli-ahli daripada terkena neraka. Maka betapakah setengah-setengah daripada

orang-orang kita mengajakkan setengah-setengahnya kepada masuk neraka dengan

berajakkan kepada kerijakan yang haram-haram dan meninggalkan yang wajib-wajib dan

mendidikkan anak cucu kepada melanggar undang-undang Allah Ta‘ala. Barang kali

tidak ada kebodaan yang seperti ini melainkan tersebab daripada kurang percaya kepada

barang yang dijanji oleh Allah Ta‘ala, yang tersebab pula daripada tak mengaji dan tak

mesra ugama Islam yang diakui oleh Allah Ta‘ala dengan sebenarnya, dengan firmanNya

119

Page 120: Asas Al-I'tiqad

Ta‘ala : (..). Ertinya : “Sesungguhnya ugama di sisi Allah Ta‘ala ialah Islam. Amboi

sesatnya orang-orang tidak mesra ugama Islam, na‘uzubillah min zalik. Dan bacalah pula

firmanNya Ta‘ala : (…). Ertinya : “Maka menakuti aku akan kamu akan api neraka yang

bernyala-nyala ia, tidak masuk akannya melainkan yang celaka, yang bakit bahong ia

akan Rasul dan berpaling ia daripada beriman. Dan firmanNya Ta‘ala : (…). Ertinya :

“Dan mereka yang ringan segala timbangannya, maka itu-itulah orang ialah mereka-

mereka yang merugi mereka itu akan diri-diri mereka itu di dalam neraka jahanam, kekal

sekelian mereka itu.

24

Hendaklah kita tahu bahawasanya neraka itu tujuh pingkat; yang pertamanya jahanam.

Dan dikatakan bahawasanya ialah tempat segala yang derhaka daripada orang-orang

Islam. Yang keduanya, saqar. Yang ketiganya, lazo. Yang keempatnya, hutamah. Yang

kelimanya, sa‘ir. Yang keenamnya, jahim. Yang ketujuhnya, hawiyah. Dan penuhkan

segala pingkat-pingkat yang tujuh itu dengan azab yang bersangatan. Tetapi berlebih

kurang azab bagi tiap-tiap pingkat itu. Yang ringan sekalinya ialah yang pertama dan

yangberat sekalinya ialah yang ketujuh, na‘uzubillah min zalik. Dan bermacam-

macamlah orang yang kena api di dalam neraka itu. Dan yang terlebih ringan sekalinya

ialah yang kena kadar mata kakinya dan bergelegak panas sampai ke otaknya, seperti

gelegak periuk. Dan yang berat itu, tuan-tuan berfikir sendirilah, sehingga ada yang

terkena api sampai kepada lekok di bawah tengkok.

Kemudian adalah ahli neraka itu dua bahagi : yang pertamanya ialah orang-orang

Islam yang derhakakan Allah Ta‘ala, dan puak ini tidak kekal di dalamnya, tetapi

dikeluar dengan syafaat Nabi dan dengan rahmat Allah Ta‘ala. Dan puak ini berlebih

kurang kena azab dan ada yang masuk kadar tujuh ribu tahu, iaitulah umur dunia. Dan

bahagian yang keduanya ialah segala orang-orang yang mati di dalam hal kufur. Maka

puak ini kekal sekeliannya di dalamnya selama-lamanya. FirmanNya Ta‘ala (..). Ertinya :

“Sesungguhnya mereka-mereka yang kufur mereka itu dan mati mereka itu pada hal

mereka itu segala yang kufur itu-itu orang thabit di atas mereka itu laknat Allah dan

Malaikat dan manusia kesemuanya. Pada hal kekal mereka itu dalamnya, tidak

diringankan daripada mereka itu akan azab dan tidak ada mereka itu ditilikan mereka itu

dengan tilik rahmat. Dan firmanNya Ta‘ala : (…). Ertinya : “Siapa-siapa yang mesekutu

120

Page 121: Asas Al-I'tiqad

ia dengan Allah Ta‘ala, maka sungguhnya meharam Allah di atasnya akan syurga dan

tempat kembalinya ialah neraka. Kemudian apabila keluar kesemua orang-orang yang

derhakakan Allah daripada orang-orang Islam dengan syafaat Nabi atau dengan cukup

germit dan tidak tinggal seorang pun daripada mereka itu, maka diselakkan segala pitu

neraka itu di atas puak-puak kafir. FirmanNya Ta‘ala : ( ).

25

Ertinya : “Sungguhnya neraka di atas mereka itu dkatupkan dia dengan tiang-tiang yang

dibentangkan dia. Dan setengah daripada mereka itu ialah mereka yang dijadikan dia di

dalam peti, dipenuhkan atasnya dengan api, kemudian diselakkan di atasnya selama-

lamanya, na‘uzubillah min zalik. Hai Tuhanku, mita Engkau mematikan kami di dalam

hal Islam dan beriman, amin, amin, amin. Hendaklah kita gembarkan dan kasihkan

syurga dengan sebenar-benarnya dan secukup-cukupnya. Tak boleh kita duk ghalib dan

buat cera-cera sama sekali. Kerana ianyalah tempat yang sudah dan tempat puja nafsu

dengan secukup-cukup kehendak dan secukup-cukup puas hati selama-lamanya.

FrimanNya Ta‘ala : ( ). Ertinya : “Dan hendaklah menyukalah engkau, hai Muhammad,

akan mereka-mereka yang beriman mereka itu dan beramal mereka itu akan amal-amal

yang saleh, bahawasanya sabit bagi mereka itu beberapa syurga yang deraslah di

bawahnya beberapa sungai. Tiap-tiap kali diberikan mereka itu daripadanya rizki,

berkatalah mereka itu, ini ialah perkara yang diberikan kita dahulu tadi dan didatangkan

mereka itu dengan rizki, pada hal kesambaran rupa-rupa. Dan bagi mereka itu dalamnya

beberapa isteri yang disucikan sekeliannya daripada haid dan nifas dan lain-lainnya. Dan

mereka itu di dalamnya kekal sekelian mereka itu. Dan firmanNya Ta‘ala : (...). Ertinya :

“Dan didatangkan mereka-mereka yang takut mereka itu akan Tuhan mereka itu kepada

syurga pada hal beberapa puak..” hingga akhir ayat. Dan firmanNya Ta‘ala : (..) :

Ertinya : “Sungguhnya segala yang takut akan Allah Ta‘ala itu pada tempat duduk yang

senang di dalam beberapa kebun dan beberapa mata air memakai mereka itu daripada

setera sundus dan istabraq, pada hal berhadap depan mereka itu ketika bercakap-cakap.

Begitulah dan mekahwin kami akan mereka itu dengan bidadari. Menutut mereka itu

dalamnya dengan tiap-tiap

26

121

Page 122: Asas Al-I'tiqad

Buah kayu, pada hal aman mereka itu daripada putusnya dan lain-lainnya. Tidak merasai

mereka itu padanya akan mati, melainkan mati yang pertama yang di dalam dunia dan

melihara Allah akan mereka itu akan azab neraka.

Dan beberapa banyak lagi ayat-ayat dalam Quran ceritakan hal-hal syurga yang

disediakan kepada hamba-hamba yang taat kepada Allah Ta‘ala. Tetaplah dapat bagi

hamba-hamba itu dengan tidak waweh bila sampai masanya. Dan tidak siapapun daripada

yang berakal tak mau akan syurga bila ia tahu terus terang akan sebenarnya. Seperti juga

tidak siapapun mau akan neraka bila ia tahu akan sebenarnya. Siapa-siapa tak percaya

akan syurga neraka itu jadi kafir ia, kekal di dalam neraka selama-lamanya. Kala mati ia

di dalam hal itu, maka tidak memberi manfaat oleh tak percaya dia itu, melainkan

menambah khianat akan dirinya sendiri. Maka di sini, hai kawan-kawanku yang telah

terlajak kepada kerija maksiat dan kepada berhadap kepada dunia semata-mata, berhenti

memikir gatek dan masuk campur gatek dengan puak-puak yang beramal dan yang

mengaji-mengaji ugama. Mudah-mudahan tidak medapat kamu akan sesal yang amat

sangat kemudian hari. Maka tidak manfaat oleh sesal apabila sampai nyawa di batang

halkum, yakni berakut nyawa hala terbit. Dan hendaklah kesiang belas gatek kepada diri-

diri kamu yang bersih dan comel loter itu. Jangan ghodok masuk ke dalam neraka. Maka

mestilah kam pisah beri lepas ke dalam syurga juga, juga, juga. Jangan jadi bodo sama

sekali. Janganlah, janganlah, janganlah. Dan hendaklah kamu beralah kepada hukum-

hukum Allah Ta.‘ala. Dan ta‘at akannya dengan sepenuh-penuhnya di dalam umur kamu

yang sebutar (sebentar?) itu. Maka serba salah jua kamu hendak puja nafsu di tempat ini,

melainkan dengan jalan-jalan yang halal. Maka adalah yang puja nafsu di tempat ini

dengan jalan yang haram itu ialah pada hakekatnya yang buat nyanya kepada diri-diri

sendiri. Seolah-seolah yang sakit. Maka puja nafsu ia dengan makan yang bisa-bisa. Tak

padanlah sedapnya dengan sakitnya, hingga tak boleh tidur. Maka orang-orang yang

tahu-tahu hal kesakitan itu patan belaka yang bisa-bisa itu. Dan juga pisah berubat,

walau pun ubat-ubat itu perkara yang pahit-pahit dan yang tak sedap, kerana menuntut

kesenangan sehat. Begitulah juga yang menuntut kesenangan dalam syurga, tidak hirau

kepada patan yang haram dan berkerija yang wajib-wajib dan yang sunat-sunat, walaupun

berat. Maka berat itu tidak dibuat kira, kerana kesukaan dan kesenangan yang kemudian

daripada itu, ialah yang amat-amat sangat

122

Page 123: Asas Al-I'tiqad

26

Sabda Nabi, yang bermaksudnya begini : “Berkata dan berfirman Allah Ta‘ala : Mesedia

aku dan mecadang aku bagi segala hamba aku yang saleh-saleh akan barang yang tak

pernah melihat mata-mata dan tak pernah medengar telinga dan tak pernah terlitas atas

hati-hati manusia.” Dan sabda Nabi SAW : (...). Ertinya : “Pada syruga itu seratus

pingkat, barang yang antara tiap-tiap dua pingkat serperti barang yang antara langit dan

bumi. Dan Syurga Firdaus itulah yang terlebih tingginya, nisbah pingkat, hingga akhir

hadis. Dan sabdanya SAW : (...). Ertinya : “Tempat tukat seorang kamu daripada syurga

itu terlebih baik daripada dunia dan barang yang padanya. Dan kalau-kalau bahawasanya

satu perempuan daripada perempuan-perempuan syurga itu kelihatan dan jengok ia pada

ahli bumi, niscaya mecerah ia akan barang yang antara keduanya. Dan nescaya memenuh

ia akan barang yang antara keduanya, nisbah bau...” hingga akhir hadis.

Maka dengan hadis-hadis tersebut itupun padan dah dan cukup dah menyaksikan

di atas kelebihan kesukaan-kesukaan yang disediakan bagi kita mukminin di dalam

syurga itu, masya Allah. Amboi, bodonya orang yang paling belakang daripada akhirat

itu. Dan kalau-kalau dikatakan orang-orang yang cerdik pada pihak dunia sekalipun,

seperti beberapa banyak jatuh pada masa ini, na‘uzubillahi minzalik. Amboi,

berutungnya orang-orang yang panjang umurnya dan baik amalannya. Amboi, celakanya

orang-orang panjang umurnya dan jahat amalannya.

Ketahuilah kita bahawasanya seorang laki-laki daripada ahli syurga itu diberikan

dia kekuatan seratus laki-laki pada makan dan minum dan jimak dan syahwat. Dan badan

pun besar belaka, seperti tok Adam. Maka dengan sebab besar belaka itu, molek belaka.

Pendeknya dalam syurga itu takdaklah perkara-perkara yang tak puas hati. Hanya apa

kehendak dapat belaka. Alhamdulillah. Dan tersebut di dalam hadis bahawasanya bila

masuk kita ke dalam syrga, menyerulah oleh yang menyeru dengan katanya : “Hai ahli

syurga,

28

sekaranglah bagi kam bahawa sehat kamu dan tak sakit kamu selama-lamanya. Dan

sekaranglah bagi kamu bahawa muda kamu, maka tidak tua kamu selama-lamanya. Dan

sekarang bagi kamu bahawa bersuka-suka kamu, maka tidak putus asa kamu selama-

lamanya. Dan demikian itulah firmanNya Ta‘ala : (...). Ertinya : “Dan diserkan mereka

123

Page 124: Asas Al-I'tiqad

itu bahawasanya itu-itu syurga dipesakakan kam akannya dengan barang yang telah ada

kamu beramal kamu.

Hai saudara-saudaraku yang tak mau berpaling dan perduli kepada beramal

ibadah dengan sebab duk lepotel atau dengan sebab masyghul dengan kesukaan atau

ketinggian dunia atau dengan sebab-sebab yang lainnya, diharapkan ampun dan maaf

kalau ada tersalah atau tersilap. Hamba nak tanya sedikit, apakah pikiran kamu dan

kenampakan kamu dan sudah kamu dengan duk begitu. Adakah kamu sangka kata kamu

tak mati, atau mati tetapi lambatnya. Bahkan adakah kamu sangka kata umur kamu itu

hala bertambah banyak dan lanjut atau hala kurang atau berhenti tidak bertambah sebelah

jumlah. Bahkan adakah kamu sangka kata muda kamu itu berhenti di situ selama-

lamanya dengan segala bagai kesukaan dan kekuatan. Atau hala jadi tua atau da‘if tiap-

tiap hari. Atau bertambah jadi terlebih muda. Bahkan adakah kamu sangka kata mati

kamu, tetapi selalu ghaib dan kisah dengan tidak ada balas baik atau jahat di alam

Barzakh hingga akhir. Bahkan adakah kamu sangka kata perkara-perkara yang tersebut di

dalam Hadis dan Quran itu palsu atau [gamna]. Bahkan adakah kamu sangka cerdik dan

bijak kamu lagi daripada ulama-ulama yang duk beramal ibadah mereka itu siang malam

atau [gamna]. Bahkan adakah kamu berasa cerdik dan bijak kamu lagi daripada Nabi

Muhammad SAW atau [gamna]. Hai Tuhanku, haraplah engkau buka mata hati mereka

itu pada menjawabkan beberapa pertanyaan ini dengan jawapan yang sebenar-benar.

Maka Engkau taufikkan kepada mereka itu beramal ibadah selalu serta menyerta dengan

bersunguh-sungguh, siang dan malam. Dan kepada taubat daripada beberapa kesalahan-

kesalahan yang telah lalu dan kepada mengaji dan berlajar mana-mana yang mereka itu

tak pandai, yang bersakut paut dengan iktikad dan lain-lainnya. Sehingga Engkau

permatikan mereka itu di dalam hal itu, amin, amin.

29

Penjagaan terhadap kepada yang da‘if-da‘if pikiran. Adalah nampak berpenuh-

pena kampung-kampung dan kedai-kedai nad dan bandar-bandar dan wit-wit dan tempat-

tempat kenduri dan tempat-tempat berjudi dan upama-upamanya itu, ialah dengan jalan

berganti-ganti yang dilihatkan dan juga yang melihat dengan bahawa mati atau mapuh

setengah-setengah dan diperanakkan yang lain. Begitulah hingga akhir dunia dan habis

benih-benih bukanlah dengan sebab tahan lama, seperti batu-batu yang di bukit-bukit dan

124

Page 125: Asas Al-I'tiqad

di gunung-gunung. Maka di sini ada pelek sedikit, iaitu buah durian atau rambutan dan

upamanya. Maka pada musim buah itu kita lihat di tiap-tiap kali nad dan tiap-tiap kali

minggu yang kita pergi ke bandar upamanya. Maka ia pun dengan sebab berganti-ganti

fesyennya tidak teralih kalau rambutan yang masak dengan hal bulunya merah, maka

bila-bilapun begitulah. Dan kalau durian, fesyennya duri tajam, maka bila-bila pun

begitulah. Dan kalau durian nasi kunyik [t] maka bila-bila pun begitulah. Demikianlah

dikatakan dan ditarikkan. Adapun manusia kita, maka tak begitu. Kerana pada masa

dahulu di daerah kampung tempat itu orang-orang di situ pakai kain-kain sarung belaka.

Maka sekarang dipakaikan serual-serual. Dan fesyen dahulu berguna pisau penyukur

pada buat cukur rambut kepada, maka sekarang berguna mesin dan gu[n]ting pula. Dan

fesyen dahulu orang-orang perempuan pakai baju yang mudah buang kacing kerana

cabut. Dan sekarang payah nak buang gaduh-gaduh, kerana terbalik lepas ke belakang.

Dan fesyen dahulu berguna benar sisir-sisir bagi perempuan. Dan sekarang tak berapa

berguna dah, kerana kurang baik tanah-tanah sekarang, maka tumbuhlah bulu-bulu jadi

geratak dan kerekok. Barangkali dengan sebab banyak panas diakhir dunia. Dan air-air

nampaknya kurang, barang kali dengan sebab banyak kehilangan pohon-pohon kayu

yang besar-besar. Maka kita telah maklum bahawasanya orang-orang yang berperasaan

panas itu tak suka kepada berkelubung di tengah-tengah majlis yang ramai-ramai. Dan

juga tidak suka kepada menudungkan kebanyakkan tubuh. Dan orang-orang fesyen

dahulu mencari harta-harta untuk bekal tua dan menaruh kepada anak-anak cucu, tidaklah

berbahagi kepada seteru-seteru. Maka orang-orang sekarang mencari duit untuk memberi

kepada seteru-seteru dan menolong akannya. Dan jikalau diri-dirinya jadi mudarat

dengan sangat mengatuk hingga terbalik mutu-mutu atau kereta-kereta atau balik jadi

demam dan sakit kepala dan upamanya sekalipun. Maka waktu

30

itu mencarilah kerak-kerak yang tinggal di rumah itu berbahagi kepada doktor-doktor

pula. Maka tatkala sangat suka kepada menolong seteru-seteru itulah tak sempat masa

hendak mencari duit. Maka waktu itu itarlah jalan-jalan yang manakah medapat duit

dengan cepat dan senang, maka ajarlah tangan-tangan kepada mencuri harta-harta ibu

bapa, kemudian hak adik beradik, kemudian hak orang-orang se kampung, demikianlah

bertambah tinggi, tinggi, tinggi, hingga terlajak masuk neraka dunia. Maka waktu itu bila

125

Page 126: Asas Al-I'tiqad

kedengaran kepada ibu bapa dan kaum-kaum yang pikir tak lepas ingat sayang dan

kesiang belas. Maka mereka itupun gadailah harta-harta atau jualnya yang ada sedikit

sebanyak lagi itu. Ambil harganya pergi tebus supaya boleh keluar daripada neraka itu.

Maka jadi papa habis sekawan deru. Amboi, takut-takutnya di sisi orang-orang yang

sampai pikiran. Hai Tuhanku, mi[n]talah Engkau menjauhkan kebalaan yang semacam

ini dan kebodoan yang semacam ini daripada terkena di atas anak-anak cucuku khasnya

dan di atas kaum-kaum dan sahabat-sahabatku dan murid-muridku umumnya, amnin ya

rabbal ‘alamin.

Penjagaan pula terhadap kepada yang suka nak berbekal kepada akhirat.

Hendaklah kita-kita yang duduk di negeri orang kerana cari bekal itu menjauhkan diri-

diri daripada tiru meniru anak-anak tempat yang di situ pada perangai-perangai dan

kelakuan-kelakuan mereka itu, seperti galak dan berjangak dan sombong dan sebagainya.

Kerana tak munasabah dengan duduk di tempat orang kerana mencari bekal itu.

Demikianlah juga orang-orang Islam kita yang duduk di atas dunia ini yang menjadi

bekal bagi negeri akhirta itu, tak patus sekali-kali meniru perangai-perangai dan

kelakuan-kelakuan anak-anak dunia sejati, iaitu orang-orang yang dunianyua jua tempat

kesukaannya, iaitulah segala seteru Allah. Maka siapa-siapa daripada orang Islam kita

meniru orang-orang itu, maka berju[m]palah dengan sesal yang amat sangat. Jangalah,

janganlah, janganlah.

Pesananan kepada mereka yang lalai. Kita yang di dalam umur yang kedua itu

ialah sementara mati jua, si[ng]kat sahaja. Di situ juga masa berbekal kepada umur-umur

yang lain. Dan juga sambil sedikit-dikit perkerijaan dunia untuk makan pagi dan

upamanya. Maka di sini janganlah kita ghalib duk masyghul dengan menolong orang-

orang lain banyak-banyak sangat, sehingga luput perkerijaan bagi diri kita sendiri. Dan

juga sehingga salah diri-diri kita lepas ke dalam jil upamanya. Maka sahlah dikatakan

kepada kita dengan kata :

31

“Ayam didik pandai belaga // orang cerdik jadi bodo”

Cuba per[h]atikan satu bandingan orang-orang yang duk mencari bekal di luar

negeri supaya dapat bekal yang di bawa balik ke negerinya. Dan kerajaan di sana itu

benar bermukimnya sebulan u[m]pamanya. Lepas itu mesti kena balik ke negerinya.

126

Page 127: Asas Al-I'tiqad

Maka tiba-tiba orang itu duk masghul dan bergaduh dalam masa sebulan itu dengan

menolongkan orang-orang yang di negeri itu jua, dengan tolong bergala dan menyakur

[menyangkul] dan menarik lembu-lembu yang dicuri dan u[m]pamanya. Maka adalah

orang-orang itu ialah “ayam didik pandai belaga”, tolong orang lain sehingga kosong

tangan-tangannya, atau sehingga lepas ke dalam jil. Nak ke budi dan angin tinggi

semcam ini, makan diri. Amboi, banyaknya orang-orang kita duk begaduh dengan

dengan cari harta-harta untuk beri senang orang-orang lain, sehingga tinggal

sembahyang, puasa dan sebaginya. Sehingga terus tubuh-tubuhnya ke dalam neraka.

Habis cerdiknya, timbul temaganya. Dan amat bodonya. Maka barang kali begini jua

tujuan-tujuannya pada masa hidup dunia itu, iaitu asalkan senang anak cucu sudahlah.

Walaupun kita lepas ke dalam neraka. Amboi, abang-abang, kak dan kaknik-kaknik gak

bodonya dan si[ng]kat pikirannya di sisi orang-orang yang renti dan sedar.

Cubalah kita belajar mencari jawab pertanyaan ini : yang manakah betul pikiran

dan kenampakan dua orang ini.

Satunya, dia nampak begini : kita hidup di dunia ini mesti dicarikan dan

dipisahkan harta punya beri banyak, supaya senang kita dan anak cucu kita, balallah di

akhirat kelak kita masuk neraka sekalipun, kerana lambat lagi.

Keduanya, dia nampak begini : kita hidup dunia ini mesti kita membanyakkan

bekal bagi kesenangan akhirat yang sudah kita di situ, balallah susah payah kita dan

anak-anak cucu kita pada masa hidup sementara di atas dunia ini sekalipun.

Carilah jawapan yang sebenar. Jangan tidak. Kerana hendak me[n]dengar dengan

bangat-bangat supaya boleh guna dengan bangat, takut-takut datang mati dengan terkejut,

[hok tak] dan taubat dan membanyak bekal.

Penjagaan dibuat berkesudahan risalah ini dengan dia. Sebagai terhadap kepada

dua bangsa saudara-saudaraku yang dikasihi. Hai, saudara-saudaraku yang

me[n]dapatkan merasai nikmat Allah dengan comel-comel dan elok-elok rupa-rupa dan

banyak dan jenuh jena harta-harta. Banyaklah kamu terima kasih kepada Allah Ta‘ala

yang memberi akan kamu dua perkara ini di dalam negeri dunia ini. Maka sukalah hati-

hati kamu. Maka dengan hal itupun kamu sedar gatek bahawasanya kamu itu di dalam

musafir lagi kepada beberapa tempat yang lain dan beralih kepadanya. Maka sekiranya

jika kamu pandai bawa diri-diri kamu beri kena jalan undang-undang Allah Ta‘ala, maka

127

Page 128: Asas Al-I'tiqad

senanglah dan sukalah kamu selama-lamanya. Dan jika kamu tak pandai bawa, maka di

dunia inilah jua sebutar [sebentar] sahaja kamu boleh berseronok dan comel dan jenuh-

jena itu. Amboi, sayangnya dan serba salahnya dan segornya [?] bila mati, tolak perahu

tolak bekalan.

Hai saudara-saudaraku yang tidak me[n]dapatakan merasai dua nikmat itu dengan

bahawa huduh rupa-rupa dan payah makan, pakai dan u[m]pamanya. Hendaklah kamu

sabar benar-benar, tidak berapa lama sekali duka cita kamu tentang tak me[n]dapat kamu

akan dua perkara itu. Tetapi kalau kamu tak kena bawa pula dah dengan dengan undang-

undang Allah Ta‘ala maka kamu me[n]dapatkan duka cita yang terlebih besar lagi di

akhirat kelak. Maka terlebih huduh pula rupa-rupa kamu itu. Tambahan pula badan-badan

kamu diazabkankan dia ke dalam api neraka. Maka tidaklah kamu boleh merasai seronok

dan sedap la[ng]sung-la[ng]sung, dari awal sampai akhir. Dan jika kamu itu pandai bawa

diri-diri kamu di atas dunia ini, nescaya me[n]dapat kamu akan beberapa kelebihan dan

ketinggian akhirat kelak. Tidak kamu segor [sangka?] sedikitpun tentang me[n]dapat

kamu dua nikmat itu di atas dunia ini. Bahkan thabit pada setengah-setengah riwayat

Hadis bahawasanya orang-orang fakir yang Islam masuk mereka itu akan syurga dahulu

lagi daripada orang-orang kaya daripada Muslimin dengan setengah hari. Dan hendaklah

kita semua ingat secukup-cukup ingat bahawasanya orang-orang yang biasa seronok dan

senang itu bila berju[m]pa mereka itu dengan susah sedikit sekalipun, maka tak ada arah

nak jadi dah dan tidak arah nak rasa dan tanggung dah. Kalau begitu beratnya orang-

orang yang comel-comel dan yang lebih pingkat dan kaya-kaya apabila berju[m]pa

mereka itu dengan siksa akhirat. Bahkan waktu berakut nyawa-nyawa keluarpun padan

dah di situ.

Dan bahawasanya orang-orang yang biasa susah itu bila berju[m]pa mereka itu

dengan kesenangan yang sedikit sebanyak pun mereka itu amat-amat suka dah tak dak

arah nak jadi dah. Kalau begitu sehabis seronoknya orang-orang yang biasa susah dunia

apabila berju[m]pa mereka itu dengan kesukaan akhirat. Bahkan berasa memadai dah

dengan kesukaan-kesukaan yang dihandai kepada mereka itu pada ketika berakut nyawa-

nyawa keluar. Tetapi orang-orang ini kalau keluar daripada dunia berju[m]pa dengan

susah pula gak berat-berat kemudian daripada sudah berat.

128

Page 129: Asas Al-I'tiqad

Maka di sini bila kawan-kawan kita yang telah sedar dan mengetahui dah hal-hal

susah itu berju[m]pa dan berkenal-kenal dengan orang-orang buta atau sebagainya,

hendaklah menasihatkan dan mengajakkan mereka itu kepada jalan-jalan yang baik, iaitu

kepada berlajar hukum-hukum ugama dan sembahyang jama’ah dan sebagainya, supaya

merasai mereka itu akan kesenangan di belakang hari kelak. Janganlah sekali-kali

dipelorongkan kepada kejahatan seperti ajak beri jadi tukang berserunai wayang-wayang

atau sebagainya. Maka nyanya mereka itu, kemudian daripada sudah nyanya. Dan nyanya

juga orang-orang yang pelorong kepada kejahatan itu, kerana membuat sebab dan

menunjukkan yang lain bagi kejahatan itu kejahtan juga seprti juga membuat sebab dan

menu[n]jukkan yang lain bagi kebajikan itu, kebajikan juga.

Pesanan yang akhir sekali di dalam risalah ini. Hendaklah kita duduk di atas dunia

ini dengan jalan mujur dan terlebih mujur. Janganlah kita duduk dengan jalan celaka dan

terlebih celaka. Maka yang pertama itu ialah orang yang sentiasa di dalam beramal ibadat

dan membanyakkan dia. Maka sekiranya jika mati bangat pun mujur dah dan jika lambat

mati maka terlebih mujur kerana boleh menambahkan beberapa kebajikan banyak lagi,

maka terlebih tinggi di akhirat. Maka yang kedua itu ialah orang-orang yang sentiasa di

dalam maksiat dan derhaka kepada Allah Ta‘ala dan RasulNya. Maka sekiranya kalau

mati bangat pun celaka dah dengan iktibar janji Allah itu. Dan jika lambat mati, maka

terlebih celaka, kerana bertambah banyak lagi kejahatan-kejahatan, na‘uzubillah min

zalik. Hai, Tuhanku mi[n]ta Engkau menjadikan risalah ini satu sebab bagi tercelik mata-

mata hati saudara-suadaraku yang terpejam sehingga nampak dengan terus terang

bicaraan-bicaraan yang di dalamnya dan beramal ibadat dengan serta menyerta sehingga

bawa mati dengan hal itu, amin, amin. Wasallahu wasallam ‘ala sayyidina muhammad

wa ‘ala alhi wasahbihi ajma ‘in walham dulillahi rabbil ‘alamin.

Selesai menghimpunkan risalah ini pagi Sabtu empat belas Rabi‘ussani tahun

seribu tiga ratus lapan puluh sembilan, pada tempat bernama Wakaf Budi, Sekam, Mayo,

Fathoni, jalan Palas-Rakok. Tammat.

Selesai diitranslitrasi di USM, P. Pinang, pada hari Jumaat 1 Sya‘ban 1427 H/

25/8/2006 M. Pukul : 12:43:26

129