ulasan jurnal yang diperolehi dari sumber internet

18
  BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS S SG GD DT T3 30 03 33 3 I I C CT T D DA AL LA AM M P PE EN NG GU UR RU US SA AN N P PE EN ND DI I D DI I K KA AN N TUGASAN INDIVIDU ; JUSTIFIKASI/ REFLEKSI PEMBELAJARAN PEMBINAAN LAMAN WEB BERASASKAN PERISIAN ADOBE MACROMEDIA DREAMWEAVER DISEDIAKAN OLEH : M MU UH HA AM MA AD D T T A AJ JU UL L A AZ ZH HA AR R B BI I N N T TA AJ JU UD DD DI I N N ( (2013 39 98 8 PK KP PG GB B C CO OHO OR RT T 4 4) )  P PE EN NS SY YA AR RA AH H :  E EN N.H HA AS SN NA AN N B BI I N N H HA AS SS SA AN N

Upload: tiejey

Post on 19-Jul-2015

1.050 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

 

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SSGGDDTT33003333 

IICCTT DDAALLAAMM PPEENNGGUURRUUSSAANN PPEENNDDIIDDIIKKAANN 

TUGASAN INDIVIDU ;

JUSTIFIKASI/ REFLEKSI PEMBELAJARAN PEMBINAANLAMAN WEB BERASASKAN PERISIAN

ADOBE MACROMEDIA DREAMWEAVER

DISEDIAKAN OLEH :

MMUUHHAAMMAADD TTAAJJUULL AAZZHHAARR BBIINN TTAAJJUUDDDDIINN 

((220011339988 PPKKPPGGBB CCOOHHOORRTT 44)) 

PPEENNSSYYAARRAAHH :: 

EENN.. HHAASSNNAANN BBIINN HHAASSSSAANN

Page 2: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

Refeksi/ Ulasan Jurnal

Ulasan Terhadap Artikel :

Kemahiran Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru Besar

Di Kuala Terengganu.

Lokman Bin Mohd Tahir & Azizah Binti Ismail @ Besar dari Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia telah membuat kajian tentang tahap penguasaan dan

penggunaan komputer di kalangan Guru Besar di Kuala Terengganu. Antara

dapatan yang dibuat tahap pengetahuan tentang penggunaan komputer di kalangan

golongan ini agak memuaskan. Namun, walaupun demikian, kajian yang dibuat

hanyalah pada peringkat pengetahuan dan asas penggunaan kepada skop-skop

tertentu sahaja. Di dalam menghadapi arus teknologi yang sentiasa berkembang

maju ini, semua pihak terutamanya pemimpin organisasi seperti Guru Besar atau

Pengetua, kemahiran dalam bidang ini tidak hanya menjurus kepada perkara-

perkara atau skop-skop tertentu sahaja. Pengurus atau pentadbir, perlu sentiasa

mengikuti perkembangan dan berusaha memajukan diri menguasai teknologi-

teknologi terkini yang amat berguna dan sangat membantu mereka dalam urusan

harian dengan lebih baik, teratur, cepat dan pantas. Dalam kata lain, mereka perlu

menguasai kemahiran infor masi dan teknologi maklumat ini dengan lebih mendalam

lagi.

Pihak kerajaan sememangnya memandang serius dalam perkara ini kerana

pendidikan merupakan barisan penting negara dalam membentuk generasi yang

akan memimpin dan menentukan negara di masa hadapan. Justeru itu, berbagai

insentif dan galakan disediakan oleh kerajaan bagi memastikan modal insan yang

dilahirkan diberikan peluang dan didikan yang sewajarnya. Justeru itu, pihak

pentadbir di sekolah, khususnya Guru Besar dan Pengetua perlu memastikan diri

Page 3: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

untuk bergerak seiring dengan wawasan kerajaan untuk membawa negara ke arah

negara maju setanding negara-negara maju yang lain.

Antara peranan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut;

a) Pembangunan Modal Insan Penjana Wawasan 2020: 

Y.A.B. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah

mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha

membangunkan Modal Insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi

hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting

dalam usaha Kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang

Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020.

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan

tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai

bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang

berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika,

berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat,

bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan

yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju

negara pada masa hadapan.

Petikan:  Buku Rasmi Tahunan Malaysia 2006 oleh Jabatan Penerangan 

Malaysia.

b) Pemangkin Utama:

Pembangunan Modal Insan yang diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri telah

ditekankan di dalam sumber-sumber berikut :

Page 4: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

Bajet 2008; 

Pembangunan Modal Insan juga telah ditekankan dalam ucapan Bajet 2008,

seperti mana Bajet 2007 dan 2006 dan juga Rancangan Malaysia Ke- 9 seperti ;

1.  Ucapan Pembentangan Rancangan Malaysia ke-9 : 

"MEMBINA TAMADUN MENJULANG MARTABAT NEGARA"

2.  Dokumen Rancangan Malaysia ke-9 

Sehubungan dengan itu semua pihak terutamanya pengurus dan pentadbir di

sekolah perlu memahami, mengikuti perkembangan dan memahirkan diri dalam

bidang ICT bagi membantu kerajaan menjana modal insan sepertimana yang

dihasratkan.

Penggunaan ICT dalam organisasi pendidikan pada masa kini merupakan satu

fenomena biasa. Kajian-kajian mengenai implementasi teknologi bermula sekitar

tahun 1950-an. Revolusi teknologi telah berjaya melakukan perubahan pendekatan

terhadap pengurusan teknologi korporat. Laudon dan Laudon (1998) menyatakan

terdapat empat jenis perubahan organisasi yang dihasilkan oleh ICT iaitu automasi,

rasional, perekayasaan dan perubahan paradigma. Automasi merujuk kepada

aplikasi ICT untuk membantu pekerja melaksanakan tanggungjawab dengan lebih

berkesan dan meningkatkan prestasi kerja. Rasional berrmaksud memudahkan

prosedur operasi bagi mengelakkan bottleneck supaya proses automasi akan

menjadikan prosedur lebih berkesan.

Kedua-dua model ini merupakan pendekatan kejuruteraan iaitu memberikan

penekanan kepada proses membangun, merancang, membina dan mengawal.

Sementara perekayasaan pula merujuk kepada mereka semula proses-proses

perniagaan dengan tujuan utama untuk mengurangkan kos dan masa secara

signifikan. Perubahan paradigma merupakan proses perekayasaan yang lebih

radikal melibatkan mengkonsepsi semula proses perniagaan dan ciri organisasi.

Page 5: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

Menurut Davies (1996), pendekatan perekayasaan merupakan satu kaedah yang

perlu diberi perhatian oleh pemimpin sekolah bagi menghadapi cabaran abad ke 21.

Justeru, ICT sememangnya dapat membantu pengurus pendidikan dalam membuat

keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat

meningkatkan komunikasi dalam organisasinya. Pengurus sekolah tidak dapat

dipisahkan daripada membuat keputusan pada setiap hari kerana ini merupakan

elemen penting dalam menjalankan tugas merancang, membuat keputusan,

menganalisis, sumber manusia, memimpin, mengawal, berkomunikasi serta

berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah dan cepat yang melibatkan

maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar, pelbagai rekod, kawalan

inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal yang berkaitan

peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat

Laudon dan Laudon (1997) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi

adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan

maklumat bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal

dan menganalisis.

Secara umum ICT dapat menukarkan data-data mentah yang tidak memberi makna

kepada maklumat yang tersusun dan berguna apabila ianya diproses, disimpan dan

boleh dikemaskinikan dengan mudah dan cepat dengan menggunakan pelbagai

perisian komputer yang ada. Maklumat-maklumat yang telah diproses ini sudah

tentu dapat membantu pengurus sekolah membuat keputusan-keputusan yang tepat

dan berguna dalam perancangan, pemantauan dan kawalan. Sebagai contoh

dengan menggunakan sistem maklumat berasaskan komputer, maklumat mengenai

pencapaian pelajar dalam peperiksaan disimpan, diproses dan dianalisis dalam

bentuk graf, carta pai, carta bar, senarai dan jadual-jadual statistik yang mudah

membantu pentadbiran sekolah mengesan kekuatan dan kelemahan yang ada dan

seterusnya memudahkan mereka membuat perancangan dan program susulan yang

sesuai dan dengan sendirinya keputusan yang diambil nanti relevan dengan isu dan

masalah yang berbangkit.

Page 6: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

Maklumat berkaitan pelajar tidak hanya terhad kepada peperiksaan semata-mata

kerana mereka merupakan komuniti utama dalam sesebuah sekolah. Maklumat

berkaitan pelajar termasuklah maklumat peribadi, pencapaian akademik, penglibatan

kokurikulum, disiplin, sahsiah, buku teks, biasiswa dan sebagainya boleh diakses

dengan mudah dan cepat untuk kegunaan pengurusan sekolah dengan bantuan

teknologi ICT.

Dulu maklumat yang disimpan di dalam fail kurang membantu dan dimanfaatkan

kerana sukar dicapai. Tetapi kini dengan bantuan ICT, pengurusan sekolah dapat

bekerjasama, berurusan dan membantu pihak luar seperti Jabatan Kebajikan

Masyarakat, Polis, Mahkamah dan pihak-pihak tertentu dengan lebih mudah dan

cepat apabila maklumat sentiasa dapat dikemaskinikan.

Selain itu tugas pengurusan pejabat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan,

pengurusan stok, inventori, pembelian dan pelupusan barang memerlukan satu

sistem yang memudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan-keputusan

penting. “Sistem Sokongan Keputusan” (DSS) adalah perisian komputer yang boleh

menganalisis data dan dapat memudahkan pembuatan keputusan berdasarkan

output yang ditunjukkan.

Reigelath (1987), berpendapat struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila

masyarakat cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat.

Berdasarkan kenyataaan tersebut tidak dapat tidak pengurus pendidikan memainkan

peranan dan tanggungjawab penting dalam menghadapi cabaran ke arah arus

perubahan keseluruhan sistem pentadbiran dan pengurusan sekolah. Bermula

dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran, pendekatannya harus disesuaikan

dengan arus perkembangan ICT terkini.

Dalam konteks ini guru bukan lagi dilihat sebagai sumber utama untuk

menyampaikan maklumat tetapi lebih sebagai pemudah cara. Sebagai pengurus

pendidikan sewajarnya mempastikan guru-guru mempunyai kebolehan dan

kemahiran memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber untuk tujuan

pembelajaran dan pengajaran dan tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti

CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian

Page 7: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

aplikasi komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan,

hamparan eletronik, internet, perisian persembahan dan lain-lainnya.

Menurut Stair dan Reynolds (1999), tujuan utama sistem maklumat dan komunikasi

adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya dengan

membekalkan pengurus-pengurus dengan “insight” ke atas operasi organisasi

supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan

dan lebih cekap. Justeru itu pengurus sekolah seharusnya menyiapkan diri dengan

kepakaran dan kelebihan dalam teknologi maklumat ini kerana kemampuan mereka

itu akan memudahkan sekolah diurus dengan berkesan dan cemerlang dan boleh

menghadapi perubahan-perubahan drastik dalam dunia pendidikan.

Kementerian Pendidikan umpamanya sebagai badan induk dunia pendidikan telah

memainkan peranan penting untuk menghadapi zaman globalisasi dan dunia

pendidikan tanpa sempadan dengan memasukkan kurikulum ICT dalam KBSR dan

KBSM. Di samping sifat ICT itu sendiri yang membentuk suasana pembelajaran

sepanjang hayat dan memberi peluang-peluang pembelajaran yang tidak ada had

maka adalah menjadi suatu kewajaran kepada pengurus-pengurus pendidikan untuk

menyesuaikan diri dengan segera kepada perubahan-perubahan ini.

Dalam konteks sekolah kini, kebanyakan sistem pengurusan pejabat menggunakan

peralatan komputer dengan menggunakan perisian-perisian seperti MS Excel untuk

kewangan sekolah, sistem sokongan keputusan (DSS) untuk membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah, sistem maklumat pengurusan (MIS) yang

membolehkan capaian mudah kepada data pelajar dan staf, sistem pengautomasian

pejabat (OAS) untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urusan seharian

pejabat dengan menghasilkan kerja yang lebih pantas dan lebih kemaskini. Selain

itu satu aplikasi komputer dalam pengurusan skim pinjaman buku teks dibangunkan

menggunakan perisian dBase IV dapat membantu pengurusan dalam proses

pinjaman buku.

Keadaan-keadaan ini amat menuntut pengurus sekolah supaya sama-sama

bergerak seiring dengan arus perubahan tersebut supaya mereka menjadi seorang

pengurus, pemimpin dan pentadbir yang berketrampilan dan berwibawa seperti

Page 8: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

mana pandangan Zarina Zakaria (1998) yang menyatakan bahawa ekspektasi

pentadbir sekolah terhadap sistem-sistem maklumat dan sikap mereka terhadap

penggunaan komputer memberikan impak yang besar kepada kejayaan sekolah.

Pengurus pendidikan harus menitikberatkan ICT sebagai satu pemboleh ubah

penting dalam mewujudkan sistem pengurusan berprestasi tinggi. Secara khusus,

pengurusan ICT menekankan pencapaian kecekapan pengurusan dengan

memastikan maklumat yang betul dapat diperoleh tepat pada masanya. Untuk

mencapai ini, peranan ICT sentiasa ditambah baik bagi meningkatkan integrasi

dengan proses pengurusan. Misalnya komunikasi yang melibatkan proses

penghantaran dan penerimaan mesej. Melalui komunikasi pengurusan dan

pentadbiran sekolah boleh berkongsi maklumat-maklumat yang berguna untuk

sebarang urusan. Bentuk komunikasi seperti surat-menyurat, memo, fax, pesanan

suara dan telefon adalah menjadi kebiasaan di mana-mana.

Kesimpulan :

Hakikatnya memang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat meningkatkan

komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan sekolah

sebuah organisasi pembelajaran dan mewujudkan persaingan yang sihat di

kalangan warga sekolah. Oleh itu, perkembangan teknologi ICT perlu diteroka

semaksimum mungkin bagi digunakan dalam melaksanakan misi pengurusan.

Penggunaan teknologi tidak boleh lagi terhad kepada aspek tertentu sahaja,

sebaliknya ia perlu menyeluruh dan bersepadu supaya perkongsian maklumat di

dalam dan di antara agensi dapat dimanfaatkan bagi tujuan pemantauan serta

penilaian keberkesanan dasar dan matlamat pengurusan maklumat.

Teknologi menjadi alat dan pengupaya utama bagi menghasilkan pelaksanaan

proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang efisien dan mantap.

Pengurus atau pentadbir, khususnya Guru Besar dan Pengetua di samping guru

yang menguasai kemahiran ICT dijangka akan dapat memaksimakan kelebihanyang ada pada teknologi untuk menjadikan pengurusan yang lebih mantap

Page 9: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

manakala bagi guru pula akan menghasilkan pengajaran lebih menarik, interaktif

serta berkesan. Adalah penting pihak berwajib memantau agar pentadbir dan

pengurus sekolah termasuk semua guru mempunyai kemahiran teknologi yang

diingini bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program teknologi di sekolah.

Penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendididikan bukanlah sesuatu yang

baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan

Eropah sejak awal 60an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus

pembangunan berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya

mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi

sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi

hampir semua mata pelajaran.

Konsep pembelajaran berasaskan peralatan teknologi komunikasi (ICT) khususnya

internet dianggap semakin popular dan penting untuk meningkatkan lagi tahap

pencapaian seseorang pelajar di dalam pelajarannya. Kajian menunjukkan stail

pembelajaran pelajar banyak mempengaruhi hasil pembelajaran. Penggunaan

komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi

seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar

bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli

masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta

membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal;

memudahkan kolaboratif dan perbandingan global; dan membolehkan bahan-bahan

multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.

Kepesatan teknologi internet ini perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh pendidikdan pelajar demi memartabatkan lagi pendidikan ke arah kecemerlangan

pendidikan. Walaupun terdapat masalah yang timbul ianya bukan satu isu yang tidak

boleh diatasi malah kerajaan telah membuat pelbagai perancangan dan

perlaksanaan seperti dalam Rancangan Malaysia Kesembilan 2006  – 2010 dalam

memartabatkan ICT di Malaysia. Antara program yang dilaksanakan adalah program

latihan dan pendidikan ICT diperluaskan lagi di peringkat sekolah, prauniversiti dan

IPT adalah pembangunan kemahiran teras dalam pelbagai bidang seperti

pembangunan perisian dalam sains hayat dan aplikasi pengetahuan juga

Page 10: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

kelonggaran prakelulusan kurikulum kepada IPT supaya selaras dengan kehendak

dan keperluan industri. Sistem pendidikan yang berkembang pesat selaras dengan

kehendak dan aspirasi negara ini perlulah mengaplikasikan ICT khususnya dalam

penggunaan teknologi internet supaya sistem pendidikan tidak ketinggalan jauh

berbanding dengan negara maju.

Page 11: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN11

Rujukan :

Rozinah Jamaludin (2003), Teknologi Pengajaran, Terbitan USM

Muhamad Hasan Abdul Rahman (2000). Media Pengajaran Penghasilan Bahan

Pengajaran Berkesan, Terbitan UPM

Rozinah Jamaludin (2000) Multimedia dalam Pendidikan, Utusan Publications and

Distributors Sdn Bhd

Musa Abu Hassan (2002) Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat,

Terbitan UPM

Mohd Khalit Othman dan Mustaffa Kamal bin Mohd Nor : Kajian Pakej Pembelajaran

Berasaskan Internet: Satu Kajian Terhadap Pakej Pembelajaran Bagi Subjek Matematik

di Peringkat SPM, UM

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul RahimHamdan (2006). "Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan". PTS ProfisionalPublishing Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.

Abd. Rahman Daud. (2000). Kefahaman terhadap konsep penggunaan ICT di dalambilik darjah. Proceedings of the International Conference on Teaching and Learning,  609-623. Ashinida Aladdin, Afendi Hamat & Mohd. Shabri Yusof. (2004). PenggunaanPBBK (Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Arab sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Online Journal of Language Studies (GEMA). (dalam talian) (26 Januari 2005).

Bahagian Teknologi Pendidikan. (1999). Laporan Tahunan 1999. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia. Cuban, L., Kirkpatrick, H. & Peck, C.(2001). High access and low use of technologies in high schoolclassrooms: Explaining an apparent paradox. American Educational Research Journal, 38 (4), 813-834. Drier, H. S. (2001). Teaching andlearning Mathematics with interactive spreadsheets.

Page 12: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN12

LAMPIRAN JURNAL

Kemahiran Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru BesarDi Kuala Terengganu.

Lokman Bin Mohd Tahir & Azizah Binti Ismail @ Besar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Abstrak : Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan komputer dengan aspek jantina, umur dan

 pengalaman mentadbir dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu. Aspek yang dikaji ialah tahap

 penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan-halangan yang dihadapi dalam penggunaan komputer.

 Responden kajian terdiri daripada 74 orang guru besar di daerah Kuala Terengganu. Data diperolehi

menggunakan instrument soal selidik dan di analisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages for the

Social Sciences Version 11.5). Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk alat kajian ini ialah = 0.928.

Penganalisisan data dibuat secara deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min. Keseluruhan hasil kajian

ini menunjukkan bahawa tahap penggunaan computer dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu

berada pada tahap memuaskan Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan

antara penggunaan komputer mengikut umur dan pengalaman mengajar. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat 

 perbezaan yang signifikan antara penggunaan komputer mengikut jantina

Katakunci: kemahiran penggunaan computer, guru besar, Kuala Terengganu.

Pengenalan

Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam mendidik ke arah memenuhi matlamat

dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk memberi dan

menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Kecemerlangan sesebuahinstitusi atau organisasi pendidikan banyak dipengaruhi oleh elemen-elemen utama seperti murid, guru, pentadbir,

struktur pentadbiran, teknologi pendidikan dan persekitaran yang baik. Ekoran daripada itu, organisasi yang peka

seharusnya membuat persediaan awal meliputi aspek-aspek penting dalam pengurusan yang sesuai dan memenuhi

hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Sesebuah sekolah atau organisasi mesti berani membuat perubahan dengan keluar daripada model hirarki

yang mekanistik agar organisasi dapat memaksimumkan keupayaan bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan,

(Ramaiah, 1998). Ini bermakna perubahan bagi sesebuah organisasi adalah satu kemestian bagi meningkatkan

kecemerlangan organisasinya (Ariffin a, 2003). Oleh yang demikian, kepekaan sekolah kepada perubahan adalah

sesuatu yang amat penting sebagai persediaan menghadapi persaingan globalisasi pendidikan serta perubahan

sistem pendidikan yang semakin mencabar dan berdaya saing pada masa kini. Kepekaan dari pelbagai aspek 

pentadbiran telah menjamin perkembangan yang cemerlang dan berkualiti dalam pengurusan sekolah (Ariffin b,2000).

Sehubungan dengan itu, pemimpin organisasi sekolah yang berjaya adalah pemimpin yang sentiasa peka

dengan tuntutan perubahan yang dirancang atau perubahan yang tidak dirancang. Oleh kerana itu, organisasi

pendidikan sekarang perlu membuat anjakan secara realistik kepada era globalisasi yang berasaskan komputer atau

ICT dalam pelbagai peringkat pengurusan terutama pentadbir dalam sesuatu pentadbiran di sekolah. Bagi sekolah

rendah, guru besar adalah pentadbir dalam organisasi pendidikannya maka sewajarnya guru besar mempunyai skop

atau bidang pengetahuan yang lebih luas dalam setiap sudut pentadbirannya.

Dalam pada itu, perkembangan teknologi yang berasaskan komputer ini boleh digunakan sebaga

Page 13: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN13

i alternatif dalam pengurusan sesebuah organisasi pendidikan, namun persoalannya ialah sejauh manakah

guru besar bersedia menggunakan komputer dalam sistem pentadbirannya di sekolah. Kajian perlu dijalankan untuk 

mengenalpasti kesediaan guru besar menggunakan komputer untuk memastikan pengurusan pentadbiran sekolah

dapat dijalankan dengan berkesan.

Penyataan masalah

Dalam sesebuah sekolah, individu yang memainkan peranan penting bagi penggerak atau peneraju adalah

pentadbir. Pentadbir yang dimaksudkan disini ialah guru besar. Jika pentadbir adalah seorang yang bersikap positif 

terhadap computer maka beliau juga berusaha untuk meningkatkan kemudahan dan kepenggunaannya dalam

kalangan stafnya. Dalam masa yang sama, pentadbir bersama-sama berusaha meningkatkan pengetahuan tentang

teknologi komputer sesuai dengan peranan beliau sebagai penggerak dan pelaksana setiap visi Kementerian

Pendidikan Malaysia di peringkat sekolah.

Merujuk kepada penyediaan sumber manusia, kita boleh melihat tiga kumpulan penting yang perlu

diberikan perhatian. Pertamanya kumpulan pentadbir iaitu terdiri daripada guru besar yang perlu mahir dengan

pelan teknologi maklumat, pelan pengurusan, dan perancangan kemajuan kakitangan. Ini bermakna, guru besar

yang bakal menerajui sekolah tersebut perlu celik ICT dan berwibawa. Selain daripada itu guru besar juga perlu

menerajui kepemimpinan sekolah dengan melaksanakan pentadbiran bersifat ikhtisas, 'empowerment  dan

mengamalkan budaya kolaboratif dalam membuat keputusan dalam hal-hal profesional.

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang diutarakan di atas, kajian ini dilakukan bagi meninjau

berkenaan kemahiran komputer guru besar terhadap amalan kemahiran penggunaan komputer dalam aspek 

pengurusan maklumat di sekolah serta mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal

dan faktor halangan dalam kalangan guru besar.

Objektif Kajian

a) Mengenal pasti tahap kemahiran penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran di kalangan guru

besar.

b) Mengenal pasti pendedahan awal tentang kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru besar dalam

aspek pengurusan dan pentadbiran.

c) Mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru besar dalam kemahiran penggunaan komputer dalam aspek 

berdasarkan pendedahan awal tentang komputer dan halangan.

d) Mengenal pasti perbezaan tahap kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan dalaman

berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, umur, dan pengalaman mentadbir.

Kepentingan Kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingannya yang tersendiri agar tindakan susulan dapat

diambil. Kajian ini adalah untuk menilai tahap kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru besar di

daerah Kuala Terengganu. Oleh kerana itu, penyelidik berharap kajian ini dapat memberi manfaat untuk 

peningkatan dalam pengurusan dan pentadbiran dan seterusnya hasil kajian ini dijangka dapat menyumbang kepada

beberapa pihak yang penting iaitu:

Kepentingan Kajian Kepada Pentadbir Sekolah : Adalah diharapkan agar kajian ini boleh membantu pentadbirsekolah atau guru besar mengetahui tentang peranan dan tanggungjawab seseorang pentadbir dalam sesebuah

organisasi. Sehubungan dengan itu, kajian ini juga dapat membantu pentadbir sekolah untuk mengenal pasti apakah

langkah dan pendekatan yang perlu diambil sesuai dengan kehendak sesebuah organisasi dalam merialisasikan

penggunan komputer dalam institusi pendidikan khasnya sekolah.

Kepentingan Kajian Kepada Jabatan Pendidikan : Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pihak Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN), bagi mengemaskini lagi aspek perancangan, pengurusan dan pelaksanaan komputer

Page 14: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN14

terutama dalam pendidikan di negeri masing-masing. Pemfokusan kepada pentadbir sebagai ikon penting yang

menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi sekolah dalam penguasaan asas komputer dapat menghasilkan output  

yang berada pada tahap yang cemerlang dalam pendidikan negara.

Kepentingan Kajian Kepada Penyelidik : Seterusnya, kajian yang dijalankan ini dapat menjadi titik permulaan

bagi kajian lanjutan tentang penguasaan kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan guru besar secara

menyeluruh sama ada ke atas guru besar atau mencakupi aspek tertentu mengikut kesesuaian masa dan

perkembangan dunia pendidikan. Dapatan kajian ini boleh memberi panduan kepada bidang pendidikan termasuk 

 juga dalam kalangan ahli akademik di peringkat institusi pengajian tinggi di Malaysia. Maka diharapkan kajian ini

dapat menjadi sumber rujukan tambahan kepada golongan pentadbir terutama guru besar dan juga kepada bidang

pendidikan.

Skop Dan Batasan Kajian

Kaji selidik atau tinjauan hanya difokuskan kepada penggunaan asas komputer dalam kalangan guru besar

di daerah Kuala Terengganu yang ditumpukan kepada aspek kemahiran penggunaan komputer dalam pentadbiran

dan pengurusan di sekolah. Kemahiran penggunaan komputer dalam pengurusan maklumat hanya merujuk kepada

penggunaan perisian aplikasi asas yang melibatkan pengurusan pentadbiran. Kajian yang dilakukan bersifat kajian

kes dan populasi yang dipilih terdiri daripada guru besar di daerah Kuala Terengganu sahaja. Oleh kerana itu,

generalisasi tidak boleh dibuat kepada semua guru besar di Terengganu dan di Malaysia.

Rasional Kajian

Kepesatan dan penggunaan teknologi sudah dianggap universal dan membawa bersama implikasi jangka

pendek atau jangka panjang, implikasi yang mungkin disedari sekarang atau akan datang. Tidak seperti televisyen

dan radio hanya memberi informasi satu hala dan juga telefon serta fiksimili yang hanya menjadi alat komunikasi

sahaja, komputer boleh memberikan interaksi dua hala. Oleh yang demikian, sekecil mana keperluan sesuatu

peralatan elektronik itu ia tetap menyumbangkan kepada aliran teknologi dunia. Teknologi tinggi dan baru ini

mampu menjadi budaya hidup bagi generasi akan datang sebagai suatu keperluan. Tidak dapat dinafikan akan

penggunaannya dapat menyumbang kepada kepada impak besar dalam pengurusan dan pentadbiran. Oleh yang

demikian, kajian ini cuba mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul berkenaan dengan tahap

pengetahuan, kemahiran serta sikap guru besar-guru besar terhadap computer dalam pengurusan dan pentadbiran.

Sekolah-sekolah rendah dipilih sebagai lokasi ujian kerana faktor sekolah rendah di kawasan bandar yang

secara ilmiahnya lebih terdedah kepada kemahiran penggunaan komputer.

Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat membantu dan memberi gambaran yang jelas kepada guru besar-guru besar

serta guru-guru terutamanya tentang kepentingan kemahiran penggunaan komputer di dalam pengurusan dan

pentadbiran sekolah di Kuala Terengganu.

Reka Bentuk Kajian

Penyelidikan ini merupakan satu bentuk kajian deskriptif yang memberikan satu gambaran yang jelas dan

mengumpul mklumat yang tepat mengenai tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan komputer dalam

kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu. Kaedah tinjauan telah dipilih bagi aktiviti pengumpulanmaklumat daripada guru besar-guru besar. Maklumat tentang pemboleh ubah kajian ini ditadbir dalam keadaan

semulajadi pada masa kejadian. Penggunaan soal selidik merupakan cara yang menjimatkan masa, menjimatkan

kos, dan juga memudahkan pihak responden untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Melalui data yang

dikumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Kajian ini secara umum memfokuskan kepada pengkajian mengenai tahap pemahaman kemahiran

penggunaan komputer, pendedahan awal mempengaruhi kemahiran penggunaan komputer, halangan-halangan yang

dihadapi serta perbezaan penggunan komputer berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mentadbir.

Page 15: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN15

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Menurut Mohd Najib (1998), soal selidik 

merupakan satu kaedah untuk mendapatkan maklumat. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat,

kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan serta dapat mencapai tujuan kajian

dengan kadar perbelanjaan yang sederhana. Tambahan pula, penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan

dan kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji (MohdMajid Konting, 1994).

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan soal selidik berskala lima mata sebagai instrumen kajian kerana

membantu penyelidik untuk mendapatkan data atau maklumat bagi mencapai objektif kajian. Mohd Majid (1990),

menjelaskan bahawa penggunaan soal selidik, subjek dapat bertindak balas terhadap rangsangan soalan yang piawai

dengan lebih berkesan kerana tidak dipengaruhi oleh penyelidik berbanding dengan kaedah temubual.

Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan kepada 10 orang guru besar-guru besar yang sedang berkursus di Universiti

Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor iaitu guru besar yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Menurut

Mohamad Najib (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan

awal yang berkesan tentang ujian iaitu sekitar (6 hingga 9 orang guru besar sahaja.). Untuk memastikan kajian yang

digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan, satu kajian rintis perlu dijalankan sebelum kajian sebenar

dilaksanakan.

Kajian rintis dijalankan bertujuan memastikan alatan kajian (item soal selidik) yang dibina adalah

bersesuaian dari segi bahasa dan istilah supaya mudah diisi oleh responden dalam kajian sebenar. Dengan kaedah

kajian rintis ini juga dapat menentukan masa yang digunakan untuk mentadbir soal selidik. Di samping itu,

penyelidik berpeluang untuk memperbaiki item- item yang tidak jelas untuk membolehkan responden yang sebenar

nanti memahami kandungan soal selidik tersebut.

Analisis tahap kebolehpercayaan soal selidik telah dijalankan dengan menggunakan ujian Alpha Cronbach 

bagi menunjukkan kesesuaian hubungan itemitem sebagai satu set soalan. Menurut Mohd Salleh dan zaidatun

(2001), kajian yang mencapai nilai kebolehpercayaan alpha melebihi 0.6 mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai alfa yang tinggi menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu

ditukar dengan item lain. Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan, nilai kebolehpercayaan bagi purata

keseluruhan persoalan kajian adalah 0.928. Nilai alfa yang tinggi membawa maksud instrumen atau soal selidik 

yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

Dapatan kajian

Dapatan kajian bagi kemahiran komputer bagi aspek kemahiran penggunaan komputer menunjukkan nilai

min bagi guru besar lelaki adalah 40.58 manakala bagi guru besar perempuan adalah 32.72. Melalui analisis ini

kajian mendapati bahawa nilai Mann-Whitney z bagi kemahiran komputer dari aspek penggunaan ialah -1.540, p <

0.124. Aspek pendedahan awal yang menyumbang kepada kemahiran penggunaan komputer pula menunjukkan

bahawa nilai skor min bagi guru besar lelaki adalah 32.64 dan nilai skor min bagi guru besar perempuan adalah

45.03. Nilai Mann-Whitney z ialah -2.427, p > 0.015, manakala bagi halangan-halangan dalam mendapatkankemahiran komputer nilai min bagi guru besar lelaki adalah 32.64 dan nilai min bagi guru besar perempuan adalah

45.03. Nilai Mann-Whitney z ialah -2.427, p > 0.015. Ini bermakna hipotesis nol bagi kemahiran penggunaan

komputer dari aspek halangan diterima. Nilai p bagi kemahiran komputer untuk aspek-aspek tahap kemahiran

penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan-halangan menunjukkan nilai p < 0.05. Inbermakna hipotesis

nol tidak diterima. Ini menunjukkan terdapat perbezaan antara tahap kemahiran penggunaan komputer mengikut

 jantina. Secara keseluruhannya kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap

kemahiran penggunaan komputer guru besar lelaki dan guru besar perempuan.

Page 16: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN16

Dapatan kajian bagi kemahiran komputer bagi aspek tahap kemahiran penggunaan komputer menunjukkan

nilai min bagi umur guru besar 41 hingga 50 tahun adalah 44.33 manakala bagi umur guru besar lebih 50 tahun

adalah 34.97. Melalui analisis ini mendapati nilai Mann-Whitney z bagi kemahiran komputer dari aspek tahap

kemahiran penggunaan komputer ialah -1.668, p < 0.095. Aspek pendedahan awal yang menyumbang kepada

kemahiran computer pula menunjukkan bahawa min bagi umur guru besar 41 hingga 50 tahun adalah 38.15 dan

nilai min bagi umur guru besar lebih 50 tahun adalah 37.26. Nilai Mann-Whitney z ialah -0.159, p < 0.874,manakala bagi halangan-halangan dalam mendapatkan kemahiran komputer nilai min bagi umur guru besar 41

hingga 50 tahun adalah 38.15 dan nilai min bagi umur guru besar lebih 50 tahun adalah 37.26. Nilai Mann-Whitney

z ialah -0.159, p < 0.874. Nilai p bagi kemahiran computer untuk aspek-aspek tahap kemahiran penggunaan

komputer, pendedahan awal dan halangan-halangan menunjukkan bahawa nilai p > 0.05. Ini bermakna hipotesis nol

adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara kemahiran komputer mengikut umur.

Berdasarkan tahap penggunaan, halangan dan pendedahan awal, secara keseluruhannya kajian menunjukkan

bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran komputer bagi umur guru besar.

Dapatan kajian bagi kemahiran komputer bagi aspek kemahiran penggunaan komputer menunjukkan nilai

min bagi pengalaman mengajar guru besar 10 hingga 15 tahun adalah 47.25 manakala bagi pengalaman mengajar

guru besar lebih 15 tahun adalah 36.94. Melalui analisis ini mendapati nilai Mann-Whitney z bagi kemahiran

komputer dari aspek kemahiran penggunaan komputer ialah -0.936, p < 0.349. Aspek pendedahan awal kepada

kemahiran komputer pula menunjukkan bahawa min bagi pengalaman mengajar guru besar 10 hingga 15 tahun

adalah 32.38 dan nilai min bagi pengalaman mengajar guru besar lebih 15 tahun adalah 37.79. Nilai Mann-Whitney

z ialah -0.492, p < 0.623, manakala bagi halangan-halangan dalam mendapatkan kemahiran komputer nilai skor min

bagi pengalaman mengajar guru besar 10 hingga 15 tahun adalah 32.38 dan nilai skor min bagi pengalaman

mengajar guru besar lebih 15 tahun adalah 37.79. Nilai Mann-Whitney z ialah -0.492, p < 0.623. Nilai p bagi

kemahiran computer untuk aspek-aspek tahap kemahiran penggunaan komputer, pendedahan awal dan halangan-

halangan menunjukkan nilai p > 0.05. Ini bermakna hipotesis nol adalah diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak 

terdapat perbezaan antara kemahiran komputer mengikut pengalaman mengajar. Berdasarkan tiga aspek iaitu tahap

penggunaan, pendedahan awal dan halangan-halangan, secara keseluruhannya menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan antara kemahiran komputer dengan pengalaman mengajar guru besar.

Perbincangan

Selepas perbincangan di buat hasil dari kajian bab 4, aspek yang cuba diketengahkan dalam persoalan-

persoalan tersebut ialah adakah kemahiran penggunaan komputer dapat digunakan secara optimum oleh guru besar

di daerah Kuala Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan jumlah guru besar lelaki melebihi guru besar perempuan

yang kebanyakannya telah berkhidmat melebihi lima belas tahun. Aspek yang dibincangkan atau dikaji adalah

bermula dari peringkat awal seseorang guru besar itu berkhidmat. Terdapat empat persoalan kajian yang

dikemukakan bagi merumuskan dapatan kajian ini.

Sesebuah organisasi sentiasa mencari alternatif untuk memperbaiki apa yang kurang dan cuba menambah

nilai untuk meningkatkan percapaian dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah termasuklah guru besar, guru-

guru mahupun pihakpihak yang terlibat. Ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara yang inginkan modal

insan yang aktif dan produktif. Menyentuh kepada tahap kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan gurubesar, analisis kajian membuktikan bahawa guru besar di daerah Kuala Terengganu mencapai matlamat atau

objektif yang diharapkan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pencapaian nilai skor min yang tinggi iaitu 3.79.

Daripada lapan belas item yang dikaji, purata min yang diperolehi adalah melebihi 3.39. Oleh yang demikian,

kemahiran penggunaan komputer secara berterusan oleh guru besar sepatutnya menjadi contoh ikutan kepada setiap

guru di sekolah mereka.

Bagi membantu guru besar menguasai kemahiran komputer, pengkaji berpendapat bahawa sudah tiba

masanya segala bentuk pengurusan maklumat di sekolah hendaklah dijalankan menggunakan komputer. Kemahiran

Page 17: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN17

komputer yang sedia ada ditambah dengan kemudahan literasi komputer pada masa kini dapat membantu

pengurusan di sekolah. Kekerapan menggunakan komputer boleh membantu guru besar lebih mahir terutamanya

untuk 'download 'dan 'upload' fail dari mana-mana sistem komputer di Jabatan Pelajaran di Malaysia. Selari dengan

situasi ini, Hallinger (1998) membuat kesimpulan daripada kajiannya tentang keperluan perubahan dalam

pendidikan di Asia Tenggara dengan menyatakan penggunaan maklumat dengan menggunakan komputer

merupakan satu aspek dalam pengurusan yang perlu berlaku jika pendidikan di Asia Tenggara ingin bersaing dalamera globalisasi.

Kesinambungan daripada apa yang dibincangkan, didapati bahawa secara keseluruhan memberi gambaran

bahawa tahap kemahiran penggunaan computer dalam kalangan guru besar di daerah Kuala Terengganu adalah

sangat membanggakan, manakala bagi faktor-faktor dan halangan-halangan yang dihadapi pula menunjukkan

berada pada tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan hanya aspek jantina sahaja yang

menunjukkan perbezaan yang signifikan manakala bagi aspek umur dan pengalaman mentadbir ini tidak 

menunjukkan perbezaan yang signifikan. Justeru itu, jelas menunjukkan bahawa kajian yang dijalankan sebelum ini

adalah boleh diterima iaitu kemahiran computer bagi lelaki adalah mengatasi kemahiran komputer perempuan

manakala bagi aspek umur dan pengalaman mentadbir tidak mempengaruhi kepada kemahiran penggunaan

komputer. Namun begitu kajian ini menjelaskan bahawa guru besar di daerah Kuala Terengganu mempunyai

komitmen yang boleh dibanggakan dalam menjalankan tugas sebagai pengurus dalam kemahiran penggunaan

komputer dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Rujukan

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan

(2006). "Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan". PTS Profisional Publishing Sdn. Bhd.: Kuala Lumpur.

Badagliacco, J. (1990)."Gender and Race Differences in Computer Attitudes and Experience."

Computer : Social and Policy Issues. 8.42-63. Czaja, S., Hammond,K., Balscorich, J. and Swede, H.

(1989). "Age Related Differences in

Learning to Use a Text-Editing System." Behavior and Information Technologi: 4. 309-319. Deaux, K

(1995)."How Basic Can You Be? "The Evolution of Research on Gender

Stereotypes." Journal of Social Issues. 57. 11-20. Guru Berkualiti Aspirasi Negara (Mei, 2002). 

 DewanMasyarakat, halaman 15-18. Hadley, M. and Sheingold, K.(1993)."Commonalities and Distinctive

patterns in Teachers'

Integration of Computers." American Journal of Education'" 101. 261-315 Johnson, D.R.(1985)."The

Office of the Future." American School and University. 58.24-32 Kamarudin Hj. Kachar. (1989) "Strategi

Pentadbiran Pendidikan". Kuala Lumpur: Teks

Publishing Sdn. Bhd. LB 2965 M3 K156. Nik Aziz Nik Pa (1989)."Pengurusan Dan Penganalisaan Data

Berkomputer Dalam Pentadbiran Sekolah. "Kertas Kerja Simposium Kemahiran penggunaan komputer Dalam

Pendidikan. (Edu. Com 89).

Nor Aziah Ahmad (1999). "Kemahiran penggunaan komputer di Kalangan guru-guru Sains di

Daerah Hulu Langat". Tesis Master Sains. Serdang U.P.M. Peter Songan (2002). "Tahap dan Punca

Utama Strees Kerja di Kalangan Pengetua Sekolah

Menengah di Sarawak." JurnalPenyelidikan Pendidikan. Jilid 4. hlm 1-17. Ray. J.R dan Lloyd, D.D. (1991).

"Computer In Education Administration". New York : Mc Graw Hill.

Sujana Mohamed @ Idris (2002)." Budaya Sekolah: Peranan Yang Perlu di Ubah." Jurnal 

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 3. hlm 33-45. Sukatan Komputer Dalam Pendidikan

(1990). Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Truman, G. and Baroudi.J.(1994)."Gender Differences in Information Systems Managerial

Page 18: Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet

5/17/2018 Ulasan Jurnal Yang Diperolehi Dari Sumber Internet - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/ulasan-jurnal-yang-diperolehi-dari-sumber-internet

SGDT3033 ICT DALAM PENGURUSAN PENDIDIKAN18

Ranks: An Assessment of Potential Discriminatory Practices." MIC Quarterly.6.129-141 Ugboma, E.

(1999)."The Use of Computers in the Management of Tertiary Institutions."

Community College Journal of Research and Practice .23.481-487 Yusup Hashim (2003)."Konsep Dan

Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Dalam Instruksional Dan Pembelajaran.dlm Razman

Man dan Yusup Hashim" Konvensyen Teknologi Pendidikan ke 16 ICT dalam Pendidikan dan Latihan.

Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Jilid 4. hlm 160-167. Zakaria Kasa, Aida SurayaMd Yunus et. al. (2005). "Kesediaan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Menggunakan Komputer Dalam

Pembelajaran." Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Jilid 5. hlm 133-141.