ulasan jurnal

4
ULASAN JURNAL Oleh Ariputhiran A/L Narayanan Jurnal yang bertajuk “Local” musics in Canadian and United States music education:Current curricular limitations and future possibilities, ditulis oleh Profesor Madya J.Scott Goble. Beliau ialah seorang profesor pendidikan muzik di Universiti British Columbia, Vancouver, Canada. Jurnal ini membincangkan muzik ‘Tempatan’ dalam pendidikan muzik dan pembatasan kurikulum muzik semasa serta pilihan masa depan di Kanada dan Amerika Syarikat. Menurut J.Scott Goble, masyarakat yang hidup dalam era perkembangan industri kini berpeluang mendengar dan menghayati muzik sebagai hiburan melalui media massa kini. Manakala bagi masyarakat ‘tempatan’di Kanada dan Amerika Syarikat, bentuk muzik tertentu merupakan budaya dan satu kemestian dalam kehidupan mereka. Polisi pendidikan muzik di Amerika Syarikat (1994) dan British Columbia, Kanada (1997) telah memberi peluang untuk belajar tentang amalan muzik masyarakat tempatan atau masyarakat asli di negara-negara tersebut.Pengubahsuaian kurikulum pendidikan muzik di negara tersebut telah memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya mengembangkan skop pengetahun dan memahami kepelbagaian muzik tempatan serta muzik dunia. Isu tersebut sangat sesuai dengan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Dimana, dari dulu lagi pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun berdasarkan model program muzik Eropah yang hanya fokuskan kepada teori, harmoni dan sejarah muzik klasikal barat. Berdasarkan program

Upload: ariputhiran-narayanan

Post on 29-Jun-2015

210 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: ULASAN  JURNAL

ULASAN JURNAL

Oleh Ariputhiran A/L Narayanan

Jurnal yang bertajuk “Local” musics in Canadian and United States music

education:Current curricular limitations and future possibilities, ditulis oleh Profesor

Madya J.Scott Goble. Beliau ialah seorang profesor pendidikan muzik di Universiti British

Columbia, Vancouver, Canada. Jurnal ini membincangkan muzik ‘Tempatan’ dalam

pendidikan muzik dan pembatasan kurikulum muzik semasa serta pilihan masa depan di

Kanada dan Amerika Syarikat.

Menurut J.Scott Goble, masyarakat yang hidup dalam era perkembangan industri kini

berpeluang mendengar dan menghayati muzik sebagai hiburan melalui media massa kini.

Manakala bagi masyarakat ‘tempatan’di Kanada dan Amerika Syarikat, bentuk muzik

tertentu merupakan budaya dan satu kemestian dalam kehidupan mereka. Polisi pendidikan

muzik di Amerika Syarikat (1994) dan British Columbia, Kanada (1997) telah memberi

peluang untuk belajar tentang amalan muzik masyarakat tempatan atau masyarakat asli di

negara-negara tersebut.Pengubahsuaian kurikulum pendidikan muzik di negara tersebut telah

memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya mengembangkan skop pengetahun dan

memahami kepelbagaian muzik tempatan serta muzik dunia.

Isu tersebut sangat sesuai dengan negara kita yang mempunyai pelbagai kaum.

Dimana, dari dulu lagi pendidikan muzik di negara kita telah dirancang dan disusun

berdasarkan model program muzik Eropah yang hanya fokuskan kepada teori, harmoni dan

sejarah muzik klasikal barat. Berdasarkan program tersebut pelajar-pelajar di negara kita

bermain alat perkusi, alat tiupan dan alat talian barat serta menyertai kelab pancaragam,

orkestra dan nyanyian koir barat dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Keadaan ini

menyebabkan sistem muzik selain daripada muzik barat dipandang rendah dan dinggap tidak

penting oleh golongan pendidik, termasuk warisan muzik mereka sendiri.

Tetapi kedaan ini tidaklah berterusan kerana golongan pendidik telah sedar tentang

kepentingan warisan muzik tempatan di negara kita yang kaya dengan pelbagai budaya

(multicultural). Kesedaran ini telah mengorak langkah untuk mengubahsuai kurikulum

pendidikan muzik negara kita, dengan memberi kepentingan kepada Muzik Tradisional dan

Muzik Pelbagai Budaya Tempatan dalam kurikulum sekolah menengah. Iaitu,

Page 2: ULASAN  JURNAL

Sukatan pendidikan muzik sekolah menengah (2003) menyatakan, “2.3

PENGALAMAN ENSEMBEL MUZIK TRADISIONAL, ( 7 ) Pilihan sekolah seperti

Ensembel Caklempong, Ensembel Gong Sabah/Sarawak, Orkestra Cina, Ensembel Muzik

India dan ensembel muzik tempatan yang tiada kaitan dengan pemujaan”.

Walaupun diberi keutamaan dalam kurilulum pendidikan , sejauhmanakah matlamat

kurikulum tersebut tercapai? Masih terdapat rakyat di negara kita yang belum mengenal dan

faham pun tentang seni dan budaya etnik lain. Terdapat kekangan-kekangan tertentu untuk

melaksanakan kehendak kurikulum yang tersebut di atas. Terutamanya, guru-guru muzik di

sekolah tidak cukup dengan bahan-bahan rujukan dan kurang berpengetahuan dan kemahiran

dalam mengajar alat-alat muzik tradisional selain daripada gamelan, caklempong dan

kompang.

Pengubahsuaian sukatan tersebut hanya terhad untuk sekolah menengah sahaja. Ia

patut bermula dari sekolah rendah supaya generasi akan datang dapat mengembangkan skop

pengetahun dan memahami kepelbagaian muzik tempatan serta muzik dunia. Ini kerana

muzik merupakan satu media tanpa perbualan yang senang diterima oleh semua masyarakat

dan dapat merentasi sempadan tanpa mengira kaum, bahasa dan budaya.

Jadi, pengetahuan dan pengalaman tentang muzik pelbagai budaya harus

diperkembangkan lagi untuk memahami dan mempelajari budaya etnik lain di Malaysia.

Lebih-lebih lagi kekangan dalam pemahaman setiap budaya ini hanya dapat diatasi melalui

pemahaman dan penghayatan seni dan muzik setiap kaum di negara kita.

Dengan menyedari hakikat ini, kini banyak kajian, literatur, projek dan usaha dibuat

untuk mengisi kekosongan yang telah wujud dalam pendidikan muzik di negara kita. Fakulti

Muzik dan Persembahan Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengorak langkah untuk

merealisasikan objektif kurikulum tersebut. Universiti-universiti tempatan lain harus

mencontohi UPSI.