ulasan jurnal

9
TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL 1 | PENGENALAN Pengkaji di dalam artikel jurnal ini, telah mengupas sifat dan peranan keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) terhadap pelajar dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Menurut pengkaji, ciri keperibadian GCPI merupakan aspek cemerlang yang penting yang selari dengan ciri kecemerlangan yang lain seperti ciri pengajaran dan pembelajaran berkesan, ciri ilmu dan pengamalan Islam, ciri kemahiran dan ciri motivasi. TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN Teori yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah berdasarkan teori pengajaran dan pembelajaran Dunkin dan Biddle (1974). Dalam teori ini, Dunkin dan Biddle menjelaskan keberkesanan tahap pengajaran bergantung kepada lima faktor utama iaitu : 1) Guru (pemboleh ubah tanda) iaitu merujuk kepada sifat personaliti diri, kemahiran mengajar, gaya pengajaran dan keperibadian. 2) Pelajar (pemboleh ubah konteks) iaitu merujuk kepada personaliti diri, cara belajar, motivasi dan sikap. 3) Faktor sekolah dan bilik darjah iaitu terdiri daripada iklim persekolahan, kepelbagaian ras dan saiz sekolah. 4) Proses pengajaran dan pembelajaran (pemboleh ubah proses) iaitu melibatkan tingkahlaku guru dan pelajar. 5) Hasil produk (pemboleh ubah hasil) ianya terhasil dari gabungan pelajar, kelas, rakan sekerja, sekolah dan pentadbir. Daripada teori ini, pengkaji berhasil membina kerangka kajian yang mengkhususkan kepada hubungan guru daripada segi personaliti dan keperibadian terhadap pelajar dari segi motivasi belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, teori yang digunakan pengkaji boleh diterima dan sesuai dengan kajian yang dijalankan. Namun pengkaji boleh juga melihat teori-teori yang lain untuk menyokong teori yang digunakan.

Upload: norzamzila-baba

Post on 30-Nov-2014

1.320 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

ulasan jurnal dalam bidang pendidikan islam

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

1 |

PENGENALAN

Pengkaji di dalam artikel jurnal ini, telah mengupas sifat dan peranan keperibadian Guru

Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) terhadap pelajar dalam meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah dalam mata pelajaran Pendidikan

Islam. Menurut pengkaji, ciri keperibadian GCPI merupakan aspek cemerlang yang penting

yang selari dengan ciri kecemerlangan yang lain seperti ciri pengajaran dan pembelajaran

berkesan, ciri ilmu dan pengamalan Islam, ciri kemahiran dan ciri motivasi.

TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAJIAN

Teori yang digunakan oleh pengkaji di dalam kajian ini adalah berdasarkan teori pengajaran

dan pembelajaran Dunkin dan Biddle (1974). Dalam teori ini, Dunkin dan Biddle

menjelaskan keberkesanan tahap pengajaran bergantung kepada lima faktor utama iaitu :

1) Guru (pemboleh ubah tanda) iaitu merujuk kepada sifat personaliti diri, kemahiran

mengajar, gaya pengajaran dan keperibadian.

2) Pelajar (pemboleh ubah konteks) iaitu merujuk kepada personaliti diri, cara belajar,

motivasi dan sikap.

3) Faktor sekolah dan bilik darjah iaitu terdiri daripada iklim persekolahan, kepelbagaian

ras dan saiz sekolah.

4) Proses pengajaran dan pembelajaran (pemboleh ubah proses) iaitu melibatkan

tingkahlaku guru dan pelajar.

5) Hasil produk (pemboleh ubah hasil) ianya terhasil dari gabungan pelajar, kelas, rakan

sekerja, sekolah dan pentadbir.

Daripada teori ini, pengkaji berhasil membina kerangka kajian yang mengkhususkan

kepada hubungan guru daripada segi personaliti dan keperibadian terhadap pelajar dari segi

motivasi belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, teori yang digunakan

pengkaji boleh diterima dan sesuai dengan kajian yang dijalankan. Namun pengkaji boleh

juga melihat teori-teori yang lain untuk menyokong teori yang digunakan.

Page 2: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

2 |

Pengkaji telah menerangkan teori yang digunakan dan kerangka kajian yang dibina

dengan bantuan gambarajah iaitu rajah 1 dan rajah 2. Gambarajah yang dibina memberi

kefahaman kepada teori dan konsep kajian yang hendak dilaksanakan.

OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah mensasarkan empat objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini dimana

setiap objektif ini bertujuan untuk dapat menjawab persoalan berkaitan sifat dan peranan

keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya dengan motivasi

pelajar. Pengkaji telah menetapkan objektif yang jelas, mudah difahami bersesuaian dengan

persoalan kajian.

Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap

penampilan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) . Objektif ini dilihat sesuai dan dapat

menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah persepsi pelajar terhadap

penampilan GCPI?

Objektif kajian yang kedua, mengenal pasti persepsi pelajar terhadap keperibadian

Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) kepada para pelajar sendiri. Objektif ini dilihat

tepat untuk menjawab soalan apakah persepsi pelajar terhadap keperibadian GCPI

terhadap diri pelajar itu sendiri? yang pengkaji letakkan sebagai persoalan kajian yang

kedua.

Objektif ketiga yang ingin dicapai pengkaji dalam kajian ini adalah mengenal pasti

persepsi pelajar terhadap motivasi mereka di dalam kelas Guru Cemerlang Pendidikan

Islam (GCPI). Objektif ini akan dapat dicapai dengan menjawab persoalan kajian yang

ketiga iaitu bagaimanakah tahap motivasi pelajar ketika di bawah pengajaran dan

pembelajaran GCPI?.

Objektif yang terakhir ialah untuk mengenal pasti sumbangan persepsi ciri keperibadian

Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) terhadap motivasi di dalam kelas. Melalui objektif

ini, pengkaji ingin melihat sama ada terdapat atau tidak terdapat hubungan antara persepsi

pelajar terhadap penampilan dan keperibadian (GCPI) kepada motivasi pelajar. Dengan itu,

pengkaji telah membina dua hipotesis nol iaitu :

Page 3: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

3 |

a) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

penampilan Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dengan motivasi pelajar di

dalam kelas.

b) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap

keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) kepada pelajar dengan

motivasi pelajar di dalam kelas.

PERSOALAN KAJIAN

Pengkaji telah membina persoalan kajian dengan jelas berpandukan objektif yang hendak

dicapai terhadap kajian yang hendak dilaksanakan. Pengkaji telah membina empat

persoalan kajian.

KAJIAN PERPUSTAKAAN

Kajian perpustakaan adalah sangat signifikan dalam sesebuah kajian dan boleh dianggap

sebagai jantung kepada penyelidikan (Afandi Ahmad, 2009). Kepentingan menjalankan

kajian perpustakaan dengan berkesan tidak harus diambil mudah dalam semua laras bidang

kajian dan peringkat pengajian. Ramai pengkaji mengambil masa yang panjang dalam

bahagian ini untuk memahami apa yang telah dikaji oleh pengkaji lain. Kajian perpustakaan

disifatkan sebagai antara bahagian yang sukar dalam proses penyelidikan atau kajian atas

beberapa alasan :

1) Kebolehan menulis dengan ayat sendiri.

2) Memastikan penulisan yang dibuat mempunyai maksud yang sama dengan artikel

yang dirujuk.

3) Kebolehan menilai secara krirtis setiap artikel yang dibaca.

Afandi Ahmad (2009), mencadangkan enam langkah yang perlu diambil dalam menjalankan

kajian perpustakaan :

1) Bina peta minda pecahan kepada tajuk umum kajian yang dijalankan.

2) Gerakkan enjin pencarian dari jurnal elektronik (e-jurnal)

3) Tentukan kelas bagi artikel-artikel yang diperolehi berdasarkan parameter tertentu.

Page 4: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

4 |

4) Baca dan nilai secara kritis setiap artikel yang diperolehi.

5) Bina spektrum idea bagi kajian yang dijalankan untuk melihat keadaan lepas dan

semasa

6) Mulakan penulisan.

Dalam kajian ini, pengkaji dilihat menjalankan banyak kajian perpustakaan dari tahun

1974 sehingga tahun 2007 meliputi buku, artikel jurnal dan tesis dari dalam dan luar negara.

Pengkaji dapat menilai semua bahan bacaan tersebut dengan kritis dan dapat membuat

kesimpulan yang padat dan ringkas dalam kajian mereka.

Melalui kajian perpustakaan yang dibuat, pengkaji telah mendapati kejayaan pengajaran

guru bergantung kepada siapa yang diajar oleh guru iaitu pelajar. Terdapat lima sifat pelajar

yang membantu kepada kecemerlangan dan kejayaan pengajaran guru iaitu :

a) Komitmen pelajar yang tinggi dan berterusan.

b) Konsep kendiri akademik yang positif.

c) Mempunyai kemahiran generik yang baik.

d) Mempunyai cita-cita dan visi yang jelas.

e) Berdisiplin.

Selain itu, pengkaji turut menyatakan sifat keperibadian GCPI ditonjolkan melalui ciri

penampilan GCPI dan ciri keperibadian GCPI kepada para pelajarnya.

REKA BENTUK KAJIAN

Menurut Christensen (1988), reka bentuk kajian merujuk kepada garis panduan, pelan atau

strategi yang menyatakan prosedur yang digunakan untuk memperoleh jawapan kepada

soalan kajian.

Dalam kajian ini, reka bentuk kajian tinjauan jenis Cross Sectional yang bersifat

kuantitatif telah dipilih oleh pengkaji. Kajian yang bersifat kuantitatif adalah kajian yang

menggunakan maklumat atau data yang boleh diukur melalui proses pengukuran.

Kajian tinjauan merupakan reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan untuk

mengetahui pemikiran, perasaan dan perbuatan golongan manusia tertentu (Lay Yoon Fah

Page 5: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

5 |

& Khoo Chwee Hoon, 2012). Kajian tinjauan telah terbukti sebagai alat yang amat berguna

untuk mengumpul maklumat berhubung pendapat dan sikap golongan manusia tertentu

tentang isu-isu sosial, kebudayaan, ekonomi dan politik.

Di samping itu, kajian tinjauan juga boleh digunakan untuk menerangkan hubungan

dan perbezaan antara pemboleh ubah yang dikaji. Kajian tinjauan jenis Cross Sectional

biasanya digunakan untuk memperoleh gambaran (snapshot) bagi pendapat dan amalan

pendidikan pada satu-satu masa tertentu.

INSTRUMEN KAJIAN.

Pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibina oleh pengkaji

sendiri bersama-sama dengan pelajar-pelajar tingkatan empat dan seorang guru mereka.

Melalui item-item soal selidik yang dibina, pengkaji dapat meninjau sikap, kepercayaan,

persepsi dan tingkahlaku bagi kumpulan sasaran yang dikaji.

Soal selidik terdiri daripada beberapa perkara yang diajukan dalam bentuk soalan

bagi memandu responden dalam memberi jawapan mereka. Secara amnya, terdapat dua

jenis bentuk soalan yang terdapat dalam soal selidik iaitu soalan tertutup dan soalan skala.

Dalam kajian ini, pengkaji memilih untuk membina soal selidik jenis soalan skala

dengan menggunakan skala likert lima mata dengan kaedah skornya ialah Sangat Tidak

Setuju (STS) dengan skor 1 mata, Tidak Setuju (TS) dengan skor 2 mata, Kurang Pasti (KP)

dengan skor 3 mata, Setuju (S) dengan skor 4 mata dan Sangat Setuju (SS) dengan skor 5

mata.

KESAHAN KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan nilai alpha crobach untuk mengukur nilai kebolehpercayaan

instrumen soal selidik yang telah dibina. Menurut kebanyakan pengkaji seperti Bogden &

Milken (2003) dan Cohen et al. (2000), mereka menyatakan bahawa nilai pekali alpha yang

melebih 0.8 lazimnya menunjukkan aras kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima

bagi sesuatu instrumen. Namun begitu, Mohamad Najib (1999) dalam Kamarul Azmi, Ab.

Halim & Mohd Izham (2009), menegaskan bahawa nilai pekali alpha 0.6 juga sudah

memadai bagi soal selidik sains sosial seperti kajian dalam Pendidikan.

Page 6: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

6 |

Pengkaji dilihat berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan dan mempertingkatkan

kesahan kandungan dan kesahan muka soal selidik kajian. Pengkaji telah melaksanakan

beberapa langkah sebelum mengedarkan soal selidik kepada responden iaitu ;

a) Membina item soalan secara berkumpulan iaitu bersama pelajar-pelajar tingkatan

empat dan seorang guru mereka.

b) Mendapatkan persetujuan dan pengesahan lapan orang pakar Pendidikan Islam.

c) Melaksanakan kajian rintis. Kajian rintis dilaksanakan di dua buah Sekolah

Menengah Kebangsaan dengan responden terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5.

Sekolah pertama di selatan Semenanjung Malaysia dengan 37 orang responden,

manakala sekolah kedua pula di bahagian tengah Semenanjung dengan 50 orang

pelajar yang juga daripada tingkatan 4 dan 5. Setelah selesai kajian rintis pertama,

pengkaji melakukan beberapa perubahan terhadap item yang dianggap

mengelirukan oleh responden sebelum melakukan kajian rintis yang kedua.

KAJIAN RINTIS.

Pengkaji telah melaksanakan kajian rintis di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan.

Pengkaji telah menetapkan responden bagi kajian rintis terdiri daripada pelajar tingkatan 4

dan pelajar tingkatan 5. Seramai 37 orang responden dari sekolah pertama di selatan

Semenanjung Malaysia telah menjawab kajian rintis buat kali pertama.

Selepas selesai kajian rintis yang pertama, pengkaji telah melakukan beberapa

perubahan terhadap item yang dianggap telah mengelirukan responden. Selepas itu kajian

rintis yang kedua telah dilaksanakan ke atas 50 orang responden dari sekolah di bahagian

tengah Semenanjung Malaysia.

Hasil analisis Alpha Cronbach dalam kajian rintis ini menunjukkan bahawa soal

selidik kajian mencapai tahap kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan

sesuai dijalankan dalam kajian sebenar.

Oleh itu, dapat dilihat bahawa segala usaha yang dilakukan pengkaji sesuai

digunakan dalam kajian ini.

Page 7: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

7 |

LOKASI, POPULASI DAN RESPONDEN DALAM KAJIAN

Pengkaji telah memilih lapan buah sekolah yang terdapat Guru Cemerlang Pendidikan Islam

GCPI di dalam sekolah tersebut yang mengajar Pendidikan Islam di tingkatan 4 hingga

tingkatan 6. Pengkaji telah mengambil kira pandangan Mohd Najib (1999) untuk mengambil

sekurang-kurang 30% responden daripada populasi jumlah keseluruhan pelajar tingkatan 4

hingga 6 GCPI di sekolah.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menghadkan responden yang terlibat hanya terdiri

daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 hingga tingkatan 6 daripada lapan buah sekolah yang

telah dipilih oleh pengkaji. Jumlah responden adalah seramai 687 orang daripada jumlah

keseluruhan pelajar seramai 860 orang. Seramai 286 responden adalah pelajar lelaki dan

401 responden adalah pelajar perempuan. Pemilihan responden oleh pengkaji adalah

secara rawak berstrata dan berkelompok.

ANALISIS DATA

Pengkaji telah menggunakan perisian komputer Statistical Packages for the Social Sciences

(SPSS) versi 16.0 untuk menganalisis dapatan kajian dalam bentuk jadual dan rajah. Jadual

dan rajah yang diperolehi melalui perisian komputer tersebut telah disepadukan dengan

kajian ini untuk menyokong dakwaan yang dibuat oleh pengkaji.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji telah membuat penerangan yang jelas terhadap dapatan kajian yang diperolehi

dan hubungkaitnya dengan objektif kajian yang telah ditentukan. Pengkaji tidak langsung

membiarkan pembaca membuat interpretasi sendiri berhubung dapatan kajian yang

dipersembahkan.

Pengkaji telah menganalisis dapatan kajian dengan membahagikan kepada lima

aspek iaitu latar belakang responden, persepsi pelajar terhadap penampilan GCPI (min

keseluruhan 4.50), persepsi pelajar terhadap keperibadian GCPI terhadap pelajar sendiri

(min keseluruhan 4.00), pandangan pelajar terhadap motivasi mereka (min keseluruhan

4.30) dan hubungan antara keperibadian dengan motivasi pelajar.

Page 8: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

8 |

PERBINCANGAN

Pengkaji telah berjaya untuk mengemukakan perbincangan kajian dengan sokongan

daripada literatur yang disorot dalam kajian perpustakaan. Pengkaji membincangkan

dapatan kajian secara tersusun mengikut beberapa bahagian bagi menjawab empat

persoalan kajian.

RUMUSAN

Walaupun pengkaji membuat rumusan ringkas dalam kajian ini, namun pengkaji telah

berjaya mengaitkannya dengan tajuk kajian dan keseluruhan kajian telah dilaksanakan.

Page 9: Ulasan jurnal

TUGASAN 2 : ULASAN ARTIKEL JURNAL

9 |

RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarul Azmi Jasmi, Ab. Halim Tamuri & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009). Sifat dan

peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya

dengan motivasi pelajar. Jurnal Teknologi, 51(E), 57-71.

Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2012). Pengenalan kepada pendekatan kuantitatif

dalam penyelidikan pendidikan. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Mohd. Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafur. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Noraini Idris. (2010).Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.