ulasan geo mnusia

5
TAJUK ARTIKEL: Kelestarian Lokasi Pelancongan Di Bandar Kecil Lama Di Negeri Perak: Kajian Kes Kellie’s Castle Batu Gajah Dan Menara Condong Teluk Intan NAMA PENULIS DAN MAKLUMAN LATAR BELAKANG: Fauziah Che Leh, Mohd Nasuhairee Abdull Manaf & Mohd Hairy Ibrahim Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak [email protected] BAHAGIAN A: ULASAN MENYELURUH Kertas kerja ini menghuraikan tentang tahap kelestarian lokasi pelancongan di Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan berdasarkan kepada pandangan pengunjung sebagai destinasi pelancongan berasaskan monumen sejarah. Pengkaji atau penulis telah menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian secara rambang dan temu bual dengan mengedarkan borang soal selidik dan temu bual tidak berstruktur seramai 100 orang responden yang dipilih secara rawak disoal selidik di sekitar Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan. Pengkaji membuat draf soal selidik bagi membuktikan dan membandingkan serta mengetahui tahap kelestarian

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 04-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ukm

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Geo Mnusia

TAJUK ARTIKEL:

Kelestarian Lokasi Pelancongan Di Bandar Kecil Lama Di Negeri Perak: Kajian Kes Kellie’s

Castle Batu Gajah Dan Menara Condong Teluk Intan

NAMA PENULIS DAN MAKLUMAN LATAR BELAKANG:

Fauziah Che Leh, Mohd Nasuhairee Abdull Manaf & Mohd Hairy Ibrahim

Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan

Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak

[email protected]

BAHAGIAN A: ULASAN MENYELURUH

Kertas kerja ini menghuraikan tentang tahap kelestarian lokasi pelancongan di Kellie’s Castle

dan Menara Condong Teluk Intan berdasarkan kepada pandangan pengunjung sebagai destinasi

pelancongan berasaskan monumen sejarah. Pengkaji atau penulis telah menggunakan kaedah

soal selidik, pemerhatian secara rambang dan temu bual dengan mengedarkan borang soal selidik

dan temu bual tidak berstruktur seramai 100 orang responden yang dipilih secara rawak disoal

selidik di sekitar Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan. Pengkaji membuat draf soal

selidik bagi membuktikan dan membandingkan serta mengetahui tahap kelestarian lokasi

pelancongan di Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan.

Hasil dapatan kajian penulis mendapati, Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan

berjaya mengekalkan kelestarian kawasan pelancongan sedia ada meskipun dikunjungi oleh

ramai pelancong tempatan. Meskipun begitu, penulis telah memberikan sedikit pandangan

tentang lokasi kajian yang perlu membuat rujukan kepada perubahan trend dan cita rasa

pengguna di samping menerapkan elemen keusahawanan yang bersesuaian dengan situasi tempat

untuk mendapat kelebihan dalam persaingan serta merangsang pembangunan sektor pelancongan

yang lebih agresif di lokasi. Konsep keusahawanan yang perlu ditekankan tertumpu ke arah

Page 2: Ulasan Geo Mnusia

bercirikan daya saing, inovatif dan berisiko yang menjadi inti pati dalam strategi pemasaran

tempat.

BAHAGIAN B: PENDAPAT PENGULAS

Isu utama yang dibangkitkan dan diutarakan oleh penulis dalam kajian ini ialah tahap kelestarian

lokasi pelancongan di Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan berdasarkan kepada

pandangan pengunjung sebagai destinasi pelancongan berasaskan monumen sejarah. Dalam

mengkaji isu ini, penulis telah mengkaji secara terperinci tentang kelestarian lokasi pelancongan

yang ditetapkan meliputi kedudukan lokasi yang strategik, kemudahsampaian dari jalan masuk

ke lokasi, kemudahan keseluruhan yang disediakan, perkhidmatan keseluruhan yang diberi,

kemudahan penginapan/rumah rehat, keselamatan pengunjung, kebersihan lokasi, keselesaan

pengunjung, kos perbelanjaan keseluruhan yang berpatutan ke lokasi, kadar bayaran masuk yang

dikenakan, promosi dan pakej yang menarik, maklumat mengenai lokasi yang meluas,

persekitaran/pemandangan yang menarik di lokasi, pembangunan yang terancang di lokasi,

kepelbagaian aktiviti yang disediakan, ruang lokasi pelancongan yang luas, pengurusan yang

teratur dan cekap, jumlah kedatangan pengunjung ke lokasi, sambutan pengunjung ke lokasi,

penyelenggaraan kemudahan/prasarana dan arahan papan tanda yang terdapat di lokasi.

Isu yang disampaikan atau dikaji oleh penulis sangat menarik kerana penulis atau

pengkaji membuat suatu kajian tentang kelestarian lokasi pelancongan berasaskan monumen

sejarah yang perlu kita pelihara dan melihat sambutan oleh orang ramai tentang pentingnya

monumen sejarah tersebut. Selain itu, pengkaji juga menitikberatkan kajian tentang kemudahan

dan prasarana yang disediakan bagi menggalakkan pelancong mengunjungi.

Seterusnya, isu yang dibangkitkan atau diutarakan oleh penulis adalah releven kerana

pengkaji atau penulis menitikberatkan kawasan pelancongan bagi menggalakkan kemasukan

pelancong dengan mengkaji kelemahan atau kekurangan dan kelebihan melalui pandangan

pelancong. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, sektor pelancongan

sememangnya penting bagi sesebuah negara kerana mampu menjana pulangan yang tinggi sekali

gus memacu ekonomi Malaysia terutamanya melalui pertukaran wang asing.

Page 3: Ulasan Geo Mnusia

Pada pendapat saya, saya bersetuju dengan isi kandungan dan hasil dapatan kajian artikel

ini kerana pengkaji atau penulis mengkaji secara terperinci dalam isi kandungan artikel ini dan

hasil kajian pengkaji atau penulis disertakan dengan bukti iaiu graf soal selidik. Dalam kajian ini,

Hasil dapatan kajian penulis mendapati, Kellie’s Castle dan Menara Condong Teluk Intan

berjaya mengekalkan kelestarian kawasan pelancongan sedia ada meskipun dikunjungi oleh

ramai pelancong tempatan. Hal ini kerana, melalui kajian ini didapati tidak wujud perbezaan

jawapan yang ketara terhadap semua item yang ditanyakan kepada responden. Majoriti

responden berada pada tahap setuju dan sangat setuju terhadap persepsi mereka tentang lokasi

pelancongan yang mereka kunjungi.

Dalam kajian ini, penulis atau pengkaji telah menjawab persoalan kajian melalui hasil

soal selidik, pemerhatian dan temu bual. Melalui kaedah yang digunakan oleh penulis atau

pengkaji ini memperolehi dapatan kajian yang tepat dan mempunyai bukti yang kukuh dalam

dapatan kajian.

Metodologi yang digunakan oleh penulis atau pengkaji amat sesuai dengan kajian yang

dijalankan kerana objektif kajian adalah untuk melihat kelestarian lokasi pelancongan di bandar

kecil lama di negeri Perak iaitu Kellie’s Castle di Batu Gajah dan Menara Condong di Teluk

Intan melalui kaedah pengutipan data yang digunakan iaitu soal selidik, pemerhatian dan temu

bual boleh memperolehi dapatan kajian melalui pandangan responden tentang kelestarian

kawasan kajian.

Dapatan kajian dalam artikel ini boleh dipercayai dan menyakinkan kerana pengkaji atau

penulis dalam artikel ini menunjukkan bukti melalui draf kaedah kajian yang digunakan hasil

daripada pandangan responden tentang kelestarian kawasan kajian.

Page 4: Ulasan Geo Mnusia