ulasan buku 12 tip usahawan berjaya tanpa modal · perspektif sains dan sunnah melaka : norman mohd...

64

Upload: phungthuy

Post on 23-Aug-2019

290 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ULASAN BUKU

AZMAN MANAP

12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal Petaling Jaya : True Wealth, 2012. 163 ms.

ISBN 978-967-4160-00-5

ULASAN

“Pengalaman sebenar, terus dari hati!” Itulah yang boleh diungkapkan untuk buku

setebal 163 muka surat berjudul 12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal karya Azman

Manap, yang juga merupakan Pengarah Syarikat AZIL Engineers Pte Ltd. “AZIL”-

kombinasi dua huruf pertama nama penulis dan nama anak sulong penulis iaitu, ILman

merupakan sebuah syarikat dari industri pembinaan yang memberi perkhidmatan

Mekanikal dan Elektrikal (M&E). Idea asal yang digarap di dalam buku ini adalah

berdasarkan pengalaman pahit manis sebenar yang ditelusuri oleh penulis sepanjang

menceburi dunia perniagaan.

Perkongsian idea dimulakan dengan tip mewujudkan pelbagai persoalan yang

seringkali dihadapi oleh individu yang baru menceburi atau ingin memulakan

perniagaan. Kesukaran dan kegagalan adalah cabaran yang akan membawa kita

lebih dekat kepada kejayaan. Turut ditegaskan di dalam buku ini berkaitan lima

perkara untuk perniagaan yang berjaya ialah keinginan yang kuat, keputusan /

Sari Pustaka Bil 3/2012 1

Sari Pustaka Bil 3/2012 2

matlamat yang tepat, tekad, disiplin, dan destinasi / hala tuju yang jelas. Bukan mudah

sebenarnya untuk memulakan perniagaan sekiranya tidak mempunyai wang,

pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman yang mencukupi. Namun, dorongan utama

adalah keinginan yang kuat untuk mengubah hidup sendiri dan keluarga serta situasi

kewangan kepada yang lebih baik.

Dalam kupasan berikutnya, buku ini menekankan keperluan menyediakan

perancangan yang terperinci bagi memastikan sasaran dan matlamat dapat dicapai.

Ianya dapat dilaksanakan sekiranya individu sentiasa meningkatkan diri dengan

pengetahuan perniagaan secara berterusan. Konsep pembelajaran sepanjang hayat

perlu diaplikasikan dengan menjadikan aktiviti ilmu seperti ceramah, seminar,

membaca buku dan sebagainya untuk memperbaiki diri.

Banyak contoh kejayaan usahawan yang dipetik daripada pelbagai bahan bacaan

yang boleh dijadikan panduan dan sumber inspirasi. Ini termasuklah, kisah kejayaan

Tan Sri Goh Tong dalam buku My Story (Kisah Saya) dan kisah Mary Ash Kay

(pengasas syarikat kosmetik Mary Kay) dalam buku 101 Collection: What Every

Leader Needs To Know karya John C. Maxwell.

Dalam tip seterusnya, penulis disarankan keperluan melantik mentor, jurulatih dan

individu lain yang bersesuaian ke dalam pasukan perniagaan bagi memantapkan

syarikat selain menjadikan setiap usahawan lebih berinspirasi dan bermotivasi.

Contohnya Azizi Ali, seorang jurulatih kewangan yang juga merupakan seorang

penulis yang banyak menulis buku mengenai kewangan khusus untuk mempelajari

teknik pengurusan kewangan yang berkesan.

Kepimpinan adalah sesuatu kemahiran yang perlu dipelajari dan diasah secara

berdisiplin. Keupayaan mengendalikan tugasan dan masalah membuktikan setiap

usahawan mempunyai kualiti yang cemerlang sebagai seorang pemimpin. Buku ini

seterusnya membawa pembaca berfikir secara lebih serius untuk belajar menguruskan

wang tunai yang diakui sebagai perkara paling mencabar. Kegagalan mengendalikan

kewangan akan menyebabkan perniagaan gulung tikar atau lingkup. Tidak kira berapa

banyak wang yang masuk, kita perlu meletakkan peratusan tertentu ke dalam

Sari Pustaka Bil 3/2012 3

simpanan terlebih dahulu.

Turut dipaparkan untuk dikongsi bersama dengan pembaca adalah mengenai peluang

dan kerjasama pintar yang perlu diadakan dan disertai. Ini termasuklah sama ada

melalui medium bercetak atau elektronik. Contoh-contoh kejayaan dikongsikan seperti

mengembangkan perniagaan melalui penglibatan yang aktif dalam rangkaian

termasuklah di Business Network International (BNI), Dewan Perniagaan Industri

Melayu Singapura (SMCCI), Dewan Perniagaan dan Persatuan Syarikat Kecil dan

Sederhana (ASME) dan lain-lain.

Seterusnya, naskhah ini menekankan kepentingan mempunyai sikap integriti, dan

amalan nilai murni untuk terus disenangi oleh pelanggan. Dalam konteks ini, beberapa

nama usahawan terkenal di seluruh dunia yang pada awalnya mengalami kesukaran

tetapi akhirnya muncul sebagai usahawan korporat yang disegani antaranya, Donald

Trump, Robert Kiyosaki dan Jim Rohn.

Gaya penyampaian dan bahasa yang mudah untuk difahami menjadikan pembaca

lebih santai namun tetap sarat dengan mesej berguna dan padat dengan sumber

rujukan yang berkualiti.

Buku 12 Tip Usahawan Berjaya Tanpa Modal yang merupakan terjemahan dari

bahasa inggeris iaitu 12 Lessons To Build A Profitable Business With Zero Capital

adalah karya yang sangat berinformasi dan amat sesuai dibaca serta dijadikan bahan

rujukan terbaik untuk individu atau syarikat yang ingin memulakan perniagaan tetapi

tidak mempunyai wang untuk bermula atau tidak mempunyai modal yang mencukupi.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang usahawan, membaca buku ini akan dapat

memberi anda inspirasi dan motivasi yang diperlukan.

Pengulas:

Zuliana Ab. Rashid Penolong Pengarah Bahagian Pakar Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

MUHAMMAD HAIYE AL-ALWI

15 Sebab Tertutupnya Pintu Rezeki Johor Bahru : Pustaka Azhar, 2012. 224ms.

ISBN 978-967-0156-79-8

ULASAN

Naskhah yang diberi judul 15 Sebab Tertutupnya Pintu Rezeki ini menghuraikan

beberapa perkara termasuklah cara hidup yang boleh menjadi punca tertutupnya pintu

rezeki. Buku ini secara tidak langsung mengupas mengenai hadis-hadis mahupun

firman Allah SWT yang berkaitan dengan isu-isu yang dibangkitkan. Jelas sekali

penulisan buku ini bertujuan memberikan kita kesedaran bahawa cara hidup dan

tingkahlaku kita boleh mempengaruhi rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Ianya

penting bagi kita umat manusia untuk sama-sama mengambil manfaat bagi

meningkatkan amal ibadah dan berubah ke arah yang lebih baik dalam mengharapkan

rezeki yang halal untuk menampung kehidupan kita dan mencari lebih keredhaan-Nya.

Buku ini dibahagikan kepada 15 bab yang banyak menghuraikan secara terperinci

mengenai isu yang diketengahkan termasuklah dengan rujukan dari hadis-hadis nabi

terdahulu dan juga firman-firman Allah SWT bagi menyokong setiap pandangan

Sari Pustaka Bil 3/2012 4

Sari Pustaka Bil 3/2012 5

mahupun ilmu yang dikongsikan. Ini penting bagi menguatkan lagi setiap pendapat

sekaligus memberi lebih kefahaman kepada pembaca. Selain itu, penulis juga

menyelitkan beberapa cerita yang berlaku pada zaman para nabi dan sahabat bagi

sesetengah perkara seperti yang terdapat pada bab 3 yang menceritakan mengenai

zaman Nabi Sulaiman dan bagaimana Islam memerintahkan agar kita patuh kepada

ibu dan bapa. Cerita-cerita zaman nabi ini kebanyakannya memberi kita teladan

mahupun pengajaran untuk difikirkan dan diamalkan.

Penderhakaan si isteri kepada suami yang juga merupakan salah satu perkara yang

boleh menyebabkan tertutupnya pintu rezeki. Buku ini turut menyebut mengenai

perkahwinan, ketaatan isteri pada suami, aurat wanita, penolakan poligami dan

penghinaan kepada suami. Cerita Israk dan Mikraj di mana Rasulullah SAW telah

melihat pelbagai penyiksaan terhadap wanita akibat perbuatan mereka di dunia seperti

mengumpat, wanita yang tidak menjaga aurat, wanita yang keluar dari rumah tanpa

izin suami dan sebagainya.

Ibnu Abbas berkata, Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan

perempuan yang menyerupai lelaki. Jelas di dalam hadis tersebut bahawa terdapatnya

larangan wanita menyerupai lelaki termasuklah dari segi suara, watak mahupun

penampilan yang berupa pakaian. Selain itu, kita juga dilarang keras untuk menyerupai

orang kafir dari segi makanan dan tingkahlaku. Ia juga secara tidak langsung

menyentuh mengenai pemakaian salib dan perintah untuk memusnahkan tanda salib.

Selain itu, pengabaian terhadap pendidikan anak-anak juga boleh mengakibatkan

rosaknya anak seterusnya menutup pintu rezeki ibu bapa. Kerap memarahi anak, sibuk

dengan kerja dan harta dunia, tidak meluangkan masa untuk keluarga serta selalu

memandang remeh pada anak-anak dikira sebagai satu bentuk pengabaian.

Terdapat banyak fakta diperkukuhkan dengan petikan-petikan al-Quran yang berupa

firman Allah dan buku ini diakhiri dengan huraian sebab-sebab wanita dan lelaki ditutup

pintu rezekinya. Buku penulisan Muhammad Haiye Alawi ini sangatlah wajar dijadikan

rujukan dalam kita mencari-cari penyelesaian terhadap masalah yang kita hadapi

sehari-hari terutamanya dalam mencari rezeki. Surah at-Thalaq ayat 3 menyatakan “

Sari Pustaka Bil 3/2012 6

barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan

(keperluannya)”.

Pengulas:

Noor Shazila Johari Penolong Pegawai Perpustakaan Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

NORMAN MOHD NORAWI

8 Rahsia Menguruskan Badan Tanpa ‘Berdiet’ : Dari Perspektif Sains Dan Sunnah

Melaka : Norman Mohd Norawi, 2012. 182ms. ISBN 978-986-10545-0-5

ULASAN

Buku ini merupakan panduan untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat

dan betul. Antara perkara yang menarik dibincangkan dalam buku yang mengandungi

10 bab ini, memahami berat badan anda, peranan senaman dalam menguruskan

badan, kepentingan suplemen dan air, pemakanan sihat sepanjang hayat dan

sebagainya.

Sebagai pengenalan kepada intipati kandungannya, buku ini membincangkan masalah

dan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemukan serta kesan dan akibat

daripadanya. Perkara yang paling utama sebelum menguruskan berat badan, kita perlu

memahami berat badan kita agar dapat melakukan dengan cara yang betul dan teratur

disentuh iaitu rahsia pertama: memahami berat badan anda. Penulis turut memberikan

formula untuk mengira indeks jisim tubuh (BMI) dan kadar metabolik asas (BMR).

Huraian terperinci berkaitan rahsia ketiga iaitu indeks dan beban glisemik yang

merupakan perkara yang berkaitan dengan pengambilan karbohidrat pemakanan

Sari Pustaka Bil 3/2012 7

Sari Pustaka Bil 3/2012 8

seharian kita, turut disentuh di dalam buku ini.

Selain itu, buku ini menyentuh tentang rahsia keempat iaitu sindrom metabolik dan

hormon. Penulis turut merujuk dan membincangkan hasil penulisan Dr Ray Starand

M.D, mengenai sindrom metabolik termasuk kesan dan akibat daripadanya. Manakala

rahsia kelima adalah peranan senaman dalam menguruskan badan turut dijelaskan.

Senaman adalah perkara paling penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Ini

kerana senaman merupakan salah satu aktiviti yang sihat di samping mempunyai

banyak faedahnya. Pelbagai jenis senaman boleh dilakukan bagi mengelakkan

kebosanan dengan rutin yang sama mengikut kesesuaian diri dan masa.

Buku ini turut mengupas tentang rahsia keenam iaitu kepentingan suplemen dan air

dalam menjaga kesihatan diri. Ini kerana pengambilan suplemen akan dapat

membantu mendapatkan berat badan yang ideal selain berfungsi sebagai penampung

keperluan zat-zat makanan yang kita ambil. Air juga memainkan peranan penting

dalam menguruskan badan. Air yang mencukupi dapat menurunkan berat badan

dengan lebih mudah kerana ia membantu mengurangkan kuantiti makanan yang kita

ambil pada setiap hidangan.

Perbincangan dalam buku ini turut menyentuh tentang rahsia ketujuh iaitu tekanan dan

tidur dalam menguruskan badan. Mengawal tekanan dan tidur yang berkualiti turut

memainkan peranan dalam menguruskan berat badan. Rahsia kelapan adalah

mengenai pil kurus dan gantian hidangan turut dibincangkan. Pengambilan pil kurus

akan mendatangkan kesan sampingan yang merbahaya sekiranya diambil tanpa

pengawasan atau nasihat dari doktor. Ini kerana pil kurus akan mengawal selera

makan, meningkatkan metabolisme tubuh dan menyekat penyerapan makanan

tertentu. Selain itu, cara yang cepat untuk menurunkan berat badan adalah

menggunakan produk gantian hidangan. Ia berfungsi menggantikan hidangan

makanan yang biasa diambil seperti nasi dan lauk. Namun ia tidak praktikal untuk

jangkamasa panjang kerana perlu berbelanja besar, di samping rasanya yang tidak

enak serta syarat penggunaannya yang agak ketat.

Buku setebal 182 halaman ini turut membincangkan tentang pemakanan sihat

Sari Pustaka Bil 3/2012 9

sepanjang hayat. Piramid makanan perlu dijadikan panduan untuk menurunkan berat

badan memandangkan ia mempunyai kombinasi zat-zat makanan yang sesuai bagi

setiap hidangan yang diperlukan oleh badan kita.

Buku ini amat mudah difahami oleh pembaca kerana penulis menerangkan dengan

jelas setiap perkara yang dibincangkan. Setiap bab yang dibincangkan dalam buku ini

saling berkaitan yang mana memudahkan pembaca memahami skop penulisan buku

ini. Setiap perkara yang diutarakan oleh penulis juga turut dijelaskan dari sudut

pandangan al-Quran dan hadis. Penulis juga turut menyediakan formula-formula,

contoh-contoh makanan yang sesuai serta statistik yang berkaitan bagi menyokong

kajiannya. Selain itu, pelbagai sumber rujukan turut disertakan bagi menguatkan lagi isi

perbincangannya.

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang berminat untuk menguruskan berat badan

khususnya golongan dewasa memandangkan buku ini mengandungi istilah-istilah

perubatan yang mungkin tidak boleh difahami oleh golongan kanak-kanak. Secara

keseluruhan, penulis berharap agar buku ini dapat dijadikan panduan bagi seseorang

yang mengalami masalah berat badan untuk menurunkan berat badan yang ideal

tanpa perlu menahan lapar.

Pengulas:

Farah Aliza Abd Aziz Penolong Pengarah Bahagian Rangkaian Sistem Perpustakaan Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

MOHD. NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK, DATO’ SRI

Agenda Islam Dalam Transformasi Negara Putrajaya : Sekretariat Ulama Umara, 2012. 232ms.

ISBN 978-967-11268-0-6

ULASAN

Buku bertajuk Agenda Islam Dalam Transformasi Negara, setebal 232 muka surat ini

mengandungi koleksi ucapan dan perutusan Perdana Menteri mengenai isu berkaitan

agama Islam dalam media cetak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Dalam

pendahuluan buku ini, Najib berkata buku ini mengandungi agenda dan mesej yang

berguna untuk dihayati dan difahami oleh segenap lapisan rakyat di negara ini. Buku

yang diterbitkan oleh Sekretariat Ulama-Umara (UMUM) dan Yayasan 1Ummah turut

dilengkapi dengan gambar-gambar menarik dan keratan-keratan akhbar tempatan.

Tiga tahun pemerintahan amat pantas berlalu bagi Najib. Pelbagai cerita dilakar dengan

kerajaan yang dipimpinnya merintis perjalanan bermula dengan teras transformasi

dalam sistem pentadbiran negara. Sedutan ucapan beliau adalah nyata, kisah

perjalanan seorang Perdana Menteri menerajui pentadbiran negara.

Terdapat 11 agenda dan 6 perutusan daripada Najib Tun Razak. Agenda tersebut

Sari Pustaka Bil 3/2012 10

Sari Pustaka Bil 3/2012 11

berlatarkan agama Islam, Peranan Ulama Umara, Institusi Kehakiman, Mahkamah

Syariah, Konsep 1 Malaysia 1 Ummah dan lain-lain. Perutusan pula menyentuh

transformasi dalam hijrah, pengorbanan, transformasi dalam bulan Ramadhan, al-Quran

dan Rahmat Israk Mikraj.

Sedikit bait kata Najib… “Malahan kita tidak pernah menutup pintu kerjasama dan

rundingan dengan sesiapa sahaja sama ada individu, mana-mana parti mahupun NGO.

Kita juga tidak pernah mengenakan apa-apa syarat kerana bagi kita kepentingan umat

dan rakyat sentiasa diutamakan berbanding kepentingan kelompok-kelompok tertentu”

menunjukkan beliau ikhlas dalam perjuangannya dalam menerajui kepimpinan

Malaysia.

Peranan Ulama Umara yang ditransformasi oleh Najib dalam pembangunan negara

penting dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia. Kerajaan memperuntukkan

sumbangan kewangan kepada NGO-NGO Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti

masyarakat dan dakwah. Institusi kehakiman juga disentuh dan Najib menegaskan

bahawa Prinsip Keadilan Sosial yang menjadi salah satu teras perpaduan dalam

gagasan dan amat bertepatan dengan konsep 1Malaysia.

Pembestarian Guru Takmir amat dinantikan oleh Guru-guru Takmir iaitu kenaikan elaun

dari RM40 kepada RM100 bagi satu sesi kuliah. Elaun yang ditambah merupakan

penghargaan kepada Guru Takmir bagi memartabatkan kedudukan Islam sebagai

agama Persekutuan sewajarnya. Keprihatinan Najib dalam menjana transformasi

ummah amat bertepatan dengan Prinsip Keadilan Sosial. Najib juga menegaskan belia

di negara kita perlu diperkasa dan masjid perlu diimarahkan lagi dalam agenda

transformasinya.

Bagi mentransformasi dan membina negara bangsa, selain Gagasan 1Malaysia dengan

slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, tonggak-tonggak lain ialah

Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan

Malaysia ke-10 (RMK-10) dan Wawasan 2020. Hal ini membolehkan negara mencapai

keharmonian perpaduan nasional dan melonjak prestasi ekonomi yang stabil serta

mencapai negara yang berkompetitif dan berpendapatan tinggi.

Sari Pustaka Bil 3/2012 12

Jika kita pernah menonton filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, lirik lagu ‘Berkorban

apa sahaja…’ menunjukkan Najib mengetepikan segala kepentingan diri demi

kesejagatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. “Semua pihak harus memainkan

peranan masing-masing untuk memastikan segala apa yang telah dirancang akan dapat

dilaksana dengan sebaik-baiknya demi untuk kesejahteraan rakyat” ujarnya.

Buku ini diolah dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan jelas menunjukkan

satu transformasi YAB Perdana Menteri dalam mempertahankan kesatuan ummah.

Pendekatan yang dibawa juga melalui firman Allah yang boleh kita rujuk dalam buku ini.

Pelbagai gambar boleh dirujuk sebagai tanda seriusnya beliau dalam memajukan

negara. Ulama dan umara mempunyai hubungan yang istimewa. Mereka menggalas

tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Pembaca

akan memahami dengan lebih jelas apakah yang dikatakan dengan agenda Islam

dalam transformasi negara dengan membaca buku ini.

Pengulas:

Muhammad Azizi Muhamad Rani Penolong Pegawai Perpustakaan Bahagian Gerakan Literasi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

STAPA OMAR, DATO’

Berani Kaya : ...Untaian Kisah Pahit Manis Seorang Usahawan

Kuala Lumpur : Dato’ Dr Stapa bin Omar, 2012. 352.ms.

ISBN 978-967-11318-0-0

ULASAN Buku motivasi ini ditulis berikutan dengan kejayaan penulis dalam bidang perniagaan

yang diceburi bersama isterinya. Penulis telah berjaya membangunkan beberapa

empayar perniagaan seperti rangkaian pemasaran, fancais, restoran, penerbitan,

perkilangan, peruncitan, butik, hartanah, kontraktor, pelancongan, pengiklanan,

koperasi, yayasan dan pelatihan (keusahawanan dan motivasi).

Terjemahan untaian pengalaman seorang usahawan ke dalam beberapa peringkat

berkisarkan tentang ‘kaya’ bermula dari takrif kaya, indahnya kaya, mimpi kaya dan

seterusnya langkah-langkah yang patut diambil untuk menjadi seorang yang kaya

dengan menitik beratkan tentang kebijaksanaan mengambil peluang dan kecekapan

pengurusan kewangan.

Pelbagai petikan yang memberangsangkan minda diambil dari tokoh-tokoh terkenal

seperti Albert Einstein, menyokong hujah-hujah penulis dalam proses menuju kejayaan.

Sari Pustaka Bil 3/2012 13

Sari Pustaka Bil 3/2012 14

Untuk menjadi kaya, seseorang itu perlu mempunyai imej yang positif, seterusnya

berimaginasi ke arah kekayaan kerana dengan imaginasi yang baik, pintu laluan

kepada kekayaan itu akan terbuka. Kekayaan itu adalah penting kerana kemiskinan

akan membuat seseorang menjurus ke arah kekufuran kerana kesempitan dan desakan

hidup. Oleh itu, penulis amat menekankan tentang masa sebagai modal kekayaan

nombor satu dalam hidup. Justeru itu, masa adalah matawang yang paling berharga

dan ia adalah modal kerja yang paling penting.

Berdasarkan misi dan visi yang jelas, naskhah ini membawa pembaca untuk mula

mengira peluang yang diberikan kepada setiap orang yang hidup sehingga umur 60

tahun dan juga membandingkan dengan masa yang diberikan. Antara kupasan yang

paling menarik di bawah topik ini adalah teori keajaiban penggandaan oleh Albert

Einstein dan mengaplikasikan teori tersebut ke dalam bentuk masa dengan

menggandakan modal (masa) dengan lebih teratur dan sistematik yang membawa

kepada jaringan perniagaan berorentasikan rangkaian pemasaran sebagai perniagaan

induk penulis. Masa ini juga hanya akan memberi manfaat jika disertai dengan disiplin.

Beberapa nilai-nilai murni yang disentuh bagi memenuhi kriteria menuju kekayaan

seperti menyumbang sesuatu (memberi), bukan sekadar menerima, senyum kerana ia

adalah ketenangan dan kedamaian, lakukan sesuatu dengan ikhlas dan kasih sayang,

berdoa dan juga bertanggungjawab, memberi perkhidmatan dan kerjasama, sering

memberi penghargaan kepada orang lain dan juga diri sendiri, adil dan prihatin dan

sentiasa bersedekah kepada yang memerlukan.

Terdapat satu petikan daripada Hamka yang berbunyi ‘kegagalan adalah satu titik

penyambungan kepada titik kejayaan’. Buku ini juga menghidangkan beberapa kisah

tokoh-tokoh yang telah gagal sebelum menjadi kaya seperti Thomas Alva Adison yang

gagal meneruskan pembelajarannnya di sekolah, Abraham Lincoln dilahirkan di sebuah

pondok using dan miskin, bahkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

juga pernah tewas dalan pilihanraya dan dipecat dari Parti UMNO, namun tokoh-tokoh

tersebut telah berjaya dengan cemerlang kerana menurutnya kegagalan mengajar erti

kehidupan dan makna kejayaan. Sehubungan itu, kita perlu bijak menukar sesuatu

rintangan itu untuk menjadi satu peluang.

Sari Pustaka Bil 3/2012 15

Dua ciri utama membuatkan seseorang itu gagal ialah orang yang suka bertangguh dan

suka memberikan alasan. Perkara ini berlaku disebabkan oleh matlamat yang tidak

jelas, anggaran masa yang tidak realistik, tidak merancang kerja, tidak mencatat tugas,

tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk melakukan sesuatu, terlalu banyak tugas

yang ingin dilaksanakan dalam satu masa, tidak minat pada tugas, mengharapkan

kesempurnaan tanpa usaha, dan sentiasa berkawan dengan pakar tangguh. Oleh itu,

penawar kepada penyakit ini adalah ciri-ciri bertentangan dengan matlamat yang tidak

jelas itu tadi. Penulis menekankan lagi, setiap penyakit mesti ada ubatnya, dan setiap

masalah ada jalan penyelesaian.

Perkara yang penting dalam membina kekayaan adalah menabung, seseorang itu wajib

membetulkan aliran kewangan jika mahu kaya dengan mengambil beberapa langkah

utama seperti menyimpan sebelum berbelanja. Berbelanja ikut keutamaan, melabur

dan juga beramal. Namun begitu, dalam mengejar kekayaan, jangan sampai gagal

bermohon kepada Tuhan untuk satu keberkatan. Mengabdikan diri sebagai hamba-Nya,

tetapkan diri dan yakin Allah akan memakbulkan permohonan kita.

Kesimpulannya, untuk menjadi kaya, seseorang itu perlu tetap berjuang dan berkorban

walaupun ia sangat menyakitkan. Tabah menghadapi ujian tidak kira betapa sukarnya

perjalanan itu dan bersyukur apabila diuji Tuhan dan juga sentiasa peka kepada

perubahan sekeliling dari masa ke masa.

Pengulas:

Izwah Taib Penolong Pengarah Bahagian Rangkaian Perpustakaan Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

HAZRUL HIZAM KARIM Jadi Bos Hebat! : Dikagumi, Disayangi & Dihormati

Shah Alam : Grupbuku Karangkraf (Alaf 21), 2012. 255ms.

ISBN 978-983-124-752-5

ULASAN Buku ini bertemakan bidang pengurusan dan pentadbiran yang menjurus kepada

peranan, tanggungjawab, sikap dan sifat sebagai seorang ketua yang hebat serta luar

biasa di sesebuah organisasi. Buku bertemakan motivasi santai ini mengandungi tip-tip

bagaimana hendak menjadi seorang ketua yang hebat daripada semua segi. Ketua

yang hebat mampu membuatkan seseorang pekerja itu bermotivasi untuk

melaksanakan tugasnya sebagai seorang pekerja.

Apakah anda bijak dalam memimpin staf anda di pejabat? Karakter ketua yang kurang

berkebolehan dan kerap bertindak mengikut perasaan hanya menakutkan dan

merendahkan motivasi pekerja di bawah seliaan anda. Jika keadaan seumpama ini

berlaku, ia akan menjadi dinding penghalang kepada pembentukan sebuah suasana

yang harmoni dalam sesebuah organisasi. Pekerja pula akan terjerat dalam tugasannya

yang rutin semata-mata, dan tidak langsung memandang kepada masa hadapan

organisasi kerana takut dimarahi oleh ketua mereka.

Sari Pustaka Bil 3/2012 16

Sari Pustaka Bil 3/2012 17

Kita seringkali mendengar pekerja-pekerja bawahan berkenaan sikap ketua yang

kelihatan agak sombong pada kaca mata mereka. Hal seumpama ini amat merugikan

kerana ia bakal mengancam kelancaran proses kerja di organisasi itu sendiri. Jika

pekerja anda bekerja tanpa keyakinan malah lebih kepada terpaksa, kualiti organisasi

pastinya akan merudum. Kita sering mendengar pekerja bawahan mengutuk ketua

mereka, namun sukar pula kita mendengar pekerja bawahan yang memuji-muji serta

berbangga dengan ketua mereka.

Ketua memainkan peranan yang sangat penting untuk kemajuan organisasinya.

Peranan-peranan seorang ketua untuk meningkatkan kejayaan pekerjanya, di

antaranya ialah ketua hendaklah bersikap dan bertindak adil dalam semua perkara,

menjadi pendengar yang baik kepada pekerja, peramah, mesra dan mudah didekati,

sopan dan beradab. Di samping itu, ketua juga hendaklah boleh dipercayai kerana

dengan ini semua pekerja akan merasakan mereka akan mendapat hak mereka

selayaknya. Kepercayaan datang dari hati dan dibuktikan melalui tindakan. Ketua juga

perlu menghormati hak pekerja, konsisten dalam membuat keputusan, menyandarkan

keputusan dengan alasan yang betul dan bersedia membatalkan keputusan yang

terbukti tidak akan berjaya. Apa yang penting adalah anda sendiri yang perlu berusaha

untuk memantapkan diri agar disenangi oleh semua pekerja bawahan di organisasi

anda.

Menjadi seorang ketua di sesebuah organisasi bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai

seorang ketua, tanggungjawab beliau bukan sahaja memastikan anak-anak buah

sentiasa menyampaikan apa yang diinginkan oleh anda atau organisasi tempat anda

bekerja. Ia sebenarnya lebih dari itu. Ketua mempunyai tanggungjawab untuk

memberikan segala kemudahan dari segi persekitaran dan psikologi untuk mereka.

Suasana kerja yang menarik, memberansangkan dan beraura positif akan memberikan

impak yang baik terhadap pekerja terutama dari segi produktiviti.

Selain tip yang berguna untuk menjadi ketua yang hebat, kandungan lain yang

dimuatkan di dalam buku ini merangkumi pengalaman lampau penulis dan juga

pengalaman rakan-rakan beliau yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada kita

sebagai pembaca untuk mengikutinya. Gaya bahasa buku ini mudah difahami oleh

Sari Pustaka Bil 3/2012 18

pembaca.

Kumpulan sasaran pembaca buku ini ialah mereka yang berada di dalam ruang lingkup

bidang pengurusan dan pentadbiran. Buku ini sesuai dibaca oleh para eksekutif muda

dan juga golongan para graduan kerana untuk menjadi ketua yang hebat, selain

daripada pengalaman, pembacaan buku sebegini mampu memberi impak yang besar

dalam mencorak gaya kepimpinan seseorang.

Buku ini banyak memberi input yang bermanfaat untuk menjadi seorang ketua yang

efektif, disayangi dan dihormati. Banyak tip-tip yang diberikan secara terperinci beserta

dengan contoh yang memudahkan pembaca mempelajari bagaimana untuk menjadi

seorang ketua yang disegani dan dihormati. Semua penerangan yang dimuatkan di

dalam buku ini amat bermanfaat dan berguna kepada para pembaca sekalian.

Pengulas:

Sharil Lariwoo Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Nasihat Dan Perundingan Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

KHAIRUL FADHLI Jimat Wang, Hati Senang! : 93 Teknik Untuk

Menjimatkan Wang = Cara Mudah Dan Berkesan! Petaling Jaya : True Wealth, 2012. 239ms.

ISBN 978-967-5428-93-7

ULASAN

Pengurusan kewangan adalah perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh

setiap individu. Jika pengurusan kewangan bagi individu tersebut baik, maka keadaan

menjadi lebih mudah untuk mereka merancang dengan baik pelbagai aspek kehidupan

yang lain seperti perancangan keluarga, kerjaya, memulakan perniagaan, membuat

pelaburan dan zaman persaraan. Asas kepada pengurusan kewangan adalah

berdasarkan tabiat kita berbelanja.

Buku ini adalah buku yang wajib dibaca oleh pembaca yang sangat mementingkan

pengurusan kewangan dalam kehidupan seharian. Buku ini memberikan banyak teknik

kewangan kepada para pembaca. Kos sara hidup masa kini adalah semakin tinggi dan

memberikan banyak tekanan kepada sesiapa jua. Semua harga barang keperluan naik

dengan mendadak. Justeru, penulis telah menampilkan sebanyak 93 teknik yang telah

ditulis secara terperinci yang pastinya dapat menjimatkan wang dalam menguruskan

kewangan peribadi dan keluarga.

Sari Pustaka Bil 3/2012 19

Sari Pustaka Bil 3/2012 20

Strategi utama dalam buku ini yang sememangnya prinsip nombor satu jutawan ialah

berjimat cermat. Para pembaca dapat mengaplikasikan 93 teknik yang dijelaskan

dengan pelbagai contoh sebenar yang mudah. Gaya bahasa yang mudah dan ringkas

juga akan dapat memudahkan para pembaca memahami teknik penjimatan yang ingin

disampaikan.

Selain berjimat cermat, pembaca turut disaran supaya bijak menguruskan kewangan

untuk mencapai kebebasan kewangan. Kita hendaklah memastikan wang yang telah

dijimatkan dapat dikembangkan dengan cepat dan banyak. Wang yang lebih banyak ini

boleh diperoleh dengan pelbagai cara seperti yang telah diketengahkan di dalam buku

ini.

Seterusnya disarankan supaya mempunyai matlamat dan perancangan kewangan yang

jelas dan realistik. Tanpa adanya matlamat dan perancangan, dikhuatiri kita akan gagal

memanfaatkan setiap sen yang kita miliki. Perancangan yang paling utama ialah dari

manakah sumber pendapatan anda dan di mana anda ingin membelanjakannya?

Berapakah sasaran penjimatan yang anda ingin capai? Apakah yang anda ingin

lakukan dengan wang penjimatan yang bakal diperolehi? Apakah strategi anda untuk

menambahkan pendapatan? Apakah tindakan segera yang perlu anda ambil bermula

pada hari ini juga?

Pengalaman dan kelayakan penulis sebagai seorang ahli akademik menjadikan buku

ini lebih diyakini dan istimewa. Sekiranya kita benar-benar ingin berubah untuk menjadi

seorang yang lebih berjimat-cermat dan mencapai tahap kebebasan kewangan, maka

panduan ini amat sesuai dan bakal membantu untuk merealisasikannya. Buku ini turut

merupakan satu pelaburan berbaloi untuk para pembaca.

Pengulas:

Suhana Adnan Penolong Pengarah Bahagian Rangkaian Perpustakaan Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

AKMAL HJ. M. ZAIN. Perubatan Semulajadi Dari Herba

Batu Caves, Selangor : Crescent News (K.L.), 2012. 296 ms.

ISBN 978-967-5950-05-6

ULASAN

Buku ini pada asalnya diterbitkan oleh Daar Al Hadrah Linnasyr Wattawzi’ Riyadh.

Penulis mengumpulkan maklumat dari pelbagai bahan antaranya Majalah Keluarga,

Forum Telephon, Dunia Keluarga, Akhbar Semenanjung, Surat Khabar Daerah dan

Majalah Ceria. Pelbagai kajian telah dirungkaikan dengan perubatan semulajadi

daripada herba. Penulis bijak mengetengahkan penyakit yang begitu sinonim dengan

kita pada masa kini seperti osteoporosis, kencing manis, asma dan kanser. Tidak

ketinggalan juga teknik-teknik pelangsingan melalui pemakanan buah-buahan.

Tulang merupakan unsur yang paling asas pada tubuh manusia. Osteoporosis

merupakan penyakit yang sering dikaitkan dengan tulang. Buku ini menerangkan

kaedah menjaga tulang daripada osteoporosis. Dengan inilah perubatan alternatif

semulajadi dari herba dirungkai.

Penggunaan kopi, teh, afidra, nipper, adas manis, biji adas dan kayu manis dalam

Sari Pustaka Bil 3/2012 21

Sari Pustaka Bil 3/2012 22

perubatan penyakit asma, salah satu penyakit yang menyerang paru-paru yang berlaku

kerana ada penyumbatan salah satu bahagian di dalam saluran pernafasan.

Pelbagai jenis buah-buahan serta khasiatnya terdapat dalam buku ini. Buah yang kaya

dengan vitamin, menghilangkan keletihan, pengganti insulin dan kelangsingan,

antaranya seperti nanas, kurma dan strawberi. Selain itu, khasiat halia dan madu

sebagai ubat herbal juga disentuh dalam perubatan semulajadi dan herbal. Minyak juga

mempunyai pelbagai khasiat (minyak-minyak yang terpilih). Khasiat minyak zaitun,

minyak esensial (asas), dan minyak bijan mempunyai khasiat yang tersendiri. Khasiat

susu juga diterangkan dalam buku ini.

Ubat herbal dan unsur-unsur alam lain dalam tanaman adalah tetap sebagai asas

utama daripada kebanyakan produk farmasi moden. Tidak hairanlah kini penyembuhan

semulajadi dan jamu serta ubat herbal menjadi pilihan masyarakat kerana kita tahu

ubat farmasi moden mempunyai bahan kimia secara tidak kita sedari.

Tidur, keselesaan dan perlindungan bagi tubuh serta menjaga kekebalan tubuh sangat

dititikberatkan. Selain perubatan semulajadi, terdapat juga cara ataupun tip dari penulis

untuk mencegah imsomnia dan gejala-gejala alahan. Pengetahuan tentang sakit kepala

juga diterangkan dalam buku ini. Sakit kepala umum, sakit kepala kerana diet, sakit

kepala alergi dan sakit kepala disebabkan tekanan darah tinggi.

Penyakit seperti penyakit jantung dan kadar gula serta darah rendah adalah salah satu

masalah kesihatan yang perlu masyarakat ambil berat. Masalah tidak berhenti pada

penyakit jantung sahaja, ianya meluas kepada masalah-masalah kronik lain. Panduan

lengkap untuk melawan penyakit jantung juga disertakan untuk dijadikan panduan

kepada pembaca.

Dari segi teknik penulisan, pembaca mungkin sedikit tertanya-tanya dengan perkataan

yang digunakan seperti ubat nabati, zat bromelin dan lain-lain. Tapi usah risau kerana

terdapat bimbingan untuk pembaca mengetahui apakah maksud-maksud perkataan

yang digunakan melalui penerangan yang diberi. Gaya persembahan buku mampu

menarik minat pembaca untuk terus membuka helaian seterusnya. Buku ini sesuai

Sari Pustaka Bil 3/2012 23

dibaca oleh semua golongan tidak kira tua atau muda, kerana tip-tip dan penerangan

yang diberikan boleh dijadikan panduan kepada pembaca dan boleh amalkan untuk

kehidupan yang lebih sihat, siapa tahu!

Pengulas:

Rosmini Ismail Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan Bahagian Gerakan Literasi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

PANG, DESMOND

Rahsia Kunci Kejayaan Jualan Langsung Kuala Lumpur : Kanyin Publications, 2012. 260ms.

ISBN 978-983-3789-48-1

ULASAN

Buku ini mengungkapkan kebenaran jualan langsung. Ianya bertujuan untuk

memberitahu pembaca bahawa jualan langsung adalah cara terbaik untuk mewujudkan

impian seseorang. Jualan langsung juga akan memberi peluang kepada pembaca

untuk memahami potensi perniagaan jualan langsung.

Menurut buku ini, untuk berjaya dalam jualan langsung kita harus mempunyai 3 ciri-ciri

iaitu memiliki impian yang besar, memiliki impian yang besar dan memiliki impian yang

besar! Ringkasnya, orang-orang yang berjaya memiliki impian besar dan bersifat mesti

memiliki, penuh gagasan dan aspirasi, ingin berubah daripada biasa kepada luarbiasa,

daripada luarbiasa kepada berjaya dan akhirnya daripada berjaya ke puncak

kecemerlangan.

Jualan langsung adalah trend masa hadapan kerana semakin banyak industri telah

menghasilkan struktur jualan langsung tersendiri. Ini adalah kerana pada masa akan

Sari Pustaka Bil 3/2012 24

Sari Pustaka Bil 3/2012 25

datang, tidak ada orang yang mahu bekerja untuk orang lain. Kedua tekanan ekonomi

dan inflasi yang tinggi dan ketiga pada hadapan tidak ada orang yang ingin menjadi

bos. Ketiga-tiga alasan ini menunjukkan bahawa semua orang ingin menjadi

“freelancer”. Ada enam golongan yang paling sesuai untuk melakukan jualan langsung

iaitu pekerja, suri rumah, pesara atau veteran, profesional, bos-bos syarikat bersaiz

sederhana dan remaja.

Buku ini juga menerangkan tentang empat budaya perniagaan jualan langsung.

Budaya tersebut ialah peraturan 3S (menjual, memberi khidmat dan menaja), jualan

langsung adalah perniagaan dan bukan skim cepat kaya, menjadikan jenama

profesional sebagai matlamat dan membentuk budaya kualiti.

Penulis menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami oleh pembaca dengan

memberi tip-tip untuk seseorang berjaya dalam jualan langsung. Kumpulan sasaran

pembaca buku ini ialah mereka yang ingin menceburi bidang jualan langsung. Buku ini

juga sesuai dibaca oleh para eksekutif muda dan juga golongan manusia yang bercita-

cita menjadi jutawan dalam perniagaan pelbagai arus (MLM). Selain itu, seorang

pemimpin berjaya akan mampu melahirkan orang bawahannya untuk berjaya dalam

kehidupan mereka seperti mengatasi masalah kewangan.

Kesimpulannya, buku ini banyak memberi input yang bermanfaat untuk menjadi

seorang pemimpin yang efektif, disanjungi dan dihormati kerana gaya kepimpinan yang

dibicarakan seolah-olah memberi peluang kepada seseorang mencapai apa yang

diingini. Tip-tip yang diberikan memudahkan pembaca menceburi bidang perniagaan

pelbagai arus dengan berkesan, menjimatkan masa, usaha dan wang sambil menuju

ke arah kejayaan.

Pengulas:

Ramaperbah a/p Chandran Penolong Pegawai Perpustakaan Bahagian Khidmat Nasihat & Perundingan Perpustakaan Negara Malaysia

ULASAN BUKU

NOOR YAZLIND

Transformasi Dunia Anda : Personaliti . Potensi . Keunggulan

Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2012. 220ms.

ISBN 978-967-61-2544-6

ULASAN

Manusia dilahirkan ke dunia mempunyai ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain.

Setiap individu mempunyai cara, citarasa dan kemahuan yang tersendiri. Begitu juga

dengan cabaran dan potensi masa hadapan juga adalah berbeza antara seorang

individu dengan individu yang lain.

Transformasi Dunia Anda, iaitu sebuah bacaan berbentuk panduan yang bermanfaat

kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira bangsa, jenis darah mahupun

keturunan. Buku ini dapat memberi ilmu untuk mengenali diri masing-masing dengan

menggunakan beberapa elemen yang terdapat dalam diri masing-masing, seterusnya

melihat kesesuaian untuk membangunkan diri pada masa hadapan.

Buku ini boleh membantu ramai individu bukan sahaja untuk mengenali diri sendiri,

malah boleh membantu untuk memahami keluarga, pasangan, anak-anak dan kenalan.

Jika anda seorang guru, buku ini membolehkan anda menyusun strategi untuk

Sari Pustaka Bil 3/2012 26

Sari Pustaka Bil 3/2012 27

membentuk sahsiah pelajar-pelajar anda. Begitu juga seorang majikan akan lebih

berkesan menguruskan perniagaanya jika memahami setiap personaliti dan potensi

para pekerjanya.

Bimbingan dengan perkara-perkara asas dalam membuat perubahan kepada diri

pembaca selain membentuk pemikiran positif dalam menghadapi dugaan dan cabaran

yang datang daripada dalam diri sendiri ataupun berpunca daripada persekitaran luar

seperti latar belakang keluarga dan kegagalan yang pernah dilalui.

Secara puratanya ilmu yang ada pada buku ini memberikan 75 hingga 100 peratus

ketetapan mengenai personaliti, karakter dan potensi individu berdasarkan elemen-

elemen yang ada pada diri masing-masing. Melalui panduan yang diberikan, pembaca

boleh meneroka dan mengenali personaliti diri berdasarkan tarikh kelahiran, bulan

kelahiran, abjad pada nama, jenis darah dan makanan kegemaran.

Huraian yang jelas diberikan oleh pengarang mengenai kaedah menggunakan elemen-

elemen tersebut serta formula pengiraan mudah melalui angka yang ditunjukkan

mengikut bab-bab yang telah disusun.

Berdasarkan personaliti yang dikenal pasti, pembaca akan dapat menyelami kekuatan

dalaman diri selain diberikan huraian mengenai bakat, kebolehan, keistimewaan dan

potensi diri masing-masing mengikut elemen-elemen tersebut. Buat mereka yang

sedang mencari peluang-peluang masa hadapan, buku ini memberi kelebihan kepada

anda kerana ia turut membantu untuk mengenal pasti kerjaya dan perniagaan yang

sesuai untuk diri anda.

Selain mengandungi bab-bab berkaitan personaliti dan potensi diri, buku yang

mengandungi 25 bab ini turut menyelitkan beberapa tip berguna untuk cemerlang,

memiliki personaliti unggul, tujuh kuasa untuk mencipta kejayaan, mewujudkan tabiat

membaca, teknik penguasaan bahasa Inggeris dan rahsia kejayaan.

Dalam bab terakhir, buku ini juga memuatkan bingkisan motivasi yang amat berguna

sebagai pedoman setiap individu dalam usaha mentransformasikan diri ke arah

Sari Pustaka Bil 3/2012 28

kecemerlangan.

Hasil-hasil kajian yang telah dijalankan oleh ahli-ahli sains dari seluruh dunia mengenai

personaliti dan potensi individu dalam menyediakan pecahan-pecahan bab dalam buku

ini. Bahasa dan susunan ayat yang mudah digunakan oleh pengarang menjadikan

buku ini amat mudah difahami bukan sahaja kepada golongan dewasa, malah juga

kepada generasi muda termasuk para pelajar.

Buku ini berguna kepada semua individu dan boleh dijadikan panduan untuk

meningkatkan diri masing-masing dari satu tahap kepada tahap yang lebih unggul

termasuk menetapkan hala tuju diri, perancangan dan strategi, sesuai dengan judul

buku diberikan: Transformasi Diri Anda!

Pengulas:

Wan Yuhaimisham Wan Yusoff Penolong Pengarah Bahagian Gerakan Literasi Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia.

SINOPSIS BUKU

Buku ini ialah satu tinjauan awal tentang bentuk dan

perkembangan kedua-dua jenis media di negeri

Selangor. Mula dipelopori oleh British untuk

menyebarkan agama Kristian, akhbar dan majalah

Melayu berkembang di Selangor selama satu abad

mencecah 150 buah. Dua media ini amat peka terhadap

perkembangan semasa seperti isu sosial dan penjajah

ketika waktu sebelum merdeka, dan selepas itu

memberi penekanan kepada isu pembangunan negara,

politik, dan ekonomi ketika zaman selepas merdeka. Di

samping menempatkan bahasa Melayu sebagai wadah

komunikasi utama di kalangan masyarakat tempatan,

akhbar dan majalah menjadi sumber sejarah dan

rujukan penting kepada perkembangan ekonomi dan

pentadbiran di negeri Selangor.

MUHD. YUSOF IBRAHIM DAN ZAINUDDIN LEMAN

100 Tahun Akhbar & Majalah Melayu di

Selangor Puchong, Selangor : Tinta Publishers, 2012. 175ms. ISBN 978-967-5123-35-1

Sari Pustaka Bil 3/2012 29

SINOPSIS BUKU

Kitab suci al-Quran telah diturunkan penuh dengan

hikmat dan ilmu yang terkandung di dalamnya. Selain

itu, ia juga menyimpan pelbagai doa yang boleh

diamalkan di dalam kehidupan seharian. Malah setiap

hari sekurang-kurangnya 17 kali sehari seorang Muslim

akan berdoa dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran

ini agar diberikan petunjuk dan pertolongan serta

dirahmati oleh Allah S.W.T. Apatah lagi, berdoa adalah

antara salah satu ibadah yang disukai oleh-Nya. Judul

asal buku ini iaitu Fi-Zilalil Quran telah menghimpunkan

sebanyak 68 doa-doa daripada al-Quran hasil karya

Sayyid Qutb. Ia merupakan sedikit panduan kepada

pembaca mengenai ayat-ayat al-Quran yang boleh

diamalkan menjadi doa harian. Setiap doa ini ada

mempunyai tujuan dan disertakan tafsir yang

menerangkan kegunaannya.

QUTB, SAYYID

68 Doa Paling Indah Dari Al-Quran

Batu Caves, Selangor : Al-Hidayah House of

Publishers, 2012. 283ms. ISBN 978-967-0267-60-9

Sari Pustaka Bil 3/2012 30

SINOPSIS BUKU

Wanita yang hamil akan mendapati terdapat perubahan

bukan hanya kepada fizikal sahaja bahkan kepada

perasaan dan emosinya juga. Wanita yang

mengandung perlu menjaga tingkah laku serta

perbuatannya kerana setiap perlakuannya semasa

mengandung akan mempengaruhi anak yang akan lahir.

Justeru, buku ini merupakan sebuah buku panduan

amalan semasa hamil kepada ibu-ibu yang hamil serta

suami mengikut sunnah Islam. Buku ini mengandungi 4

topik utama iaitu bimbingan wanita mengandung,

amalan semasa mengandung, pedoman kepada ibu

mengandung serta amalan suami ketika isteri

mengandung. Buku ini juga memuatkan koleksi 5000

nama-nama Islam serta surah-surah pilihan yang sesuai

diamalkan oleh ibu semasa hamil. Buku ini sangat

sesuai dibaca oleh bakal ibu dan bapa sebagai panduan

tambahan dalam menghadapi saat untuk menimang

cahayamata.

Amalan Ibu Hamil Berserta 5000 Nama-Nama Untuk

Anakku Rawang, Selangor : Pustaka

Ilmuan, 2012. 262ms. ISBN 978-967-5778-31-5

Sari Pustaka Bil 3/2012 31

SINOPSIS BUKU

Penilaian memainkan peranan penting dalam

pendidikan. Ia dilakukan dalam semua aspek

pendidikan bagi mengenalpasti status semasa dan

seterusnya bagi tujuan perancangan program

penambahbaikan pendidikan. Penilaian perlu dilakukan

dengan sempurna dan berkesan. Buku ini merangkumi

aspek pembelajaran murid secara langsung berkait

rapat dengan peranan dan pengaruh infrastruktur,

bahan dan peralatan belajar serta individu itu sendiri.

Dalam konteks penilaian instruktional secara holistik,

aspek penyelidikan oleh guru dan murid diberi perhatian

bagi mempertingkatkan budaya menyelidik dan

membuat penilaian serta refleksi kendiri bagi

membolehkan peningkatan kualiti perkhidmatan

pengajaran dan tanggungjawab yang lebih unggul dan

harmonis. Buku ini boleh dijadikan panduan dan

bimbingan dalam menyuntik roh integriti pendidik

kepada bakal guru, guru novis, pendidik guru, dan guru

cemerlang bagi meningkatkan profesion keguruan

sebagai amanah menginsankan murid dalam kehidupan

mereka pada masa akan datang.

MOHD SAHANDRI GANI HAMZAH, ROSELAN

BAKI DAN SAIFUDDIN KUMAR ABDULLAH

Amalan Penilaian Guru Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors, 2012. 252ms.

ISBN 978-967-61-2542-2

Sari Pustaka Bil 3/2012 32

SINOPSIS BUKU

Berani tanpa segan adalah buku Tan Sri Abdullah

Ahmad yang ke-10 dalam bahasa Melayu dan ini

merupakan himpunan tulisan penulis yang dikenali

dengan Dollah Kok Lanas. Himpunan tulisan ini

merupakan sebahagian daripada pengalaman beliau

sebagai seorang bekas diplomat, ahli politik, timbalan

menteri, ketua editor, korporat dan manusia biasa yang

sentiasa di kelilingi dengan pelbagai cerita dan isu yang

diambil daripada kolumnya di akhbar Sinar Harian ‘DKL

Menulis’ mulai tahun 2009. Coretan beliau ini

merupakan sumber ilmu pengetahuan yang amat

berguna kerana meliputi pelbagai isu seperti kanak-

kanak, isu-isu menarik semasa, perihal ekonomi,

budaya, politik, dan kerajaan semuanya diulas dengan

berani sehingga perkara yang dianggap rahsia telah

didedahkan kepada umum. Buku ini sesuai dibaca oleh

semua golongan.

ABDULLAH AHMAD, TAN SRI

Berani Tanpa Segan Shah Alam : Grupbuku

Karangkraf (Alaf 21), 2012. 290ms.

ISBN 978-983-124-775-4

Sari Pustaka Bil 3/2012 33

SINOPSIS BUKU

Buku yang diterjemahkan oleh Abdul Rachman Saleh

Siregar ini merupakan sebuah buku yang amat sesuai

dan menarik untuk dibaca. Kandungan buku ini berkisar

kepada pokok zaitun yang begitu memberi manfaat

kepada manusia meliputi daun, buah dan minyaknya.

Pokok zaitun yang dikatakan boleh hidup beribu tahun

ini mempunyai khasiat yang amat tinggi nilainya

terutamanya dari segi perubatan kerana minyak zaitun

dikatakan sejenis minyak yang paling baik dan mudah

dicerna oleh tubuh badan manusia. Buku ini

mengandungi sejumlah penyelidikan, idea dan kajian

yang dilakukan oleh para saintis di Timur mahupun

Barat mengenai khasiat minyak zaitun dikuatkan lagi

hujahnya dengan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan

dengannya. Buku ini juga mengandungi petua dan tips

yang boleh membantu menyembuhkan pelbagai

penyakit dengan bahan utamanya adalah minyak zaitun.

Sebagai contoh buah zaitun masin boleh

menyembuhkan luka terbakar, dan mengunyah daun

zaitun sangat baik untuk mengatasi penyakit ulser, bisul,

bibir pecah-pecah dan ruam. Oleh itu bacalah buku ini

kerana ia dapat membantu memperbaiki kesihatan

tubuh badan dan ianya sesuai dibaca oleh semua

peringkat.

BADWILAN, AHMAD SALIM

Berubat Dengan Minyak Zaitun : Rahsia Dan

Keajaiban Batu Caves, Selangor : Al-Hidayah Publication, 2012.

116ms. ISBN 978-967-368-165-5

Sari Pustaka Bil 3/2012 34

SINOPSIS BUKU

Kekuatan dan keyakinan diri adalah aset kepada diri

seseorang amnya dan umat sejagat khususnya. Buku

ini akan membantu dan membimbing pembaca

mengenal pasti ‘kehadiran’ atau ‘ketidakhadiran’

kekuatan diri dalam jiwa mereka dan seterusnya

memandu pembaca ke arah menanam keyakinan diri

dan lantas meyakinkan pembaca untuk membuat

perubahan terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Menariknya buku ini, ia akan membantu memupuk sifat

yakin diri melalui program-program dan aktiviti yang

disarankan. Bagi memantapkan pengisian buku ini,

diselitkan juga isu dan kes contoh agar pembaca dapat

menyelami realiti kekuatan diri yang menyentuh setiap

inci kehidupan. Melalui buku ini diharap pembaca

mampu membuat perubahan dalam hidup sendiri

dengan bercita-cita tinggi, berani menghadapi cabaran,

tidak cepat mengalah, konsisten dalam setiap usaha

serta yakin bahawa diri sendiri adalah yang TERBAIK

dan dapat melakukan yang TERBAIK.

SITI MARZIAH ZAKARIA Bongkar Kekuatan Diri

andarkan Ar-RahmBers an Shah Alam : Grupbuku

Karangkraf (Karya Bestari),

ISBN 95-9 2012. 261ms. 978-967-86-03

Sari Pustaka Bil 3/2012 35

SINOPSIS BUKU

Ramai di kalangan kita sudah mengetahui tentang

kelebihan dan khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran.

Ia merupakan sumber vitamin, mineral dan serat yang

baik kerana berada di tingkat kedua dalam piramid

makanan yang perlu diambil dalam diet seharian. Selain

itu, sistem pertahanan badan turut mampu diaktifkan

dengan kehadiran pelbagai khasiat tersebut. Buku ini

memberikan resepi menggunakan campuran buahan

dan sayuran dalam bentuk jus atau sup yang boleh

dimakan dan dijadikan panduan bagi mencegah

penyakit dan memulihkan stamina. Antara penyakit-

penyakit yang boleh dicegah adalah seperti obesiti,

angin ahmar, sembelit, sakit kepala, anemia, kanser,

gout, reput tulang dan asma. Pengambilan secara

konsisten dari sumber makanan ini juga amat penting

bagi melambatkan proses penuaan, kedutan dan

sebagainya.

UMMI FAIRUZ

Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Kaya Khasiat :

Pencegah Berbagai

Stamina Penyakit Dan Memulihkan

Batu Caves, Selangor : Ar-Risalah Product, 2012.

162ms. ISBN 978-967-0268-26-2

Sari Pustaka Bil 3/2012 36

SINOPSIS BUKU

Siapa sangka bunga-bungaan yang berada di sekeliling

kita boleh membantu menyembuhkan pelbagai penyakit,

walaupun kadang kala rupa, bau, dan bentuk bunga

tersebut tidak menarik. Begitu juga perjalanan hidup kita

hendakkan yang terbaik dalam kehidupan dan yang

demikian itu hendaklah kita menjaga kesihatan agar kita

dapat menjalankan kehidupan harian dengan lancar

tanpa gangguan dari faktor kesihatan. Ini menyebabkan

penulis telah merungkai 12 jenis bunga yang dapat

memberi manfaat dan berkhasiat serta membantu

dalam proses perubatan. Bunga-bungaan ini adalah

yang biasa didapati di halaman rumah kita seperti

bunga wijayakusuma, bunga mawar, bunga kana,

bunga pukul empat, bunga rozel, bunga raya, bunga

kemboja, bunga teratai, bunga kenanga, bunga melati,

bunga tulip dan bunga matahari. Setiap satunya

dijelaskan dengan ringkas dan mudah difahami akan

keistimewaan yang ada pada bunga tersebut dari daun

hingga ke akarnya beserta dengan khasiat-khasiatnya,

kandungan kimia, dan cara penggunaan bunga-bunga

tersebut.

WAHID, DEWI MUSTOFIAH

Bunga-Bunga Di Sekitar Kita Kaya Dengan Ubatan Untuk Kesihatan : Kenali Dan Ketahui Manfaatnya Batu Caves, Selangor : Ar-

Risalah Product, 2012. 156ms.

ISBN 978-967-0268-36-1

Sari Pustaka Bil 3/2012 37

SINOPSIS BUKU

Buku ini menghimpunkan kisah-kisah benar dan lucu

berdasarkan pengalaman penulis sewaktu beliau

menjadi majistret di negeri Kelantan pada tahun 1986.

Ia bukan sekadar menjadi bahan hiburan kepada

pembaca, tetapi juga diselitkan dengan informasi dan

nasihat berguna untuk dijadikan iktibar yang boleh

diambil sebagai muhasabah diri. Kisah-kisah lucu dalam

buku ini mengandungi nilai dakwah dan tarbiah yang

tersirat dalam garapan penceritaannya. Terdapat 4 buah

kisah lucu yang dialami oleh beliau telah diceritakan

dalam buku ini. Ada di antara pengalaman ini turut

mencemaskan beliau hingga terpaksa menggunakan

pendekatan psikologi dalam menyelesaikannya.

Penggunaan gaya bahasa yang santai dan bersahaja

menjadikan buku ini sesuai dibaca oleh semua

golongan.

ZABIDI MOHAMED

Catatan Penglipur Lara Sang Majistret

Petaling Jaya : Galeri Ilmu, 2012. 255ms.

ISBN 978-983-097-374-6

Sari Pustaka Bil 3/2012 38

SINOPSIS BUKU

As in his last two books, Helming The Times and Najib’s

Answers, this book continues to touch on major topics

related to policies implemented by the government since

he became the Prime Minister. What sets this book

apart, however, is that he have chosen an innovative

writing approach by explaining each issues and

emphasising the significance of teamwork among civil

servants in implementing those policies. In short, it is

through this book that he hope to stimulate inspiration

and subsequently fire the enthusiasm of all civil servants

to stand up and change their mindset to become

innovative and creative in addition to realising the

aspiration of People First, Performance Now, under the

flag of the 1Malaysia Concept.

MOHD. NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK, DATO’

SRI The Civil Service : Forging Changes,

Exceeding Expectations Kuala Lumpur : Institut

Terjemahan Negara Malaysia, 2012. 105p.

ISBN 978-983-068-836-7

Sari Pustaka Bil 3/2012 39

SINOPSIS BUKU

Information and communication technology (ICT) has

become within a very short time, one of the basic pillars

in modern society. ICT has become a major factor in

shaping the new global economy and producing rapid

change in society. Within the past decades, new ICT

tools have fundamentally changed the way people

communicate and do business. This book is a collection

of academic papers on issues, challenges and

opportunities of ICT sector in Malaysia. It consist of

seven chapters, covering the following: outsourcing

practices in Malaysia; ICT practices among Malaysian

SMEs; e-procurement in Malaysia; perceived risk, trust,

anxiety and convenience of online purchase in Malaysia;

internet motivations of youths and their consequences;

knowledge management for disaster response; barriers

to e-business adoption in Malaysia SMEs.

ICT In Malaysia : Issues,

Challenges & Opportunities

Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti

Teknologi MARA, 2012. 154p.

ISBN 978-967-363-009-7

Sari Pustaka Bil 3/2012 40

SINOPSIS BUKU

Ilmu miqat atau ilmu mengenai waktu sebagai satu

cabang ilmu falak kurang dikenali oleh umat Islam

terutamanya golongan muda, tetapi golongan ini mula

meminati ilmu astronomi. Buku yang mengandungi 89

muka surat ini akan membawa pembaca memahami

dengan lebih jelas bagaimana setiap haribulan dalam

setiap tahun itu dihitung berpandukan kepada buruj

yang berada di langit. Begitu juga bagaimana untuk

menentukan waktu solat dalam Islam berpandukan

longitud bulan dan matahari dengan kaedah Rubu’

Mujayyab beserta pengiraannya. Begitu juga kaedah

hitungan Takwim Hijri yang dimulai dengan waktu

berlakunya ijtimak iaitu ‘kecondongan bulan pertama

dan kedua’ dan ‘jarak bulan dari garisan khatulistiwa’

serta untuk hitungan waktu matahari terbenam pula

menggunakan nilai ‘lengkungan separa siang’ yang

dirujuk dari waktu zohor. Kesemuanya dijelaskan secara

ringkas di dalam buku ini dengan olahan ayat yang

mudah difahami dan amat menarik untuk menambah

ilmu pengetahuan.

ABDUL RAHMAN SALLEH Ilmu Miqat : Hitungan Waktu Dan Takwim

Puchong, Selangor : Tinta Publishers, 2012. 89ms. ISBN 978-967-5123-20-7

Sari Pustaka Bil 3/2012 41

SINOPSIS BUKU

Buku ini merupakan kompilasi penulisan dan pembentang

persidangan oleh Datuk Dr. Abdul Monir Yaacob yang

merupakan antara tokoh perundangan Islam di Malaysia.

Buku ini mengandungi sebanyak tujuh buah artikel yang

kebanyakan adalah kertas kerja yang telah dibentang dalam

seminar di dalam dan luar negara. Terdapat dua bahagian

utama di dalam buku ini iaitu mengenai perkembangan

undang-undang di Malaysia sebelum dan selepas

kedatangan Inggeris dan analisis mengenai isu pertukaran

agama dari perspektif hukum syarak dan undang-undang.

Buku ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada

pembaca mengenai perkembangan perundangan di

Malaysia dan pada masa yang sama memberikan huraian

mengenai isu keluar dari agama Islam (murtad). Melalui

pembacaan buku ini, pembaca akan dapat memberi

penilaian yang sewajarnya kepada kedudukan Islam dalam

masyarakat secara objektifnya.

ABDUL MONIR YAACOB,

DATO’ Islam Dan Kebebasan

Beragama Menurut Perlembagaan Persekutuan

Kuala Lumpur : Techknowlogic Trading,

2012. 167ms. ISBN 978-967-10419-1-8

Sari Pustaka Bil 3/2012 42

SINOPSIS BUKU

Ruqyah adalah rawatan penyembuhan dengan

menggunakan ayat-ayat al-Quran dan mengikut

ketetapan Islam tanpa menggunakan bahan-bahan

yang meragukan. Terdapat beberapa langkah dan

kaedah penting yang mesti dikuasai dengan baik

sebelum melakukan beberapa terapi terhadap sesuatu

penyakit. Kandungan buku ini juga turut menjelaskan

beberapa ayat-ayat al-Quran, zikir dan wirid serta waktu

atau masa yang sesuai dibaca kepada orang yang

ditimpa sesuatu penyakit. Tidak perlu menggunakan

bomoh atau jin atau seumpamanya untuk meminta

bantuan dalam proses perubatan sesuatu penyakit.

Sesuai dibaca oleh semua masyarakat untuk dijadikan

panduan supaya tidak menyeleweng dari landasan

Islam apabila memohon penyembuhan dari sebarang

penyakit.

AS-SADHAN ABDULLAH

MUHAMMAD Keajaiban Ruqyah Dalam Menyembuhkan Sesuatu

Penyakit Batu Caves, Selangor : Al-

Hidayah House of Publishers, 2012. 211ms. ISBN 978-967-0465-13-5

Sari Pustaka Bil 3/2012 43

SINOPSIS BUKU

Setiap manusia akan menghadapi reaksi emosi kerana ia

adalah perkara lumrah ketika menghadapi suatu keadaan

yang tidak selesa. Keadaan ini dikatakan sebagai

keresahan dikenali juga kecelaruan yang boleh membawa

kemudaratan sekiranya tidak ditangani atau dikawal.

Perbincangan yang dibawa oleh penulis kepada pembaca

dalam buku ini akan dapat membantu untuk memahami

penyakit dan cara untuk merawat keresahan tersebut.

Penjelasan yang separa ilmiah dan tidak terlalu teknikal

memudahkan pembaca untuk memahami isi kandungan

buku ini. Turut ditampilkan mengenai teori asas, punca

dan jenis penyakit serta rawatan yang perlu diketahui oleh

semua orang supaya masyarakat dapat mengetahui

seterusnya membantu sesiapa sahaja yang menghadapi

keadaan tersebut. Tidak semua penyakit dirawat dengan

memakan ubat-ubatan kerana kadangkala ubat-ubatan

hanya dapat melegakan penyakit dalam masa tertentu

tetapi rawatan rohani atau jiwa dan emosi dapat

menghilang penyakit.

HATTA SIDI Keresahan : Penyakit &

Rawatan Bangi, Selangor : Penerbit

UKM, 2012. 175ms. ISBN 978-967-412-053-5

Sari Pustaka Bil 3/2012 44

SINOPSIS BUKU

Buku ini mengumpulkan semua spesis mamalia yang

terdapat di Semenanjung Malaysia dan diterangkan

dalam bahasa Melayu. Ia mengandungi ilustrasi gambar

berwarna dan disokong dengan pengetahuan dasar

penulis tentang hidupan liar di seluruh negara. Buku ini

turut menyertakan maklumat tambahan berkaitan

ekologi, taksonomi dan taburan spesis tersebut hasil

dari pengalaman beliau yng diambil dari kajian

lapangan. Penyebaran pengetahuan mengenai hidupan

liar akan meningkatkan tahap kesedaran tentang

kepentingan memelihara dan mengekalkan habitat yang

menjadi tempat bergantung hidupan liar. Pemeliharaan

hidupan liar dan habitat untuk jangka masa panjang

seharusnya dilakukan melalui pendidikan masyarakat

dan golongan muda, terutamanya penduduk di kawasan

luar bandar. Ia penting bagi merangsang kepada usaha

konservasi dalam mengekalkan biodiversiti dan

merendahkan kadar kepupusan akibat kemusnahan

habitat.

MOHD. MOMIN KHAN Khazanah Mamalia

Semenanjung Malaysia : Panduan Bergambar

Puchong, Selangor : Tinta Publishers, 2012. 205ms. ISBN 978-967-5123-36-8

Sari Pustaka Bil 3/2012 45

SINOPSIS BUKU

Dalam kehidupan seharian, remaja perlu berkomunikasi

dan berinteraksi untuk berkongsi idea atau maklumat

sama ada secara individu atau berkumpulan. Komunikasi

yang berkesan dapat dilihat melalui kebolehan dan

kemampuan menguasai pelbagai kemahiran untuk

menyampaikan sesuatu maklumat kepada orang lain.

Buku ini mengandungi persoalan tentang definisi

komunikasi, proses komunikasi serta jenis-jenis

komunikasi. Turut dibincangkan juga tentang halangan-

halangan dalam komunikasi yang meliputi masalah diri

dan persekitaran, pengirim dan penerima, dan

sebagainya. Aspek penting ke arah komunikasi juga turut

dibincangkan. Panduan komunikasi dan etika komunikasi

juga turut dimuatkan di dalam buku ini yang disokong

dengan fakta, contoh, pandangan dan pendapat. Buku ini

sesuai dijadikan bahan bacaan untuk semua lapisan

masyarakat.

JUMALI HJ SELAMAT, KHAIDZIR HJ ISMAIL &

SHAHARUDDIN HJ AHMAD

Komunikasi Berkesan : Aplikasi Untuk Remaja

Bangi, Selangor : Penerbit UKM, 2012.155ms.

ISBN 978-967-412-006-1

Sari Pustaka Bil 3/2012 46

SINOPSIS BUKU

The main of this book is to highlight the issues of

learning organization and organizational learning and

how organizational learning is measured whereby

deeper knowledge is applied to improve the performance

of the organization. This book incorporates the concept

by providing an empirical evidence of selected

experiences conducted in the field of university libraries

in different environments. This book is divided into six

chapter and can be used as a guide by library staff and

professionals to acquaint them with the needed skills so

as to become key players in building the learning

organization. Its guide library professionals in

understanding the essential components that comprise

the learning organizations.

NORLIYA AHMAD KASSIM

AND KHALED ATEIK SAEED ABDULLAH

Learning Organizations In Libraries : Experiences In

Malaysia And Yemen Shah Alam : Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), 2012. 117p.

ISBN 978-967-363-354-8

Sari Pustaka Bil 3/2012 47

SINOPSIS BUKU

Buku ini menyingkap kebenaran dan membersihkan

nama tokoh Alexander sebagai Raja Zulqarnain atau

Iskandar Zulqarnain. Selama ini kita dihidangkan

dengan elemen-elemen peribadi yang buruk Alexander

oleh para penulis Barat. Novel ini penuh dengan

pengembaraan, peperangan serta penekanan mengenai

kepercayaan Tuhan Yang Esa. Peluasan empayar

dilakukan secara tolak ansur oleh Iskandar Zulqarnain.

Bahkan turut menghormati kepercayaan manusia lain

terhadap tuhan, iaitu dengan konsep tiada paksaan

dalam beragama. Selain itu, tawanan perang pula

dilayan dengan baik. Namun begitu, pengkhianat harus

dihadapi dan diuruskan dengan keras. Rumah ibadat

anutan lain tidak dirosakkan, malah dibina semula bagi

tujuan ibadat para penganutnya. Apa yang menarik

mengenai novel ini ia ditunjangi oleh watak iaitu Zamri

dan Zainal yang mewakili golongan pelajar universiti.

Mereka berusaha menyelongkar kisah Iskandar

Zulqarnain di sebalik hijab manusia abad ini.

Kewujudan bukti dan penghujahan fakta berdasarkan

surah al-Kahfi sungguh baik. Dengan bukti tersebut, ia

mampu mencelikkan minda yang dikaburi pendustaan

oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

WEB SUTERA Macedonia : Alexander

Agung Petaling Jaya : Galeri Ilmu,

2012. 469ms. ISBN 978-983-097-360-9

Sari Pustaka Bil 3/2012 48

SINOPSIS BUKU

Kita seringkali mendengar ungkapan ini, kita adalah apa

yang kita makan. Setiap hari kita makan dan minum, tetapi

bukan untuk tujuan kenyang semata-mata. Sebenarnya,

apa yang lebih penting adalah khasiat daripada apa yang

telah kita makan dan minum. Makanan mampu menjadi

ubat dan berupaya menyembuhkan penyakit. Penyakit

kronik umpamanya boleh dirawat sekiranya menjaga dan

mengawal pengambilan makanan yang tertentu. Pola

pemakanan juga perlu diubah bagi memastikan makanan

yang diambil berkhasiat dan berguna kepada sistem tubuh

badan. Makanan juga boleh mendatangkan penyakit

sekiranya pengambilannya dibuat secara berlebihan serta

memudaratkan apabila ia dimakan tanpa kawalan. Buku

ini mengetengah sejumlah resepi yang sihat untuk para

pembaca. Resepi-resepi yang diberikan juga mudah

dibuat sendiri, yang paling penting bahan dan ramuan

digunakan mudah didapati. Khasiat yang terkandung di

dalam setiap resepi juga diberikan beserta nilai nutrisi yang

diwakili. Pembaca boleh menyediakan menu-menu sihat

lagi berkhasiat untuk seisi keluarga.

SRI TITIN SYAHADATINA Makanan Dan Minuman Untuk Menyembuhkan

Pelbagai Penyakit Batu Caves, Selangor : Ar-

Risalah Product, 2012. 200ms.

ISBN 978-967-0268-37-8

Sari Pustaka Bil 3/2012 49

SINOPSIS BUKU

Buku ini merupakan luahan sanubari, kata-kata,

ungkapan suara dan pancaran perspektif masyarakat

Penan tentang impian pembangunan mereka yang

dipetik dari pelbagai lapisan hidup warga peribumi yang

terpinggir dalam konteks negara-bangsa Malaysia. Di

dalam buku ini juga dimuatkan garapan falsafah kaum

Penan yang dibawa dengan penuh metafora dan puitis.

Himpunan naratif keterpinggiran dan jati diri yang

terkandung di dalam buku ini mengungkapkan konsep

pembangunan alternatif dan ilmu pengetahuan mampan

kaum Penan. Ianya berpaksikan pengalaman harian

mereka, sebagai satu kritikan terhadap penjajah

pembangunan ‘ala pembalakan’ yang ganas melanda

dan memusnahkan landskap ekologi dan komuniti adat

kaum Penan.

Masyarakat Penan Dan Impian Pembangunan : Satu Himpunan Naratif

Keterpinggiran Dan Jatidiri

Petaling Jaya : Strategic Information and Research

Development Centre (SIRD), 2012. 187ms.

ISBN 978-967-5832-52-9

Sari Pustaka Bil 3/2012 50

SINOPSIS BUKU

This is a relevant book on how to manage a university which

has been articulated through a set of maxims. In the context

of university governance, the use of ‘maxims’ very aptly

describes a set of rules for sensible behaviour of a university

leaders. The maxims cover an array if topics ranging from

desired behaviour like exercising judicious use of power and

influence, to salient styles of the extraordinary leaders which

are the directive, paticipative and delegative styles. What is

unique about this book is that universal concepts of

leadership are brought down to the university ground echoing

real lifetime experiences. The are huge cultural differences

and practices between universities, especially between those

from the west and Malaysian universities. The Maxims

outlined in this book provide rich insights into the leadership

issues a higher education while also providing tried and true

details of the “actions” required in handling these issues. The

maxims also provide a wide range of perspectives that

encompasses the management, associates in leadership,

staff, students and stakeholders.

SAHOL HAMID ABU BAKAR

Maxims Of University Leadership

Shah Alam : Pusat Penerbitan Universiti,

Universiti Teknologi MARA, 2012. 232p.

ISBN 978-967-363-357-9

Sari Pustaka Bil 3/2012 51

SINOPSIS BUKU

Buku ini mengupas cabaran dan hala tuju rakyat Malaysia

dalam membina identiti sebagai sebuah bangsa daripada

pelbagai aspek kenegaraan merangkumi enam perspektif

yang berlainan iaitu perundangan dan hak asasi manusia,

media dan teknologi maklumat, ekonomi, seni budaya,

kepimpinan remaja dan modal insan. Hasil gabungan

enam penulis akademik dan bukan akademik, buku ini

merupakan satu usaha untuk merapatkan jurang

komunikasi antara dua segmen masyarakat tersebut.

Adalah diharap melalui isu dan idea yang dibincangkan di

dalam buku ini akan dapat mencetuskan perbahasan yang

sihat dan konstruktif untuk memajukan negara dan

membina bangsa Malaysia kerana cabarannya yang jauh

lebih hebat di era globalisasi masa kini.

Membina Bangsa Malaysia

Petaling Jaya : Strategic Information and Research

Development Centre (SIRD), 2012. 199ms.

ISBN 978-967-5832-46-8

Sari Pustaka Bil 3/2012 52

SINOPSIS BUKU

Secara umumnya, jumlah umat Islam di dunia ini

mencecah lebih satu billion, sedangkan golongan Yahudi

hanya seramai enam belas juta. Walau bagaimanapun,

dengan jumlah yang sedikit, golongan Yahudi masih

mampu bertahan, malah pencapaiannya mampu

mewarnai peradaban dunia. Buku ini menerangkan faktor

kejayaan golongan Yahudi ini serta cara untuk

mengalahkan mereka. Tujuan utama penghasilan buku

ini adalah sebagai muhasabah dan motivasi agar seluruh

umat Islam, terutamanya para generasi muda untuk

bangkit menongkah arus globalisasi yang semakin

menindas agama Islam. Buku ini juga mengajak

pembaca mengimbas kembali kejayaan yang pernah

dilakar oleh tamadun Islam yang membuktikan bahawa

umat Islam pernah membina tamadun yang ulung dan

mampu menandingi kaum Yahudi untuk menjadi

golongan yang berjaya.

TOTO TASMARA Mengapa Yahudi

Berprestasi Kuala Lumpur : Inteam

Pub., 2012. 200ms. ISBN 978-967-0326-28-3

Sari Pustaka Bil 3/2012 53

SINOPSIS BUKU

Buku ini dapat membantu pembaca mendapat latihan

berfikir secara kritis dan kreatif bagi membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Seterusnya

mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran berfikir secara lebih praktik dengan

menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan

inovatif. Latihan berfikir dapat mengatasi kesilapan

berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.

Pengaruh minda, akal dan otak amat berkait rapat

dalam kejayaan seseorang menjadi lebih kritis dan

kreatif. Kemahiran berfikir membolehkan manusia

bersikap terbuka dalam menerima dan memberi

pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah,

membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti,

serta berani memberi pandangan dan kritikan. Setiap

masalah yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya.

Oleh itu, kita harus memikirkan dan mengambil langkah

bijak bagi mengatasi masalah tersebut. Terpulang

kepada individu untuk memilih bentuk-bentuk

penyelesaian masalah secara saintifik, secara

kritis/logik, secara kreatif/lateral mahupun secara Islam.

Individu boleh memilih penyelesaian masalah melalui

emosi, rohani, intuitif, pemikiran reflektif ataupun melalui

pengalaman lalu.

NASARUDDIN YUNOS, ABDUL SALAM YUSOFF DAN MOHAMAD MOHSIN

MOHAMAD SAID Menjana Pemikiran

Kreatif & Kritis Kuala Lumpur : Utusan

Publications & Distributors, 2012. 294ms.

ISBN 978-967-61-2555-2

Sari Pustaka Bil 3/2012 54

SINOPSIS BUKU

Sukan badminton sentiasa mendapat tempat istimewa

dalam hati rakyat Malaysia. Secara tidak langsung,

kepopularan sukan ini telah menyumbang kepada

penghasilan pemain-pemain bertaraf dunia di Malaysia.

Buku ini merupakan autobiografi Dato’ Lee Chong Wei

yang telah mengukir kejayaan yang mengkagumkan

dalam sejarah sukan negara dengan penampilan

sebagai pemain nombor 1 dunia sejak tahun 2008.

Meskipun telah bertaraf nombor 1 di dunia serta berada

di kemuncak sukan badminton, beliau sentiasa

berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri dengan

berusaha gigih saban hari untuk membaharui setiap

rekod yang ditetapkan beliau sendiri. Buku ini turut

memaparkan gambar foto beliau sewaktu kecil, bersama

keluarga, pingat-pingat yang telah dimenangi dan ketika

mewakili Malaysia di luar negara. Buku ini menyelitkan

informasi mengenai pencapaian beliau selama ini serta

cara pengiraan mata dalam sukan badminton.

LEE, CHONG WEI, DATUK

Menjulang Kejuaraan Puchong, Selangor : Bukuganda Digital &

Publication, 2012. 213ms. ISBN 978-967-10843-4-2

Sari Pustaka Bil 3/2012 55

SINOPSIS BUKU

Susu ibu merupakan sumber makanan yang terbaik

untuk bayi. Ia mempunyai nilai nutrisi yang seimbang

selain meningkatkan hubungan emosional dan spiritual

di antara ibu dan bayi. Walau bagaimanapun, timbul

kerisauan di kalangan para ibu tentang diet untuk

menghasilkan susu ibu bagi menjamin pengeluaran susu

adalah lancar dan menghasilkan susu yang berkualiti

untuk bayi. Bekalan menu yang cukup kandungan

vitamin dan nutrisinya diharap mampu menyediakan

bahan untuk proses metabolism yang boleh

menghasilkan tenaga. Bagi sesetengah mereka, agak

terhad pilihan menu makanan yang sesuai bagi kaum

ibu yang menyusukan anak. Oleh yang demikian, buku

ini menyediakan variasi menu sihat dan sesuai untuk

para ibu yang sedang menyusukan anak yang bertujuan

untuk meningkatkan pengeluaran susu badan sekaligus

menjaga diri daripada susu berkurangan.

WINARIS, IMAM WAHYU

Menu Untuk Ibu Menyusukan Anak

Batu Caves, Selangor : Ar-Risalah Product, 2012.

82ms. ISBN 978-967-0268-18-7

Sari Pustaka Bil 3/2012 56

SINOPSIS BUKU

One of the important things in learning process is

reading and writing especially for children. An important

role parents need their skill in teaching children to read

and write. This book can give some practical ideas and

guidelines, step by step to parents and educators on

how to prompt children to read and write at an early age

and inculcate reading habit among their kids. Author

also stated how to build up the vocabulary and

imagination of their children. Writing description and

good essay to make a short story related to an

environment and the imagination suitable for their age.

Readers from all levels are encouraged to read this book

especially parents and educators.

WEE, ROSELIND Motivating Your Child To

Read And Write Shah Alam : Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), 2012. 98p.

ISBN 978-967-363-207-7

Sari Pustaka Bil 3/2012 57

SINOPSIS BUKU

Buku ini merupakan himpunan penulisan mengenai

Sasterawan Negara Dato’ A. Samad Said yang

dihasilkan oleh 30 orang penulis dari pelbagai status dan

latar belakang kehidupan. Penulis-penulis ini berkongsi

pengalaman serta rasa hati mereka menerusi tulisan dan

puisi sepanjang berurusan dengan beliau sama ada

secara langsung atau tidak langsung. Antara tulisan yang

dipilih telah dihasilkan oleh Mior Hashim Manap,

Pyanhabib, U-Wei Saari, Ku Seman Ku Hussain, Sani

Sudin dan beberapa tokoh dalam bidang sastera yang

lain. Mereka ini telah menjadikan Dato’ A. Samad Said

sebagai inspirasi dalam bidang penulisan disebabkan

keperibadian dan kesungguhan beliau dalam

memartabatkan sastera Melayu di negara ini. Menerusi

buku ini, pembaca berpeluang merasai pengalaman dan

perjalanan seorang penulis yang mewakili suara

masyarakat.

Pak Samad : Di Mata Kami

Kuala Lumpur : Institut Terjemahan & Buku

Malaysia, 2012. 188ms. ISBN 978-983-068-873-2

Sari Pustaka Bil 3/2012 58

SINOPSIS BUKU

Pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi

(TMK) dalam pendidikan merupakan sebuah cabaran

yang nyata dan fakta. Justeru, buku ini telah

menekankan kepentingan TMK dalam pendidikan yang

merujuk kepada pendidikan di Indonesia. TMK

khususnya internet telah banyak digunakan sebagai

sumber maklumat untuk menyokong aktiviti pendidikan

kerana ianya telah memudahkan pelajar dan pendidik

untuk mengakses maklumat dan pengetahuan. Panduan

penggunaan TMK juga telah diterangkan di dalam buku

ini. Penggunaan TMK dalam pendidikan berkembang

melalui 3 tahap iaitu penggunaan audio visual aid,

bahan-bahan untuk menjalankan program dan

penggunaan komputer dalam pendidikan. Buku ini juga

turut mengupas mengenai kepentingan teknologi pada

era globalisasi masa kini serta halangan-halangan yang

biasanya berlaku di dalam aplikasi TMK.

JAMAL MA’MUR ASMANI Panduan Memanfaatkan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Dunia

Pendidikan Batu Caves, Selangor : Ar-

Risalah Product, 2012. 329ms.

ISBN 978-967-0268-43-9

Sari Pustaka Bil 3/2012 59

SINOPSIS BUKU

Genius adalah sifat kepintaran yang luar biasa dan

semua orang berpotensi memiliki anugerah ini. Namun

ia boleh dipupuk melalui strategi pembelajaran

menggunakan peta minda dan cara menghafal yang

disyorkan di dalam buku ini. Buku ini terbahagi kepada

tiga bahagian iaitu hebatnya kuasa percaya dan kenal

kehebatan diri untuk menjadi murid genius; teknik dan

kemahiran belajar murid genius; dan teknik dan

kemahiran pengurusan diri. Buku ini menyediakan

teknik yang diajar untuk memudahkan pelajar

mengingati fakta-fakta penting di dalam pelajaran.

Dengan menggunakan otak kiri dan kanan secara

optimum serta mengamalkan tip-tip yang diberikan di

dalam buku ini, seorang pelajar biasa juga boleh

menjadi genius.

MOHD KAMIL IDRIS

Rahsia Jadi Genius Di Sekolah Rendah

Shah Alam : Grup Buku Karangkraf (Alaf 21), 2012.

224ms. ISBN 978-983-124-764-8

Sari Pustaka Bil 3/2012 60

SINOPSIS BUKU

Otak merupakan organ tubuh yang paling kompleks dimiliki

oleh manusia yang memiliki berat sekitar 1.5kg atau 2% dari

berat badan manusia. Otak adalah antara organ manusia

yang terpenting selain jantung. Tanpa akal yang sihat dan

waras, otak tidak mampu berfungsi dengan sempurna dan ini

amat besar pengaruhnya terhadap perlakuan dan peribadi

seseorang. Buku ini mengandungi 7 bab yang

membincangkan tentang otak manusia dan juga sedikit

maklumat mengenai otak haiwan. Isu utama yang

diketengahkan adalah tentang perbezaan di antara otak lelaki

dan wanita. Terdapat perbezaan nyata dalam kecenderungan,

kemahiran dan pemikiran di antara lelaki dan wanita. Secara

umumnya otak terdiri dari 2 jenis tisu berbeza iaitu

penghubung kelabu dan penghubung putih. Otak lelaki lebih

banyak memiliki jaringan penghubung putih manakala wanita

memiliki lebih banyak jaringan penghubung kelabu. Melalui

pembacaan buku ini akan dapat memberikan gambaran

sebenar tentang otak serta bahagian-bahagian penting yang

terdapat pada otak.

MUHAMMAD, AS’ADI Rahsia Perbezaan Otak Lelaki Dan Otak Wanita

Batu Caves, Selangor : Al-Risalah Product, 2011.

158ms. ISBN 978-967-0268-46-0

Sari Pustaka Bil 3/2012 61

SINOPSIS BUKU

Ibadah merupakan satu kaitan yang amat penting

kepada umat Islam. Di dalam rukun Islam telah

digariskan empat perkara utama selepas mengucap dua

kalimah syahadah iaitu solat, puasa, zakat dan haji

untuk diikuti. Kesemua ini adalah ibadah. Ibadah ini

dilaksanakan dengan kemudahan dan kelapangan,

bukan atas kesusahan dan kesulitan. Ianya perlu

dilaksanakan oleh batas-batas kemampuan manusia

biasa. Justeru, rukhsah dan azimah dibincangkan di

dalam buku ini bagi memberikan ilmu dan pilihan

kepada umat Islam menjalani ibadah. Rukhsah ialah

suatu pengecualian dari hukum yang telah ditetapkan

secara asasi disebabkan adanya uzur yang sangat

mendesak. Azimah merupakan prinsip lawan kepada

rukhsah iaitu apa yang disyariatkan oleh Allah secara

asasi, namun tidak menolak akan adanya keringanan

terhadap kewajipan selama itu disebabkan oleh uzur

yang sangat mendesak. Sebagai contoh, dalam solat

sendiri telah diringankan beban ibadah apabila berlaku

perkara berikut seperti musafir, sakit, pelupa,

ketidaktahuan, kesukaran, terpaksa dan lemah atau

punya sifat kekurangan.

Rukhshah & Azimah Dalam Solat

Batu Caves, Selangor : Crescent News, 2012.

230ms. ISBN 978-967-409-019-7

Sari Pustaka Bil 3/2012 62

SINOPSIS BUKU

Buku ini membincangkan teknik-teknik permainan sukan

skuasy melalui program Kejurulatihan Asas Skuasy

Akademi Skuasy Azlan Iskandar (AISA). AISA

ditubuhkan dengan objektif mempromosi permainan

skuasy yang kompeten sebanyak mungkin untuk

mengisi masa lapang serta menggalakkan penyertaan

aktif dalam bidang sukan sekaligus memberikan gaya

hidup yang sihat. Masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai lapisan umur dapat mengetahui dan

memahami permainan skuasy melalui maklumat yang

terdapat di dalam buku ini. Ia memberi penerangan

kepada bakal pelajar asas-asas skuasy dan pada masa

yang sama menyediakan peluang praktikal kepada

pemain baru untuk memulakan persediaan. Pelbagai

teknik yang dibincangkan untuk memahirkan diri

bermain skuasy. Antaranya, mempelajari peraturan

permainan, memahami hantaran biasa skuasy,

menunjukkan hantaran biasa skuasy, mengetahui dan

mengamalkan beberapa teknik asas sukan skuasy.

Gambar-gambar berkaitan dengan teknik permainan

yang betul juga disertakan.

MOHAMAD AZLAN ISKANDAR

Teknik & Peraturan Asas Skuasy

Petaling Jaya : Penerbit Wawasan Nusa (M), 2012.

53ms. ISBN 978-967-5945-13-7

Sari Pustaka Bil 3/2012 63