ulasan artikel

4
Kejayaan di dalam sesuatu pertandingan pada umumnya adalah hasil dari perancangan, kerja keras, dan komitmen, serta corak latihan yang sistematik bagi seseorang atlit. Semua atlit yang ingin berjaya pastinya mempunyai program pelatihan jangka panjang yang dirancang dengan baik dalam jangka masa beberapa tahun. Ia adalah melibatkan satu proses dari latihan progresif berulang kali untuk meningkatkan potensi untuk pencapaian ke tahap maksimum. Untuk atlit, program pelatihan jangka panjang merupakan suatu komponen terpenting agar mereka dapat menuju ke arah keunggulan prestasi mereka. Walaupun banyak jurulatih yang komited pada perancangan program pelatihan bermusim, namun adalah penting untuk menggabungkan pendekatan jangka pendek dan perancangan untuk pengembangan atlit bagi jangka masa panjang. Sesuai dengan tuntutan semasa, penghasilan seseorang atlit harus bermula dari zaman kanak-kanak, dipupuk dan dibimbing secara konsisten dan bersistematik untuk menghasilkan seorang atlet yang unggul pada masa hadapan. Realiti pada masa ini, terdapat begitu banyak program untuk atlet kanak-kanak. Malangnya ia dicipta dengan meniru program atlet elit yang sedia ada. Kebanyakan program-program yang ada sering ditiru secara terus, tanpa mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan seseorang atlet muda . Lebih malang lagi kebanyakan jurulatih yang ada di Malaysia yang mengendalikan program-program sukan untuk atlet muda ini juga tidak begitu mempunyai latar belakang dan pengetahuan tentang biologi kanak- kanak dan kita juga tidak mempunyai manual pengurusan atlet muda yang lengkap dan konsisten dari peringkat kebangsaan sebagai panduan ataupun rujukan. Di dalam usaha untuk mencapai hasil yang cepat, jurulatih akan mencorakkan atlet dengan pelatihan yang sangat intensif dan spesifik tanpa menggunakan pendekatan dan kaedah yang lebih sesuai dengan usia atlet muda yang cuba diketengahkan. Ini adalah seperti usaha untuk membina sebuah bangunan bertingkat yang memiliki dasar ataupun tapak yang lemah dan akhirnya akan menyebabkan bangunan tersebut runtuh. Ia juga mendorong ke arah pengembangan secara negatif terhadap tumbesaran otot dan fungsi organ tubuh. Seterusnya mengganggu keseimbangan biologi dan perkembangan fizikal atlet muda yang harmonis, yang merupakan prasyarat

Upload: amirrudin-ismail

Post on 01-Oct-2015

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

atlit dan bebanan serta tekanan terhadap mereka

TRANSCRIPT

Kejayaan di dalam sesuatu pertandingan pada umumnya adalah hasil dari perancangan, kerja keras, dan komitmen, serta corak latihan yang sistematik bagi seseorang atlit. Semua atlit yang ingin berjaya pastinya mempunyai program pelatihan jangka panjang yang dirancang dengan baik dalam jangka masa beberapa tahun. Ia adalah melibatkan satu proses dari latihan progresif berulang kali untuk meningkatkan potensi untuk pencapaian ke tahap maksimum. Untuk atlit, program pelatihan jangka panjang merupakan suatu komponen terpenting agar mereka dapat menuju ke arah keunggulan prestasi mereka.Walaupun banyak jurulatih yang komited pada perancangan program pelatihan bermusim, namun adalah penting untuk menggabungkan pendekatan jangka pendek dan perancangan untuk pengembangan atlit bagi jangka masa panjang. Sesuai dengan tuntutan semasa, penghasilan seseorang atlit harus bermula dari zaman kanak-kanak, dipupuk dan dibimbing secara konsisten dan bersistematik untuk menghasilkan seorang atlet yang unggul pada masa hadapan.Realiti pada masa ini, terdapat begitu banyak program untuk atlet kanak-kanak. Malangnya ia dicipta dengan meniru program atlet elit yang sedia ada. Kebanyakan program-program yang ada sering ditiru secara terus, tanpa mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan seseorang atlet muda . Lebih malang lagi kebanyakan jurulatih yang ada di Malaysia yang mengendalikan program-program sukan untuk atlet muda ini juga tidak begitu mempunyai latar belakang dan pengetahuan tentang biologi kanak-kanak dan kita juga tidak mempunyai manual pengurusan atlet muda yang lengkap dan konsisten dari peringkat kebangsaan sebagai panduan ataupun rujukan. Di dalam usaha untuk mencapai hasil yang cepat, jurulatih akan mencorakkan atlet dengan pelatihan yang sangat intensif dan spesifik tanpa menggunakan pendekatan dan kaedah yang lebih sesuai dengan usia atlet muda yang cuba diketengahkan. Ini adalah seperti usaha untuk membina sebuah bangunan bertingkat yang memiliki dasar ataupun tapak yang lemah dan akhirnya akan menyebabkan bangunan tersebut runtuh. Ia juga mendorong ke arah pengembangan secara negatif terhadap tumbesaran otot dan fungsi organ tubuh. Seterusnya mengganggu keseimbangan biologi dan perkembangan fizikal atlet muda yang harmonis, yang merupakan prasyarat utama dalam menghasilkan atlet melalui kematangan fizikal dan kesejahteraan kesihatan seseorang atlet. Keberkesanan dalam latihan banyak bergantung kepada kesediaan fisiologi seseorang atlet terutama sekali atlet-atlet muda. Sebelum akil baligh, atlet muda adalah kurang bersedia secara fisiologi untuk menerima latihan secara optimum. Banyak komponen kecergasan seperti kekuatan dan daya tahan otot bergantung kepada kematangan saraf otot dan saiz otot untuk bertindak balas ke atas stimulus latihan. Oleh itu latihan yang lebih lasak harus ditangguhkan sehingga perkembangan fisiologi atlet-atlet muda mencapai kemampuan yang lebih mantapDalam jangka panjang, kaedah latihan yang tidak dirancang dengan sistematik dan berfokus juga akan mengakibatkan berlakunya kelelahan otot yang berlebihan (burnout) dan lebihan latihan (overtraining) yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada atlet-atlet muda yang sedang dibentuk. Jenis latihan yang dilakukan haruslah berkaitan dengan hasil latihan yang diharapkan. Latihan khusus akan mendatangkan hasil latihan yang khusus. Peningkatan prestasi adalah paling berkesan sekiranya latihan dilakukan mengikut pengkhususan yang diperlukan dalam aktiviti yang hendak dilakukan. Pengkhususan melibatkan 4 perkara iaitu, jenis aktiviti yang dipilih, sistem tenaga yang diperlukan (aerobik atau anaerobik), kumpulan otot yang terlibat, dan pergerakan sendi yang berkaitan dalam aktivit tersebut.Program sukan untuk atlet muda juga dalam jangka panjang akan dapat mempengaruhi motivasi atlet yang terlibat. Ini adalah disebabkan program yang dibina untuk atlet terlibat penuh dengan tekanan, membosankan, dan menyebabkan mereka kekurangan waktu untuk bermain dan bersosial. Ini akan mengakibatkan sebilangan atlet muda berhenti/ meninggalkan sukan yang mereka ceburi sebelum mengalami pematangan psikologi dan fisiologi. Maka akhirnya atlet yang dibimbing tidak menemukan titik kecemerlangan yang dicari dalam dirinya. Kekurangan aktiviti sosial yang sihat antara ahli keluarga juga memberikan impak yang sangat besar dalam diri seseorang atlet. Mereka akan merasakan diri mereka tersisih dari keluarga kerana jadual latihan yang padat dan memungkinkan terjadinya sindrom kemurungan.

Sepanjang proses pembentukan seseorang atlet itu akan menjalani beribu-ribu jam latihan dan menyelesaikan corak latihan yang kompleks untuk mengembangkan kemampuan mereka. Jika program yang dibentuk tidak diawasi dengan teliti, kebanyakan atlet akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi tekanan fizikal dan psikologi. Justeru itu adalah penting bagi seseorang jurulatih untuk melaksanakan corak latihan yang berbeza dalam program . Ia secara tidak langsung dapat membantu atlet muda yang sedang dibentuk untuk mengembangkan kemampuan baru, tetapi juga berfungsi untuk mencegah dan menghindari rasa kebosanan dan terjadinya kelelahan (burnout) kepada mereka. Jurulatih yang kreatif akan menyertakan berbagai variasi ke dalam program latihannya. Hasilnya atlet akan menjadi lebih bermotivasi tinggi dan mengelakkan terjadinya lebihan latihan (over training) terutamanya kepada atlet-atlet muda. Latihan yang berkesan melibatkan haruslah melibatkan kepelbagaian aktiviti untuk mengelakkan kebosanan serta dapat mengekalkan minat atlet. Kepelbagaian melibatkan beberapa konsep latihan yang penting seperti manipulasi tempoh masa kerja dengan tempoh masa rehat, latihan berat dengan latihan ringan serta kitaran latihan yang pelbagai. Kegagalan untuk mempelbagaikan aktiviti latihan akan menyebabkan berlakunya rencatan dalam perkembangan prestasi atlet. Pembangunan prestasi seseorang atlet bukan satu proses yang dapat dijalankan dalam satu tempoh masa yang singkat. Penguasaan kemahiran, pembelajaran strategi dalam sukan dan proses adaptasi kepada latihan memerlukan satu jangka masa yang agak lama. Latihan yang terlalu berat serta terlalu awal akan menyebabkan sindrom overtraining (burnout) dari segi mental dan fisiologi.

Jurulatih juga berperanan untuk membantu membina perkembangan holistik seseorang atlit supaya melalui kemahiran tersebut ia akan dapat membantu atlit selepas menamatkan kerjaya sukannya. Aspek-aspek seperti pengurusan kesihatan, komunikasi, kaedah membuat keputusan, pengurusan masa, organisasi, pengurusan kewangan, perancangan kerjaya serta amalan agama tidak boleh diabaikan. Selain daripada pembangunan kemahiran hidup, atlit-atlit muda perlu digalakkan dan didedahkan dengan aspek-aspek teori latihan. Atlit perlu membina kefahaman asas dalam perkara-perkara seperti anatomi, perkembangan dan pertumbuhan pemakanan, pembelajaran kemahiran, kaedah latihan, perubatan sukan, keselamatan dan pengurusan tekanan. Usaha mereka membentuk suatu program latihan holistik bukanlah mudah. Bagaimanapun kita perlu mengasaskan suatu sukan yang memenuhi keperluan holistik atlit.

Sebagai kesimpulannya, kanak-kanak dan remaja perlu melalui ribuan jam untuk berlatih. Sesetengah senaman dan latih tubi kadang kala perlu dilakukan beribu kali, dengan itu program latihan perlu dipantau dan dipelbagaikan bagi mengurangkan tekanan fizikal dan psikologi. Dalam sukan-sukan berpasukan, atlit lazimnya boleh didedahkan dengan kaedah latihan dan Iatih tubi yang pelbagai untuk mengatasi masalah kebosanan. Di samping itu, penekanan terhadap prinsip perkembangan menyeluruh merupakan prinsip yang paling penting dalam latihan kanak-kanak dan remaja. Ianya penting untuk membina asas yang kukuh bagi atlit muda sebelum mereka memilih dan mengkhususkan diri dalam suatu sukan. Asas multilateral bagi perkembangan fizikal yang kukuh adalah perlu bagi meningkatkan tahap pengkhususan dan pembentukan kemahiran teknikal mereka. Tujuan utama pembangunan multilateral adalah bagi membolehkan atlit membina adaptasi menyeluruh. Kanak-kanak dan remaja yang mempunyai keupayaan, kemahiran dan kebolehan motor lebih mampu untuk menghadapi beban latihan yang lebih mencabar tanpa menghadapi risiko tekanan yang berkaitan dengan pengkhususan awal.