ulasan artikel 1 -1

3
SMART BOARD IN MATHEMATICS EDUCATION, THE USE OF CARTOON CHARACTERS IMPACT ON STUDENT SUCCESS ULASAN ARTIKEL 1 Kartun merupakan kegemaran setiap lapisan masyarakat, walaubagaimana pun kegemaran terhadap kartun adalah lebih menonjol dalam kalangan anak – anak kecil dan pelajar sekolah. Hal ini jelas disokong oleh kajian yang menunjukkan anak – anak kecil dan anak – anak muda menghabiskan masa dengan media massa, khasnya rancangan kartun di kaca televisyen (Whittle, 1997). Anak – anak muda di Eropah menghabiskan secara purata 25 jam dalam seminggu di hadapan televisyen; di sepanyol pula, 96% daripada kanak –kanak berumur antara 4 hingga 10 tahun menonton kartun setiap hari (Ferres, 1994). Oleh itu, kartun boleh memberi kesan yang mendalam terhadap murid – murid. Maka, penggunaan kartun dalam pengajaran matematik dapat menarik perhatian dan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran matematik tanpa rasa bosan. Artikel ini menjelaskan tentang penggunaan kartun dalam mata pelajaran matematik yang diajar dengan menggunakan papan interaktif. Ia telah memberi kesan positif kepada pencapaian murid – murid, malah merupakan salah satu teknik yang sesuai yang boleh digunakan sebagai bahan pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Artikel yang ditulis oleh Burcu Turan ini lebih berfokus kepada penggunaan watak kartun seperti Tom & Jerry dalam pengajaran matematik dengan menggunakan papan interaktif dalam bilik darjah. Daripada pembacaan yang telah dibuat, saya mendapati penggunaan watak kartun dengan menggunakan papan interaktif ini telah meningkatkan minat murid untuk belajar dan pada masa yang sama telah mengurangkan rasa ketakutan murid terhadap mata pelajaran matematik. SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093

Upload: subasini

Post on 15-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ulasan artikel 1

TRANSCRIPT

Page 1: Ulasan Artikel 1 -1

SMART BOARD IN MATHEMATICS EDUCATION, THE USE OF

CARTOON CHARACTERS IMPACT ON STUDENT SUCCESS

ULASAN ARTIKEL 1

Kartun merupakan kegemaran setiap lapisan masyarakat, walaubagaimana pun

kegemaran terhadap kartun adalah lebih menonjol dalam kalangan anak – anak kecil dan

pelajar sekolah. Hal ini jelas disokong oleh kajian yang menunjukkan anak – anak kecil dan

anak – anak muda menghabiskan masa dengan media massa, khasnya rancangan kartun di

kaca televisyen (Whittle, 1997). Anak – anak muda di Eropah menghabiskan secara purata

25 jam dalam seminggu di hadapan televisyen; di sepanyol pula, 96% daripada kanak –

kanak berumur antara 4 hingga 10 tahun menonton kartun setiap hari (Ferres, 1994). Oleh

itu, kartun boleh memberi kesan yang mendalam terhadap murid – murid. Maka,

penggunaan kartun dalam pengajaran matematik dapat menarik perhatian dan minat murid

untuk mempelajari mata pelajaran matematik tanpa rasa bosan.

Artikel ini menjelaskan tentang penggunaan kartun dalam mata pelajaran matematik

yang diajar dengan menggunakan papan interaktif. Ia telah memberi kesan positif kepada

pencapaian murid – murid, malah merupakan salah satu teknik yang sesuai yang boleh

digunakan sebagai bahan pembelajaran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dalam

bilik darjah. Artikel yang ditulis oleh Burcu Turan ini lebih berfokus kepada penggunaan

watak kartun seperti Tom & Jerry dalam pengajaran matematik dengan menggunakan

papan interaktif dalam bilik darjah. Daripada pembacaan yang telah dibuat, saya mendapati

penggunaan watak kartun dengan menggunakan papan interaktif ini telah meningkatkan

minat murid untuk belajar dan pada masa yang sama telah mengurangkan rasa ketakutan

murid terhadap mata pelajaran matematik.

Pada masa yang sama, penggunaan watak kartun dalam mata pelajaran matematik

dengan menggunakan papan interaktif telah memberi kesan yang positif dalam pencapaian

murid dalam mata pelajaran matematik. Bagi mengetahui kebenarannya, satu kajian telah

dijalankan ke atas dua kumpulan murid iaitu kumpulan murid kelas 4B dan kumpulan murid

kelas 4D. Bagi kumpulan murid kelas 4B telah diajar dengan menggunakan watak kartun

dengan menggunakan papan interaktif dalam mata pelajaran matematik, manakala

kumpulan kelas 4D pula telah diajar dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu “chalk

and talk”.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan murid yang diajar dengan

menggunakan watak kartun dengan menggunakan papan interaktif telah menunjukkan sikap

positif terhadap mata pelajaran matematik. Di samping itu, penggunaan watak kartun juga

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093

Page 2: Ulasan Artikel 1 -1

telah meningkatkan motivasi belajar mereka terhadap mata pelajaran matematik. Malah,

pengajaran dengan menggunakan watak kartun juga telah meningkatkan tahap penguasaan

dan tahap pencapaian matematik murid – murid.

Aspek yang paling mendapat perhatian saya daripada pembacaan artikel ini ialah

kelebihan penggunaan watak kartun dalam pengajaran matematik. Dalam artikel ini telah

dinyatakan bahawa penggunaan watak kartun seperti Tom & Jerry menarik perhatian murid

– murid terhadap mata pelajaran matematik. Selain daripada itu, penggunaan kartun juga

memberikan motivasi kepada murid untuk lebih memahami suatu masalah matematik yang

diajukan. Malah, penggunaan watak kartun juga telah menyebabkan murid – murid untuk

menunjukkan sikap positif terhadap mata pelajaran matematik dan mereka rela melibatkan

diri secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, berdasarkan pandangan saya, kelemahan yang terdapat dalam artikel

ini ialah, penulis tidak menyatakan penggunaan kartun bagi murid – murid yang mempunyai

pelbagai gaya pembelajaran seperti gaya pembelajaran visual, auditori (pendengaran) dan

kinestetik. Sepertimana yang kita semua tahu, kartun merupakan bahan pembelajaran yang

sangat sesuai untuk murid – murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual. Oleh itu,

penggunaan kartun bagi mengajar murid – murid yang mempunyai gaya pembelajaran

auditori dan kinestetik kurang berkesan jika dibandingkan dengan murid – murid yang

belajar dengan gaya pembelajaran secara visual.

Di samping itu, dalam artikel ini telah dinyatakan beberapa cadangan bagi

meningkatkan lagi tahap penguasaan murid – murid terhadap mata pelajaran matematik

dengan menggunakan watak kartun di dalam papan interaktif. Cadangan pertama yang

dinyatakan dalam artikel ini ialah, guru - guru matematik perlulah mengelakkan kaedah

pengajaran tradisional dan perlu menggantikannya dengan kaedah pengajaran baharu.

Seterusnya, semasa pemilihan watak kartun guru haruslah memilih watak kartun

yang mempunyai unsur humor dan disukai oleh murid – murid. Guru perlu mengelak

daripada memilih kartun yang mempunyai unsur keganasan. Hal ini kerana, penggunaan

kartun dalam matematik yang mempunyai unsur keganasan boleh mendorong murid - murid

untuk mengikuti watak negatif tersebut.

Malah, guru perlulah menggunakan watak kartun bersama kesan audio dan visual di

dalam papan interaktif yang boleh menarik perhatian dan meransang minat murid untuk

mempelajari mata pelajaran matematik. Pada masa yang sama hal ini dapat membantu

murid yang mempunyai gaya pembelajaran auditori.

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093

Page 3: Ulasan Artikel 1 -1

Kesimpulannya, penggunaan kartun bersama elemen multimedia sebagai bahan

bantu belajar dalam pengajaran matematik mampu meningkatkan pencapaian murid –

murid.

SUBAASINI A/P VELLAYAN REDDY T3MT2 MTE3093