ulasan

2
ULASAN Sempena Minggu Bahasa Melayu di sekolah anda, satu pertandingan menulis ulasan novel akan diadakan. Anda berminat untuk menyertai peradian tersebut. Tuliskan ulasan anda selengkapnya. Tajuk novel : Ranjau Sepanjang Jalan Penulis : Shahnon Ahmad Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka Tebal : 255 halaman Harga : RM7.00 Pengulas : Ainaa Badliyana Ahamad Shah Ahmad merupakan salah seorang Sasterawan Negara. Ketokohan beliau terserlah dalam bidang penulisan novel. Antara novel beliau ialah Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini telahpun difilemkan dan diterjemahkan ke bahasa inggeris. Shahnon juga telah menulis Rentung, Tunggul-Tunggul Gerigis dan lain-lain lagi. Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan tentang kehidupan keluarga Lahuma dan Jeha yang hidup dalam kemiskinan. Sebagai keluarga yang miskin dan bergantung hidup kepada penanaman padi, Lahuma dan Jeha mengharung hidup yang penuh cabaran. Apabila Lahuma mati akibat bisa duri nibung yang dipijaknya semasa mengerjakan sawah, Jeha terpaksa meneruskan perjuangan menjaga keluarga bersama anak-anak perempuannya. Kelebihan Shahnon Ahmad ialah penggunaan bahasanya yang ringkas tetapi padat. Walupun beliau menggunakan perkataan- perkataan yang biasanya oleh orang-orang lain, namun

Upload: hariharaan-shanmugam

Post on 16-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

100%

TRANSCRIPT

ULASANSempena Minggu Bahasa Melayu di sekolah anda, satu pertandingan menulis ulasan novel akan diadakan. Anda berminat untuk menyertai peradian tersebut. Tuliskan ulasan anda selengkapnya.Tajuk novel: Ranjau Sepanjang JalanPenulis: Shahnon AhmadPenerbit: Dewan Bahasa dan PustakaTebal: 255 halamanHarga: RM7.00Pengulas: Ainaa Badliyana AhamadShah Ahmad merupakan salah seorang Sasterawan Negara. Ketokohan beliau terserlah dalam bidang penulisan novel. Antara novel beliau ialah Ranjau Sepanjang Jalan. Novel ini telahpun difilemkan dan diterjemahkan ke bahasa inggeris. Shahnon juga telah menulis Rentung, Tunggul-Tunggul Gerigis dan lain-lain lagi.Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan tentang kehidupan keluarga Lahuma dan Jeha yang hidup dalam kemiskinan. Sebagai keluarga yang miskin dan bergantung hidup kepada penanaman padi, Lahuma dan Jeha mengharung hidup yang penuh cabaran. Apabila Lahuma mati akibat bisa duri nibung yang dipijaknyasemasa mengerjakan sawah, Jeha terpaksa meneruskan perjuangan menjaga keluarga bersama anak-anak perempuannya.Kelebihan Shahnon Ahmad ialah penggunaan bahasanya yang ringkas tetapi padat. Walupun beliau menggunakan perkataan-perkataan yang biasanya oleh orang-orang lain, namun perkataan-perkataan itu dapat melangkapkan apa yang mahu disampaikannya. Justeru, kita seolah-olah diberi gambaran yang jelas tentang peristiwa dalam novel tersebut. Shahnon juga gemar menggunakan dialek Kedah dan bahasa daerah tetapi tidak keterlaluan.Teknik penggunaan watak begitu jelas dan berkesan. Pembaca berasa peristiwa itu benar-benar berlaku bukannya daripada cetusan idea pengarang.Watak seolah-olah memaparkan perwatakan manusia sebenar dalam sesebuah masyarakat.Melalui novelnya Shahnon membawa pengajaran tentang kegigihan hidup kaum petani di daerah pedalaman Sik. Watak Jeha patut dicontohi oleh kaum wanita di kampong. Novel ini juga memberi pengajaran kepada pihak yang berkuasa bahawa kerendahan teknologi pertanian menjadi punca kemiskinan rakyat terutama para petani.Jelaslah bahawa novel Ranjau Sepanjang Jalan karaya Dato Shahnon Ahmad merupakan novel yang bermutu. Novel ini mempunyai kekuatan tersendiri walaupun isu kemiskinan kurang sesuai dengan zaman pembangunan negara. Shahnon boleh dianggap novelis unggul Melayu.