ujian kefasihan

7
AMALI 4 (UJIAN KEFASIHAN) Soalan : Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan dan ujian bakat Ujian Kefasihan BORANG PENILAIAN UJIAN KEFASIHAN SKALA PERMAKATAN 1-Lemah 2-Kurang Memuaskan 3-Memuaskan 4-Baik 5-Sangat Baik ASPEK PENILAIAN 1 2 3 4 5 Tatabahasa dan kosa kata Sebutan, intonasi dan nada Kefasihan Bermakna ULASAN PENILAI:

Upload: nick-aiman

Post on 15-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

AMALI 4 (UJIAN KEFASIHAN) Soalan : Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan dan ujian bakat

Ujian Kefasihan

BORANG PENILAIAN UJIAN KEFASIHAN

SKALA PERMAKATAN1-Lemah 2-Kurang Memuaskan3-Memuaskan4-Baik5-Sangat Baik

ASPEK PENILAIAN12345

Tatabahasa dan kosa kata

Sebutan, intonasi dan nada

Kefasihan

Bermakna

ULASAN PENILAI:

TEKS PIDATO UNTUK UJIAN KEFASIHAN

MALAYSIADI PENTAS DUNIA

Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan, mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Fikir-fikirkan...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr, barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi pendukung wacana wawasan negara.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatu dan salam perdana lakaran 1 Malaysia.

Malaysia Di Pentas Dunia, begitulah murninya mauduk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang gemilang ini. Sebelum, menjelmakan butir-butir bicara bermadah, mohon diizinkan untuk melakukan pendefinisian terhadap mauduk pidato saya daripada aspek hurufiah mahupun secara generalisasi.Malaysiamerupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pentas pula merujuk kepada tempat berdirinya seseorang melakukan acara. Manakaladuniamerujuk kepada kawasan yang luas di muka bumi ini. Oleh itu, secara holistiknya, Malaysia Di Pentas Dunia membawa konotasi yang mendalam iaitu, keadaan Negara yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat dunia lantaran keberjayaan Malaysia mencipta nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi, politik dan social. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan paradigma Malaysia setelah 5 darsawarsa pasca merdeka.

Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi,

Di bawah lembayung kata Ekonomi Malaysia terus kukuh dan teguh menjadi hujah saya yang pertama. Berbicara tentang ekonomi, maka kekuatan Malaysia tidak boleh disangkal lagi. Kita singkap sedekad yang lalu apabila satu persatu Negara serantau dunia jatuh tersungkur ekoran kegawatan ekonomi yang melanda dunia. Hakikatnya, ketika itu juga, Malaysia hampir tersungkur dek pelukan IMF. Namun, kepintaran pemimpin kita ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, begitu bijak mengemplementasikan tambatan ringgit untuk mengurangkan beban Negara. Kejituan ekonomi Negara terus diwarnai dengan pelantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank wanita pertama Malaysia dalam meneruskan wadah perjuangan ekonomi negara. Lantaran dengan kondusi ekonomi Negara yang kukuh dan teguh, menjelma pujian dari Negara barat mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai ekonomi gergasi dunia.

Sidang hadirin yang budiman,

Indikator saya yang kedua ialah di bawah kata kunci politik di Malaysia lambang keamanan dunia. Hari-hari, kita sering mendengar pergolakkan yang wujud di seluruh dunia. Malah, kekacauan yang melanda diterjemahkan melalui rusuhan berdarah dan ledakan senjata. Lihat sahaja kepimpinan Husni Mubarak di Mesir yang telah pun tumbang, getaran pergolakan politik acuan Muammar Gadafi di Libya semakin hari semakin pudar. Malah, Negara maju seperti Perancis dan Rusia turut menerima bahangnya. Di Malaysia, dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan, Negara mampu mengerakkan politiknya di mata dunia. Ikatan tiga kompenen utama iaitu UMNO, MIC dan MCA di bawah bumbung Barisan Nasional mampu menjana kemajuan politik negara. Sukar untuk menjentik kekukuhan Negara yang kini tidak dapat di nafikan lagi.

Sidang hadirin yang santun budi,

Sains dan teknologi Negara adalah kelas pertama, menjadi inti hujah saya yang ketiga. Kini, Negara kita semakin ampuh di pentas dunia kerana inovasinya dalam penciptaan mahupun penyelidikan. Kejayaan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini di Geneva dalam konvensyen sains dan teknologi merupakan wadah pembuka mata masyarakat dunia. Hasilnya, Negara mampu mengenggam 3 kilauan emas berharga, mengalahkan Negara maju yang lain dalam penghasilan ciptaan bermutu. Kejayaan demi kejayaan terus terungkai dan menjadi keutuhan apabila, Dr sheikh Muzafar Sukor Berjaya menjejak kaki ke angkasa. Tetapi, ada yang cuba memberikan tomahan bahawa itu kejayaan biasa. Namun, sedar atau tidak, kejayaan itu adalah satu pintu permulaan Negara kita dalam perlumbaan meneroka sains angkasa. Malah, ianya tidak termampu untuk direalisasikan oleh negara yang seusia dengan Malaysia. Syabas dan tahniah kepada angkasawan pertama Negara. Saya tetap teguh di belakang Dr.

Sidang hadirin yang penuh intelektual,

Kata kunci saya yang keempat di bawah lembayung kata Sukan dan Negara kita semakin ke hadapan. Dulu, ketika berbicara tentang sukan olimpik, maka ligat minda memikir Negara Amerika Syarikat dan China. Pabila melihat catat pungutan emas yang berbutir-butir banyaknya, Kita hanya mampu mengigit jari tanpa sekerat pingat dikalungkan. Namun, dersawarsa ini, kita semakin mendapat perhatian di mata dunia. Hasilnya, kita mampu menghasilkan atlit tersohor bertaraf bintang nombor satu dunia. Ligat dengan pukalan silang membenam lawan di gelanggang kaca, itulah Dato Nicol Ann David pemain skuays nombor 1 dunia. Teknik bertahan dan menyerang di samping smash lintang yang mengerunkan, itulah Datuk Lee Chong Wei, badminton di dalam genggaman, memecut laju bagai kipas kudung di arena baledroom, itulah roketmen Malaysia, Azizul Awang Hasni menjadi sebutan. Dan pelbagai hambatan kecemerlangan yang muncul digenggam Malaysia. Malah, Sorakan gooolll, terus meniti di bibir peminat sukan bola sepak negara, pabila pasukan harimau Malaya bangkit menunjukkan taringnya.

Sidang pendengar yang setia

Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan Negara semakin menyerlah dek semangat waja yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama-sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk merealisasikan hasrat Negara. Beringatlah, jangan pisang berbuah dua kali, apabila kita terlalu mudah diperbodohkan oleh penjajah yang silih berganti, menjadikan kita sebagai kuli di Negara sendiri. Tanamkan tekad di dalam hati, bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor di mata dunia.

Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.

PERINGKATSKORKONSTRUKKRITERIA/KETERANGAN

Sangat Baik51.Tatabahasa dan Kosa KataBahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan betul.

2.Sebutan, Intonasi dan NadaSebutan betul, sangat jelas dan tepat.Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan bertatasusila serta matang.

Baik41.Tatabahasa dan Kosa KataBahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata tepat dan betul.

2.Sebutan, Intonasi dan NadaSebutan betul, jelas dan tepat.Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan petah, fasih dan lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.

Memuaskan31.Tatabahasa dan Kosa KataBahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat dan masih betul.

2.Sebutan, Intonasi dan NadaSebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat.Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan masih lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat dan masih bertatasusila.

Kurang Memuaskan21.Tatabahasa dan Kosa KataBahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata kurang tepat, kurang betul dan kadang kala salah.

2.Sebutan, Intonasi dan NadaKebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas dan kurang tepat.Intonasi banyak yang salah.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar.

4.BermaknaKebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang bertatasusila.

Lemah11.Tatabahasa dan Kosa KataKeseluruhannya lemah.

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu.

2.Sebutan, Intonasi dan Nada

3.Kefasihan

4.Bermakna