borang penilaian ujian kefasihan

39
AMALI 1. KONSEP TAKSONOMI BLOOM Secara umumnya, Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Kamus Dewan Edisi Keempat (2010).Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian. Rajah 1: Aras Taksonomi Bloom

Upload: dmmichael

Post on 21-Dec-2015

295 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

AMALI 1.

KONSEP TAKSONOMI BLOOM

Secara umumnya, Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam

pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. Kamus

Dewan Edisi Keempat (2010).Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa

digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif

pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki

(tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap

berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui

tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan

kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Rajah 1: Aras Taksonomi Bloom

Page 2: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

Menurut Benjamin S. Bloom (1992), prinsip dalam Taksonomi Bloomini mesti memberi

penekanan kepada pertimbangan-pertimbangan pendidikan, serta taksonomi ini perlu

merupakan satu klasifikasi yang logik dan setiap istilah perlu didefinisikan secara tepat dan

digunakan secara tekal di samping taksonomi ini perlu sesuai dengan prinsip-prinsip dan teori-

teori psikologi yang berkaitan serta diterima.

Taksonomi Bloom dibahagikan kepada tiga domain atau bidang utama, iaitu domain

kognitif, domain afektif, dan domain psikomotor. Domain kognitif melibatkan perilaku-perilaku

yang menekankan aspek intelektual atau mental seperti pengetahuan, pengertian, dan

keterampilan berfikir.

Domain afektif melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek kesikapan,

perasaan, dan emosi seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri, manakala

domain psikomotor adalah mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan

motor atau aktiviti fizikal seperti tulisan tangan, berlari, dan mengoperasi mesin.

Page 3: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

CONTOH SOALAN BERDASARKAN ARAS TAKSONOMI BLOOM

ARAS 1: PENGETAHUAN

Aras pengetahuan merupakan aras paling bawah dalam Taksonomi Bloom dan paling

mudah untuk dikuasai oleh murid. Pada aras ini, soalan-soalan yang diberikan adalah

berbentuk mudah dan mempunyai kaitan dengan pengetahuan am atau pengetahuan semula

jadi murid sama ada pengetahuan melalui pembelajaran formal mahupun pembelajaran bukan

formal.

Pada aras ini juga, terdapat tiga peringkat dalam aras ini, iaitu pengetahuan fakta

khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol, pengetahuan tentang cara

mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan,

penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah, dan pengetahuan

tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang.

Aras pengetahuan juga menuntu murid untukmengingat kembali, mengenal idea, fakta

asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Melalui

pembelajaran lepas, guru boleh menyediakan soalan yang dapat menjana proses mental murid

untuk mengingat kembali dan dapat menambahkan serta mengubah pengetahuan mereka

menjadi baru.

Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan aras pengetahuan ialah

menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan. Soalan pada aras ini kebiasaan

dimulakan dengan perkataan bilakah, siapakah, di manakah, atau nyatakan, terangkan,

namakan, dan labelkan.

Page 4: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

CONTOH SOALAN ARAS PENGETAHUAN

Soalan 1 hingga 3

Bulatkan jawapan yang paling sesuai

1.Apakah nama ibu Negara Malaysia?

A. Terengganu

C. Sabah

B. Kedah

D. Kuala Lumpur

2. Rahim ______________ pinggan dan mangkuk selepas makan.

A. Membuat

B. Mencuci

C. Membuang

D. Mewarna

3. Apakah antonim bagi perkataan tinggi?

A. Bulat

B. Rendah

C. Lebar

D. Nipis

Tatabahasa/pengetahuan

Tatabahasa/pengetahuan

Tatabahasa/pengetahuan

Page 5: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

ARAS 2: KEFAHAMAN

Aras kefahaman merupakan aras kedua dalam Taksonomi Bloom. Pada aras ini, murid

seharusnya berkemampuan untuk membaca dan memahami maklumat seperti, laporan, jadual,

arahan, peraturan dan lain-lain lagi. Setelah memahami sesuatu, murid dikehendaki

menterjemahkan kefahaman mereka dalam satu bentuk kepada bentuk yang lain dan mampu

untuk menyatakan idea dengan ayat sendiri serta terdapat perubahan daripada pemahaman

yang dahulu.

. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga, iaitu penterjemahan, mentafsir atau

intepretasi, dan ekstrapolasi. Penterjemahan adalah menterjemah bahasa lain ke bahasa lain

tanpa mengubah maksud asal. Mentafsir adalah mentafsir idea atau mesej tersirat dan tersurat

serta menerangkan idea dalam ayat sendiri, manakala ekstrapolasi adalah membuat inferens

tentang perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.

Salah satu ciri pada aras ini ialah, soalan akan melibat proses mental murid iaitu murid

perlu menggunakan keupayaan mental mereka untuk memahami sesuatu maklumat. Murid juga

akan dapat menerangkan sesuatu perkara melalui cara dan kefahaman mereka sendiri

bersama-sama contoh. Soalan jenis ini kebiasaan dimulakan dengan perkataan seperti pilih,

tulis semula, mengapakah, bezakan, nyatakan, kelaskan, huraikan, terangkan, dan jelaskan.

Page 6: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

CONTOH SOALAN ARAS KEFAHAMAN

Pilih jawapan yang sesuai

4. Lina tidak bertegur sapa dengan rakannya kerana berasa ___________ dengan sikap

rakannya yang tidak memahami keadaannya.

A. Berat hati

B. Besar hati

C. Murah hati

D. Kecil hati

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah

5. Kakak sedang sibuk ___________ mengecat dinding rumah.

A. Mengerat

B. Menghiris

C.Mengecat

D. Menyiang.

Simpulan Bahasa/ Kefahaman

Tatabahasa/Kefahaman

Page 7: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

6. Keropok yang digoreng oleh Lyana sangat garing. Perkataan seerti bagi garing ialah

A. Keras

B. Rapuh

C. Kering

D. HangusTatabahasa/Kefahaman

Page 8: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

ARAS 3: APLIKASI

Pada aras ini murid ini akan mengaplikasikan pengetahuan, teori, metodologi, rumus,

teori yang dalam konteks persekitaran dan suasana yang sebenar.Ciri-ciri soalan pada aras

aplikasi ini adalah soalan menggunakan proses mental aplikasi, soalan melibatkan tiga frasa,

dan masalah situasi yang baru tidak sama dengan masalah yang dibincangkan di dalam kelas

Pada aras ini murid akan menggunakan dan mengaplikasikan maklumat dalam situasi

yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan

formula. Selain itu, dalam aras aplikasi juga murid akan membina graf daripada data dan lain-

lain. Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan,

huraikan dan sebagainya.

Page 9: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

CONTOH SOALAN ARAS APLIKASI

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

6. i. Telefon ini mempunyai kelasnya yang tersendiri”, kata Susan

ii. Jangan makan di dalam kelas !’’ kata pengawas itu

iii. Mereka masyarakat kelas menengah.

iv. Kulitnya kelas terkena api.

A. I, II dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja

C. II, III dan IV sahaja

D. I, II, III dan IV sahaja.

7. “__________, bolehkah dikurangkan sedikit harga perabot tersebut? _________ juga

memerlukan wang untuk membeli peralatan yang lain” kata Lisa.

A. Aku…Engkau

B. Awak…Aku

C. Cikgu…Kami

D. Kita…Cikgu

8. Ayuni berasa segar setelah _________________ udara yang bersih di kampung.

A. Menghisap

B. Menghirup

C. Menelan

D. Meneguk

Tatabahasa/Aplikasi

Tatabahasa/Aplikasi

Tatabahasa/Aplikasi

Page 10: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

ARAS 4: ANALISIS

Aras keempat dalam Taksonomi Bloom ialah analisis. Analisis ialah satu peringkat

seseorang itu akan menganalisa maklumat yang diperoleh sama ada melalui pendengaran,

pembacaan dan penglihatan masuk ke dalam otak untuk di cerakinkan serta menyusun

maklumat tersebut menjadi satu maklumat yang bermakna.

Aras analisis adalah sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil,

membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali

struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,

memastikan dan memilih. Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan,

menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

Soalan pada aras ini memerlukan murid mengasingkan dan memecahkan sesuatu

perkara utama atau kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil atau dikenali juga

sebagai cerakin kepada komponen-komponen yang lebih kecil, malahan membezakan fakta

daripada pendapat, kaitan kenali di antara bahagian, dan kenali struktur organisasi. Soalan

jenis ini kebiasaan dimulakan dengan bezakan, pasti, atau pilih.

Page 11: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

CONTOH SOALAN ARAS ANALISIS

Pilih ayat-ayat yang betul.

9. I. Atlet pecut itu telah dinobatkan sebagai peragawan negara.

II. Ahmad sangat menyayangi kucing peliharaannya itu.

III. Pakaian yang kotor itu perlu direndam sebelum dicuci.

IV. Pak Amin memotong pokok kelapa di kebunnya semalam.

A. I dan IV sahaja

B. II dan III sahaja

C. III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah

10. Makanan kegemaran saya ialah nasi goreng kampung.

A. Siapakah yang suka makan nasi goreng kampung?

B. Bilakah dia memasak nasi goreng kampung?

C. Bagaimanakah cara membuat nasi goreng kampung?

D. Apakah makanan kegemaran kamu?

11. Bulatkan jawapan yang betul

. Rokok Pembunuh Senyap. Maksud tersirat ayat ini ialah

A. Rokok ialah seorang penjenayah B. Rokok boleh membunuh seseorang secara perlahan-lahan C. Rokok boleh menyihatkan badan D. Merokok amalan yang baik

Tatabahasa/Analisis

Tatabahasa/Analisis

Tatabahasa/Analisis

Page 12: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

ARAS 5: SINTESIS

Sintesis merupakan salah satu aras yang sukar yang memerlukan seseorang murid

untuk menjelaskan sesuatu maklumat dan menghasilkan satu bentuk penyelesaian yang

bernas. Sintesis boleh terdiri daripada sintesis himpunan, sintesis penyampaian dan juga

sintesis cadangan.

Sintesis juga merupakan satu aras menyepadu, mencantum idea menjadi satu. Murid

juga akan berusaha dengan cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah, membuat ramalan

dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina,

menghasilkan, menyusun dan mengembangkan. Perkataan yang biasa digunakan ialah

bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan dan membahagikan.

Page 13: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

CONTOH SOALAN ARAS SINTESIS

12. Soalan satu berdasarkan petikan di bawah. Baca dengan teliti kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya.

13. Apakah yang melanda Kampung Salor?

A. Penyakit

B. Banjir

C. Kemarau

D. Hujan

14. Pilih jawapan yang mengandungi urutan yang betul

i. kemudian orang ramai menolong mangsa yang cedera

ii. Ttiba-tiba dia ternampak kemalangan antara sebuah kereta dengan motosikal

iii. Mangsa kemalangan itu telah dihantar ke hospital untuk dirawat

iv. Fauzi segera ke pondok telefon dan menelefon polis dan ambulans.

v. Fauzi sedang menunggang basikal di sebatang jalan raya

A. V, II, IV, I, III

B. II, V, III, I, IV

C. III, II, I, IV, V

D. I, V, IV, II, III

Pada malam itu, hujun turun dengan lebat di Kampung Salor. Kilat

sabung-menyabung. Semua penduduk kampung duduk di rumah masing-

masing. Pada keesokan harinya, Kampung Salor dilanda banjir. Semua

penduduk melihat sawah mereka dengan perasaan sedih. Anak-anak padi yang

baru ditanam oleh mereka telah ditenggelami air.

Setelah banjir surut, mereka membaiki semua talu air. Anak-anak padi

yang mati dibuang oleh mereka. Mereka menanam anak-anak padi yang baharu

dan membuat bajak untuk tanaman yang lain. Semua penduduk kampung

berharap agar kampung mereka tidak dilanda banjir lagi dan semua tanaman

mereka tumbuh dengan subur.

Tatabahasa/Sintesis

Tatabahasa/Sintesis

Page 14: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikutnya

Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.

Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya.

Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buah-buahan Tok Din. Apabila Tok Din sibuk menguip buah-buahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di dalam tempat simpanan wang Tok Din tanpa disedari oleh lelaki tuaitu. Bagaimanapun, pada suatu hari, ketika mereka melakukan perkara yang sama, seorang lelaki terpandang perbuatan mereka. Lelaki iu memekik lalu memaut leher Budin. Budin tidak sempat melarikan diri lalu ditangkap oleh lelaki tersebut. Lelaki itu kemudian membawa Budin ke balai polis. Rashid, Balan dan Sidek turut ditangkap oleh pihak polis kerana bersubahat dengan Budin.

Page 15: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

15. Apakah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan petikan di atas.

A. Seperti kacang lupakan kulit

B. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

C. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

D. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Peribahasa/Sintesis

Page 16: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

ARAS 6: PENILAIAN

Aras penilaian merupakan aras yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom. Aras

penilaian juga dikenali sebagai aras kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap

penyelesaian, gagasan, metodologi, dan lain-lain lagi dengan menggunakan kriteria dan

standard-standard yang tertentu. Penilaian dibuat berdasarkan pertimbangan serta rasionalnya

luaran dan dalaman sesuatu maklumat.

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau

luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah

memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan. Perkataan yang biasa digunakan

ialah rumuskan, membuatkeputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan,

gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

Page 17: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

CONTOH SOALAN ARAS PENILAIAN

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan yang berikut.

Abu Seman Bin Masjoko

No c-56 ,Kg Susur Sungai

Persiaran 7 Lorong Liku Liku

09280 Pendang

Kedah Darul Aman

______________________________________________________________________

Tuan pengurus,

Syarikat perkapalan Emn Sdn Bhd,

458102, pengkalan chepa

Kota Bharu ,kelantan 15 September 2012

Tuan ,

PER: PERLETAKAN JAWATAN

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di atas , saya Mohd kamal bin kamil mustapha memangku

jawatan pemandu lori kontena di syarikat tuan ingin meletakkan jawatan yang akan berkuat

kuasa pada 30 November 2012 , sehubungan itu saya akan mematuhi polisi syarikat untuk

memastikan proses perletakan jawatan saya berjalan mengikut tempoh masa yang diberikan

syarikat tuan.

2. Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya tindakan saya ini meninggalkan kesan ke

atas syarikat tuan. Tujuan saya mengemukakan permohonan perletakan jawatan ini adalah

disebabkan saya tidak berpuas hati dengan gaji dan bonus yang diberikan kepada semua

pekerja.

Page 18: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

3. Dengan itu ,saya amat berharap kesudian pihak tuan memberi kerjasama di dalam

permohonan ini. Kerjasama tuan sangat saya hargai

Sekian, terima kasih

Yang Benar

_________________________

(Mohd kamal bin kamil mustapha)

Pemandu lori Kontena

16.Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut diambil oleh pengurusan Syarikat

perkapalan Emn Sdn Bhd untuk mengelakkan daripada lebih ramai pekerja meletak jawatan?

A. Memberikan pinjaman kewangan kepada para pekerja.

B. Memberikan pelbagai ganjaran seperti pelancongan percuma.

C. Menyemak dan menyelaraskan semula gaji para pekerja kepada jumlah yang

sepatutnya.

D. Memberikan perlindungan insurans.

17. Pilih ayat yang menggunakan kata seru dengan yang betul

A. “ Aduh, cantiknya anak emak hari ini! Midah hendak pergi ke mana’’, tanya

emak kepada Midah.

B. “ Amboi, cantiknya anak emak hari ini! Midah hendak pergi ke mana?’’ tanya

emak kepada Midah.

C. ‘’Cis, cantiknya anak emak hari ini! Midah hendak pergi ke mana?’’, tanya

emak kepada Midah.

D. “ Alamak, cantiknya anak emak hari ini! Midah hendak pergi ke mana?’’, tanya

emak kepada Midah.

Tatabahasa/Penilaian

Tatabahasa/Penilaian

Page 19: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

18. Pilih ayat majmuk daripada ayat-ayat di bawah

A. Pak Umar menanam pelbagai jenis tanaman.

B. Ibu bercuti pada hari Isnin dan hari selasa.

C. Ayah berbaring di atas sofa.

D. Jalan raya itu sangat sibuk. Tatabahasa/Penilaian

Page 20: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

AMALI 2.

BORANG PENILAIAN UJIAN KEFASIHAN

SKALA PERMAKATAN1-Lemah

2-Kurang Memuaskan

3-Memuaskan

4-Baik

5-Sangat Baik

ASPEK PENILAIAN 1 2 3 4 5

Tatabahasa dan kosa kata

Sebutan, intonasi dan nada

Kefasihan

Bermakna

ULASAN PENILAI:

Page 21: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

TEKS UNTUK UJIAN KEFASIHAN.

Sang Merak Sudah Insaf

Sang Kancil tinggal di sebuah hutan berdekatan dengan sebuah gunung. Sang kancil

merupakan seekor binatang yang cerdik. Sang Kancil juga dihormati oleh haiwan lain kerana

sikap Sang Kancil yang suka membantu haiwan dalam kesusahan.

Di dalam hutan itu juga tinggal seekor burung merak yang sangat sombong. Sang

Merak bersikap sombong sebab merasakan dirinya lebih cantik kerna memiliki bulu-bulu yang

berwarna-warni. Sang Merak tidak suka berkawan dengan haiwan di dalam hutan itu.

Pada suatu hari, Sang Kancil memanggil semua haiwan di dalam hutan itu berkumpul di

tepi nbatang sungai. Tujuan Sang Kancil meminta semua haiwan berkumpul kerana Sang kancil

hendak menyampaikan sesuatu perkaara yang penting.

Pada mulanya, Sang Merak tidak mahu menghadiri perjumpaan itu. Sang Merak tidak

berminat untuk mendengar perkara yang disampaikan oleh Sang Kancil itu. Sang Merak

beranggapan perkara yang disampaikan tidakla begitu penting. Namun setelah dipujuk oleh

haiwan yang lain, akhirnya Sang Merak datang juga untuk menghadiri perjumpaan tersebut.

Dalam perjumpaan itu, Sang Kancil meminta semua haiwan mengumpulkan makanan.

Makanan yang handak dikumpulkan itu terdiri daripada buah-buahan dan beberapa jenis

tumbuhan. Tujuan pengumpulan itu diadakan kerana musim kemarau akan tiba tidak lama lagi.

Semua haiwan bersetuju dengan arahan Sang Kancil itu kecuali Sang Merak. Sang

Merak tidak berminat untuk mencari makanan dan mengumpul makanan di tempat tinggal Sang

Kancil.

Tidak berapa kemudian, musim kemarau pun tiba. Tanah menjadi kering. Daun-daun

berguguran dari pokok. Pokok buah-buahan tidak lagi mengeluarkan buah. Semua haiwan

berasa lapar. Mereka berada di tempat tinggal Sang Kancil. Sang Kancil mengagihkan

makanan yang telah dikumpulkan oleh mereka dahulu.

Page 22: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

Sang Merak juga berasa lapar. Sang Merak teringat makanan yang telah dikumpulkan

oleh Sang Kancil dan haiwan-haiwan yang lain. Sang Merak berjumpa dengan Sang Kancil dan

meminta maaf atas sikap sombongnya. Sang Merak meminta sedikit makanan daripada Sang

Kancil.

Page 23: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

PERINGKAT SKOR KONSTRUK KRITERIA/KETERANGAN

Sangat Baik 5

1.Tatabahasa dan

Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan

kosa kata sangat tepat dan betul.

2.Sebutan, Intonasi

dan Nada

Sebutan betul, sangat jelas dan tepat.

Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan sangat petah, fasih

dan lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud,

sangat tepat dan bertatasusila serta matang.

Baik 4

1.Tatabahasa dan

Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan

kosa kata tepat dan betul.

2.Sebutan, Intonasi

dan Nada

Sebutan betul, jelas dan tepat.

Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti

penutur jati.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan petah, fasih dan

lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud,

tepat dan bertatasusila.

Memuaskan 31.Tatabahasa dan

Kosa Kata

Bahasa masih gramatis, penggunaan

perkataan dan kosa kata masih tepat dan

masih betul.

2.Sebutan, Intonasi

dan Nada

Sebutan masih betul, masih jelas dan masih

tepat.

Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.

3.Kefasihan Keseluruhan pengucapan masih petah, masih

Page 24: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

fasih dan masih lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan masih mencapai

maksud, masih tepat dan masih bertatasusila.

Kurang

Memuaskan2

1.Tatabahasa dan

Kosa Kata

Bahasa ada yang kurang gramatis,

penggunaan perkataan serta kosa kata 

kurang tepat, kurang betul dan kadang kala

salah.

2.Sebutan, Intonasi

dan Nada

Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang

jelas dan kurang tepat.

Intonasi banyak yang salah.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan kurang petah,

kurang fasih dan kurang lancar.

4.Bermakna

Kebanyakan pengucapan tidak mencapai

maksud, kurang tepat dan kurang

bertatasusila.

Lemah 1

1.Tatabahasa dan

Kosa Kata

Keseluruhannya lemah.

Calon tidak menunjukkan penguasaan

kemahiran bertutur dalam

bahasa Melayu.

2.Sebutan, Intonasi

dan Nada

3.Kefasihan

4.Bermakna

Page 25: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

BORANG PENILAIAN UJIAN BAKAT

SKALA PERMARKATAN

1-Lemah

2-Kurang Memuaskan

3-Memuaskan

4-Baik

5-Sangat Baik

ASPEK PENILAIAN 1 2 3 4 5

Tatabahasa dan kosa kata

Sebutan, intonasi dan nada

Kefasihan

Bermakna

ULASAN PENILAI:

TEKS PIDATO UNTUK UJIAN BAKAT.

Page 26: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

Bismilahhiramannirahim…

Kalau tidak kerana bintang,

Tak akan bulan kelihatan tinggi ,

Kalau tidak kerana pidato,

Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan ,

Singgah sebentar di laluan Kerai,

Salam satu Malaysia saya hulurkan ,

Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum W.B.H

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh berlayar si pedagang Cina ,

Singgah di Melaka menjual sutera .

Bahasa melayu bahasa perantara ,

Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati

Cogan kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara cogan kata yang

dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan

masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti

Page 27: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini

membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakat berkenaan.

Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada

perpaduan untuk meneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa

perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara

berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan

tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan

mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini

sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan

sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan

dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa Melayu

Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri akar-

akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila

memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu

sudah berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara

masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan

ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah

digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang

berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa,

setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk

dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu.

Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai

wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas

membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di

dunia.

Hadirin yang dihormati,

Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara

kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta

Page 28: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat bertutur

dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia.

Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit

sebanyak akan mengurangkan semangat ‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun ‘keindiaan’.

“Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah”

“Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”

Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra

dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Langkah

Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan

langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang

mengalami proses ‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang

penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan.

Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah

bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan

terbina kukuh di bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa

Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyrakat di

Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu

turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh

daripada Arkib Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir

800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk

pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk

memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak bertamadun.

Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati dan

naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan sesebuah negara. Saya

juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan

segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana mengembalikan

mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik. Sesungguhnya,

langkah ini dapat merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di

kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan sebarang jurang

Page 29: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu boleh

memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa Melayu kembali dalam pengajaran subjek

kritikal ini, sudah tentulah jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan,

sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain dasar baharu itu,

usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program Memartabatkan Bahasa

Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat utama

untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa betapa prihatinnya

pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang

peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan

kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan bahasa kebangsaan akan

merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa

insan inilah anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu,

sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu

tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.

PEMARKATAN SECARA HOLISTIK

PERINGKAT SKOR KONSTRUK KRITERIA/KETERANGAN

Page 30: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

Sangat Baik 5

1.Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata sangat tepat dan betul.

2.Sebutan, Intonasi dan Nada

Sebutan betul, sangat jelas dan tepat.

Intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan sangat petah, fasih dan lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud, sangat tepat dan bertatasusila serta matang.

Baik 4

1.Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata tepat dan betul.

2.Sebutan, Intonasi dan Nada

Sebutan betul, jelas dan tepat.

Kebanyakan intonasi dan nada betul seperti penutur jati.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan petah, fasih dan lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan mencapai maksud, tepat dan bertatasusila.

Memuaskan 3

1.Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa masih gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata masih tepat dan masih betul.

2.Sebutan, Intonasi dan Nada

Sebutan masih betul, masih jelas dan masih tepat.

Kebanyakan intonasi dan nada masih betul.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan masih petah, masih fasih dan masih lancar.

4.BermaknaKeseluruhan pengucapan masih mencapai maksud, masih tepat dan masih bertatasusila.

Kurang Memuaskan

21.Tatabahasa dan Kosa Kata

Bahasa ada yang kurang gramatis, penggunaan perkataan serta kosa kata  kurang tepat, kurang betul dan kadang kala salah dan menunjukkan penguasaan yang agak minimum.

2.Sebutan, Intonasi dan Nada

Kebanyakan sebutan kurang betul, kurang jelas

Page 31: Borang Penilaian Ujian Kefasihan

dan kurang tepat.

Intonasi banyak yang salah dan memperlihatkan pengaruh dialek yang nyata.

3.KefasihanKeseluruhan pengucapan kurang petah, kurang fasih dan kurang lancar.

4.BermaknaKebanyakan pengucapan tidak mencapai maksud, kurang tepat dan kurang bertatasusila.

Lemah 1

1.Tatabahasa dan Kosa Kata

Terdapat banyak kesalahan dan pertuturan yang sukar difahami.

2.Sebutan, Intonasi dan Nada

Menunjukkan penguasaan sebutan yang minimum dan hanya bole menyebut sahaja

3.KefasihanCalon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran bertutur iaitu sukar, lambat dan tergagap-gagap.

4.Bermakna Menunjukkan daya kefahaman yang amat rendah.

Page 32: Borang Penilaian Ujian Kefasihan