tahap sm modul 4 pemahaman. novel. rumusan nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai...

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 401B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 21-Nov-2020

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 401B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Morfologi (6%-8%)

2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)

8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada

majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk

soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang

berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding

beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan

murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan

untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan

soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

YOUTUBER S Pavithra. 28 tahun mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya

semasa mengambil psperiksaan Ujian Penlaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu

mendapat keputusan cemerlang 5A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

menjadi subjek kegemarannya. Namun begitu, Pavithra tidak berpeluang menghabiskan

persekotahannya di sekolah menengah.

Pavithra belajar setakat tingkatan empat disebabkan kesusahan hidup yang

dialaminya dan menamatkan pengaiian lehih awal kerana terpaksa menambahkan

pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.

Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan komunikasinya dalam bahasa Melayu

ketika berkongsi resipi dan tutorial masakan bersama-sama suaminva, M. Sugu, 29

tahun.

Kisahnya menjadi tular berikutan kehidupan sederhana yang dipaparkan tampak

realistik dan tidak dibuat-buat. Saluran YouTuber yang menggunakan nama @Sugu

Pavithra kini diikuti melebihi 600 ribu pelanggan. Sekiranya beliau bersungguh-

sungguh dalam bidang baharunya ini tidak mustahil suatu hari nanti beliau berjaya

mencapai impian sebagai orang yang hebat dan berjaya.

Bahan :2

PEPERIKSAAN sering kalidijadikan kayu ukur untuk menentukan keupayaan dan

kemampuan seseorang dalam sistem pemarkahan sama ada cemerlang, baik, sederhana

ataupun gagal.

Selalunya, masyarakat berandaian bahawa sekiranya seseorang itu berjaya dalam

peperiksaan dengan mengumpulkan banyak "A" dalam keputusannya, maka dirinya

akan berjaya dalam kehidupan dan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat

perkerjaan yang baik menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia. Lantaran itu,

berlumba-lumbalah kalangan ibu bapa mencari guru pakar yang menguasai ilmu dan

mahir mengajar tentang teknik menghadapi peperiksaan untuk membimbing dan

mengajar anak mereka. Gambaran sedemikian dihhat agak berkontradiksi dengan

agenda kerajaan yang sentiasa mengutamakan pembangunan modal insan yang

seimbang dan menyeluruh.

Pernahkah anda berasa kegagalan dalam peperiksaan? Menurut Kamus Dewan

Edisi keempat, gagal membawa maksud tidak berhasil atau tidak berjaya, iaitu tidak

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

mencapai matlamat yang diperlukan. Kegagalan dalam peperiksaan kerana tidak

mendapat keputusan "A" seperti sering kali menghantui setiap individu yang mengambil

peperiksaan. Setlap individu menerima kegagalan dengan cara yang berbeza-beza. Ada

yang memilih untuk terus positif dengan ujian kegagalan dalam kehidupan mereka.

Pengalaman gagal memburu kejayaan akan memotivasikan dirinya untuk bangkit

daripada belenggu kegagalan. Namun demikian, tidak sedikit individu yang apabila

dirundung kekecewaan, mengalami kemurungan, tertekan serta mengasingkan diri

kerana mereka berasa kegagalan tersebut mampu menyentap impian indahnya dan

memusnahkan kehldupan bahagia yang dicita-citakannya.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tampak realistik? [2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang kejayaan

dalam pencapaian akademik. [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin menggambarkan

kepentingan laman sosial dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah kebaikan

seseorang menjadi Youtuber? [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

user
Sticky Note
(I) Rangkai kata tampak realistik bermaksud dapat dilihat keliharan keadilan yang sebenarnya
user
Sticky Note
(Ii) Bahan 1 dan Dahan 2 mempunyai persamaan, iaitu Bahan 1 menggambarkan seorang Youtuber mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya semasa mengambil Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolnh Rendah (UPSR) dahulu mebndapat keputusan cemerlang 5A. Bahan 2 pula menjelaskan bahawa seseorang itu berjaya dalam peperiksdap demgan mengumpul banyak "A" dalam keputusannya, maka dirinya akan berjaya dalam kehidupan dan mempunyal peluang yang cerah untuk mendapat pekerjaan yang baik, menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia. Danari segi perbezaan pula, Bahan 1 menerangkan bahawa Pavithra belajar setakat tingkatan empat manakala Bahan 2 pula menyatakan bahawa ibu bapa sekarang berlumba-lumba untuk mencari guru pakar yang menguasai ilmu dan mahir mengajar tentang teknik menghadapi peperiksaan untuk membimbing dan mengajar anak mereka
user
Sticky Note
Antara kebaikan seseorang menjadi Youtuber ialah kita dapat berkongsi segala ilmu dan keistimewaan yang ada pada setiap indivldu dengan warga global melalui video yang dipaparkan dalam web YouTube. Apabila menjadi Youtuber, seseorang itu dapat mempopularkan diri untuk meningkatkan pendapatan melalui aplikasi yang lain seperti "facebook", 'WhatsApp" dan "Telegram' kerana dapat memperkenalkan produk yang dihasilkan kepada orang ramai dengan cara yang pantas dan mudah. Penerokaan bidang yang baharu tanpa kos yang tinggi dengan menjadi Youtuber merupakan satu kebaikan lagi bagi mengembangkan kerjaya masing-masing.
Page 6: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

(iv) Kegaglan seseorang untuk memburu kejayaan boleh menyebabkan mereka hilang

hala tuju dalam kehidupan, Jika anda mempunyai seorang rakan yang gagal memburu

kejayaan, bagaimanakah anda dapat memotivasikan rakan tersebut agar mereka tidak

dirundung kekecewaan sehingga menyebabkan masalah kemurungan? [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

user
Sticky Note
Jika saya mempunyai seorang rakan yang gagal memburu kejayaan, cara saya dapat memotivasikan rakan tersebut ialah saya akan berkongsi ilmu tentang kejayaan saya atau tokoh lain supaya rakan saya dapat memperoleh pengalaman baharu daripada kegagalan. Selain itu, saya juga akan memberikan galakan yang membina untuk membangkitkan semangatnya semula supaya rakan saya dapat meneruskan usahanya. Selanjutnya, saya akan memberikan saranan kepadanya untuk menghadiri kursus yang dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran agar usaha seterusnya yang dilakukan tidak mudah menemui kegagalan.
Page 7: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan

bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab

beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang

berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding

beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan

pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan

untuk soalan ini.

Puisi Tradisional

Gurindam – “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)”

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

user
Sticky Note
Gurindam : sejenis bentuk puisi (terdiri daripada dua baris, berisi dengan berbagai-bagai pengajaran)
user
Sticky Note
Rangkap 1: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.
user
Sticky Note
telinga
user
Sticky Note
Rangkap 2: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya.
user
Sticky Note
dekati
user
Sticky Note
Rangkap 3: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan akan diperolehnya.
Page 8: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,

Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah tiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

(Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam Antologi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Maksud:

Rangkap 1: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka

tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.

Rangkap 2: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-

berita yang tidak elok dapat dihindarinya.

Rangkap 3: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan akan

diperolehinya.

Rangkap 4: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang

berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.

Rangkap 5: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak perkara

yang memudaratkan akan timbul.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

user
Sticky Note
pasti
user
Sticky Note
Rangkap 7: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada kerosakan.
user
Sticky Note
Rangkap 6: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah luntur.
user
Sticky Note
Rangkap 5: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak perkara yang memudaratkan akan timbul.
user
Sticky Note
Rangkap 4: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.
Page 9: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

Rangkap 6: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat

mereka tidak mudah luntur.

Rangkap 7: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat

yang boleh membawa kepada kerosakan.

Tema

Gurindam ini bertemakan nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan

berbudi pekerti mulia. Penjagaan anggota diri mampu menghindarkan diri daripada

melakukan perkara-perkara yang keji dan buruk.

Persoalan

1. Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran, dan pertuturan

dalam kehidupan sehari-hari.

2. Kepentingan rnenjaga nafsu makan dan nafsu syahwat.

3. Kepentingan mengawal anggota badan terutarna tangan dan kaki.

Bentuk Gurindam

1. "Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga )" ini terdiri daripada tujuh rangkap.

2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.

3. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga tujuh patah

kata dalam sebaris,

4. Bilangan suku kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara sembilan hingga

sebelas suku kata sebaris.

5. Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.

Contohnya:

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

user
Sticky Note
sangat buruk / sesuatu yang dipandang rendah
user
Sticky Note
pancaindera = 5 deria
user
Sticky Note
nafsu : keinginan
user
Sticky Note
syahwat = keinginan bersetubuh
user
Sticky Note
perenggan / stanza
Page 10: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

2. Penggunaan bahasa kiasan. Contohnya:

Apabila perut sudah penuh,

Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

3. Penggunaan inversi. Contohnya:

(a) Nescaya dapat daripadanya faedah.

Sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya.

(b) Khabar yang jahat tiadalah damping.

Sepatutnya: tidak berdamping dengan khabar yang jahat.

4. Unsur bunyi:

(a) asonansi (perulangan bunyi vokal), Contohnya:

Daripada segala berat dan ringan,

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak lapan kali.

(b) aliterasi (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak dua

kali.

(c) jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris). Contobnya:

Apabila perut /sudah penuh,

Keluarlab fiil /yang tidak senonoh.

Nilai

1. Nilai berhati-hati. Contohnya, kita dinasihati agar berhati-hati mengawal

pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan.

2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu makan

dan nafsu syahwat.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

user
Sticky Note
menyifatkan sesuatu dengan membuat perbandingan
user
Sticky Note
terbalik
user
Sticky Note
jeda = berhenti (pendek) "pause"
Page 11: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasihati agar berusaha mengawal anggota

tangan dan kaki.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan yang

akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik.

2. Kita tidak boleh terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan itu akan

menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.

3. Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan menjadi

lebih sejahtera.

Latihan

Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud frangkatakata “sedikitlah cita-cita” dalam rangkap pertama

"Gurindam Dua Belas"? [2 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(ii) Apakah perbezaan orang yang dapat mengawal pertuturannya dengan mreka

yang gagal berbuat demikian ? [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

user
Sticky Note
melibatkan kita dalam perkara buruk
user
Sticky Note
perbuatan yang hina / tidak baik
Page 12: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

(iii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang agar terhindar

daripada melakukan kejahatan? [3 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Bagaimanakah boleh kita mengawal anggota badan kita agar membawa kebaikan

? [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan babagian ini akan dkemukakan setelah Novel Tirani

dikaji.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah

empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2

markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah

10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah

lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah

lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah

Kesimpulan : 2 markah

_ ---------------------------------------------

Isi : 20 markah

Bahasa : 10 markah

---------------------------------------------

Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan,

manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber

berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema

dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan

(iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

Latihan :

Baca petikan dan bahan gralik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan

yang panjangnya tidak melebihi 20 patah perkataan. Anda digalakkan supaya

menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.

Bahan 1 :

Kira-kira tiga dekad yang lalu, sepak takraw jelas mewarnai arena sukan negara tetapi

sukan tradisi ini kini diibaratkan hidup segan mati tak mahu di bumi sendiri. Siapakah

yang tidak mengenali nama Adnan Saidin Rehan MatDin, Zabidi Sharif, Norani Adnan

dan ramai lagi yang berjaya memikat peminat takraw dengan aksi dan kemahiran

mereka? Libasan dan julungan kencang, umpanan tepat serta servis yang mengelirukan

amat dinantikan peminat, apatah lagi apabila mereka bertarung dengan musuh tradisi,

Thailand. Namun demikian, pada hari ini, sukan tradisi yang menjadi kebanggaan kita

selama ini, kini dilihat tidak bermaya dan hambar.

Yang pasti ialah sukan ini tidak lagi menjadi pilihan anak muda. Jarang-jarang

kita dapat melihat mereka bermain sepak takraw seperti senario sebelum ini apabila

gelanggang di kampung atau bandar sentiasa dipenuni pada setiap petang. Didapati

bahawa bilangan murid yang bergiat aktif dalam sukan ini di peringkat sekelah rendah

dan menengah amat kecil. Mengikut data terkini, hanya terdapat tidak sampai 5,000

pemain yang bergiat aktif di 120 sekelah di seluruh negara. Jika dikaji secara mendalam,

sebenrnya banyak masalah yang menyebabkan sukan ini seperti tinggal nyawa-nyawa

ikan. Salah satu faktornya ialah sukan ini sebenarnya tidak menjamin masa depan yang

menyebabkan ramai yang enggan membabitkan diri selain kejohanan yang kurang dan

hadiah kemenangan yang tidak setimpal. Sikap persatuan negeri dan badan induk pula

saling menuding jari, berbalah sesama sendiri serta melepaskan tanggungjawab masing-

masing untuk membangunkan sukan ini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan keputusan

Kementenan Kebudayaan Belia dan Sukan (KBBS) mengeluarkan acara sepaktakraw

daripada program Sukan Teras di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) mulai tahun lalu.

Keputusan ini menyebabkan peruntukan untuk pembangunan peringkat akar umbi

semakin malap atau tiada langsung kecuali hanya di sekolah tertentu sahaja. Yang lebih

menyedihkan lagi ialah sehingga kini, sukan ini masih belum memiliki akademi latihan

dan stadium sendiri yang boleh dibanggakan. Sudah sampai masanya kepemimpinan

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), ahli gabungan dan MSN duduk bersama untuk

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

mencari jalan bagi menghidupkan dan menyemarakkan sukan tradisi ini semula supaya

tidak pupus. Menurut raja libas negara, Adnan Saidin, antara punca utama sukan

tradisional orang Melayu berkenaan semakin menyepi dan tidak popular berpunca

daripada faktor anak muda sekarang kurang meminati sukan terbabit Anak muda pada

zaman ini iebih suka bermain futsal atau e-sukan.

Beliau juga melihat masalah ini berpunca daripada ketiadaan program

pembangunan tersusun dan kerjasama erat antara badan induk dengan persatuan negeri.

Keadaan ini menyebabkan kemerosotan sukan itu sekarang. Apabila mengulas isu ini,

beliau melahirkan perasaan sedih dan terkilan kerana hingga hari ini skuad takraw

kebangsaan masih belum memiliki akademi latihan dan stadium sendiri. Sepatutnya

sukan takraw sudah lama mempunyai pusat latihan khusus dan stadium sendiri kerana

sukan ini merupakan sukan tradisi rakyat Malaysia dan sudah lama wujud di negara kita.

Oleh itu, beliau herharap agar semua pemimpin badan induk dan persatuan sukan negeri

sepatutnya melakukan sesuatu bagi mengembalikan maruah dan kegemilangan serta

populariti sukan ini kerana mereka lebih arif berbanding dengan beliau yang merupakan

orang luar persatuan.

Bahan 2 :

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Tahap SM Modul 4 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama€¦ · pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my