ucapan aluan pppd j-qaf

6
UCAPAN ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia, Terima kasih kepada saudara pengacara majlis, Yg Berusaha, Puan Hajah Khatijah Binti Kasbon, Guru Besar SK Orang Kaya Ali merangkap Penyelaras Program j-QAF Daerah Muar dan Ledang. Yg Berusaha, Ustaz Haszery Shah Bin Abu Hassan, Penolong PPD j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Muar. Yg Berusaha, Puan Ramlah Binti Abdul Rahman, Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1, Yg berusaha, Puan Zariah Binti Mairaj, Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 2, selaku tuan rumah bersama, bagi Mahrajan j-QAF pada tahun ini. Yang dihormati, Guru-guru Besar yang hadir, AJK pelaksana Mahrajan j-QAF Daerah Muar dan Ledang 2014, Guru-guru dan murid-murid serta hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat berkumpul dan menjayakan Program Mahrajan j-QAF peringkat Daerah Muar dan Ledang bagi tahun 2014.

Upload: alehanie

Post on 12-Apr-2016

271 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

q

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Aluan PPPD J-QAF

UCAPAN ALU-ALUAN

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Terima kasih kepada saudara pengacara majlis,

Yg Berusaha, Puan Hajah Khatijah Binti Kasbon, Guru Besar SK Orang Kaya Ali merangkap Penyelaras Program j-QAF Daerah Muar dan Ledang.

Yg Berusaha, Ustaz Haszery Shah Bin Abu Hassan, Penolong PPD j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Muar.

Yg Berusaha, Puan Ramlah Binti Abdul Rahman, Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1,Yg berusaha, Puan Zariah Binti Mairaj, Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 2,selaku tuan rumah bersama, bagi Mahrajan j-QAF pada tahun ini.

Yang dihormati, Guru-guru Besar yang hadir, AJK pelaksana Mahrajan j-QAF Daerah Muar dan Ledang 2014, Guru-guru dan murid-murid serta hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah izin-Nya, kita dapat berkumpul dan menjayakan Program Mahrajan j-QAF peringkat Daerah Muar dan Ledang bagi tahun 2014.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima kasih dan selamat datang kepada yang berbahagia En Puniran Bin Denan, Tuan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Muar kerana sudi hadir seterusnya merasmikan majlis penutup Mahrajan j-QAF peringkat Daerah Muar dan Ledang pada kali ini.

Tidak lupa saya ingin merakamkan jutaan terima kasih juga kepada Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 1, Puan Ramlah Bt Abdul Rahman, Guru Besar SK Sultan Abu Bakar 2, Puan Zariah Bt Mairaj selaku tuan rumah yang menyediakan tempat bagi acara-acara yang dipertandingkan ini berlangsung.

Page 2: Ucapan Aluan PPPD J-QAF

Begitu juga kepada AJK Pelaksana Mahrajan j-QAF pada kali ini yang dapat menganjurkan satu aktiviti yang bercorak keislaman ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru j-QAF Daerah Muar- Ledang kerana dapat menguruskan majlis ini dengan jayanya.

Untuk makluman tuan, Program Mahrajan j-QAF diperingkat Daerah ini, adalah satu Program Pengayaan kepada Pendidikan Islam itu sendiri, di mana Program ini adalah kesinambungan penerapan Pendidikan Islam yang diajar di sekolah dan dengan program ini kita mampu mencungkil minat dan bakat murid melalui beberapa elemen pertandingan yang dilaksanakan. Untuk tema program Mahrajan ini juga tetap dengan tema yang diguna pakai untuk Karnival pendidikan Islam iaitu Al-Quran Menjana Tronfarmasi Ummah Wasatiah. Ianya masih berkisar dengan Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain.

Untuk makluman tuan dan hadirin-hadirat yang dikasihi sekalian, Tahun ini merupakan Mahrajan j-QAF yang paling ramai penyertaannya semenjak program j-QAF itu sendiri diwujudkan semenjak tahun 2005 bagi Daerah Muar dan Ledang. Alhamdulillah, walaupun kita di pihak Pejabat pendidikan masih dengan sistem penyertaan yang terbuka, iaitu masih tidak mewajibkan setiap sekolah menghantar wakil ke Mahrajan ini, namun sambutan dan penyertaan sekolah amat positif. Untuk kali ini penyertaan bagi Maharajan j-QAF adalah dari 34 sekolah yang terdiri dari 581 orang murid sekolah rendah. Tahniah diucapkan kepada sekolah dan peserta yang terlibat.

Bagi acara yang dipertandingkan ialah, Kalam Jamaie, Dikir Barat dalam bahasa Arab, Tilawah Al-Quran, Tulisan Khat dan Hiwar iaitu perbualan dalam bahasa Arab. Namun begitu bagi acara yang akan dipertandingkan di peringkat Negeri nanti adalah Kalam Jamaie, Dikir Barat dan Tilawah Al—Quran sahaja. Insya Allah, jika mengikut perancangan awal dari pihak Sektor pendidikan Islam JPNJ, peringkat Negeri akan di adakan pada 23 Ogos ini di Pontian.

Page 3: Ucapan Aluan PPPD J-QAF

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya majlis ini merupakan majlis yang sangat penting dalam usaha kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui acuan Islam.

Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mentransformasikan pendidikan bagi melahirkan pelajar-pelajar berilmu dan berkerampilan tetapi di dalam konteks Ilmu al-Quran yang mana pelajar-pelajar mengikuti kurikulum alternatif yang terkini. Maka adalah diharapkan guru menjadi lebih kreatif dan inovatif di dalam merangka pelbagai aktiviti yang memenuhi tahap pelajar terutamanya program j-QAF yang sudah sedia ada di sekolah. Saya percaya dan penuh yakin guru-guru dapat menunjukkan satu sikap yang positif bagi melahirkan dan membentuk pelajar supaya menjadi lebih berkeyakinan dengan perlembangaan Allah swt.

Tuan-tuan puan-puan yang dihormati,

Di dalam aktiviti ko akademik, aktiviti-aktiviti pembelajaran di dalam kelas telah di terjemahkan ke dalam aktiviti di luar bilik darjah khususnya melalui pertandingan-pertandingan sebegini. Saya melihatkan satu inisiatif yang sihat di dalam merangka satu aktiviti yang bercorak Islami. Murid-murid yang berbakat dan berpotensi di dalam kurikulum, ko kurikulum dan sebagainya hendaklah diberi peluang untuk menyertai pertandingan bagi memupuk sikap keyakinan diri dan mengembangkan potensi diri.

Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga, khususnya kepada Tuan PPD yang sudi hadir ke Program ini dan kepada semua yang menyumbangkan seluruh tenaga dan usaha demi menjayakan Mahrajan j-QAF Peringkat Daerah Muar dan Ledang bagi Tahun 2014. Saya juga mengharapkan usaha yang baik ini dapat diteruskan demi kemenjadian sahsiah Muslim di kalangan pelajar. Saya turut memohon ampun dan maaf bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pelaksana atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang menjayakan Mahrajan ini.

Page 4: Ucapan Aluan PPPD J-QAF

Akhir kata dari saya, Selamat Hari Raya Aldilfitri, maaf zahir dan batin, Kullu amm, wa antum bikhairin..

Sekian Wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabaratuh.

UCAPAN ALU-ALUAN

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM

PERINGKAT NEGERI JOHOR