tutorial 4 rbt3083 pentaksiran dlm rbtsr

3
Tutorial 4 (RBT3083 Pentaksiran dalam RBTSR) 1. Bagaimana kita boleh membina ujian subjektif supaya ujian itu mengandungi ciri: a) Kesahan b) Kebolehpercayaan c) Keobjektifan - Kesahan – sejauh mana ketepatan atau kesahihan sesuatu alat ujian. Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya dapat a) Elakkan petunjuk dalam soalan yang memudahkan calon memberikan respon Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) i. Soalan menepati tajuk-tajuk yang hendak diuji ii. Soalan mempunyai aras kesukaran yang betul mengikut Taksonomi Bloom iii. Bilangan soalan adalah seimbang Penggunaan perbendaharaan kata dalam item soalan mestilah sesuai dengan aras umur pelajar. Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait

Upload: siawhiong94

Post on 23-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

1. Bagaimana kita boleh membina ujian subjektif supaya ujian itu mengandungi ciri:a) Kesahanb) Kebolehpercayaanc) Keobjektifan

TRANSCRIPT

Page 1: Tutorial 4 RBT3083 Pentaksiran dlm RBTSR

Tutorial 4(RBT3083 Pentaksiran dalam RBTSR)

1. Bagaimana kita boleh membina ujian subjektif supaya ujian itu mengandungi ciri:

a) Kesahan

b) Kebolehpercayaan

c) Keobjektifan

-

Kesahan – sejauh mana ketepatan atau

kesahihan sesuatu alat ujian.

Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan

mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya

dapat mengukur secara tepat kebolehan dan

keupayaan calon- calon yang diuji.

a) Kesahan

Elakkan petunjuk dalam soalan yang memudahkan calon memberikan respon

Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

i. Soalan menepati tajuk-tajuk yang hendak diuji

ii. Soalan mempunyai aras kesukaran yang betul mengikut Taksonomi Bloom

iii. Bilangan soalan adalah seimbang bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk.

Penggunaan perbendaharaan kata dalam item soalan mestilah sesuai dengan aras umur pelajar.

Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait yang sama.

Page 2: Tutorial 4 RBT3083 Pentaksiran dlm RBTSR

Tutorial 4(RBT3083 Pentaksiran dalam RBTSR)

b) Kebolehpercayaan- Kebolehpercayaan – ketekalan, ketepatan, dan

kebolehbergantungan ujian berkenaan. - Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayaiakan

menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang

sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.

1. Menjalankan uji-ulang (retest) – selang masa yang sesuai digunakan untuk menguji semula

adalah 2-6 minggu

2. Skema penskoran perlu dibuat lebih awal

sebelum ujian dijalankan dan perlu

sisemak oleh beberapa pakar dalam bidang

yang diuji – disediakan satu jawapan sebagai

rangka bagi menetapkan skema pemarkahan

3. Arahan-arahan yang diberi dalam soalan

mestilah tepat dan jelas.

4. Memastikan masa yang diperuntukkan

untuk menjawab soalan adalah cukup.

5. Pengawasan yang teliti terhadap murid semasa

ujian dijalankan.

6. Persekitaran yang sesuai semasa ujian dijalankan, seperti

kerusi meja yang selesa serta ruang dan cahaya

yang cukup – memastikan murid

benar-benar menumpukan perhatian dalam menjawab soalan

Keobjektifan – sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.

Ini bermaksud jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa.

c) Keobjektifan

Skema penskoran perlu dibuat lebih awal sebelum ujian ditadbirkan kepada pelajar.

Penyelarasan semakan perskoran antara pemeriksa juga perlu dibuat bagi memastikan proses penskoran mempunyai keobjektifan yang tinggi.

Sediakan skema jawapan setiap soalan yang dibina secara analitik.