Download - Tutorial 4 RBT3083 Pentaksiran dlm RBTSR
Tutorial 4(RBT3083 Pentaksiran dalam RBTSR)
1. Bagaimana kita boleh membina ujian subjektif supaya ujian itu mengandungi ciri:
a) Kesahan
b) Kebolehpercayaan
c) Keobjektifan
-
Kesahan – sejauh mana ketepatan atau
kesahihan sesuatu alat ujian.
Ini bermaksud sesuatu alat ujian itu dikatakan
mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya
dapat mengukur secara tepat kebolehan dan
keupayaan calon- calon yang diuji.
a) Kesahan
Elakkan petunjuk dalam soalan yang memudahkan calon memberikan respon
Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
i. Soalan menepati tajuk-tajuk yang hendak diuji
ii. Soalan mempunyai aras kesukaran yang betul mengikut Taksonomi Bloom
iii. Bilangan soalan adalah seimbang bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk.
Penggunaan perbendaharaan kata dalam item soalan mestilah sesuai dengan aras umur pelajar.
Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait yang sama.
Tutorial 4(RBT3083 Pentaksiran dalam RBTSR)
b) Kebolehpercayaan- Kebolehpercayaan – ketekalan, ketepatan, dan
kebolehbergantungan ujian berkenaan. - Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayaiakan
menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang
sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan.
1. Menjalankan uji-ulang (retest) – selang masa yang sesuai digunakan untuk menguji semula
adalah 2-6 minggu
2. Skema penskoran perlu dibuat lebih awal
sebelum ujian dijalankan dan perlu
sisemak oleh beberapa pakar dalam bidang
yang diuji – disediakan satu jawapan sebagai
rangka bagi menetapkan skema pemarkahan
3. Arahan-arahan yang diberi dalam soalan
mestilah tepat dan jelas.
4. Memastikan masa yang diperuntukkan
untuk menjawab soalan adalah cukup.
5. Pengawasan yang teliti terhadap murid semasa
ujian dijalankan.
6. Persekitaran yang sesuai semasa ujian dijalankan, seperti
kerusi meja yang selesa serta ruang dan cahaya
yang cukup – memastikan murid
benar-benar menumpukan perhatian dalam menjawab soalan
Keobjektifan – sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa.
Ini bermaksud jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa.
c) Keobjektifan
Skema penskoran perlu dibuat lebih awal sebelum ujian ditadbirkan kepada pelajar.
Penyelarasan semakan perskoran antara pemeriksa juga perlu dibuat bagi memastikan proses penskoran mempunyai keobjektifan yang tinggi.
Sediakan skema jawapan setiap soalan yang dibina secara analitik.