tunas bola baling sks17 (2013).docx

9
Tunas Bola Baling SK S17 2013 1.0 PENDAHULUAN Sejak mula diperkenalkan pada sekitar penghujung tahun 1970-an, sukan bola baling bukanlah asing di negara kita, malah ia merupakan salah satu sukan yang cukup popular terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Ini kerana bola baling telah dimainkan di pelbagai peringkat melalui kejohanan- kejohanan anjuran majlis sukan-sukan sekolah di setiap negeri sehingga ke peringkat kebangsaan anjuran pihak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) sama seperti sukan-sukan lain. Program “Tunas Bola Baling Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam” ini merupakan satu program yang akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah di bawah kendalian Unit Kokurikulum SKS17 yang juga bermatlamatkan untuk mengharumkan nama SKS17 di kalangan sekolah-sekolah di peringkat MSSD Petaling Perdana melalui sukan bola baling. Ianya merupakan satu program pembangunan sukan jangka panjang bagi membentuk dan membangunkan atlet-atlet bola baling untuk menghadapi kejohanan- kejohanan bola baling anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor (MSSS) di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor sendiri pada masa akan datang. Program ini juga akan dikendalikan oleh ketua jurulatih bola baling SKS17 Encik Mohd Rosdi bin Zainal Abidin dan beberapa orang jurulatih lain. 2.0 RASIONAL 1

Upload: mohd-rosdi-zainal-abidin

Post on 12-Dec-2015

256 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

1.0 PENDAHULUAN

Sejak mula diperkenalkan pada sekitar penghujung tahun 1970-an, sukan bola

baling bukanlah asing di negara kita, malah ia merupakan salah satu sukan yang

cukup popular terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.

Ini kerana bola baling telah dimainkan di pelbagai peringkat melalui kejohanan-

kejohanan anjuran majlis sukan-sukan sekolah di setiap negeri sehingga ke peringkat

kebangsaan anjuran pihak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) – sama

seperti sukan-sukan lain.

Program “Tunas Bola Baling Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah

Alam” ini merupakan satu program yang akan dikelolakan oleh Majlis Sukan Sekolah

di bawah kendalian Unit Kokurikulum SKS17 yang juga bermatlamatkan untuk

mengharumkan nama SKS17 di kalangan sekolah-sekolah di peringkat MSSD Petaling

Perdana melalui sukan bola baling.

Ianya merupakan satu program pembangunan sukan jangka panjang bagi

membentuk dan membangunkan atlet-atlet bola baling untuk menghadapi

kejohanan-kejohanan bola baling anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor

(MSSS) di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana dan Jabatan

Pelajaran Negeri Selangor sendiri pada masa akan datang.

Program ini juga akan dikendalikan oleh ketua jurulatih bola baling SKS17 –

Encik Mohd Rosdi bin Zainal Abidin dan beberapa orang jurulatih lain.

2.0 RASIONAL

1

Page 2: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

2.1 Program ini difikirkan perlu setelah mencapai kejayaan dengan layak

ke peringkat separuh akhir bagi kategori lelaki dan perempuan pada

Kejohanan Bola Baling MSSD 2011 dan 2012

2.2 Satu program yang dilihat dapat memberi kesan positif kepada

pemain-pemain bola baling yang telah menimba pengalaman dengan

menyertai Kejohanan Bola Baling MSSD 2011 dan 2012

2.3 Kebanyakan pemain bola baling 2010 adalah dari kalangan murid-

murid Tahun 5. Sekiranya mereka terus digilap dengan latihan jangka

panjang, pasukan bola baling SKS17 ini mungkin akan terus dapat

mencabar pasukan-pasukan dari sekolah lain di dalam MSSD Petaling

Perdana 2011 dan 2012

2.4 Memiliki kemudahan dan keluasan padang yang paling sesuai untuk

menjalankan program ini berbanding bola sepak, hoki atau bola jaring

2.5 Reputasi SKS17 sebagai kuasa utama bola baling di peringkat MSSD

Petaling Perdana jika dilihat daripada statistik berikut:

● 2007 - Ketiga johan kategori lelaki

Johan kategori perempuan

● 2008 - Ketiga kategori lelaki

Johan kategori perempuan

● 2009 - Naib Johan kategori lelaki

● 2010 - Johan kategori lelaki

2

Page 3: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

2.4 Memiliki kepakaran dari segi aspek kejurulatihan kerana SKS17

memiliki jurulatih yang berpengalaman di kejohanan-kejohanan bola

baling peringkat daerah Petaling Perdana malah MSS Selangor.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan corak latihan dan kemahiran-kemahiran bola baling

yang lebih khusus kepada pemain

3.2 Menyediakan pasukan bola baling yang lebih mantap pada tahun-

tahun yang akan datang

3.3 Mewujudkan persefahaman, semangat kerjasama berpasukan, disiplin

dan toleransi sesama pemain dan antara jurulatih dengan pemain

3.4 Membina kekuatan mental dan fizikal serta keyakinan diri para pemain

untuk menghadapi sesuatu kejohanan/pertandingan

3.5 Melahirkan atlet-atlet yang mampu untuk bersaing di peringkat yang

lebih tinggi

3.6 Melahirkan pemain bola baling yang berkualiti dan mempunyai

semangat juang yang kental

3.7 Mengangkat nama sekolah melalui sukan bola baling di peringkat

MSSD dan MSSS

3

Page 4: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

3.8 Menjadikan bola baling sebagai salah satu ‘Sukan Teras SKS17’

3.9 Mengekalkan reputasi sebagai kuasa utama bola baling MSSD Petaling

Perdana

4.0TEMPAT

4.1 Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam

5.0TEMPOH DAN JANGKAMASA

5.1 Program ini akan diadakan pada setiap hari Rabu minggu kedua dan

keempat sepanjang sesi persekolahan tahun 2010 bermula pada bulan

September, serta mengikut kesesuaian jurulatih

5.2 Program dijalankan selama satu jam setengah (1 jam 30 minit) – mulai

jam 5.00 hingga 6.30 petang

6.0PESERTA

6.1 Pemain-pemain bola baling yang telah mewakili SKS17 ke Kejohanan Bola

Baling MSSD Petaling Perdana

6.2 Murid-murid Tahun 4 dan 5 yang berminat serta berpotensi besar di dalam

lapangan sukan

7.0 SASARAN

7.1 Layak ke peringkat akhir Kejohanan Bola Baling MSSD Petaling Perdana

2011 dan 2012.

7.2 Melahirkan pemain yang mampu mewakili Selangor ke peringkat MSSM

8.0 TENTATIF PROGRAM

KHAMIS -

8.00 pagi - Pendaftaran pemain

4

Page 5: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

Sarapan

8.30 pagi - Taklimat

9.00 pagi - Sejarah perkembangan bola baling

Undang-undang permainan

10.45 - Kudapan

11.00 pagi - Kemahiran asas permainan

Aktiviti bersama bola

12.30 tengah hari - Makan tengah hari / solat

2.00 petang - Kemahiran asas permainan

- Kemahiran hantaran

- Kemahiran menjaring

3.00 petang - Kemahiran asas permainan

- Kemahiran menjaga gol

4.00 petang - Bersurai

JUMAAT -

7.30 pagi - Sarapan

8.00 pagi - Kemahiran asas permainan

- Kemahiran serangan

- Kemahiran halangan

10.00 pagi - Kudapan

10.15 pagi - Simulasi permainan

12.30 tengah hari - Makan tengah hari / solat

2.30 petang - Simulasi permainan

4.30 petang - Minum petang

5.00 petang - Majlis penutupan

9.0 JAWATANKUASA

Penaung : Puan Maah bt Haji Rosdin(Guru Besar SKS17)

5

Page 6: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

Penasihat

Pengarah Program

Penyelaras Program

Ahli Jawatankuasa

:

:

:

:

Puan Ropidah bt Imas(Penolong Kanan Kokurikulum SKS17)

Encik Mohd Rosdi bin Zainal Abidin(Setiuasaha Majlis Sukan Sekolah SKS17)

Pn. Zanariah bt Abdul Halim(Ketua Jurulatih Bola Baling SKS17)

Encik Mohd Hisyam bin Ishak(Penolong Setiuasaha Majlis Sukan Sekolah SKS17)

Encik Hanafi bin Haron(Setiausaha Kokurikulum SKS17)

Encik Ahmad Faiz bin Abdul Halim(Jurulatih Bola Baling SKS17)

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN

9.1 Senarai keperluan

BIL

BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH

ALATAN HARG UNIT KUANTITI

6

Page 7: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

A

1

2

3

Bola

T-shirt Tunas

Minuman pelatih

RM60

RM10

RM1

Biji

Helai

Bil pelatih

10

30

Bil latihan

RM600

RM300

JUMLAH RM

9.2 Jumlah anggaran perbelanjaan untuk menjayakan program ini ialah

sebanyak

11.0 PENUTUP

Melalui moto Majlis Sukan Sekolah SKS17 iaitu ‘Ke Arah

Kecemerlangan Sukan’, semoga usaha murni serta semangat yang ada

pada penggerak-penggerak sukan SKS17 untuk menjayakan program “Tunas

7

Page 8: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

Bola Baling SKS17 2010 ” ini mampu untuk mengangkat nama sekolah di

dalam bidang kokurikulum secara amnya dan bidang sukan khususnya.

Akhir kata, dengan terlaksananya program ini, adalah diharapkan ia

dapat memberi manfaat yang besar selain mampu melahirkan murid-murid

yang berpotensi di dalam bidang akademik serta kokurikulum. Program ini

juga diharapkan dapat membawa sedikit sebanyak perubahan kepada

kemampuan dan pencapaian sukan SKS17 pada masa hadapan.

● Disediakan oleh,

................................................................

(MOHD ROSDI BIN ZAINAL ABIDIN)

Setiausaha

8

Page 9: TUNAS BOLA BALING SKS17 (2013).docx

Tunas Bola Baling SK S17 2013

Majlis Sukan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Seksyen 17,

Shah Alam.

● Disemak oleh,

................................................

(PUAN ROPIDAH BT IMAS)

Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Seksyen 17,

Shah Alam.

● Disahkan oleh,

.....................................................

(PUAN HAJAH MAAH BT HAJI ROSDIN)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Seksyen 17,

Shah Alam.

9