tugasan tutoriol gci

Upload: norazlinarahman

Post on 03-Jun-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 tugasan tutoriol gci

    1/7

    1

    TUGASAN A

    Pendidikan merupakan satuproses terancang untukmewujudkan suasanaproses pengajaran danpembelajaran antara guru

    pendidikan

    Isu keganasan antarabangsa

    Isu pemerdagangan manusia

    Kemiskinan Dunia Ketiga

    Isu pemakanan dan kesihatan

    Isu alam sekitar

    ISU KONFLIK DUNIA

  • 8/11/2019 tugasan tutoriol gci

    2/7

    2

    TUGASAN B

    Impak Konflik Dunia terhadap Peluang Pendididkan

    1. Pengenalan

    Pendidikan merupakan satu proses terancang untuk mewujudkan

    suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid supaya

    proses tersebut menjadi lancar dan dapat mengembangkan potensi diri masing-

    masing yang memerlukan ilmu dan kemahiran untuk membolehkan seseorang

    itu maju ke hadapan.Usaha melahirkan generasi yang mapan dengan ilmu di

    dada bukan sahaja mencakupi aspek akademik seseorang pelajar malah melibat

    beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

    Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat telah mentafsirkan konflik

    bermaksud perselisihan atau pertentangan antara individu. Konflik dunia pula

    bermakna pertentangan antara Negara. Terdapat beberapa isu goblal yang telah

    menyebabkan konflik dunia pada masa kini. Contohnya, isu keganasan

    antarabangsa, isu pemerdagangan manusia, kemiskinan Dunia Ketiga, isu

    pemakanan dan kesihatan, dan isu alam sekitar. Isu-isu global yang beraku

    secara giat ini telah mendatangkan kesan-kesan yang negatif terhadap sistem

    pendidikan. Persoalan di sini, apakah implikasi konflik dunia terhadap sistempendidikan? Tepuk dada tanya selera.

  • 8/11/2019 tugasan tutoriol gci

    3/7

    3

    2. Isu-isu konflik dunia

    2.1 Isu keganasan antarabangsa

    Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti

    pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik

    daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan

    ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak

    membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir

    kehancuran.

    Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan. Pergolakan politik

    akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ini juga menyebabkan

    peperangan selalu berlaku. Kadang kali, banyak sekolah akan diroboh akibat

    berlakunya peperangan. Hal ini juga bermakna banyak pelajar tidak dapat pergi

    ke sekolah untuk menerima pendidikan. Apabila peperangan berlaku, suasana di

    sekeliling akan menjadi huru-hara dan bising. Suasana yang sebegini tidak

    sesuai untuk belajar. Jadi, jelaslah bahawa berlakunya isu keganasan

    antarabangsa telah menyebabkan penurunan peluang pendidikan.

    2.2 Isu pemerdagangan manusia

    Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang

    melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti

    buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih

    sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan,

    pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagitujuanperhambaan,pelacuran, danburuh paksa (termasuk melalui ikatan

    hutang).

    Pada masa kini, banyak kanak telah diculik. Banyak daripada mereka

    diculik untuk tujuanperhambaan,pelacuran, danburuh paksa. Ini telah

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Perhambaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pelacuranhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Buruh_paksa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Perhambaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pelacuranhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Buruh_paksa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Buruh_paksa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelacuranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perhambaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Buruh_paksa&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelacuranhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perhambaan
  • 8/11/2019 tugasan tutoriol gci

    4/7

    4

    menjejaskan masa depan mereka kerena mereka tidak mendapat peluang

    pendidikan sejak kecil lagi. Ini juga menyebabkan berlakunya masalah

    kekurangan murid atau dipanggil SKM(sekolah yang kurang daripada 250 orang).

    Banyak sekolah telah dipaksa ditutup kerana kekurangan murid. Hal ini

    bermakna peluang pendidikan akan merosot.

    2.3 Kemiskinan Dunia Ketiga

    Dunia ketiga ialah Negara yang mundur dan tidak maju. Negara-negara

    tersebut lemah dari segi politik, sosial dan ekonomi. Umumnya kemiskinan

    dirujuk kepada tingkat pendapatan mutlak rendah. Kemiskinan merupakan

    problematika kemanusiaan yang telah mendunia dan hingga kini masih menjadi

    isu sentral di belahan bumi manapun. Selain bersifat laten dan aktual,

    kemiskinan adalah penyakit sosial ekonomi yang tidak hanya dialami oleh

    Negara-negara berkembang melainkan negara maju sepeti Inggeris dan Amerika

    Serikat.

    Oleh sebab Negara yang mundur dan tidak maju, masyarakat di situ

    biasanya terdiri daripada keluarga yang miskin. Ibu bapa tidak berupaya

    membayar yuran pembelajaran anak-anak mereka. Pihak kerajaan juga tidak

    berupaya mengupah banyak guru di sekolah dan menyebabkan kekurangan

    guru di sekolah. Pihak sekolah juga tidak berupaya membekalkan kemudahan

    asas untuk pendidikan kerana kekurangan wang. Oleh itu, masyarakat tidak

    dapat mempunyai peluang pendidikan yang tinggi.

    2.4 Isu pemakanan dan kesihatan

    Hari ini, banyak kes kelebihan berat badan dan obesiti di kalangan

    masyarakat. Beberapa jenis penyakit atau masalah kesihatan utama yang

    dihadapi masyarakat masa kini termasuklah masalah jantung, diabetes atau

    kencing manis dan tekanan.

  • 8/11/2019 tugasan tutoriol gci

    5/7

    5

    Isu pemakanan dan kesihatan telah menjejaskan tahap kesihatan

    masyarakat. Masyarakat yang kurang sihat tidak dapat pergi ke sekolah untuk

    belaar kerana mereka perlu menerima rawatan di hospital pada masa yang

    singkat atau panjang. Oleh hal demikian, mereka tidak dapat melibatkan diri

    dalam apa-apa yang dianjurkan oleh pihak sekolah, seperti bidang sukan.

    Peluang pendidikan juga berkurangan.

    2.5 Isu alam sekitar

    Alam sekitar bermaksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Dalam

    usaha mengejar kemodenan negara, mengabaikan masalah-masalah alam

    sekitar ini telah mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar. Pencemaran

    alam sekitar akan menyebabkan kesan yg negetif kepada kesihatan manusia

    dan juga sistem pendidikan negara. Banyak negara maju dan membangun

    mementingkan kemajuan dan pembangunan fizikal untuk kesejahteraan rakyat,

    namun sedikit demi sedikit telah merosakkan alam sekitar.

    Pancaran matahari yang terik telah menyebabkan pemanasan global.

    Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida

    yang terkumpul di dalam udara. Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian

    kepada pelajaran dalam suasana tang terlalu panas. Selain itu, pencemaran

    bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan

    kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Pencemaran bunyi

    menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan juga

    secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada

    120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang

    kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Ini akanmenjejaskan pendidikan mereka.

  • 8/11/2019 tugasan tutoriol gci

    6/7

    6

    REFLEKSI

    Secara keseluruhannya, tugasan ini amat memberikan impak yang positif dan

    membina kepada diri saya mahupun rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sebagai

    bakal guru, pengetahuan dalam isu semasa pada peringkat tempatan mahupun global

    perlu dan wajar diketahui untuk dijadikan nilai tambah kepada diri sendiri. Hal ini

    demikian kerana, banyak kemajuan yang positif yang telah dicapai oleh negara-negara

    yang lain di dunia ini, dan masyarakat Malaysia khususnya warga pendidik harus

    mengambil iktibar daripada perkara berikut demi untuk menstransformasikan agenda

    pendidikan negara kearah yang lebih efektif.

    Sebelum saya menerima kerja kursus GCI 1022, saya amat bimbang kerana

    ilmu pengetahuan saya tentang subjek ini adalah sedikit. Namun begitu, saya selalu

    meminta ajar daripada pensyarah saya dan rakan-rakan saya.

    Sesungguhnya, banyak input-input penting yang perlu diberi perhatian khusus

    daripada tugasan ini. Walaupun mengalami kekangan dari aspek masa semasa

    menyiapkan tugasan ini, namun perkara ini telah mendidik saya supaya berkebolehan

    untuk mengurus masa dengan baik. Selain itu, kekangan yang lain seperti kesukaran

    untuk mendapatkan bahan rujukan telah mengajar saya dan rakan-rakan untuk

    berusaha mencari alternative yang lain. Kesimpulannya, tugasan ini telah

    menggerakkan saya untuk menjadi seorang individu yang multifungsi dan berfikiran

    kritikal.

    Selepas melaksanakan tugasan ini, saya lebih yakin kepada subjek ini dan

    saya percaya semangat kerjasama antara rakan-rakan adalah penting dalam

    menghasilkan sesuatu projek.

  • 8/11/2019 tugasan tutoriol gci

    7/7

    7

    RUJUKAN

    Internet

    Isu keganasan antarabangsa, turun 12 SEPT 2013,darihttp://stpm-

    pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.html

    Isu pemerdagangan manusia, turun 12 SEPT 2013,dari

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusia

    Kemiskinan Dunia Ketiga, turun 12 SEPT 2013,dari

    http://lasonearth.wordpress.com/makalah/makalah-kewarganegaraan-kemiskinan/

    Isu alam sekitar, turun 12 SEPT 2013,darihttp://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htm

    Kausar kreatif (2009) . Nasihat Online Untuk Masalah Kesihatan Anda. Muat turun 12 SEPT 2013,

    darihttp://kausarkreatif-kp.blogspot.com/2009/10/nasihat-online-untuk-masalah-kesihatan.html

    SYED AZWAN SYED ALI (2011). 15 Jenis Makanan dijual di sekolah. Muat turun 12 SEPT 2013, dari

    http://www.smktebobon.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=127&Itemid=82

    Buku

    Mohmadisa Hashim. (1998). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia. Perak Darul

    Ridzuan,Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.

    http://stpm-pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.htmlhttp://stpm-pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.htmlhttp://stpm-pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.htmlhttp://stpm-pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusiahttp://lasonearth.wordpress.com/makalah/makalah-kewarganegaraan-kemiskinan/http://lasonearth.wordpress.com/makalah/makalah-kewarganegaraan-kemiskinan/http://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htmhttp://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htmhttp://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htmhttp://kausarkreatif-kp.blogspot.com/2009/10/nasihat-online-untuk-masalah-kesihatan.htmlhttp://kausarkreatif-kp.blogspot.com/2009/10/nasihat-online-untuk-masalah-kesihatan.htmlhttp://kausarkreatif-kp.blogspot.com/2009/10/nasihat-online-untuk-masalah-kesihatan.htmlhttp://www.smktebobon.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=127&Itemid=82http://www.smktebobon.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=127&Itemid=82http://www.smktebobon.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=127&Itemid=82http://kausarkreatif-kp.blogspot.com/2009/10/nasihat-online-untuk-masalah-kesihatan.htmlhttp://kausarkreatif-kp.blogspot.com/2009/10/nasihat-online-untuk-masalah-kesihatan.htmlhttp://tatiuc.edu.my/syahrul/isu_alam_sekitar.htmhttp://lasonearth.wordpress.com/makalah/makalah-kewarganegaraan-kemiskinan/http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemerdagangan_manusiahttp://stpm-pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.htmlhttp://stpm-pengajian.blogspot.com/2011/07/karangan-keganasan-antarabangsa.html