assignment gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

21
3.0 Faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan Kesatuan Eropah Terdapat pelbagai faktor utama yang secara jelasnya telah membawa kepada penyatuan negara-negara di benua Eropah. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah kesatuan Eropah yang ada seperti sekarang. Faktor yang terlibat boleh dilihat dari pelbagai aspek. Salah satunya adalah dari segi penubuhan satu identiti yang sama di bawah penyatuan beberapa buah negara yang umumnya terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa. Walau bagaimanapun,ia bukanlah suatu perkara yang mudah bagi merealisasikan impian ke arah menyatukan komuniti Eropah untuk mewujudkan satu identiti. Justeru, dalam usaha untuk merealisasikannya, proses ini memerlukan beberapa faktor penting yang mampu dijadikan sebagai alasan kukuh yang mana boleh membawa kepada penyatuan komuniti Eropah ini. Antara faktor yang dilihat mampu membantu ke arah penyatuan negara-negara Eropah adalah faktor geografi dan budaya. Ini kerana kedudukan negara yang berada dalam keadaan bersepadanan antara satu sama lain telah memupuk kepada penyatuan komuniti Eropah. Faktor ini juga tidak hanya dilihat dari segi kedudukan negara tersebut sahaja, malahan turut melibatkan dari segi budaya dan bahasa yang berbeza. Pada hari ini, warisan budaya Eropah yang semestinya sangat kaya dan pelbagai semakin berkembang dengan pesat sekali. Dengan sejumlah besar bangsa dimuatkan serta dipadatkan ke dalam mana-mana kawasan yang kecil di sekitar kawasan di Eropah, didapati bahawa komuniti di Eropah kuat menyokong dan mempertahankan identiti budaya individu.’The European Capitals of Culture’ merupakan salah satu program berprofil tinggi serta sangat penting yang bermula pada tahun 1985. Program ini bertujuan untuk menonjolkan kepelbagaian budaya yang ada di Eropah, meraikan hubungan budaya, serta memandu masyarakat Eropah yang jelasnya mempunyai latar belakang berbeza 1

Upload: zaki-azman

Post on 14-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

hasil daripada penyatuan Eropah banyak pencapaian telah dicapai negara-negara di benua Eropah. Hal tersebut secara tidak langsung memberi kesan kepada sistem pendidikan malaysia dalam usaha untuk meletakkan nama malaysia di mata dunia.

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

3.0 Faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan Kesatuan Eropah

Terdapat pelbagai faktor utama yang secara jelasnya telah membawa kepada penyatuan

negara-negara di benua Eropah. Sehubungan dengan itu, maka wujudlah kesatuan Eropah

yang ada seperti sekarang. Faktor yang terlibat boleh dilihat dari pelbagai aspek. Salah

satunya adalah dari segi penubuhan satu identiti yang sama di bawah penyatuan beberapa

buah negara yang umumnya terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa. Walau

bagaimanapun,ia bukanlah suatu perkara yang mudah bagi merealisasikan impian ke arah

menyatukan komuniti Eropah untuk mewujudkan satu identiti. Justeru, dalam usaha untuk

merealisasikannya, proses ini memerlukan beberapa faktor penting yang mampu dijadikan

sebagai alasan kukuh yang mana boleh membawa kepada penyatuan komuniti Eropah ini.

Antara faktor yang dilihat mampu membantu ke arah penyatuan negara-negara Eropah

adalah faktor geografi dan budaya. Ini kerana kedudukan negara yang berada dalam

keadaan bersepadanan antara satu sama lain telah memupuk kepada penyatuan komuniti

Eropah. Faktor ini juga tidak hanya dilihat dari segi kedudukan negara tersebut sahaja,

malahan turut melibatkan dari segi budaya dan bahasa yang berbeza.

Pada hari ini, warisan budaya Eropah yang semestinya sangat kaya dan pelbagai semakin

berkembang dengan pesat sekali. Dengan sejumlah besar bangsa dimuatkan serta

dipadatkan ke dalam mana-mana kawasan yang kecil di sekitar kawasan di Eropah, didapati

bahawa komuniti di Eropah kuat menyokong dan mempertahankan identiti budaya

individu.’The European Capitals of Culture’ merupakan salah satu program berprofil tinggi

serta sangat penting yang bermula pada tahun 1985. Program ini bertujuan untuk

menonjolkan kepelbagaian budaya yang ada di Eropah, meraikan hubungan budaya, serta

memandu masyarakat Eropah yang jelasnya mempunyai latar belakang berbeza agar dapat

bersama-sama dalam satu komuniti. Selain itu, program ini juga telah menyediakan

rangsangan ekonomi yang berkekalan ke kawasan bandar-bandar dan wilayah,

meningkatkan profil antarabangsa mereka, dan juga menaikkan imej mereka di mata

penduduk mereka sendiri. Tambahan pula, dengan menyokong pendidikan pelbagai

bahasa, Eropah juga turut menguatkan lagi hubungan antara kepelbagaian budaya dan

rakyatnya. Berdasarkan kajian, didapati bahawa kesatuan Eropah mempunyai 24 bahasa

rasmi, manakala benua Eropah pula mempunyai lebih daripada 60 bahasa asli. Seperti

biasa, masyarakat pendatang yang berkembang sudah pasti membawa sekali pengaruh

bahasa baru ke dalam benua Eropah. Antaranya, termasuklah Bahasa Arab, Mandarin dan

juga Hindi. Hasil daripada kajian yang dijalankan pada tahun 2006 di Eropah menunjukkan

53 peratus daripada responden mampu bertutur menggunakan bahasa kedua, dan 28

peratus pula mampu untuk bercakap menggunakan dua bahasa asing. Dalam masa yang

1

Page 2: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

sama, kajian ini juga mendapati bahawa hanya 8 peratus responden sahaja yang

menganggap bahawa pembelajaran bahasa yang pelbagai adalah tidak penting.

Seterusnya, faktor lain yang dapat dilihat adalah dari segi faktor ekonomi. Faktor ini sedikit

sebanyak didapati amat membantu dalam usaha untuk menyatukan Eropah. Bagaimana

ekonomi telah memainkan peranan penting dalam penyatuan Eropah dapat dilihat pada

tahun 1957. Pada ketika itu, sebanyak enam buah negara seperti Belgium, Itali, Jerman,

Belanda, Perancis dan Luxemberg telah terlibat dalam Perjanjian Rome berikutan dengan

kejayaan Komuniti Batu Arang dan Keluli Eropah (ECSC). Perjanjian ini telah memperluas

kerjasama negara dengan adanya penubuhan Komuniti Tenaga Atom Eropah

(Euroatom)serta penubuhan ‘Europe Economic Community (EEC)’ atau Komuniti Ekonomi

Eropah yang juga berlandaskan kepada konsep ‘pasaran bersama’. Melalui Euroatom,

negara berkenaan akan menggembleng sumber untuk memajukan tenaga nuclear bagi

pengeluaran kuasa eletrik dan kegunaan lain yang tidak berbahaya. Bagi EEC pula, ia

berusaha untuk menggabungkan sumber ekonomi negara anggota. Pada tahun 1958,

Euroatom dan EEC mula beroperasi. Kedua-duanya berkongsi badan kehakiman dan

perundangan ECSC. Namun begitu, setiap satunya mempunyai agensi eksekutif yang

berasingan. Pada tahun 1967, ketiga-tiga organisasi ini menggabungkan agensi eksekutif

mereka yang kemudiannya membuatkan ECSC, Euroatom dan EEC dikenali sebagai

Komuniti Eropah (EC). Berhubung dengan perkara tersebut, kita dapat lihat bagaimana

proses ke arah penyatuan komuniti Eropah di bawah aspek ekonomi telah tercetus. Selain

itu, perkara lain yang dilihat mampu membawa kepada penyatuan Eropah dalam aspek

ekonomi adalah wujudnya Pasaran Tunggal. Pasaran Tunggal atau Single Market ini

merupakan suatu sistem yang membolehkan individu mahupun barangan atau

perkhidmatan beroperasi serta bergerak dengan bebas merentasi sempadan negara di

Eropah. Sehubungan dengan itu, melalui pengiktirafan bersama yang menghapuskan

halangan perdagangan, rakyat di Eropah diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan,

bekerja dan belajar di mana-mana negara di Eropah. Namun begitu, setiap negara di

Eropah masih terdapat perbezaan cukai negara.

Di samping itu, faktor lain yang juga dilihat mampu memainkan peranan penting dalam

penyatuan negara-negara di Eropah adalah faktor keselamatan. Selepas menyedari bahawa

pentingnya kewujudan satu badan bersama dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan

negara serantau, mereka telah sebulat suara untuk menubuhkan sebuah pakatan bersama

dipanggil Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau singkatannya NATO pada 4 April 1949.

NATO merupakan pertubuhan ketenteraan yang diwarisi sejak Perang Dingin bagi

mengimbangi pengaruh Komunis yang semakin berleluasa di Eropah pada ketika itu. Oleh

2

Page 3: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

itu, negara-negara Eropah lain yang agak tergugat melihat keadaan ini memulakan inisiatif

yang didokong oleh Amerika Syarikat untuk menubuhkan sebuah pertubuhan ketenteraan

dengan tujuan memperkuatkan semula Eropah daripada diancam oleh mana-mana kuasa

luar terutamanya Soviet Union. Pertubuhan ini dianggotai oleh 22 daripada 28 negara

Eropah dan penubuhannya juga bertujuan untuk menjamin keselematan serantau. NATO

juga mempunyai organisasi yang tetap dan ibu pejabatnya yang tetap di Brussels. Dalam

masa yang sama, jika dilihat negara lain juga turut menganggotai NATO, namun demikian

pertubuhan ini tetap dikuasai oleh Negara-negara Eropah. Artikel 5 dalam Perjanjian Atlantik

Utara menjelaskan bahawa negara anggota perlu membantu negara anggota lain sekiranya

mereka terlibat dalam serangan bersenjata. Justeru, sudah terang lagi bersuluh bahawa

dasar ini adalah komponen penting dalam menjamin keselamatan negara Eropah daripada

ancaman pihak luar.

Negara-negara Eropah juga memahami akan kepentingan keselamatan domestik dan

pertukaran maklumat antara negara serantau mampu mencegah lebih banyak jenayah

domestik dan mengurangkan kadar ancaman dalaman. Oleh yang demikian, Polis Eropah

atau Europol telah ditubuhkan dalam usaha untuk menangani jenayah terancang

antarabangsa dan juga pengintipan jenayah. Europol bertindak aktif dalam urusan kastam,

imigresen, sempadan, kepolisan rentas negara dan banyak lagi. Tugas mereka yang

sedemikian rupa juga telah memainkan peranan dalam mewujudkan penyatuan Eropah.

Dengan ibu pejabatnya yang terletak di The Hague, Europol berterusan mengeratkan

kerjasama kepolisan antara negara Eropah dengan pembekalan maklumat bersama,

analisis risikan, latihan, perkongsian bank data dan banyak lagi yang dijalankan bersama

oleh wakil dari negara-negara Eropah yang bertugas di Europol.

Faktor seterusnya yang membawa kepada penyatuan Eropah adalah politik. Eropah

sebagai sebuah rantau yang dikurniakan dengan kepelbagaian unik mempunyai pelbagai

jenis etnik dan kaum. Sehubungan dengan itu, setiap negara mempunyai ideologi masing-

masing dan cara tersendiri dalam membentuk negara mereka. Walau bagaimanapun,

sebuah rancangan telah dimajukan untuk membentuk sebuah kesatuan Eropah yang lebih

berkesan. Rancangan ini dinamakan sebagai United State Of Europe. Sehingga kini,

perdebatan di kalangan rakyat dan pemimpin masih berterusan bagi melihat adakah

rancangan untuk mewujudkan ‘kerajaan besar’ di rantau Eropah sebagai sebuah idea yang

baik. Dalam hal ini, Presiden Perancis iaitu Francois Hollande menegaskan bahawa

perlunya kepada sebuah kerajaan yang akan mengawal selia ekonomi Eropah. Pendapat

beliau itu juga turut disokong oleh Canselor Jerman, Angela Merkel yang menjangka

3

Page 4: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

bahawa akan wujud kesatuan politik di Eropah dengan Kesatuan Eropah bertindak sebagai

‘kerajaan besar’ kepada United State Of Europe ini.

4

Page 5: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

1.0 Pengenalan tentang Kesatuan Eropah

European Unity (EU) ataupun Kesatuan Eropah merupakan satu kesatuan antarabangsa

yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah. Pertubuhan sebelumnya, "Komuniti

Ekonomi Eropah" telah diasaskan pada 1957 melalui Perjanjian Rom. Namun begitu,

Perjanjian Maastricht 1992 membawa banyak perubahan terhadap pertubuhan ini,

terutamanya dalam hal ehwal kewangan, politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan

Eropah". Pada hari ini, EU mempunyai 28 negara ahli dan juga terdapat beberapa negara

lagi yang sedang memohon untuk memasukinya.

Jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar setiap negara ahli EU adalah paling banyak di dunia,

iaitu 11.6 trilion euro (AS$15.7 trilion). EU mempraktikkkan konsep pasaran tunggal melalui

dasar perdagangan umum, Dasar Pertanian/Perikanan Umum, dan Dasar Pembangunan

Serantau. Selain itu, mata wang euro pula telah diperkenalkan pada 2004 dan digunakan

oleh 13 negara ahlinya (dipanggil Eurozone). Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar

Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga kerjasama yang berkaitan dengan hal

ehwal polis dan kehakiman.

Seterusnya, antara institusi-institusi penting yang terdapat dalam EU adalah Suruhanjaya

Eropah, Parlimen Eropah, Majlis Kesatuan Eropah, Mahkamah Keadilan Eropah dan juga

Bank Pusat Eropah. Di samping itu, melalui Perjanjian Schengen yang telah dipersetujui,

warga EU berhak melabur, bermastautin, bergerak dan bekerja di negara ahli EU lain

dengan bebas tanpa pasport dan pemeriksaan kastam.

Dalam masa yang sama, kesatuan ini juga merupakan pertubuhan serantau (regional

organisation) yang terbesar di dunia.Hak-hak penting kebangsaan negara-negara ahli

seperti dasar kewangan, pasaran dalam negara, dan perdagangan luar semuanya

dipindahkan kepada kesatuan ini. Namun begitu, walaupun EU kelihatan seperti sebuah

kerajaan persekutuan (seperti Amerika Syarikat), kesatuan ini tidak diuruskan seperti

kerajaan persekutuan tetapi berdasarkan "prinsip subsidiariti".

Isu terbesar EU pada masa kini ialah pembesaran kesatuan, penyertaan Euro di negara

anggota yang masih belum menerima mata wang EU ini serta hubungan dengan Amerika

Syarikat. Draf terakhir perlembagaan Eropah telah dicapai pada 18 Jun 2004, dan kini

menunggu pengesahan dari setiap negara anggota.

5

Page 6: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

2.0 Sejarah Kesatuan Eropah

Usaha-usaha ke arah penyatuan negara-negara di Eropah sebenarnya telah berlaku

beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula sejak dari zaman Empayar Rom

lagi, kemudian berlanjutan sehingga zaman Empayar Frankish Charlemagne, sehinggalah

Napoleon dan penaklukan Jerman dalam Perang Dunia II.

Didapati bahawa kebanyakan usaha ini lebih kepada penggunaan kekerasan dan

ketenteraan yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal lama serta tidak stabil. Se

hubungan dengan itu, penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan telah

diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851. Dorongan serta motivasi untuk mewujudkan

negara-negara Eropah yang membangun dan bebas perang semakin memuncak berikutan

dengan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang telah meletus dan jelasnya

telah memberi impak yang cukup besar kepada benua Eropah. Sentimen ini akhirnya telah

membawa kepada kewujudan Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah pada 1951.

Kesatuan yang sebenar telah ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian Rom dan kesatuan

ini kemudiannya diberi nama sebagai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC). Ia dimulakan pada 1

Januari 1958. Seterusnya, kesatuan ini kemudiannya dinamakan Komuniti Eropah dan

akhirnya ditukar kepada Kesatuan Eropah. Kesatuan Sehubungan dengan ini, dapat dilihat

bahawa Eropah telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada persekutuan

ekonomi dan politik.

Sejak 1 Mei 2004, Kesatuan Eropah terdiri daripada 25 negara anggota. Kesatuan ini

dimulakan oleh 6 buah negara iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Jerman Barat, Itali,

Luxembourg, dan Belanda. Kemudian, kesatuan ini telah mengalami beberapa kali

pembesaran bermula 1973 sehinggalah 2004 yang menjadikan kesatuan ini terdiri daripada

25 buah negara. Denmark, Ireland, dan United Kingdom pada 1973. Seterusnya, Greece

pada 1981, Portugal dan Sepanyol pada 1986. Kemudiannya Jerman Timur pada 1990.

Hasil daripada penyatuan Jerman Timur dan Barat, ianya telah menjadikan Jerman sebagai

negara terbesar di Eropah yang mana pada masa kini kapasitinya adalah 80 juta orang

penduduk. Seterusnya Austria, Finland, dan Sweden. Pada tahun 2004 Cyprus, Republik

Czech, Estonia, Hungary, Latvia, Lithuania, Malta, Poland, Slovakia dan Slovenia

kemudian pada tahun 2007 pula Bulgaria dan Romania. Croatia pula pada tahun 2013.

Seterusnya, Greenland yang telah diberi hak pemerintahan kerajaan sendiri (home rule)

oleh Denmark, mengambil langkah untuk meninggalkan kesatuan ini pada 1985.

6

Page 7: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

Selain itu, terdapat juga negara yang mempunyai hubungan istimewa dengan Kesatuan

Eropah ini. Sebagai contoh, banyak negara seperti Monaco dan Andorra mempunyai

perjanjian khas dengan kesatuan ini yang secara tidak langsung membolehkannya

mengguna dan menghasilkan mata wang Euro. Dalam masa yang sama, terdapat juga

kawasan negara anggota istimewa yang mempunyai hubungan dengan kesatuan ini.

Antaranya, Pulau Canary dan Isle of Man yang realitinya terletak di luar benua Eropah tetapi

telah diterima sebagai anggota kesatuan ini.

7

Page 8: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan -

2.0 Sejarah Kesatuan Eropah -

3.0 Faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan Kesatuan Eropah -

4.0 Pengenalan kepada sistem pendidikan di Malaysia -

5.0 Kesan penyatuan Eropah kepada sistem pendidikan di Malaysia -

6.0 Lampiran

7.0 Refleksi -

8.0 Bibliografi -

8

Page 9: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

5.0 Kesan penyatuan Eropah terhadap sistem pendidikan di negara Malaysia

Sebagaimana yang kita telah ketahui, penyatuan Eropah ini telah membawa banyak

kemajuan kepada benua itu sendiri. Tidak kiralah samada dari aspek politik, sosial mahupun

ekonomi, banyak kejayaan telah dicapai melalui penyatuan ini. Sehubungan dengan

pencapaian tersebut, ia sedikit sebanyak telah memberi kesan-kesan positif terhadap sistem

pendidikan yang ada di Malaysia sekarang.

5.1 Industri automotif

Antara kejayaan Eropah yang dapat dilihat di mata dunia pada masa kini adalah

melalui industri automotif mereka. Industri mereka ini sudah mencapai suatu tahap

kemajuan yang cukup memberangsangkan di mana mereka telah menggunakan teknologi-

teknologi yang sangat moden bagi membangunkan industri ini. Sebagai contoh, syarikat-

syarikat Eropah yang berasaskan industri automotif yang telah berjaya menaikkan nama

Eropah di mata dunia ialah Ferrari, Ford, BMW, Volkswagen, dan Mercedes Benz. Nama-

nama tersebut sudah tidak asing lagi dalam dunia automotif pada masa kini dan setiap

produk keluaran mereka pasti akan mendapat tempat di hati peminat-peminat automotif di

luar sana yang kebanyakannya meminati kereta. Hal ini kerana, produk-produk keluaran

mereka rata-ratanya mempunyai reka bentuk yang unik, dinamik dan unggul. Selain itu, ia

juga dilengkapi dengan teknologi serba canggih seperti enjin kuasa kuda yang berprestasi

tinggi, sistem yang mesra alam serta menyediakan kawalan yang terbaik kepada pengguna

semasa menggunakannya.

Dalam masa yang sama, produk-produk ini juga telah menempa nama di Malaysia.

Sebagai contoh, selepas menerima anugerah ‘Jenama Paling Berkuasa di Dunia’, Ferrari

sekali lagi menempa sejarah apabila dianugerahkan ‘Jenama Terbaik dalam Automotif’ di

Malaysia bagi tahun 2013-2014. Ia mengungguli kategori kereta sports mewah.

Penganugerahan ini telah dilaksanakan oleh BrandLaureate Brand. Program ini telah mula

diperkenalkan sejak tahun 2005, ia dioperasikan oleh Asia Pacific Brand Foundation (APBF)

iaitu sebuah organisasi yang diwujudkan bukan atas dasar keuntungan tetapi didedikasikan

untuk membangunkan jenama di dalam bidang berkaitan. Ia diterajui oleh bekas Perdana

Menteri ke-empat Malaysia iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad. Anugerah BrandLaureate ini

bertujuan untuk memberikan penghargaan buat jenama yang terbaik di Malaysia dan dunia.

Ia dianugerahkan kepada mana-mana jenama yang layak termasuk daripada syarikat multi-

nasional, syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham dan lain-lain. Asalkan jenama

tersebut menepati syarat kelayakan yang ditetapkan oleh APBF.

9

Page 10: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

Di Eropah, antara negara yang bergiat aktif dalam industri ini adalah negara Jerman.

Industri automotif di Jerman adalah merupakan salah satu industri yang paling banyak

menggunakan tenaga kerja di negara itu, dengan jumlah keseluruhan pekerja adalah

sekitar 866.000 orang pada tahun 2005. Selain itu, Jerman  juga adalah negara pengeluar

kereta yang terbesar di Eropah. Boleh dikatakan 29% daripada jumlah produk Eropah

adalah berasal dari Jerman, kemudian diikuti oleh Peracis sebanyak 18%, Sepanyol 13%

dan Britain 9%. Pada tahun 2009, Kanselor Jerman Angela Merkel mengatakan bahawa jika

Jerman ketinggalan dalam teknologi berkaitan dengan kenderaan elektrik, maka Jerman

juga akan kehilangan pasarannya. Pada masa kini, sudah terdapat 7 perusahaan automotif

yang menguasai industri automotif di Jerman iaitu Audi AG, Volkswagen AG, BMW

AG,Daimler AG, Dr. Ing. h.c. F. Porsche AG, Adam Opel AG dan Ford-Werke GmbH. Setiap

tahun hampir 6 juta kenderaan dihasilkan di negara ini, dan 5.5 juta unit lainnya pula

diproduksi oleh perusahaan Jerman di negara lain. Selain Amerika Syarikat, China,

dan Jepun, Jerman juga merupakan salah satu dari empat pengeluar automotif utama dunia.

Kumpulan Volkswagen sendiri merupakan perusahaan automotif terbesar ketiga dunia,

bersama dengan Toyota dan General Motors.

Daripada kemajuan tersebut, kerajaan Malaysia perlulah menyahut cabaran dengan

berupaya untuk membina sebanyak mungkin industri automotif yang gah seperti yang ada di

Eropah. Jika dilihat pada masa kini, Malaysia sudah mempunyai Proton, Naza dan Perodua

yang tidak kurang hebatnya dari segi teknologi yang digunakan dan menyediakan kualiti

yang bertaraf antarabangsa. Pada masa kini juga, kereta jenama Malaysia juga sudah

mampu menembusi pasaran luar negara. Sebagai contoh Proton sudah berjaya

melancarkan modelnya di beberapa buah Negara seperti Australia, Brunei dan Thailand.

Daripada situ dapat dilihat bahawa industri automotif Malaysia juga mempunyai sengatnya

yang tersendiri.

Namun begitu, dari hari ke hari kita memerlukan inovasi dan idea yang lebih kreatif

bagi melonjakkan lagi industri automotif negara ke suatu tahap yang lebih tinggi dari

sebelum ini. Berhubung dengan perkara ini, sistem pendidikan sangat memainkan peranan

penting dalam menyediakan modal insan yang mampu memacu kemajuan tersebut. Justeru,

suatu jalinan antarabangsa antarabangsa antara Malaysia dan Eropah boleh dikemukakan.

Melalui jalinan ini, kita boleh menghantar pelajar-pelajar Malaysia untuk menuntut ilmu

berkaitan industri automotif di sana dengan harapan pada masa depan, generasi-generasi

tersebut mampu memberi impak yang besar terhadap industri automotif di Malaysia.

5.2 Aeroangkasa

10

Page 11: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

Eropah sememangnya terkenal dengan bidang aeroangkasa. Mereka sudah terkenal

dengan bidang ini sebelum adanya Kesatuan Eropah. Sebagai contoh, Kesatuan Soviet

yang merupakan kesatuan terawal yang wujud di Eropah telah mengeksploitasi bidang sains

dan teknologi yang khususnya berkaitan dengan aeroangkasa. Ini dapat dibuktikan dengan

pelancaran satelit buatan pertama manusia, Sputnik 1. Kemudian, membawa hidupan ke

luar angkasa iaitu seekor anjing bernama Laika, dan seterusnya menghantar manusia

pertama keluar ke angkasa iaitu Yuri Gagarin untuk mengorbit Bumi. Pada tahun 1963,

Valentina Tereshkova telah menjadi wanita pertama di angkasa, dan pada tahun 1965,

Alexey Leonov pula telah menjadi orang pertama yang berjalan di ruang angkasa.

Kini, industri aeroangkasa Eropah telah mencapai suatu tahap yang

memberangsangkan. Mereka mempunyai beberapa roket yang mampu diterbangkan ke

angkasa lepas dan antaranya adalah Soyuz. Daripada hal tersebut, tidak dapat disangkal

lagi bahawa teknologi yang ada di Eropah mampu memacu mereka untuk terus

mendominasi industri ini.

Selain itu, beberapa perkembangan terkini seperti penggabungan Boeing dan

McDonnell Douglas serta syarikat-syarikat aeroangkasa dan pertahanan Eropah yang

membawa kepada penubuhan EADS (Syarikat Pertahanan Aeronautik dan Angkasa

Eropah), memberikan gambaran bahawa kejayaan sekumpulan kecil kontraktor bertaraf

dunia akan mampu dicapai melalui integrasi kepakaran yang mencakupi pelbagai disiplin

yang berkaitan dengan aeroangkasa.

Berdasarkan fakta ini, MiGHT (Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi

Malaysia), melalui Pejabat Penasihat Sains, Jabatan Perdana Menteri, telah mengambil

inisiatif menilai situasi industri aeroangkasa Malaysia secara keseluruhannya dengan

memfokuskan senario bagi pembangunannya pada masa akan datang melalui pendekatan

Perkongsian Bestari.

Di samping itu, dalam usaha membangunkan teknologi berkaitan aeroangkasa ini,

Malaysia juga telah menghantar angkasawan yang pertama iaitu Dr. Sheikh Muszaphar

Shukor pada 10 Oktober 2007. Angkasawan pertama Malaysia telah berlepas ke stesen

angkasa antarabangsa menaiki Soyuz TMA-11 pada 10 Okober 2007.Program misi angkasa

Melaysia yang dibuat dengan usahasama dengan RSA menelan belanja RM90 juta

(AS$25juta). Hal ini  adalah timbal balik atau pakej pembelian bersama-sama 18 jet pejuang

Rusia jenis Sukhoi Su-30 MKM.

Seterusnya, bidang pendidikan juga mampu menyumbang dalam membangunkan

teknologi aeroangkasa negara. Ianya dapat dijayakan dengan memberi pendedahan awal

11

Page 12: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

kepada pelajar mengenai mata pelajaran berkaitan aeroangkasa di sekolah serta

menyediakan kursus aeroangkasa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) seperti yang telah

diwujudkan di Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan

Universiti Putra Malaysia(UPM). Selain itu, dengan menghantar para pelajar untuk

mendalami ilmu kejuruteraan dalam bidang aeroangkasa di luar negara seperti Rusia dan

Amerika Syarikat juga dilihat mampu untuk merealisasikan hasrat negara untuk mencapai

kemajuan dalam industri ini. Program Angkasawan yang sedia ada juga akan menjadi

pemangkin / 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mempelajari sains dan

teknologi dengan lebih mendalam. Bayangkanlah, 5 juta pelajar akan bercerita tentang

angkasawan melalui program tersebut. Dalam masa yang sama, pelajar-pelajar akan mula

mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka juga tahu bahwa itulah graviti dan secara tidak

langsung minat mereka terhadap sains akan bercambah.

Dengan adanya juga dua angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed, mereka ini akan menjadi ‘duta angkasa’ di mana

mereka akan menjelajah ke sekolah-sekolah di sekitar negara apabila misi mereka berjaya.

Sehubungan dengan itu, ia dapat membantu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Malaysia (Mosti) bagi menyebarkan ilmu berkaitan sains angkasa ke sekolah di seluruh

negara.

Kementerian Pengajian Tinggi juga akan meminta university tempatan supaya

memberi penekanan terhadap bidang sains dan teknologi. Untuk itu, universiti tempatan

memerlukan saintis sepenuh masa yang mampu mengajar dan dalam masa yang sama

mampu melakukan penyelidikan berkaitan bidang ini. Ilmu dan teknologi semuanya bermula

di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang mampu menjana pekerjaan. Kita

tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan sebaliknya

mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang

pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti

menterjemahkan ilmu kepada agenda ekonomi.

Seterusnya, antara usaha lain yang boleh dijalankan bagi pelbagai program

penyelidikan dan pembangunan (R&D) dijalankan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau badan-badan yang lain.

- Melibatkan keperluan untuk memahami bumi itu sendiri.

- Naluri ingin tahu manusia sentiasa mendesak untuk mencari fosil-fosil yang menyimpan

rekod tentang kehidupan di aeroangkasa.

- Kesemua penemuan ini bakal memberikan gambaran penting tentang permulaan

kehidupan ini daripada sudut pandangan sains

12

Page 13: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

5.3 Bidang sukan

Seterusnya, dalam bidang sukan dapat diperhatikan bahawa kebanyakannya didominasi

oleh kuasa Eropah. Dalam sukan bola sepak, sememangnya negara-negara dari Eropah

yang akan menerajui sukan ini sambil diberi tentangan sengit oleh negara-negara Amerika

Selatan. Sebagai contoh, pasukan Jerman telah berjaya merangkul kejuaraan Piala Dunia

bola sepak pada tahun lepas selepas berjaya mengalahkan pasukan Argentina. Negara-

negara dari Eropah mampu untuk mendominasi sukan ini kerana mereka sudah mempunyai

sistem yang terbaik dalam menghasilkan pemain-pemain yang mampu menyinar di pentas

antarabangsa seperti Mario Gotze, Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski. Eropah

juga terkenal dengan liganya yang berprofil tinggi seperti Bundesliga, English Premier

League (EPL), dan juga BBVA. Liga ini bukan sahaja menampilkan pemain dari Eropah

sahaja, namun ia juga menjadi platform bagi pemain-pemain dari benua lain untuk

meningkatkan prestasi mereka ke arah yang lebih tinggi. Di liga Eropah juga, telah banyak

pemain-pemain bola sepak daripada rantau Asia yang mampu untuk menyinar di pentas

tersebut. Berbekalkan dengan pengalaman yang diperoleh, mereka mampu untuk

memimpin pasukan negara mereka untuk menunjukkan prestasi yang memberangsangkan

di pentas antarabangsa. Sebagai contoh, Park Ji Sung yang bermain untuk Manchester

United di EPL mampu untuk membawa Korea Selatan untuk bersaing di peringkat

antarabangsa.

Dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa dengan adanya sistem serta infrastruktur yang

berkesan dalam sesebuah negara itu, kemajuan dalam bidang sukan dapat dicapai. Jika

dilihat, di Eropah kemudahan tersebut ada disediakan yang mana mampu memberi impak

positif kepada industri sukan di benua tersebut. Sememangnya ia akan menelan kos yang

tinggi bagi menyediakan kemudahan tersebut, namun begitu melalui jalinan yang wujud

antara Malaysia dan Eropah kita mampu melahirkan atlet-atet serba boleh dengan cara

menghantar pelapis-pelapis muda ke akademi-akademi sukan yang ada di Eropah. Lantaran

daripada itu, lebih banyak ilmu serta pengalaman yang akan diperoleh oleh pelapis-pelapis

tersebut yang kemudiannya akan digunakan bagi melonjakkan nama Malaysia dalam bidang

sukan. Justeru, lebih banyak wajah emas seperti Dato’ Lee Chong Wei, Dato’ Nicol Ann

David dan Azizul Hasni Awang mampu dilahirkan pada masa akan datang.

5.4 Industri hiburan

Apabila disebut sahaja kumpulan muzik seperti The Beatles, Adele, Imagine Dragon dan

Spice Girls, kita sudah sedia maklum bahawa kesemuanya adalah dari Eropah. Itu cuma

13

Page 14: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

beberapa contoh sahaja, jikalau ingin dinyatakan kesemua kumpulan muzik dari Eropah

yang telah berjaya menempa nama di mata dunia nescaya akan penuhlah halaman ini

dengan nama artis-artis yang berkenaan. Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan

bahawa industri muzik juga telah didominasi oleh Eropah. Artis-artis mereka mampu untuk

memasarkan album ke serata dunia dan syarikat-syarikat rakaman pula mendapat

keuntungan yang berlipat ganda daripada industri ini. Bagaimana mereka melakukannya?

Mereka mampu mencapai sehingga ke tahap ini dengan adanya ilmu yang tinggi tentang

bidang muzik yang mana mereka mampu memanfaatkannya untuk menarik minat

masyarakat.

Industri-industri Muzik di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, contohnya artis-artis seperti

Salam Muzik, Bunkface, Shila Amzah dan Pop Shuvit, kesemuanya juga telah berjaya

menembusi pasaran antarabangsa. Pencapaian ini tidak boleh dicapai hanya dengan

memetik gitar di pangkin sambil mengalunkan lagu-lagu kegemaran. Sebaliknya, pelbagai

jenis kemahiran diperlukan bagi membolehkan mereka berada pada tahap tersebut.

Dalam industri perfileman pula, nama-nama besar seperti Michael Bay seringkali berjaya

menghasilkan sebuah karya yang mampu memaparkan sesuatu yang luar biasa untuk

tatapan masyarakat. Sebagai contoh, filem Transformer yang mengisahkan tentang

peperangan antara robot arahan beliau telah memukau peminat-peminat filem di seluruh

dunia dengan persembahan grafik yang mantap. Sekali lagi, dapat dilihat bahawa industry

ini juga telah didominasi oleh Eropah.

Namun begitu, Malaysia juga mempunyai seorang anak watan yang telah berjaya

menempa nama melalui filem-filem arahan beliau. Beliau ialah James Wan anak watan

kelahiran Sarawak. Antara filem arahan beliau adalah Insidious dan baru-baru ini juga telah

ditayangkan di pawagam filem Insidious 3. Kebanyakan filem arahan beliau adalah

berbentuk seram dan kesemua karyanya mampu membawa elemen seram tersebut seperti

benar-benar berlaku. Sehubungan dengan itu, filem-filem seram arahan beliau sering

mendapat tempat di hati peminat-peminat filem seram dan juga sering ditunggu-tunggu.

Pada masa kini, sudah banyak universiti-universiti serta kolej tempatan yang menawarkan

kos berkaitan industri hiburan. Daripada situ dapat dilihat bahawa kerajaan juga sedang

berusaha untuk menyediakan platform kepada anak watan bagi menceburi bidang ini dan

seterusnya mampu untuk melahirkan lebih banyak individu-individu seperti yang telah

dinyatakan bagi menaikkan lagi industri hiburan negara. Secara tidak langsung, situasi ini

menunjukkan bahawa kepesatan industri hiburan di Eropah juga telah menjadi pemangkin

kepada kerajaan untuk menitikberatkan juga pendidikan berkaitan dengan industri hiburan.

14

Page 15: Assignment Gci kesan penyatuan eropah kepada sistem pendidikan di malaysia

15