tugasan - teknologi pengajaran (tpk2102w)

6
Page3 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK TAJUK PROGRAM: DPLI AMBILAN DISEMBER 2012 TAJUK KURSUS: TEKNOLOGI PENGAJARAN (TPK2102W) TARIKH MULA: Disember 2013 TARIKH HANTAR: Interaksi March 2014 Hasil Pembelajaran kursus: 1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pengajaran. 2. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran teknologi. 3. Membangunkan media pengajaran yang bersesuaian dengan rancangan pengajaran. 4. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif Kerja Kursus Pendek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Membina rancangan pengajaran berdasarkan model reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran dengan merujuk sukatan pelajaran mata pelajaran major di sekolah 2. Menghasilkan objek pembelajaran yang berkaitan dengan rancangan pengajaran 3. Mengintegrasikan kemahiran TMK dalam pengajaran dan pembelajaran 4. Menggunakan pelbagai sumber pendidikan secara berkesan

Upload: mumtaz-aqeeda

Post on 10-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

soalan tugasan dpli

TRANSCRIPT

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAHTUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

TAJUK PROGRAM:

DPLI AMBILAN DISEMBER 2012TAJUK KURSUS:

TEKNOLOGI PENGAJARAN (TPK2102W)

TARIKH MULA:Disember 2013TARIKH HANTAR:Interaksi March 2014

Hasil Pembelajaran kursus:

1. Menjelaskan konsep, teori, amalan dan perkembangan teknologi pengajaran.

2. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran teknologi.

3. Membangunkan media pengajaran yang bersesuaian dengan rancangan pengajaran.4. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Kerja Kursus Pendek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Membina rancangan pengajaran berdasarkan model reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran dengan merujuk sukatan pelajaran mata pelajaran major di sekolah

2. Menghasilkan objek pembelajaran yang berkaitan dengan rancangan pengajaran

3. Mengintegrasikan kemahiran TMK dalam pengajaran dan pembelajaran4. Menggunakan pelbagai sumber pendidikan secara berkesan

5. Menghasilkan bahan sumber yang asli dan bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran

TUGASAN KERJA KURSUS PENDEKPerkembangan pesat bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut memberi kesan ke atas sistem pendidikan khususnya daripada aspek pengajaran dan pembelajaran. Ramai pakar dalam bidang pendidikan bersetuju dengan keupayaan TMK untuk merevolusikan teknik pengajaran dan pembelajaran. Proses penyampaian maklumat melalui pengintegrasian TMK menggunakan pelbagai jenis media yang mampu merangsang pelbagai deria manusia. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

BAHAGIAN A TUGASAN INDIVIDU (70%)

Pelajar dikehendaki membina satu Rancangan Pengajaran (Instructional Planning) dengan mengambil kira aspek-aspek reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran semasa anda merangka satu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pelajar juga perlu menghasilkan objek pembelajaran yang berkaitan rancangan pengajaran dengan mengintegrasikan TMK.Panduan Pelaksanaan Tugasan:1. Tugasan ini adalah tugasan INDIVIDU.

2. Menjelaskan model reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian

3. Membina rancangan pengajaran harian berdasarkan Sukatan Mata pelajaran Major anda dan berpandukan model reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran yang digunakan a. Penulisan

i. Model rekabentuk pengajaran & teori pembelajaran (7-10 ms A4)

ii. Keberkaitan rekabentuk pengajaran & teori pembelajaran dalam RPH4. Menghasilkan objek pembelajaran yang berkaitan dengan rancangan pengajarana. Berkaitan dengan mana-mana bahagian dalam RPH

b. Jangkaan slaid (10 15 slaid)

c. Mesti mempunyai 5 elemen multimedia (audio, video, teks, grafik & animasi)

d. Juga, perlu ada butang navigasi, interaktiviti & hiper paut (hyperlink)

5. Mengintegrasikan kemahiran TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

6. Menyediakan laporan tugasan mengikut susunan berikut:

a. Muka hadapan

b. Isi kandungan

i. Pengenalan

ii. Huraian Model reka bentuk dan teori

iii. RPH

iv. Cetakan objek pembelajaran/kemahiran TMK yang dihasilkan1. 3 slaid / mukasuratc. Rumusan

d. Senarai rujukan

e. Lampiran f. CD (berlabel & bersampul)7. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

a. Fon arial bersaiz 12

b. Langkau 1.5 baris (line spacing)

c. Rujukan mengikut APA

8. Semua tugasan hendaklah dikompilasi dalam bentuk hardcopy dan softcopy

9. Plagiat tidak dibenarkan (tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat)BAHAGIAN B (30%)

a. Kuiz (30%) Kuiz 1 (15%)

Kuiz 2 (15%)Tugasan disediakan oleh:

Disahkan oleh:

.

(M.NADARAJAN A/L MANICKAM)

(NOEMI BINTI LINUS)

Penyelaras Kerja Kursus

RUBRIK PENILAIAN PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM)

ASPEKKRITERIA

70 - 4545 - 2020 - 0

PENGUASAAN ILMU DAN KEMAHIRAN (70%)

Membina satu Rancangan Pengajaran (Instructional Planning) dengan mengambil kira aspek-aspek reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran

Menggunakan media dan menghasilkan objek pembelajaran serta mengaplikasikan kemahiran TMK yang bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai mengikut prinsip rekabentuk pengajaran yang sesuai. Membuat perancangan yang teliti dengan mengambil kira semua aspek reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran untuk membina rancangan pengajaran RPH yang lengkap, menarik dan memenuhi elemen model reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran Mengaplikasikan media dan menghasilkan objek pembelajaran serta mengaplikasikan semua kemahiran TMK yang bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai (menghasilkan bahan digital seperti persembahan powerpoint))

Membuat perancangan yang teliti tetapi kurang mengambil kira aspek-aspek reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran untuk membina rancangan pengajaran RPH yang kurang lengkap dan kurang menarik serta kurang memenuhi elemen model reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran Mengaplikasikan media atau objek pembelajaran dan kemahiran TMK yang kurang bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai (menggunakan tiga hingga lima elemen berikut menghasilkan bahan digital seperti persembahan powerpoint)

Perancangan yang dibuat kurang teliti serta tidak mengambil kira aspek-aspek reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran RPH yang tidak lengkap dan tidak menarik serta tidak memenuhi elemen model reka bentuk pengajaran dan teori pembelajaran Tidak mengaplikasikan media atau objek pembelajaran dan kemahiran TMK yang bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai (menggunakan sekurangnya dua dari elemen berikut menghasilkan bahan digital seperti persembahan powerpoint)

Jangkaan slaid (1015 slaid)

Mesti mempunyai 5 elemen multimedia (audio, video, teks, grafik & animasi)

Ada butang navigasi, interaktiviti & hiper paut (hyperlink)

Jangkaan slaid (510 slaid)

Mempunyai 3-5 elemen multimedia (audio, video, teks, grafik & animasi)

Ada butang navigasi, interaktiviti & hiper paut (hyperlink)

Jangkaan slaid (0-5 slaid)

Mempunyai 1-3 elemen multimedia (audio, video, teks, grafik & animasi)

Ada mana-mana butang navigasi, interaktiviti & hiper paut (hyperlink)

ASPEKKRITERIA

CemerlangSederhanaLemah

KUIZ 115 1110 65 0

KUIZ 215 1110 65 0