kerja kursus teknologi pengajaran

24
HBEF3103 FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER: SEPTEMBER 2011 HBEF 3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN TUTOR: JANOM BIN SAADUN NAMA : MOHAMMAD FIKRI ABDULLAH @ GEORGE ANAK KAWAI MATRICULATION NO : 650903135921001 IDENTITY CARD NO. : 650903135921 TELEPHONE NO. : 0138223619 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : MPI SIBU

Upload: helen-hugh-ugo

Post on 16-Apr-2015

78 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Rancangang Pelajaran Harian berkonsepkan Teori Kontrusktivisme.Rancangan Pelajaran Harian mesti menggunakan TMK

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER: SEPTEMBER 2011

HBEF 3103

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

TUTOR: JANOM BIN SAADUN

NAMA : MOHAMMAD FIKRI ABDULLAH

@ GEORGE ANAK KAWAI

MATRICULATION NO : 650903135921001

IDENTITY CARD NO. : 650903135921

TELEPHONE NO. : 0138223619

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : MPI SIBU

Page 2: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Kandungan 1

2. Pengenalan 2 - 3

3. Penerangan Objektif-objektif Pembelajaran 3 - 4

4. Cadangan Dua Jenis alat bantu pembelajaran (CD) 4 - 6

5. Huraian tentang perisian 6 - 10

6. Penilaian dan Borang Penilaian 10 - 11

7. Huraian dan perbandingan 12

8. Perisian yang dipilih 13

8. Penutup 14

9. Senarai Rujukan 15

1

Page 3: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

1. PengenalanMenurut Kementerian Pelajaran Malaysia(2006) program pendidikan di negara ini,khususnya bagi peringkat sekolah digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang mengambarkan bahawa pembangunan insan perlulah seimbang dan menyeluruh perkembangannya dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani.(Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1):111-129)Ilmu yang disampaikan perlu sesuai dengan perkembangan semasa dan keperluan negara.Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) ialah satu bidang ilmu yang perasaskan pelbagai disiplin terutamanya system computer.Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) berasaskan ICT dan bahan bantuk computer mengintergrasikan pelbagai teknologi dalam sistem pendidikan.Dalam memperkasakan profesyen perguruan agar semua guru sentiasa bersaing,para guru digalakkan mengintergrasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan cara ini,pelajar akan turut terlibat dalam aktiviti pembelajaran yang merangkumi semua perbincangan.Penglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif,ia juga mempertingkatkan tahap pembelajaran di kalangan pelajar(Chang 2001)Bagi memberi sumbangan kepada bahan-bahan bantu mengajar yang banyak disediakan di pasaran masa kini,satu kajian menilai kualiti DUA jenis perisian telah dijalankan.Ini bertujuan agar para guru dapat memilih dan menggunakan bahan-bahan yang bermutu tinggi dari semua aspek keperluan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Ini juga bertujuan memberikan kemudahan kepada para pendidikan menguruskan bahan pengajaran,,menghasilkan persekitaran yang efektif,serta melibatkan penyertaan aktif di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(A) Untuk tujuan kajian kali ini,kedua-dua perisian yang dipilih ialah perisian cakera padat(CD) yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia.Cakera padat ini dikeluarkan oleh Syarikat Macromedia Autoware.Cakera-cakera padat ini ialah :

1. Siri Multimedia Interaktif – Alam Kehidupan,Pengelasan Haiwan2. Pemakanan Haiwan dan Tumbuhan Sain Tahun 4

Kedua-dua perisian cakera padat ini adalah bahan bantuk berbentuk perisian yang sesuai digunakan untuk pengajaran Sain Tahun 4 di bawah tajuk kecil Ciri-ciri dan Sifat-sifat Haiwan.

(B) Penggunaan kedua-dua cakera padat ini mudah dan tidak memerlukan peralatan yang sukar untuk dikendalikan. Cakera padat ini akan beroperasi secara “auto-run” apabila dimasukkan ke dalam pemacu cakera padat di dalam komputer.Guru dan murid-murid

2

Page 4: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103yang menggunakan cakera ini hanya mengikut langkah-langkah seterusnya yang terpapar di skrin computer untuk memilih menu-menu yang hendak diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

© Daripada segi penggunaan,cakera padat ini mengandungi perkara –perkara asas yang terdapat di dalam bahan-bahan perisian seperti:

1. gambar pegun dan gambar bergerak2. nota isi pelajara beserta bantuan gambar3. Penilaian dalam bentuk uji minda 4. Ikon-ikon untuk menentukan menu yang hendak dipilih.5. Arahan keluar atau berhenti (apabila hendak keluar aplikasi)

2. Penerangan Objektif Pelajaran

Untuk tujuan penilaian kali ini,Pengajaran Sains Tahun 4 adalah pilhan memandangkan matapelajaran tersebut merupakan salah satu matapelajaran yang selalu menjadi masalah kepada pelajar terutamanya bagi pelajar luar bandar.

Mata Pelajaran: SainsKelas : Tahun 4

Objektif Pelajaran adalah seperti berikut:Pada akhir topik pelajaran (topik) ini,murid-murid dapat menyatakan:

i. Sifat-sifat fizikal utama haiwanii. Mengenal haiwan karnivor,omnivor dan kanrnivoriii. Mengelaskan ciri-ciri haiwaniv. Mengelaskan haiwan mengikut habitatnyav. Mengenal dan menyatakan keperluan hidup haiwan

2.2. Kandungan dan Masalah Pembelajaran dan Pengajaran;Berdasarkan pengalaman sebagai seorang guru sains,maklumat-maklumat yang diterima daripada rakan-rakan guru yang lain dan tidak kurang pula luahan daripada murid-murid,pelajaran sains merupakan salah satu pelajaran yang sukar untuk dipelajari. Banyak masalah dan kekangan yang harus guru harungi sebelum dapat menjadi seorang guru sains yang berjaya.

2.2.1. Kandungan atau isi pelajaran:Dari aspek kandungan atau isi pelajaran Kandungan bagi tajuk haiwan adalah sangat luas. Ada beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid untuk pembelajaran dan pengajaran dalam topik tersebut..Di antaranya adalah seperti berikut:

i. Tajuk yang luasii. Pecahan tajuk-tajuk kecil

3

Page 5: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103iii. Nota panduan guru yang kurangiv. Guru tidak faham kandungan (bukan opsyen sains)v. Panduan ujikaji yang terhad

2.2.2. Masalah Pembelajaran dan Pengajaran.Selain menghadapi masalah kandungan bagi topik haiwan yang sangat luas dan rumit ini,pengajaran sain tahun 4 bagi tajuk haiwan ini juga adalah masalah pengajaran dan pembelajaran.Di antaranya adalah seperti berikut:

i. Pelajaran sains adalah satu matapelajaran yang sukar bagi sesetengah muridii. Pelajar perlu mengingati fakta dan melakukan ujikajiiii.Pelajar perlu menggunakan bahan-bahan maujud semasa pembelajaraniv. Minat sesetangah murid yang sangat rendah terhadap ilmu sainsv. Sukar bagi murid untuk membuat ayat-ayat yang baik untuk menyatakan hasil kajian

3. Cadangan Penggunaan 2 jenis perisian cakera padat Untuk pengajaran dan Pembelajaran.

Memandangkan kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh guru untuk menyampaikanpengajaran bagi topik haiwan seperti di atas tadi,maka dicadangkan bahawa duaperisian tersebut digunakan untuk membantu guru.Perisian-perisian yang dicadangkanadalah seperti beikut:

3.1. Perisian (Cakera Padat) Sains Tahun 4 (Pemakanan Haiwan dan Tumbuhan) yang dibanggunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia,dengan usaha sama Macromedia Authoware.

4

Page 6: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

3.2. Perisian Cakera Padat Siri Multimedia Interaktif – Alam Pengelasan Haiwan – Sain Tahun 4.Perisian ini juga perisian yang dibanggunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP) Kementerian Pelajaran Malaysia denga kerjasama Macromedia Authoware.

5

Page 7: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

3.3. Faktor-faktor pemilihan bagi kedua-dua cakera padat tersebut:

Ada beberapa sebab kenapa dua (2) jenis cakera padat ini dipilih untuk tujuan pengajarandalam topik haiwan bagi sains tahun 4 ini.Di antaranya adalah seperti berikut:3.3.1. Kedua-dua cakera padat (perisian) ini adalah bahan yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan ke sekolah.3.3.2. Cara penggunaan yang mudah3.3.3. Kaedah media dan rekabentuk visual yang sesuai3.3.4. Senang digunapakai di makmal sains atau bilik darjah3.3.5. Hanya menggunakan cakera padat – Double Speed CD Rom ke atas3.3.6. Tidak memerlukan computer yang canggih sebagai keperluan3.3.7. Bahan ini dapat diperolehi secara percuma3.3.8. Cakera padat ini telah dikenalpasti sesuai oleh Bahagian Teknologi Pendidikan3.3.9. Bukan bahan untuk dijual dan kualitinya terjamin.

6

Page 8: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

4. Huraian Reka bentuk.PerisianHoban dan Zissman(1937) orang yang pertama mengklasifikasikan media berasaskankepada kepercayaan bahawa nilai sesuatu bahan pandang dengar terletak pada tahaprealismenya.Media terdiri daripada beberapa perkara seperti:perkataan,gambarajah,peta,lukisan,filem,video,objek relia,computer dan model 3D(Model Hoban dan Zissman)

4.1.Kaedah Media.Berdasarkan kepada kedua-dua cakera pada yang telah dipilih,terdapat beberapa ciri-ciri kaedah media yang terdapat di dalam cakera tersebut.

4.1.1. Cakera Sains Tahun 4( Pemakanan Haiwan dan Tumbuhan)

Pengguna cakera ini adalah dengan cara “auto-run” Setelah paparan pertama dikeluarkan,pengguna dikehendaki mendaftarkan nama pengguna sebelum menu seterusnya dikeluarkan.Kaedah media seperti bunyi muzik dimasukan dan digunakan semasa sesi pengenalan kepada tajuk dan kelas kepada cakera padat ini.Selain itu perkataan yang jelas digunakan untuk menerangkan tajuk pelajaran.

Apabila pengguna telah memasukan nama pengguna,paparan menu keluar disertai dengan gambar/visual pegun(statik) jenis-jenis haiwan sebagai induksi set kepada proses pengajaran.

Penggunaan gambar atau visual dipaparkan secara satu persatu dan diikuti dengan penerangan secara lisan.Gambar dan perkataan tersebut masih terpampang di skrin sehinggalah pengguna memilih menu mengikut tajuk pelajaran yang hendak disampaikan.Susunan menu adalah pada sebelum kiri paparan skrin yang ditunjukkan secara ikon dan bertukar menjadi perkataan apabila pengguna klik pada ikon tersebut.

7

Page 9: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103Pengenalan isi pelajaran dijalankan secara tersusun dan mengikut urutan.Setiap

paparan gambaran disertai dengan beberapa ayat sebagai penerangan dan juga penerangan lisan.Ini memudahkan pelajar mengikuti pelajaran bukan sahaja dengan membaca tetapi menggunakan fungsi deria pendengaran.

Paparan gambar bergerak(video) juga dimasukan di dalam setiap contoh untuk mengukuhkan lagi penggunaan gambar(visual).Ini menambahkan lagi pemahaman murid terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.Perkataan-perkataan penting atau isi pelajaran yang ditulis dalam ayat telah digariskan.Ini memudahkan guru memberi penekanan dan juga lebih memberi fahaman kepada murid.

Sebagai bahan pengajaran yang telah dilengkapi dengan contoh-contoh gambar dan menu penggunaan yang lain,cakera ini juga dimuatkan dengan bahan penilaian yang boleh digunakan oleh pengguna atau guru pada akhir sesi pengajaran.Dalam cakera perisian ini,terdapat 1 set soalan uji minda dalam bentuk aneka pilihan disediakan.Penggunaan penilaian uji minda direkabentuk secara mesra pengguna dan berbentuk interaktif.Soalan-soalan digubal secara aneka pilihan.Pilihan jawapan yang betul akan dimaklumkan dengan penerangan lisan dengan perkataan “Betul” keluar pada setiap bawah satu-satu soalan.

Rekaan media yang seterusnya yang terdapat pada cakera ini ialah,terdapat ikon-ikon untuk memilih tajuk-tajuk lain secara mudah.Ikon-ikon ini semuanya terpapar pada skin setiap tajuk yang diajar.Pengguna tidak perlu kembali ke skrin pertama atau menu utama untuk memilih tajuk-tajuk pelajaran seterusnya.Selain itu,terdapat ikon keluar aplikasi yang boleh ditekan bila-bila masa apabila pengguna hendak keluar aplikasi atau berhenti menggunakan cakera secara serta merta.Walaubagaimanapun,setiap kali ikon “keluar” ditekan,pengguna akan ditanya sama ada hendak keluar atau tidak.Ini membantu pengguna apabila tersalah tekan ikon “keluar” secara tidak sengaja.

4.1.2. Rekabentuk Visual:Visual merupakan satu elemen yang sangat penting dalam mana-mana bahan

pengjaran dan pembelajaran.Kelemahan dalam membina visual dan gambar dalam bahan bantu mengajar sama ada berbentuk ICT atau secara tradisional memberikan impak yang sangat besar kepada bahan itu sendiri dan penggunaannya.Oleh yang demikian,dalam cakera padat ini,visual banyak digunakan malah pereka cakera ini menyedari bahawa visual yang digunapakai adalah perkara asas tentang kualiti cakera ini.

Dalam cakera ini dimasukkan beberapa jenis visual yang boleh merangsang pemahaman murid untuk mengikuti pembelajaran secara berkesan.Antaranya ialah(a) gambar pegun (statik) ( b) gambar bergerak (video) dan (c) lakaran rajah

Penggunaan gambar pegun(statik) adalah digunakan secara umum tentang jenis-jenis haiwan dan habitatnya.Selain itu,gambar pegun dalam cakera ini digunakan untuk menerangkan sifat-sifat haiwan.Gambar-gambar ini diambil secara jarak dekat untuk memudahkan pelajar membezakan sifat-sifat haiwan daripada segi fizikal seperti sisik,bulu dan bentuk badan.

Untuk gambar-gambar video(bergerak) ianya digunakan untuk menerangkan secara lebih jelas tentang habitat haiwan dan juga ciri-ciri istemewa bagi setiap jenis

8

Page 10: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103haiwan.Gambar-gambar bergerak ini disertakan dengan bunyi-bunyi yang asli dan penggunaan resolusi video yang sesuai.Selain itu,penerangan secara lisan juga diselitkan sebaik sahaja klip-klip setiap video selesai ditayangkan.Ini merupakan pengukuhan kepada apa yang dilihat secar nyata dalam video tadi.

Untuk menambahkan lagi penerangan tentang setiap gambar,lakaran dalam bentuk gambarajah disediakan sebagai nota ringkas yang boleh digunapakai sebagai nota pelajar.Rajah-rajah ini diterangkan dengan ayat mudah dan perkataan yang ringkas.

4.2.Perisian Cakera padat Siri Multimedia Interktif:Alam Kehidupan:Pengelasan Haiwan: Sains Tahun 4

4.2.1. Kaedah MediaBagi kaedah media perisian (cakera padat) ini,ianya juga dibanggunkan dengan

mengambil kira kepelbagaian pengetahuan pengguna iaitu guru dan pelajar.Oleh yang demikian berbagai ciri kaedah media yang dapat dilihat dan digunakan dalam cakera ini.Penggunaan cakera boleh digunakan dengan hanya memasukan cakera padat ke pemacu cakera yang terdapat pada setiap komputer.Cakera ini direka dan boleh digunakan secara “auto-run”

Sebagai permulaan,cakera ini dilengkapkan dengan muzik intro yang menarik.Penerangan secara lisan tentang topik,tajuk-tajuk kecil dan kelas ada pada cakera ini.Penerangan lisan ini diikuti oleh tulisan yang terpapar pada skrin komputer.Pilihan menu bagi aktiviti atau pilihan pengguna seterusnya dipaparkan.Contoh-contoh menu

9

Page 11: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103adalah seperti (a)meneruskan pelajaran (b)pilihan tajuk (c)objektif pelajaran (d)kandungan e)Penilaian dan f) keluar aplikasi.Dengan adanya menu-menu ini yang bukan berbentuk ikon lebih memudahkan pengguna untuk meneruskan penggunaan cakera ini.

Objektif-objektif umum pengajaran dan pembelajaran juga disediakan.Ini boleh dijadikan panduan guru.Penggunaan huruf yang sesuai dan ayat-ayat yang jelas sangat penting.Setiap gambar sama ada pegun atau bergerak akan diikuti oleh ayat-ayat mudah dan penerangan secara lisan.Pada setiap akhir satu-satu penerangan disediakan aktiviti interaktif yang boleh digunakan oleh pengguna berinteraksi dengan bahan cakera ini.Aktiviti-aktiviti seperti melebel,menamakan dan melengkapkan ayat disediakan.

Suara latar yang menerangkan isi pelajaran sangat jelas dan tidak terlalu kuat.Sistem rakaman(memasukan bunyi) yang baik tidak mengganggu sesi pengajaran dan pembelajaran walaupun cakera ini diselitkan dengan pelbagai jenis bunyi mengikut keperluan gambar.Paparan sangat jelas dan menarik.

Penilaian bagi keseluruhan topik disediakan.Ini boleh diakses oleh pengguna bila-bila masa tanpa menunggu sesi pengajaran berakhir kerana menu(ikon) menu terpapar pada setiap slot(slid) pengajaran.Ada tiga jenis penilaian yang disediakan iaitu a) soalan padanan b) soalan objektif dan c) soalan mengisi tempat kosong.

4.2.2 Rekabentuk VisualCakera pada ini telah direka dengan mengambil kira keperluan kepentingan visual

dalam pengajaran dan pembelajaran.Justeru terdapat 3 elemen visual yang dimasukkan dalam cakera ini.Visual-visual ini seperti gambar bergerak(video),gambar pegun(statik)dan gambarajah(lakaran)

Visual(gambar) bergerak(video) merupakan salah satu gambar yang sangat menarik dalam cakera ini.Gambar-gambar ini bukan sahaja meliputi haiwan yang biasa dilihat oleh para pelajar malah ada gambar-gambar haiwan liar yang sukar ditatap secara dekat seperti harimau,buaya dan haiwan lain.Paparan visual bergerak dengan bunyi latar yang menarik dan asli.

Bagi gambar pegun,ianya diselitkan bagi setiap penerangan isi pelajaran.Ini menambahkanlagi penerangan guru dan pemahaman murid tentang isi pelajaran.Gambar-gambar pegun sangat menarik dan asli.Selain itu diselitkan grafik(perkataan) yang menerangkan nama,habitat,jenis pemangsa dan ciri-ciri lain haiwan.

Selain dua jenis visual yang telah disebutkan diatas tadi,satu lagi perkara yang terdapat pada cakera ini ialah gambarah(lakaran).Ini disediakan bagi menerangkan langkah-langkah sesuatu aktiviti haiwan yang tidak dapat digambarkan dengan menggunakan gambar statik atau video.Gambarajah ini juga diteraangkan secara lisan dan bertulis bagi setiap lakaraan atau rajah yang ada.

5. Penilaian Bagi kedua-dua jenis perisian cakera padat yang telah dicadangkan:Tujuan borang penilaian ini dibuat adalah untuk menentukan sejauhmana keberkesanan kedua-dua cakeraa ini.Ini juga bertujuan untuk menilai supaya guru dapat memilih cakera yang lebih baik daripada yang “baik”.Penilaian ini adalah berdasarkan kepada beberapa criteria yang menjadi faktor utama penyumbang kepada keberkesanan penggunaan

10

Page 12: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103perisian dalam pengajaran dalam pembelajaran.Hasil penilaian bagi kedua-dua cakera ini telah dirumuskan dalam jadual sepertimana jadual di muka surat sebelah.

5.1 Borang Penilaian Kualiti Perisian Cakera Padat Yang digunakan untuk pengajaran Sains Tahun 4 di bawah tajuk.Haiwan.

Nama Perisian

Kriteria Penilaian

Perisian CD Pemakanan

Haiwan(A)

Siri Multimedia

Alam kehidupan haiwan (B)

Catatan

1. Digunakan secara “Auto-run” -/ -/

2. Arahan (Menu secara Am) -/ -/

3. Menu (Secara khusus-bertulis) x -/x –ikon saja

4.Visual (Pegun,statik, gambarajah) -/ -/

5.Permulaan (muzik) -/ -/

6. Penggunaan grafik(sesuai) -/ -/

7. Objektif Pelajaran dinyatakan x -/x- tidak ada

objektif

8.Penerangan Secara Lisan -/ -/

11

Page 13: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

9.Aktiviti Interaktif x -/x- berterusan

10. Penilaian (Pelbagai) x -/x- satu saja

11.Mesra pengguna -/ -/

12. Menu keluar aplikasi -/ -/

13.Penggunaan Suara latar -/ -/

15.Susunan Urutan Tajuk -/ xx- lebih umum

6. Huraian dan perbandingan Dua perisian:

6.1. Perbandingan aspek-aspek berdasarkan borang penilaian:Berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang dinilai dalam borang penilaian

tadi,adalah didapati ada perbezaan di antara kedua-dua perisian yang telah dicadangkan untuk pengajaran Sain Tahun 4 di bawah tajuk haiwan.Dalam perisian A ada empat perkara yang tidak terdapat berdasarkan kriteria yang diambil kira.Kriteria-kriteria yang dimaksudkan ialah seperti menu secara khusus.Menu adalah panduan kepada penggunaan apa saja jenis perisian atau bahan.Sekiranya menu tidak jelas atau diberikan secara bersimbol(ikon) ini boleh mengelirukan pengguna.

Perkara kedua ialah objektif pengajaran dan pembelajaran.Ini dapat membantu guru menyediakan strategi pengajaran.Apabila guru ada panduan menyediakan objektif,sudah pasti persediaan pengajaran akan lebih teratur.Aktiviti interaktif merupakan penarik minat pelajar untuk menyertai sesi pembelajaran secara aktif.Pelajar akan terlibat secara maksima.Penglibatan ini akan mempengaruhi pemahaman pelajar kepada apa yang diajar oleh guru.

Perkara yang sangat penting dalam pengajaran tetapi tidak disediakan dalam perisian A ini ialah penilaian pelbagai.Uji minda berbentuk kuiz yang disediakan dalam perisian A ini tidak mencukupi untuk menilai kefahaman pelajar tentang tajuk yang telah diajar.

Manakala bagi perisian B,kesemua perkara yang dijadikan criteria telah dapat dipenuhi.Ini menjadikannya lebih menarik dan penggunaannya akan lebih berkesan.

6.2. Perbandingan kaedah rekabentuk dari segi pengajaran dan pembelajaran:Secara keseluruhannya,dari segi reka bentuk kedua-dua perisian ini telah

menepati ciri-ciri bahan pengajaran yang dapat membantu pengajaran dan

12

Page 14: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103pembelajaran.Walaubagaimanapun,ada perkara-perkara yang asas dan penting tidak terdapat dalam satu-satu perisian tersebut.Sebagai contoh,dalam perisian Siri Multimedia Interaktif(perisian B).Susunan tajuk-tajuk kecil hendaklah disusun secara berurutan untuk memudahkan pengguna.Walaupun menu pilihan tajuk disediakan tetapi sekiranya tajuk tidak disediakan mengikut urutan,akan menyukarkan pengguna.

Perkara kedua ialah penyediaan bahan penilaian yang agak terhad dalam perisian yang bertajuk Pemakanan haiwan(Perisian A)Setelah setiap sesi pengajaran dann pembelajaran guru hendaklah menilai kefahaman pelajar.Dengan hanya sejenis ujian minda (dalam perisian A) adalah tidak mencukupi walaupun guru boleh menyediakan penilaian lain.Perkara ini dipandang berat dalam perisian (B) di mana pereka perisian ini menyediakan 3 jenis penilaian dan pelbagai bentuk.

Pada permulaan penggunaan perisian ini,pengguna bagi perisian (A) perlu mendaftar nama sebelum dapat meneruskan penggunaan perisian.Ini mungkin agak menyusahkan para pengguna.Perkara ini tidak berlaku pada perisian B.Maknanya perisian B lebih mudah dan mesra pengguna.

7. Perisian yang dicadangkan untuk kegunaan pengajaran berdasarkan dapatan penilaian.

Setelah meneliti beberapa aspek yang menjadi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran,saya dapati bahawa perisian yang paling sesuai untuk digunakan mengajar tajuk “Haiwan” dalam kelas Sains Tahun 4 ialah perisian Siri Multimedia Interaktif (Perisian B):Pemilihan perisian ini ialah berdasarkan beberapa faktor seperti di bawah ini:7.1. Perisian ini memenuhi kriteria sebagai bahan pengajaran yang sesuai dan berkesan berdasarkan kepada nilai kriteria yang hampir memenuhi kriteria penilaian iaitu 14/15(skor)

7.2. Perisian ini merupakan gabungan isi pelajaran berserta contoh-contoh isi pelajaran dan perisian berbentuk interaktif.Saya yakin dengan adaanya penglibatan pelajar secara interaktif dengan bahan pembelajaran akan lebih berkesan daripada hanya mendengar dan membaca nota atau mendengar penerangan.Ini terkandungan dalam teori inkuiri penemuan yang memang salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran sains.

7.3. Objektif pelajaran yang telah dinyatakan pada awal program dalam perisian ini telah banyak membantu murid membuat persediaan minda tentang apa yang patut diberi perhatian dan mencatat jika perlu segala nota-nota ringkas berkaitan dengan isi pelajaran.Guru pula lebih mudah memfokuskan pengajaran kepada kehendak objektif.

7.4. Pelbagai jenis penilaian pada akhir pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam perisian ini adalah penilaian yang sangat mantap untuk digunakan. Melalui ketiga-tiga jenis penilaian ini iaitu (a)soalan padanan (b) soalan objektif (c) soalan mengisi

13

Page 15: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103tempat kosong telah memenuhi kriteria penilaian mata pelajaran sains dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) Dengan cara ini,murid telah bersedia dengan bentuk-bentuk soalan dari semasa ke semasa.

7.5. Visual dan grafik yang sesuai dan menepati ciri-ciri bahan bantu mengajar adalah perkara yang sentiasa diinginkan oleh guru.Mengajar topi haiwan memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mereka alat bantu mengajar yang sesuai dari segi visual dan mutunya.Tidak semua guru boleh melukis atau berpeluang merakamkan gambar(visual) yang asli bagi kegunaan pengajaran.

Penutup

Pengajaran dan pembelajaran sains sama ada di sekolah menengah ataupun di sekolah rendah lazimnya menjadi satu masalah bagi sebliangan guru.Masalah yang timbul bukan kerana guru kurang pengetahuan sains tetapi masalah mencari bahan bantu mengajar yang sesuai.Perkara ini lebih rumit bagi sekolah rendah di kawasan luar bandar yang serba –serbi kekurangan.Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi masa kini,sedikit sebanyak masalah ini telah dapat diatasi walaupun belum mencapai serautus peratus.Dengan kepelbagaian bahan bantu dan perisian yang direkacipta telah mengurangkan beban guru untuk menangani masalah ini.Walaupun demikian pemilihan bahan atau perisian hendaklah dibuat dengan teliti dan mesti berpandukan kriteria yang betul agar usaha kita itu tidak menjadi sia-sia.Semoga dengan ketelitian para guru memilih bahan-bahan yang sesuai dapat memberikan impak yang besar kepada mutu pengajaran sains dan kesan pembelajaran kepada anak didik kita.

14

Page 16: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

2975 patah perkataan

Senarai rujukan

Norazah Mohd. Nordin, and Ngau , Chai Hong (2009) Pembangunan dan penilaian bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan web – Webquest bagi mata pelajaran ICT. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1). pp. 111-129. ISSN 0126-6020 / 2180-0782[available) http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/index.html.(online)2011 Nov 15

Noor Azliza Che Mat &Lilia Halim.(2002)Jurnal teknologi:Rekabentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia.UTM[available]http://www.penerbit.utm.my(online:2011.Nov 16)

Bengkel cakera padat pembelajaran dan pengajaran.[available]http://bmm3105pgsrcikgumasitahblogspot.com. (online:2011.Nov 15)

Mohd Kamal Dauski,Ismail Bin Othman ,Tham Soo Koon et al: Pengoptimum penggunaan sumber. [available]http://www.mahirkb.tripod.com.(online 2011.Nov 16)

15

Page 17: Kerja Kursus Teknologi Pengajaran

HBEF3103

16