pengajaran,teknologi dan pentaksiran (kpd 3026 )

Upload: vishcu

Post on 13-Jul-2015

531 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

PEMARKAHAN RAKAMAN 1 REFLEKSI 1 RAKAMAN 2 REFLEKSI 2 RPH LAPORAN KT FORUM JUMLAH

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

KPD 3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN

TAJUK : KERJA KURSUS DAN FORUM

NAMA PARAMESWARY A/P RAMASAMY

NO.IC 780303-10-5302

NO. MATRIK PPGBT00176/2011/1/KI

KUMPULANB

NAMA TUTOR E-LEARNING :

PROF.DR.N. KANTHASAMY

TARIKH SERAH

:

17 DISEMBER 2011

ULASAN PENSYARAH / MARKAH

TARIKH DITERIMA MASA T/TANGAN PENGAJAR

__________________ __________________

__________________

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Refleksi pembelajaran untuk Mikropengajaran

2 - 7

2. Refleksi pembelajaran untuk Makropengajaran

8 - 13

3. Kajian tindakan

14 - 24

4. Forum

25 - 32

5. Rujukan

33

6. Lampiran

34 - 38

REFLEKSI PEMBELAJARAN UNTUK MIKROPENGAJARAN

: . : : :3.2 . :3.2.1 ,, . : : 1. ,,,,,,,,, . :10 /

: 1. . 2. . 1 : ,,,,,,,,, . 2.

:

. .

REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Pecahan A : Bahagian 2 : Mikropengajaran (10 minit)

1.0 PENGENALAN Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Tamil Tahun 1 pada 10 hb November 2011(Khamis), Kelas 1 Pagalavan yang terdiri daripada 20 orang murid iaitu 10 lelaki dan 10 perempuan turut dijadikan sasaran makro pengajaran saya. Masa yang diperuntukkan ialah selama 10 minit iaitu dari 8.00 pagi hingga 8.10 pagi.

2.0 KEKUATAN Semasa menjalankan mikropengajaran saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran saya.Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik.Selain itu,saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan mikro pengajaran ini,maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang.Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan kawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid.Selain itu,suara guru yang lantang akan memudahkan murid mendengar dan seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru.Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru.Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru.Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih keberyakinan untuk menimba ilmu.Oleh itu,secara ringkasnya kejayaan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dengan bijak.

3..0 KELEMAHAN Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan mikropengajaran ini ialah tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi.Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid.Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid.Saya dapati murid yang lemah agar sukar menyiapkan tugasan yang diberikan.Saya dapati murid yang lemah agar sukar.Selain itu,kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan.Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik.Ketepatan masalah adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar.Hasil pemerhatian saya keatas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat didapati masa yang digunakan

untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring.Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapat gangguan-gangguan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah.Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu,hasil pembelajaran yang dirancangkan turut tergendala.Jadi pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin.Bagaimanapun,masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.Pemantauan didalam kelas juga agak lemah.Guru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid setiap penjuru kelas.Guru seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid.

4.0 LANGKAH MENGATASI

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambahbaikan.Penambahbaikan adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang.Setelah kajian dijalankan terhadap mikropengajaran yang telah saya jalankan,terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya.Antarannya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid didalam kelas.Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan.Guru perlu mengikut masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran.Gur tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran,sebaliknya guru sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid didalam kelas samaada mengawal tingkahlaku murid atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta.Pada pelajaran yang akan datang,saya akan melakukan penambahbaikan sepatutnya dengan mengambil tindakantindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan.Lembaran kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid.

REFLEKSI PEMBELAJARAN UNTUK MAKROPENGAJARAN

, : . .

: : :1.2 - . :1.2.4-, . : : 1. , .

:30 / :

: 1. . 2. . 1: 1. ,,,,,,,,,,, ,,,, . 2. , . 3. . 2 :

1. . 2. .

. : . . .

: 1. . : 1. . : 1. .

REFLEKSI SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Pecahan A : Bahagian 1 : Makropengajaran (30 minit) 1.0 PENGENALAN

Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Tamil Tahun 1 pada 09 hb November 2011(Rabu), Kelas 1 Pagalavan yang terdiri daripada 20 orang murid iaitu 10 lelaki dan 10 perempuan turut dijadikan sasaran makro pengajaran saya. Masa yang diperuntukkan ialah selama 30 minit iaitu dari 9.00 pagi hingga 9.30 pagi.

2.0 KEKUATAN Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan makro pengajaran ialah kemahiran menyoal.Kemahiran menyoal adalah salah satu kemahiran makro yang dapat membantu muridnya mancapai hasil pembelajaran sebagaimana yang dihasratkan.Hal ini akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid.Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.Kemahiran menyoal dan teknik penyoalan telah dikenalpasti apabila guru mengggunakan kaedah pembelajaran inkuiri atau juga pembelajaran berasaskan masalah. Penyoalan yang baik adalah penyoalan yang dapat merangsang pemikiran murid.Dalam menyoal,guru mendahului penyoalan dengan isyarat dan juga soalan telah dituju kepada keseluruhan kelas.Soalan tidak dituju kepada seseorang kerana cara yang sedemikian dapat mengancam dan menimbulkan rasa takut pada sesetengah murid.Dalam mengemukakan soalan,seorang guru juga pandai memilih atau mengemukakan soalan mengikut kebolehan murid dan ini untuk memberi keyakinan pada murid dan menimbulkan rasa keseronokan.Secara tidak langsung murid-murid melibatkan diri secara aktif.Guru pandai mengolah setiap jawapan murid yang salah agar mereka tidak rasa terpnggir dan ini memberi peluang kepada murid bagi memperbetulkan jawapan dengan memberi jawapan yang lebih tepat. Kemahiran menyoal yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan dapat menolong murid mengingat kembali pelajaran yang lepas dan digunakan sebagai kesinambungan bagi pengajaran yang diajar.Terdapat unsur pujian selepas murid menjawab soalan.Melalui cara tadi akan mewujudkan suatu pembelajaran yang aktif dan dapat melibatkan semua murid.Pengajaran ini telah lebih berkesan kerana ada interaksi dari semua murid tanpa mengira tahap penguasaan mereka. 3.0 KELEMAHAN Pada keseluruhannya, objektif pada hari ini tercapai walaubagaimanapun masih ada lagi beberapa kelemahan.Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan makro pengajaran ialah dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) berjalan dengan baik dan lancar. Selepas membuat refleksi, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-

gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas.

4.0 LANGKAH MENGATASI Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran makro, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang dirancang. Ketetapan masa perlu diikut bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat. Secara kesimpulannya, saya amat berpuas hati terhadap pengajaran makro ini walaupun tertimbul beberapa kelemahan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya juga akan membaiki kelemahan saya untuk menghasilkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti pada masa akan datang.

KAJIAN

TINDAKAN

Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 5

Dalam Pembinaan Ayat Berpandukan Gambar.

Oleh

Pn.Parameswary a/p Ramasamy

ISI KANDUNGAN

Abstrak

17

1.0 Latar belakang kajian 2.0 Isu Keperihatinan 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 3.3 Kumpulan Sasaran 3.4 Pelaksanaan Kajian 3.5 Tinjauan masalah 3.6 Analisis Tinjauan 3.7 Tindakan yang dijalankan 3.8 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian 3.9 Cadangan Kajian seterusnya

18 19 20 - 24

4.0Rujukan

25

Nama Tajuk Kajian

: Pn. Parameswary a/p Ramasamy :Meningkatkan Penguasaan murid tahun 5 dalam berpandukan gambar. pembinaan ayat

Nama Sekolah

: SJK (T) Dengkil

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran dalamkemahiran menulis ayat. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10orang murid tahun 5 SJK (T) Dengkil. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis latihan yang dibuat semasa pelajaran dan ujian dignostik. Soal selidik murid juga digunakan bagi meninjau pandangan pelajar. Berdasarkan analisis tersebut pelajar didapati belum menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan penulisan. Bagi menangani masalah ini pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan . Hasilnya didapati murid-murid dapat menulis berpandukan gambar dengan lebih mudah dan betul.

1.0 Latar belakang kajian

Pengkaji telah memerhatikan sikap murid-murid ini terhadap penggunaan Bahasa Melayu di sekolah ini sebagai satu alat komunikasi atau perhubungan sesama murid. Ternyata pada dasarnya murid-murid di sekolah ini amat lemah dalam pertuturan apatah lagi dalam penulisan.

Penggunaan bahasa ibunda iaitu Bahasa Tamil adalah lebih dominan. Manakala Bahasa Inggeris boleh dikatakan sebagai bahasa kedua selepas Bahasa Tamil kerana faktor minat murid dalam pembelajaran matapelajaran Sains Dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.Maka disini adalah jelas bahawa Bahasa Melayu selalu dipinggirkan. Hanya jika diberi kesempatan sahaja maka Bahasa Melayu akan cuba digunakan oleh murid-murid di sekolah ini, terutamanya jika murid

diajukan soalan dalam Bahasa Melayu oleh guru yang mengajar Bahasa Melayu atau guru lain yang berbangsa Melayu.

Sepanjang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu, pengkaji mendapati bahawa tidak ramai murid yang mendapat kelulusan penuh untuk bahagian pembinaan ayat iaitu soalan Bahagian A, membina ayat berdasarkan gambar dalam kertas penulisan Bahasa Melayu UPSR. Latihan yang diberikan menunjukkan bahawa murid tidak dapat menggunakan elemen tatabahasa yang betul untul membina ayat-ayat yang bermakna. Pengkaji juga mendapati bahawa faktor kekurangan tahap penguasaan perbendaharaan kata atau kosa kata Bahasa Melayu di kalangan murid-murid adalah antara lain penyebab kepada hasil penulisan ayat yang tidak betul dari segi struktur dan tatabahasa.

Dengan ini pengkaji merasakan adalah perlu dilaksanakan satu kajian tindakan bagi mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan bagi meningkatkan tahap pencapaian prestasi dan kecemerlangan dalam matapelajaran Penulisan Bahasa Melayu.

2.0 Isu keperihatinan

Berdasarkan pengalaman sebagai guru yang mengajar Bahasa Melayu ini , pengkaji telah mendapati ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran membina ayat yang lengkap dan gramatis. Pengkaji telah mengalami masalah yang sama di dalam kelas dari tahun ke setahun .

Murid-murid cenderung dipengaruhi oleh Bahasa Ibunda dan mereka juga kurang menguasai perbendaharaan kata Bahasa Melayu yang secukupnya . Selain itu faktor tidak tahu atau memahami makna atau erti sesuatu perkataan dan ayat juga merupakan antara masalah utama.Selain itu murid juga didapati lemah dalam sistem ejaan dan pengetahuan bahasa dari segi struktur binaan ayat dan penggunaan tanda baca yang betul. Oleh itu pengkaji ingin mengesan kaedah pembelajaran yang sesuai untuk menangani permasalahan ini. 3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Am 3.1.1 Meningkatkan kemahiran murid membina ayat berpandukan gambar

3.2 Objektif Khusus 3.2.1 3.2.2 3.2.3 Memperbaiki amalan guru semasa proses P & P Mengenal pasti kaedah P & P yang boleh membantu murid untuk menguasai kemahiran bina ayat. Mengenalpasti punca kesukaran murid untuk membina ayat yang gramatis berpandukan gambar dalam Bahasa Melayu.

3.3 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibat 10orang murid Tahun 5 yang terdiri daripada 4 orang murid perempuan dan 6 orang murid lelaki. Senarai nama murid yang terlibat dalam kajian adalah seperti berikut :1. Ashvaany a/p Gurunathan 2. Dineswari a/p Chandra Mohan 3. Kartikesan a/l Chandra Mohan 4. Kumaran a/l Maharajan 5. Nala a/p Tamil Selvan 6. Phurbalan a/l Siva Patham 7. Suria a/l Nagaiya 8. Thevaa Kumar a/l Ravichandran 9. Thileen a/l Mohogan 10. Yogeswary a/p Segar

3.4. Pelaksanaan Kajian 3.5 Tinjauan Masalah

Daripada pemerhatian yang saya lakukan semasa pengajaran dan pembelajaran, murid-murid ini adalah pasif. Mereka amat sukar untuk memberi respon terhadap pertanyaan saya. Mereka membina ayat dengan cara menterjemah perkataan dari dialok Bahasa Tamil. Murid-murid ini juga tidak dapat menggunakan Perbendaharaan kata yang betul. Selain itu , mereka juga tidak dapat menulis dengan struktur ayat yang betul. Dapatan daripada soal-selidik menunjukkan 10 orang murid yang dipilih mengaku selalu gagal dalam sebarang peperiksaan yang diadakan di sekolah.

3.6 Analisis Tinjauan Masalah

Saya telah menjalankan Ujian Diagnostik. Saya juga telah melakukan temu bual tidak berstruktur dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu. Disamping itu, saya telah menganalisis keputusan Ujian Bulanan seperti di bawah :

BIL

NAMA

UJIAN DIAGNOSTIK

UJIAN BULANAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Ashvaany a/p Gurunathan Dineswari a/p Chandra Mohan Kartikesan a/l Chandra Mohan Kumanan a/l Maharajan Nala a/p Tamil Selvan Phurbalan a/l Siva Patham Suria a/l Nagaiya Thevaa Kumar a/l Ravichandran Thileen a/l Mohogan Yogeswary a/p Segar

1/10 1/10 2/10 1/10 2/10 1/10 1/10 1/10 1/10 2/10

2/10 1/10 3/10 2/10 2/10 2/10 3/10 1/10 2/10 2/10

3.7 Tindakan yang dijalankan

Saya akan menggunakan kaedah latih tubi untuk meningkatkan kebolehan pelajar membina ayat-ayat yang mudah dan betul dari segi tatabahasa. Kaedah ejaan juga akan dijalankan agar murid dapat

mengingati kosa kata Bahasa Melayu yang lazimnya digunakan semasa membina ayat.Aktiviti membina ayat berdasarkan gambar dan membina ayat dengan rangkaikata yang diberi juga akan dijalankan. Selain itu , saya akan memastikan murid-murid bertutur hanya menggunakan Bahasa Melayu sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

3.8 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian y y y y y y Mengenalpasti masalah pelajar Mencipta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru Mengaplikasi kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menilai pelajar Menganalisis pencapaian pelajar Menemu bual pelajar

Refleksi Kajian Terhadap Pelajar Berdasarkan aktiviti dan ujian pos yang telah dijalankan ternyata pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan.

Bil

Nama Murid

Ujian Diagnostik

Ujian Bulanan

Ujian Pos

1. 2. 3. 4. 5.

Ashvaany a/p Gurunathan Dineswari a/p Chandra Mohan Kartikesan a/l Chandra Mohan Kumanan a/l Maharajan Nala a/p Tamil Selvan

1/10 1/10 2/10 1/10 2/10

2/10 1/10 3/10 2/10 2/10

6/10 5/10 5/10 6/10 5/10

6. 7. 8. 9. 10.

Phurbalan a/l Siva Patham Suria a/l Nagaiya Thevaa Kumar a/l Ravichandran Thileen a/l Mohogan Yogeswary a/p Segar

1/10 1/10 1/10 1/10 2/10

2/10 3/10 1/10 2/10 2/10

6/10 4/10 4/10 6/10 6/10

Refleksi Kajian Terhadap Guru

Saya telah menukar persepsi saya terhadap pelajar. Jika sebelum ini saya selalu berfikiran negatif terhadap kebolehan pelajar, sekarang saya sentiasa optimis terhadap pencapaian mereka.

Saya rasa pengajaran saya lebih bermakna dan saya lebih yakin terhadap diri sendiri. Saya juga yakin , sekiranya saya meneruskan kaedah ini murid-murid ini boleh mendapat markah penuh dalam pembinaan ayat.

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif. Pelajar menunjukkan minat yang mendalam. Jika sebelum ini saya sukar untuk mengawal tumpuan pelajar,sekarang mereka memberi kerjasama penuh.

Selepas menjalankan kajian ini saya rasa lebih bersemangat untuk mengajar. Saya selalu memberi aktiviti berdasarkan kebolehan murid. Saya juga selalu menyediakan aktiviti lembaran kerja sebagai aktiviti pengayaan.

3.9. Cadangan Kajian

Kami bercadang untuk meneruskan program ini bagi semua murid tahun 5. Seterusnya menumpukan pengajaran dan pembelajaran cara membimbing langkah demi langkah, maka pastilah murid-murid dapat mencari dan membetulkan kesalahan dari segi pembinaan ayat.

FORUM

SOALAN 1 :

APAKAH YANG ANDA FAHAM DENGAN MAKSUD REFLEKSI PENGAJARAN?NYATAKAN KEBAIKAN YANG ANDA BOLEH DAPATI DENGAN MELAKUKAN AKTIVITI REFLEKSI PENGAJARAN SELEPAS SETIAP SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DILAKSANAKAN.HURAIKAN Refleksi pengajaran merupakan satu proses kognitif yang memerlukan penglibatan aktiviti individu hasil dari cetusan sesuatu dengan melibatkan pengujian ,tindakbalas,pengalaman,kepercayaan dan dasar pemikiran untuk menghasilkan integrasi antara pemahaman baru dengan pengalaman yang telah dilalui.Ia adalah suatu proses berfikir secara mendalam dan bersungguh-sungguh menganalisis dan juga menilai kekuatan dan kelemahan diri bagi merancang tindakan secara rasional..Refleksi berlaku secara sendirian atau kolaboratif.Guru yang melakukan refleksi akan mampu berfikir akan kelemahan dirinya.Sebagai contoh guru yang sering bertanya atau mengemukakan soalan tapi murid masih juga tidak mampu menjawab sebagaimana yang diharapkan.Guru yang membuat refleksi akan

berfikir dan membuat beberapa andaian iaitu mungkin bentuk soalan,nada suara atau perkataan yang diajukan pada murid murid itu tidak sesuai dengan tahap kefahaman murid.Jadi guru tersebut perlu bersikap fleksibel untuk segera mengubah soalan dengan menggunakan ayat yang lebih mudah difahami.Dengan cara itu,permasalahan dapat diatasi dengan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Bagi guru yang berfikir secara refleksi akan sentiasa mencari kekuatan diri bagi memperbaiki setiap tindakan berdasarkan pengalaman sendiri dan apa-apa yang dipraktikan.Dengan cara yang sedemikian segala kelemahan akan dapat diperbaiki dengan segera.Penerapan amalan refleksi dan amalan pengajaran berupaya mempertingkatkan keberkesanan guru dalam menilai serta memperbaiki proses pengajaran.Guru yang sentiasa mengamalkan refleksi selepas pengajarannya akan dapat segera mencari kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan dengan ini guru tersebut akan segera mencari kaedah atau alternatif yang berlainan demi menambahbaikan lagi cara pengajarannya.Dengan cara yang demikian setiap pengajaran guru dapat dimanfaatkan oleh semua murid.Objektif pengajaran guru akan tercapai.

SOALAN 2 :

SEBAGAI SEORANG GURU ,NYATAKAN SALAH SATU DARIPADA SEPULUH KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN YANG PERLU DIMILIKI OLEH SESEORANG GURU AGAR PENGAJARANNYA LEBIH BERKESAN.HURAIKAN Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas. Namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera.

Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat pelajar pelajar supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Bagaimanapun,oleh kerana tujuan set induksi hanya digunakan untuk membina aliran fikiran murid sahaja dan bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, Masa peruntukan dalam pelaksanaan set induksi ini haruslah ringkas dan singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu pelajaran. Prinsip-prinsip Panduan Kemahiran Set Induksi Untuk mencapai tujuan set induksi ini, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : a. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman,kebolehan dan umur murid. b. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. c. Aktiviti set induksi ini hendaklah dikaitkan juga dengan pengetahuan yang sedia ada. d. Aktiviti set induksi hendaklah dapat menarik minat dan perhatian murid. e. Aktiviti set induksi hendaklah disampaikan dengan cara berkesan, demi mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat. Objektif-objektif Set Induksi Penggunaan set induksi dalam proses pengajaran mempunyai beberapa objektif berikut: a. Menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran yang akan dijalankan. b. Membina aliran fikiran muris supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yang berkaitan. c. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar. d. Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan. e. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktiviti, tugas atau projek. f. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid. g. Membantu murid mengikut pelajaran dengan lebih mudah dan bermakna Kesan Kemahiran Set Induksi Ke Atas Pengajaran dan Pembelajaran Jika objektif-objektif set induksi berjaya dicapai, kesan penggunaan kemahirannya dapat diperhatikan seperti berikut : a. Motivasi murid terhadap pelajaran yang akan disampaikan adalah tinggi. Mereka akan menunjukkan tanda persediaan untuk mengikuti pengajaran guru selanjutnya.

b. Semua murid akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan. Kesan ini membolehkan guru menjalankan aktiviti pelajaran dengan lancar tanpa sebarang gangguan yang tidak diingini. c. Murid boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk membina konsep yang baru dengan lebih mudah dan bermakna. d. Murid akan bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan tugas dan aktiviti yang diberikan oleh guru. e. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat ditimbulkan dengan suasana yang aktif dan seronok. f. Masalah disiplin dapat dikurangkan kerana aktitivi set induksi dapat menarik minat pelajar menumpukan selanjutnya. perhatian sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang

SOALAN 3 :

HURAIKAN SECARA RINGKAS PERBEZAAN DIANTARA PRINSIP PEMBELAJARAN YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN INKUIRI ATAU MASTERI?Pendekatan inkuiri adalah proses dimana murid bekerja sendiri untuk menemu pengetahuan baru dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang menekankan penyoalan.Ia melibatkan penaakulan induktif,dimana murid mengkaji hubungan ,saling kaitan serta pola dan seterusnya membuat kesimpulan. Prinsip inkuiri ialah guru mengemukakan persoalan atau masalah.Murid pula terlibat dalam merancang ,menyiasat,mengumpul data dan maklumat dan seterusnya membuat kesimpulan.

Penyoalan guru bergantung kepada faktor kebolehan murid dan tajuk yang hendak diajar. Berorientasikan kepada pengembangan intelektual.Murid berinteraksi ,bertanya dan berfikir. PEMBELAJARAN MASTERI adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran.sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Prinsip masteri ialah guru merancang kaedah pengajaran secara sistematik untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran. Berfokus kepada penguasaan murid.Setiap murid boleh menguasai jika keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi. Dalam pendekatan ini guru seharusnya lebih peka dengan permasalahan murid ,di mana setiap murid berbeza dalam gaya pembelajarannya seperti murid visual,lisan atau kinestetik.Jadi di sini guru harus pandai menggunakan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah itu. Manakala pendekatan inkuiri pula memerlukan murid meneroka ilmu itu secara kendiri ataupun perbincangan yang mana ia lebih berpusatkan pada murid.Guru cuma bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja.Contoh matapelajaran yang menggunakan pendekatan ini ialah pada subjek sains dimana murid melakukan aktiviti penerokaan ,menganalisa,mensintesis dan seterusnya membuat kesimpulan.

SOALAN 4 BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA,APAKAH PERBEZAAN YANG TERDAPAT DIANTARA GURU YANG MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN DENGAN GURU YANG TIDAK MENGAMALKAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KONTEKS PERKEMBANGAN PROFESIONALISME?BINCANGKAN.

Guru yang menjalankan kajian tindakan adalah merupakan seorang guru yang dikatakan profesianalmanakala guru yang tidak menjalankan kajian adalah tidak profesional dalam etika keguruan yang sebenarnya. Apabila seorang guru itu menjalankan kajian tindakan ,ia dapat membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sekiranya ini berlaku secara berterusan sudah tentu satu peningkatan keatas pengajarannya.Tahap pencapaian murid juga akan semakin lebih baik . Manakala bagi guru yang tidak mengamalkan kajian tidak akan

dapat mengesan tahap keberkesanan pengajarannya.Ia akan sentiasa menganggap dirinya sentiasa hebat.Ia mengajar mengikut kehendaknya sendiri tanpa memikir masalah murid.Ia mengajarmengikut

kehendak sendiri tanpa memikirkan keperluan murid pada masa dan situasi itu. Sesungguhnyamasa depan pelajar berada ditangan kita Guru yang menjalankan kajian tindakan juga dapat membuat satu perancangan pengajaran yang lebih terancang dan teratur mengikut tajuk yang di ajar,Pelajar akan lebih cepat memahami dan mengikuti pengajaran guru dengan lebih baik.Dengan kata lain objektif pengajaran tercapai.Bagi guru yang tidak menjalankan kajian sudah tentu tidak dapat menghasilkan mutu pembelajaran yang baik kerana guru mengajar tanpa persediaan dan ini sudah tentu tidak dapat menarik perhatian murid.Hasilnya akan mengecewakan dan murid akan rasa bosan dan malas dan tidak bersungguh-sungguh.Jadi seorang pendidik yang sentiasa peka dengan arus globalisasi dan sentiasa ada motivasi untuk menjadi guru yang kreatif dan inovasi bagi merealisasikan mutu pendidikan negara kearah yang lebih tinggi dimata dunia.

SOALAN 5: SETIAP KAJIAN TINDAKAN YANG HENDAK DIJALANKAN OLEH PENYELIDIK,PERMASALAHAN ATAU MASALAH KAJIAN ADALAH SEBAGAI PUNCA UTAMA.JELASKAN MAKSUD MASALAH DALAM SESUATU KAJIAN TINDAKAN DAN TERANGKAN SECARA RINGKAS BERSERTA DENGAN IVIDEN BAGAIMANA SESUATU MASALAH ITU DAPAT DIKENALPASTI? Masalah dalam sesuatu kajian tindakan bermaksud sesuatu yang tidak memuaskan,belum diselesaikan,terdapat kesukaran,sesuatu yang perlu diubah dan sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan yang perlu dicari jalan penyelesaiannya. Permasalahan ini telah menjadi punca

utama kenapa seseorang guru perlu meletakkannya sebagai sesuatu yang serius dan perlu kepada satu tindakan yang harus diambil bagi mengatasinya.Masalah yang perlu diberi perhatian dalam bab ini ialah yang bersifat khusus dan bukan bersifat klinikal serta memerlukan dalam masa yang tidak terlalu lama untuk diselesaikan .Masalah kajian tindakan ini boleh diubah melalui amalan pengajarannya didalam kelas supaya menjadi lebih baik dan berkesan hasil dari kajian tindakan yang dijalankan. Sesuatu permasalahan yang akan dikaji boleh dikenal pasti melalui pembuktian(eviden) seperti: a) Dengan melakukan pemerhatian ke atas murid semasa pengajaran dan pembelajaran atau pemerhatian rakan sejawat semasa guru mengajar. b) Melalui temubual dua hala bagi mengumpulkan maklumat menggunakan soalan bebas atau soalan yang sedia ada (terancang) . c) Soalselidik responden yang memberikan maklumat melalui soalan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat. d) Ujian/latihan sebagai satu kaedah menguji kefahaman murid. e) Dokumen murid seperti rekod salah laku,rekod kehadiran,keputusan peperiksaan,sukatan pelajaran dan sebagainya.

Sebagai satu contoh ,semasa dalam prngajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup,guru mungkin akan berdepan dengan masalah di mana pelajarnya gagal mengenalpasti peralatan yang harus digunakan dalam kerja-kerja pertukangan.Masalah ini telah menimbulkan gangguan dalam menyempurnakan tugasan itu dengan baik.Jadi disini guru harus merancang dan mengenalpasti punca masalah bagi mengatasi kelemahan pelajarnya itu.

4.0 RUJUKAN

1. Manual Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Selangor.

2. Konvensyen Kajian Tindakan Negeri Perak 2003. Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

3..CD-Bahan Kajian Tindakan

LAMPIRAN

. . .