tugasan hbml4303 kurikulum dan perkaedahan dalam pengajaran b.melayu

33
1 SEKAPUR SIREH Segala puji bagi Allah s.w.t. yang maha pemurah, berkuasa dan maha mengasihani hambanya. Dengan izin dan kurniaNya telah menganugerahkan kekuatan dan kesihatan kepada hambanya untuk menyempurnakan tugasan ini. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih kepada tutor HBML4303, Encik Khairul Azhar bin Mohd Zahari yang telah memberi bimbingan, dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini, Tidak lupa sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak sekolah, suami tercinta, anak-anak dan rakan seperjuangan. Tugasan ini kelihatannya agak mudah, namun kekangan masa dan kesukaran mendapatkan bahan menjadikannya agak mencabar. Ada masanya saya kebuntuan idea untuk mengolah dan mencari sumber rujukan apatah lagi sebagai seorang pelajar sambilan Sarjana Muda Pengajaran dan guru sepenuh masa di sekolah, saya dibebani dengan tugas dan tanggung

Upload: eyta-baharun

Post on 02-Aug-2015

249 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

1

SEKAPUR SIREH

Segala puji bagi Allah s.w.t. yang maha pemurah, berkuasa dan maha

mengasihani hambanya. Dengan izin dan kurniaNya telah menganugerahkan kekuatan

dan kesihatan kepada hambanya untuk menyempurnakan tugasan ini. Dikesempatan ini,

saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih

kepada tutor HBML4303, Encik Khairul Azhar bin Mohd Zahari yang telah memberi

bimbingan, dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini, Tidak lupa sekalung

penghargaan dan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang

terlibat terutama pihak sekolah, suami tercinta, anak-anak dan rakan seperjuangan.

Tugasan ini kelihatannya agak mudah, namun kekangan masa dan kesukaran

mendapatkan bahan menjadikannya agak mencabar. Ada masanya saya kebuntuan idea

untuk mengolah dan mencari sumber rujukan apatah lagi sebagai seorang pelajar

sambilan Sarjana Muda Pengajaran dan guru sepenuh masa di sekolah, saya dibebani

dengan tugas dan tanggung jawab berganda untuk menguruskan masa untuk

melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, saya berharap tugasan ini menepati kehendak tutor dan fakulti.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan segala kekurangan adalah dari

kelemahan saya sendiri. Sesesungguhnya kejayaan seseorang itu di dunia dan akhirat

hanya dengan ilmunya.

ROZITA BAHARUN

70052107545200

Page 2: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

2

Isi Kandungan

Bilangan Perkara Halaman

Sekapur sireh 1

Kandungan 2

1. Pendahuluan 3

2. Konsep 5P ( penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, 5pengayaan dan penilaian)

2.1 Penggabungjalinan  6

2.2 Penyerapan 8

2.3 Pengayaan 11

2.4 Pemulihan 12

2.5 Penilaian 12

3. Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) 13

4. Refleksi 17

4.1 kelemahan 18

4.2 Kekuatan 19

4.3 Cadangan 19

5. Penutup 20

6. Rujukan 22

Page 3: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

3

1.0 PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui

bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan

kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan

informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya

(Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah.

Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan

murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.

Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan

kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas

dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan

juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek

kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan

untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid

mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan

peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam

penguasaan bahasa Melayu.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997)

menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang

pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran;

pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. Seseorang

guru perlulah mempunyai daya kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah

aktiviti mengikut tahap dan kesesuaian murid-murid. Ketika melaksanakan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diharapkan dapat memberi penekanan kepada

aktiviti yang menggalakkan murid-murid menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstektual,

dan pembelajaran secara konstruktivisme dan sebagainya.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jelas menyenaraikan

matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai

Page 4: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

4

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang

berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai

bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat

Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 1983) telah menjelaskan

objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur

dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai ketika

berkomunikasi. Untuk menyediakan murid-murid yang cemerlang dan dapat

berkomunikasi dengan baik, guru perlulah merancang dan melaksanakan satu

rancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh hal yang demikian, guru

perlulah bijak merancang strategi pengajaran.

Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan

memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran

dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan

perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik

perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk

tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Dalam sesuatu waktu pelajaran,

strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti

penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik

mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik

mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.(Abd. 

Aziz Abd.Talib,2000).  

Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk

setiap langkah mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran

mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas

mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih. Strategi pengajaran dan

pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan dan mengurus sesuatu

rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran

dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi

penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis. Selain

Page 5: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

5

5P

Penggabungjalinan

Penyerapan

PengayaanPemulihan

Penilaian

itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan

nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta

dalam berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan

kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran

pelajaran dalam kelas bercantum.

Tuntasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori

pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan

strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

2.0 KONSEP 5P ( PENGGABUNGJALINAN, PENYERAPAN, PEMULIHAN, PENGAYAAN DAN PENILAIAN)

Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan

pemulihan. Konsep 5P ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu yang juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu disampaikan secara bersepadu dan tidak

secara berasingan. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat

sekolah rendah menekankan kepada konsep 5P ini. Konsep 5P ini selaras dengan usaha

memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun

demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar

Page 6: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

6

yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar

yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi,

dan berfikir. (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. 2001).

 2.1 Penggabungjalinan 

Penggabungjalinan boleh ditakrifkan sebagai suatu pengolahan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan

pengajaran beberapa aspek kemahiran bahasa yang dihimpun dan

diajar serentak dan berkait rapat antara satu dengan lain dalam satu

sesi pengajaran.  Penggabungjalinan juga meliputi penggabungan

beberapa mata pelajaran, aktiviti, pendekatan dan media. Menurut

Juriah Long (1992), strategi penggabungjalinan mempunyai beberapa

tujuan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa.  Antara

tujuan tersebut ialah membantu murid-murid menguasai kemahiran

berbahasa secara serentak.  Kemahiran-kemahiran asas yang perlu

dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia ialah

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. 

Strategi penggabungjalinan juga akan membantu guru untuk

merangka  dan membentuk sebuah sesi pengajaran yang lebih

menarik dan efektif kerana guru mempunyai kebebasan untuk

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. 

Antara kaedah dan teknik yang boleh diguna pakai oleh guru ialah

kaedah terus, kaedah oral-aural, kaedah linguistik, teknik permainan

bahasa, teknik main peranan, teknik sumbangsaran dan sebagainya.

Sebelum mengaplikasikan strategi penggabungjalinan dalam

pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu memahami dan

mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung  di dalamnya.  Prinsip

utama strategi penggabungjalinan ialah, ia mestilah bersifat boleh

Page 7: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

7

ubah dan perlu selaras dengan matlamat dan objektif pengajaran dan

pembelajaran yang ingin dicapai.  Seterusnya, guru perlu tahu dan

menetapkan jumlah kemahiran yang ingin digabungjalinkan dalam

sesebuah pengajaran.  Guru perlu menggabungjalinkan sekurang-

kurangnya dua kemahiran dalam sesebuah pengajaran.  Guru juga

mestilah merancang kemahiran fokus dan kemahiran sampingan

dengan baik.  Prinsip terakhir ialah, penggabungjalinan yang ingin

dilakukan oleh guru perlu diseimbangkan dengan kebolehan,

pencapaian dan keperluan murid-muridnya. Strategi

penggabungjalinan mempunyai tiga bentuk.  Bentuk-bentuk tersebut

ialah:

a. Penggabungjalinan Kemahiran

Terdapat tiga kemahiran utama dalam pengajaran bahasa

Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-murid.  Kemahiran-

kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan, membaca dan menulis. 

Dalam sesebuah pengajaran yang menggunakan strategi

penggabunjalinan, guru perlu menggabunjalinkan sekurang-

kurangnya dua kemahiran tersebut dalam pengajarannya.  Ini

bermakna murid-murid akan memperoleh dan menguasai dua

atau lebih kemahiran dalam masa yang sama.

Kemahiran tersebut boleh dibahagikan kepada fokus utama dan

fokus sampingan. Selain daripada kemahiran-kemahiran bahasa,

guru juga boleh menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran

daripada mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran bahasa

Malaysia.  Kemahiran-kemahiran tersebut seperti Muzik,

Pendidikan Seni, Sains, Sastera dan sebagainya boleh digunakan

oleh guru ketika menyampaikan pengajarannya. Aktiviti-aktiviti

seperti nyanyian, pergerakan, melukis, mendeklamasikan sajak,

Page 8: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

8

lakonan dan sebagainya boleh membantu merangsang minat

murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran.

b. Penggabungjalinan Aktiviti

Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti

atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian pengajarannya. 

Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu merangkumi aspek-

aspek seperti lisan, bacaan dan tulisan.  Penggabungjalinan aktiviti

perlu dirancang dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan

yang baik, misalnya aktiviti membaca disusuli dengan mengesan

isi-isi utama, kemudian membuat ulasan dan seterusnya menulis

ulasan dalam buku latihan.  Aktiviti lisan seperti perbincangan

boleh digabungjalinkan dengan aktiviti membaca, iaitu memahami

sesuatu isu yang dibincangkan dan diikuti oleh aktiviti penulisan

berdasarkan isu yang telah dibincangkan.

c. Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan bahan pula memberikan tumpuan kepada

bahan-bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan

pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru

atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan

pengajarannya di dalam kelas.  Peralatan mengajar bukan terhad

kepada buku-buku teks, papan tulis, gambar-gambar sahaja,

tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam

pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat,

mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja

yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan-bahan itu boleh

terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.  Guru perlu

merancang agar bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,

Page 9: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

9

pengalaman dan tahap pencapaian murid.  Bahan-bahan tersebut

boleh digabungjalinkan mengikut keperluan masa dan mempunyai

pertalian dan urutan yang baik.  Misalnya keratan akhbar yang

memuatkan isu-isu semasa boleh digabungjalinkan dengan bahan

lisan, iaitu murid-murid boleh membuat ulasan, perbincangan dan

sebagainya terhadap bahan tersebut.

2.2 Penyerapan

Penyerapan merupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, kemahiran berfikir,

nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata

pelajaran. Penyerapan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan memantapkan

lagi penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui penyerapan pengajaran sepatutnya

mampu dikaitkan dengan unsur-unsur nilai tambah yang ditekankan di dalam

kurikulum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayisia (BM),

matlamatnya tidak hanya menekankan penguasaan bahasa semata-mata, tetapi meliputi

pembinaan diri pelajar.

2.2.1 Tujuan penyerapan dijalankan adalah untuk :

a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan

peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;

b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;

c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;

d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;

e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan

f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.

g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan

perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi,

dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks;

Page 10: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

10

h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk

perkembangan diri; dan

i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima

oleh rakan sebaya dan masyarakat.

2.2.2 Terdapat lima unsur penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu iaitu:

a. Ilmu Pengetahuan.

i. Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti

Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian

Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang

digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata

pelajaran lain.

ii. Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.

iii. Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.

iv. Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

b. Nilai murni.

Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang

pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi

utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara

individu, berkumpulan, atau kelas. Kadang kala nilai murni tidak

dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang

dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni

ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif

seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam

pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia ,

berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara

satu dengan lain.

Page 11: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

11

c. Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu

mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara

Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang

baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

a. Peraturan sosio-budaya.

Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi

kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam

masyarakat Malaysia. Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan

falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

e. Kemahiran Bernilai Tambah.

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi

membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia

sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran

berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran

belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.

2.3 Pengayaan

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk

memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,

daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid

sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan

daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid

selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan

kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti

pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan

kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Pengayaan mengandungi unsur-

Page 12: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

12

unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran

yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi

mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat

ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu

keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. 

Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah

Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan

minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara

bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad,

permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai

kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa

yang ditentukan.

2.4 Pemulihan

Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan

kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang

menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat

diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid

menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya

dilakukan dalam tempoh yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi

kelemahan murid. Menurut Abd.Aziz (2000), murid-murid pemulihan perlu diberikan

pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang antara mereka dengan murid lain

dapat dikurangkan atau dihapuskan.

Murid yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang

bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan

pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Program pemulihan disediakan

Page 13: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

13

untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam

tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan

maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-

peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah

mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

2.5 Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi

menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Penilaian

merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat

yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Menurut Koh Boh Boon (1989),

dalam KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat

pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid bedasarkan

objektif pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan,

penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Oleh itu, penilaian

perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya

melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu

diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau

pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti

pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) TAHUN LIMA

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tahun : 5 Zuhal

Bilangan Murid : 32 orang

Page 14: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

14

Unit : 4

Tema : Alam Sekitar

Tajuk : Manusia Prihatin Bumi Terpelihara

Tarikh : 18 Jun 2012

Masa : 60 minit

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:       

i. Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

ii. Menyatakan 5 isi penting secara lisan sebab-sebab berlakunya pencemaran dan kesannya.

iii. Murid dapat menulis karangan pendek tentang kepentingan menjaga alam sekitar

Hasil Pembelajaran : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai.

Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.

Aras 2 (ii) Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraianberdasarkan sesuatu perkara.

Aras 1 (i) Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi. Aras 1 (ii) Menyatakan dan menghuraikan isi utama dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.

Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi.

Page 15: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

15

Ilmu : Bahasa Melayu, kebersihan, kesihatan

Nilai : Menghayati, menghormati dan menghargai alam sekitar.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan mengkategori.

Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi.

Pengetahuan Sedia Ada :

i. Murid pernah melihat kempen mencintai alam sekitar di televisyen.

ii. Murid terlibat secara langsung dalam kegiatan gotong-royong di rumah atau di sekolah.

iii. Murid sendiri pernah membuang sampah merata-rata.

BBB : Video lagu Atuk Oh Atuk, Power point, gambar.LCD

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: ( Konstektual)

i. Murid bercerita tentang keadaan kawasan tempat tinggal mereka.

ii. Murid menyatakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di kawasan tempat tinggal mereka.

iii. Murid membaca petikan tentang Pencemaran Alam Sekitar.

iv. Murid menyenaraikan perkara penting yang terdapat dalam teks.

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi 5 minit

Video dari You Tube“Atuk Oh Atuk”

Guru menayangkan video bertemakan pencemaran alam sekitar.

Murid menghayati lirik lagu serta paparan video

Guru bersoaljawab tentang video yang ditonton.

Soalan :Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tersebut?

KB: inferens,Menghubungkait,

BBB : Video dari You Tube, LCD, laptop.

Nilai : kebersihan,Cintai alam sekitar

Ilmu : Kajian Tempatan, PSK

Page 16: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

16

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar?

Namakan jenis-jenis pencemaran yang kamu lihat/ tahu.

Langkah 1

10 minit

Tayangan slaid Powerpoint

Menyenarai isi-isi penting

Guru menayangkan slaid powerpoint

Murid diminta mengelik pautan yang disediakan dan membaca petikan yang tersedia dengan kuat dan intonasi yang betul.

Murid-murid lain diminta mendengar dan turut membaca secara senyap.

Guru meminta murid menyenaraikan lima isi penting yang terdapat dalam petikan.

KB: mengumpul maklumat, Menjana idea

Ilmu : PSK

SB: Sebutan intonasi

Tatabahasa : ayat topic dan ayat majmuk

KBT : Intrapersonal

BBB: buku latihan

Langkah 2

10 minit

Perbincangan Kumpulan

Mengenal pasti dan menyenarai isi-isi penting.

Menulis ayat topik

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan.

Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza.

Kumpulan 1 – menyenarai dan melukis / membuat lakaran jenis-jenis pencemaran

Kumpulan 2 – sebab-sebab berlakunya pencemaran

Kumpulan 3- kesan-kesan pencemaran

Tatabahasa : ayat topik dan ayat majmuk

Nilai : bekerjasamaSayangi alam, bertanggungjawabbersyukur

BBB: kertas sebak, marker pen

KBT :Visual ruang

Ilmu :Kajian Tempatan, Pendidikan Islam

Page 17: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

17

Kumpulan 4 – langkah/ usaha mengatasi.

Langkah 3

10 minit

Pembentangan kumpulan

membentangkan hasil perbincangan.

Kumpulan lain bertanyakan soalan

Kumpulan yang berjaya membentangkan dengan baik, diberi ganjaran

KBT : intrapersonal. Interpersonal

Nilai : bekerjasama, keberanian.

Langkah 4

20 minit

Latihan - menulis karangan

Aktiviti Pengayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Melengkapkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.

guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran pada hari tersebut.

guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek tentang kesan-kesan pencemaran dan langkah-langkah mengatasinya.

guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan.

Kumpulan ini diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan dan frasa yang sesuai.

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens.

BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat.

KP : Intrapersonal,interpersonal, visual, verbal-linguistik.

Nilai : bekerjasama, menghargai, BBB : buku latihan,Lembaran latihan untuk kumpulan pemulihan.

Penutup

5 minit

Membuat rumusan

Menanyakan nilai-nilai murni yang dipelajari

Menyanyikan lagu ‘Atuk Oh Atuk’

Menyatakan nilai- nilai murni

Menyanyi kan lagu mengikut lirik yang tertera di video

BBB : LCD, Laptop, Lirik lagu.

Page 18: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

18

4.0 REFLEKSI

Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan

dan tindakan untuk memperbaiki diri. Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran

berupaya mempertingkatkan keberkesanan guru bahasa Melayu untuk menilai dan

memperbaiki proses pengajaran. Seseorang guru bahasa Melayu perlu mengamalkan

refleksi dengan secara bijak dan saksama dalam apa jua situasi yang melibatkan

pengajaran dan pembelajaran. Aktif dan sentiasa berhati-hati dalam segala tindak

tanduknya, tidak mudah putus asa dan bosan dengan masalah yang dihadapi, berjiwa

kental dan tabah lagi cekal serta tidak pernah kenal rasa jemu untuk mengatasi semua

masalah yang mendatanginya terutama permasalahan yang melibatkan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi perlu ditulis selepas selesai satu-satu sesi pengajaran dan

pembelajaran dan tujuan  utama adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan

hasil pengajaran seseorang guru dan berusaha memperbaikinya pada pengajaran dan

pembelajaran akan datang. Selain itu tujuan menulis refleksi adalah untuk :

I. Mengetahui sama ada PnP pada hari tersebut berjaya atau tidak.

II. Adakah mencapai objektif?

III. Berapa yang capai?

IV. Berapa yang tidak dapat mencapai objektif?

V. Apa tindakan guru kepada murid yang tidak dapat mencapai objektif

tersebut

Berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) yang dihasilkan, beberapa

kelemahan dan kekuatan dikenal pasti yang berkaitan dengan strategi

penggabungjalinan yang digunakan.

4.1 Kelemahan

Page 19: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

19

i. Kaedah penyoalan guru yang kurang jelas terutama ketika induksi set.

Ketika guru bertanyakan soalan untuk menguji kemahiran lisan murid,

soalan yang dikemukakan oleh guru terlalu umum. Murid dijangka akan

memberi pelbagai jawapan apabila guru bertanya ‘apakah yang mereka lihat

di dalam video tersebut.

ii. Pembahagian murid seramai 32 orang kepada empat kumpulan, iaitu satu

kumpulan 8 orang dilihat terlalu ramai. Dibimbangi, terdapat murid yang

tidak memainkan peranan atau mengambil bahagian kerana terlalu ramai.

4.2 Kekuatan

i. Gambarajah dan animasi video mengenai pencemaran alam dan lagu yang

sesuai dengan kanak-kanak menjadikan suasana pembelajaran lebih

menyeronokkan. Penggunaan video dan lagu ‘Bangau Oh Bangau’ yang

ditukarkan liriknya berjaya menarik perhatian murid.

ii. Guru mengaplikasikan kesemua unsur penggabungjalinan iaitu

penggabungjalinan kemahiran, penggabungjalinan aktiviti dan

penggabungjalinan bahan.

iii. Di dalam penggabungjalinan kemahiran, terdapat penggabungjalinan kemahiran

mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Selain itu, terdapat juga penggabungjalinan mata pelajaran lain iaitu kemahiran

muzik dan Kemahiran Pendidikan Seni.

iv. Guru juga menggabungkan pelbagai aktiviti seperti soal jawab, bacaan kuat,

perbincangan dalam kumpulan, pembentangan kumpulan, menulis karangan dan

nyanyian

4.3 Cadangan

Page 20: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

20

i. Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah

dilaksanakan. Guru perlu berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan

dengan kehidupan seharian murid agar mereka dapat mengaplikasikan

pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan

mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai pencemaran alam dan lagu

yang sinonim dengan kanak-kanak menjadikan suasana pembelajaran akan

lebih menyeronokkan. 

v. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan murid secara

menyeluruh. Guru sepatutnya membahagikan murid-murid kepada beberapa

buah kumpulan yang lebih kecil bilangannya agar semua murid akan terlibat

secara langsung.

vi. Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang

lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat

disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar.

vii. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini

dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas

yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

viii. Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak

menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif

pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan

soal jawab dengan para pelajar mengenai topik pencemaran alam.

ix. Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana

keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi

penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan

dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.

5.0 PENUTUP

Page 21: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

21

Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang

disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan

isi pengajaran secara berkesan, tetapi dalam masa yang sama juga

berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam

jiwa murid-murid.  Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi

muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan

untuk kemajuan negara pada masa hadapan.  Oleh itu, guru

seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan

sosial yang baik dan murni.  Penggabungjalinan merupakan strategi

pengajaran yang mampu untuk menghasilkan sebuah sesi

pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti. 

Guru perlu mempertimbangkan kemahiran-kemahiran, unsur-

unsur daripada mata pelajaran lain, serta bahan-bahan yang sesuai

untuk digabungjalin dalam sesebuah pengajaran dan pembelajaran. 

Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan

murid-murid memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam

kehidupannya (Omardin Ashaari, 1999).  Strategi yang

menggabungjalinkan kemahiran, bahan dan aktiviti dapat digunakan

oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk

memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam

mempelajari subjek bahasa Malaysia. Strategi penggabungjalinan

membolehkan murid-murid melihat perkaitan di antara disiplin diri. 

Isi-isi pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid tidak terpisah dan

dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan

bermakna bagi diri mereka.  Hasil daripada gabungan yang mantap di

antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang guru

mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang

bersesuaian, maka terhasillah satu proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh

guru akan dapat dicapai.  Hanya guru yang mempunyai komitmen,

Page 22: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

22

iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta

mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja

mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran

yang efektif.  Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai

seorang pendidik dengan sempurna dan efektif.

Seorang guru bahasa Melayu yang reflektif adalah merupakan individu yang

sentiasa berusaha mencari maklumat dan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu

masalah yang timbul, komited dan sentiasa berasa bertanggungjawab dalam

memikirkan sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam dan terperinci. Sering

memikirkan kebaikan bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya malahan untuk orang lain

terutama pelajarnya supaya mereka mendapat faedah yang terbaik. Sentiasa

bersikap scepticism (satu sifat ragu-ragu terhadap teori dan amalan yang digunapakai)

dan berfikir secara kritikal terhadap teori amalannya serta bersikap terbuka untuk

menerima idea-idea baru dan menyesuaikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abd.  Aziz Abd.  Talib.  (2000).  Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur:  Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling Jaya: Longman.

Faridah Nazir.  (2010).  Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan:  Open University Malaysia.

Juriah Long, et al.  (1992).  Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur:

Page 23: Tugasan HBML4303 Kurikulum Dan Perkaedahan Dalam Pengajaran B.melayu

23

            Penerbit Fajar Bakti. 

Kamarudin Haji Husin, et al.  (1998).  Pedagogi Bahasa: Perkaedahan.Kuala Lumpur:  Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koh Boh Boon.  (1989).  Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. 

Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marohaini Yusoff.  (1999).  Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman.  Kuala 

Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mook Soon Sang, Lee Shok Mee.  (1986).  Kurikulum Baru Sekolah Rendah.  Tahap I. 

Siri Maktab Perguruan.  Kuala Lumpur:  Heineman Malaysia Sdn. Bhd

Nik Safiah Karim et. al. (2009).  Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.  Kuala Lumpur: 

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omardin Ashaari.  (1999).  Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif.  Kuala

Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasaMalaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.