penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

20
BAHAGIAN A : PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH SAYA. Dalam perkembangan semasa melalui perubahan peralatan teknologi terkini, sebahagian besar masyarakat tidak dapat lari daripada penggunaan kecanggihan dan kecekapan teknologi khususnya dalam maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT. Fenomena ini berlaku disebabkan penduduk di atas muka bumi ini mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan bermula dari era pertanian hingga ke era perindustrian dan seterusnya memasuki era ICT. Anjakan paradigma ini menyebabkan keperluan terhadap perubahan sistem pendidikan negara tidak dapat dielakkan bagi memenuhi matlamat masyarakat bermaklumat sejajar dengan arus pembangunan semasa Kemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal. Senario yangg berlaku di sekolah saya berhubung dengan ledakan teknologi ini tidak kurang juga hebatnya. Apatah lagi dengan kemudahan

Upload: terbaeekk-mybos

Post on 12-Sep-2015

71 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A :

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH SAYA.

Dalam perkembangan semasa melalui perubahan peralatan teknologi terkini, sebahagian besar masyarakat tidak dapat lari daripada penggunaan kecanggihan dan kecekapan teknologi khususnya dalam maklumat dan komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT. Fenomena ini berlaku disebabkan penduduk di atas muka bumi ini mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan bermula dari era pertanian hingga ke era perindustrian dan seterusnya memasuki era ICT. Anjakan paradigma ini menyebabkan keperluan terhadap perubahan sistem pendidikan negara tidak dapat dielakkan bagi memenuhi matlamat masyarakat bermaklumat sejajar dengan arus pembangunan semasaKemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yang berkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalam sesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan praktikal.Senario yangg berlaku di sekolah saya berhubung dengan ledakan teknologi ini tidak kurang juga hebatnya. Apatah lagi dengan kemudahan internet yang baru sahaja memasuki ruang kerja persekolahan saya, semua warga sekolah dapat menikmati kemudahan tersebut sambil mengaplikasikanya dalam tugas rutin seharian. Bagi kalangan guru, penggunaan laptop dan LCD semasa proses pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi amalan bermula sejak zaman PPSMI mula dipekernalkan lagi. Namun tidak semua guru yang rata-rata mengetahui dan menggunakan kaedah tersebut yang masih selesa menggunkan kaedah tradisional. Pada ketika ini pula melalui pemerhatian saya, Lebih kurang 60 % kalangan guru menggunakan teknologi sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini dapat dilihat melalui guru-guru baru yang baru ditempatkan mengajar di sekolah. Penggunaan Laptop, LCD, TV, Astro Totur TV, dan sebagainya menjadi pilihan guru-guru tersebut. Paparan Slide Power Point adalah yang selalu menjadi pilihan utama sebagai medium menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga beberapa orang guru yang masih mengamalkan pengajaran tradisional dan tidak berbantukan kepada penggunaan teknologi. Dalam hal ini, terdapat beberapa sebab yang boleh diterima mengapa masih ada segelintir guru yang masih mengamalkan kaedah lama. Antaranya ialah kurangnya kemahiran dalam mengendalikan peralatan tersebut, kurang berminat dengan ICT, ketiadaan Makmal Komputer sekolah, serta kurangnya peralatan media untuk menampung bilangan guru yang ramai yang akan menggunakan peralatan tersebut pada satu-satu masa. Dalam pemerhatian saya, guru yang mengajar dengan berbantukan penggunaan teknologi sebenarnya banyak menarik perhatian pelajar jika dibandingkan dengan penggunaan kaedah tradisonal. Masalah pelajar yang cepat bosan dan mengantuk semasa pengajaran dan pebelajaran diadakan telah dapat diatasi apabila guru menggunakan ICT semasa mengajar kerana elemen-elemen penggunaan yang menpunyai banyak unsur seperti gambar, teks, audio dan grafik dapat menarik perhatian pelajar. Hal ini kerana keperluan pelajar pada masa ini juga adalah berbeza daripada pelajar pada masa dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar. Bagi tujuan tersebut, guru seharusnya mempunyai cukup kemahiran ICT bagi memenuhi keperluan pembelajaran pelajar. Guru sepatutnya boleh mengguna ICT bukan sahaja untuk pengajaran di sekolah, malahan boleh membantu dan membimbing pelajar sebagai pengguna teknologi yang bijak.

Namun kajian semasa kalangan guru-guru di negara kita berkaitan penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang rendah seperti yang terkandung dalam laporan BTP yang menunjukkan tahap penguasaan guru mnggunakan teknologi khasnya ICT adalah pada kadar sederhana sahaja. Justeru situasi ini amatlah mengecewakan dan membimbangkan kerana ICT itu sendiri banyak kepantinganya jika digunakan dan diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah.Pentingnya penggunaan teknologi di aplikasikan di sekolah antaranya berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.Pada masa yang sama juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Ini akan dapat meningkatkan motivasi murid itu sendiri. Disamping itu, ICT akan membolehkan pelajar meneroka dan mengalami pembelajaran kendiri (individualise learning) yang memberi ruang dan peluang murid itu untuk mengakses maklumat yang sukar diperolehi. Maka dengan demikian, membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama. Penggunaan teknologi juga akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar seperti membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa. Ini sudah pasti akan meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid dan pada masa yang sama akan memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yangminimum.

Penggunaan ICT adalah lebih daripada berfungsi sebagai alat pengajaran. Potensi kelestariannya adalah menonjol di dalam meningkatkan kualiti dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Potensinya juga adalah menonjol di dalam membantu guru menjalankan tugas seharian sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah termasuk hal-hal berkaitan pengurusan, latihan berterusan dan pembangunan sahsiah Di samping itu, ICT juga

berpotensi untuk mengembangkan keupayaan dan kreativiti pelajar semasa melalui proses pembelajaran mereka. Malahan ICT secara keseluruhannya memberi fokus terhadap kreativiti dan kognitif pelajar dalam memupuk keupayaan dan kebolehan perolehan maklumat, handling, pengawalan dan pengukuran. Dengan ini untuk kelestarian penggunaan ICT, ia perlu dilakukan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ternyata terdapat banyak perbezaan dalam perolehan hasil jika dibandingkan dengan cara pembelajaran tradisional dengan pembelajaran yang berbantukan penggunaan teknologi khususnya ICT. Walaupun sememangnya banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh guru dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi antaranya amalan pengajarannya banyak bergantung kepada tahap pengetahuan dan kemahiran teknologi yang dimiliki oleh guru berkenaan. Selain itu kemudahan kelengkapan ICT juga mempengaruhi hal ini terutama di sekolah-sekolah luar bandar dan pedelaman. Melihat kepada sekolah saya yang dalam kategori sekolah luar bandar, bilik makmal komputer ada tetapi peralatan komputer yang dibekalkan oleh kerajaan tidak berfungsi disebabkan system pendawaian server yang tidak sempurna menyebabkan bilik maklaml tersebut terus terbiar tanpa penyelenggaraan sempurna masalah birokrasi dari pihak pembekal. Walaupun demikian guru-guru yang mahir dalam penggunaan ICT menggunakan alternatif lain seperti menggunakan laptop dan LCD yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Cabaran lain yang terpaksa di tempuh oleh guru juga adalah bebanan tugas selain daripada mengajar mengekang guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna dan berkesan yang berbantukan teknologi.

Sebagai kesimpulannya, peranan teknologi maklumat sangat penting dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar dan menghadapi persaingan global ini. Dunia yang dianggap sudah tidak bersempadan daripada sudut pergerakan maklumat telah memberikan inspirasi supaya setiap sekolah menerima tanpa soal jawab aplikasi dan implimentasi ICT dalam organisasi berkenaan. Walaupun mungkin terdapat pelbagai halangan seperti kekurangan kepakaran dan pengetahuan, namun apabila ICT sudah menjadi darah daging, ia akan lebih memudahkan tugas dan kerja pengurusan dan pentadbiran. Integrasi ICT dalam pengurusan pendidikan merupakan perkara penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama bagi mencapai tujuan ini demi melahirkan modal insan seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. BAHAGIAN B :

Rancangan Pengajaran TahunanBahasa Melayu

Tahun 5MINGGUTEMA/TAJUKHASIL PEMBELAJARANHURAIAN

HASIL PEMBELAJARANCATATAN

1Keluarga

1.0Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.

Fokus Utama

( Lisan )

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

Fokus Sampingan

( Bacaan )

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.Aras 1i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.

Aras 2 i) Bertukar-tukar pandangan sesuatu isi.

Aras 3 i) Menerima teguran dengan hati yang terbuka dalam perbualan.

Aras 1 i) Membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii) Menerangkan makna perkataan, frasa, dan ayat.

Aras 2 i) Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan kepada intonasi berdasarkan tanda baca.

Aras 3 i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.

ii) Menjelaskan makna perkataan mengikut konteks.

2Sekolah1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.

Fokus Utama

( Lisan )

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Fokus Sampingan

( Bacaan )

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.Aras 1 i) Mendengar dan mengecam intonasi soalan tanpa kata tanya.

ii) mengemukakan soalan dengan kata tanya dan tanpa kata tanya untuk mendapatkan maklumat.

iii) menjawab untuk menjelaskan sesuatu perkara yang dikemukakan dengan menggunakan bahasa yang santun.

Aras 2 i) Mengemukakan soalan yang relevan tentang topik yang berkaitan.

ii) menjawab soalan yang mempunyai makana yang tersirat

Aras 3 i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.

Aras 1 i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.

ii) Menerangkan teks yang dibaca secara ringkas.

Aras 2

i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

ii) Menghuraikan maklumat yang diperoleh daripada bahan yang dibaca.

Aras 3 i) Membaca teks pelbagai laras dengan sebutan, dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

ii) Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5

Tarikh

: 15 Mac 2013Hari : Isnin Masa : 09.30 pagi 10.30 pagi (60 Minit)

Kelas : 5 Amanah Bil.Pelajar : 22 Orang ( Lelaki : 6 OrangPerempuan : 16 Orang )Tema : KeluargaTajuk : Keluarga BahagiaFokus Utama : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan

seharian dengan menggunakan kata-kata ungkapan, ayat,

sebutan,intonasi dan nada yang sesuai.

Aras 1 (i) Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut

situasi dalam perbualanFokus Sampingan: 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 2 (ii) Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks.Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.2. Membaca teks Keluarga Bahagia dengan betul.3. Menyenaraikan enam adab terhadap ibu bapa berdasarkan lagu yang didengar.4. Membina lima ayat berpandukan gambar.Pengetahuan sedia ada : i) Murid mengetahui setiap orang mempunyai keluarga yang

terdiri daripada bapa,emak dan adik-beradik.

ii) Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca

berdasarkan pembelajaran sebelumnya.

Sistem Bahasa : Kata Kerja

Pengisian Kurikulum : 1. Ilmu - Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

2. Nilai kasih sayang, hormat menghormati, bekerjasama,

tolong-menolong dan menghargai jasa.

Kemahiran Bernilai Tambah : 1. Kemahiran berfikir menjana idea

2. Kecerdasan pelbagai muzik/ interpersonal

3. Kontekstual pengalaman sedia ada

Alat Bantu Mengajar :

1. Lagu 1234 Aris Ariwatan

2. Teks cerita Kelaurga Bahagia

3. Komputer

4. LCD

5. Gambar keluarga

6. Lembaran kerjaLangkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set InduksiMencungkil idea(5 minit)Tema: Pengalaman Keluargaku Sayang

1.Guru menunjukkan gambar keluarga.2.Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut3. Guru mengaitkan gambar dengan tajuk Keluarga Bahagia.1.Murid melihat gambar yang ditunjukkan.2. Murid memberi pandangan tentang gambar tersebut.BBM :

Gambar keluargaLCD

KomputerKBKK:

menjana idea dan kontekstualTeknik: Persoalan seluruh kelasRujuk Lampiran 1

Langkah 1 MenstrukturSemula idea( 15minit )Tajuk:Keluarga Bahagia1.Guru meminta murid membaca teks Keluarga bahagia dengan sebutan dan intonasi yang betul secara individu dan kelas.2.Guru bersoal jawab tentang isi dalam teks.

1.Murid membaca kuat teks Keluarga Bahagia secara individu dan kelas.2.Muridbersoaljawab tentang petikan.

Kemahiran membacaBBM:Teks bacaanKBT:Menjana idea

Teks Keluarga BahagiaRujuk Lampiran 2

Langkah 2Aplikasi idea( 20 minit )Video Lagu 1234

Keluarga BahagiaAdab seorang anak:1. Menghormati2. Mendengar nasihat3.Belajar bersungguh-sungguh4.Bantu-membantu5.Membalas jasa6.Mendoakan mereka7.Menyayangi1.Guru menayangkan video lagu 12342. Guru memintamurid secara berkumpulan berbincang tentang bagaimana adab seorang anak terhadap ibu bapa.2.Guru memilih murid secara rawakuntuk membentangkan hasil perbincangan.1.Murid mendengar sambil menyanyi bersama-sama.2.Murid berbincang secara berkumpulanmengenai adab seorang anak terhadap ibu bapa.3.Murid membentangkan hasil perbincangan.

Kemahiranberfikir & kemahiran lisanNilai :Kasih sayang, bekerjasama, hormat-menghormati,menghargai jasa.BBM : Komputer, LCDKBT:

Kecerdasan pelbagai-muzik Menjana idea

Video "1234"Rujuk Lampiran 3

Langkah 3Aplikasi idea(15 minit)Keluarga BahagiaMenulis lima ayat berdasarkan gambar tunggalKata kerja:meminummemasakmencucimenyusunmenyimpan1.Guru bersoal jawab mengenai gambar dalam lembaran kerja.2.Guru meminta murid menulis lima ayat berdasarkan gambar.1.Murid menyenaraikan kata kerja dalam gambar.2.Murid menulis lima ayat dalam lembaran kerja.Tatabahasa: Kata kerjaBBM:Lembaran kerja, tayangan slaidKBT: menjana ideaRujuk Lampiran 4

Penutup/Refleksi( 5 minit )Guru meminta murid menyanyi lagu 1234 sekali lagi.2.Guru merumuskan isi pelajaran dan menyenaraikan nilai murni.1.Murid menyanyi lagu bersama-sama.2.Murid menyebut pengajaran dan nilai murni yang dipelajari.

Strategi:

Persoalan keseluruhan kelas

Lampiran 1Tayangan gambar menggunakan LCD

Lampiran 2Teks: Keluarga Bahagia

Anggota keluarga merupakan orang yang paling penting dalam hidup kita. Sesebuah keluarga biasanya terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak. Keluarga ini dinamakan keluarga asas. Selain keluarga asas, terdapat juga anggota keluarga kembangan yang terdiri daripada datuk, nenek, bapa saudara, sepupu, dan anggota keluarga lain.

Kita seharusya memahami anggota keluarga sendiri. Kita sepatutnya mengetahui makanan, minuman, pakaian, warna kegemaran dan hobi mereka. Selain itu, kita juga sepatutnya mengetahui perlakuan yang disenangi dan tidak disenangi oleh anggota keluarga. Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh dan mesra apabila anggota keluarga saling memahami antara satu sama lain. Persefahaman yang terjalin ini juga dapat mengelakkan kita daripada menyakiti hati dan menyinggung perasaan anggota keluarga.

Sebagai anggota keluarga, kita juga mesti menyayangi antara satu sama lain. Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga. Kita mesti menghormati anggota keluarga terutama yang lebih tua seperti datuk, nenek, ayah,ibu, abang, dan kakak. Pertuturan dan tingkah laku kita juga mestilah sentiasa bersopan semasa bercakap antara sesama keluarga. Kita juga mesti patuh dengan nasihat dan larangan keluarga terutama sekali ibu dan bapa.Lampiran 3Senaraikan amalan beradab terhadap ibu bapa.

Lampiran 4Bina lima ayat berpandukan gambar di bawah.

1. ________________________________________________________________________________________________________________________________

2. ________________________________________________________________________________________________________________________________

3. ________________________________________________________________________________________________________________________________

4. ________________________________________________________________________________________________________________________________

5. ________________________________________________________________________________________________________________________________

Slaid Power Point

Lirik lagu: 1234