tugasan 1 kaedah pengajaran
DESCRIPTION
5 Kaedah Pengajaran Sejarah Sekolah RendahTRANSCRIPT
Kaedah Pengajaran Sejarah
1.0 Pengenalan
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua murid secara
berterusan selama lima tahun di sekolah menengah juga di sekolah rendah. Tujuan
mata pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh
semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia. Di samping itu,
mata pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia,
semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata ''Kita
akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is
fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke
Parlimen”. (Utusan 24.10.2010). Daripada kenyataan di atas, boleh dikatakan bahawa
kaedah pengajaran memainkan peranan yang penting dalam memastikan para pelajar
dapat mengikuti isi kandungan subjek yang disampaikan. Menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu
tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.Manakala Hasan
Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan
untuk mencapai tujuan. Lantas, secaa amnya bolehlah dikatakan bahawa apa sahaja
cara yang digunakan oleh untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif
pengajaran, maka itu adalah kaedah.
Dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran
Sejarah kurang diminati oleh murid. Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran
guru. Pengajaran Sejarah yang berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan,
kemahiran dan pengetahuan guru itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai
Kurikulum Sejarah bukanlah merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar
terletak pada cara penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak
berkesan menjadi punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran
Sejarah.
1
Kaedah Pengajaran Sejarah
Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dibina berasaskan
enam tunjang iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap dan Nilai, Kemanusiaan,Literasi
Sains dan Teknologi dan Keterampilan Diri.Enam tunjang tersebut merupakan domain
utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran
kritis, kreatif dan inovatif.Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan
yang seimbang dan harmonis, berpengetahuan dan berketerampilan.
Guru sejarah juga perlu menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang berkesan supaya murid-muridnya berminat untuk mempelajari
mata pelajaran sejarah. Antara kaedah pengajaran yang mampu merangsang minat
murid ialah dengan menggunakan kaedah hubungan dua hala (Child Centered ),
melalui kaedah ini guru dan murid saling berinteraksi di antara satu sama lain dan
seterusnya mewujudkan suasana mesra dan menyediakan keadaan yang kondusif
bagi pembelajaran sejarah. Melalui pendekatan ini, pelajar tidak setakat mendengar
penerangan guru tetapi juga membuat pelbagai aktiviti seperti perbincangan,
penyelesaian masalah, melukis dan lain-lain lagi.
Di samping itu, peranan guru sejarah lebih bertindak sebagai fasilatator atau pun
pemudah cara yang mana wujudnya integrasi dan tindak balas antara guru dan pelajar.
Manakala, guru yang berkesan dan seterusnya boleh dijadikan sebagai idola pelajar
ialah guru yang menggunakan pendekatan induktif dalam penyampaian pengajarannya.
Pendekatan induktif melibatkan pengajaran yang bermula dari khusus ke umum dan
kemudiannya kesimpulan yang menyeluruh dan umum. Contohnya, teknik TOCFE
(Theory of Constraints For Education) yang mana guru menggunakan aktiviti bercerita
untuk mendedahkan pemahaman dan konflik serta cara watak untuk membuat
keputusan.Dengan cara ini, pelajar dapat terlibat secara aktif dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.
2
Kaedah Pengajaran Sejarah
2.0 Bincangkan 5 kaedah pengajaran Sejarah di sekolah rendah berserta teknik
dan aktiviti yang sesuai dan unsur-unsur pengajaran yang berkesan.
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu),
hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan
yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam memastikan
kejayaan sesuatu perkara yang ingin dilakukan, maka kaedha yang dipilh mestilah
disertai dengan teknik-teknik yang betul. memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai
teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya
matlamat kaedah yang diingini.
Kaedah pengajaran terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti
seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri
seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita,
perbincangan, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming,
perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain lagi. Teknik-teknik pengajaran
adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.
Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu
kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Oleh yang
demikian, setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran bagi matapelajaran Sejarah dekolah
rendah, antaranya adalah kaedah pembelajaran secara inkuiri penemuan, kaedah
pembelajaran berbantukan komputer, kaedah Experiential Activities Planner, kajian
masa depan, kaedah Theory Of Constrain, kajian kes dan kaedah puisidra. Kesemua
kaedah ini boleh dan perlu di aplikasikan oleh guru dan murid semasa sesi PdP
terutama dalam matapelajaran Sejarah.
3
Kaedah Pengajaran Sejarah
2.1 Kaedah Pengajaran Inkuiri Penemuan
Menurut Arends (1994) dalam bukunya Learning to Teach, pengajaran inkuiri
dan pengajaran dan pembelajaran discovery ( penemuan) digunakan untuk
membantu pelajar belajar berfikir. Proses pengajaran inkuiri-penemuan bukan
sahaja dilaksanakan dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi dilaksanakan
juga dalam bidang Sains Sosial termasuklah mata pelajaran Sejarah. Arends
juga menjelaskan bahawa melalui kaedah inkuiri-penemuan, murid dapat
mempelajari cara menjana idea melalui soalan-soalan, kemudian mendapatkan
jawapan atau memecahkan masalah tentang perkara yang ingin diketahui.
Akhirnya mereka membina idea atau teori sendiri berdasarkan penemuan baru
yang diperoleh. Pengajaran secara inkuiri dapat membentuk pemikiran aras
tinggi dan pemikiran aras tinggi adalah merupakan proses dan operasi intelek
yang abstrak.
4
Kaedah Pengajaran Sejarah
Edwin Fenton (Arends 1994) menekankan tentang pentingnya murid
bertanya bentuk soalan seperti ahli sejarah, mengambil bahagian dalam analisis
sejarah dan menjana idea serta membentuk teori berkaitan artifak yang didapati
daripada rekod sejarah. Schlenker (dalam Joyec and Weil, 1986) melaporkan
bahawa pendekatan inkuiri berjaya menghasilkan tambahan pemahaman
terhadap pemikiran sains, pemikiran kreatif dan kemahiran mendapatkan
informasi serta menganalisisnya.
Terdapat beberapa model pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah
inkuiri. Antaranya ialah Model Inkuiri Sains Sosial dan Model Inkuiri
Jurisprudential. Model Inkuiri Sains Sosial diperkenalkan oleh Massialas dan Cox
( dlm. Joyce dan Weil, 1986) bertujuan untuk mengajar murid bagaimana
membuat refleksi ke atas masalah sosial. Melalui inkuiri ini pelajar belajar
mendefinisikan masalah dan bekerjasama antara satu sama lain dalam
melakukan penerokaan melalui pelbagai cara. Langkah pertama dalam model ini
ialah guru mewujudkan situasi yang membingungkan tentang isu sosial dan
menjelaskan tentang situasi tersebut.
Menurut Arends, pendekatan inkuiri boleh dibahagikan kepada 5
peringkat. Peringkat pertama, guru menerangkan objektif pengajaran dan
prosedur inkuiri. Peringkat kedua, guru menyediakan situasi yang
membingungkan (puzzling situation), di mana guru akan menerangkan persoalan
dengan menggunakan bahasa dan cara yang sesuai untuk murid. Peringkat
ketiga adalah peringkat pengumpulan data dan menjalankan inkuiri. Murid
digalakkan untuk mengemukakan soalan tentang situasi yang dikaji. Soalan-
soalan ini akan membantu murid dalam mengumpul maklumat. Peringkat
keempat, peringkat penerangan dan pembinaan hipotesis. Pada peringkat ini,
murid digalakkan membuat andaian dan ramalan. Pada akhir pengajaran, guru
mengajak murid untuk memikirkan proses intelektual yang dialami dan proses
inkuiri yang berkaitan dengan sesuatu proses pengajaran.
5
Kaedah Pengajaran Sejarah
Melalui kaedah inkuiri ini juga, kemaahiran belajar murid dapat
diperkukuhkan. Hal ini akan menggalakkan pembelajaran koperatif serta
mengembangkan nila-nilai sosial yang yang positif. Terdapat lima langkah yang
perlu diikuti oleh guru dalam melaksanakan kaedah inkuiri penemuan dalam
pengajaran dan pembelajaran sejarah.
Kaedah pengajaran inkuiri penemuan ini sesuai di gunakan bagi tajuk 2,
Zaman Air Batu. Mengapa? Hal ini kerana kaedah inkuiri melibatkan proses
membuat pemerhatian, mengkalsifikasi, membina hipotesis, menginterpretasi
data, menjalankan uji kaji dan komunikasi. Ketika ini murid terlibat secara
langsung dalam proses mencari maklumat. Murid juga digalakkan meneroka
pengetahuan dalam bentuk pertanyaan dan kajian. Murid akan menggunakan
pelbagai sumber seperti buku teks, gambar, akhbar, peta, majalah dan dokumen
bagi mendapatkan maklumat atau data. Dalam kaedah ini, guru bertindak
sebagai pembimbing yang member perangsang dan sebagai fasilitator atau
pemudah cara yang mencabar. Sebelum penerokaan dibuat, guru akan
6
Mengenal Pasti Masalah
Merancang Cara Penyelesaian
Mengumpul Maklumat
Mengkaji Maklumat
Membuat Rumusan
Kaedah Pengajaran Sejarah
membantu murid mengenal pasti soalan-soalan yang dikemukakan berkaitan
dengan masalah yang akan di kaji.
Melalui kaedah ini, murid memperolehi pengalaman dan kemahiran
melalui daya usaha mereka sendiri. Kaedah ini sangat sesuai untuk
matapelajaran Sejarah sekolah rendah disebabkan kaedah ini berpusatkan
kepada murid dan aktiviti. Melalui kaedah ini, ianya dapat mengembangkan
intellectual curiousity murid. Contoh pelaksanaanya, melibatkan penerokaan atau
kajian daripada buku teks, buku rujukan, gambar dan peta. Murid menjalankan
aktiviti pembelajaran hanya dalam kelas dan tidak melibatkan pembelajaran luar
bilik darjah. Bagi tajuk Zaman Air Batu, guru boleh menggunakan kaedah
simulasi iaitu dengan membina model peta dunia. Ini bagi memberi gambaran
sebenar bagaimana proses pembentukan benua dan tasik. Selain itu, ianya
dapat menjana tahap pemikiran murid mengenai proses pencairan glasier.
Dalam melaksanakan kaedah inkuiri, bukan guru sahaja yang
mengemukakan soalan tetapi guru juga perlu menggalakkan murid untuk
bertanya. Guru harus membimbing murid untuk bertanya. Contohnya bagi tajuk
Zaman Air Batu, antara soalan yang boleh dikemukakan adalah seperti ;
i. Apakah yang dimaksudkan Zaman Air Batu?
ii. Apakah perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu?
iii. Bagaimanakah proses pencairan air batu berlaku?
iv. Apakah perbezaan di antara benua, lautan dan tasik?
Soalan-soalan yang dikemukakan berupa soalan bercapah yang
menggalakkan murid berfikir untuk mencari jawapannya. Jawapan yang
diberikan adalah pelbagai mengikut persoektif masing-masing. Walau
bagaimanapun, murid perlu meneroka dan mencari jawapan berasaskan
pelbagai sumber.
7
Kaedah Pengajaran Sejarah
2.2 Kaedah Pembelajaran Berbantukan Komputer
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ialah pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan peisian khusus yang
dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer (Ismail Said, 2014). Mengikut
Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer adalah satu situasi
pembelajaran di mana murid-murid berinteraksi dan dibimbing komputer melalui
satu proses pembelajaran tertentu. Manakala menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (2013), penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah,
terancang dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran bagi meningkatkan
kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
Penggunaan TMK juga memberikan peluang pembelajaran yang sama
kepada semua murid yang pelbagai keupayaan bagi meningkatkan motivasi diri,
di samping membolehkan murid mengamalkan pembelajaran kendiri.
Penggunaan TMK boleh dilaksanakan secara toturial, penerokaan, aplikasi dan
komunikasi.. Menurut Ismail Said (2014) penggunaan TMK diasaskan kepada
kepada programmed instruction di mana pengajaran dilakukan secara
berperingkat. Murid pada peringkat awal didedahkan kepada suatu konsep atau
fakta diikuti dengan soalan-soalan yang berkaitan. Seterusnya konsep atau fakta
baru dibina berasaskan kepada apa yang diajar sebelumnya didedahkan kepada
murid dan diikuti dengan soalan-soalan. Pembelajaran sebegini memberikan
impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid terutamanya
bagi murid yang akademiknya rendah. Ini kerana melalui kaedah ini terdapat
pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka sepeti bergerak,
animasi, teks dan muzik yang mana kesemua ini berupaya menarik minat murid
yang mempunyai tahap pencapaian akademik rendah.
Dalam PPBK, terdapat beberapa teknik yang utama dalam pengajaran
yang lebih mudah adalah melalui tutorial, latih tubi, simulasi, permainan
8
Kaedah Pengajaran Sejarah
pendidikan dan sistem pembelajaran bersepadu. Rajah di bawah dapat
menunjukkan lima teknik pengajaran berbantukan komputer di dalam pendidikan.
Rajah : Teknik Pengajaran Berbantukan Komputer
Tutorial
Kaedah tutorial merupakan kaedah yang sangat efektif. Tutorial komputer
dalam bentuk program perisian interaktif dicipta sebagai alat
pembelajaran yang efisen. Tutorial membantu murid belajar kemahiran
baru dengan menggunakan proses langkah demi langkah bagi
memastikan murid bersama-sama mengikut dan memahami sesuatu yang
dipelajarinya.
Tiga perkara asas perlu ada dalam sesi tutorial adalah isi pelajaran yang
kemas, murid boleh menjawab soalan dan komputer memberi maklum
balas. Dalam sesi tutorial, pada asasnya, komputer akan mengajar murid
sesuatu konsep atau teori yang baru. Murid kemudian akan berinteraksi
dengan komputer mengikut kadar kendiri murid.
Setelah konsep-konsep tertentu dipersembahkan kepada murid dan
kefahaman murid diukur, komputer akan mengeluarkan arahan-arahan
9
Tutorial
Latih Tubi
Simulasi
Permainan Pendidikan
Sistem Pembelajaran Bersepadu
Kaedah Pengajaran Sejarah
sama ada berbentuk pengulangan atau pengukuhan berdasarkan maklum
balas murid.
Latih Tubi
Melalui teknik latih tubi, teknik ini adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta
atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf
penguasaan kemahiran di samping menjamin kekekalannya. Kaedah ini
sesuai dengan pengajaran mata pelajaran sejarah, contohnya digunakan
untuk pencapaian sesuatu kemahiran seperti mengingat fakta-fakta
penting.
Penggunaan latih tubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan murid. Motivasi murid untuk
menguasai sesuatu konsep juga dapat ditingkatkan melalui maklum balas
yang diberi oleh komputer. Contoh pengajaran dan pembelajaran
menggunakan pendekatan latih tubi ini ialah dengan melatih murid
menjawab soalan-soalan dalam perisian bank soalan.
Simulasi
Komputer boleh digunakan untuk mewujudkan satu senario di mana murid
boleh menerima pengalaman pembelajaran menerusi simulasi tersebut
seperti ia benar-benar berlaku. Kaedah ini digunakan apabila situasi
sebenar tidak dapat dijalankan. Contohnya dalam tajuk Kesultanan
Melayu Melaka, adalah lebih berkesan dan menarik jika menggunakan
simulasi komputer daripada menggunakan gambarajah statik untuk
menggambarkan situasi pada zaman tersebut.
Selain dari menjadikan topik tersebut amat menarik, pembaziran dari segi
masa dan kos dapat dielakkan. Apa yang penting, murid dapat meneroka
sendiri bahan tersebut sesuai dengan keupayaan pembelajaran mereka.
Teknik semulasi ini berguna untuk menggantikan proses pembelajaran
menerusi situasi sebenar yang memerlukan kos pembiayaan yang tinggi
serta sukar dikendalikan.
10
Kaedah Pengajaran Sejarah
Permainan Pendidikan
Teknik pengajaran yang berbantukan komputer dapat meningkatkan minat
murid untuk belajar. Menurut Jonassen (1996) murid-murid yang
mendapat bahan pengajaran melalui komputer mempunyai motivasi yang
tinggi berorientasikan pembelajaran. Apa yang menarik tentang
permainan pendidikan ini ialah murid dapat mempelajari sesuatu konsep
secara tidak langsung.
Unsur-unsur hiburan dan keseronokan yang dimasukkan dalam
permainan ini akan merangsang murid untuk menyelesaikan masalah
yang diberi tanpa menyedari bahawa ia perlu mengaplikasikan konsep-
konsep atau kemahiran-kemahiran yang telah dipelajarinya terlebih
dahulu. Permainan pendidikan ini mewujudkan pembelajaran atmosfera
melaui bermain dan kemudian cuba untuk melatih masalah murid
menyelesaikan keupayaan.
Sistem Pembelajaran Bersepadu
Dalam pengajaran berbantukan komputer, kemahiran proses
penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal adalah ciri-ciri pembelajaran
berkonsepkan bersepadu. Pelajar boleh bergerak dalam setiap aktiviti,
membolehkan pemulihan atau kemajuan yang bergantung kepada
keperluan mereka.
Kaedah ini juga berkonsepkan bersepadu dengan mengambil pendekatan
latih tubi dan amalan untuk kemahiran asas lain yang direka untuk
menggalakkan pemikiran tinggi. Di sini, guru hanya sebagai fasilitator
kerana PBK ini telah memaksimumkan kemahiran pengajaran, di mana
murid sendiri yang mengakses perisian di samping maklum balas
daripada guru menerusi sesi soal jawab,
Menerusi matapelajaran sejarah, PPBK ini boleh digunakan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sebagai contoh,
dalam tajuk 1, Mari Belajar Sejarah bagi topik sejarah keluarga, guru
boleh menayangkan sebuah video yang berkaitan dengan keluarga
11
Kaedah Pengajaran Sejarah
kepada murid-murid sebagai set induksi. Ini kerana dengan penayangan
video semasa awal sesi pengajaran dapat menarik minat pelajar terhadap
sesi pengajaran yang sedang berlangsung. Tambahan pula, dengan
penggunaan CD-Rom sebagai bahan rangsangan tambahan yang mana
di dalamnya terkandung pelbagai nota dan soalan yang mana dapat
membantu menambahkan pemahaman murid. Peggunaan papan
interaktif dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point akan
membantu menarik minat murid dan memudahkan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, guru dan murid boleh saling
berinteraksi dengan berkesan. Warna dan animasi yang menarik juga
dapat membantu meningkatkan pemahaman murid mengenai isi
pembelajaran. Dengan cara ini, secara tidak langsung murid telah belajar
menerusi kaedah didik hibur.
2.3 Experiential Activities Planner (EAP)
EAP ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan
perkongsian idea, strategi dan pendekatan Multiple Intelligences (MI) . EAP
juga merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan
beberapa pedagogi seperti kemahiran berfikir, kajian masa depan, teori
kecerdasan pelbagai dalam satu pengajaran.
EAP merangkumi lima aspek pembelajaran seperti berikut:
belajar dalam suasana yang riang dan harmonis.
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Pembelajaran Koperatif
penglibatan komuniti.
proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai.
12
Kaedah Pengajaran Sejarah
i. Prosedur EAP:
warm-up
pengenalpastian masalah
penerokaan individu
kerja kumpulan
komunikasi
rumusan
ii. Langkah-langkah Pelaksanaan EAP
Semasa pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan langkah-
langkah pelaksanaan EAP sebagaimana yang disenaraikan.
13
Menganalisis kandungan
tema / tajuk
Memilih topik atau tajuk dan
subtajuk
Menentukan objektif / hasil pembelajaran
yang ingin dicapai
Mengemukakan tentang soalan
atau tajuk
Merancang penggunaan EAP secara sistematik
Menyediakan media ransangan dan bahan
bantu mengajar
Mengadakan raptai
Membuat demonstrasi pengajaran di bilik
darjah
Membuat penilaian selepas pengajaran dan pembelajaran
Kaedah Pengajaran Sejarah
iii. Kelebihan EAP
Kaedah EAP membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran
agar menjadi lebih bermakna dan menggembirakan. Kaedah ini mengambil kira
aspek penglibatan murid secara aktif dan koperatif dalam aktiviti sama ada di
dalam atau diluar bilik darjah.
Sebagai contoh, kaedah EAP ini boleh digunakan bagi Sejarah tahun 5,
tajuk Identiti Negara Kita. Yang mana guru akan menerapkan kemahiran
pemikiran sejarah dalam minda murid dengan mempamerkan secara tidak
langsung beberapa identity negara. Dan meminta murid untuk mengaitkan
identity negara tadi dengan kepentingannya kepada masyarakat.
Melalui EAP juga, guru dapat mengaplikasikan salah satu jenis
kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan interpersonal dan juga intrapersonal yang
turut terlibat secara tidak langsung dalam pembelajaran sejarah sekolah rendah.
Ini kerana dalam tajuk pembelajaran tersebut, terdapat pelbagai nilai murni dan
juga pengajaran yang boleh dijadikan sebagai iktibar seperti dalam tajuk
kerajaan Melayu awal, murid berupaya untuk mendapat pelbagai pengajaran
yang mana boleh diambil bagi memastikan kemakmuran negara kita. Dengan
adanya kefahaman mengenai nilai dan juga pengajaran dalam tajuk
pembelajaran sejarah, murid akan lebih menghargai negara dan juga mereka
akan sentiasa mengingatkan antara satu sama lain mengenai pentingnya
menjaga kemakmuran negara agar sejarah tidak lagi berulang.
14
Kaedah Pengajaran Sejarah
2.4 Kajian Masa Depan
Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) ialah strategi pengajaran
secara saintifik untuk memikirkan tentang masa depan secara berkaedah dan
bermakna. Dalam mengkaji masa depan, murid perlu tahu perkara yang telah
berlaku ( sejarah) dan perkara yang sedang berlaku ( trend dan perubahan
terkini). Maklumat ini perlu bagi membantu murid membuat pertimbangan
terhadap kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan, sebelum membuat
keputusan. KMD bertujuan untuk mendidik murid supaya bersedia menghadapi
cabaran dan perubahan, di samping menyedari bahawa masa depan pasti akan
berubah. Dalam erti kata lain, KMD ini merupakan satu disiplin ilmu untuk melihat
masa depan melalui trend hinggalah kepada apa yang dapat dibayangkan akan
berlaku melalui pelbagai bentuk dan cara yang dikesan.
K a j i a n M a s a D e p a n Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. Dalam erti kata yang lain, KMD ini merupakan satu disiplin ilmu untuk melihat masa depan melalui trend hinggalah kepada apa yang dapat dibayangkan akan berlaku melalui pelbagai bentuk dan cara yang dikesan.
.
Antara objektif utama kaedah pengajaran kajian masa depan diaplikasikan
dalam PdP Sejarah adalah untuk membina daya berfikir secara kritis dan kreatif
murid serta membuat keputusan tentang hal-hal masa depan. Selain itu, ia
membantu murid dalam berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa
15
Kaedah Pengajaran Sejarah
depan serta membina sikap dan nilai tentang masa depan. Kajian masa depan
juga dapat membantu murid dalam membuat kajian dan mengurus maklumat
tentang hal-hal masa depan serta mempunyai pengetahuan dan kefahaman
tentang kajian masa depan. Terdapat dua komponen utama dalam Kajian Masa
Depan, iaitu Kemahiran Asas Kajian Masa Depan dan Kemahiran Khusus Kajian
Masa Depan. Kemahiran Asas Kajian Masa Depan melibatkan 3 tahap iaitu
membuat ramalan, menjangka akibatnya serta mengawal dan mengendalikan
perubahan.
Melalui kemahiran ini, murid-murid dilatih menggunakan fakta yang sedia
ada untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Melalui KMD
guru hendaklah melatih murid untuk meramal masa hadapan dengan asas-asas
tertentu melalui kemahiran khusus KMD seperti;
• Pemahaman konsep KMD
• Pengumpulan maklumat
• Ramalan dan analisis
• Imaginasi dan kreatif
• Strategi mengatasi cabaran
• Proses inovasi sosial
• Membina scenario
• Penjelasan nilai-nilai masa depan
• Dimensi kemapanan
Dalam mengaplikasikan kaedah KMD dalam pengajaran sekolah rendah,
guru haruslah mempunyai perancangan yang rapi. Antara perancangan tersebut
adalah ;
a. Perancangan Strategik
b. Berpusatkan Murid
c. Aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat
d. Isu dan tema yang releven
e. Guru sebagai fasilitator
16
Kaedah Pengajaran Sejarah
Sebagai contoh, bagi Tajuk 5 tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu
Melaka yang menggambarkan kehebatan tokoh-tokoh KMM yang terbilang
seperti Parameswara, Hang Tuah dan Tun Perak. Dengan menggunakan
kaedah KMD, guru akan menyatakan kelebihan 3 tokoh utama ini dalam
Kesultanan Melayu Melaka sehingga dapat menjadikan KMM sebuah empayar
yang penuh gemilang. Namun, murid di asak dengan membuat perbandingan
pada hari ini, sekiranya kita tidak memelihara institusi beraja yang sedia ada
pada hari ini, apakah yang akan berlaku pada institusi beraja kita? Di sini, dapat
dilihat, melalui sejarah tokoh terbilang di zaman Kesultanan Melayu Melaka,
murid di berikan penekanan tentang kepentingan nilai ketaaatan dan kesetiaan
kepada pemimpin serta tanggungjawab rakyat dalam mempertahankan
kedaulatan negara.
2.5 Kaedah Theory of Constraints (TOC)
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini dapat
menghidupkan pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus meningkatkan
minat murid terhadap mata pelajaran ini.
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir
dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik. Teknik
ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid. Rumusan kepada apa yang dimaksudkan dengan TOC
adalah sebagaimana berikut;
17
Kaedah Pengajaran Sejarah
Theory of Constraints for Education
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid
dan guru berupaya;
• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
• menyelesaikan masalah dengan berkesan.
• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.
• berkomunikasi dengan baik dan
• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
• kemahiran berfikir secara kritis
• kemahiran berfikir secara kreatif
• kemahiran generik
Dalam bidang pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
• kandungan kurikulum.
18
Satu Teknik pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah
Sesuai untuk semua peringkat pelajar
Pemikiran Logik Mudah dan Konkrit
Pemikiran Kritis dan Kreatif
Cara Sistematik
Kaedah Pengajaran Sejarah
• pengajaran dan pembelajaran konsep.
• membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.
• perancangan strategik untuk mencapai matlamat.
Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pengajaran sejarah adalah
sebagaimana berikut;
• sesi bercerita (pemahaman konflik dan cara watak membuat keputusan).
• kajian kes (modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai
murni dan kerohanian).
• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan
perancangan strategik)
Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;
• Teknik Awan ( The Cloud )
• Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
• Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )
• Teknik Awan ( The Cloud )
Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan
penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak
diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan
satu pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.
Aspek-aspek yang perlu diberikan penekanan dalam melaksanakan teknik
awan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah;
• Kehendak (dua kehendak yang saling bertentangan yang
mewujudkan konflik).
• Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan kehendak).
• Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi keperluan yang
berdasarkan kehendak).
• Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai berdasarkan
19
Kaedah Pengajaran Sejarah
keperluan).
o Penyelesaian ‘Win-win’ (penyelesaian yang dibuat supaya
kedua-dua keperluan dan matlamat bersama berjaya dicapai)
Dalam usaha menyelesaikan konflik, hanya satu kehendak sahaja yang
dicapai atau diperolehi. Penyelesaian ‘win-win’ diberikan oleh murid
berdasarkan pemikiran yang logik dan sistematik agar kedua-dua
keperluan yang menjurus kepada matlamat bersama boleh dicapai.
• Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)
Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau
kejadian mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu
menerangkan urutan perkara-perkara penting dengan cara hubungan
yang logik. Murid juga mampu mengenalpasti hubungan sebab dan
akibat dengan cara yang berfokus menerusi permulaan tindakan yang
berentet-rentet.
Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan
akibat dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah
termasuklah;
• Memahami teks atau maklumat yang diberikan.
• Mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to
learn).
• Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the begining
event).
• Mengenalpasti perkara penting yang terkandung dalam teks.
• Menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang
bermula dengan titik tolak peristiwa.
• Mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara
penting (anggapan antara sebab dan akibat) yang
20
Kaedah Pengajaran Sejarah
memperkembangkan “higher-order thinking”.
• Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)
Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang
bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih
produktif dan bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan
persoalan yang dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh
digunakan bagi merancang langkah-langkah dengan sistematik secara
kolaboratif untuk menghadapi dan mengatasi cabaran ke arah
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Matlamat tidak akan dapat dicapai jika cabaran-cabaran yang
menghalang pencapaian matlamat tidak diatasi terlebih dahulu. Dari itu
langkah-langkah yang dikemukakan adalah langkah-langkah yang
mampu mengatasi cabaran.
Kelebihan teknik penyelesaian masalah ialah;
o membolehkan murid bertanggungjawab ketika mengemukakan
langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian
matlamat.
o membina semangat berpasukan untuk mencapai matlamat
melalui motivasi kemahiran perancangan strategik yang
melibatkan persetujuan ahli pasukan.
Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika
melaksanakan teknik penyelesaian masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Antaranya;
• mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut
mestilah jelas.
• Mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
• Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
21
Kaedah Pengajaran Sejarah
mengatasi cabaran.
Menerusi kaedah TOC murid dapat menguasai dan mengaplikasikan
kemahiran berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran
yang logik dan sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat
oleh murid untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan
bertanggungjawab dan secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga,
murid mampu berkomunikasi dengan baik .
22
Kaedah Pengajaran Sejarah
23
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
MAKRO
(EAP)
Kaedah Pengajaran Sejarah
3.0 Rancangan Pengajaran Harian
Rancangan pengajaran ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pegajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dalam
satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Ia sebagai panduan para guru untuk mengajar
dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang
diobjektifkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Rancangan ini sangat penting
dan berguna agar guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada murid. Ia juga
penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi
terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.
3.1 Penghasilan Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran dan Kelas Sejarah Tahun 5 Bestari
Tema / Tajuk Identiti Negara Kita
Masa 8.40-9.40 pagi
Standard Kandungan 9.2 Bendera Kebangsaan
Standard Pembelajaran 9.2.1 Menyatakan nama bendera kebangsaan
9.2.2 Menyatakan sejarah penciptaan bendera
Kebangsaan
9.2.3 Menyatakan makna warna dan lambang pada
bendera kebangsaan
K 9.2.6 Menyatakan tujuan bendera kebangsaan
dikibarkan
Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid
akan dapat ;
i. Menyatakan nama bendera kebangsaan
ii. Menjelaskan sejarah penciptaan bendera
kebangsaan
iii. Menjelaskan warna dan lambang pada bendera
kebangssan
iv. Menerangkan tujuan bendera kebangsaan
24
Kaedah Pengajaran Sejarah
dikibarkan
Aktiviti 1. Guru masuk ke kelas dengan berselendangkan
bendera Malaysia.
2. Guru meminta respon murid dan mengaitkannya
dengan kepentingan menghormati bendera
Malaysia sebagai salah satu lambang negara.
3. Guru bertanyakan kepada murid, bagaimana
mewujudkan perpaduan dan keharmonian
sedangkan rakyat di Tanah Melayu ketika itu
terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
4. Murid diminta memberi pelbagai pandangan
tentang cara untuk mengukuhkan persefahaman
dan perpaduan.
5. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. untuk
membincangkan tajuk Jata Negara, bendera
kebangsaan dan lagu kebangsaan.
Elemen Merentasi
Kurikulum (EMK)
Nilai Murni : Menghormati
KPS : Elemen Asas Sejarah
EMK : Berbangga dengan lambang dan simbol
negara
TMK : Belajar melalui TMK
Dokumen Standard Prestasi TP1 : mengetahui bendera kebangsaan sebagai
lambang kedaulatan negara.
TP2 : memahami bendera kebangsaan sebagai
lambang kedaulatan negara.
TP4 : menguasai maklumat tentang bendera
kebangsaan
Bahan Bantu Mengajar Bendera kebangsaan, computer, lcd, slaid
powerpoint, buku teks sejarah, buku latihan dan alat
tulis.
Refleksi
25
Kaedah Pengajaran Sejarah
3.2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
AKTIVITI EMK CATATAN
Permulaan (10 minit)
1.Guru masuk ke kelas dengan berselendangkan bendera
Malaysia.
2. Guru terus memutarkan lagu Negaraku dan menyanyi
bersama murid.
3. Guru meminta respon murid dan mengaitkannya dengan
peri pentingnya menghormati bendera Malaysia sebagai
salah satu lambang negara.
a) Apakah nama bendera kebangsaan?
b) Apakah warna yang terdapat pada bendera
kebangsaan?
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran
hari ini.
Nilai murni
(menghormati)
EMK
(berbangga
dengan identiti
negara)
TMK
(Kemahiran
Berfikir)
(Menjana Idea)
BBM
-Komputer
-LCD
-DVD
Aktiviti 1 ( 15 minit)
1. Guru menayangkan video yang bertajuk Jalur Gemilang.
2. Murid-murid menyanyi mengikut nyanyian dalam video
tersebut bersama-sama.
3. Guru mengedarkan bendera Jalur Gemilang kecil kepada
setiap murid.
4. Murid-murid menyanyikan lagu ‘Jalur Gemilang’ sekali
lagi sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.
Nilai murni
(bekerjasama)
EMK
(berbangga
dengan simbol
negara)
-Computer
-Speaker
-Jalur
Gemilang
kecil
-lcd
Aktiviti 2 ( 20 minit)
1.Guru menggantungkan bendera Malaysia di hadapan
kelas.
Nilai murni
(berkasih
sayang)
BBM
-bendera
Malaysia
26
Kaedah Pengajaran Sejarah
2. Guru membahagikan murid-murid kepada 7 kumpulan
dengan setiap kumpulan dianggotai 3 orang murid.
3. Murid diberikan peranan mengikut warna dan ciri pada
bendera Malaysia.
4. Murid mencari peranan setiap warna yang ada pada
bendera seperti ;
• Merah
• Putih
• Kuning
• Biru
5.Guru memberi lembaran kerja bendera Malaysia untuk
diwarnakan oleh murid mengikut warna yang betul.
EMK
(memelihara
warisan
negara)
-lembaran
kerja
Aktivti 3 ( 15 minit)
1.Guru mengasak minda murid dengan soalan-soalan yang
berunsurkan pemikiran sejarah dan kajian masa depan,
seperti;
kenapa jalur bendera kebangsaan harus berwarna
Kemahiran
Berfikir
(menjana idea)
(KPS)
BBM
-Lembaran
kerja
-Bendera
27
Kaedah Pengajaran Sejarah
merah dan putih?
Mengapa hanya ada 14 jalur dalam bendera
kebangsaan?
Apakah rasional bulan dan bintang diletakkan di
bahagian atas di dalam bendera kebangsaan?
2. Murid memberi jawapan yang sesuai dengan soalan.
3. Guru mengedarkan lembaran kerja yang dapat
membezakan peranan setiap warna yang ada di dalam
bendera kebangsaan.
Malaysia
Penutup (15 minit)
1.Guru membuat rumusan dengan bertanya soalan kepada
murid.
2.Rumusan dibuat dengan bersoal jawab dengan murid-
murid.
3.Lagu ‘Selamat Sultan’ (lagu Negeri Kelantan) dimainkan.
4.Murid-murid menyanyikan lagu Selamat Sultan dengan
iringan muzik.
BBM
-lagu negeri
Kelantan
-laptop
28
Kaedah Pengajaran Sejarah
Lampiran 1
29
Teliti gambar bendera. Bincangkan dengan
guru dan rakan-rakan tentang lambang dan
warna pada bendera ini.
Kaedah Pengajaran Sejarah
Lampiran 2
30
Perhatikan lirik lagu “Jalur Gemilang” di
bawah.
Kaedah Pengajaran Sejarah
Lembaran Kerja 1
31
Warnakan Jalur Gemilang ini dengan
menggunakan warna yang betul.
Kaedah Pengajaran Sejarah
Lembaran Kerja 2
32
Isikan tempat kosong dengan peranan
warna dalam Jalur Gemilang.
Kaedah Pengajaran Sejarah
WARNA / SIMBOL MAKSUD
Lambang Jalur
Gemilang
Bulan dan Bintang
Warna Merah
Warna Putih
Warna Biru
Warna Kuning
33
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
MIKRO
(PPBK)
Kaedah Pengajaran Sejarah
3.3 Penghasilan Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran dan Kelas Sejarah Tahun 4 Bestari
Tema / Tajuk Kerajaan Melayu Awal
Masa 8.40-9.40 pagi
Standard Kandungan 4.1 Mengetahui dan memahami kedudukan kerajaan
Melayu awal
Standard Pembelajaran 4.1.1 Menamakan kerajaan-kerajaan melayu awal
4.1.2 Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaan
Melayu awal dalam peta Malaysia.
K 4.1.5 Menyatakan keistimewaan kerajaan-kerajaan
Melayu
Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid
akan dapat ;
i. Menyatakan nama kerajaan-kerajaan melayu awal
ii. Menandakan lokasi kerajaan-kerajaan melayu
pada peta Malaysia.
34
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
MIKRO
(PPBK)
Kaedah Pengajaran Sejarah
iii. Menyebut keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu
awal.
Aktiviti 1. Guru menayangkan tayangan video sebuah filem
epik.
2. Guru menayangkan slaid peta Malaysia.
3. Bersoal jawab dan perbincangan tentang lokasi
kerajaan-kerajaan Melayu di Malaysia.
4. Mengenalpasti keistimewaan setiap kerajaan-
kerajaan Melayu awal
5. Menjelaskan kegiatan ekonomi di setiap lokasi
seperti cara hidup.
Elemen Merentasi
Kurikulum (EMK)
Nilai Murni : Bersyukur, Kerjasama
KPS : Elemen Asas Sejarah
EMK : Menghargai kewujudan dan kegemilangan
kerajaan Melayu tradisional
TMK : Belajar melalui TMK
Dokumen Standard Prestasi TP1 : Murid tahu tentang kedudukan kerajaan-
kerajaan Melayu awal.
TP 2 : Murid boleh memahami tentang kedudukan
kerajaan-kerajaan Melayu awal.
TP 3 : Murid boleh menerangkan tentang kedudukan
kerajaan-kerajaan Melayu awal berserta
contoh.
Bahan Bantu Mengajar Peta Malaysia, computer, speaker, lcd, slaid
powerpoint, buku teks sejarah, buku latihan dan alat
tulis.
Refleksi
35
Kaedah Pengajaran Sejarah
3.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
AKTIVITI EMK CATATAN
Permulaan (10 minit)
1.Murid melihat tayangan video Hikayat Merong
Mahawangsa
2.Perbincangan dan soal jawab berdasarkan video.
3.Menghubungkait tayangan video dengan tajuk
pembelajaran
Nilai Murni
-bersyukur
-kasih sayang
EMK
-TKP
KB
-Menjana Idea
-Menghubung kait
-Laptop
-Lcd
-Slaid
projector
-dvd
Aktiviti 1 (15 minit)
1.Guru menayangkan slaid peta Malaysia dan slaid
powerpoint mengenai ciri-ciri dan keistimewaan kerajaan
melayu awal.
2.Perbincangan dan penerangan tentang kerajaan-kerajaan
Melayu awal serta lokasinya berdasarkan slaid
peta Malaysia, seperti ;
Nilai Murni
-menghargai alam
EMK
-keusahawanan
-Skrin
Paparan
peta
Malaysia
-Gambar
36
Kaedah Pengajaran Sejarah
Bruas
Kedah Tua
Gangga Negara
3.Penerangan dan soal jawab tentang keistimewaan
kerajaan-kerajaan melayu awal.
KB
-menjana idea
tinggalan
sejarah
daripada
internet
Aktiviti 2 (15 minit)
1.Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2.Kumpulan 1 : Murid diminta menandakan dan
menamakan lokasi kerajaan-kerajaan Melayu awal pada
peta Malaysia yang diberikan
3.Kumpulan 2 : Murid diminta menamakan lokasi kerajaan-
Kerajaan Melayu awal mengikut lokasi yang telah
ditandakan pada peta Malaysia dengan bimbingan guru.
4.Kumpulan 3 : Murid diminta melengkapkan nama
kerajaan-kerajaan Melayu awal dengan mengisi huruf-
huruf yang tertinggal pada lokasi yang ditanda pada peta
Malaysia.
Nilai Murni
Menghormati
EMK
-berbangga
dengan sejarah
asal-usul negara
KB
-menghubungkait
-Lembaran
Kerja Peta
Malaysia
Aktiviti 3 (15 minit)
1.Wakil murid diminta tampil ke hadapan kelas
membentangkan hasil kerja kumpulan
2.Perbincangan dan soal jawab tentang hasil kerja yang
dibentangkan.
3.Guru mengedarkan lembaran kerja.
4.Semua murid diminta melengkapkan keistemewaan 3
kerajaan-kerajaan Melayu awal berdasarkan gambar
yang disediakan.
Nilai Murni
-kerjasama
KB
-menjana idea
-menjelas
Lembaran
Kerja
Penutup (5 minit)
1.Guru meminta murid-murid membuat kesimpulan tentang
apa yang dipelajari.
2.Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.
Nilai murni
-menghargai jasa
tokoh kerajaan
37
Kaedah Pengajaran Sejarah
melayu lama
Lampiran 1
38
Hai kawan-kawan!! Perhatikan peta
Malaysia di bawah. Bincangkan
bersama guru dan rakan sekelas
mengenai kedudukan kerajaan melayu
awal.
Kaedah Pengajaran Sejarah
39
Kaedah Pengajaran Sejarah
40
PETA KERAJAAN
BRUAS
PETA KERAJAAN
KEDAH TUA
Kaedah Pengajaran Sejarah
41
PETA KERAJAANGANGGA NEGARA
PETA KERAJAAN CHIH-TU
Kaedah Pengajaran Sejarah
42
PETA KERAJAANTEMASIK
Kaedah Pengajaran Sejarah
Lampiran 2
43
Hai kawan-kawan!! Peta di bawah
ini menggambarkan kedudukan
kesemua kerajaan-kerajaan
melayu awal. Perhatikan ya!
Kaedah Pengajaran Sejarah
Lampiran 3
44
Hai kawan-kawan!! Kad Imbasan
ini menerangkan secara ringkas
mengenai kerajaan-kerajaan
melayu awal. Baca, jangan tak
baca..
Kaedah Pengajaran Sejarah
Lembaran Kerja 1
45
Anak-anak murid yang bijak,
sila cari dan tandakan di
manakah lokasi kedudukan
kerajaan-kerajaan melayu
awal.
Kaedah Pengajaran Sejarah
4.0 Kesimpulan
Terdapat pelbagai strategi, pendekatan,kaedah, teknik yang boleh diaplikasikan oleh guru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini kerana sebagai
seorang guru, kita seharunya mengetahui keadaan serta keperluan semasa pelajar agar
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dapat menarik minat dan perhatian
meraka. Hal ini penting bagi mengelakkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
tidak berada keadaan bosan dan tradisional. Oleh itu, secara keseluruhannya dapatlah
dikatakan bahawa guru seharusnya mengaplikasikan setiap teknik, pendekatan, kaedah
mahupun strategi yang terkini dan berkesan untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan demi mencapai matlamat yang terkandung dalam dasar
pendidikan negara.
Pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah di sekolah negara penting untuk
melahirkan generasi muda yang tidak buta sejarah serta mengambil pengajaran dan teladan
daripada peristiwa yang berlaku. Sebagai seorang guru, pada hari ini sepatunya generasi yang
46
Kaedah Pengajaran Sejarah
memahami sejarah tempatan sudah perlu dilahirkan. Generasi yang dilahirkan ini seharusnya
berpaksikan inisiatif untuk meningkatkan semangat cintakan negara dan perjuangan bangsa,
seterusnya dapat memupuk perpaduan dan sinergi kesinambungan semangat patriotisme. Oleh
itu, secara tuntasnya melalui pengenalan matapelajaran sejarah di sekolah rendah mulai tahun
ini yang mencakupi pelbagai pengetahuan sejarah peringkat awal dan juga juga sejarah negara,
diharapkan bahawa generasi akan datang berupaya untuk sentiasa menanamkan patriotik dan
cintakan keamanan dalam diri mereka.
Rujukan
Adenan Ayob & Khairuddun Mohamad.(2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ismail Said (2014). Kurikulum Sejarah. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Ismail Said. (2014). Kaedah Pengajaran Sejarah. Puchong: Penerbitan Multemedia Sdn. Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah; Sejarah
Tahun Empat. Putrajaya.Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Lee Bih Ni. (2013). ICT Dan Pengajaran-Pembelajaran Sejarah Di Sekolah.Seminar Pendidikan
Sejarah dan Geografi 2013.
47
Kaedah Pengajaran Sejarah
Pusat Perkembangan Kurikulum. Pembelajaran Masteri. Putrajaya: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
SMK Sultam Omar.(2001). Penggunaan Akhbar dalam Pengajaran Sejarah. Diakses pada 30
Ogos 2014, daripada http://smkso2000.tripod.com/berita/r20jul_1.htm
Soon Yin, T. dan Kooi Guan, C. (2002).Latihan dan Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran-
Pembelajaran Guru-Guru. Jurnal 2002 Pendidikan guru 2: 62-72.
Tor Geak Hwa. (2004). Masalah Pembelajaran Sejarah; Satu Kajian Tindakan. Diakses pada 29
Ogos 2014, daripada http://nyong75.files.wordpress.com/2011/09/masalah-
pembelajaran-sejarah.pdf
Zaireey Khairuddin.(2011). Pembelajaran Masteri. Diakses pada 2 September 2014, daripada
http://www.zairedin.com/2011/12/pembelajaran-masteri.html
48LAMPIRAN