tugasan projek teknologi dalam pengajaran...

17
TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN EDU 3105 Nama : Siti Nur Syahidah Bt Mohd Sukri Angka Giliran : 2012201340020 No. Kad Pengenalan : 920823-03-5020 Program : PISMP Ambilan : Januari 2012 Kumpulan/Unit : 4.01 Nama Pensyarah : Puan Hajjah Rosnah bt. Ahmad Zain Tarikh Hantar : 2 Ogos 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Upload: phungcong

Post on 31-Jan-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

TUGASAN PROJEK

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

EDU 3105

Nama : Siti Nur Syahidah Bt Mohd Sukri

Angka Giliran : 2012201340020

No. Kad Pengenalan : 920823-03-5020

Program : PISMP

Ambilan : Januari 2012

Kumpulan/Unit : 4.01

Nama Pensyarah : Puan Hajjah Rosnah bt. Ahmad Zain

Tarikh Hantar : 2 Ogos 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

Page 2: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya

menyiapkan tugasan projek ini mengikut masa yang telah ditetapkan.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah pembimbing iaitu Pn. Hajah Rosnah bt Ahmad Zain kerana banyak

membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan dalam

menghasilkan tugasan projek yang baik. Beliau tidak jemu dalam menabur jasa

kepada kami dalam proses penyiapan tugasan projek ini dan memastikan tugasan

dibuat mengikut segala kriteria-kriteria yang diperlukan.

Disamping itu, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan

saya iaitu Norfara’ain bt Masrin. Dia banyak memberikan kerjasama yang padu dan

sentiasa bersama-sama menjalankan tugasan yang diberikan. Kami berusaha

bersungguh-sungguh dalam menyiapkan tugasan ini dan mengikut kehendak

soalan.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

terutamanya rakan sekelas yang banyak meluangkan masa memberi tunjuk ajar dan

bantuan ketika kami memerlukan pertolongan semasa membina video yang

menarik.

Dalam pada itu, saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga

kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan nasihat dan kata-kata

semangat kepada saya agar terus berjuang dalam menuntut ilmu yang berguna ini.

Beliau berdua juga sentiasa memastikan agar saya tidak leka dan berusaha

menyiapkan tugasan pada awal waktu.

Page 3: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Isi Kandungan

Penghargaan………………………………………………………………………………

Kandungan…………………………………………………………………………………

Tugasan projek:

1.0 Bahan Bantu Belajar berbentuk video pendidikan………………………………....

2.0 Rancangan Pengajaran Harian (Pendidikan Islam)………………………………..

3.0 Refleksi…………………………………………………………………………………..

Rujukan………………………………………………………………………………….......

Lampiran…………………………………………………………………………………….

Page 4: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Kelas : Tahun 5 Bestari

Tarikh : 23 Julai 2013

Hari : Selasa

Masa : 9.45 – 10.45 Pagi (1 jam)

Bilangan Murid : 30 Orang ( 14 Lelaki, 16 Perempuan)

Bidang : Ibadah

Tajuk Pelajaran : Tayamum

Kemahiran : 2.2 Tayamum

2.2.2 a) Tatacara tayamum

2.2.2 b) Syarat-syarat tayamum

2.2.2 c) Perkara-perkara yang membatalkan tayamum

Hasil Pembelajaran :

Di Akhir Pembelajaran Murid Dapat :

Aras 1 : Menyatakan pengertian tayamum dengan betul setelah diterangkan oleh

guru.

Aras 2 : Melakukan cara bertayamum mengikut tertib setelah ditunjukkan oleh guru.

Aras 3 : Menyenaraikan perkara yang membatalkan tayamum setelah membuat

perbincangan secara berkumpulan.

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar telah mengetahui tentang pentingnya taharah /

kebersihan dalam Islam dan kehidupan seharian.

Page 5: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Kemahiran Berfikir :

1) Banding beza : Mengkelaskan cara-cara bertayamum.

2) Menjana idea : Menyenaraikan perkara-perkara yang membatalkan

tayamum.

Gabungjalin : Akidah, Akhlak, Al-Quran

Penyerapan : Matematik, Sains

Penerapan Nilai : Bekerjasama, bersungguh-sungguh, Khusyuk, Bersyukur

Istiqamah

Bahan Bantu Mengajar : Video, LCD, Komputer Riba, Pendengar Suara,

Page 6: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Langkah

Pengajaran /

Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Mukadimah (3

minit)

Bacaan doa :

بسم هللا الرحمن الرحيم

ن اللهم افتح علينا فتوح العارفين وارزقنا فهم بي الن

احمين بين برحمتك يا أرحم الر وإلهام الملئكة المقر

Bacaan syahadah :

دا رسول هللا أشهد أن ال إله إال هللا وأشهد أن محم

- Seorang murid diminta oleh guru

mengetuai bacaan doa.

- Murid-murid lain diminta

mengikut bacaan doa bersama-

sama.

- Semua murid melafaz kalimah

syahadah bersama-sama.

Nilai :

Kerjasama

Set Induksi (5

minit)

- Guru menunjukkan gambar

sebotol air.

- Guru menyoal murid tentang

- Murid melihat gambar air yang

ditunjukkan oleh guru melalui video.

- Murid menjawab soalan guru secara

individu.

BBM :

Gambar

Kaedah :

Sumbang saran

Nilai :

Yakin diri

Page 7: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

kegunaan air dan apa yang akan

kita lakukan sekiranya tiada air

untuk berwuduk.

- Guru mengaitkan jawapan murid

dengan tajuk pelajaran.

Langkah 1 (15

minit)

- Pengertian Tayammum

- Sebab bertayammum

- Murid menonton video dialog

yang mengandungi pengertian

tayamum dan sebab

bertayamum.

- Murid mengikuti aktiviti di dalam

dialog yang telah dipaparkan.

- Murid memberi pendapat mereka

berkaitan pengertian tayammum

dan sebab diharuskan

bertayammum.

- Murid mendengar setiap

penerangan guru dengan teliti.

BBM :

Video Dialog

Kaedah :

Penerangan

Nilai :

Kerajinan

Keberanian

Page 8: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Langkah 2

(15 minit)

Cara-cara melakukan tayammum.

1. Niat

2. Menyapu debu tanah ke muka.

3. Menyapu debu tanah pada

kedua-dua belah tangan hingga ke

siku.

- Pelajar melihat video cara

melakukan tayammum.

- Pelajar dibahagikan kepada

beberapa kumpulan untuk aktiviti

kuiz.

- Pelajar mendengar setiap

penerangan guru dengan

prihatin.

BBM :

Video (Cara bertayamum )

Kaedah :

Penerangan

Nilai :

Kerjasama

Langkah 3

(15 minit)

- Perkara yang membatalkan

tayamum

- Video mengenai perkara yang

membatalkan tayamum.

- Murid menyenaraikan semula

apa yang diperoleh mengenai

tayamum secara berkumpulan.

- Murid berbincang bersama guru

jawapan bagi setiap kumpulan.

BBM :

Video ( Perkara

membatalkan tayamum )

Kaedah :

Perbincangan

Nilai :

Keazaman

Berusaha

Page 9: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Penutup

(5 minit)

Rumusan

- Guru membuat kesimpulan

tentang isi pelajaran.

- Murid diminta membuat lembaran

kerja mengenai pelajaran

tayamum.

BBM :

Lembaran kerja

Page 10: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Refleksi

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya,

saya dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek EDU 3105 Teknologi dalam

Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada 2 Julai 2013, saya telah mendapat tugasan projek ini yang telah

diserahkan oleh pensyarah pembimbing iaitu, Pn. Hjh. Rosnah bt Ahmad Zain.

Beliau telah memberikan sedikit taklimat berkaitan dengan tugasan tersebut dan

menjawab segala persoalan dan kemusykilan berkenaan dengan tugasan. Beliau

juga menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tugasan dan saya memahami

kehendak soalan dengan baik.

Tugasan kali ini adalah berkenaan dengan menyediakan satu bahan bantu

belajar (BBB) berbentuk video pendidikan yang akan digunakan sebagai salah satu

media pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya bersama dengan ahli

kumpulan iaitu Norfara’ain bt Masrin telah bekerjasama memastikan tugasan projek

ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kami telah bekerjasama dalam

menghasilkan video pendidikan dan rancangan pengajaran harian berdasarkan

video tersebut.

Selain itu, berkenaan dengan tugasan, saya dan rakan sekumpulan telah

membuat keputusan untuk memilih topik pengajaran iaitu tayammum. Topik ini

dipilih sebagai menepati mata pelajaran major bagi kursus opsyen Pendidikan Islam

yang akan saya ajar di sekolah kelak. Kemudian, saya berjumpa dengan guru

pembimbing terlebih dahulu untuk mendapat persetujuan dan melakukan sedikit

perbincangan sebelum memulakan sebarang tindakan bagi tugasan projek. Saya

dan rakan kumpulan telah menunjukkan segala perancangan yang telah dibuat di

dalam buku dan memastikan pensyarah pembimbing meluluskannya. Kemdian, baru

kami akan memulakan tugasan.

Dalam pada itu, semasa proses penghasilan video, saya dan rakan telah

menggunakan perisian Cyber Link kerana kami lebih mengetahui tentang perisian

tersebut berbanding perisian yang lain. Selain itu, terdapat perisian lain yang boleh

digunakan seperti Movie Maker, Fantashow dan lain-lain. Walau bagaimanapun,

Page 11: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

saya memerlukan banyak masa untuk belajar menggunakan perisian yang telah

dipilih itu.

Permulaan proses penghasilan video ini bagi set induksi, kami telah mencari

beberapa gambar seperti gambar latarbelakang yang mengandungi air, botol air,

ikan, kartun upin ipin, padang pasir, kemarau dan lain-lain lagi untuk melengkapkan

set induksi video ini. Pencarian gambar-gambar ini adalah bersesuaian dengan tajuk

tayammum iaitu berkaitan dengan ketiadaan air. Set induksi kami dimulakan dengan

membuat satu pertanyaan tentang apakah gambar yang akan ditayangkan

menggunakan kata-kata seperti, “ Adik-adik gambar apakah ini?”. Latarbelakang

yang digunakan ialah latarbelakang air dan diletakkan pada kod bar yang pertama di

perisian Cyberlink. Gambar latarbelakang itu telah diambil daripada Media Room

(F3). Jika kita mendapati bahawa gambar yang kita perlukan itu tiada maka kita

perlu import media dahulu dan kemudian pilih gambar yang kita kehendaki.

Tulisan yang digunakan untuk pertanyaan tadi ialah tulisan Eras Bold ITC saiz

24 dan telah diboldkan. Tulisan ini diletakkan pada kod bar yang keempat iaitu Title

Track. Kemudian, kami meletakkan dua keping gambar berkaitan iaitu gambar

pertama ialah air dan yang kedua ialah gambar botol air. Kami menunjukkan gambar

ini adalah bertujuan untuk melahirkan sifat ingin tahu murid tentang tajuk pada hari

itu. Seterusnya, kami menguji pemikiran murid-murid untuk berfikir bagaimana kita

berwuduk sekiranya ketiadaan air. Jawapan untuk itu dijawab oleh kartun upin dan

ipin tentang kewajipan bertayamum jika tiada air.

Langkah pertama pula, kami menggunakan video dialog yang mengandungi

pengertian tayamum dan sebab bertayamum. Video diambil daripada Youtube dan

kami Trim untuk mendapatkan video yang baik. Oleh kerana alih bahasanya ialah

Bahasa Indonesia maka kami telah menukarnya kepada suara kami sendiri. Kami

telah merakam menggunakan kamera Olympus dan menukarkannya kepada format

mp3. Kemudian, kami memastikan bahawa suara video sama dengan suara kami

rakam. Alhamdulillah, kami berjaya mendapat hasil yang baik.

Bagi langkah kedua, kami telah memuat turun video tentang cara-cara

bertayamum daripada Youtube menggunakan YTD Video Downloader. Kemudian,

kami memasukkan video tersebut ke dalam Cyberlink. Oleh kerana video tersebut

terlalu panjang maka kami Trim sedikit video tersebut agar nampak lebih kemas dan

Page 12: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

cantik. Sepanjang proses Trim tersebut, kami perlu teliti kerana khuatir terpotong

bahagian-bahagian cara bertayamum yang kami perlukan. Cara bertayammum itu

dimulakan dengan lafaz niat tayammum beserta maknanya. Video diteruskan

dengan anggota tayammum dan cara-cara bertayammum yang betul serta doa

selepas mengambil wuduk.

Langkah ketiga pula ialah mengenai video perkara yang membatalkan

tayammum. Video asal ini ialah video tayammum iaitu Dodo dan Syamil yang

diambil daripada Youtube. Kami mengambil bahagian video tentang perkara yang

membatalkan tayamum sahaja. Oleh itu, kami telah Trim beberapa bahagian yang

tidak diperlukan.

Disamping itu, semasa menjalankan tugasan video tersebut, saya dan rakan

sekumpulan menghadapi beberapa masalah. Namun begitu, saya dan rakan sedaya

upaya mengatasi semua masalah yang dihadapi. Antara masalahnya ialah video

yang telah dihasilkan hilang secara tiba-tiba. Setelah diselidik, rupa-rupanya perisian

Cyber Link ini tidak boleh diubah kedudukan folder kerana ia akan menyebabkan

berlaku kerosakan terhadap video yang telah dihasilkan. Walau bagaimanapun,

kami agak bernasib baik kerana saya dan rakan baru sahaja memulakan

penghasilan video kami dan kami tidak berasa terkilan sangat. Saya dan rakan

mengambil keputusan untuk menghasilkan video tersebut semula dan berusaha

mengubah ia menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Hal ini kerana video sebelum

telah ditunjuk kepada pensyarah pembimbing dan ingin melakukan sedikit

pembaharuan.

Dalam pada itu, masalah lain ialah saya dan rakan kumpulan mengalami

sedikit kesukaran dalam membina video. Hal ini kerana kami mempunyai asas

sahaja dan tidaklah begitu hebat menggunakan perisian-perisisan tersebut. Saya

menghabiskan banyak masa belajar cara menggunakan perisian tersebut untuk

menghasilkan video yang hebat. Saya dan rakan juga telah berusaha bersungguh-

sungguh belajar cara membina video daripada orang yang lebih berpengalaman di

dalam kelas. Rakan sekelas juga tidak kedekut dalam memberikan ilmu dan

bersama-sama membantu kami dalam menghasilkan video tersebut. Walaupun

mereka juga sibuk menyiapkan tugasan yang sama namun mereka tetap

meluangkan sedikit masa membantu kami.

Page 13: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Selain itu, masalah seterusnya ialah kekangan masa. Selain daripada

menyiapkan tugasan projek ini, saya dan rakan yang lain juga mempunyai beberapa

tugasan lain seperti perbentangan di dalam kelas dan juga terlibat dengan aktiviti

luar seperti kelab Redaksi Majalah. Oleh sebab itu, saya perlu bijak dalam

membahagikan masa agar tidak leka dalam proses menyiapkan tugasan projek yang

telah diberikan. Saya juga ada melakukan jadual yang sistematik agar masa saya

tidak berlalu begitu sahaja. Setiap perkara yang hendak dilakukan, saya lebih selesa

mencatatnya di dalam buku dan dijadikan sebagai peringatan kepada diri sendiri.

Pengurusan masa merupakan suatu elemen kehidupan yang sangat penting.

Kelemahan seseorang menguruskan masa dengan efektif akan menyebabkannya

mudah terjebak ke kancah kegagalan dan kekecewaan. Pengurusannya yang baik

pula pastinya membuahkan natijah yang berkesan di samping memberi impak yang

besar dalam kehidupan seseorang.

Pertama kali saya mendapat tugasan ini, saya berasa gembira kerana saya

dapat belajar cara menghasilkan bahan bantu belajar menggunakan video. Sebelum

ini, saya hanya mengetahui serba sedikit tentang cara penghasilan video. Walau

bagaimanapun, saya telah banyak belajar melalui rakan-rakan sekelas tentang cara

menghasilkan video yang menarik agar dapat digunakan semasa sesi pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas nanti. Video merupakan salah satu bahan bantu

belajar yang dapat menarik minat murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung agar murid tidak merasa bosan dan jemu dengan hanya mendengar

penerangan guru sahaja.

Disamping itu, semasa menghasilkan video ini, saya dan rakan berbincang

bersama-sama untuk memastikan proses pembinaan video tersebut dilakukan

secara teratur dan mengikut urutan yang betul. Sebagai contoh, saya memulakan

video dengan set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3 dan penutup. Urutan yang

dimaksudkan ialah video dimulakan dengan pengertian tayammum, sebab

bertayammum, cara-cara bertayammum, perkara yang membatalkan tayamum dan

akhir sekali hikmah bertayammum. Melalui urutan tersebut maka kita dapat melihat

sendiri kelancaran pengajaran dan murid akan mudah untuk memahami topik

pengajaran dengan baik.

Page 14: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Dalam pada itu, saya dapat menghasilkan satu rancangan pengajaran harian

(RPH) dengan baik. Saya juga berpeluang menghasilkan RPH berdasarkan

persembahan video tersebut. Sebelum ini, saya hanya didedahkan dengan RPH

berpandukan powerpoint dan BBB yang lain. Saya berasa gembira kerana BBB

yang akan digunakan nanti ialah video yang dihasilkan sendiri oleh kami untuk

tujuan pengajaran dan pembelajaran kelak. Video ini sememangnya memberikan

banyak manfaat kepada guru dan bakal guru di sekolah nanti.

Page 15: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

Rujukan

Alhabsyie, H. (1995). Risalah wudhu' dan tayamum: pengertian tentang taharah.

Selangor: Pustaka Nasional.

Al-Zuhaili. (1994). Fiqh & Perundangan Islam Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ismail Kamus (Ust. Hj.), M. A. (2009). Indahnya hidup bersyariat. Kuala Lumpur:

Telaga Biru Sdn. Bhd.

Malaysia, K. P. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Tahun 5.

Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yahya, M. Z. (2011). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

http://tayamum.blogspot.com/ (diakses pada 10 Julai 2013)

http://organisasi.org/pengertian-tayamum-cara-syarat-rukun-sebab-sunat-

tayammum-wudhu-dengan-debu-tanah (diakses pada 20 Julai 2013)

http://www.ustaznoramin.com/2012/02/jom-belajar-tentang-tayamum.html (diakses

pada 22 Julai 2013)

http://kias.edu.my/tayamum.htm (diakses pada 29 Julai 2013)

Page 16: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

L

A

M

P

I

R

A

N

Page 17: TUGASAN PROJEK TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN …iedasyeda.weebly.com/uploads/2/1/3/8/21387170/tugasan_projek.pdf · 2.0 Rancangan Pengajaran Harian ... Tahun 5 Bestari Tarikh : 23 Julai

(Lembaran Kerja)

Soalan Latihan

1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Tayammum ialah menyapu ________________ yang suci ke _________ dan

_________________ hingga kesiku dengan beberapa syarat dengan disertai

_________________.

2. Tuliskan harus atau batal bertayammum pada pernyataan dibawah .

a) Cuaca yang terlalu sejuk. _____________

b) Ada air sebelum solat. _____________

c) Sembuh dari sakit _____________

d) Melakukan perkara yang membatalkan wuduk. ______________

e) Sakit yang tidak boleh menggunakan air. ______________

3. Susun rukun tayammum mengikut urutan.

a) Menyapu debu tanah kemuka. ________

b) Tertib ________

c) Niat ________

d) Menyapu kedua-dua belah tangan hingga ke siku. ________