tugasan ptp

18
HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN SOALAN TUGASAN Proses Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumakt yang pesat telah menjadikan dunia kita tiada batasan. Bilik darjah hari ini tidak lagi terbatas dalam empat dinding berlindung. Dengan itu, penggunaan maklumat dalam laman web dan portal telah menjadi semakin penting kepada guru yang ingin meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi tugasan ini, anda harus menggunakan pelbagai jenis sumber rujukan seperti buku, jurnal, modul dan laman web untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan di bawah. 1. Huraikan peranan teknologi pengajaran dan pendekatan yang dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran positif dengan membuat rujukan kepada internet dan buku. 2. (a) Terangkan maksud media pengajaran, pengajaran pelbagai teknik / blended instruction dan pembelajaran berjarak. (b) Kaji maklumat tentang Kon Pengalaman Dale di Internet dan buku untuk menghasilkan satu rajah yang dapat menggambarkan klasifikasi teknik pembelajaran dan faedahnya dalam pembelajaran.Interpretasi maklumat OUM 1

Upload: mohd-zulkepli-zakaria

Post on 12-Jun-2015

999 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

SOALAN TUGASAN

Proses Globalisasi dan perkembangan teknologi maklumakt yang pesat telah menjadikan

dunia kita tiada batasan. Bilik darjah hari ini tidak lagi terbatas dalam empat dinding

berlindung. Dengan itu, penggunaan maklumat dalam laman web dan portal telah

menjadi semakin penting kepada guru yang ingin meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

Bagi tugasan ini, anda harus menggunakan pelbagai jenis sumber rujukan seperti buku,

jurnal, modul dan laman web untuk mencari jawapan bagi soalan-soalan di bawah.

1. Huraikan peranan teknologi pengajaran dan pendekatan yang dapat menggalakkan

persekitaran pembelajaran positif dengan membuat rujukan kepada internet dan

buku.

2. (a) Terangkan maksud media pengajaran, pengajaran pelbagai teknik / blended

instruction dan pembelajaran berjarak.

(b) Kaji maklumat tentang Kon Pengalaman Dale di Internet dan buku untuk

menghasilkan satu rajah yang dapat menggambarkan klasifikasi teknik

pembelajaran dan faedahnya dalam pembelajaran.Interpretasi maklumat

dalam rajah adalah diperlukan.

1. Kaji konsep ’Virtual Classroom’ untuk mengenalpasti definisi, kriteria, mod

pengajaran , platform dam manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar.

OUM 1

Page 2: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Tugasan 1

1. Huraikan peranan teknologi pengajaran dan pendekatan yang dapat menggalakkan

persekitaran pembelajaran positif dengan membuat rujukan kepada internet dan

buku.

“Instructional technology is the theory and practice of designing,

development, utilization, management and evaluation of processes

and resources for learning”. (Seels & Reechy ,1994)

“Teknologi pendididkan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis

keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan

untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga

sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran.”

(Bhg Teknologi Pendidikan, Kem. Pendidikan Malaysia ,1991)

Berdasarkan dua kenyataan di atas, Teknologi Pengajaran boleh ditafsirkan

sebagai satu bidang yang berusaha ke arah meningkatkan kualiti atau keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi pengajaran banyak memainkan peranan, terutamanya dalam bidang – bidang

di bawah: -

a. Penggunaan teknik moden :  berkaitan dengan kaedah pengajaran secara moden

berasaskan kajian dan teori melibatkan alat perkakasan secara langsung atau

tidak.  Contohnya ialah pengajaran terancang, pelajaran imbuhan, audio tutorial,

pengajran individu dan akhbar dalam darjah dan sebagainya.

b. Kemudahan belajar :  peralatan dan kemudahan yang ada dapat menolong pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti bangunan sekolah, bilik

darjah, pusat sumber dan sebagainya.

c. Media : segala alat bantu mengajar dan alat pandang dengar, verbal dan non

OUM 2

Page 3: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

verbal yang dijadikan saluran bagi menyampaikan mesej pengajaran.

d. Kaedah menggunakan media :  proses, kaedah, strategi dan kemahiran

dalam menggunakan alat media.

e. Persekitaran : persekitaran tempat belajar yang selesa mempengaruhi

      pelajar dan guru.

Secara umumnya, teknologi pengajaran sebagai satu implikasi secara kreatif

daripada sains bertujuan memberi latihan dalam pendidikan. teknologi pengajaran

terbatas kepada perkara-perkara yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pengajaran

sahaja.  Ini melibatkan segala peranan, pengembangan, pengurusan dan sumber yang

boleh memberi ke arah keberkesanan pengajaran.  Ini juga boleh melibatkan alat bantu

mengajar, alat pandang dengar yang diadakan secara sistematik untuk membantu proses

penyampaian.

Kesimpulannya, teknologi pengajaran melibatkan ruang lingkup yang lebih luas

termasuk identifikasi, kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan pengelolaan

serta penggunaan alat dan bahan pengajaran.  Teknologi pengajaran lebih tertumpu

kepada penggunaan dan penyusunan secara sistematik terhadap berbagai alat dan bahan

teknologi yang boleh membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Tugasan 2

2. (a) Terangkan maksud media pengajaran, pengajaran pelbagai teknik / blended

instruction dan pembelajaran berjarak / distance learning.

2.1 Media pengajaran

Heinich et al. (2002) mengatakan bahawa Media yang membawa mesej tentang

pengajaran, manakala Kemp & Smellie (1994)pula manyatakan media ialah sebarang

Audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam

melaksanakan sesuatu pengajaran.

OUM 3

Page 4: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Media pengajaran boleh dirumuskan sebagai segala sesuatu yang dapat digunakan

untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat

merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya

terjadinya proses pembelajaran.

2.2 Pengajaran pelbagai teknik / blended instruction.

“Blended Instruction is a combination of online learning & face-to-

face instruction”

(sumber : http://www.ed.uab.edu/blendedmasters/overview.htm)

Pengajaran pelbagai teknik atau ”blended instruction” ialah satu kaedah pengajaran yang

menggabungkan pengajaran secara dalam talian (online learning) dan arahan bersemuka

( face to face instruction).

2.3 Pembelajaran berjarak / distance learning.

“is a process to create and provide access to learning when the source of information and the learners are separated by time and distance, or both.”

(sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Distance_education#cite_note-0)

Berdasarkan petikan di atas, pembelajaran berjarak ialah satu pembelajaran diluar bilik

darjah, dimana sumber maklumat dan pelajar dipisahkan oleh ruang waktu dan

jarak.Pembelajaran berjarak adalah satu proses membina pengalaman belajar dengan nilai

yang sama kepada pelajar di luar bilik darjah.Pelajar boleh berhubung dengan pertukaran

bahan bercetak, media elektronik atau melalui sistem dalam talian.

OUM 4

Page 5: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

2. (b) Kaji maklumat tentang Kon Pengalaman Dale di Internet dan buku untuk

menghasilkan satu rajah yang dapat menggambarkan klasifikasi teknik

pembelajaran dan faedahnya dalam pembelajaran.Interpretasi maklumat

dalam rajah adalah diperlukan.

(sumber : http://www.compstrategies.com/staffdevelopment/4cueadlearn/sld002.htm)

Kon pengalaman Dale menjelaskan bahawa manusia secara amnya mengingati : -

10 % dari apa yang mereka baca.

20 % dari apa yang mereka dengar.

30 % dari apa yang mereka lihat.

50 % dari apa yang mereka dengar dan lihat.

70 % dari apa yang mereka cakap dan tulis .

90 % dari apa yang mereka cakap dan buat.

OUM 5

Page 6: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Oleh itu proses pembelajaran hendaklah bermula dari peringkat bawah iaitu peringkat

pengalaman sebenar hingga ke peringkat membaca.

TINGGI

RENDAH

Interpretasi maklumat dalam rajah dapat di ketegorikan kepada tiga peringkat.

OUM 6

Tayangan Video danmultimedia

Drama dan demonstrasilangsung

Simulasi dan main peranan

Teks

Gambar dan Audio

Pengalaman sebenar

Page 7: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

1. Peringkat pertama meliputi : i. Pengalaman sebenar.

ii. Simulasi dan main peranan.

iii. Drama dan demonstrasi secara langsung

2. Peringkat kedua meliputi : i. Video dan multimedia.

ii. Gambar dan audio.

3. Peringkat ketiga meliputi : i. Teks dan pengucapan

Dalam mata pelajaran Sains, guru boleh menggunakkan Kon Pengalaman Dale

bersama dengan Kaedah Pengajaran Inkuiri Penemuan.

Model inkuiri merupakan satu cara mengajar pelajar menggunakan keperluan

ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat model ini adalah untuk

membantu pelajar mengembangkan kemahiran dan intelek bagi mencari jawapan akibat

daripada rasa ingin tahu. dalam model inkuiri, terdapat lima fasa seperti rajah berikut :-

Fasa Satu :

Dalam Fasa Satu, guru perlu mengemukakan situasi masalah yang perlu diselesaikan oleh

pelajar. Kemudiannya memberikan penerangan susun atur bagaimana untuk menjalankan

inkuiri yang digunakan . Dalam fasa ini guru berperanan untuk meneguhkan pengalaman

sebenar pelajar dengan teknik simulasi drama atau demontrasi secara langsung.

Fasa Dua :

Dalam Fasa Dua pula, ia melibatkan proses mengumpul data . Pegumpulan data dibuat

melalui ujikaji, pemerhatian dan pemeriksaan situasi sebenar. Guru-guru hendaklah cuba

membantu murid dengan mengembangkan jenis maklumat yang didapati. Ini boleh

dibantu dengan tayangan video dan multimedia atau Gambar dan audio.

OUM 7

Page 8: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Fasa Tiga :

Dalam Fasa Tiga , pelajar-pelajar perlu mengasingkan pembolehubah yang releven iaitu

untuk membentuk hipotesis dan membuat perkaitan tentang sebab dan akibat masalah

berlaku. Pelajar boleh nyatakan dalam bentuk tulisan, rajah atau gambar

Fasa Empat :

Dalam Fasa Empat , guru meminta pelajar menyusun semua data-data yang telah mereka

perolehi bagi membentuk satu keterangan mengenai kajian mereka.

Fasa Lima :

Dalam fasa yang terakhir ini , pelajar diminta untuk menganalisis corak inkuiri yang telah

mereka hasilkan . Pada fasa ini pelajar boleh memberikan pelaporan mengenai kajian

yang telah mereka lakukan dalam bentuk penulisan, pembentangan secara individu atau

berkumpulan, gambarajah, pengucapan atau sebagainya.

Terdapat beberapa faedah atau kebaikan bagi model ini yang boleh dimanfaatkan oleh

pelajar-pelajar. Di antaranya ialah :-

1. Model ini berasaskan strategi pemusatan pelajar . Pelajar melibatkan diri dalam

aktiviti pembelajaran sepenuhnya.

2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau

generalisasi yang dibuat.

3. Menimbulkan minat pelajar serta naluri ingin tahu pelajar terhadap aktiviti

pembelajaran yang dilakukan.

4. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran

secara bebas

5. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi leh murid-murid akan kekal

lama.

6. Menggalakkan pelajar berfikir secara saintifik dan rasional.

OUM 8

Page 9: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

3. Kaji konsep ’Virtual Classroom’ untuk mengenalpasti definisi, kriteria, mod

pengajaran , platform dan manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar.

3. “VIRTUAL CLASSROOM” (E-Learning).

3.1 Definisi

“Virtual education refers to instruction in a learning environment where teacher and student are separated by time or space, or both, and the ...”(sumber : en.wikipedia.org/wiki/Virtual_classroom)

“The online learning space where students and instructors interact”sumber : www.uen.org/core/edtech/glossary.shtml)

“Courses or entire degree programs delivered in whole or in part electronically via a combination of World Wide Web pages, Internet newsgroups, e ...”(sumber : www.maine.gov/education/highered/Glossary/Glossary.htm)

“The electronic, learning community where students and teaching faculty interact using Internet listservs and the World Wide Web.”(sumber : www.tarleton.edu/~lilly/B.htm)

Berdasarkan defifisi di atas, dapatlah dirumuskan bahawa ”Virtual Classroom”

merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang

terhubung dengan Internet dan Intranet. Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di

sampaikan secara elektronik kepada pelajar. Murid boleh memperoleh maklumat dan

belajar luar daripada kelas formal. Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan

melalui teknologi dalam pendidikan. Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran

di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik. Menyediakan bahan bantu mengajar

yang releven dengan teknologi hari ini.

Menyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran

keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan

berkesan. Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu

mengajar. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih

baik. Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.

OUM 9

Page 10: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

3.2 Kriteria

Diantara kriteria dalam ”virtual classroom” ialah ”-

1. Kemudahan carian maklumat yang memfokus kepada keperluan objektif

pembelajaran

2. Lembaran kerja yang boleh dimuat-turun oleh pelajar bagi keperluan

pembelajaranya.

3. Perbincangan dalam talian melalui forum dalam Sistem pengurusan

pembelajaran (SPP) atau (Learning Management System di oum.edu.my)

4. Ujian dalam talian yang diletakkan di (SPP) atau (Learning Management

System di oum.edu.my)

“Virtual Classroom” ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang

dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas. Maklumat ini

juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif

yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.

Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan

pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learning is fun’ berlaku melalui

proses ini dan bebanan guru dapat diringankan.

3.3 Mod Pengajaran

“e-pembelajaran juga merangkumi semua bentuk interksi , penyampaian maklumat, pembelajaran berasaskan komputer serta pembelajaran secara talian, dan kaedah ini sering digunakan dalam pelbagai peringkat Institusi Pengajian Tinggi”

(sumber : http://www.iab.edu.my/SN14/drahmadrafee.pdf)

Mod pengajaran ”virtual Classroom” hanya dijalankan dalam satu kaedah sahaja iaitu

secara ”on line ” atau dalam talian

OUM 10

Page 11: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

Secara talian, pelajar dan guru boleh bertemu di dalam talian untuk

membincangkan perkara- perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Perkuliahan,

penyerahan nota dan tutorial berlaku secara dalam talian.

3.4 Platform

“ A virtual classroom is a learning environment created in the virtual space. The objectives of a virtual classroom are to improve access to advanced educational experiences by allowing students and instructors to participate in remote learning communities using personal computers; and to improve the quality and effectiveness of education by using the computer to support a collaborative learning process. The explosion of the knowledge age has changed the context of what is learnt and how it is learnt – the concept of virtual classrooms is a manifestation of this knowledge revolution”.

(sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Virtual_education)

Antara organisasi yang telah melibatkan diri dalam menjayakan “ virtual classroom” ialah ini :

(a) MIMOS Berhad -www.cikgu.net.my

(b) Kumpulan Utusan -www.tutor.com.my

(c) Oum.Edu.My – MyLMS.

Pengeksplorisasian e-learning oleh syarikat-syarikat swasta.Bagi syarikat antarabangsa, e-learning dijadikan platform untuk meningkatkan pengetahuan serta skil kakitangannya.

cth : IBM Corporation , 25% daripada latihan dalamannya lebih berbentuk jarak jauh secara maya yang merangkumi 135,000 kakitangannya diseluruh dunia. Pada tahun 1999, IBM telah berjaya menjimatkan kos latihan sebanyak RM760 juta (USD 200 juta).

Mengikut laporan International Data Corporation (IDC), pada ketika ini 87% daripada kaedah latihan disektor swasta adalah secara tradisional . Kehadiran konsep e-learning, statistik latihan tradisional merosot kepada 74% pada tahun 2004 (Asia Pasifik). Sebaliknya pertumbuhan e-learning dijangka meningkat sehingga 94% (1999-2004).

OUM 11

Page 12: tugasan ptp

HBEF3103 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

3.5 Manfaat yang boleh diperolehi oleh pelajar

Pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan sistematik. Bahan belajar yang disediakan adalah relevan dengan teknologi hari ini.

Sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk dicapai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan. Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik. Menjadikan proses p&p lebih interaktif dan menarik.Meningkat dan memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar

Menyeimbangkan potensi dan bakat pelajar.Jurang masa dan tempat antara pelajar dapat dikurangkan, begitu juga dengan jurang ICT. Dapat menjimatkan kos dan masa pelajar.

Pembelajaran dapat dijalankan secara kolaboratif dan secara individu. Boleh belajar mengikut kesesuaian dan kebolehan serta keperluan pelajar . Mendorong pelajar lebih berdikari untuk mendapatkan maklumat. Pelajar akan bersikap lebih terbuka untuk mengemukakan pendapat atau persoalan yang membina. Mempertingkatkan sikap bertanggungjawab palajar terhadap pembelajaran mereka.

Mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar dengan penggunaan bahan elektronik seperti perisian grafik,animasi. Dapat menarik minat pelajar untuk belajar lebih bersungguh-sungguh. Pelajar akan memperoleh maklumat dari sumber yang lebih luas selain dari buku teks pada bila-bila masa dan di mana saja.

OUM 12