draf kertas kerja jk kawad ptp 2009

23
PEJABAT PELAJARAN DAERAH PADANG TERAP KUALA NERANG KEDAH DARUL AMAN KERTAS KERJA PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP DAN DAERAH PENDANG TAHUN 2009 ______________________________________________ __________ TEMPAT: SK SUNGAI TIANG 0

Upload: mohdameri57

Post on 21-Nov-2015

259 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

PEJABAT PELAJARAN DAERAH

PADANG TERAP

KUALA NERANG

KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH

PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP DAN DAERAH PENDANG

TAHUN 2009________________________________________________________

TEMPAT:SK SUNGAI TIANG

06700 PENDANG

KEDAH DARUL AMAN

MAKLUMAT PERTANDINGAN1.Tarikh

:22 Mei - 23 Mei 2009 ( Jumaat - Sabtu )2.Tempat

:Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang . dan Pusat Kokurikulum Daerah

Pendang .3. Penyertaan :Pasukan badan beruniform putera dan puteri di peringkat sekolah menengah dan rendah meliputi Kadet Remaja Sekolah Malaysia

( KRS ) , Pasukan Badan Kerajaan ( GO) , dan Pasukan Bukan Kerajaan (NGO).JUMLAH PENYERTAAN

Untuk partandingan peringkat daerah ,setiap sekolah hendaklah mempunyai seorang pengurus pasukan , 2 orang pegawai pengiring/jurulatih bagi setiap pasukan , dan 35 peserta bagi setiap pasukan . MAKLUMAT PESERTA

Butir-butir maklumat pegawai dan peserta hendaklah dilengkapkan di dalam borang penyertaan rasmi yang disahkan oleh pengetua/ guru besar dan dikepilkan bersama salinan kad pengenalan atau sijil lahir peserta.

PENGANGKUTAN

Pengangkutan pegawai pengiring , peserta dan pembantu , ke tempat pertandingan adalah diuruskan oleh sekolah masing-masing.MAKAN MINUM

Makan minum peserta diuruskan sendiri oleh sekolah masing-masing manakala makan minum untuk semua pegawai jawatankuasa , semua pegawai kontinjen dan pembantu pegawai disediakan oleh pihak pengelola.PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2009

PENGERUSI:Tuan Haji Mohammad bin Haji Abd. Hamid

Pegawai Pelajaran Daerah Padang Terap TIMBALAN PENGERUSI:Tuan Haji Abdul Aziz bin A. Lateh

Penolong Pegawai Pelajaran (HEM)

Daerah Padang Terap NAIB PENGERUSI 1:Tuan Haji

Pengetua SMK

NAIB PENGERUSI 2:Tuan Haji Abu Hassan bin Baharom

Guru Besar SK Sungai Tiang SETIAUSAHA 1: Tuan Haji Zainol bin Haji Abdullah

Penyelia Kokurikulum PPD PTPSETIAUSAHA 2:Encik Azman bin Ishak

Penyelaras Unit Uniform PPD PendangBENDAHARI:Pn. Azizah Bt. Khamis,

Pembantu Tadbir (PPD/PTP)

PENGERUSI TTEKNIK: En. Roshidi bin Derani ( Daerah Padang Terap )

En. Amir bin Mat Rejab ( Daerah Pendang )

AHLI JAWATANKUASA:

1. Pengetua SMK Ayer Puteh Dalam

2. Pengetua SMK Dato Syed Ahmad

3. Pengetua SMK Kuala Nerang

4. Pengetua SMK Kubur Panjang

5. Pengetua SMK Lubuk Merbau

6. Pengetua SMK Naka

7. Pengetua SMK Padang Terap

8. Pengetua SMK Pedu

9. Pengetua SMK Sungai Tiang

10. Pengetua SMK Syed Ibrahim

11. Pengetua SMK Tanah Merah

12. Pengetua SMK Tobiar

13. Pengetua SMK Tokai

14. Pengetua Sekolah Model Khas Bukit Jenun

15. Pengetua SM Teknik Pendang

16. Guru Besar SK Tandop Besar 17. Guru Besar SK Pokok Asam 18. Guru Besar SK Sungai Tiang 19. Guru Besar SK Padang Durian

1. URUSETIA

Pejabat Pelajaran Dearah Padang Terap

Pejabat Pelajaran Daerah Pendang

2. TEKNIK PERTANDINGAN / KEHAKIMAN / KEPEGAWAIAN

Pengetua Sekolah Model Khas Bukit Jenun

Sekretariat KRS Padang Terap dan Pendang3. PERSIAPAN TEMPAT/ KHEMAH

Pengetua SMK Tunku Temenggung

Guru Besar SK Kg Baru4. JEMPUTAN

Pengetua SMK Naka5. BUKU PROGRAM

Pengetua SMK Padang Terap 6. PENDAFTARAN

Pengetua SMK Pedu

Guru Besar SK Padang Durian

7. JURUACARA / SIARAYA/ TEKS UCAPAN

Pengetua SMK Lubuk Merbau

Guru Besar SK Tandop Besar8. PENGELOLA PESERTA

Pengetua SMK Kubur Panjang

Guru Besar SK Pokok Asam

9. DATA /KEPUTUSAN

Pengetua SMK Tokai

Sekretariat KRS Padang Terap dan Pendang 10. RAKAMAN/ DOKUMENTASI / PROMOSI

Pengetua SMK Kuala Nerang

11. PERTOLONGAN CEMAS

Pengetua SMK Syed Ibrahim12. SAMBUTAN/ MAJLIS PENUTUP

Pengetua SMK Pendang

Guru Besar SK Sungai Tiang13. KAWALAN KEHORMATAN

Pengetua SMK Sg. TiangPERTANDINGAN KAWAD KAKI 200914. JAMUAN VIP

Pengetua SMK Tobiar15. JAMUAN PEGAWAI/ PEMBANTU

Pengetua SMK Ayer Puteh Dalam

Guru Besar SK Naka16. PENSIJILAN

Pengetua SMK Dato Syed Ahmad

17. HADIAH / CENDERAMATA

Pengetua SMK Tanah Merah18. LALULINTAS / KESELAMATAN

Pengetua SM Teknik Pendang19. KEWANGAN

Puan Azizah binti Khamis

Pembantu Tadbir , PPD PT

1. URUSETIA

(PPD PADANG TERAP / PPD PENDANG )

1. Merancang dan menyediakan kertas kerja pertandingan kawad.

2. Melantik ahli jawatankuasa induk dan jawatankuasa kerja.

3. Mengendalikan mesyuarat jawatankuasa pertandingan kawad.

4. Menyelaras perjalanan pertandingan kawad.

5. Menguruskan jemputan /lantikan pegawai / hakim dari luar PTP

6. Menguruskan surat menyurat berkaitan dengan pertandingan kawad.

7. Menyemak teks ucapan , teks juruacara , kad jemputan dan buku program

8. Menyediakan anggaran semua perbelanjaan.

9. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada

Pn Azizah bt Khamis .

10. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.2.TEKNIK PERTANDINGAN / KEHAKIMAN / KEPEGAWAIAN

(PENGETUA SMoK BUKIT JENUN DAN SEKRETARIAT KRS PT/P )

1. Mengurus dan mengelola pertandingan kawad KRS, GO dan NGO sekolah-sekolah menengah dan rendah daerah Padang Terap dan Pendang.

2. Melantik ahli jawatankuasa kerja kecil.

3. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

4. Menguruskan litar kawad sebelum , semasa dan selepas pertandingan

5. Mendapatkan keperluan litar dan peralatan tambahan.

6. Melantik pegawai pertandingan (pegawai data , pembantu data , penjaga masa, runner , pengangkat kun , bendera) serta Master of Ceremony pertandingan.7. Melantik ketua hakim dan hakim-hakim mengikut kategori pertandingan kawad.

8. Menyediakan borang-borang pemarkahan mengikut kategori pertandingan kawad.9. Mengadakan taklimat untuk hakim . 10. Menentukan pengundian / giliran pertandingan mengikut kategori .

11. Menyerahkan markah pertandingan kepada Jawatankuasa Data / Keputusan.

12. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

13. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting .14. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

3.PERSIAPAN TEMPAT / KHEMAH / PERALATAN

(PENGETUA SMK TUNKU TEMENGGUNG )

( GB SK SG TIANG )

1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3.Membantu menyediakan litar kawad, khemah-khemah secukupnya, payung hakim, meja dan kerusi hakim , tempat jamuan, bilik persalinan peserta, dewan penyampaian hadiah (alternatif), bilik data, bilik PA dan bilik rawatan serta bilik hakim ( dilabelkan ).

4.Menyediakan pelan tataletak sekolah , bilik-bilik untuk pertandingan dan kawasan parkir tambahan untuk menempatkan semua bas peserta.

5. Memastikan kebersihan ( tong sampah ) , keceriaan CCWC serta tempat-tempat lain.

6.Mengosongkan kelas-kelas atau bilik SMKTT yang akan digunakan.7. Menyediakan peralatan tambahan untuk JK Teknik Pertandingan.

6.Menyediakan anggaran perbelanjaan.

8.Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting.

9. Bertanggungjawab ke atas semua hal berkaitan.

4.JEMPUTAN

(PENGETUA SMK NAKA )

1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3.Menyenaraikan para jemputan , membuat surat jemputan serta menyerahkan senarai

jemputan kepada Urusetia.

4.Membuat beberapa contoh kad jemputan dan mencetak kad jemputan lengkap dengan jenis pakaian dan tempat sajian .

5.Menyediakan pegawai pengiring untuk VVIP dan PPD PTP ke Majlis Penutupan

6.Menyediakan anggaran perbelanjaan.

7.Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting8. Bertanggungjawab ke atas semua hal berkaitan.

5.

BUKU PROGRAM

(Pengetua SMK Padang Terap)

1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Menyediakan beberapa contoh / dummy buku program.

4. Menyediakan pengisian buku, mencetak dan menghias buku program (VVIP).

5. Menyelaras dengan jawatankuasa Sambutan/Majlis Penutupan6. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

7. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting8. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 20096.PENDAFTARAN

( PENGETUA SMK PEDU )

( GB SK PADANG DURIAN )1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Melantik pegawai bertugas semasa hari pertandingan dan melaksanakan proses pendaftaran.

4. Menyediakan borang pendaftaran peserta pertandingan kawad mengikut kategori.

5. Menyediakan keperluan untuk undian giliran

6. Menyediakan borang penerima hadiah serta membuat pendaftaran penerima hadiah mengikut kategori dan diselaraskan dengan Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata.

7. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting8. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

7.JURUACARA, SIARAYA & TEKS UCAPAN

( PENGETUA SMK LUBUK MERBAU )

( GB SK TANDOP BESAR )1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Menyediakan kemudahan siaraya dan melantik juruacara.

4. Menyediakan skrip juruacara bagi ucapan penutup dan diselaraskan dengan Urusetia dan Jawatankuasa Hadiah & Cenderamata.

5. Menyediakan teks ucapan untuk PPD dan VVIP majlis perasmian penutup.

6. Memastikan system siaraya berfungsi serta menyediakan janakuasa simpanan.

7. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting8. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

8 PENGELOLA PESERTA

(Pengetua SMK Kubur Panjang)

(gb sK POKOK ASAM )1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Mendapatkan senarai giliran pertandingan daripada jawatankuasa Pendaftaran dan urusetia.

4. Menyusun pasukan untuk pemeriksaan pakaian.

5. Memaklumkan dan menentukan pasukan yang bertanding bersedia di tempat menunggu.

6. Menyusun semua pasukan semasa upacara penyampaian hadiah.

7. Menyelaras dengan JK Sambutan dan JK Pengelola & Persiapan Tempat semasa majlis penutupan dan mengadakan raptai penyampaian hadiah.

8. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting9. Bertanggungjawab ke atas semua hal di atas.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 20099.DATA / KEPUTUSAN (Pengetua SMK Tokai dan sekretariat krs ptp )

1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Melantik pegawai bertugas / pembantu semasa pertandingan kawad.

4. Menyediakan format pemarkahan dan borang keputusan mengikut semua kategori pertandingan.

5. Mendapatkan maklumat pemarkahan daripada pihak hakim.

6. Menyediakan keputusan pertandingan dan diserahkan kepada Pengerusi Teknik, JK Hadiah, Cenderamata , l dan JK Juruacara, Siaraya & Teks Ucapan.

7. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting8. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

10.RAKAMAN/ DOKUMENTASI/ PROMOSI

( PENGETUA SMK KUALA NERANG )

1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Menyediakan peralatan rakaman.

4. Menyedia sepanduk secukupnya dan memasangnya di tempat strategik 5. Menghubungi akhbar dan radio untuk hebahan ( berdasarkan format RTM ).

6. Menyediakan laporan pertandingan kepada Pejabat Pelajaran Daerah .7. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

8. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting9. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

11.KESELAMATAN / LALULINTAS

( PENGETUA SM TEKNIK PENDANG )

1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Memaklumkan kepada pihak polis dan mendapatkan bantuan kawalan lalulintas.

4. Melantik petugas-petugas untuk kawalan lalulintas dan parkir.

5. Menyediakan pas kenderaan , papan tanda dan pelan parkir jika perlu.

6. Memastikan kelicinan lalulintas semasa ketibaan peserta , ketibaan VVIP dan selepas selesai pertandingan .

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

8. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting9. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

12.SAMBUTAN / MAJLIS PENUTUPAN

( PENGETUA SMK PENDANG )

( GB SK SUNGAI TIANG )1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3.Mencadangkan bentuk sambutan yang bersesuaian dan bertanggungjawab dalam urusan sambutan tetamu pada hari pertandingan dan upacara perasmian penutupan.

4. Menyelaras susun atur acara penutup dengan Urusetia / Jemputan / Kawalan Kehormatan / Pengelola Peserta / Juruacara.

3. Menyediakan susunan perbarisan semua pasukan untuk majlis penutupan / raptai ringkas

4. Menyediakan pasukan tambur , menentukan lagu , dan pertunjukkan .

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

6. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting7. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

13.KAWALAN KEHORMATAN

( PENGETUA SMK SUNGAI TIANG )1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Melantik pegawai bertugas sebagai Ketua Baris semasa Majlis Penutupan.

4. Bertanggungjawab menyediakan dan melatih pasukan kawalan kehormatan semasa majlis penutupan dan diselaraskan dengan JK Sambutan/ Majlis Penutupan serta mengadakan raptai kawalan kehormatan.

5. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

6. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting7. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

14.PERTOLONGAN CEMAS

( PENGETUA SMK SYED IBRAHIM )1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Melantik pegawai bertugas dan pasukan rawatan semasa hari pertandingan.

4. Mengadakan keperluan ubat dan peralatan yang bersesuaian.

5. Memaklumkan kepada pihak Pusat Kesihatan / JPA serta mendapatkan bantuan kecemasan/ ambulans jika perlu.

6. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

7. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting8. Bertangunggjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

15.JAMUAN VIP

( PENGETUA SMK TOBIAR )

1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Menentukan menu jamuan petang untuk VVIP.

4. Menyediakan tempat VVIP yang mencukupi bersih dan ceria dan mengikut protokol.

5. Menyelaras dengan JK Jemputan dan Urusetia.

6. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

7. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting8. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 200916.JAMUAN PEGAWAI / PEMBANTU

( PENGETUA SMK AYER PUTEH DALAM )

( GB SK NAKA )1. Melantik jawatankuasa kecil.2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Mengadakan menu jamuan untuk pegawai /pembantu.4. Menentukan jumlah pegawai / pembantu .

5. Menentukan cara dan tempat pengagihan makan minum untuk pegawai/ pembantu6. Menyelaras dengan semua JK untuk menentukan jumlah pegawai dan pembantu .7. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

8. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting

9. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan17.PENSIJILAN

( PENGETUA SMK DATO SYED AHMAD )

1. Melantik jawatankuasa kecil.

2. Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

3. Mencetak dan menyediakan sijil secukupnya (untuk peserta, hakim pertandingan akhir).

4. Menentukan jumlah sijil ( diselaraskan dengan Urusetia).

5. Menghias sijil / sampul sijil dan menyelaras dengan upacara penyampaian hadiah.

6. Menyelaras dengan juruacara dan urusetia.

7. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

8. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting9. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

17. HADIAH / CENDERAMATA

( PENGETUA SMK TANAH MERAH ) 1.Melantik jawatankuasa kecil.

2.Mengadakan mesyuarat JK kecil dan menyediakan kertas cadangan jawatankuasa .

2. Menentukan jumlah hadiah dan menyediakan hadiah secukupnya (untuk pemenang, hakim , VIP ).

3. Melabel dan menghias hadiah dan diselaras dengan upacara penyampaian hadiah.

4. Menyediakan 4 pelajar pembantu , 2 dulang, alas meja serta semua hiasan perlu.

5. Menyediakan tugas dan meja-meja untuk penyampaian hadiah dan meletak semula hadiah6. Menyelaras dengan juruacara dan urusetia.

7. Menyediakan piala pusingan mengikut setiap kategori pertandingan ( jika ada ).

8. Menyediakan anggaran perbelanjaan.

9. Mengemukakan tuntutan perbelanjaan selewat-lewatnya pada 28 Mei 2009 kepada En. Omar bin Eting10. Bertanggungjawab ke atas semua hal yang berkaitan.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2009FORMAT DAN SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI 20091. Format pertandingan bagi keempat-empat peringkat bermula dari peringkat daerah hingga peringkat kebangsaan bagi tahun 2009 ialah1.1Semua pasukan sekolah menengah dan rendah akan menggunakan format baru

Versi 2007.2.Pertandingan peringkat Daerah PTP akan dijalankan secara karnival , tanpa pertandingan peringkat awal . Tarikh , tempat dan masa adalah seperti berikut:

2.1Tarikh:22 Mei -23 Mei 2009 ( Jumaat-Sabtu )

2.2 Tempat:SK Sungai Tiang dan Pusat Ko Sg Tiang2.3

Masa:8.00 pagi hingga 6.00 petang

3. Pertandingan adalah membabitkan dua daerah iaitu Daerah Padang Terap dan Daerah Pendang . Semua pasukan akan bertanding serentak tetapi keputusan adalah dIkeluarkan kepada daerah masing-masing.4.Sebanyak 8 kategori dipertandingkan iaitu

3.1Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Putera

3.2Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Puteri

3.3Badan Kerajaan ( GO ) Putera

3.4Badan Kerajaan ( GO ) Puteri

3.5Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) Putera

3.6Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) Puteri

3.7Sekolah Rendah Putera

3.8Sekolah Rendah Puteri

5.Setiap sekolah dipelawa menghantar satu wakil bagi setiap kategori . Bilangan pasukan yang akan bertanding hendaklah dimaklumkan kepada Pengerusi Teknik Pertandingan Kawad Kaki daerah masing-masing pada atau sebelum 18 Mei 2009.6.

Jika terdapat kategori yang kurang daripada satu penyertaan , pertandingan bagi kate-

gori tersebut tidak akan dijalankan . Pasukan tunggal yang telah mendaftar akan mewa-

kili daerah masing-masing secara automatic.7.PERINGKAT PERTANDINGAN

a)Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu :

i. Peringkat Sekolah

- April dan Mei 2009 ii. Peringkat Daerah / Zon 22 23 Mei 2009 iii. Peringkat Negeri

- 30 Mei 2009 iv. Peringkat Kebangsaan mulai 18 Jun 2009 ( SM ) dan 23 Jun ( SR )PERTANDINGAN KAWAD KAKI 20096.SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI PERINGKAT KEBANGSAAN /NEGERI / DAERAH

1.PENYERTAAN

1.1Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan badan beruniform di sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan dan bantuan penuh kerajaan sahaja.

1.2Dibenarkan lebih daripada satu pasukan dalam sesuatu kategori untuk mewakil sekolah di peringkat daerah . Bagi pertandingan peringkat negeri , semua pemenang peringkat daerah bagi kelapan-lapan kategori akan dinilai untuk pemilihan tiga pasukan terbaik negeri di peringkat akhir dalam setiap kategoriSekolah yang menghantar kurang pasukan, hanya boleh menyertai kategori yang berkenaan sahaja.1.4Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah.

2.PENDAFTARAN

2.1Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.

2.2Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.2.3Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

2.4Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan ( Pengetua / Guru Besar) untuk tujuan penyemakan/ bantahan.

3.PAKAIAN3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi pasukan masing-masing. 3.2 Sebagai contoh :

Kadet Remaja Sekolah (Pakaian No: 4 pakaian dan aksesori yang disenaraikan sahaja - pelapik beret,jambul,mafli,lencana poket,kolar dot dan sarong tangan )

4.PADANG / LITAR KAWAD4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35 meter x 25 meter di SK Sg Tiang4.2. Keluasan litar pertandingan kawad di Pusat Kokurikulum Daerah ialah 35 x 20 meter.PERTANDINGAN KAWAD KAKI 20095.JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1Masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan sekolah menengah ialah 17 minit. Pemberian markah diberi apabila anggota pertama platun bergerak melintasi garisan litar masuk ke padang dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang . Selepas 17 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi. 5.2Masa persembahan sepenuhnya bagi pasukan sekolah rendah ialah 12 minit .5.3Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman BUKA BARISAN sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Asas dan Formasi. 5.4Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh asas.

5.5Isyarat wisil akan dibunyikan:

a)sekali pada minit ke 15 ( minit ke-10 bagi sekolah rendah )b)dua kali apabila tamat masa

6.PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1PERGERAKAN

a)Semua pergerakan asas mestilah mematuhi kawad kaki rasmi pasukan induk masing-masing yang telah ditetapkan.

6.2BILANGAN ANGGOTAa)Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding. Pasukan tidak akan dibenarkan bertanding jika jumlah anggota kurang daripada jumlah yang ditetapkan.b)Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

c)Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.

6.3PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIANa)Semua platun akan dipanggil mengikut giliran untuk menjalani pemeriksaan kekemasan pakaian 30 minit sebelum giliran pasukan masuk ke litar kawad. Platun yang gagal menjalankan pemeriksaan kekemasan pakaian akan kehilangan keseluruhan markah pakaian .b.) Apa jua pakaian dan aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian , hendaklah dipakai semasa pertandingan peringkat seterusnya. Kegagalan pasukan berbuat demikian akan dikenakan penalti.

6.4 KAWAD ASAS SEKOLAH MENENGAH a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun dari Tempat Menunggu ke litar dalam 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. )

c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan.Gerak )

d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus.pandang depan)e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.

( Contoh : Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk diuji, tuan)

f) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan.Gerak)

g) Platun diwajib melakukan semua pergerakan statik daripada pergerakan berikut :

i) Ke kanan lurus.. Pandang depan.

ii) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.

iii) Bergerak ke kanan ; belakangpusing.

iv) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.

v) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

i) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

j) Hukuman tukar langkah perlahan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

j) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan hukuman menghadap ke hadapan; kanan pusing diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan bergerak perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi ketua hakim.

k) Semasa bergerak secara melintang itu , iaitu sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan:

i. Buka barisan

ii. Pandang kanan

iii. Pandang depan

iv. Tutup barisan( Sekolah rendah tidak membuat semua pergerakan k di atas )l) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman bergerak ke kiri; kiri pusing diberikan.

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2009m) Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D.

n) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan pergerakan mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan

ii. Hormat ke hadapan

iii. Tukar langkah semasa cepat berjalan

iv. Hormat selaku terima sijil

v. Tukar langkah perlahanvi. Ke belakang pusing semasa perlahan jalanvii. Tukar langkah cepat

viii. Ke belakang pusing semasa cepat jalanix. Menghadap ke belakang, kiri pusing

x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing

xi. Hentak kaki

xii. Henti

xiii. Mara mengadap

o) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 atau 13 langkah , atau 12 atau 14 langkah). (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat.jalan).

p) Tamat bahagian asas. Platun boleh terus memulakan kawad formasi atau bergerak ke tengah litar untuk memulakan formasi.6.5KAWAD ASAS SEKOLAH RENDAH

a) Pertandingan untuk sekolah rendah keseluruhannya adalah menggunakan format yang

sama dengan sekolah menengah kecuali mereka tidak melakukan pergerakan 6.4 ( k ) seperti di atas. Masa pertandingan mereka hanya 12 minit.PERINGATAN1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa sahaja.6. Urusetia pertandingan berhak mengambil tindakan tegas jika didapati terdapat mana - mana individu telah melakukan sesuatu yang dianggap mengganggu perjalanan pertandingan , atau memberi kesan terhadap persembahan sesuatu pasukan.

6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pssss bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi pertama sahaja daripada ketua platun .

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun , dan bermakna tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan formasi. Kategori KRS putera puteri boleh menggunakan unsur suara dalam kesemua formasi tetapi kategori lain hanya dalam formasi terakhir sahaja. d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun sekolah menengah dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan . Bagi sekolah rendah hanya 2 formasi diperlukan .f) Pergerakan selain daripada ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan kepada semua kategori Sekolah Menengah ( KRS , GO , dan NGO ) tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

g) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :

i) Keluar kawasan

ii) Memberi isyarat dll.

6.6 MELAPOR KELUAR

a)Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang .

( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugastuan. )

b)Pasukan hendaklah bersurai di luar litar . Pemarkahan akan terus dilakukan selagi

masa belum tamat dan selagi pasukan atau sebahagian pasukan masih berada di

dalam litar .

6.7PENGHAKIMAN

a)Hakim terdiri daripada wakil dari setiap pasukan badan beruniform yang diiktiraf oleh

pasukan masing-masing dan dilantik oleh urusetia pertandingan JPN Kedah.

Semua kategori pertandingan akan diadili oleh kumpulan hakim yang sama.

b)Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah hakim kawad paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira. c)Kumpulan hakim terdiri daripada Ketua Hakim , 3 Hakim Pakaian , 3 Hakim Ketua Platun , dan 5 Hakim KawadPERTANDINGAN KAWAD KAKI 2009d)Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.

e)Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.f)Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:

i. Persediaan (pakaian): 10%

ii. Kawad asas

: 50%

iii. Kawad formasi

: 30%

iv. Ketua platun

: 10%

g)Keputusan hakim adalah muktamad, 6.8PEMARKAHAN KETUA PLATUN

a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh 3 orang hakim dari kumpulan hakim yang dilantik ( Menggunakan borang-borang pemarkahan Ketua Platun ).

KATEGORI HADIAH 1. 8 hadiah platun johan.

2. 8 hadiah ketua platun terbaik .

3. 1 cenderamata VVIP4. 18 cenderamata Hakim/ DataKATEGORI SIJIL1. 8 X 35 sijil johan = 2802. 8 x 35 sijil naib johan = 2803. 8 x 35 sijil tempat ketiga = 2804. 18 sijil Hakim/Data5. 100 sijil pembantu/petugas JK

- Sijil hanyalah untuk pemenang dan pembantu pertandingan sahaja . Semua sekolah hendaklah menguruskan sendiri sijil untuk peserta masing-masingULASAN

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PERTANDINGAN KAWAD KAKI 2009TENTATIF ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN

Tarikh:23 Mei 2009Tempat:SK Sg Tiang , Pendang

3.15 ptg:Para jemputan tiba.

3.30 ptg:Perbarisan Kawalan Kehormatan mengambil tempat.

3.40 ptg:Ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah Pendang.

3.45 ptg:Ketibaan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.

Menerima Tabik Hormat dan Pemeriksaan Barisan .

Pertunjukan Tambur

Pertunjukan Kawad kaki

Jamuan Ringan VVIP

4.00 ptg:Peserta Mengambil Tempat

4.10 ptg:Bacaan Doa

Ucapan Alu-Aluan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Pendang

Ucapan Perasmian Penutupan oleh Ketua Sektor

Penyampaian Sijil / Hadiah / Cenderamata

5.15 ptg:Jamuan / Bersurai

JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH

PERINGKAT DAERAH PADANG TERAP DAN DAERAH PENDANG TAHUN 2009

PENGERUSI-PENGERUSI

JAWATANKUASA KERJA

BIDANG TUGAS PENGERUSI JAWATANKUASA KERJA

PAGE 0