tugasan projek bmm3112

4
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) NAMA PELAJAR : NAMA KURSUS : SEMANTIK dan PERISTILAHAN BAHASA MELAYU KOD KURSUS : BMM3112 SEMESTER : Semester 6 (BM2/PJ/RBT) (Ambilan JAN 2012) TARIKH MULA TARIKH HANTAR Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat. 2. Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian. 3. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa. 4. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu. 5. Menilai istilah yang betul dari segi singkatan, la mbang, ejaan, dan tatabahasa. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5 Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut: 1. Menganalisis dialog drama berdasarkan Teori Logik Semantik yang mengkaji makna dari segi semantik, Sintaksis dan Pragmatik. 2. Menganalisis ayat yang mengandungi ketaksaan dan kekaburan makna berdasarkan sebuah artikel daripada akhbar tempatan yang berbahasa Melayu. 3. Menulis sebuah esei bertajuk ‘sejauh manakah kajian semantik dan peristilahan bah asa Melayu membantu anda menerokai ilmu dan pengetahuan baharu ke arah memantapkan dan memartabatkan bahasa Melayu’. Panjang esei tidak kurang darpada 500patah perkataan.

Upload: nur-hanida

Post on 10-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZANTUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)NAMA PELAJAR :

NAMA KURSUS : SEMANTIK dan PERISTILAHAN BAHASA MELAYUKOD KURSUS : BMM3112

SEMESTER : Semester 6 (BM2/PJ/RBT)(Ambilan JAN 2012)

TARIKH MULATARIKH HANTAR

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat.2. Menghuraikan perubahan semantik; dan teori pembuktian.3. Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa.4. Menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu.5. Menilai istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan, dan tatabahasa.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas yang berikut:

1. Menganalisis dialog drama berdasarkan Teori Logik Semantik yang mengkaji makna dari segi semantik, Sintaksis dan Pragmatik.2. Menganalisis ayat yang mengandungi ketaksaan dan kekaburan makna berdasarkan sebuah artikel daripada akhbar tempatan yang berbahasa Melayu.3. Menulis sebuah esei bertajuk sejauh manakah kajian semantik dan peristilahan bahasa Melayu membantu anda menerokai ilmu dan pengetahuan baharu ke arah memantapkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Panjang esei tidak kurang darpada 500patah perkataan.

Tugasan Projek (100%)

Bidang semantik merupakan satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna. Untuk memberi makna yang paling tepat sama ada pada peringkat perkataan atau ayat, pengkaji seharusnya mempertimbangkan sama aspek-aspek bukan linguistik seperti kebudayaan, konteks di mana perkataan atau ayat itu diujarkan atau digunakan, aspek-aspek psikalogi penutur, alam pemikirannya, hubungan sosial antara penutur dengan pendengar, tajuk perbincangan dan sebagainya.(Raminah Hj. Sabran)

Berdasarkan penyataan di atas, anda dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut:

A. Analisis dialog drama berdasarkan Teori Logik Simbolik (50%)1. Rakam sebuah drama tempatan berdurasi antara 20 hingga 30 minit dan analisis dialog drama tersebut berdasarkan Teori Logik Simbolik yang mengkaji semantik, sintaktik, dan pragmatik. Analisis anda perlu merangkumi fitur makna, makna leksikal makna ayat, makna peribahasa dan perubahan semantik. Perbincangan anda mesti jelas, koheran dan disokong dengan dialog yang dipetik daripada drama tersebut.

B. Analisis ketaksaan dan kekaburan makna dalam artikel (30%)2. Analisis ayat yang mengandungi ketaksaan dan kekaburan makna berdasarkan sebuah artikel daripada akhbar tempatan. Perbincangan anda mestilah jelas dan disokong dengan contoh-contoh ayat daripada artikel tersebut.

C. Penulisan Esei (20%) 4. Tulis sebuah esei tentang sejauh manakah kajian semantik dan peristilahan bahasa Melayu membantu anda menerokai ilmu dan pengetahuan baharu ke arah memantapkan dan memartabatkan bahasa Melayu. Panjang esei tidak kurang daripada 500 patah perkataan.

Panduan Pelaksanaan Projek1. Tugasan ini ialah tugasan individu (soalan 1 dan 3) dan kumpulan secara berpasangan (soalan 2) 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.3.2 Font Arial.3.3 Saiz huruf - 113.4 Langkau 1.5 baris3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

4. Panjang esei adalah antara 1500 hingga 2000 patah perkataan dan tidak melebihi 16 muka surat.5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. Jika anda didapati berbuat demikian maka anda akan gagal dalam kerja kursus.6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 3 buah buku, 3 sumber Internet, 2 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain).7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu dari tarikh diterima soalan tugasan. Tindakan akan diambil ke atas pelajar yang lewat menghantar tugasan.8.Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:1. Liputan isi kandungan perlu menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Esei anda perlulah meliputi perkara yang berikut:i. Pengenalan yang menarik.ii. Perkembangan isi dengan memberi huraian yang jelas dan contoh-contoh yang bertepatan. iii. Implikasi soalan tugasan ini kepada pemahaman bidang bahasa dan pendidikan.iii. Rumusan, dan cadangan yang diberikan hendaklah menjurus kepada soalan tugasan.3. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam usaha menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.4. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah.6. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

Tugasan disediakan oleh, Disemak oleh,

(HIMA DEVIKA A/P RAMAN)( MOHD ASRI ABDUL RAZAK)PENYELARAS KURSUS BMM3112,Pakar Bidang (SME)(SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU )Jabatan Pengajian Melayu,Jabatan Pengajian Melayu,IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis, PahangKuala Lipis, Pahang

Disahkan oleh,

(ZAKARIA BIN KHALID)Timbalan Ketua Jabatan,Jabatan pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,Kuala Lipis, Pahang

1