tugasan prinsip bacaan terkini

Upload: che-shazuandy

Post on 16-Oct-2015

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

KRB 3013PRINSIP PENGAJARAN BACAANTAJUK TUGASANAnda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu sesi pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan satu teknik pengajaran bacaan.

KUMPULANUPSI14 (AT 131 PJJ

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

ZAINUDDIN BIN ADOND20111049814012-3267765

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN. RIDZUAN BIN JAAFARTARIKH SERAH: 15 NOV. 2013

BilPerkaraMukasurat

1.0PENGENALAN3 - 5

2.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

5 8

3.0TEORI, MODEL, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN.

8 - 12

4.0KEKUATAN DAN KELEMAHAN SERTA PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN YANG DIJALANKAN.

12 - 14

5.0KESIMPULAN

14 - 16

RUJUKAN17

1.0 PENGENALAN1.1 Kesediaan MembacaApabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama.Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara yang berikut;(a) perasaan murid(b) bahasa murid

Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca. Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut; Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan mereka. Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi pengalamannya yang sedia ada. Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca. Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.

Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah: Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya yang menarik hati. Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang tidak formal. Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa secara tidak langsung. Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya murid mahu bertutur.Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab soalan-soalan yang berikut; Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya? Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunya Dapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-lain. Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya? Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik? Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya? Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca1. Keadaan fizikal penglihatan pendengaran pertuturan umur jantina2. Pengalaman dan persekitaran pendedahan bahan bacaan di rumah3. Emosi dan motivasi adakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi? adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku? adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial? adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?4. Kecerdasan dan perkembangan kognitif daya kecerdasan kebolehan mental secara keseluruhan adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar? adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

Tarikh : 26 Mac 2012Masa : 60 minitTahun : 2 BijakMata Pelajaran : Bahasa MalaysiaTema : Alam SekitarTajuk : Habitat HaiwanHasil Pembelajaran:Fokus Utama :5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 iii. Memahami perkataan, frasa dan ayat.Fokus Sampingan:2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 2 i. Menceritakan cerita yang didengar dan ditonton dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.Standard Kandungan:2.2 Membaca dan memahamiperkataan, frasa danayat daripadapelbagai sumberdengan sebutan yangbetulStandard Pembelajaran : 2.2.2 Membaca dan memahami frasa dalam ayat yang mengandungi perkataan dua atau tiga sukukata,diftong, vokal berganding,digraf dan konsonan bergabungdengan sebutan yang betulStandard Prestasi: B1 D1 E2 Menyebut perkataan yang mengandungidiftong,vokal berganding,digraf dan konsonan bergabungPada akhir pengajaran, murid dapat :1.Memahami perkara yang dibaca dengan menjawab soalan yang disediakan.2.Menceritakan sekurang-kurangnya tiga maklumat penting yang didengar daripada paparan slaid yang ditayangkan iaitu contoh haiwan yang hidup di darat, di dalam air dan di kedua-duanya.Kemahiran bahasa : Lisan dan MembacaSistem Bahasa:Tatabahasa: Morfologi-Kata NamaPengisian Kurikulum: Ilmu - Dunia Sains, Dunia Seni Visual dan Dunia Muzik Nilai - Kerjasama - BerdisiplinKemahiran Bernilai Tambah:-Kemahiran Berfikir-Kecerdasan PelbagaiElemen Kerentas Kurikulum : KreativitiKosa Kata: buaya, harimau, tupai, kuda laut, peguin, anjing laut.Langkah/Masa

Isi PelajaranAktiviti PengajaranPembelajaranCatatan

SetInduksi( 5 minit )Beberapa bunyi haiwan dimainkan oleh guru-kucing-ayam-kuda-burung.1.Murid meneka beberapa bunyi haiwan yang dimainkan oleh guru.

BBM :Bunyi Binatang (MP3)

KBT:Kemahiran Berfikir

Langkah 1(20 minit)Slaid Habitat Haiwan

-Haiwan yang hidup di darat.

-Haiwan yang hidup di dalam air.

-Haiwan yang boleh hidup di darat dan di dalam air.

1. Murid dikehendaki melihat paparan slaid yang telah disediakan oleh guru.

2.Ketika slaid ditayangkan, guru menyoal beberapa soalan-soalan mudah kepada murid untuk memastikan tahap kefahaman murid.

3.Setelah selesai melihat slaid, secara berpasangan murid diminta untuk menceritakan tentang slaid yang telah ditayangkan iaitu berkenaan Habitat Haiwan.BBM:paparan slaid ,PPTKBT:Kecerdasan pelbagai- Verbal linguistik

BCB :KemahiranLisan

KemahiranBerfikir:-Menilai dan mentaksir

Langkah 2(10 minit)1.Murid membacakuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul .

2.Guru membimbing murid membaca dengan betul.

3.Murid menjawab soalan-soalan yang disediakan guru.

1.Guru membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan diikuti oleh murid.

2.Kemudian guru memilih seorang murid untuk membaca kuat dan rakan-rakan yang lain perlu mengikut murid tersebut.

3.Aktiviti ini diteruskan dengan memilih murid yang lain untuk membaca secara kuat dan rakan-rakan lain perlu mengikutnya.

4.Setelah selesai aktiviti membaca, murid diminta untuk menjawab beberapa soalan yang telah disediakanBBM:-paparan slaid, PPT-Aktiviti1-Aktiviti2

BCB:-Kemahiran bacaan mekanis-Kemahiran mencari maklumat

Langkah 3(20 minit)1.Murid mengelaskan haiwan mengikut habitatnya di dalam petak yang telah disediakan.

2.Murid melukis dan mewarna gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

3.Guru memberi bimbingan dan memantau aktiviti murid.1.Guru mengedarkan kertas yang mengandungi petak-petak darat sahaja, air sahaja serta darat dan air.

2.Murid diminta untuk memenuhkan petak-petak tersebut dengan melukis gambar haiwan mengikut habitatnya.

3.Kemudian, murid dikehendaki mewarnakan gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

BBM:Aktiviti3

KBT:Spatial dan ruang

Penutup(5minit)Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru.

1. Murid dibimbing merumuskan perkara yang dipelajari.

2.Murid menyenaraikan nilai murni yang telah diperoleh hasil daripada pembelajaran mereka.

3.Murid menyayikan lagu yang telah disediakan bersama-sama guruBBM:Slide PPT laguYoutube lagu haiwanNilai Murni:Cintai dan sayangi haiwan.

KBT: Muzik

3.0TEORI, MODEL, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN.

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa). Kaedah juga ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Antara keadah yang saya gunakan dalam sessi pengajaran dan pembelajaran ini adalah seperti berikut :

3.1.1Kaedah terusDalam pengajaran bahasa Melayu ini kaedah ini dianggap sesuai kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan dan mengutamakan sebutan. Dalam rancangan pengajaran Bahasa Melayu Tahun Dua ini, kaedah terus membolehkan murid-murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar perbualan dan melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu murid juga dilatih untuk membaca kuat perkataan dan ayat yang diberi supaya murid boleh menguasai kemahiran membaca dengan baik. Mereka terlibat secara aktif dalam aktiviti membaca kuat dan dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.

3.1.2Kaedah fonetikKaedah fonetik pula digunakan dalam pengajaran ini supaya murid dapat menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan melalui aktiviti bacaan mekanis. Sehubungan itu, guru melaksanakan latih tubi unsur-unsur bahasa supaya aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum membaca bahan bacaan. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik.

3.1.3Kaedah Komunikatif Kaedah Komunikatif digunakan dalam pengajaran ini melalui aktiviti interaksi bahasa dalam kalangan murid. Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.

3.1.4Kaedah Oral Aural ( Dengar tutur )Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Murid akan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan. Manakala latih tubi dan dialog dijalankan dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Murid pula sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dengan mendengar cerita dan soalan yang dikemukakan. Latih tubi boleh dijalankan dengan menggunakan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik. Sistem tatabahasa yang diberi kepada murid diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Setelah murid menguasai bacaan, murid diberi pula latihan dengan aktiviti menulis secara terkawal sebelum memulakan penulisan bebas.

3.2Teknik pengajaranTeknik mengikut Kamus Dewan (edisi keempat) merupakan kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik,karang-mengarang, dan lain-lain). Teknik juga ialah cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Teknik juga dimaksudkan cara yang lebih khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar (atau menguji) sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Ia boleh wujud dalam bentuk aktiviti, strategi atau taktik, dan bahan atau alat yang berkaitan yang menyokongnya.Dalam pengajaran ini, saya menggunakan teknik bersoal jawab, teknik latih tubi, teknik perbincangan, teknik bercerita, teknik bacaan nyaring dan teknik dialog. Teknik Bercerita akan membolehkan murid-murid cepat menumpukan perhatian di samping menjadikan pembelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Teknik ini dapat memotivasikan serta menimbulkan minat murid untuk belajar yang membolehkan murid untuk menguasai kemahiran lisan. Teknik ini juga dapat memupuk nilai murni dalam kalangan murid seperti yang terkandung dalam cerita yang disampaikan.

3.2.1Teknik perbincanganTeknik perbincangan pula dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik. Penggunaan teknik ini akan menggalakkan murid berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat, di samping bekerjasama dengan murid-murid yang lain. Kelebihan Teknik Perbincangan ini juga akan menjadikan murid menjadi aktif dalam penyertaan, tidak merasa bosan semasa pembelajaran berlangsung dan menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan pendapat sistematik dan tepat. Murid juga berpeluang menguasai kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.

3.2.2Teknik bersoal jawabTeknik bersoal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan. Teknik ini mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan dilaksanakan dengan cara mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam pengajaran ini memerlukan murid berfikir di samping menggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan perasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.

3.2.3Teknik bacaan mekanisTeknik bacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepat mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Melalui teknik bacaan ini guru mudah membuat pembetula dari segi sebutan dan intonasi murid semasa membaca. Teknik ini juga dapat dilatih tubi berulang kali dan memudahkan murid mengecam sesuatu perkataan atau rangkaikata yang dibaca.

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SERTA PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN YANG DIJALANKAN.

Dalam pengajaran yang telah saya laksanakan, kekuatan PdP ialah terletak kepada kepelbagaian keadah dan teknik yang saya telah gunakan. Keadah dengar-tutur misalnya, dalam kaedah ini objektif pengajaran bahasa Melayu ini lebih mengutamakan kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh itu murid ditekankan kepada aspek mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Kaedah komunikatif pula membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Melalui keadah terus pula, murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu murid juga dilatih untuk membaca kuat perkataan dan ayat yang diberi supaya murid boleh menguasai kemahiran membaca dengan baik.Penggunaan keadah pandang dan sebut sangat membantu dalam pengajaran saya. Pendekatan ini merupakan kaedah yang dimulakan dengan mendedahkan pelajar-pelajar kepada perkataan-perkataan. Kaedah ini berbeza dengan pendekatan kaedah fonik yang lebih mementingkan pembelajaran huruf (fonem) atau suku kata kepada pelajar-pelajar terlebih dahulu. Proses pengajaran dengan menggunakan kaedah ini boleh dimulakan dengan aktiviti memandang dan menyebut beberapa perkataan. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dengan menyediakan beberapa keping gambar yang melambangkan perkataan-perkataan yang disebut. Oleh itu, pelajar boleh melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru dan mereka perlu menyebut perkataan-perkataan yang mewakili gambar-gambar tersebut dengan tepat. Selain itu, kaedah ini berfungsi dengan pelajar perlu mengecam dan mengenal pasti keseluruhan perkataan. Setelah pelajar berjaya mengecam perkataan tersebut, pelajar tidak mengeja atau membunyikan suku kata perkataan tersebut, tetapi pelajar perlu menyebut perkataan tersebut. Dengan erti kata lain, dalam konteks ayat pendek dan mudah, pelajar-pelajar tidak mengeja satu persatu perkataan yang terdapat dalam binaan ayat tersebut, tetapi pelajar-pelajar akan terus menyebut ayat tersebut setelah mereka mampu mengecam ayat tersebut. Kaedah ini memerlukan latih tubi yang berterusan kerana tahap pelajar-pelajar yang mampu untuk menguasai kemahiran membaca terus adalah berbeza-beza. Hal ini kerana kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak sukar untuk menyebut perkataan-perkataan atau rangkai kata tanpa perlu mengeja terlebih dahulu.Begitu juga dengan teknik pengajaran yang digunakan,contohnya teknik perbincangan. Teknik ini akan menjadikan murid menjadi aktif dalam penyertaan, tidak merasa bosan semasa pembelajaran berlangsung dan menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan pendapat sistematik dan tepat. Murid juga berpeluang menguasai kemahiran lisan untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan.Teknik bersoal jawab ini dalam pengajaran dan pembelajaran ini, akan mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan dan murid dapat bertindak balas dengan segera. Selain itu juga teknik ini dapat mengenalpasti tahap pengetahuan berbahasa murid dan menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, lojik dan kritis. Menerusi teknik bacaan pula, guru mudah membuat pembetuln dari segi sebutan dan intonasi murid semasa membaca. Teknik ini juga dapat dilatih tubi berulang kali dan memudahkan murid mengecam sesuatu perkataan atau rangkaikata yang dibaca.Penggunaan keadah pandang dan sebut sangat membantu dalam pengajaran saya. Pendekatan ini merupakan kaedah yang dimulakan dengan mendedahkan pelajar-pelajar kepada perkataan-perkataan. Kaedah ini berbeza dengan pendekatan kaedah fonik yang lebih mementingkan pembelajaran huruf (fonem) atau suku kata kepada pelajar-pelajar terlebih dahulu. Proses pengajaran dengan menggunakan kaedah ini boleh dimulakan dengan aktiviti memandang dan menyebut beberapa perkataan. Guru boleh menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dengan menyediakan beberapa keping gambar yang melambangkan perkataan-perkataan yang disebut. Oleh itu, pelajar boleh melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru dan mereka perlu menyebut perkataan-perkataan yang mewakili gambar-gambar tersebut dengan tepat. Selain itu, kaedah ini berfungsi dengan pelajar perlu mengecam dan mengenal pasti keseluruhan perkataan. Setelah pelajar berjaya mengecam perkataan tersebut, pelajar tidak mengeja atau membunyikan suku kata perkataan tersebut, tetapi pelajar perlu menyebut perkataan tersebut. Dengan erti kata lain, dalam konteks ayat pendek dan mudah, pelajar-pelajar tidak mengeja satu persatu perkataan yang terdapat dalam binaan ayat tersebut, tetapi pelajar-pelajar akan terus menyebut ayat tersebut setelah mereka mampu mengecam ayat tersebut. Kaedah ini memerlukan latih tubi yang berterusan kerana tahap pelajar-pelajar yang mampu untuk menguasai kemahiran membaca terus adalah berbeza-beza. Hal ini kerana kebiasaannya pada peringkat awal, kanak-kanak sukar untuk menyebut perkataan-perkataan atau rangkai kata tanpa perlu mengeja terlebih dahulu.

5.0KESIMPULANKemahiran membaca merupakan salah satu kemahiran yang penting di peringkat sekolah rendah dan menengah. Ia menjadi semakin penting apabila seseorang itu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,iaitu kolej, institut dan universiti. Membaca membawa maksud yang berbagai kepada aktiviti berfikir. Proses membaca tidak akan tercapai dengan sepenuhnya sekiranya pembacaan berikut tidak disertai dengan konsep kefahaman

Kemahiran membaca ialah tahap kebolehan murid mengeja suku kata dan menyebut serta memahami makna perkataan yang diberikan oleh guru. Suku kata terdiri daripada yang mudah seperti dua suku kata dan ke peringkat seterusnya iaitu perkataan yang teridiri daripada tiga suku kata dan seterusnya.

Mengikut pendapat Kennedy (1981) telah merumuskan konsep membaca seperti berikut : Proses berfikir yang melibatkan pembaca memahami idea mengikut pengalaman, keperluan dan tujuan bacaan.

Punfrey (1970) proses membaca bukanlah hanya setakat merupakan kemahiran mekanikal, iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa soalan mengenai apa yang dibaca , sebaliknya lebih jauh daripada itu. Membaca adalah satu proses pemikiran yang konstruktif.

Membaca melibatkan proses deria dan minda. Kedua-duanya saling berhubungan di antara satu sama lain. Proses bacaan yang melibatkan organ deria seperti mata dan telinga adalah kurang berkesan berbanding dengan proses minda. Pembacaan melalui minda amat berkesan kerana ia melibatkan otak bertindak memproses bahan bacaan.

Thorndike (1917) pula menyatakan bahawa membaca melibatkan proses berfikir, merenung, memberi nilai, membuat analisis dan sintesis, memilih maklumat, membanding maklumat dan mengukur maklumat tersebut.Berdasarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru pra-sekolah. Semua bahan berkaitan dengan sosiobudaya tempatan yang tidak asing dalam kehidupan murid.

Menurut Anderson dan Pearson (1984), membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca.

Soedarso (2004) Membaca adalah aktiviti yang kompleks dengan menggerakkan sejumlah besar tindakan yang terpisah-pisah justeru, aktiviti yang kompleks dalam membaca tersebut meliputi proses-proses seperti kefahaman dan khayalan, mengamati, serta mengingat-ingat. Kenyataan ini disokong (Cohen, 1990), beliau berpendapatmembaca memerlukan pentafsiran serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak.Membaca adalah satu tindakan komunikasi iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan, dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009).

Melalui pandangan tokoh-tokoh tersebut dapatlah dirumuskan bahawa membaca melibatkan proses-proses sistematik iaitu: pertama membaca merupakan suatu proses, kedua membacaadalah strategi dan yang ketiga membaca merupakan interaktif.

Rujukan

Abd.Aziz Talib, (1989) Pengajaran dan Pengujian Bahasa: Perspektif untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (2001). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru Utusan Publications Sdn Bhd, Kuala Lumpur.Isahak Haron (1990). Mengajar Membaca Peringkat AwalKamarudin Hj. Husin, (1998). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Malaysia Sdn. Bhd.Marohaini Yusoff (1999). Strategi Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad (2000).Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.Ampang Selangor.ONE-Stop Linguage & Computer ConsultancyPusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah KebangsaanAmpang, SelangorSafiah Osman (Ed) Membaca: Satu Pengenalan. Berita Publishing, Kuala Lumpur.LAMAN WEBwww.hamidarshat.com/ITkmasalah-pembelajaran-di-kalangan.htmhttp://nidapink90.blogspot.com/2011/11/kaedah-membaca.htmlhttp://www.docstoc.com/docs/13926632/kaedah-mengajar-bacaanhttp://pendidikanawaldanpemulihanbacaan.blogspot.com/2009/05/pengajaran-bacaan-awal.html