tugasan oumm3203 professional ethics

Upload: wan-kamrol-abd-rahman

Post on 14-Apr-2018

336 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    1/19

    (TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    MEI 2013

    OUMM3203

    PROFESSIONAL ETHICS

    NO. MATRIKULASI : 790903115212-001

    NO. KAD PENGNEALAN : 790903-11-5212

    NO. TELEFON : 017-7965933

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

    TERENGGANU

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    2/19

    OUMM3203

    ISI KANDUNGAN

    1.0 Pengenalan

    1.1 Definisi Rasuah 21.2 Sejarah Rasuah 3

    1.3 Punca berlakunya Rasuah 4

    2.0 Kandungan

    2.1 Analisa Ekonomi terhadap Amalan Rasuah 5-8

    2.2 Analisa Undang-undang terhadap Amalan Rasuah 9-11

    2.3 Analisa Etika terhadap Amalan Rasuah

    2.3.1 Teori Utilitarianism 12-13

    2.3.2 Teori Deontological 13

    2.3.3 TeoriKeperibadian Mulia 14

    2.3.4 TeoriKemoralan Sosial 15

    3.0 Kesimpulan

    3.1 Evolusi Perubahan 16

    3.2 Cadangan 17

    4.0 Rujukan 18

    2

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    3/19

    OUMM3203

    PENGENALAN

    Definisi Rasuah

    Perkataan rasuah meliputi banyak maksud. Rasuah didefinisikan sebagai

    pemberian hadiah atau wang untuk mempengaruhi seseorang supaya memenuhi

    keinginannya.Mengikut kamus dewan, rasuah bermaksud pemberian untuk menumbuk

    rusuk (menyogok,menyuap) wang manakala dalam bahasa Latin pula, rasuah diberi

    maksud corruptio atau busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik serta menyogok.

    Menurut sejarah Jepun pula, rasuah mula diperkatakan pada era Edo (1603-1868) yang

    diistilahkan sebagai sidepno-shito yang bermaksud wang dari bawah meja.Dalam Al-

    Quran pula rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatanjenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. Di negara ini, dari segi

    undang-undang semua perkataan memberi dan menerima suapan adalah sebahagian

    daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.Rasuah melibatkan perilaku dari

    jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah ahli-ahli politik dan pegawai-

    pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah atau yang menurut undang-undang,

    mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan

    menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Rasuah

    merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat

    kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat

    selepas memberi wang, hadiah,keraian kepada pihak-pihak tersebut.

    Perlakuan rasuah dalam erti kata memberikan sesuatu kepada orang yang

    berkuasa dengan harapan untuk mendapat keistimewaan sebagai balasan, sudah lama

    wujud dalam sejarah manusia. Isu rasuah terutama bagi negara yang sedang membangun

    seperti Malaysia adalah satu isu yang cukup emosional. Polemik mengenainya boleh

    menimbulkan pelbagai reaksi seperti marah, meluat, benci, jijik dan juga kekecewaan.

    Amalan rasuah yang kini menjadi budaya di sesetengah negara kini telah menjadi duri

    dalam daging sehingga menimbulkan implikasi buruk lain sehingga boleh memporak-

    perandakan masyarakat dan turut menggangu sistem pentadbiran negara.

    3

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    4/19

    OUMM3203

    Sejarah Rasuah

    Rasuah ialah penyakit sosial yang boleh mencemarkan imej sesebuah negara dan

    rakyatnya . sebagaimana pelacuran yang disifatkan sebagai kerjaya tertua sejak wujudnya

    peradaban manusia , perbuatan rasuah juga telah wujud sekian lama , malah semakin

    menjadi amalan biasa.Rasuah jika diterima sebagai amalan biasa, akan membawa

    kehancuran kepada seluruh masyarakat , bangsa dan negara seperti yang berlaku dalam

    sejarah tamadun besar dunia. Kita terpaksa mengakui bahawa Malaysia juga tidak

    terkecuali dalam fenomena ini . Walaupun gejala ini belum begitu berleluasa, kesedaran

    seluruh masyarakat amat diperlukan , terutama dalam suasana pertumbuhan ekonomi

    yang kian pesat .

    Dalam masyarakat tempatan, telah wujud beberapa simpulan bahasa yang

    memberi makna rasuah seperti ``Tumbuk rusuk'', ``Makan suap'' dan juga ungkapan

    under counter payment, duit kopi dan sebagainya. Di negara ini dari segi undang-undang,

    semua perbuatan `memberi dan menerima suapan' adalah merupakan sebahagian daripada

    perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

    Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang

    terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yangtegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa

    bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-

    Tirmizi yang bermaksud :

    Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka.

    Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan

    dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

    Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang

    yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya.

    Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini.

    Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang

    bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

    4

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    5/19

    OUMM3203

    Punca Berlakunya Rasuah Secara Umum

    Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah

    rasuah.Antara faktor berlakunya gejala rasuah ialah kepimpinan seseorang individu

    yang lemah. Individu yang mempunyai kepimpinan yang lemah, tidak yakin pada diri

    sendiri dan mudah dipengaruhi oleh orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah

    disogok dengan pelbagai kemewahan seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan

    pangkat.

    Kurangnya didikan agama dan didikan moral mendorong berlakunya

    perbuatan rasuah dalam masyarakat kita. Individu yang tidak mempunyai iman yang

    kukuh dan mantap akan mudah terpesong. Golongan seperti ini akan menggunakan

    kedudukan dan peluang yang ada pada dirinya untuk menerima habuan tanpa berasa

    bersalah. Dengan tidak memikirkan akibatnya, rasuah menjadi rutin dalam tugas mereka

    Rasuah juga berlaku kerana wujudnya birokrasi dalam sistem pemerintahan

    yang secaratidak langsung memberi peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan daripada

    berbagai-bagai peringkat mengambil kesempatan. Hal ini berlaku kerana proses

    pengurusan pentadbiran terpaksa melalui banyak saluran. Apabila keadaan ini berlaku,

    sudah tentulah pemprosesan sesuatu permohonan memerlukan masa yang lama atau

    panjang. Bagi individu yang terdesak atau mahu segera menyelesaikan masalah, mereka

    akan mudah memberikan imbuhan dengan harapan pemprosesan permohonan

    didahulukan oleh penerima rasuah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu situasi ini akan

    menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap golongan yang tidak terlibat dengan

    rasuah.

    Dalam Islam rasuah dilihat sebagai kelakuan seseorang yang disebabkan

    beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan

    syaitan.Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap tamak dan haloba,dengki

    dan khianat,sombong dan takabbur, suka berbuat yang haram,tiada keberkatan

    hidup,nafsu serakah,gila kuasa,menafikan hak orang lain,ingin menunjuk-nunjuk,zalim

    dan kasar.

    5

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    6/19

    OUMM3203

    Analisa Ekonomi Terhadap Amalan Rasuah

    Kes Siapa

    terlibat

    Jenis

    rasuah

    Tujuan Punca Kesan Tindakan Moralit

    Analisis

    ekonomi

    Bekas Menteri

    Besar Selangor

    dan Pengarah

    Ditamas Sdn Bhd

    dihadapkan ke

    Mahkamah

    Sesyen Shah

    Alam atas

    tuduhan rasuah.

    Bekas

    Menteri

    Besar

    Selangor dan

    Pengarah

    Ditamas Sdn

    Bhd

    Menerima

    rasuah

    Ingin

    hidup

    mewah

    Kurang

    iman

    dan

    takwa

    Ditindas

    majoriti

    rakyat

    Malaysia

    *Hukuman

    penjara 12

    bulan

    *Dilucutka

    n hak ke

    atas

    hartanah

    yang

    dimiliki.

    Kepimpin

    yang lem

    Analisis

    undang-

    undang

    Bookie perlawanan bola

    sepak Piala Presiden

    ditahan berhubung kes

    rasuah

    Ahli

    perniagaan

    Singapura

    dan pemain

    bola sepak

    Memberi

    sogokan/

    menerima

    sogokan

    Ingin

    kemenangan

    Gaji

    Pemain

    rendah

    Maruah

    bola

    sepak di

    Malaysia

    terjejas

    Gantung

    dari

    bermain

    Kesedar

    sivik yan

    masih

    rendah

    Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan

    pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah,

    contohnya kemerosotan ekonomi. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran

    dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan

    sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan

    rasuah yang tidak terbendung.Rasuah semestinya akan menggugat kemajuan negara dari sudut ekonomi. Hal ini

    adalah kerana ekonomi negara atau ekonomi untuk masyarakat diuruskan oleh mereka

    yang tidak mempunyai ilmu dalam pengurusan ekonomi untuk menguruskan ekonomi

    negara. Daripada laman web rasmi pentadbiran Negara Brunei Darussalam, telah

    menyatakan bahawa kesan kepada terjebaknya gejala rasuah kepada negara dapat

    menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan. Dengan menurunnya

    mutu dan kualiti sesuat produk, ini bermakna pelabur-pelabur asing dalam sesuatu negara

    pasti tidak akan berminat lagi untuk melabur di negara tersebut. Bukankah ia telah

    6

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    7/19

    OUMM3203

    merugikan negara? Kebelakangan ini banyak kajian dibuat untuk mengkaji bagaimana

    tahap rasuah sesebuah negara memberi kesan terhadap aset bagi negara yang lain. Bila

    melihat kepada pasaran kewangan antarabangsa, didapati bahawa rasuah berkait rapat

    dengan kos pinjaman yang tinggi, penilaian saham yang rendah dan juga tadbir korporat

    yang lemah.

    Contoh kes:

    Bekas Menteri Besar Selangor dan Pengarah Ditamas Sdn Bhd dihadapkan ke

    Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan rasuah.

    Huraian kes:

    Kes di atas melibatkan seorang bekas menteri yang menghadapi tuduhan menerima

    rasuah.Pada dasarnya individu yang dilantik sebagai menteri atau pemimpin haruslah

    sedar akan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.Pemimpin merupakan satu

    amanah.Itulah ciri-ciri utama seorang pemimpin.Selain itu pemimpin hendaklah jujur

    kepada dirinya dan pengikutnya.Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh yang

    terbaik.Tetapi persoalannya mampukah pemimpin ini menjadi pemimpin yang sejati atau

    menjadi pemimpin yang mengkhianati amanat rakyat?

    Kes itu dikatakan berkaitan dengan pembelian dua bidang tanah bernilai RM6.5

    juta dengan harga RM3.5 juta dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L

    Seksyen 7 di sini, empat tahun lalu oleh Bekas Menteri ini, melalui Pengarah Ditamas

    Sdn Bhd, untuk membina banglo gaya Bali di Seksyen 7, Shah Alam dengan memberikan

    keistimewaan kepada Pengarah Ditamas Sdn Bhd berbanding syarikat-syarikat lain yang

    melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Perbuatan itu

    didakwa dilakukan dalam keadaan Bekas Menteri ini mengetahui bahawa Pengarah

    Ditamas Sdn Bhd mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri

    Besar Selangor pada ketika itu.

    Kenapakah ini semua berlaku? Ia berlaku disebabkan seseorang itu ingin hidup mewah

    serta ingin cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa

    7

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    8/19

    OUMM3203

    yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh

    tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin yang diamanahkan dengan kuasa dan

    pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa

    dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,

    sebenarnya dia telah melakukan kezaliman dan menafikan hak-hak orang lain atau

    memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

    Merujuk kes ini, di mana ia melibatkan rasuah hartanah/rumah terdapat

    beberapa perkara yang dikenal pasti turut sama terjejas.Perkembangan dalam pasaran

    perumahan boleh memberikan impak yang penting terhadap kestabilan

    kewangan.Perubahan harga rumah memberikan impak langsung dan tidak langsung

    terhadap permintaan kredit.Dalam kes ini bebanan permintaan kredit oleh individutertentu tidak wujud kerana permasalahan sekarang ialah harga rumah turun

    mendadak.Impak yang jelas kelihatan ialah ke atas kedudukan kewangan institusi

    perbankan.Ia boleh menjadi buruk sehingga boleh menimbulkan risiko yang ketara

    terhadap kestabilan kewangan.Seperti kebanyakan ekonomi lain, pasaran perumahan di

    Malaysia merupakan komponen yang penting kepada negara.Oleh sebab itu permasalan

    yang terjadi dipandang serius sehingga menjejaskan reputasi beliau yang telah dituduh

    menerima rasuah berkaitan dengan pembelian dua bidang tanah bernilai RM6.5 juta

    dengan harga RM3.5 juta dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L

    Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

    Punca berlakunya kes ini antaranya ialah pertamanya kelemahan peribadi

    seperti kurang iman dan takwa.Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama

    dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini

    termasuk dalam teori Technique of Neutralization oleh Grisham Sykes dan David

    Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang

    tahu. Sikap mahu hidup mewah, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah

    pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.Berdasarkan

    pemerhatian, faktor modenasi juga merupakan salah satu faktor terjadinya rasuah

    terhadap bekas menteri.Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan

    pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan

    8

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    9/19

    OUMM3203

    bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan

    yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

    Kesan ke atas kesalahan ini menyebabkan beliau ditindas majoriti rakyat

    Malaysia.Ini terbukti terpaparnya gosip-gosip dan cerita-cerita di facebook dan internet

    mengenai beliau yang kebanyakannya mengutuk tentang perilaku dirinya.

    Keseluruhannya, rasuah yang dilakukan ini juga telah menghancurkan kepercayaan

    masyarakat terhadap beliau. Beliau serta keluarganya mengalami gangguan emosi dan

    psikologi. Kajian yang telah dijalankan oleh SPRM keatas orang-orang yang pernah

    ditangkap dan dihukum kerana rasuah mendapati bahawa pesalah-pesalah rasuah telah

    mengalami tekanan jiwa, malu, terhina, menjadi sensitif, kebebasan tergugat serta

    pergaulan sosial yang terhad. Satu lagi kesan yang dirasai ialah bilamana mengalamikerugian wang yang banyak kerana terpaksa membayar khidmat peguam bela. Selain itu

    pemerintahan beliau dalam organisasi turut menjadi lemah kerana setiap kali rasuah

    berlaku, maka pemerintah kehilangan kepercayaan sama ada daripada sektor kerajaan

    mahupun swasta.

    Tindakan yang telah dikenakan ke atas Bekas Menteri ini telah dijatuhi hukuman

    penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan

    mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui

    tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7.Dalam pada itu,

    beliau juga dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan

    kepada kerajaan semula.

    Moralitinya pemimpin yang terlibat dalam rasuah mempunyai kepimpinan yang

    lemah. pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang lemah, mudah dipengaruhi oleh

    orang lain untuk melakukan rasuah. Mereka mudah disogok dengan pelbagai kemewahan

    seperti harta benda, wang ringgit, kedudukan dan pangkat.

    ANALISA UNDANG-UNDANG TERHADAP AMALAN RASUAH

    9

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    10/19

    OUMM3203

    Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana

    seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa

    atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak

    tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan

    rasuah yang utama seperti Meminta/Menerima Rasuah, Menawar/Memberi Rasuah,

    Membuat Tuntutan Palsu dan Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.

    Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi:

    melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

    penyalahgunaan harta negara.

    merugikan negara

    memperkaya diri sendiri dan kerabat.

    Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah

    sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan

    jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah

    perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya

    di Amerika Latin.

    Contoh kes:

    LELAKI disyaki bookie perlawanan bola sepak Piala Presiden ditahan di MahkamahMajistret Kuala Terengganuuntuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) berhubung kes rasuah dan mengatur perlawanan membabitkan pasukan Piala

    Presiden T-Team .

    Huraian Kes:

    Kes di atas melibatkan seorang bookie perlawanan bola sepak Piala iaitu seorang ahli

    perniagaan Singapura, 51 Tahun yang menghadapi tuduhan memberi sogokan kepada

    beberapa orang pemain bagi mengatur perlawanan yang membabitkan pasukan Piala

    Presiden T-Team.

    Kes itu dikatakan berkaitan dengan pemberian sogokan kepada beberapa pemain

    bola sepak dari pasukan T-Team.Mereka diberi wang suapan yang jumlahnya lebih enam

    kali ganda daripada pendapatannya untuk mengatur perlawanan Piala Presiden T-Team.

    10

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hadiah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Pencegahan_Rasuah_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Masalah_sosial&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Masalah_sosial&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Negara_pengeluar_petroleum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Latinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syarikathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Wanghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Hadiah&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Pencegahan_Rasuah_Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Masalah_sosial&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Masalah_sosial&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Negara_pengeluar_petroleum&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Latin
  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    11/19

    OUMM3203

    Menurut jurulatih pasukan itu, hasil siasatannya sendiri mendapati ada di antara

    pemainnya yang mempunyai RM27,000 dalam akaunnya, namun gagal menjelaskan dari

    mana datangnya wang sebanyak itu.

    Berdasarkan pengakuan seorang bekas pemain pasukan bawah 21 tahun Piala

    Presiden T-Team tahun lalu, tujuan mengambil rasuah daripada bookie yang jumlahnya

    lebih enam kali ganda daripada pendapatannya yang tidak sampai RM1,000 sebulan

    adalah untukmenampung gaya hidup mewahnya. Gaya hidup mewah ini sebenarnya

    merupakan impian bagi setiap individu itu sendiri dan ia juga adalah kepuasan kepada

    diri sendiri.Biarpun mudah terdorong kepada biar papa asal bergaya

    Pada zaman serba canggih dan moden ini, rata-ratanya inginkan TREND yang

    serba-serbi moden sehinggakan sanggup melakukan kesalahan jenayah yang boleh

    mengundang bahaya kepada diri sendiri.Sebenarnya apa yang harus dititikberatkan dalam

    keinginan gaya hidup yang mewah adalah usaha dan kesungguhan. Untuk seseorang

    hidup dalam gaya mewah, biarlah sesuai dengan poket sendiri bak kata pepatah Ukurlah

    Baju di Badan Sendiri.

    Punca berlakunya kes ini antaranya ialah pertamanya kelemahan peribadi seperti

    kurang iman dan takwa.Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama danundang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi.Punca keduanya

    ialah berkaitan dengan gaji bulanan yang sangat rendah. RM1000 sebulan bagi pasukan

    bola sepak profesional dengan jadual latihan yang padat, mereka tidak berpeluang

    melakukan kerja sampingan. Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca

    menularnya gejala rasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di

    mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka

    merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi survival mereka.

    Kesan ke atas kesalahan ini menyebabkan tercontengnya arang di muka maruah

    bola sepak di Malaysia. Isu rasuah dalam sukan bolasepak telah juga berlaku di mana

    ramai pemain dan jurulatih telah disoal siasat dan mereka dikenakan hukuman gantung

    11

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    12/19

    OUMM3203

    dari bermain oleh Persatuan Bolasepak dan ada di antara mereka dikenakan hukuman

    gantung seumur hidup.

    Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang

    berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi

    mereka di peringkat antarabangsa.

    Moralitinya individu yang terlibat dalam rasuah mempunyai kesedaran sivik yang

    masih rendah dalam kalangan rakyat, maka kebanyakan mereka akan melakukan

    amalan rasuah tanpa memikirkannya akibatnya.Benteng ketahanan diri mereka juga

    mudah dibolosi. Jadi, tidak hairanlah mereka sanggup menerima sogokan wang

    walaupun mereka tahu perbuatan tersebut melanggar undang-undang negara dan norma

    hidup masyarakat. Faktor ini sedikit sebanyak juga diakibatkan oleh undang-undang

    yang luwes. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan gentar melakukan amalan

    rasuah jika undang-undang terlalu longgar dan mereka dapat melepaskan diri daripada

    hukuman dengan senang sahaja. Kini banyak jabatan kerajaan yang mewujudkan

    perlindungan whistleblowers dalam organisasi mereka sebagai strategi mencegah

    penyelewengan dan rasuah. whistleblowers memantau (penyampai maklumat) yang

    cuba dianiaya oleh pihak yang didedahkan penyelewengannya. Undang-undang ini

    mewujudkan persekitaran anti-rasuah yang lebih menggerunkan pihak yang cuba

    memberi rasuah dan menerima rasuah kerana tindakan mereka boleh dipantau oleh

    sesiapa sahaja dan pada setiap masa.

    ANALISA ETIKA TERHADAP AMALAN RASUAH

    2.3.1 Teori Utilitarianism

    12

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    13/19

    OUMM3203

    Perkataan Utilitarianisme berasal daripada perkataan utility yang bermaksud

    berguna. Teori Utilitarianisme menegaskan kita supaya sentiasa bertindak untuk

    menghasilkan kebaikan dan keseronokan yang maksima kepada bilangan orang yang

    sebanyak mungkin. Dalam kata lain, sesuatu tindakan adalah bermoral apabila ia

    menghasilkan kegembiraan atau keseronokan yang semaksima kepada semaksima orang

    ramai. Teori ini ialah salah satu aliran dalam teleologis (iaitu teori akibat). Konsep

    Utilitarianisme mengutarakan bahawa perbuatan yang menghasilkan kebaikan yang

    maksimum kepada sebanyak mungkin orang yang terlibat dalam sesuatu situasi. Mereka

    memandang akibat dan natijah baik sebagai matlamat kerja mereka. Ianya diasaskan oleh

    pemikir Jerman iaitu Jeremy Benthan (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873).

    Mereka bermaksud kebaikan yang diamksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati

    oleh seramai mungkin faedah tindakan itu. Bagi mereka ungkapan seperti 'jangan menipu'

    dan 'tepatilah janji' adalah sesuatu yang umum. Hal ini boleh dilanggar sekiranya ada

    kebaikan yang lebih besar. Teori ini mengakibatkan manusia mula menjadi alat atau

    komoditi sains. Mereka ingin berfikir semaksima yang mungkin untuk memudahkan

    manusia dengan mengabaikan beberapa nilai moral yang dikatakan sebagai teori umum.

    Teori ini telah diserapi dengan nilai 'machavellian' iaitu matlamat menghalalkan cara.

    Walaubagaimana pun, sikap menepati janji dan berkata benar yang melampau sehingga

    memusnahkan masyarakat dan sistem pemerintahan Islam juga adalah dilarang dalam

    Islam. Berjanji dengan golongan 'musuh', bercakap benar dengan 'musuh' secara jelas

    dilarang di dalam banyak ayat Al Quran. Hal ini sebenarnya memerlukan pertimbangan

    semasa. Hal inilah yang menjadikan Islam sebagai agama yang waqii'yyah (mengikut

    zaman dan tempat).

    Huraian berkait teori dengan kes:

    13

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    14/19

    OUMM3203

    Masalah rasuah yang melibatkan pemain bola sepak adalah tidak bermoral kerana ia melibatkan

    kehampaan ramai pihak terutamanya para peminat bola sepak serta menghasilkan implikasi yang

    buruk kepada banyak pihak.

    Selaku pemain bola sepak mestilah mempunyai akauntabiliti terhadap rakyat, bangsa, agama

    dan negara.Justeru itu, pemain bola haruslah bermain dengan bersungguh-sungguh demi memartabatkan

    bola sepak di peringkat antarabangsa.Jika dibandingkan pemain bola sepak pada zaman dahulu jauh

    berbeza pada zaman sekarang di mana pemain bola sepak dahulu bermain bermati0-matian untuk

    meningkatkan martabat bola sepak tetapi bukan kerana duit.Pada zaman sekarang pemain bermain

    semata-mata kerana duit.Kerana itulah berlakunya jenayah rasuah di kalangan pemain bola sepak.Pemain

    bola sepak mestilah mempunyai perasaan dan harapan untuk berjaya dengan harapan untuk tidak

    mengecewakan peminat-peminat yang meliputi seluruh pelusuk dunia.

    2.3.2 Teori Duty / Deontologis

    Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori 'deontologis' iaitu golongan yang

    tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap

    jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat

    kerja berkenaan.

    Huraian berkait teori dengan kes:

    Pemain bola sanggup menerima rasuah hanya untuk kepentingan dirinya tanpa

    memikirkan kerja yang dilakukan sedangkan kerja itu adalah sumber pencariannya,Dia

    tidak terfikir jika dia menerima rasuah dia akan hilang punca pendapatannya.

    2.3.3 TeoriKeperibadian Mulia

    14

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    15/19

    OUMM3203

    Teori Keperibadian Mulia menekan kepada perlunya

    manusia memilikikeperibadian mulia sebelum dapat memahami fungsi dan autoriti peraturan. Teor

    iini berkait rapat dengan sifat-sifat seseorang insan yang bermoral. Ia dapat didefinisikan sebagai suatu

    kualiti yang terbaik dan istimewa. Maka, kita boleh menyatakan bahawa etika mempunyai hubung kait

    yang baik dengan keperibadian mulia atau sifat perangai atau ciri-ciri watak yang mulia. Teori ini

    merangkumi kehidupan baik sesama ahli masyarakat, iaitu Eudaimonia dan ia tidak menggalakkan

    perbuatan yang hanya memberikan keseronokan sementara,seperti kekayaan, kekuasaan atau

    keseronokan fizikal.

    Huraian berkait teori dengan kes:

    Rasuah yang berlaku bukan sahaja melibatkan kesan pada diri pemain bola ini, malah ia turut

    menjejaskan prestasi . Kesan ke atas kesalahan ini menyebabkan tercontengnya arang di

    muka maruah bola sepak di Malaysia. Ia menjejaskan imej negara. Apabila kes ini

    berlaku, kes ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kecekapan pemain-

    pemain handal yang lain.

    Di samping itu, jenayah rasuah juga hanya membazirkan perbelanjaan kerajaan.

    Wang yang diberikan oleh kerajaan untuk melakukan kebajikan disalahgunakan. Hal ini

    sepatutnya tidak berlaku kerana hanya menjejaskan nama baik negara kita.

    15

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    16/19

    OUMM3203

    2.3.4 TeoriKemoralan Sosial

    Teori Kemoralan Sosial ini berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri

    daripada tatahukum, tatasusila, tatatertib dan peraturan masyarakat ini biasanya

    diamalkan sebagai tradisi, norma, kebiasaan atau adat, kod, nilai dan pantang larang.

    Peraturan masyarakat berkaitan dengan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati,

    kasih sayang, kebersihan, saling membantu, bekerjasama, kesyukuran dan semangat

    bermasyarakat. Kewujudan pantang larang adalah untuk menjaga kerukunan sosial.

    Selain itu, keputusan yang berasaskan teori ini tidak akan menjejaskan keamanan dan

    keharmonian masyarakat. Masyarakat perlu hidup bermasyarakat untuk memenuhi

    keperluan, kehendak dan keinginan masing-masing.

    Huraian berkait teori dengan kes:

    Pemain bola yang menerima rasuah adalah tidak bermoral.Moral di sini

    bermaksud disiplin.Disiplin amat diperlukan oleh semua pemain agar tidak mudah

    terpedaya dengan apa-apa sogokan yang ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu. Pemain

    yang tidak berdisplin akan merosakkan satu pasukan atau menjejaskan pasukan

    permainan yang amat dikagumi oleh semua negara.

    16

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    17/19

    OUMM3203

    KESIMPULAN

    3.1 Menilai Perubahan

    Rasuah merupakan musuh pembangunan.Ia tidak membantu perkembangan

    ekonomi dan merencatkan perjalanannya.Rasuah memberi kesan yang sangat dasyat

    bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah kepada masyarakat dan negara.Secara

    keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang kronik dan rumit untuk dihapuskan.

    Dalam konteks yang sama,kerajaan semestinya mengerti bahawa kesempitan

    hidup akan memaksa seseorang melakukan perkara di luar dugaan .Faktor kemiskinan

    dan penderitaan apatah lagi dalam era yang sarat dengan kos kehidupan yang tinggi

    semestinya menjadi faktor implisit yang menyumbang ke arah gejala rasuah ini.

    Keimanan sahaja tidak mencukupi untuk menghalang seseorang daripada tidakterlibat dalam rasuah.Jika pasaran dan perkhidmatan yang diberi kepada rakyat

    dipertingkatkan insyaallah gejala tidak sihat ini tidak akan terus menular kepada generasi

    kini dan akan datang.

    17

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    18/19

    OUMM3203

    3.2 Cadangan

    Antara langkah mencegah rasuah adalah seperti berikut :

    1.Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri

    Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk

    membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat

    biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi.

    Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang

    tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

    2. Mamasukkan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan

    Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak

    zaman persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi

    individu yang lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya

    membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

    3. Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Hukuman

    Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat

    sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk

    keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali

    sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.

    4.Memudahkan urusan menggunakan ICT

    Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan

    dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu

    duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai

    khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat

    menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk

    mempercepatkan proses.

    ( 3,500 Patah Perkataan)

    18

  • 7/27/2019 Tugasan Oumm3203 Professional Ethics

    19/19

    OUMM3203

    APENDIKS

    RUJUKAN /REFERENSI

    Dr Ho Jo Ann, Dr Tee Keng Kok, (2011) Profesional Ethics, Open Universiti Malaysia

    Dr. Mohd. Haflah Piei , Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia

    [email protected]

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakidiremankesrasuahbola/Article

    19

    mailto:[email protected]://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakidiremankesrasuahbola/Articlemailto:[email protected]://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakidiremankesrasuahbola/Article