tugasan mpu 3113 hubungan etnik

Upload: qeena-qaleesya

Post on 03-Jun-2018

394 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    1/10

    Faktor -faktor yang Menyumbang kepada Keharmonian Negara Malaysia

    Sejak merdeka, Malaysia telah mengekal kedudukannya sebagai Negara yang aman

    damai walaupun rakyatnya terdiri daripada berbilang kumpulan etnik, agama, pemikiran dan budaya. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan

    pembangunan Negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia

    itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukannya satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana

    memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama,

    budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk

    menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi

    cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) the road to a cohesive and

    progressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan

    duri.

    Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan

    kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei

    sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau sebab-sebab yang

    spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab atau peristiwa yang telah berlaku

    sebelumnya. Tanggal 13 Mei tercetus satu detik hitam dalam lipatan sejarah Negara kerana

    pertelingkahan kaum yang berlaku telah mengakibatkan Negara kehilangan banyak nyawa dan

    kerugian harta benda. Ia mempunyai kaitan rapat dengan Pilihanraya Umum 1969 di mana di

    dalam pilihanraya itu banyak isu sensitive telah dibangkitkan seperti Bahasa kebangsaan,

    kedudukan istimewa orang melayu dan hak kerakyatan bukan melayu. Dalam pilihanraya itu,

    parti perikatan gagal memperoleh 2/3 dalam dewan rakyat manakala parti gerakan dan DAP

    yang berjaya 25 kerusi telah mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sambila menghina bangsa

    melayu. Keadaan ini memberi tamparan hebat kepada orang melayu dan akhirnya UMNO telah

    mengadakan perarakan balas sebagai bantahan terhadap penghinaan itu. Dalam suasana tegang

    dan penuh emosi maka tercetuslah peristiwa 13 Mei 1969 itu.

    Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai Negara membangun telah melalui pengalaman

    pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun lagi, pengalaman

    tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat Merdeka pada 31 Ogos 1957, tidak

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    2/10

    semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk

    memastikan Negara tidak digangu gugat oleh Negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang

    kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di

    Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir

    Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884

    hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah ialah barisan pemimpin Negara yang diketuai oleh

    Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegahan seperti tokoh silam, yang

    perlu hanyalah kita bersatu padau tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat

    Malaysia, bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

    Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang

    menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu kesan peninggalan penjajahan Inggeris juga

    boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris

    contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari

    sudut ekonomi, peristiwa 13 Mei banyak meninggalkan kesan yang negetif terhadap masyarakat

    Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras

    umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan

    yang nyata selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan

    pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi

    dan hubungan antara kaum di Malaysia.

    Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita

    tempuhi bagi membina Negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran

    yang di antaranya aspek cabaran sulung atau idea utama iaitu di antara kepentingan etnik dari

    aspek sosial. Aspek social ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari

    sudut pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar

    dan kontrak sosial. Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat Negara ini

    yang timbul akibat dari kesan dasar pecah dan perintah yang diam alkan sejurus oleh British

    sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-tiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi

    lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berlainan.

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    3/10

    Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyumbang kepada keharmonian Negara

    Malaysia. Di antara faktor yang utama ialah dari faktor politik, mengikut Ranjit (1996), dilihat

    dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan

    National telah menghasilkan kestabilan politik dan keamanan di dalam Negara. Faktor politik

    juga merupakan ciri asas kearah mempercepatkan agenda pembinaan Negara bangsa ini.

    Kestabilan politik menjadi prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah

    Negara. Secara umumnya terdapat perbezaan persepsi antara individu di dalam melihat kepada

    faktor ini. Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang dicirikan

    oleh kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak yang berbeza didalam

    melihat sesuatu isu. Seterusnya ianya menghasilkan perbezaan falsafah dalam rupa pembinaan

    Negara-negara dan cara-cara mencapainya. Melalui kajian dan penulisan, didapati perbezaan

    persepsi tentang Negara-bangsa melalui faktor politik wujud berdasarkan kaum dan wilayah.Keadaan ini mewujudkan lahirnya persepsi-persepsi tersendiri daripada mahasiswa mengenai

    persepsi politik ini.

    Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan Negara dan perasaan ingin

    membebaskan tanah air daripada belanggu penjajahan. Oleh itu perpaduan kaum telah dapat

    memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa

    mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario ini, rakyat Malaysia haruslah

    bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran

    terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di Negara-negara Thailand, Afrika dan

    Indonesia. Kata peribahasa , melentur rebung biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan

    dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak kecil lagi. Sebagai contoh,

    nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk

    mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan

    hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang

    dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yangmasih berada di bangku sekolah.

    Seterusnya, semangat perpaduan juga dapat meningkatkan imej Negara , hasil daripada

    kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim

    perayaan terutamanya, semua rakyat Negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    4/10

    mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Adat istiadat adalah

    peraturan yang telah dipatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Adat istiadat ini

    mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah

    Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil-

    Fitri, Hari Raya Qurban, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi

    DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah

    Negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi

    Bahasa yang tinggi.

    Selain itu, rakyat diseru supaya bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan

    perselisihan faham. Rakyat Malaysia disemai semangat kekitaan, iaitu sebagai warga Malaysia

    merupakan satu keluarga. Justeru, masyarakat yang berbilang kaum dinasihati supaya budaya

    dan agama orang lain. Semangat perpaduan seharusnya dipratikkan dalam generasi muda lagi

    sejak di bangku sekolah. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai kasih sayang dan sebagainya.

    Dalam konteks yang sama, kepentingan perpaduan juga diselitkan dalam mata pelajaran

    Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Agama Islam.

    Lantaran itu, pelajar didedahkan dengan kepentingan menjaga keharmonian antara kaum dan

    tidak kurang juga menghormati antara agama , adat, kebiasaan dan kepercayaan kaum.

    Penyertaan dalam aktiviti atau kelab juga pemangkin kepada perpaduan.

    Dari segi faktor ekonomi, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) merupakan perkara

    yang sering dikaitkan dengan pembinaan Negara-negara Malaysia. Selepas merdeka, keadaan

    ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah diidentifikasikan dengan sesuatu kumpulan etnik.

    Secara umumnya, jika terdapat kumpulan etnik yang diindentitikan sebagai menguasai sesuatu

    bidang, ianya pasti menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka dan ini pastinya

    mencacatkan proses pembinaan Negara-bangsa. Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi

    ekonomi secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia.

    Selepas perlaksanaan DEB, persepsi-persepsi mengenai aspek ekonomi ini adalah diharapkan

    turut berubah. Kepentingan etnik dalam aspek ekonomi juga perlu ditekankan adalah penguasaan

    ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang

    luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sector pertanian yang memerlukan

    banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    5/10

    menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan teknologi

    moden. Manakala , kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa

    sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat kesimpulan iaitu terdapatnya jurang

    pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dakam ekonomi Negara Malaysia. Semua

    golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk terus berusaha

    mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta

    jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat

    majmuk.

    Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik.

    Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sector pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan

    berkemungkinan akan menghadapi kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap

    kaum India yang mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan

    ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan

    berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam

    perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti

    berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakkan lubagn perniagaan banyak diutamakan kepada

    kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di

    mana hak mereka sedangkan selama ini selama ini mereka banyak menyumbang kepada

    ekonomi Negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan Negara kita

    bergolak.

    Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan Negara tidak

    boleh dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan

    sosial etnik Malaysia melalui pernyataan mereka dalam pembangunan Negara dan dalam

    perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya,

    perpaduan Negara tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekeal miskin

    dan peluang pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja

    terdapat di kawasan luar Bandar tetapi juga di kawasan Bandar. Keadaan ini boleh mengugat

    perpaduan Negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik

    yang tertentu sahaja.

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    6/10

    Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional ( DPN ) Telah dilancarkan pada tahun 1991

    yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang

    bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin Negara kearah menjadikan Malaysia sebagai

    Negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh kearah membentuk pembangunan

    seimbang yang meliputi aspek keadilan, social, nilai, etika dan moral mengikut acuan tempatan.

    Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah di bina oleh DEB iaitu serampang dua

    mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam

    pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmi kemiskinan dengan dua tumpuan utama,

    iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relative, menumpukan

    perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

    (MPPB) sebagai satu strategi kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan

    Bumiputera dalam kegiatan ekonomi, meningkatkan penglibatan sector swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia

    termasuk system nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan

    yang saksama.

    Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang

    berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama

    terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan

    keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa

    perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan

    supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan

    semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama. Isu-isu yang berkaitan dengan

    perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana rakyat

    Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat beberapa kebaikan perpaduan

    kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan perpaduan kaum ialah masyarakat dapat

    hidup dalam keadaan aman dan damai. Keadaan masyarakat yang aman dan damai inimembolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan

    aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar. Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan

    negara aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan merancang dan

    melaksanakan pembangunkan dengan lancer untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara

    manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara.

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    7/10

    Keadaan negara yang aman dan damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke

    Malaysia. Kehadiran pelancong asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.

    Peluang pekerjaan ini akan menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan

    taraf ekonomi rakyat.

    Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur

    di Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman

    dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat

    dan akan meningkatkan pendapatan negara. Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara

    di mata negara lain. Perpaduan kaum membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat

    memerintah dengan balk. Terdapat beberapa negara yang ingin mencontohi negara Malaysia

    dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan kaum yang terdapat di Malaysia telah

    membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa.

    Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan

    perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia

    seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat

    mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam sebuah

    komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah mengawalnya

    supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat dengan

    keharmonian yang telah terbina sekian lama.

    Faktor sosial juga menyumbang kepada keharmonian negara Malaysia yang merangkumi

    peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan

    dan Bahasa Kebangsaan. Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat

    bagi menghasilkan satu identiti nasional Negara-bangsa Malaysia yang dibentuk. Pembinaan

    Negara-bangsa merupakan satu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan

    kekitaan. Melalui takrifan ini faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya.

    Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukkan satu identiti nasional

    namun titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil dapat dilaksanakan.

    Di Malaysia, setiap kaum mempunyai persepsi atau tanggapan tersendiri terhadap kaum lain dan

    ianya masih lagi dipisahkan dengan panggilan bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India dan

    bangsa-bangsa lain. Walaupun perhubungan di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    8/10

    bertambah baik namun pemisahan sosial masih wujud. Ini pastinya akan memperkukuhkan

    sentiment perkauman. Pendekatan yang dapat merapatkan jurang akan meningkatkan sikap

    penerimaan yang lebih terbuka dan saling mempercayai antara kaum. Sekiranya golongan cerdik

    pandai ini bersefahaman dan dapat melepaskan diri daripada kongkongan prasangka dan

    perasaan perkauman barulah mereka dapat dipertanggungjawabkan untuk membentuk dan

    menggalakkan orang lain berbuat demikian. Ini sekaligus dapat memberi kesan kepada

    keharmonian Negara.

    Selain itu, faktor-faktor geografi yang memisahkan wilayah-wilayah juga boelh

    menyumbang kepada keharmonian Negara . Proses mengintegrasikan Sarawak, Sabah dan

    Semenanjung Malaysia dengan mewujudkan kerjasama dan keharmonian hidup akan

    mempercepatkan pembentukan Negara-bangsa dan menyumbang keharmonian Negara. Secara

    umumnya, wilayah-wilayah ini mempunyai persepsi dan cadangan masing-masing terhadap

    identity Negara-bangsa Malaysia yang akan dibentuk. Persefahaman, kerjasama dan toleransi

    antara wilayah adalah penting bagi mewujudkan keharmonian Negara Malaysia. Hal ini berlaku

    akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah

    oleh Laut Cina Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari

    aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan

    hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau

    etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melibatkan kelompok etnik lain

    melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan menimbulkan prasangka,

    stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik

    terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan

    ilmu masyarakat Semenanjung Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan

    Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara

    sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya sendiri

    sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi Negara yang amat majusekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan Negara.

    Seterusnya, adalah dari sudut pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik

    mempunyai system pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu

    menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan Bahasa perantaraan Bahasa Melayu, pelajar cina

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    9/10

    menuntuk di sekolah Cina dan juga menggunakan Bahasa Mandarin sebagai Bahasa perantaraan,

    manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan Bahasa Tamil. Sistem

    persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut Bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang

    memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan

    pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sma

    sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberi kesan yang negative kepada Negara

    Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan Bahasa ibunda mereka dan tidak akan

    menerima Bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah ereka menganggap adalah tidak wajar dan

    tidak penting untuk mempelajari Bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi kemestian

    dimana setiap sekolah mengamalkan system pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan

    impak yang kurang elok kepada penstrukturan Negara kerana corak pendidikan yang berbeza-

    beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir Negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran

    mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada

    dalam keadaan aman. Bakal pemimpin Negara ini juga mengalami kesukaran untuk

    mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik berbeza. Pastinya, amat

    sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap tidak penting

    oleh pihak yang berwajib.

    Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara ( 2001-2010 ) atau

    dikenali sebagai Wawasan 2020, ia merupakan respon kepada perkembangan ekonomi, social

    dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan

    pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik,

    ekonomi, social, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia

    dijangka mampu menjadi sebuah Negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia

    mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta

    mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan ( 1991 ) yangdibentangkan pada siding pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28

    Februari 1991 menyatakan terdapat Sembilan cabaran yang dikenal pasti untuk merealisasikan

    Wawasan 2020. Sememangnya, Negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan

    matlamat itu. Walaupun banyak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi,

    pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan

  • 8/12/2019 Tugasan MPU 3113 Hubungan Etnik

    10/10

    keseluruhan dari aspek politik, social dan ekonomi yang mampu menyatukan rakyat.

    Pembangunan yang seimbang dari sudut itu mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia

    untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.