mpu 2412 projek khidmat masyarakat

19
TUGASAN SEPTEMBER 2014 SEMESTER KOD KURSUS PMU 2412 NAMA KURSUS Projek Khidmat Masarakat PROGRAM SAR!ANA MUDA PEND"D"KAN NAMA PE#A!AR KART"N" ARN" $%E NORD"N NO MATR"K PUSAT PEMBE#A!ARAN 0

Upload: alynns74

Post on 08-Oct-2015

587 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

p

TRANSCRIPT

TUGASAN

SEPTEMBER 2014 SEMESTER

KOD KURSUSPMU 2412

NAMA KURSUSProjek Khidmat Masyarakat

PROGRAMSARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJARKARTINI ARNI CHE NORDIN

NO MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN

ISI KANDUNGANISIPERKARAM/S

1Pengenalan2

2Tema2

3Tajuk Projek3

4Tarikh/ tempoh perlaksanaan projek3

5Sumber personel yang terlibat4

6Matlamat dan objektif projek3 - 4

7Perlaksanaan projek4 - 6

8Perancangan Projek8.1 Perlaksanaan projek

8.2 Refleksi6 - 9

9Cadangan / komen9 -11

10Penghargaan 11

11Galeri Pusat Sumber Transformasi Minda12 - 16

LAPORAN KHIDMAT MASYARAKAT

PROJEK PUSAT SUMBER TRANSFORMASI MINDASK. ST. MARY (M), PAPAR.

1.0 Pengenalan

Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna sudah pasti akan menghasilkan sesuatu hasilan ataupun output yang berguna. Bagi guru, khidmat masyarakat adalah suatu aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan guru. Bukan itu sahaja, malahan dengan perancangan khidmat masyarakat yang sempurna sama ada di dalam atau di luar sekolah akan dapat memberikan impak kepada guru itu sendiri. Khususnya dalam memberikan khidmat serta komitmen kepada masyarakat sama ada di peringkat sekolah, daerah ataupun di peringkat nasional.Berdasarkan tugasan yang diberikan, saya telah memilih satu projek yang sememangnya menepati matlamat perlaksanaan khidmat masyarakat di peringkat sekolah. Projek yang akan saya laksanakan merupakan satu projek di bawah kerjasama pihak sekolah dan guru pusat sumber sekolah. Berikut adalah keterangan lajut mengenai laporan hasil projek yang telah saya jalankan.2.0 Tema Cabaran Masa Depan3.0 Nama Projek

Pusat Sumber Transformasi Minda4.0 Tarikh/ tempoh perlaksanaan projek

Tarikh

: Julai hingga September 2014Tempoh

: Tiga bulan5.0 Sumber personel yang terlibat

Antara sumber personel yang terlibat dalam menyumbangkan derma berupa kewangan dan buku serta majalah adalah seperti berikut:

5.1 Persatuan PIBG Sekolah

5.2 Guru- guru

5.3 Ibu bapa murid

5.4 Orang perseorangan

6.0 Matlamat dan objektif projek

6.1 Matlamat

Matlamat projek Pusat Sumber Transformasi Minda ini adalah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai rasa tanggungjawab terhadap keindahan dan keceriaan pusat sumber sekolah yang merupakan salah satu tempat bagi para pelajar menerokai dan mengakses maklumat dalam membantu meningkatkan ilmu pengetahuan mereka. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan penggunaan pusat sumber sebaik yang mungkin. Oleh itu, melalui projek mengindahkan dan menceriakan pusat sumber sudah tentu penggunaannya pasti mendapat sambutan yang menggalakkan untuk para pelajar menggunakan pusat sumber sebaik mungkin.

Selain itu, melalui aktiviti gotong-royong menceriakan pusat sumber ini meningkatkan kerjasama terhadap kebersihan dan keindahan persekitaran pusat sumber dengan menyumbangkan tenga membantu membersihkan dan menceriakan pusat sumber baru tersebut. Matlamat utama program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap amalan menceriakan suasana baru disamping melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat, dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

6.2 ObjektifAntara objektif Projek Pusat Sumber Transforamsi Minda ini adalah seperti berikut:

i. Menyemai rasa tanggungjawab terhadap susun atur dan persekitaran pusat sumber bagi memudahkan murid menggunakan ruang yang ada sebaik mungkin.

ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti pusat sumber sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan yang berguna kepada pelajar.iii. Mewujudkan ruang-ruang sudut serbaguna yang lebih bermanfaat untuk digunakan semasa berada di pusat sumber sekolah.iv. Membentuk keperibadian dan jati diri pelajar dalam mementingkan keceriaan sesebuah bilik agar kelihat menarik dan menyeronokkan untuk dikunjungi.

v. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan Pusat Sumber Transformasi Minda dengan keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

7.0 Perlaksanaan projek

Manual Perlaksanaan Projek Pusat Sumber Transforamsi Minda.

BilPerlaksanaan TugasTindakan/ Catatan

1Penyediaan kertas kerja progam: Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan dari pihak sekolah dalam melaksanakan projek yang akan dijalankan.

Mesyuarat kali pertama.Setiausaha projekBulan Julai Minggu ke 2

2Perlantikan AJK Projek secara rasmi.

Pemantauan pemasangan penghawa dingin selepas bilik di pusat sumber dicat.

Mengarahkan kakitangan pembersihan sekolah untuk membersihkan pusat sumber. Setiausaha projek.

Bulan Julai Minggu ke 3

3Menetapkan sebuah tempat bagi perlaksanakan kerja-kerja asas.

Program : Projek Pusat Sumber Transofrmasi MindaTempat : Bilik Pusat Sumber LamaSetiausaha projek dan AJK pelaksana

Bulan Julai Minggu 4

4Mesyuarat AJK Program kali ke 2.Setiasua projek dan AJK Pelaksana

Bulan Ogos Minggu 1

5Menjalankan kerja-kerja penyediaan dan percetakan draf sudut dalam pusat sumber dan pengagihan tugas kumpulan kerja yang telah dirancangkan.Setiausaha Projek

Bulan Ogos Minggu 2

6Pembentangan tugas Projek Pusat Sumber Transformasi Minda kepada kumpulan kerja. Setiausaha Projek

& Kumpulan Kerja

Bulan Ogos Minggu 3

7Menyenaraikan dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk kegunaan keceriaan Pusat sumber.Setiausaha Projek

& Kumpulan Kerja

Bulan Ogos Minggu 4

8Mengangkut segala barang dan peralatan daripada pusat sumber lama ke pusat sumber baru (buku, perabot, rak buku, meja, kerusi dan sebagainya)Setiausaha Projek, Guru Pusat Sumber

& Kumpulan Kerja

Bulan September Minggu 1

9Menyusun atur segala barang-barang dan peralatan yang telah dipindahkan mengikut kedudukan yang telah didrafkan. Setiausaha Projek, Guru Pusat Sumber

& Kumpulan Kerja

Bulan September Minggu 2

10Melabel, menggantung, melapik dan melekatkan perhiasan pada rak buku, sudut tertentu dan sebagainya.Setiausaha Projek, Guru Pusat Sumber

& Kumpulan Kerja

Bulan September Minggu 3

11Pembentangan laporan perlaksanaan kerja dan pemantauan dilakukan oleh guru besar dan penolong kanan.

Membuat dokumentasi hasil kerja yang dijalankan.Setiausaha Projek, Guru Pusat Sumber

& Kumpulan Kerja

Bulan September Minggu 4

8.0 Perancangan

8.1 Perlaksanaan Aktiviti

Projek ini telah dirancang sejak awal bulan Mei 2014 namun perlaksanaannya dijalankan pada bulan Julai hingga September memandangkan belum adanya surat kebenaran untuk memasuki bangunan baru sekolah yang telah siap. Perancangan awal dilakukan supaya projek ini dapat dijalankan sebaik yang mungkin. Pemilihan projek ini dicadangkan oleh pihak sekolah memandangkan bangunan sekolah baru telah siap dan juga berdasarkan tema yang dipilih iaitu Cabaran Masa Depan. Idea ini tercetus berdasarkan perbualan semasa hendak memilih projek khidmat masyarakat bersama rakan-rakan sekerja. Hal ini disokong penuh oleh Guru Pusat Sumber sekolah memandangkan banyak kerja-kerja pemungahan dan pengalihan barang perlu dilakukan ke bilik pusat sumber yang baru.Saya menyedari bahawa usaha ini sudah tentu mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan pengawas pusat sumber dan murid-murid disekolah ini serta rakan guru dan para ibu bapa murid sekolah ini. Jika hendakkan sesuatu yang terbaik kerjasama yang padu perlu digalas bagi meringgankan beban kepada seorang dengan mengantikannya melalui penyatupaduan tenaga kerja dari semua pihak.

Selain warga sekolah, terdapat juga beberapa pihak tertentu yang telah membantu menjayakan projek ini. Keizinan guru besar dan sokongan guru pusat sumber banyak membantu dalam merancang projek ini. Kelulusan daripada bantuan daripada Persatuan PIBG Sekolah memberikan satu suntikan semangat dalam melaksanakan projek ini sebaik yang mungkin.Setiap minggu, segala aktiviti keceriaan dan mengindahkan pusat sumber seperti yang dirancangkan hendaklah disiapkan mengikut perancangan awal. Selesai satu-satu perlaksanaan aktiviti dijalankan, pihak jawatankuasa akan berkumpul untuk membincangkan aktiviti yang akan dijalankan pada minggu seterusnya sehinggalah selesai kesemua kerja-kerja projek yang telah dirancangkan. Perbincangan antara ahli jawatankuasa penting bagi memudahkan kerja masing-masing agar tidak berlaku pertindihan tugas.Berikut adalah carta ghant tinjauan perlaksnaan aktiviti selama tiga bulan disekolah bermula daripada perancangan awal, perlaksanaan dan diakhir projek dijalankan.

Bulan/

PerkaraJulaiOgosSeptembar

M1M2M3M4M1M2M3M4M1M2M3M4

Menyediakan kertas kerja projek

Mesyuarat projek

Perlantikan AJK projek secara rasmi

Mengecat dan pemasangan penghawa dingin oleh pihak kontrektor

Kerja-kerja membersihkan bilik pusat sumber baru

Penyediaan darf dan pembahagian tugas kumpulan kerja

Pembentangan tugas dan draf pusat sumber untuk persetujuan bersama dan penyediaan peralatan kerja

Kerja-kerja mengangkut dan memunggah barang dan peralatan untuk dipindahkan dari pusat sumber lama ke pusat sumber baru.

Kerja-kerja menyusun atur semua barang dan peralatan yang telah dipindahkan.

Melabel, menggantung, melapik dan melekatkan perhiasan pada rak buku, sudut tertentu dan sebagainya.

Pembentangan laporan perlaksnaan kerja dan pemantauan kerja yang telah disiapkan.

Menyediakan dokumentasi kerja projek yang dijalankan.

8.2 Refkelsi

Saya merasa sangat bersyukur kerana akhirnya projek yang telah saya rancangkan ini dapat diselesaikan mengikut tempoh yang telah dirancang. Sepanjang perlaksanaan projek ini dijalankan saya dapati bahawa semua pihak begitu memberikan kerjasama yang padu dalam menyumbangkan idea dan pendapat bagi merealisasikan projek khidmat masyarakat ini di sekolah. Pada peringkat awal sebelum perlaksanaan projek, saya merasa sangat susah hati seandainya projek yang saya rancangkan ini tidak mendapat persetujuan oleh pihak sekolah dan juga guru pusat sumber sekolah. Namun, setelah membuat usul kepada pihak sekolah dan guru pusat sumber dan mereka bersetuju dengan cadangan saya ini untuk membantu dalam menyusun atur semula pusat sumber sekolah yang baru saya merasa sungguh lega.

Dalam mesyuarat kali pertama, perlantikan AJK belum ditentukan memandangkan agihan kerja perlu dibuat terlebih dahulu. Hanya kertas kerja projek saja dibentangkan untuk mendapatkan persetujuan semua guru. Setelah itu, barulah perlantikan ajk dan kumpulan kerja dibentuk bagi memudahkan pengagihan tugas kepada semua guru yang turut sama membantu dalam projek ini. Setelah draf dan tugasan dibuat, barulah pembentangan tugasan dikemukakan. Ini mendapat persetujuan oleh semua ahli kumpulan kerja yang telah dibentuk. Kerja-kerja pembersihan bilik pusat sumber baru ini telah dibantu oleh pihak pembersihan sekolah. Setelah mendapati bahawa bilik tersebut sudah bersih barulah kerja-kerja mengangkat dan memunggah barang dan peralatan di pusat sumber baru dijalankan. Ahli kumpulan kerja bahagian memunggah dan mengangkat peralatan telah melaksanakan tugas mereka dengan bantuan pengawas pusat sumber dan pengawal sekolah yang bermurah hati menawarkan perkhidmatannya. Akhirnya, kerja-kerja mengangkat kesemua rak dan buku serta peralatan lain telah selesai pada minggu pertama bulan September.

Bagi kerja-kerja menyusun atur semula rak dan buku serta peralatan lain diteruskan pula oleh kumpulan seterusnya dengan pemantauan guru pusat sumber. Ini adalah kerana draf kedudukan rak dan peralatan yang lain telah ditentukan oleh guru pusat sumber sendiri. Kesemua warga sekolah turut membantu semasa penyusunan semula meja, kerusi, rak buku dan sebagainya. Saya merasa sungguh gembira dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh smemua pihak.Seteleh selesai kerja-kerja susun atur rak, buku, meja dan kerusi dilakukan, kumpulan bahagian pelabelan dan menghias pula memulakan tugas mereka. Ini juga telah dipantau oleh guru pusat sumber sendiri dengan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang bertugas untuk kerja-kerja ini. Kesemua tugasan telah dilakukan dengan sebaik mungkin oleh kesemua ahli kumpulan kerja yang telah diagihkan.

Akhirnya, kerja projek yang telah saya rancangkan sedari awal dapat direalisasikan dengan jayanya. Atas kerjasama dan semangat bersatu hati dikalangan semua warga sekolah, Projek Pusat Sumber Transformasi Minda mencapai objektif yang telah dirancangkan. Walaupun banyak halangan dan cabaran sepanjang perjalanan projek ini semua itu tidak menjadikan saya putus asa malah ianya merupakan suatu motivasi dalam mencekalkan hati agar terus menjalankan projek ini hinggalah selesai. Semasa perhimpunan sekolah pada awal bulan oktober, saya memberikan penghargaan kepada murid-murid yang telah banyak membantu dalam perlaksnaan projek khidmat masyarakat ini. Ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat dimasukan dalam pemarkahan kokurikulum kerana projek khidmat masyarakat merupakan salah satu kreteria penilaian pemarkahan kokurikulum di peringkat sekolah.9.0 Cadangan / komen

Pada keseluruhannya, projek ini boleh dianggap berjaya berpandukan kepada kerjasama yang ditujukan oleh kesemua pasukan kerja dalam memastikan segala perancangan dapat diselesaikan sebelum tempoh projek tamat. Daripada pemerhatian didapati bahawa keadaan dan suasana di dalam pusat sumber baru begitu menarik perhatian sesiapa yang mengunjunginya. Semasa projek berlangsung, lawatan daripada pihak Nazir juga memuji perubahan pusat sumber sekolah yang menampakkan keceriaannya.Kesimpulan daripada kerja projek ini dapatlah dirumuskan bahawa banyak faedah yang boleh diperolehi hasil kerjasama daripada semua pihak seandainya bersatu hati. Antara faedah yang diperolehi ialah:

Mengetahui kaedah dalam penyediaan kertas kerja.

Merasa lebih yakin semasa berurusan dan berkomunikasi dengan orang luar dalam meminta sumbangan sama ada berupa kewangan dan bahan untuk pusat sumber.

Memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli dalam kumpulan kerja dan semua warga sekolah.

Merasa bangga dengan hasil kreativiti dan inovasi serta idea yang disumbangkan oleh guru-guru dan diri sendiri dalam membantu menceriakan pusat sumber sekolah yang baru.

Namun begitu, masih terdapat juga kelemahan yang boleh diperbaiki seperti:

Peruntukan kewangan yang terhad. Kesuntukan masa semasa menjalankan aktiviti disebabkan pertembungan pelbagai aktiviti sekolah dan tugas mendidik. Terpaksa berhati-hati semasa mengangkat dan memunggah barang dan peralatan dari pusat sumber lama ke pusat sumber baru.

Kurangnya kerjasama daripada segelintir guru yang sibuk dengan tugasan masing-masing.

Pemupukan semangat kerjasama berpasukan dan kerjasama dalam kumpulan kerja merupakan punca utama kejayaan projek ini. Tidak lupa juga sokongan padu aripada pihak guru besar, guru penolong kanan dan guru pusat sumber, pekerja pembersihan sekolah, pengawal sekolah serta Persatuan PIBG telah mendorong saya agar lebih yakin untuk merealisasikan projek ini.

Saya juga mencadangkan agar di masa akan datang diadakan lagi projek-projek lain yang sebegini agar dapat menceriakan lagi persekitaran sekolah terutamanya bilik-bilik khas yang baru diwujudkan serta bilik-bilik lain agar sentiasa kelihatan menarik dan ceria. Ini dapat membantu mewujudkan sekolah yang bersih, ceria dan selamat untuk kunjungan bukan saja warga sekolah bahkan masyarakat luar. Selain khidmat khas yang boleh dilakukan dikawasn sekolah, di masa akan datang boleh juga penganjuran sebegini diadakan di rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, gotong royong di kampong-kampung membersihkan surau, balairaya dan sebagainya. Program sebegini sudah tentu dapat membentuk keperibadian pelajar dan sahsiah yang murni.10.0 Penghargaan

Saya merasa amat bersyukur akhrinya projek yang saya telah rancangkan tiga bulan yang lalu akhirnya dapat dijalankan dengan jayanya. Walapun pelbagai rintangan dan cabaran namun semua itu tidak mengetarkan diri saya untuk meneruskan juga sehingga ke penghujungnya. Saya merasa amat bertuah kerana dikeliling oleh rakan guru yang banyak memberikan bantuan dan tunjuk ajar sepanjang perlaksanaan projek ini berjalan.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru besar, penolong-penolong kanan, guru pusat sumber, rakan-rakan guru dan seterusnya para pelajar yang banyak membantu serta pihak PIBG sekolah kerana telah banyak membantu dengan memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan projek ini.Akhir kata, saya mengharapkan agar projek khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan di masa akan datang benar-benar memberikan sumbangan yang padu kepada masyarakat, sesebuah institusi atau organisasi. Saya juga merasa sungguh gembira kerana telah menyumbangkan tenaga demi menjayakan lagi projek yang telah dirancangkan ini.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh;

(KARTINI ARNI CHE NORDIN)

Setiausaha Projek Pusat Sumber Transformasi Minda

SK. St. Mary (M), Papar 11.0 Galeri gambar Projek Pusat Sumber Transformasi Minda

Gambaran luar bilik pusat sumber baru.Ruang dalam bilik pusat sumber baru selepas dicat.

Pemasangan penghawa dingin.

Kerja-kerja memasng dan menyusun atur di bilik Pusat Sumber Transformasi Minda.

Sudut-sudut menarik di Pusat Sumber Transformasi Minda

16