bab 1 eit 311

44
APAKAH TEKNOLOGI INSTRUSTIONAL? Definisi 2 perkataan dalam teknologi instruksional. Apakah instruksi? · Good (1959) mendefinisi instruksi sebagai penyediaan aktiviti, bahan dan keadah untuk memudahkan pembelajaran manakala

Upload: sharifah-badreena

Post on 04-Jul-2015

373 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 eit 311

APAKAH TEKNOLOGI INSTRUSTIONAL?

Definisi 2 perkataan dalam teknologi instruksional. Apakah instruksi? · Good (1959) mendefinisi instruksi sebagai penyediaan aktiviti, bahan dan keadah untuk memudahkan pembelajaran manakala

Page 2: Bab 1 eit 311

/Moore (2002) mendefiniskan instruksi sebagai langkah yang diambil oleh seseorang untuk membantu seorang lain untuk membina potensinya ke peringkat maksimum.

/Heinich (2004) melihat instruksi sebagai satu organisasi maklumat dan persekitaran (lokasi, media dan kaedah) yang disusun dengan tujuan memudahkan pembelajaran

Page 3: Bab 1 eit 311

Apakah Teknologi?

Galbraith (1967) "the systematic application of scientific or other organised knowledge to practical tasks” Kata kunci ; "aplikasi sistematik pengetahuan kepada tugas praktikal" Teknologi tidak terhad kepada penggunaan objek fisikal seperti mesin, perkakasan atau peralatan untuk "tugas-tugas praktikal" tetapi juga termasuk aplikasi proses seperti teknik, kaedah dan prosedur untuk "tugas- tugas praktikal" (Saettler, 1968).

Teknologi instruksional adalah aplikasi teknologi (objek dan proses) untuk memudahkan proses pembelajaran.

Page 4: Bab 1 eit 311

Beberapa definisi teknologi instruksional;

Apakah perbezaan antara Teknologi Pendidikan Dengan Teknologi Instruksional/Pengajaran?

Istilah tersebut membawa maksud yang sama.

Teknologi pendidikan dan teknologi pengajaran/teknologi instruksional akan digunakan silih berganti

Page 5: Bab 1 eit 311

Definisi Teknologi Instruksional

· EncyclopaediaTeknologiPendidikan (2008)Suatu proses yang sistematik dan berulang untuk mereka bentuk instruksi atau latihan agar dapat meningkatkan prestasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sistem, persekitaran, alat, produk, dan strategi yang bijak untuk meningkatkan pembelajaran dan kecekapan manusia

Page 6: Bab 1 eit 311

Definisi Teknologi Instruksional

· Gagne, Briggs & Walter (1988)

Satu bidang yang mengandungi 2 komponen, iaitu perancangan dan pembangunan instruksional yang sistematik.

Aplikasi teori dan lain- lain ilmu dalam pembangunan dan pelaksanaan pengajaran.

Page 7: Bab 1 eit 311

Definisi Teknologi Instruksional

· Molenda, Pershing & Reigeluth (1996)

Teknologi pengajaran sebagai satu profesion di mana pengetahuan sains instruksional dan seni pengajaran, yang diperoleh daripada kajian dan pengalaman, digunakan untuk membangun dan mengurus, secara ekonomi dan berkualiti, bahan-bahan pengajaran dan sistem yang menyumbang kepada penyediaan persekitaran pembelajaran yang berkesan untuk memajukan pencapaian pelajar.

Page 8: Bab 1 eit 311

Definisi Teknologi Instruksional

· Pada tahun 1972, Jawatankuasa Definisi dan Istilah Persatuan Komunikasi Pendidikan dan Teknologi (AECT) yang dipengerusikan oleh Donald P. Ely, mentakrifkan teknologi pendidikan sebagai bidang yang terlibat dalam memudahkan proses manusia belajarmenerusi proses kenalpasti, pegembangan, organisasi dan penggunaan pelbagai bahan pembelajaran serta menguruskan proses tersebut

Page 9: Bab 1 eit 311

Pada tahun 1994, Seels dan Richey bersama Jawatankuasa Istilah dan Definisi Persatuan Komunikasi dan Teknologi Pendidikan (AECT) mentakrifkan teknologi pengajaran sebagai aplikasi teori pembelajaran dan teknologi baru dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan prestasi. Elemen utama yang terkandung dalam definisi adalah spesifikasi lima domain asas, yang menerangkan pengetahuan asas dan fungsi yang dilakukan oleh golongan profesional. Domain ini adalah reka bentuk, pembangunan, penggunaan, pengurusandan penilaian proses dan sumber untuk menghasilkan pembelajaran.

Definisi Teknologi Instruksional

Page 10: Bab 1 eit 311

5 Domain Teknologi Instruksional dalam Definisi AECT

REKABENTUK:

PEMBANGUNAN:

PENGGUNAAN:

PENGURUSAN:

PENILAIAN:

Page 11: Bab 1 eit 311

REKABENTUK:

Rekabentuk adalah proses menentukan syarat untuk pembelajaran.

Merupakan sumbangan terbesar teori teknologi pengajaran kepada bidang pendidikan yang lebih besar. Tujuan reka bentuk adalah untuk menghasilkan strategi dan produk bersekala besar seperti sesuatu program pengajian dan kurikulum, serta yang berskala kecil, seperti satu unit pelajaran atau modul pembelajaran.

Page 12: Bab 1 eit 311

REKABENTUK:

Sebagai contoh, aplikasi teori pengajaran dan pembelajaran untuk reka bentuk kursus atau kurikulum sekolah, analisis ciri-ciri pelajar dan konteks pembelajaran (Persekitaran fizikal, keperluan, tugasan), perancangan strategi pengajaran, dan interaksi manusia-komputer /reka bentuk antara muka untuk memudahkan pembelajaran.

Page 13: Bab 1 eit 311

PEMBANGUNAN:Pembangunan adalah proses menterjemahkan spesifikasi reka bentuk ke dalam bentuk fizikal. Merangkumi pelbagai teknologi yang digunakan dalam pengajaran. Ia tidak terasing daripada teori dan amalan yang berkaitan dengan pembelajaran dan reka bentuk. Ia juga berkaitan dengan pengurusan, penilaian, atau penggunaan..

Page 14: Bab 1 eit 311

PEMBANGUNAN:

Domain pembangunan mencakupi mesej yang terdapat dalam kandungan, strategi pengajaran yang berasaskan teori P & P dan manifestasi fizikal teknologi seperti perkakasan, perisian dan bahan-bahan pengajaran

Page 15: Bab 1 eit 311

PEMBANGUNAN:

Teknologi cetak, teknologi audiovisual, teknologi berasaskan komputer, dan teknologi bersepadu (seperti multimedia interaktif), boleh dibangunkan untuk tujuan pengajaran jika proses pembangunan adalah berasaskan teori dan reka bentuk instruksional.

Page 16: Bab 1 eit 311

PEMBANGUNAN:

Pembangunan teknologi instruksional mungkin tidak lengkap jika proses itu tidak didasarkan kepada teori.

Page 17: Bab 1 eit 311

PENGGUNAAN:

Penggunaan adalah tindakan menggunakan proses dan sumber untuk pembelajaran.Mereka yang terlibat dalam penggunaan adalah bertanggungjawab untuk menyesuaikan pelajar dengan bahan dan aktiviti pembelajaran, menyediakan pelajar untuk berinteraksi dengan bahan-bahan terpilih dan aktiviti,

Page 18: Bab 1 eit 311

PENGGUNAAN:

memberi bimbingan semasa pembelajaran, menyediakan penilaian keputusan, dan menggabungkan domain penggunaan ini ke dalam prosedur organisasi secara berterusan.

Page 19: Bab 1 eit 311

PENGURUSAN:Pengurusan melibatkan kawalan

teknologi pengajaran melalui perancangan, penyusunan, penyelarasan dan penyeliaan. Individu dalam bidang ini kerap dipanggil untuk menyediakan pengurusan dalam pelbagai keadaan dan persekitaran. Seorang pakar teknologi instruksional mungkin terlibat dengan usaha seperti pengurusan projek

Page 20: Bab 1 eit 311

PENGURUSAN:

pembangunan pengajaran atau pengurusan pusat sumber sekolah. Matlamat sebenar untuk aktiviti pengurusan mungkin berbeza mengikut keadaan, tetapi kemahiran asas pengurusan masih kekal tanpa mengira persekitaran.

Page 21: Bab 1 eit 311

PENILAIAN:

Penilaian adalah proses menentukan keupayaan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran.

merupakan penentuan kualiti, keberkesanan atau nilai program, produk, projek, proses, objektif atau kurikulum.

Page 22: Bab 1 eit 311

PENILAIAN:

Contoh, seorang pakar teknologi pengajaran bekerja sebagai perunding, mengenal pasti jurang antara penilaian dan hasil pembelajaran sebenar untuk sesuatu program atau produk dan mencadangkan perubahan dan penambahbaikan.

Page 23: Bab 1 eit 311

1.4 APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH PAKAR TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL?

Profesional dalam dalam bidang teknologi instruksional bekerja dalam pelbagai pekerjaan, seperti:· Guru kelas yang menggunakan teknologi instruksional secara berkesan· Juru bina multimedia interaktif· Pereka Pengajaran· Penyelaras Teknologi· Jurulatih Teknologi /Pembekal Latihan Profesional kakitangan

Page 24: Bab 1 eit 311

Keperluan latihan/pengajaran atau masalah prestasi mungkin wujud dalam mana- mana organisasi atau persekitaran di mana kakitangan atau pejawat awam perlu menunjukkan Indeks Prestasi Utama (KPI). Sebagai contoh, senario berkenaan mungkin termasuk:· Mendedahkan ibu bapa tentang penggunaan teknologi instruksional yang digunakan dalam sekolah

Page 25: Bab 1 eit 311

· Latihan kepada pekerja atau pengguna menggunakan produk dan peralatan teknologi baru· Kemahiran guru sekolah atau pelajar menggunakan komputer dan teknologi mudalih· Menyediakan program untuk pelajar menggunakani teknologi pendidikan jarak jauh

Page 26: Bab 1 eit 311

Setiap perniagaan, agensi, institusi dan sekolah perlu menunjukkan prestasi yang boleh menyumbang kepada misi organisasi dan masyarakat. Pendidikan dan latihan adalah dua institusi yang kuat untuk meningkatkan prestasi kerana ia dapat memastikan bahawa orang ramai akan mempunyai kemahiran, kebolehan, dan sikap yang diperlukan untuk melakukan kerja mereka. Para pekerja dalam bidang teknologi

Page 27: Bab 1 eit 311

pengajaran menggunakan proses sistematik untuk memenuhi keperluan pendidikan dan latihan. Hasilnya, teknologi pengajaran membantu masyarakat melaksanakan kerja dengan lebih berkesan dalam persekitaran perkembangan teknologi dan sosial yang pesat.

Page 28: Bab 1 eit 311

1.5 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL: SEBELUM 1600

Manusia purba menggunakan seni sebagai satu cara untuk merakam cerita dan idea berkomunikasi. Sebelum amalan penulisan dikenali, manusia mengukir dan mengecat gambar di dalam gua batu. Dinding dan gambar digunakan sebagai medium komunikasi. Lukisan gua batu wujud dari tahun 250,000 SM, iaitu Zaman Paleolitik hingga 3500 SM iaitu Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

Page 29: Bab 1 eit 311

Lukisan gua batu, bentuk seni terawal. Gambar binatang, burung, manusia, senjata, simbol dan peta adalah beberapa maklumat yang direkodkan dalam bentuk seni gua.Menyampaikan maklumat tertentu kepada manusia purba. Medium sebelum wujudnya tulisan dan bahasa. Seni Gua boleh didapati di seluruh dunia seperti di China, Australia, Afrika, Eropah dan juga di Malaysia.

Page 30: Bab 1 eit 311

b) PENULISAN MESIR

Maklumat yang diukir, dilukis atau dicat telah dipindahkan dalam bentuk tulisan di atas kertas. Di Mesir, manusia menggunakan kaedah tulisan seperti satu patah perkataan atau abjad untuk mewakili gambar seperti haiwan, burung dan perkara-perkara lain. Kaedah penulisan Mesir ini dipanggil hieroglif

Page 31: Bab 1 eit 311

Sistem penulisan formal yang mengandungi gabungan logographs, glyphs fonetik dan ideographs. Hieroglif boleh ditulis dalam tiga arah: dari atas ke bawah, dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. Skrip Hieratik (keramat) dan skrip demoitik yang bersifat rakyat adalah lain bentuk penulisan yang wujud di zaman Mesir. Oleh kerana bentuk tulisan ini dianggap "suci", dan juga disebabkan pengaruh barat dan Yunani, tulisan Mesir hanya digunakan di Mesir dan tidak digunakan di tempat lain.

Page 32: Bab 1 eit 311

c) SEMPOA( abacus) – KALKULATOR PERTAMA

Salah satu alat pertama mekanikal untuk pengiraan. Digunakan berabad-abad sebelum penggunaan sistem angka yang ditulis dalam bahasa Arab. Sekarang terdapat beberapa buah negara masih menggunakan sempoa untuk mengajar asas matematik. Sempoa pertama adalah begitu primitif kerana dapat mengira sehingga angka lima.

Page 33: Bab 1 eit 311

d) MESIN PERCETAKAN

Johannes Gutenberg (1398 - 1468)mencipta teknologi percetakan mudah alih pada tahun 1447. Kaedah percetakan mencipta revolusi bukan sahaja dalam penerbitan buku tetapi juga menyumbang kepada pembangunan pesat dalam bidang lain seperti sains, seni, agama dan banyak lagi melalui penghantaran teks.

Page 34: Bab 1 eit 311

1.6 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL: ANTARA1600 HINGGA 1920

Perkembangan teknologi instruksional telah berubah kepada pengajaran di dalam kelas Sebagai contoh, Jon Amos Comenius telah menghasilkan buku gambar yang terulung berjodol Orbis Pictus yang bermaksud " the world illustrated "yang telah diterbitkan dalam bahasa Inggeris pada tahun1659

Page 35: Bab 1 eit 311

TEKNOLOGI UNTUK ORANG BERMASALAH PENGLIHATAN

Louis Braille (1809-1852) telah mencipta satu sistem penulisan(dipanggil Braille) membolehkan orang buta dan cacat penglihatan membaca dan menulis melalui deria sentuhan.Terdiri daripada corak titik timbul yang disusun dalam sel-sel sehingga 6 titik dalam konfigurasi 3x2.

Page 36: Bab 1 eit 311

Setiap sel mewakili tanda huruf, angka atau tanda baca. Braille berfungsi sebagai bahan pengajaran untuk orang cacat penglihatan. Seperti bahan cetak menyediakan satu pengalaman untuk kanak-kanak melihat dan membaca, braille pula menyediakan peluang dalam membangunkan kemahiran literasi pelajar yang cacat penglihatan.

Page 37: Bab 1 eit 311

TEKNOLOGI UNTUK ORANG BERMASALAH PENDENGARAN

Dalam abad ke-18, seorang paderi bernama Charles Michel Del 'Epee (1712-1789),encipta bahasa isyarat dan mengajar kanak-kanak yang lemah dalam bahasa. Untuk membangunkan bahasa isyarat, beliau memerhati dan belajar dari sistem asas tanda yang telah digunakan oleh orang pekak Paris.

Page 38: Bab 1 eit 311

1.7 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL:

1920 – 1980[Permulaan era sains teknologi instruksional]

PERGERAKAN PENGAJARAN PANDANG DENGAR (ABM) 1920an ke 1930an kemajuan dalam teknologi pengajaran seperti filem bergerak, projektor slaid tanglung, fotografi, filem jalur, siaran radio telah membawa banyak faedah dalam media pengajaran.Dikenali dengan pergerakan Pengajaran Pandang Dengar (Audio Visual Instruction

Page 39: Bab 1 eit 311

PERGERAKAN PENGAJARAN PANDANG DENGAR (ABM)

Istilah "teknologi Audio visual" merujuk kepada kemajuan dalam teknologi pendidikan dalam tempoh 1920-an dan 1930-an yang kemudiannya disebut sebagai "Teknologi Pengajaran" apabila pergerakan AVI berkembang ke sekolah-sekolah di Amerika Syarikat.

Page 40: Bab 1 eit 311

KEBANGKITAN PERGERAKAN REKA BENTUK INSTRUKSIONAL:1950an hingga 1960an

Dalam tempoh ini teknologi instruksional dianggap sebagai proses sistematik danbukannya media.Proses mereka bentuk dan menyampaikan bahan pembelajaran dan pengajaran telah dilakukan dengan cara yang sistematik dengan meningkatkan aplikasi psikologi dan kajian penyelidikan yang lain. Satu bidang baru yang dikenali sebagai reka bentuk pengajaran muncul dalam tempoh ini.

Page 41: Bab 1 eit 311

Pada tahun 1956, Benjamin Bloom dan pasukannya telah menerbitkan sebuah buku Taksonomi Objektif Pendidikan untuk Domain Kognitif. Hasil penyelidikan mereka telah menyediakan satu klasifikasi matlamat proses pendidikan. Kategorikan tahap abstraksi soalan atau ujian mengikut hieraki pembelajaran. Taksonomi ini menjadi rujukan profesor dan pengajar untuk menyediakan objektif pendidikan.

Page 42: Bab 1 eit 311

KONSEP REKA BENTUK INSTRUKSI

Pada tahun 1962, konsep reka bentuk pengajaran telah diperkenalkan oleh RobertGlaser. Menghubungkan analisis pelajar kepada reka bentuk pengajaran dan pembangunan.James Finn(Bapa Rekabentuk Pengajaran) mengaitkan teori reka bentuk pengajaran kepada teknologi pendidikan.

Page 43: Bab 1 eit 311

Seels (1989) menyatakan bahawa Finn: adalah bapa pergerakan reka bentuk pengajaran kerana beliau mengaitkan teori reka bentuk sistem pengajaran dengan teknologi pendidikan, dan dengan itu menggalakkan pertumbuhan bersepadu lain-lain bidang kajian yang berkaitan. Finn adalah pakar teknologi yang melihat bahawa teknologi adalah sebagai satu proses bukan hanya dilihat sebagai perkakasan (Seels 1989, 11).

Page 44: Bab 1 eit 311

1.8 SEJARAH TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL: 1980AN DANSETERUSNYA [Kemunculan Teknologi Baru]

a) KEDATANGAN KOMPUTER PERIBADI

b) KEDATANGAN INTERNET

c) TCP / IP DAN KELAHIRAN INTERNETPerisian yang menguruskan paket maklumat dalam rangkaian komputer dipanggil Protokol Kawalan Penghantaran / Protokol Internet (TCP