tugasan keusahawanan individu

6
SEMESTER I - 2014/2015 WUS101-TERAS KEUSAHAWANAN Profail usahawan Pn. Noriah binti Yunus (Pengendali Perkhidmatan Makanan di Al-Quds Café) Disediakan oleh: Nur Hafizzah bt Abdul Kudus 126262 Kumpulan 231 Disediakan untuk: En. Mohd Shafie Ariffin Pensyarah WUS 101 Tarikh Penghantaran: 30 Okt 2014

Upload: hafizzah-kudus

Post on 07-Aug-2015

138 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan keusahawanan individu

SEMESTER I - 2014/2015

WUS101-TERAS KEUSAHAWANAN

Profail usahawan

Pn. Noriah binti Yunus

(Pengendali Perkhidmatan Makanan di Al-Quds Café)

Disediakan oleh:

Nur Hafizzah bt Abdul Kudus 126262 Kumpulan 231

Disediakan untuk:

En. Mohd Shafie Ariffin Pensyarah WUS 101

Tarikh Penghantaran:

30 Okt 2014

Page 2: Tugasan keusahawanan individu

27Oktober 2014

Nur Hafizzah bt Abdul Kudus

Desasiswa Tekun

Universiti Sains Malaysia

11800 USM Pulau Pinang

En. Mohd Shafie Ariffin Pensyarah WUS101

Universiti Sains Malaysia

1800 USM Pulau Pinang

Penghantaran WUS 101 Tugasan Profil Usahawan

Saya menghantar projek seperti yang tertera di atas untuk semakan pihak tuan. Sekiranya terdapat apa-apa kemusykilan, sila hubungi saya di talian 0134420289

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Nur Hafizzah bt Abdul Kudus

Page 3: Tugasan keusahawanan individu

Profail Usahawan

Pada hari Rabu bersamaan 22 oktober 2014 yang lalu saya telah menemuramah seorang pengusaha kantin yang telah beberapa kali dianugerahkan sebagai pengusaha premis (café) terbaik di Universiti Teknologi Petronas (UTP) , Noriah bt Yunus. Puan Noriah telah mengendalikan café di UTP lebih 5 tahun, disamping membuka restoren di Seri Iskandar. Puan Noriah merupakan seorang ibu yang mempunyai lima orang cahaya mata, mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda dan SMK Sultan Abdul Aziz Shah. Walaupun pengajian beliau hanya sampai di peringkat menengah sahaja, namun, kekurangan itu tidak menjadikan beliau seorang yang putus asa, moto beliau ‘andai ada usaha, Allah swt tidak akan mensia-siakan usaha kita’. Selepas menamatkan zaman persekolahan, beliau terus ke Bandar-bandar untuk mencari kerja kosong bagi mengumpul modal perniagaan. Selepas berkahwin seawal usia 19 tahun, beliau serta suami, memulakan perniagaan dengan gerai-gerai kecil Beliau merupakan seorang wanita yang cukup cekap mengendali masalah-masalah yang timbul dalam perniagaan beliau. Semasa menemurah, beliau merupakan seorang yang peramah, dan mudah memberi repond ketika saya mengajukan soalan. Sifat peramah beliau memudahkan saya untuk mengenali beliau dengan lebih rapat.

Factor-faktor yang menarik minta beliau untuk menceburi bidang keusahawanan ini adalah, dorongan keluarga,serta kesusahan hidup ketika kecil menyebabkan beliau mengambil langkah untuk mencuba menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Pada awalnya, beliau hanya ingin mencuba nasib, setelah melihat prestasi yang bagus dalam bidang keusahwanan ini, beliau mengambil langkah bijak untuk meneruskan usaha keperingkat yang lebih tinggi, dengan melibatkan diri ke kursus-kursus jangka pendek.

Cabaran yang beliau hadapi semasa mula-mula mengendalikan kerja keusahawanan ini terlalu banyak. Beliau berkata, hidup tanpa cabaran tidak akan mematangkan seseorang, beliau menambah, semasa mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, cabaran asas seorang usahawan semestinyan cabaran mencari modal permulaan. Untuk mencari modal permulaan, beliau terpaksa bekerja sebagai tukang cuci dan menjual kerepek-kerepak secara kecil-kecilan. Cabaran kedua adalah, kenaikan harga barang. Kenaikan harga barang mentah, menyebabkan beliau sukar untuk mencari pembekal barang mentah yang menawarkan harga yang berpatutan serta berkualiti. Namun, setelah tiga hingga empat tahun berniaga, beliau menjadi cekap, dan terbiasa dengan turun naik harga barang.

Cabaran yang Puan Noriah hadapi sekarang tidak begitu banyak. Beliau hanya perlu lebih bijak mengendali pekerja, dan memenangi hati pekerja.

Seterusnya, bagi Puan Noriah kemahiran-kemahiran yang perlu ada bagi seorang usahawan adalah kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan, bukan sahaja usahawan, malah sesiapa pun perlu melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, dan perlu cuba untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Yang kedua, minat, kerana minat menghasilkan kesungguhan yang maksima. Yang ketiga adalah kemahirang komunikasi, kemahiran komunikasi sangat penting untuk memengangi hati pelanggan dengan barang jualan. Yang terakhir adalah, kematangan dalam mengendalikan masalah. Kematangan merupakan asas yang cukup pentimg dalam mengendalikan masalah-masalah yang bakal timbul dalam perniagaan.

Nasihat beliau bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan adalah, jangan mudah berputus asa, kerana jika kita putus asa, bermakna kita telah terputus dari rahmat Allah swt. Berusaha selagi mampu. Kalau boleh, cuba jauhklan diri daripada hutang, keran hutang membuatkan malam kita tidak tenteram, dan siang kita ketakutan. Akhir sekali, beliau berperpesan supaya tidak lokek untuk bersedekah. Kerana sedekah tidak mengurangkan rezeki, malah menambah rezeki

Kini Puan Noriah, mempunyai dua buah rumah, dua tanah, empat biji kereta serta telah berpeluang menunaikan umrah bersama keluarga. Itulah serba sedikit yang dapat saya bualkan dengan Puan Noriah

Page 4: Tugasan keusahawanan individu
Page 5: Tugasan keusahawanan individu