tugasan asas keusahawanan

29
ISI KANDUNGAN m/s Pendahaluan …………………………………………….………. 1 Definasi …………………………………………………….…….. 1 Kepentingan e-dagang dalam peniagaan ……………….…… 3 Kelebihan-kelebihan kepada usahawan ………..……… 4 Tahap penggunaan e-dagang di Malaysia ………..…………. 5 Penggunaan e-dagang …………………………………….…... 7 Jadual 1…………………………………………….….…… 8 Jadual 2 ………………………………………..……….… 10 Jadual 3 …………………………………………..…….… 11 Jadual 4 ………………………………………..……….… 12 Cabaran/halangan penggunaan e-dagang ………………… 15 Kelemahan dari sudut peniaga ………………….….… 16 Kelemahan dari sudut pembeli ……………………..… 17 Faktor pendorong penggunaan e-dagang ………………… 18 Kesimpulan …………………………………………………... 20 Rujukan ………………………………………………….……. 22

Upload: idrisahmad

Post on 18-Dec-2015

116 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

asas keusahawanan

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

m/sPendahaluan .. 1Definasi ... 1Kepentingan e-dagang dalam peniagaan . 3Kelebihan-kelebihan kepada usahawan .. 4Tahap penggunaan e-dagang di Malaysia ... 5Penggunaan e-dagang .... 7Jadual 1.. 8Jadual 2 ... 10Jadual 3 ... 11Jadual 4 ... 12Cabaran/halangan penggunaan e-dagang 15Kelemahan dari sudut peniaga .. 16Kelemahan dari sudut pembeli .. 17Faktor pendorong penggunaan e-dagang 18Kesimpulan ... 20Rujukan .. 22

Pendahaluan

Perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat terutaman dalam perkembangan internet telah membawa kepada penggunaan menyeluruh eletronik(e) dalam bidang urusan harian seperti e-niaga, e-kerajaan dan termasuk juga e-dagang. Komponen penting dalam perniagaan secara e-dagang ialah e-mail dan dalam internet laman web. Perkembangan dan sambutan kepada bentuk perniagaan ini dijangka meningkat dan mendapat sambutan menggalakan. Ini dapat melihat melalui kajian yang dibuat dianggarkan urusniaga melalui e-dagang meningkat dari tahun ke tahun.

Definisi e-dagange-dagang didefinasikan sebagai kegiatan menjual barang dagangan atau jasa melalui internet. Seluruh komponen yang terlibat dalam bisnes digunakan disini seperti customer servis, produk yang tersedia, cara pembayaran, jaminan atas produk yang dijual, cara promosi dan sebagainya. Definasi yang dijelaskan diatas pada dasarnya memiliki kesamaan yang mencakup komponen transaksi (pembeli, penjual, barang, jasa dan informasi) serta media yang digunakan.

e-dagang adalah mengeksploitasi dan aplikasi untuk gabungan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja, dan pembekal melalui internet, extranet, dan WWW, tak kira saiz, dan lokasi dan jenis perniagaan. Antara syarat e-dagang memerlukan pengemaskini maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.

Perdagangan elektronik juga dipanggil e-dagang atau bahasa inggerisnya Eletronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli, dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan internet khususnya web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak-pihak ketiga dalam satu persekitaran eletronIk yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

Kepentingan e-dagang dalam perniagaan

e-dagang mula berkembang kepada perniagaan atau perkhidmatan dengan pesatnya. Diantara perkhidmatan dan barangan yang mempengaruhi perniagaan e-dagang ialah ubatan, pakaian, hadiah harijadi, tempah tiket, muzik, laman web, buku dan juga gambar.

Menurut Wong Fan Nay Pengarah Eksekutif PDX Inforld Scln Bhds E-commerce is still in its infancy in Malaysia. This has to do with the state of regulatory framework, Government incentive, consumer education and awarenessin Malaysia.

Kemajuan teknologi dalam beberapa dekat yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakkan syarikat telah menggunakan perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke pasaran nasional dan global. Teknologi juga mewajibkan untuk fleksibel dan menyesuaikan dan operasi mereka selaras dengan teknologi yang semakin yang semakin maju ini.Kelebihan-kelebihan teknologi kepada usahawan:

1. Teknologi ialah antara kelebihan kepada usahawan yang progresif dan mahu sentiasa membangun.2. Boleh manaikkan imej dan kredibiliti usahawan.3. Mengembangkan perniaga ke negara-negara lain dengan mewujudkan teknologi moden seperti internet dan e-dagang.4. Mendapat maklumat mengenai promosi atau aktiviti syarikat dengan lebih cepat dan tepat, melalui pelbagai bentuk media.5. Meningkatkan produktiviti usahawan: para usahawan dapat berkongsi dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat melalui email, SMS, dan pelbagai medium lain.6. berkongsi, menyimpan dan menyebarkan maklumat: pembentangan produk boleh dilakukan pada bila-bila masa dan lebih menarik dengan informasi yang tersimpan di dalam komputer atau tablet PC. maklumat stok serta pelbagai strategi lain lebih mudah disimpan dan dirujuk dengan menggunakan perisian terkini untuk memastikan perniagaan berjalan dengan lancar. menyimpan maklumat pengguna dan produk belian mereka dengan efisien dan pantas.7. Bersedia untuk pembangunan masa depan. Teknologi dapat memastikan statistik dan maklumat digunakan dengan cara yang terbaik bagi perancangan bisnes masa depan. Ia juga berkembang dengan pantas, selari dengan perkembangan dunia perniagaan.8. Penggunaan masa yang lebih efisien serta mencipta pekerjaan yang baru.

9. Memperbaiki mobiliti perniagaan. Teknologi telah memperbaiki jualan syarikat dengan membenarkan stokis menggunakan alat-alat elektronik peribadi untuk membuat paparan jualan serta menghantar pesanan dan maklumat pelanggan kepejabat dengan cepat. Alat-alat elektronik ini telah memendekkan masa yang diperluakn oleh syarikat untuk menerima dan menghantar barangan atau perkhidmatan dan seterusnya mewujudkan kelebihan berdaya saing dalam industri.10. Komunikasi Dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan efisien.11. Kebersanan kos. Teknologi membolehkan proses perniagaan disimpan dimana perniagaan akan mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan yang berteknologi.12. Globalisasi. Ia bukan sahaja menunjukkan perhubungan yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi di dunia ini menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung.

Tahap penggunaan e-dagang di malaysiaDi Malaysia, mengikut kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam urusniaga melalui e-dagang dimana terdapat peningkatan yang mendadak dari tahun 1998 yang hanya berjumlah RM76 juta kepada RM 361 juta pada tahun 1999, jangkaan yang dibuat pada tahun 2000 dianggarkan akan meningkat kepada RM 1.14juta (berita harian 21 Julai 2000).

Gaya hidup perbelanjaan mengunakan kad kredit telah lama mendapat tempat dimalaysia. Keadaan ini adalah bersesuaian dan menjadi faktor penyokong kepada jualan secara e-dagang dari segi kaedah pembayaran.

Perkembangan penggunaan internet juga meningkat di Malaysia daripada tahun 1995 yang berjumlah 42,000 pengguna kepada 60,000 pengguna pada awal tahun 1999. Sesungguhpun begitu masih ramai lagi penduduk belum memiliki komputer pada tahun itu. Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah seramai 23.26 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2000). Sementara mengikut laporan penggunaan internet sebagaimana berikut:Jumlah Hasil Perdagangan Internet (1997-2004)Tahunjumlah hasil1997 6.311998 18.011999 58.892000 164.152001 426.722002 933.682003 2066.42004 3469.85

Penggunaan Internet di Malaysia 1997-2004Tahun jumlah Pengguna(million)1997 .441998 .5819991.2720001.8920012.7220023.2320033.6320043.91

Penggunaan e-dagang

Tahap pengunaan e-dagang dalam kajian ini akan memberi penekanan terhadap taburan kekerapan bagi penggunaan jenis e-dagang, jangka masa telah menggunakan e-dagang, waktu menggunakan e-dagang, dan lokasi responden menggunakan e-dagang (Jadual 1). Hasil kajian ini mendapati bahawa lebih separuh daripada responden pernah menggunakan jenis e-dagang iaitu terdiri daripada Consumerto- Government (C2G) (63.3%) dan Consumer-to-Consumer (C2C) (61.3%). Bagi jangka masa menggunakan e-dagang pula majoriti adalah di sekitar satu hingga dua tahun yang mewakili sebanyak 24.7 peratus. Waktu yang dipilih oleh responden untuk melakukan e-dagang pula adalah pada waktu malam iaitu sebanyak 54.7 peratus diikuti oleh waktu pagi sebanyak 40.7 peratus. Seterusnya jenis lokasi yang menjadi pilihan responden dalam melakukan e-dagang adalah di rumah (76.7%) dan di pejabat (70.7%). Jenis kategori bagi jenis e-dagang, waktu, dan lokasi menggunakan e-dagang tidak boleh dicampurkan dari segi peratusannya kerana jawapan adalah lebih daripada satu.

Jadual 1:Penggunaan E-dagang dalam kalangan Pengguna Internet (n=150)

Kategori penggunaan Kekerapan () Peratusan (%)Jenis e-dagangBusiness-to-Business (B2B) 13 8.7Business-to-Consumer (B2C) 39 26.0Consumer-to-Business (C2B) 38 25.3Consumer-to-Consumer (C2C) 92 61.3Consumer-to-Government (C2G) 95 63.3Peer-to-Peer (P2P) 30 20.0Mobile Commerce (M-Commerce) 30 20.0Lain-lain 1 0.7* Peratusan tidak boleh dicampurkan kerana jawapan lebih daripada satu.

Jangka masa telah menggunakan e-dagangKurang dari 1 tahun 22 14.71-2 tahun 37 24.72-3 tahun 31 20.73-4 tahun 2114.04-5 tahun 2114.05 tahun dan ke atas 18 12.0

Waktu menggunakan e-dagangPagi 61 40.7Tengah hari 48 32.0Petang 51 34.0Malam 82 54.7* Peratusan tidak boleh dicampurkan kerana jawapan lebih daripada satu.

Jenis lokasiRumah 115 76.7Pejabat 106 70.7Kafe Siber 4 2.7Lain-lain 6 4.0* Peratusan tidak boleh dicampurkan kerana jawapan lebih daripada satu.

Hasil kajian seterusnya melihat kepada jumlah masa yang diperuntukkan oleh responden kajian terutama dari segi tempat yang dipilih. Antara tempat yang dipilih untuk melakukan urusan e-dagang ialah di rumah, pejabat, kafe siber, dan lain-lain (merujuk kepada jadual 2). Hasil kajian mendapati hampir separuh (46.1%) responden memperuntukkan jumlah masa kurang dari 59 minit bagi tempat di rumah, manakala di tempat pejabat pula mendapati majoriti responden, iaitu seramai 72 orang (67.9%) pula memperuntukkan masa juga kurang dari 59 minit. Bagi tempat kafe siber dan lain-lain pula, terdapat sebilangan kecil sahaja responden yang mengakses e-dagang di tempat tersebut. Ia mewakili sebanyak empat orang responden bagi tempat kafe siber yang majoriti daripadanya (50%) memperuntukkan masa kurang daripada 59 minit. Begitu juga untuk tempat lain-lain yang mendapati majoriti (66.7%) daripada keseluruhan responden yang menjawab iaitu enam orang memperuntukkan masa di kawasan tersebut juga kurang dari 59 minit. Tempat lain-lain yang dinyatakan oleh responden adalah seperti di bank dan kedai makan yang memiliki akses Internet.

Jadual 2:Masa yang Diperuntukkan Responden Untuk Melakukan Urusan E-dagang diRumah, Pejabat, Kafe Siber, dan Lain-lain

Tempat Kategori tahap KekerapanPeratusan (Minit)() (%)

Rumah (n=115) < 5953 46.1 60 11940 34.8120 17914 12.2180 2408 7.0

Pejabat (n=106) < 5972 67.9 60 11924 22.6120 1796 5.7180 2404 3.8

Kafe Siber (n=4) < 592 50.0 60 1191 25.0120 1801 25.0

Lain-lain (n=6) < 59 4 66.7 60 119 0 0.0120 180 2 33.3

Jadual 3 pula menerangkan hasil kajian bagi masa mengguna, jangka masa yang diambil, dan kali terakhir menggunakan e-dagang. Daripada hasil kajian yang diperoleh mendapati bahawa majoriti (32%) responden adalah menggunakan e-dagang secaratidak menentu. Jangkamasa yang diambil untuk menjalankan satu-satu urusan e-dagang pula hampir separuh daripada keseluruhan responden mengambil masa kurang dari 30 minit iaitu sebanyak 48 peratus. Sementara itu tempoh masa terakhir responden melakukan urusan e-dagang kebanyakan daripada mereka adalah kurang dari sebulan yang lepas, iaitu sebanyak 67.3 peratus.

Jadual 3:Kekerapan bagi Masa Mengguna, Jangka Masa yang Diambil dan Kali Terakhir Melakukan E-dagang. (n=150)

Kategori Karektoristik Kekerapan Peratusan () (%) Kekerapan menggunakan e-dagangSetiap hari 9 6.0Setiap minggu 12 8.0Setiap bulan 35 23.3Tidak menentu 49 32.7Bila perlu 45 30.0Lain-lain 0 0.0

Jangka masa yang diambil untuk melakukane-dagang bagi setiap sesiKurang dari 30 minit 72 48.0 jam - 1 jam 59 39.31 jam - 2 jam 18 12.02 jam - 3 jam 0 0.03 jam dan ke atas 1 0.7

Kali terakhir melakukan e-dagangKurang dari sebulan yang lalu 101 67.31 -3 bulan yang lalu 36 24.0 3 - 6 bulan yang lalu 7 4.7Lebih dari 6 bulan yang lalu 6 4.0

Jadual 4 menunjukkan hubungan antara faktor terpilih dengan keinginan untuk menggunakan e-dagang. Hasil kajian mendapati kesemua faktor yang terpilih, iaitu faktor kebergunaan, mudah digunakan,pengaruh sosial, kepercayaan, dan keselamatan memiliki hubungan yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang.

Jadual 4:Hubungan Antara Faktor Terpilih dengan Keinginan Menggunakan E-dagang.(n=150)

Pemboleh ubah Keinginan menggunakan e-dagangR pKebergunaan .667** .000Mudah Digunakan .650** .000Pengaruh Sosial .430** .000Kepercayaan .559** .000Kos .403** .000Keselamatan .448** .000* p < 0.05 (Terdapat perkaitan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah)

Faktor kebergunaan didapati memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati hipotesis 1 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor Kebergunaan dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor kebergunaan memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Ia disokong oleh kajian lepas oleh Tengku Siti Aisha dan rakan-rakan (2008) yang mendapati bahawa faktor kebergunaan memiliki hubungan signifikan yang sederhana kuat dengan gelagat keinginan penggunaan dalam kalangan bukan pengguna laman sesawang. Oleh yang demikian, faktor kebergunaan adalah memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan e-dagang seperti yang diperoleh dalam Teori TAM yang terdahulu oleh Davis (1989).

Faktor Mudah digunakan didapati memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati hipotesis 2 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor mudah digunakan dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor mudah digunakan memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Hasil kajian oleh Lim dan rakan rakan (2008) mendapati bahawa faktor mudah digunakan memiliki hubungan positif yang signifikan terhadap penggunaan laman web e-pembelian. Faktor mudah digunakan telah lama dikenal pasti sebagai keperluan asas terhadap reka bentuk sesebuah sistem (Chau, 1996). Oleh yang demikian, faktor mudah digunakan merupakan faktor yang memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan e-dagang. Faktor pengaruh sosial juga didapati turut memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati hipotesis 3 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor pengaruh sosial dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor pengaruh sosial memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Hasil kajian oleh Wei dan rakan-rakan (2009) mendapati bahawa faktor pengaruh social adalah memiliki hubungan yang signifikan terhadap keinginan untuk menggunakan m-commerce. Oleh yang demikian, faktor pengaruh sosial dilihat memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan e-dagang.

Faktor kepercayaan didapati memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati hipotesis 4 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kepercayaan dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor kepercayaan memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Ia juga turut disokong oleh Yoon (2009) yang mendapati bahawa faktor Kepercayaan memiliki hubungan signifikan yang positif dengan membeli-belah menerusi online. Justeru, faktor kepercayaan juga merupakan faktor yang turut memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan e-dagang.

Faktor kos sememangnya memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati hipotesis 5 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor kos dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor kos memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Hasil kajian oleh Ching dan Hsi (2007) pula mendapati bahawa faktor kos mempunyai hubungan signifikan yang negative terhadap keputusan membeli muzik secara online. Ini membuktikan bahawa semakin tinggi kos sesuatu barangan atau perkhidmatan tersebut, maka semakin kurang keputusan pengguna untuk membeli barangan secara online. Venkatesh dan Brown (2001) dalam kajian mereka mendapati bahawa harga yang tinggi merupakan perencat utama ke arah keinginan seseorang untuk melakukan sesuatu pembelian. Sehubungan dengan itu, faktor Kos merupakan faktor penyumbang dalam mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem baharu khususnya e-dagang.

Faktor keselamatan didapati turut memiliki hubungan dengan keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah sistem yang baharu seperti e-dagang. Berdasarkan analisis kajian ini (Jadual 4) didapati hipotesis 6 kajian adalah diterima. Oleh itu, terdapat hubungan positif yang signifikan antara factor keselamatan dengan keinginan pengguna Internet untuk menggunakan e-dagang. Faktor keselamatan memiliki hubungan positif yang signifikan dengan keinginan menggunakan e-dagang pada tahap sederhana kuat. Hasil kajian oleh Hing (2009) mendapati bahawa faktor Keselamatan adalah memiliki hubungan positif yang signifikan dengan menerima guna perbankan Internet. Oleh yang demikian, faktor Keselamatan turut dilihat memiliki hubungan dengan keinginan menggunakan aplikasi e-dagang.

Cabaran/halangan penggunaan e-dagangNamun begitu, e-dagang yang merupakan sebuah teknologi baru tidak terlepas dari cabaran yang ditempuh dalam usaha untuk dikembangkan dan digunapakai oleh orang ramai. Cabaran dan rintangan yang dihadapi ini berlaku diserata dunia dan termasuk di Malaysia. Tidak semua sesebuah teknologi yang diperkenalkan disambut baik oleh sesetengah masyarakat. Terdapat sebahagian yang berminat dan menggunakan perkhidmatan tersebut atas urusan kerja dan aktiviti seharian. Senario di Malaysia yang merupakan sebuah Negara yang sedang membangun turut mengalami perkembangan rendah berhubung dengan system e-dagang ini. Kebanyakkan organisasi yang menawarkan system ini kepada pelanggan mereka masih lagi diperingkat awalan dan memerlukan banyak masa untuk diterimaguna sepenuhnya. Sekiranya pihak organisasi kurang mengambil inisatif terhadap perkembangan system e-dagang ini, maka perkembangan dan penggunaan e-dagang juga akan perlahan.Perkhidmatan yang baik merupakan faktor utama pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang melalui internet. Akan tetapi, barang yang ditempah daripada pengusaha tidak akan cepat sampai kepada para pengguna. Ini menyebabkan para pengguna tidak yakin dengan e-dagang.

Dari segi kepuasan juga, turut mempengaruhi para pengguna menggunakan perkhidmatan e-dagang ini. Para pengguna lebih mementingkan kualiti sebenar sesuatu barangan yang dibeli. Pengguna yang bijak tidak melihat sesuatu barangan dari segi luaran semata-mata tanpa mengetahui kualiti sebenar barangan tersebut. Contohnya, para pengguna hanya dapat melihat katalog yang diiklankan dalam perniagaan internet. Jelaslah, e-dagang dapat menimbulkan kesan baik dan buruk kepada para pengguna. Sekiranya perkhidmatan e-dagang ini digunakan sebaik-baiknya akan memberikan manfaat kepada pengguna. Akan tetapi sekiranya pengguna yang tidak bijak menggunakan perkhidmatan ini akan menyebabkan mereka kerugian.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan/ cabaran/ halangan dengan sistem urusniaga menggunakan e-dagang.

1.Kelemahan dari sudut peniaga1.1.Tidak upaya mempamirkan barang sebenar.Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam web. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan melalui penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan.1.2. kesulitan dalam memberi penerangan dan maklumbalas.Interaksi secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan. Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka yang telah membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barangan pengganti yang lain yang bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.

2. kelemahan dari sudut pembeli.2.1. pesanan tidak diterimaPembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat kepada pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau syarikat yang beroperasi secara menyamar. Pembayaran yang telah dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.2.2. barang yang dipesan tidak menepati seperti yang diiklankan.Tidak semua pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. Terdapat juga pengiklan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.

3.isu3.1. keselamatanPerkembangan teknologi internet tidak menjamin bahawa pesanan dibuat tidak dipintas dan diubah. Kerugian yang dihadapi oleh pembeli bukan sekadar dipintas dan dibuat perubahan terhadap pesanan tetapi pembeli akan lebih terdedah kepada risiko pengubahan alamat penghantaran barangan.

3.2 percukaianSistem percukaian adalah meliputi cukai jualan dan juga cukai pendapatan. Jika hendak dikenakan bagaimanakah caranya untuk dikenakan? Jika tidak dikenakan atau dihapuskan akan merugikan pihak kerajaan yang mana cukai jualan merupakan penyumbang kepada hasil negara.

3.3. penipuan Dari sudut pembayaran juga merupakan satu kelemahan dimana 20% pelanggan telah membuat laporan mengenai kehilangan kad kredit (Pankaj Kamthan, 1999). Kad kredit merupakan elemen penting dalam pembayaran melalui e-dagang. Perlukan dibuat penghantaran memastikan kad sebenarnya?Buat masa ini belum lagi ada pihak yang berani memastikan segala yang dihantar melalui elektronik adalah selamat 100%. Menurut laporan terdapat bukti yang membabitkan penipuan urusniaga di internert dunia bernilai AS$3.2 bilion (RM12.16 bilion) pada tahun 1999 (berita harian, iogos 2000).

Faktor-faktor pendorong penggunaan e-dagang

Secara umumnya e-dagang adalah model perniagaan yan mana segala aktiviti perniagaan dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang merakumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelangan secara online. Terdapat dua jenis perniagaan yang boleh dijalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan produk perkhidmatan.

faktor utama dalam e-dagang yang digunakan sebagai faktor pendorong bagi perdagangan konvensional:1. Memiliki liputan yang luas2. Proses transaksi yang cepat3. Dapat mendorong kretiviti dari pihak penjual secara cepat dan tepat dan penyampaian maklumat yang disampaikan secara langsung.4. Dapat mencipta efesien yang tinggi.5. Murah serta berguna6. Dapat meningkatkan kepuasan pelanggan dengan penggunaan yang cepat, mudah, dan kebersanan.

Antara kebaikan dan keuntungan menggunakan kaedah e-dagang ialah perangkaian dan integrasi diantara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik dengan pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan berkenaan. Ia memudahkan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan yang dijalankan dengan sekelip mata serta tidak dibelenggu dengan karenah pengisian borang-borang dan birokrasi.

Kebaikan e-dagang yang ketara ialah dari sudut memberi keselesaan membeli-belah dalam kenteteraman rumah. Keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang sesama ahli keluarga sebelum membuat pembelian. Belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan. Selain itu e-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. Kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk membolehkan pengguna membuat pilihan dengan betul.

Kesimpulan

Perkembangan e-dagang di Malaysia sememangnya sdah berada pada tahap yang semakin memingkat dari masa kesemasa. Dengan adanya inisatif daripada pihak kerajaan dalam memastikan sistem e-dagang ini diimplimentasikan sepenuhnya oleh masyarakat di Malaysia, pelbagai kerangka dan pembinaan infrastruktur telah dan bakan dibangunkan kelak. Ianya adalah sejajar dengan perkembangan pesat sistem e-dagang yang telah diterapkan oleh beberapa Negara maju dan yang sedang membangun yang lain bagi memacu ekonomi masing-masing. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar dalam memastikan segala kelengkapan dan keperluan dalam sektor yang berkaitan dengan ICT dan dibangunkan dan seterusnya dapat memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat di Malaysia kepada pengguna e-dagang.

Proses perlaksaan sistem e-dagang sememangnya perlu mengharungi rintangan serta cabaran yang besar sebelum is dapat diaplikasikan dan diterima guna sepenuhnya. Menerusi perancangan dan peruntukan yang besar khususnya dalam bidang ICT untuk pembinaan infrastruktur dan frasarana, pihak kerajaan juga perlu memanfaatkan kepakaran dalam sistem berkenaan untuk diperluaskan penggunaan serta menyebar luas pengetahuan berkenaan dengan e-dagang ini melalui medium yang lain seperti seminar, bengkel, pameran, risalah, dan sebagainya. Masyarakat umumnya memiliki pengetahuan yang terbatas berkenaan dengan sistem tersebut serta penggunaannya juga masih lagi pada paras yang rendah. Ini membuktikan masyarakat di Malaysia khususnya masih lagi kurang arif berhubung dengan fungsi system berkenaan yang mana ia amat berfaedah dan transaksi urusniaga secara on line.

Sehubungan dengan itu, perkembangan e-dagang ini sewajarnya dipandang serius oleh pihak berwajib dalam melihat kelebihan yang dimiliki selain mampu menjana ekonomi ke arah yang lebih baik dan maju pada masa yang akan datang kelak. Kewujudan e-dagang ini bakal merancakkan lagi urusan yang melibatkan transaksi kewangan dan perkara yang melibatkan dengan e-dagang ke arah yang lebih positif dan seterusnya diterimapakai oleh masyarakat setempat. Malaysia kini berada pada landasan yang tepat apabila pihak kerajaan telah berusaha dengan gigih bagi menyediakan infrastuktur serta kemudahan yang lain dalam memastikan salah satu aplikasi perdana dalam MSC ini tercapai dan seterusnya memacu ke arah ekonomi yang mapan sehingga menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 kelak.

Rujukan Ab. Aziz Yusof & Zakaria. (2004). Prinsip Keusahawanan, Edisi Kedua. Kuala LumpurMohd Salleh Hj Din et al (2004). Asas Keusahawanan. Kuala Lumpur. Thomson Learning.Rosli Mahmood et al.,(2010). Prinsip-prinsip Keusahawanan: Pendekatan Gunaan (edisi kedua). Singapore: Cengage Learning Asia Pte Ltd.

Page | 3

- 17 -