tugasan - isu bola sepak

15
1. Gejala Rasuah Dalam Arena Bola Sepak 1.2 Latar belakang Bola sepak, merupakan salah satu sukan yang menjadi nadi kepada sukan-sukan yang lain. Sukan bola sepak merupakan satu jenis sukan yang menjadi tumpuan ramai sehinggakan pingat sukan bola sepak bagi tema yang besar seperti Olimpik, tidak sempurna tanpa pingat bola sepak. Dari aspek sejarah kewujudannya bola sepak dikatakan bermula pada abad Ke-3 (SM) di Tanah Besar China dan hanya dimainkan untuk hiburan Maharaja sahaja. Kini sukan bola sepak merupakan sukan wajib dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia samada menjadi sebagai seorang pemain ataupun sebagai penyokong. Malaysia suatu ketika dahulu pernah menjadi antara pasukan bola sepak yang amat digeruni di pentas dunia. Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan adanya Persatuan Bola Sepak Malaysia atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dibawah pimpinan Andrew Caldecott seorang gabenor Hong Kong pada Tahun 1935 - 1937. Selepas itu, aktiviti bola sepak semakin kerap dianjurkan dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain bola sepak pada kejohanan Piala HMS Malaya atau lebih dikenali kini sebagai Piala Malaysia..Semenjak dekad 1970-an, prestasi bola sepak di Malaysia boleh dikatakan telah mencapai kemuncak, apabila pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya menarik perhatian negara-negara lain dalam dunia bola sepak dan menjadi salah satu pasukan yang

Upload: junior-celestinus

Post on 18-Feb-2016

81 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Asalada

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan - Isu Bola Sepak

1. Gejala Rasuah Dalam Arena Bola Sepak

1.2 Latar belakang

Bola sepak, merupakan salah satu sukan yang menjadi nadi kepada sukan-sukan yang

lain. Sukan bola sepak merupakan satu jenis sukan yang menjadi tumpuan ramai sehinggakan

pingat sukan bola sepak bagi tema yang besar seperti Olimpik, tidak sempurna tanpa pingat bola

sepak. Dari aspek sejarah kewujudannya bola sepak dikatakan bermula pada abad Ke-3 (SM) di

Tanah Besar China dan hanya dimainkan untuk hiburan Maharaja sahaja. Kini sukan bola sepak

merupakan sukan wajib dan menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia samada menjadi sebagai

seorang pemain ataupun sebagai penyokong. Malaysia suatu ketika dahulu pernah menjadi antara

pasukan bola sepak yang amat digeruni di pentas dunia.

Sejarah bola sepak di Malaysia bermula dengan adanya Persatuan Bola Sepak Malaysia

atau Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1920 dibawah

pimpinan Andrew Caldecott seorang gabenor Hong Kong pada Tahun 1935 - 1937. Selepas itu,

aktiviti bola sepak semakin kerap dianjurkan dan semakin banyak rakyat yang gemar bermain

bola sepak pada kejohanan Piala HMS Malaya atau lebih dikenali kini sebagai Piala

Malaysia..Semenjak dekad 1970-an, prestasi bola sepak di Malaysia boleh dikatakan telah

mencapai kemuncak, apabila pasukan bola sepak Malaysia telah berjaya menarik perhatian

negara-negara lain dalam dunia bola sepak dan menjadi salah satu pasukan yang terbaik di Asia

Tenggara. Pemain bola sepak negara seperti Mokhtar Dahari, Matlan Marjan, Hassan Sani dan

Mohd Nazreen Chong telah banyak membantu menaikkan nama negara dengan tahap permainan

mereka yang cukup mengagumkan. Namun begitu terdapat beberapa diantara nama tersebut telah

tersilap langkah dan terbabit dalam aktiviti yang kurang sihat iaitu rasuah. Rasuah ini

kemudiaannya telah membawa impak negatif yang besar terhadap dunia sukan bola sepak di

negara ini.

Rasuah telah wujud sejak berabad yang lalu dalam bidang sukan. Ia memerlukan dua

pihak yang korup, pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Menurut Transparency

International, rasuah ialah perilaku di dalam sebuah organisasi atau kumpulan yang melibatkan

para pemimpin dan perkerja, yang bertindak secara tidak wajar dan salah menurut undang-

Page 2: Tugasan - Isu Bola Sepak

undang dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka.

Gejala rasuah merupakan satu tindakan pemberian ataupun penerimaan benda berbentuk wang

sogokan mahupun benda lain yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan

pertolongan dan faedah untuk dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur

biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah

bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk

kepentingan diri sendiri semata-mata.

Pada tahun 1994 dunia bola sepak negara dilanda masalah besar berpunca daripada

rasuah. Beberapa insan yang menjadi harapan dan bintang-bintang handal negara telah didapati

terbabit dengan aktiviti rasuah ketika itu. Antara nama-nama yang terbabit ialah seperti Matlan

Marjan, P. Ravindran, Mohd Nazreen Chong dan lain-lain. Mereka telah dikenakan hukuman

buang daerah bersama pemain-pemain lain yang didapati bersalah. Perbuatan Matlan Marjan

yang merupakan pemain harapan negeri Sabah telah menjejaskan imej dan reputasi beliau atas

kesilapan sendiri, apabila beliau bersama 4 orang rakan sepasukannya (pasukan Sabah) ditahan

polis pada Jun 1995 atas tuduhan rasuah. Pada waktu tersebut beliau baru berusia 26 tahun. Dan

akibatnya beliau telah digantung seumur hidup daripada menyertai mana-mana pasukan bola

sepak negeri apatah lagi negara dan dibuang daerah ke Semporna, Sabah.

1.2 Klasifikasi Masalah Sebagai Masalah etika dalam perundangan

Masalah etika adalah masalah pengurusan kerana masalah ini mewakili konflik antara

prestasi ekonomi organisasi dan prestasi sosial. Terdapat beberapa ciri etika dalam pengurusan

iaitu akibat yang berpanjangan, alternatif yang pelbagai, akibat yang tidak pasti dan implikasi

peribadi. Dalam ciri etika akibat yang berpanjangan, ia berkait rapat dengan hasil keputusan

ataupun tindakan yang dibuat daripada bahagian atas sesebuah organisasi yang terdiri daripada

golongan pengurus dan pemimpin-pemimpin yang berkaitan. Tindakan daripada bahagian atasan

ini mempunyai banyak impak ke atas mereka yang berada di dalam organisasi dan juga di luar

organisasi iaitu masyarakat. Dalam isu bola sepak, terdapat beberapa kes melibatkan salah laku

pengurus pasukan yang berkaitan dengan rasuah. Tindakan para pengurus sesebuah pasukan

contohnya dengan memberi rasuah kepada pihak seperti pengadil bagi merancang keputusan

Page 3: Tugasan - Isu Bola Sepak

perlawanan bola sepak akan membawa impak negatif kepada organisasi dan pasukan bola sepak

itu sendiri apabila perkara itu dikecam oleh pihak berkuasa. Kesan negatifnya pasukan itu akan

digantung daripada mengikuti sebarang pertandingan selain diberikan hukuman. Hal sedemikian

akan menjejaskan imej pasukan itu sendiri dan seterusnya mengecewakan masyarakat sekeliling.

Dalam ciri etika alternatif yang pelbagai pula berkait rapat dengan keputusan yang dilihat

sebagai keputusan yang dibuat tanpa melihat segala alternatif yang ada. Keputusan yang baik

hendaklah dibuat dengan mengkaji serta menilai segala masalah yang dihadapi teliti terlebih

dahulu. Setelah punca masalah dikenalpasti, segala alternatif dan langkah penyelesaian bagi

menangani masalah tersebut hendaklah dikenalpasti agar keputusan yang terbaik dapat dibuat.

Seorang pengurus ataupun pemain dalam dunia bola sepak sepatutnya memahami segala inti

dalam etika alternatif pelbagai. Terdapat segelintir pihak yang terdiri daripada bahagian

pengurusan mahupun pemain yang terlalu takjub dalam sukan bola sepak ini dan mahu

memastikan kemenangan berpihak kepada mereka. Hal ini menyebabkan mereka sanggup

memberi rasuah tanpa memikirkan jalan alternatif yang lebih baik dan bersifat positif.

Dalam ciri etika akibat yang tidak pasti pula ia berkait rapat dengan keputusan yang

diambil yang bersifat bebas daripada risiko serta ketidakpastian akibat bagi setiap langkah yang

dilaksanakan. Ia juga berkaitan dengan kerana keputusan yang diambil tanpa pertimbangan

yang wajar dan tidak mengambil kira aspek-aspek yang lain Sebagai contoh dalam isu bola

sepak, atas dasar untuk menaikkan nama pasukannya seorang pengurus bertindak sanggup

menggadai maruah diri, pasukan, negeri bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka

dengan memberi rasuah. Walaubagaimanapun akhir perbuatan tersebut telah berjaya dihidu oleh

pihak berkuasa yang akhirnya menjejaskan hasrat pengurus tersebut malah memburukkan lagi

keaadan yang telah membawa impak negatif kepada organisasi dan masyarakat sekeliling.

Dalam ciri etika implikasi peribadi pula berkaitan dengan isu-isu etika dalam pengurusan

yang sebahagian besarnya bersifat peribadi. Mengikut pandangan masyarakat umum, sebahagian

besar isu-isu etika dalam pengurusan adalah bersifat bukan peribadi kehidupan dan ianya lebih

kepada hal kerja para pekerja dan para pengurus. Namun begitu tidak dapat dinafikan terdapat

keputusan-keputusan yang dibuat dengan meletakkan kepentingan diri sendiri dan hal-hal lain

yang dirasakan perlu sebagai keperluan utama. Contohnya dalam isu bola sepak khususnya,

seorang pemain sanggup menerima rasuah berupa wang ringgit yang banyak untuk kepentingan

Page 4: Tugasan - Isu Bola Sepak

peribadi tanpa memikirkan kesan perbuatan tersebut kepada pasukannya. Selain itu terdapat

faktor luaran seperti pengaruh daripada rakan-rakan lain ataupun suatu situasi dan keaadan

dimana memaksa pemain tersebut menerima rasuah,

1.3 Analisis masalah etika yang dikenalpasti dalam pengurusan bola sepak

negara.

Dalam kajian kes gejala rasuah ini terdapat tiga kaedah analisis masalah yang dapat

dijalankan iaitu Analisis Ekonomi, Analisis Undang-Undang dan Analisis Etika. Analisis

ekonomi adalah berkaitan dengan Teori makro dan Mikro ekonomi bergantung kepada pasaran

terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian

permasalahan etika. Analisis undang-undang pula berkaitan dengan suatu keadaan dimana

sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar, undang-undang boleh digunakan untuk

menguruskan masalah ini. Analisis etika pula berkaitan dengan satu sistem dasar akhlak, adat,

tingkah laku atau kesusilaan dan set prinsip-prinsip moral. Ini bermaksud tanggungjawab dan

akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

Dalam kaedah analisis ekonomi, didapati antara punca yang membolehkan seseorang

cenderung untuk melakukan jenayah rasuah ini adalah disebabkan oleh masalah ekonomi

individu itu sendiri. Dalam kes sukan bola sepak terdapat beberapa kes yang melibatkan isu para

pemain yang tidak dibayar gaji. Hal ini menyebabkan dilemma kepada para pemain kerana

mereka juga amat memerlukan wang untuk menyara kos hidup yang semakin meningkat pada

masa kini. Tekanan daripada aspek ekonomi akibat gaji yang tidak ataupun lambat dibayar

meletakkan satu indivdu dalam satu keaadan terdesak dimana individu ini akhirnya memilih

untuk menerima wang sogokan bagi menapung keperluan tersebut.

Dalam kaedah analisis undang-undang pula, ia berkait rapat dengan peranan sesebuah

organisasi yang bertanggungjawab dalam memastikan gejala rasuah dalam bola sepak ini tidak

menular lebih buruk lagi. Badan-badan seperti FAM hendaklah lebih tegas dalam

mempertahankan undang-undang dalam sukan bola sepak dan membanteras aktiviti rasuah ini.

Namun begitu terdapat sedikit kelemahan daripada aspek pengurusan dan kepimpinan dalam

organisasi ini. Pemimpin yang cemerlang amat diperlukan bagi memastikan organisasi dapat

Page 5: Tugasan - Isu Bola Sepak

menghindari dan mengelakkan masalah dalaman yang berpunca dari pucuk pimpinan itu sendiri.

Pemimpin yang baik sentiasa mengenalpasti setiap masalah yang timbul, seterusnya memikirkan

langkah-langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengambil

kira kesan positif dan negatif sesuatu tindakan tersebut. Kepimpinan yang lemah juga

menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lambat dalam menjalankan tugas. Hal

ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang kosong dan kelemahan dalam organisasi seterusnya

terdedah kepada penyelewengan khususnya gejala rasuah ini.

Penyalahgunaan kuasa oleh pihak pengurusan juga menyumbangkan kepada berlakunya

rasuah, pihak pengurusan pasukan bola sepak boleh membuat percaturan dari segi teknik dan

taktik perrmainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan. Duri dalam daging

merupkan perumpamaan yang sesuai kepada pihak pengurusan yang cuba menyalahguna kuasa

meraka menyebabkan pasukan yang diuruskan mereka gagal dalam perlawanan. ”Bookie”

merupakan dalang yang sentiasa mencari kesempatan untuk menawarkan, memberi, menuntut

dan menerima sesuatu terutamanya berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing samada

pemain ataupun pihak pengurusan dan mereka langsung tidak mengambil kira liga bola sepak itu

popular atau tidak, asalkan ada peluang mereka akan meneruskan kegiatan meraka dan

menguntungkan mereka sahaja.

Dalam kaedah analisis etika pula berkait rapat dengan tingkah laku individu dan set

prinsip-prinsip moral yang sepatutnya ada dalam diri seorang manusia. Terdapat segelintir

individu yang mempunyai keperibadian yang lemah seperti kurangnya iman dan bersifat

meterialistik. Sikap ingin hidup secara mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya

dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

Secara logiknya, seseorang itu sememangnya mengetahui bahawa rasuah adalah dilarang oleh

agama dan undang-undang, tetapi sanggup melakukannya dengan pelbagai alasan berunsurkan

peribadi bagi kepentingan diri semata-mata.

Dalam kaedah analisis etika rasuah juga dapat dilihat berpunca daripada sosial dan

budaya yang telah diterapkan dalam masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, masyarakat majmuk

di Malaysia sering mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda,

sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan

sebagainya. Jadi, mereka yang memberi dan menerima rasuah akan merasakan kegiatan mereka

Page 6: Tugasan - Isu Bola Sepak

adalah sesuatu perkara biasa atau perkara normal di mata mereka. Hal ini dipandang remeh oleh

pihak-pihak yang terbabit dan tidak merasa bersalah melakukan hal demikian.

Kemahiran berfikir yang lemah dalam kalangan ahli pasukan juga mempengaruhi

keadaan berlakunya jenayah rasuah ini. Kemahiran berfikir yang lembab menyebabkan tahap

penilaian sesuatu situasi hanya dalam skala pemikiran yang kecil dan tidak berpandangan jauh.

Fikiran yang sempit ini menyebabkan terjadinya keputusan-keputusan yang berada luar daripada

kawalan dan boleh mendatangkan keburukan. Contohnya seorang pemain bola hanya

memikirkan manafaat yang beliau dapat apabila menerima wang sogokan daripada pihak lain

tanpa memikirkan impak negatif yang boleh terjadi. Pemikiran terbuka dan luas dalam kalangan

pemain boleh membantu mereka membuat sesuatu keputusan yang bijak dan pertimbangan

secara menyeluruh serta mengelakkan mereka termakan umpan rasuah.

Selain itu faktor disiplin dalam kalangan ahli pasukan juga mempengaruhi penglibatan

mereka dalam gejala rasuah ini. Sifat berdisiplin bermaksud memberikan tumpuan sepenuhnya

ke atas sesuatu tugas sehingga ia selesai dilaksanakan dengan sempurna. Disiplin diri adalah

penting dalam mengubah rancangan menjadi realiti malah disiplin diri merupakan fakta penting

dalam mencapai kejayaan peribadi. Terdapat segelintir pemain-pemain bola sepak Malaysia yang

kurang mempunyai disiplin permainan yang berkualiti. Mereka lebih mementingkan glamour

dari disiplin permainan. Mereka juga malas berfikir dalam permainan dan bersikap sambil lewa.

Sifat segelintir pemain ini lebih kepada mahu menunjuk stailo dan fesyen terutama fesyen

rambut dari menunjukkan cara bermain yang berdisiplin dan komited. Ada di antara pemain yang

bersikap ego dan tidak boleh ditegur secara aggresif. Tahap disiplin yang rendah ini

mempengaruhi mereka untuk terlibat dalam gejala rasuah.

Selain itu keadaan sekeliling kebanyakan masyarakat sekarang ini memandang ringan

akan penerimaan rasuah dan telah menjadi lumrah, mereka terus lakukan tanpa mengambil kira

soal halal atau haram asalkan kehidupan mereka terjamin. Di luar negara telah timbul cadangan

untuk membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya rasuah

dalam sukan bolasepak mereka. Kerajaan Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya mengambil

tindakan dan berwaspada supaya situasi menghalalkan pertaruhan itu tidak menular ke negara ini

yang boleh menjejaskan imej negara kita.

Page 7: Tugasan - Isu Bola Sepak

1.4 Syor atau cadangan untuk selesaikan masalah.

Dalam mengatasi masalah ini langkah-langkah yang efektif hendaklah diambil bagi

membanteras gejala rasuah ini. Isu ekonomi pemain bola yang tidak ataupun lambat dibayar gaji

yang membawa kepada penglibatan mereka kepada gejala rasuah hendaklah diambil serius oleh

pihak FAM selaku pertubuhan yang bertanggungjawab dalam memantau perkembangan

pasukan-pasukan yang berdaftar di Malaysia. Antara cadangan langkah yang boleh diambil ialah

penjadualan semula tarikh pembayaran gaji bagi pemain bola sepak mengikut tarikh yang

ditetapkan bagi mana-mana penjawat awam di negara ini. FAM juga hendaklah memantau

bidang pengurusan setiap pasukan bola sepak bagi memastikan kebajikan setiap pemain dijaga

dengan baik.

Selain itu pihak Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam memperlihatkan

kesungguhan untuk membanteras gejala rasuah ini. Kerajaan telah mewujudkan sebuah badan

untuk membanteras masalah rasuah ini yang dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia(SPRM) bagi membuat siasatan yang lebih mendalam atau membanteras masalah ini

hingga ke akar umbi. Kerajaan juga hendaklah meningkatkan penguatkuasaan undang-undang

dan hukuman bagi sesiapa yang terlibat dalam rasuah ini. Hukuman setimpal hendaklah

dikenakan terhadap pesalah sebagai pengajaran kepada insan tersebut dan juga masyarakat

sekeliling agar tidak melibatkan diri dengan gejala rasuah ini. Siasatan dan penguatkuasaan

undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah

rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan negara.

Selain itu organisasi dalam sesbuah pasukan juga perlu membuat program selain

daripada aktiviti latihan bola sepak yang dilakukan secara rutin setiap hari. Antara program yang

boleh dianjurkan pihak pengurusan ialah program memantapkan iman dan mengukuhkan jati

diri. Pihak pengurusan boleh menjemput pakar kaunseling yang boleh memberi kesedaran

kepada para pemain pentingnya untuk memiliki tahap keimanan dan keperibadian yang tinggi

selain keperluan fizikal dan mental yang tinggi dalam sukan bola sepak. Keimanan dan

keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling kuat untuk membenteras gejala rasuah.

Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin, peniaga, atau jentera

kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat membantu

seorang insan menangkis segala umpan rasuah yang boleh memusnahkan dirinya kelak.

Page 8: Tugasan - Isu Bola Sepak

Gejala rasuah ini hendaklah dibendung dan golongan muda hendaklah diberi pendedahan

awal tentang bahaya rasuah ini. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pihak

kerajaan khususny kementerian pendidikan boleh mengambil langkah dengan memasukkan

sukatan pelajaran bahaya rasuah dalam sistem pendidikan. Sifat benci kepada rasuah akan dapat

dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak dari zaman persekolahan lagi. Generasi

yang dididik sifat benci akan rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih

bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan mempengarui banyk aspek dalam

membentuk generasi dan masyarakat generasi masa depan yang bebas daripada rasuah.

1.5 Ringkasan/Kesimpulan

Kesimpulannya Rasuah merupakan musuh pembangunan. Dalam dunia bola sepak, gejala

rasuah mempengaruhi perkembangan prestasi sesebuah pasukan bola sepak. Rasuah memberi

kesan yang besar bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah juga kepada masyarakat

sekeliling dan negara tersebut. Secara keseluruhannya gejala rasuah merupakan gejala yang

kronik dan rumit untuk dihapuskan. Badan-badan kerajaan seperti Suruhan Jaya Pencegah

Rasuah (SPRM) hendaklah meningkatkan lagi usaha dalam mengesan penglibatan-penglibatan

pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini dalam kegiatan rasuah.

Pandangan Perdana Menteri supaya siasatan terhadap kes rasuh mestilah dilakukan

dengan hati-hati dan teliti supaya tidak berlaku kesilapan dan mengenakan tindakan harus

dititikberatkan. Namun pada masa yang sama, tanggungjawab membasmi gejala rasuah ini dalam

setiap aspek ekonomi, politik mahupun sosial hanya diserahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM

sahaja. Pihak-pihak lain seperti sekolah, polis dan golongan masyarakat hendaklah berganding

bahu dengan SPRM bagi menyelesaikan masalah ini. Sesungguhnya satu operasional dan evolusi

bertindak secara sistematik dan terancang mesti dirangka dan diambil tindakan segera.

Penanaman nilai-nilai murni dalam diri para pengurus, pegawai-pegawai dan para pemain

seharusnya dibuat secara komprehensif. Kursus-kursus yang dianjurkan bukan hanya untuk

melihat kepada pembangunan jati diri berbentuk luaran sahaja bahkan juga melihat kepada aspek

pembangunan rohani yang berteraskan agama.

(2570 patah perkataan)

Page 9: Tugasan - Isu Bola Sepak

Rujukan

Corey, G.; Corey, M.S. & Callanan, P. (2003). “Issues and Ethics in the Helping Professionals”.

New York: Thomson Brooks/Cole.

Dolgoff, R.; Loewenberg, F.M. & Harrington, D. (2005). “Ethical Decisions for Social Work

Practice”. New York: Thomson Brooks/Cole.

Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Tonggak Dua Belas: Penerapan nilai, norma dan etika perkhidmatan. Kuala Lumpur:

INTAN. 1992

Norliza Abd Rahman. 6 Disember 2006. Utusan Malaysia. KSN: Ada ruang boleh diperbaiki

Artikel ‘Komitmen Perangi Rasuah’ oleh Misiah Taib, Berita Harian, 4 Disember, 2003.

Kamus Dewan (2007), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

https://mysoccerworld.wordpress.com/2008/05/06/rasuah-cemar-bola-sepak/

https://www.facebook.com/SABAHFOOTBALLTEAM/posts/238324689582478

http://sabahup2date.blogspot.my/2015/10/luahan-hati-lagenda-bolasepak-sabah.html

https://www.scribd.com/doc/289406374/Klasifikasi-Masalah-Sebagai-Masalah-Etika-Dalam-Pengurusan

https://www.scribd.com/doc/284776431/Contoh-Masalah-Etika-Dalam-Pengurusan-Dengan-

Ciri-Masalah-Etika