kemahiran bola sepak

12
LATIHAN MENGAWAL BOLA Perhatikan pula langkah-Iangkah berikut sebagai latihan untuk mengawal bola. 1. Berpasangan Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya. Bola diumpan ke pelbagai aras dan arah: (a) Kepala, dada, perut dan bawah lutut. (b) Bola leret dari kiri, kanan dan depan. (c) Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki. 2. Latihan dinding Sepak bola ke dinding dan mengawal bola yang melantun balik. Latihan dilakukan setempat dan bergerak.

Upload: muhammad-syazwan-safwan-bin-jaafar

Post on 12-Jun-2015

24.397 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Bola Sepak

LATIHAN MENGAWAL BOLA

Perhatikan pula langkah-Iangkah berikut sebagai latihan untuk mengawal bola.

1. Berpasangan

Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya.

Bola diumpan ke pelbagai aras dan arah:

(a) Kepala, dada, perut dan bawah lutut. (b)

Bola leret dari kiri, kanan dan depan.

(c) Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.

2. Latihan dinding

Sepak bola ke dinding dan mengawal bola yang melantun balik.

Latihan dilakukan setempat dan bergerak.

Page 2: Kemahiran Bola Sepak

3. Latihan berkumpulan (statik/bergerak)

(a) Bulatan - seorang pemain berada di tengah-tengah bulatan dan

mengumpan bola kepada ahli pasukannya seorang demi seorang.

Selepas satu pusingan, pemain lain mengambil tempatnya.

(b) Barisan- Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal bola

yang dihantar oleh pengumpan dan kemudiannya menolak bola kembali

kepada pengumpan. Pemain yang akhir sekali mengawal bola akan

menjadi pengumpan barn.

Sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasai

teknik tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan membuat sepakan dan

membuat hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan

menjaring. Oleh itu, latihan teknik ini amat penting untuk menjadi seorang pemain

bola sepak yang berjaya

Page 3: Kemahiran Bola Sepak

Jenis-jenis Tendangan

Terdapat 3 jenis tendangan.

(i) Tendangan leret

(ii) Tendangan tinggi

(iii) Tendangan voli

Teknik asas menyepak

Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola:

Untuk menggerakkan bola seeara leret atau rendah, kaki hendaklah diletakkan

di tengah-tengah belakang bola itu semasa menyepak.

Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah diletakkan

pada bahagian bawah garisan tengah.

Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak

atau menggerakkan bola.

Teknik dapat membantu untuk membuat tendangan dan hantaran

Page 4: Kemahiran Bola Sepak

yang tepat

(i) Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan leret,

tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauh dan tendangan kencang ke pintu

gol (Rajah (a).

(ii) Menggunakan bahagian dalam kaki untuk tendangan tinggi, hantaran rendah,

hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol (Rajah (b).

(iii) Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola (Rajah (e).

(iv) Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran (Rajah (d).

Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli (Rajah (e).

(vi) Menggunakan bahagian perut kaki (inside foot) untuk tendangan voli atau

Iambung (Rajah (f).

Latihan Tendangan dan hantaran bola

Page 5: Kemahiran Bola Sepak

Latihan tendangan Ieret 1

A-B (menggunakan kura-kura kaki)

B-C (menggunakan bahagian Iuar kaki)

C-A (menggunakan bahagian perut kaki)

(Untuk sepakan tinggi, jarak antara barisan

Latihan tendangan leret 2

Seperti dalam Latihan pemain bertindak pengumpan tetap.

Page 6: Kemahiran Bola Sepak

Latihan menghantar bola

Susunan pemain adalah dalam bentuk bulatan. Pengumpan di tengah

bulatan menghantar bola kepada pemain yang lain. Pemain

menggunakan semua bahagian kaki untuk membuat hantaran bola.

Latihan menyepak dan menghantar bola

Pemain X menghantar bola kepada pemain Y melalui 2 kon. Pemain Y

akan menghantar semula bola kepada pemain X yang kedua untuk

meneruskan latihan. Selepas menghantar bola, pemain bertukar tempat.

Page 7: Kemahiran Bola Sepak

Latihan menjaring (membuat sepakan ke pintu gol)

Menyepak bola secara leret, aras dada dan tinggi.

Latihan menghantar bola

Pemain X membawa bola dan apabila menghampirl garlsan gol, tukar

haluan dan buat tendangan ke arah salah seorang pemain Y.

Page 8: Kemahiran Bola Sepak

Jenis Hantaran

Jenis-jenis hantaran seperti hantaran dinding, hantaran terus, hantaran segi empat

dan hantaran zig-zig akan membolehkan anda membuat hantaran yang baik. Mari

kita lihat ke empat-empat jenis hantaran ini:

(i) Hantaran dinding

Pemain Z bertindak sebagai dinding. Pemain X akan menghantar bola

kepada pemain Z. Kemudian pemain Z akan menghantar bola sekali lagi

kepada pemain X yang telah bergerak ke tempat lain X1. Latihan ini juga

turut dilakukan dengan seorang pemain G yang bertindak sebagai

penghalang.

Page 9: Kemahiran Bola Sepak

(ii) Hantaran terus/sisip

Pemain Z menghantar bola terus ke depan untuk diterima oleh pemain X

yang bergerak ke arah bola itu. Latihan dilanjutkan dengan pemain G

sebagai pengawal yang cuba merebut bola.

(iii) Hantaran segi empat

Latihan hantaran segi empat di antara pemain X dan pemain Z dengan

pemain G sebagai pengawal untuk merebut bola.

Page 10: Kemahiran Bola Sepak

(iv) Hantaran zig-zag

Bola hendaklah dihantar ke ruang di depan penerima secara berselang-seli.