tokoh bola sepak pdf

21
1 MOKTHAR DAHARI Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985. Biodata Mokhtar Dahari Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960- 1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakiliSelangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB). MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971 PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972 MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972 KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985 KAPS: 167 GOL PIALA MALAYSIA: 177 GOL ANTARABANGSA: 125 JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978 PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976 Penglibatan Dalam Bola Sepak Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 21 tahun lalu. Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan. Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Upload: harrcanaa-rajah

Post on 01-Dec-2015

323 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tokoh Bola Sepak PDF

1

MOKTHAR DAHARI

Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak

kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak

gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

Biodata Mokhtar Dahari

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-

1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula

mewakiliSelangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya

Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank

RHB).

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974

di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

Penglibatan Dalam Bola Sepak

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 21

tahun lalu.

Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah

mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola

sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan

kehebatannya menembusi gawang lawan.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai

penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Page 2: Tokoh Bola Sepak PDF

2

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari

mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya

penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia

seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut

merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita,

bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala

Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan

Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama

apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang

yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan

peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi

sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar

seperti sebelumnya.

Garis Masa Karier Mokhtar Dahari

1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan

pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir

pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula

mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama

menentang Sri Lanka.

1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada

perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.

1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika

menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.

1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.

1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.

1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan

akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.

1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.

Page 3: Tokoh Bola Sepak PDF

3

1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun

enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim.

Mempertahankan pingat emas Sukan Asia Tenggara dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. -

Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.

1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di

final.

1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil

`bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar

mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.

1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.

1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas

0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.

1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'.

Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.

1987: Menyertai Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB) dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin

bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989: Disahkan mengidap penyakit Distrofi otot. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air

tanpa sebarang perubahan.

1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.

1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi

Page 4: Tokoh Bola Sepak PDF

4

Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21

Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak[2]

) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang

kini menetap di Bukit Mertajam.[3]

Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan

Olimpik 2008 dan 2012 [4]

, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara

perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996.

Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri

Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[5]

Page 5: Tokoh Bola Sepak PDF

5

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu

berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[6]

Beliau ialah pemain badminton Malaysia

ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi

dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan

kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

Biografi[sunting]

Kehidupan awal[sunting]

Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola

keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di

gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya

yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian

seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah

mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah.[7]

Setelah ditemui

oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.[8]

Perkahwinan[sunting]

Beliau telah berkahwin dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo pada 9 November 2012.[9]

Majlis

perkahwinan diadakan diPusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9 dan 10 November.[10]

Kerjaya[sunting]

2002[sunting]

Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila

beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen

Hong dari China.[11]

Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka

China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens. Dalam sukan

Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum

ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua.[12]

Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi

kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol

pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir

kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.[13]

Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai

Terbuk Switzerland,[14]

Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia[15]

, di samping

juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Makau dan Terbuka Hong Kong. Lee

Page 6: Tokoh Bola Sepak PDF

6

membantu skuad Malaysia menggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki

dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac.[16]

Lee

mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada

tahun 2006,[17]

lalu menyertaiKejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama[18]

, tetapi dikejutkan

oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line

call berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.[19]

Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas

bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang hilanga

kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat dengan enam jahitan

pada kecederaan kepalanya.[20]

Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia

sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu sebelum melambung

kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia

2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek.[21]

Prestasinya di

separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka

Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong

Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya.[22]

Lee memenangi semua perlawanan yang

melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia hanya mencapai

tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan.[23]

Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah

diKejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang

separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia[24]

, sehingga

beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa

Yap terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.[25]

2008

Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka

Malaysia dalam masa lima tahun.[26]

diikuti Terbuka Singapura,[27]

Terbuka Korea (perlawanan terakhir

sebelum sukan Olimpik)[28]

Terbuka All England,[29]

Terbuka Switzerland,[30]

Kejohanan Badminton

Asia,[31]

dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke

separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika

melawan juara bertahan dariChina. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana tumpasnya

beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.[32]

Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan

cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, Kęstutis Navickas di pusingan ketiga,[33]

dan Sony Dwi Kuncoro

di pusingan suku akhir,[34]

sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea

Page 7: Tokoh Bola Sepak PDF

7

Selatan sebelum dapat mara ke pusingan akhir.[35]

Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan

dengan mata 12–21, 8–21.[36]

Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana

menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur

hidup mulai Ogos 2008.[37]

Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan

Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul

Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[38]

Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan

menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari

Jerman.[39]

Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor satu

dunia yang terlemah",[40]

di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan

prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana

tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang

digemakan oleh Misbun Sidek).[41]

Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di

pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus

memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek.[42]

Lee akhirnya

merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain

handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.[43]

2009[sunting]

Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima,[44]

tetapi gagal

merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara ke pusingan

akhir.[45][46]

Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan

menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain

handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya.[47]

Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long

dari China di Terbuka India.[48]

Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa

pihak berwajib agar memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia.[49]

Pada bulan Mei, Lee

membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala

Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin

Dan.[50]

Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,[51]

dan Terbuka Malaysia Grand

Prix Gold,[52]

biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan

oleh Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.[53]

Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal

Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008.[54]

Beliau

Page 8: Tokoh Bola Sepak PDF

8

pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong Mew Choo, [55]

sehingga

mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan September.[56]

Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan cita-cita

merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir.[57]

Setelah berehat

selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin Dan di suku akhir[58]

;

diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan Simon Santoso[59]

. Kecederaan yang

dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009.

Setelah menjauhi Terbuka Denmark[60]

dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai

Terbuka Hong Kong pada 15 November[61]

, tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka

China tiga hari kemudian[62]

. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–

6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan

perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo menjuarai perseorangan wanita.[63]

Walau

bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu

kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih demi menyembuhkan kecederaan lutut yang dialaminya

itu.[64][65]

2010[sunting]

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka

Korea[66]

dan Terbuka Malaysia[67]

(yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua

kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh[68]

menjuarai Kejohanan All-

England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di

perlawanan berprestij itu di Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di

perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.[69]

Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk

menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun.[70]

Di suku akhir, beliau

menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir.[71]

Di

separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan

tanpa kalah sejak awal tahun ini.[72]

Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku

akhir.[73]

Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia,[74]

Terbuka Malaysia Grand

Prix Emas pada bulan Julai,[75]

dan Terbuka Makau pada bulan Ogos.[76]

Pada akhir bulan Ogos, Lee

mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat

suku akhir.[77]

Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang

yang dialaminya selepas pusingan ketiga.[78]

Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin

Dan di Terbuka Jepun.[79]

Page 9: Tokoh Bola Sepak PDF

9

Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat

emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan

pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan.[80]

Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat

perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi

merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir.[81]

Pada akhir tahun, Lee

menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut[82]

, dan gelaran Super Series Master

Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.[83]

2011[sunting]

Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh,[84]

tetapi gagal mempertahankan

kejuaraan Terbuka Korea, yang menjadi kejohanan sejuta dolar terulung dalam sukan badminton, setelah

kecundang di tangan Lin Dan lagi.[85]

Pada Mac, Lee mudah melangkah ke peringat akhir Terbuka All

England buat kali ketiga berturut-turut lantas mempertahankan kejuarannya dengan kemenangan straight

set ke atas Lin Dan, lalu mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.[86]

Lee Chong

Wei kemudiannya memenangi kejohanan super series India pertama buat dirinya. Dia juga telah

menyertai skuad badminton kebangsaan Malaysia untuk beraksi di Sudirman cup, tetapi gagal ke separuh

akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada Korea.

Pada 1 Mei, Lee Chong Wei julung kali menjuarai Terbuka India,[87]

diikuti oleh kejuaraan Grand Prix Emas

Terbuka Malaysia seminggu kemudian.[88]

Walaupun Lee memenangi semua perlawanannya dalam Piala

Sudirman, namun perjuangan Malaysia berakhir di suku akhir setelah ditumpaskan oleh Korea Selatan 2–

3.[89][90][91]

Pada lewat bulan Jun, beliau menjuarai Terbuka Indonesia, sekaligus menjadi pemain bukan

Indonesia pertama yang membuat hatrik dalam kejohanan itu.[92]

Harapan Lee untuk menjadi jaguh Malaysia pertama yang meraih pingat emas di Kejohanan Dunia ranap

setelah ditewaskan oleh Lin Dan di pusingan akhir. Walaupun menguasai permainan, namun beliau

terlepas dua mata penamat di set penentu.[93]

Pada bulan September, Lee juga gagal mempertahankan

kejuaraan Terbuka Jepun setelah ditewaskan oleh bintang baru China, Chen Long.[94]

Pada bulan

Oktober, beliau tewas kepada Chen Long sekali lagi dalam cubaan memenangi kejuaraan Terbuka

Denmark yang kedua.[95]

Seminggu kemudian, beliau memenangi Terbuka Perancis.[96]

Ini disusuli dengan

tiga kali berturut-turut tersingkirnya di peringkat separuh akhir di Terbuka Hong Kong,[97]

Terbuka

China,[98]

dan Kejohanan Akhir Masters.[99]

2012[sunting]

Lee memulakan tahun Olimpik dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus

kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set.[100]

Seminggu

kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia yang

Page 10: Tokoh Bola Sepak PDF

10

kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37

minit.[101]

Pada bulan Mac, Lee kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik diri dalam

pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk menjadi pemain lelaki

pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England tiga kali berturut-

turut.[102]

Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan

akhir Terbuka India,[103]

tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat

kali keempat berturut-turut pada bulan Mei.[104]

Lee terpaksa berehat selama tiga empat minggu setelah

cedera di buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark.[105]

Pada bulan

Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008,[6]

Lee akhirnya jatuh dari

tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF.[106]

Lee kembali beraksi di gelanggang buat julung kali semenjak kecederaan itu pada Sukan Olimpik London.

Beliau menang tipis ke atas Ville Lång dari Finland setelah bermain tiga set dalam pusingan

pertama,[107]

dan menyatakan tekanan sebagai punca nyaris kalah.[108]

Di pusingan kedua, beliau menang

muda ke atas Simon Santoso dari Indonesia,[109]

kemudian menewaskan Kashyap Parupalli dari India di

suku akhir.[110]

Di separuh akhir, Lee mengalahkan Chen Long dari China dalam dua set walaupun

dikhuatiri bahawa lawannya itu sukar untuk diatasi, dan bertemu lagi dengan Lin Dan di pusingan akhir

buat kali kedua dalam Sukan Olimpik.[111]

Ini juga pertembungan kedua mereka di Arena Wembley selepas

Kejohanan Dunia 2011. Lee mendahului setelah memenangi set pertama, tetapi Lin melanjutkan

perlawanan kepada set ketiga. Walaupun banyak mengungguli sepanjang set ketiga itu, namun Lin

sempat memintas beliau dan menang 21–19, sekaligus memaksa Lee sekali lagi berpuas hati dengan

pingat perak.[4

Page 11: Tokoh Bola Sepak PDF

11

Nicol Ann David

Kehidupan peribadi

Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan

Desmond David, seorang jurutera berketurunan India[3][4] yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak

negeri.[5][6] Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl,[7] yang merupakan pemain skuasy cemerlang di

peringkat kebangsaan.[8] Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah; [9] beliau

pernah bercita-cita menjadi jurutera.[9] Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi

dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane,

Pulau Pinang.[10] Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).

Anugerah dan penghormatan

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.)[11] sempena sambutan hari keputeraan Yang di-

Pertuan AgongTuanku Mizan Zainal Abidin.[12] Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26

Jun 1975.[12] Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains

dan kemanusiaan.[11][12]

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang

di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[13] Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah

Setia Pangkuan Negeri award (DSPN),[14] yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang

dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang.[13] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad

Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,[15] pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.[5] Pada tahun

2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.[10] Nicol turut menerima

anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.[16][17]

Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004,[18][19] di

samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu.[20]

Kerjaya[sunting]

Sebelum 2000: Zaman junior

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih sejak usia lapan

tahun.[9]Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee Phoeh Hoon,[21] yang kemudiannya

memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang, bersama adik-beradiknya.[8] Kerjaya skuasy Nicol

bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri

Pulau Pinang.[22] Juga pada tahun 1992, beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan

Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-

Page 12: Tokoh Bola Sepak PDF

12

16.[22] Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk temasya Sukan Malaysia,

apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika

itu.[4] Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka

Junior Scotland Bawah-12.[22]

Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium, menjadikannya pemain perempuan

termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun.[23] Yang menariknya, beliau menumpaskan tiga orang pemain

yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan itu.[23] Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang

pada tahun 2001, oleh itu beliau merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang

sejarah skuasy;[24][25] ketika itu, beliau dilatih olehRichard Glanfield.[26]

Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka Junior British (juara Bawah-

17),[27]Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19),[4] Sukan SEA (Juara kategori Senior dan Pasukan),[4] dan Juara Junior Asia

untuk acara individu dan pasukan.[28]

Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di mana murid sekolah

berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3,

9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan itu. [4][23] Nicol mencapai

pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun.

Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember

1998.[23] Nicol juga merupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di

Terbuka Junior British.[27]

2000–2004: Menjadi profesional

Nicol menyertai WISPA lalu menjadi profesional pada tahun 2000[4][29] apabila memenangi kejuaraan WISPA sulung selepas

hanya sebulan berjelajah di bawah lembaga skuasy tersebut.[30] Ini menjadi kenyataan pada bulan Februari, apabila beliau

mengalahkan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor dengan markah 9–1, 9–0, 9–5.[30] Sebulan selepas

itu, syarikat Hotel Equatorial mengumumkan penajaan sedunia buat beliau selama dua tahun.[28] Nicol turut meraih penajaan

untuk jelajah WISPA oleh syarikat Dunlop.[22]

Pada tahun 2001, Nicol yang ditaja oleh Dunlop Sport sepanjang kerjaya junior dan WISPA sehingga masa itu,

menandatangani perjanjian dua tahun bersama syarikat raket Head dan konglomerat tempatan, Mulpha Sports.[31] Pada

bulan Julai, Nicol merangkul kejuaraan Junio Sedunia keduanya dengan menumpaskan Omneya Abdel Kawy dalam masa

hanya 17 minit dengan markah 9–2, 9–4, 9–2 di pusingan akhir.[25] Beliau merupakan pemain skuasy perempuan pertama

yang menjuarai Kejohanan Junior Sedunia dua kali.[24][32] Nicol turut memenangi acara perseorangan di Kejohanan Skuasy

Junior Asia dengan menewaskan rakan senegara, Tricia Chuah di pusingan akhir dengan markah 9–5, 9–6, 9–0, di samping

membantu pasukan Malaysia merangkul kejuaraan acara berpasukan.[33]

Pada tahun 2002, Nicol menumpaskan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai

Terbuka Kuala Lumpur buat kali kedua dalam kerjayanya.[34] Beliau bersama Ong Beng Hee dalam acara beregu campuran,

memenangi pingat perak untuk skuad negara di Sukan Komanwel 2002 setelah kalah kepada Glen Wilson dan Leilani

Rorani di pusingan akhir.[35] Pada awal tahun itu, Nicol menangkis saingan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 9–

2, 9–7, 8–10, 9–4 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur yang kedua dalam kerjayanya.[36] Akan tetapi, Nicol gagal

mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2002 setelah kecundang 9–7, 9–5, 9–7 kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong di

pusingan akhir di Busan, Korea Selatan.[37]

Prestasi Nicol pada tahun 2003 tidak begitu memberangsangkan, beliau dua kali kalah dalam pusingan akhir; di negara

sendiri, beliau tewas kepada Cassie Jackman yang lebih berpengalaman, kemudian tersungkur di tangan Linda Elriani di

Monte Carlo Classic pada bulan November.[38] Beliau mencapai pusingan akhir Terbuka Dunia di Hong Kong, tetapi

dihambat oleh Cassie Jackman dengan mata 9–6, 9–3, 9–4.[39] Nicol kurang menyerlah juga dalam acara utama WISPA

yang lain; beliau tersingkir di pusingan pertama Terbuka AS Carol Weymuller, [40] Terbuka British[41] dan Terbuka Texas.[42] Di

Terbuka Qatar Classic, Nicol kecundang di pusingan kedua kepada Natalie Grinham dengan mata 9–2, 7–9, 9–0, 9–4.[43]

Pada tahun 2004, Nicol sekali lagi tidak dapat meraih apa-apa kejuaraan. Pencapaiannya yang terbaik termasuk memasuki

pusingan akhir Terbuka Kuala Lumpur[44] dan Terbuka Malaysia.[45] Mujurlah, Nicol mulai menunjukkan peningkatan pada

Page 13: Tokoh Bola Sepak PDF

13

bulan Disember apabila mencapai pusingan akhir Kejohanan WISPA WorldStars di Shanghai [46] dan separuh akhir Terbuka

Dunia,[47] supaya naik dua tangga ke tangga #4 dalam ranking WISPA Januari 2005.[48]

2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak

Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun ini pulang ke tanah air

pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Dunia di Jerman untuk menjadi juara skuasy termuda di

dunia.[49] Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka

Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara tersebut.[50] Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di

Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia pertama yang merangkul

kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah

menumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit.[51]Dalam masa dua bulan

selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas dalam ranking dunia buat julung

kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.[52]

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga Malaysia dan

wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan ini.[53][54] Beliau juga menjadi orang ke-12 yang

memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada April 1983. [54] Nicol membuka tahun 2006

dengan hambar kerana kalah dua kali kepadaVanessa Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka

Apawamis[55] dan Terbuka Kuala Lumpur[56]. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh

ke tangga #2 dalam ranking dunia.[57] Apapun, Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut

lalu merampas kembali kedudukan #1 dunia.[58] Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Dunia di Belfast pada

25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang

hebat dalam Terbuka Dunia Wanita.[59] Beliau menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali

kedua berturut-turut, dan orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah.[60] Nicol

turut menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge,[61] Kejohanan Terbuka British Dunlop,[62] Terbuka Hong

Kong,[63] Terbuka Pulau Pinang[64] dan Terbuka Malaysia CIMB.[65] Nicol mengungguli ranking WISPA Disember dengan

purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing terdekatnya, Rachael Grinham,[66] dan dalam Anugerah WISPA tahunan

kedua pada bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua. [67]

2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi

Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael Grinham dari Australia di

perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit.[68] Sebulan kemudian, Nicol sekali lagi gagal

mempertahankan kejuaraanTerbuka Dunia kerana tersungkur di tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah

0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69 minit.[69] Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir

kejohanan sejak April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya di Sukan

Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini.[70] Pada bulan Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati

Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga kesukanan. [71]

Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah.[72] Nicol David melengkapkan

tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific[73] buat kali

ketiga berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53

perlawanan.[73][74] Nicol meraikan setahun kalendar penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking

Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga teratas.[75] Kejayaan

WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari,[76] diikuti dengan

Terbuka KL di Malaysia,[77] Terbuka British di England,[78] Terbuka Seoul di Korea Selatan,[79] Terbuka Malaysia,[80] Masters

Singapura,[81] Terbuka Belanda,[82] Terbuka Dunia di England,[83] Qatar Classic[84] dan Terbuka Hong Kong.[73] Di luar jelajah

WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari,

setelah memenangi yang pertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998,[85] kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk

menggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.[86]

2009–kini: Mencapai rekod

Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA, Nicol menerajui jaguh empat

teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di tangga #2; kakaknya Rachael Grinham (Australia) di

Page 14: Tokoh Bola Sepak PDF

14

#3; dan Natalie Grainger(Amerika Syarikat) di #4.[75] Dalam pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala

Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie

Grainger di pusingan akhir.[87] Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman

yang julung kali diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan kemenangan 11–8, 11-6,

11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah

WISPA.[88] Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan

saingan Grainger, kali ini dengan empat set.[89]

21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya Seoul keduanya dengan

menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set.[90] Sebulan kemudian, pada 24 Julai, beliau mempertahankan pingat

emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam tiga set. [91][92] Seminggu

kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–

11, 11–7 ke atas Alison Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol menjadi jaguh pertama

yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975.[93]

Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk memenangi kejohanan

Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalam sebulan.[94] Beliau mengatasi Natalie dalam

tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA kelimanya dalam tahun itu.[94] Nicol kemudiannya mencapai

satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia

dalam Ranking Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yang

ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita.[95]Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di

suku akhir Terbuka British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit untuk menumpas

musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali

keempat.[96]Nicol mengakhiri tahun ini dengan hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar

Classic dan Terbuka AS.[97]

Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut.[98] Wajahnya muncul dalam

kalendar WISPA untuk bulan Januari.[99] Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai

AS$53,000 pada bulan Mac;[100] beliau memenangi semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan

kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan juaranya.[101] 13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur,

Nicol mengetepikan Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat

kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu.[102] Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas

dimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008.[103] Nicol meneruskan kecemerlangannya sepanjang tahun

2010 dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij”[104][105][106] pada 22 September.[107] Kemenangan Terbuka

Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus menyamai rekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang

terbanyak.[108] Pada bulan Oktober, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol

menumpaskan Jenny Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas.[109] Kemudian, Nicol ke

kejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliau menumpaskan Rachael

Grinham 12–10, 11–4, 11–5 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-turut.[110]

Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah Dunia WISPA

keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali lagi menewaskan Rachael Grinham 11–5,

11–8, 11–9 dalam masa 34 minit sahaja[111], sekaligus melengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan

WISPA sepanjang tahun 2010.[112] Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan

Asia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 11–8, 8–11, 11–6, 11–7 di Guangzhou, China.[113] Di temasya yang

sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia menggondol sebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy

berpasukan wanita dengan menumpaskan pasukan Hong Kong juga.[114]

Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah Nicol David selama 14 bulan

akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari England 9–11, 7–11, 11–9, 8–11 di Cleveland Classic

di Amerika Syarikat.[115] Sebulan kemudian, pada awal bulan Mac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF

di Chennai, India, tetapi beliau direhatkan pada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee Wern untuk

mengambil tempatnya, namun pasukan Malaysia kalah 2–1 kepada pasukan England.[116] Walau apapun, Nicol tetap

memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010 buat kali kelapan pada 16 Mac 2011. [117] Pada 20 Mac, tuah kembali

Page 15: Tokoh Bola Sepak PDF

15

menyebelahi Nicol apabila beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dengan

menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 11–6, 11–6, 11–2 dalam masa setengah jam sahaja

Page 16: Tokoh Bola Sepak PDF

16

Misbun Sidek Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Mohmed Misbun bin Datuk Haji Mohd Sidek, DMSM (nama singkatan: Bun) (lahir 17

Februari 1960 di Kancung Darat,Banting, Selangor) seorang bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia.

Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima adik beradiknya.

Beliau dan kesemua adik beradiknya pernah terlibat secara aktif di pentas badminton antarabangsa.

Zaman Kanak-kanak

VISI Datuk Sidek Abdullah Kamar untuk melihat anak-anaknya menjadi jagoan badminton bermula dengan

anak lelaki pertamanya, Misbun sebagai eksperimen.

Ketika usianya mencecah tujuh tahun iaitu pada 1967, Misbun sudah mula dilatih secara serius oleh bapanya

di gelanggang badminton di hadapan rumah mereka di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor. Dua

tahun kemudian, rutin sama turut dilalui adiknya, Razif dan Jalani setahun kemudian.

Namun di peringkat awal, bakat Misbun dalam badminton ditenggelami adiknya, Razif. Razif atau dikenali Mok

di kalangan adik-beradik, lebih berdisiplin dan jarang ponteng latihan, berbanding Misbun dan Jalani yang lebih

nakal. Tetapi sejak kategori bawah umur 15 tahun, Misbun sudah mula menewaskan Razif yang dua tahun

lebih muda darinya.

Karier Awal

PADA usia 16 tahun, Misbun Sidek terpilih mewakili negara dalam Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong

berikutan kejayaannya muncul juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

(MSSM). Selain kejohanan itu, anak kedua daripada lapan beradik itu juga terpilih ke Terbuka Australia atau

lebih dikenali dengan nama Silver Bowl.

Page 17: Tokoh Bola Sepak PDF

17

Di peringkat kebangsaan, Misbun terus mengekalkan dominasinya dan melakar gelaran hatrik bawah 18 tahun

pada 1978, diikuti kategori bawah 21, setahun kemudian.

Pada 11 November 1976, Stadium Negara bergema menandakan dominasi keluarga Sidek bermula. Selepas

Misbun muncul juara bawah 18 tahun beberapa bulan sebelumnya, adiknya, Razif dan Jalani muncul juara

bawah 15 tahun MSSM selepas menewaskan pasangan Negeri Sembilan, Michael Chua dan Lim Jit Eng 15-

10, 15-1.

Razif juga unggul dalam acara perseorangan dengan menewaskan pemain Pulau Pinang, Chung Peng Hoong

15-9, 15-3. Misbun menemani bapanya, Datuk Sidek Abdullah Kamar menyaksikan detik bersejarah itu.

Misbun bertembung buat pertama kali dengan Razif dalam kategori 18 tahun merebut gelaran Novices

Selangor di Dewan SBA, Kampung Attap pada 30 Januari 1977. Pertembungan itu amat dinantikan kerana

Misbun adalah juara bawah 18 tahun MSSM manakala Razif unggul dalam kategori bawah 15.

Sesuai dengan statusnya sebagai abang, Misbun menewaskan Razif dalam saingan sengit rubber game 10-

15, 15-5, 15-2. Setahun kemudian, pada usia 18 tahun, Misbun sudah terpilih untuk menjalani latihan skuad

Piala Thomas negara. Dia boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain senior ketika itu

seperti Suffian Abu Bakar, James Selvaraj, Saw Swee Leong, Phua Ah Hua Moo Foot Lian, Ong Teong Boon,

Ho Khim Soon dan Kwek Chiew Peng.

Karier[sunting]

Selepas beberapa tahun menimba pengalaman di pentas antarabangsa, Misbun merangkul kejuaraan

pertamanya di Terbuka Jerman diikuti dengan kemenangannya ke atas Liem Swie King di Sukan Sea 1981,

selain bergelar juara kebangsaan. Kejayaan itu melayakkan Misbun bergelar Olahragawan Kebangsaan 1981.

Ketika final Piala Dunia 1982 di Stadium Negara, Misbun Sidek tewas kepada bintang Indonesia, Lim Siew

King. Walhal dia ada peluang memenangi perlawanan. Selepas kalah set pertama 12-15, Misbun bangkit untuk

menang set kedua 15-3 dan mendahului 10-1 pada set penentuan. Sepanjang kejohanan itu, Misbun beraksi

cemerlang. Dalam laluannya hingga ke final, dia menundukkan pemain terkemuka seperti Luis Pongoh dari

Indonesia, Morten Frost Hansen (Denmark) dan Prakash Padukone (India). Pada awal September 1982, ketika

persiapan menghadapi Sukan Komanwel dan Asia, Misbun tiba-tiba mengejutkan pegawai Persatuan

Badminton Malaysia (BAM) dan peminat apabila meninggalkan kem latihan skuad negara di Pusat Latihan

Polis (Pulapol) bersama rakan sepelatihnya, Ajib Mohiddin. Selain muncul naib juara dunia, Misbun juga

memenangi Terbuka Sweden dan mengekalkan kejuaraan kebangsaan pada 1982.

Setahun kemudian, dia muncul juara Terbuka Jerman, Sweden, Kanada, separuh akhir Piala Dunia dan tempat

ketiga Kejohanan Grand Prix Dunia. Dalam kejohanan Piala Dunia, Misbun tewas kepada pemain Indonesia,

Hastomo tetapi penampilan uniknya nyata menarik perhatian peminat membanjiri Stadium Negara. Malah

penampilan warna warni Misbun sedikit sebanyak membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Page 18: Tokoh Bola Sepak PDF

18

memenuhkan kantung dengan hasil jualan tiket luar dugaan. Pada 19 Ogos 1983, ketika Misbun bertemu Jens

Peter Nierhoff dari Denmark, dilaporkan BAM mengutip tiket berjumlah RM70,000, keesokannya bertemu

pemain China, Chen Changjie (RM117,000) manakala ketika tewas kepada Hastomo, jualan tiket adalah

RM128,840.

Bakat, penampilan dan karisma Misbun turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Pada 7 Oktober

1983, Misbun menempa sejarah sebagai pemain pertama Asia Tengara dan kedua Asia selepas jaguh India,

Prakash Pradukone menjadi pemain profesional di bawah International Management Group (IMG).

Pengiktirafan itu suatu yang menakjubkan kerana Misbun kini setaraf dengan bintang antarabangsa lain di

bawah IMG seperti Bjorn Borg, Jimmy Connors, Jack Nicklaus, Arnold Palmer, Sebastian Coe dan Alberto

Salazar.

TAHUN 1984 menyaksikan Misbun Sidek membuat kejutan apabila mengambil keputusan menunaikan haji di

Mekah pada usia 24 tahun. Namun pada 30 September 1984, Misbun tiba-tiba sakit akibat kekeringan air

dalam badan di Mekah dan ia menggemparkan keluarga serta peminat badminton negara. Misbun pulang ke

tanahair pada 4 Oktober 1984. Pada bulan sama, Misbun kembali memegang raket dan mewakili Malaysia ke

Terbuka Kanada.

Pada 8 Januari 1985, sejarah tercipta lagi dalam keluarga Sidek. Kali ini, mereka menjadi keluarga terbesar

mewakili negara dalam kejohanan luar negara. Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid terpilih kali pertama

beraksi bersama di pentas antarabangsa di Terbuka Hong Kong. Maka lengkaplah Sidek Brothers - lima anak

lelaki keluarga Sidek.

Apapun, di sebaliknya penampilan peliknya, Misbun masih mampu menyinar di pentas antarabangsa dengan

gelaran terakhir dicapai pada 1988 selaku naib juara Piala Thomas, selepas tewas kepada China 4-1. Setahun

kemudian, Misbun mengambil keputusan nekad untuk bersara. Hatinya masih kuat untuk bermain namun

keadaan fizikalnya tidak mengizinkan.

Anugerah Datuk

Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatih badminton kebangsaan Misbun Sidek

dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang

di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada bekas pemain

badminton kebangsaan di Istana Melaka.

Pencapaian

Juara Badminton Kebangsaan Malaysia 1980, 1981, 1982, 1983, 1984, 1986, 1987

Juara Terbuka Jerman 1981, 1983

Naib juara Piala Dunia 1982

Page 19: Tokoh Bola Sepak PDF

19

Juara Terbuka Sweden 1982, 1983

Juara Terbuka Kanada 1983

Naib juara Seluruh England 1986

Naib juara Terbuka Malaysia 1986

Juara Terbuka Singapura 1987

Juara Terbuka Taiwan 1987

Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan lelaki)

Page 20: Tokoh Bola Sepak PDF

20

R. Arumugam

R. Arumugam (31 Januari 1953 - 18 Disember 1988) merupakan seorang pemain bola sepak legenda yang

berasal dariSelangor. Beliau juga dikenali sebagai "Spiderman" kerana tangannya yang panjang dan

kebolehannya menangkap cantik percubaan-percubaan pasukan lawan. Beliau telah dilahirkan pada 31

Januari 1953 di Pelabuhan Klang. Beliau telah memulakan kerjaya bola sepaknya daripada umur yang sangat

muda. Beliau memulakan penampilannya dengan pasukanSelangor FA apabila berusia 18 tahun di dalam

pertandingan Piala Remaja Burnley dalam tahun 1971. Beliau mewakiliSelangor FA dalam pertandingan Piala

Malaysia dari tahun 1972 hingga 1988, satu tempoh di mana Selangor FA telah memenangi Piala Malaysia

sebanyak lapan kali.

Pasukan kebangsaan

R. Arumugam telah mendapat panggilan daripada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dalam tahun

1973 pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul, Korea Selatan. Semasa zamannya bersama pasukan

kebangsaan, beliau telah menolong Malaysia memenangi Pestabola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976,

dan 1979. Beliau juga mewakili Malaysia dalam tahun-tahun 1973, 1975, 1977, 1979, 1981, 1983 dan 1985 di

dalam Sukan SEA. Kejayaan terbesar beliau dengan pasukan kebangsaan adalah pingat gangsa bagi Sukan

Asia 1974 di Teheran, Iran. Beliau juga telah menolong Malaysiamelayakkan diri ke Sukan Olimpik Moscow

1980 tetapi Malaysia telah membuat keputusan untuk memboikot sukan Olimpikberkenaan. R. Arumugam

telah mendapat 196 kaps (bukan semua perlawanan antarabangsa bersifat kelas A) bagi Malaysia semasa

zamannya bersama pasukan kebangsaan semenjak 1973 apabila beliau bersara daripada arena antarabangsa

pada tahun 1986. Sasaran asalnya adalah untuk mendapat 200 kaps.

R.Arumugam telah memberikan sumbangan lebih besar daripada hanya bermain bola sepak. Dalam tahun

1983, beliau telah menubuhkan kelabnya sendiri, Starbrite SC, sebagai sebahagian daripada sumbangan

peribadi kepada remaja-remaja di kawasan perumahannya.

Beliau telah terbunuh di dalam satu perlanggaran kereta di Lebuhraya Persekutuan berdekatan Petaling

Jaya pada 18 Disember 1988. Beliau telah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan.

Page 21: Tokoh Bola Sepak PDF

21

Sebagai pengiktirafan khidmatnya kepada negeri dan negara, Persatuan Bola Sepak Selangor dan Public

Bank di mana Arumugam bekerja telah memulakan satu dana di atas nama R. Arumugam pada 5 Januari,

1989.