latih tubi permainan bola jaring dan bola sepak

39
NAMA : NOR HIDAYAH BINTI CHEK MEH KELAS : PJ A NAMA PENSYARAH : ENCIK ELIAS BIN TALIB PJM 3109 LATIH TUBI PERMAINAN BOLA JARING DAN BOLA SEPAK UNTUK KANAK – KANAK

Upload: anonymous-vzuauq50

Post on 02-Dec-2015

467 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

NAMA : NOR HIDAYAH BINTI CHEK MEH

KELAS : PJ A

NAMA PENSYARAH : ENCIK ELIAS BIN TALIB

PJM 3109

LATIH TUBI PERMAINAN BOLA JARING

DAN BOLA SEPAK UNTUK KANAK – KANAK

LATIH TUBI KEMAHIRAN TENDANGAN LERET

(Menggunakan dalam kaki)

BOLA SEPAK

LATIH TUBI INDIVIDU

• Semua murid duduk dalam keadaan berselerak di dalam kawasan yang ditanda oleh guru.

• Murid diberi bola takraw dan bola sepak.

• Arahan pertama murid dikehendaki menyepak bola takraw dengan cara sepak sila untuk membiasakan murid dengan menyepak bola dengan mengunakan dalam kaki.

• Seterusnya, guru memberi arahan dengan menyepak atau membuat kontek dengan bola di tengah – tengah belakang bola menggunakan bola sepak.

• Bola sepak digunakan bagi aktiviti seterusnya.

• Arahan kedua murid dikehendaki untuk membuat sepakan leret menggunakan dalam kaki sambil berlari secara perlahan – lahan ke hadapan.

• Murid diminta menyepak bola sambil kaki yang menyepak bola mengikut lajak ke hadapan.

• Latih tubi dilaksanakan beberapa minit sehingga mendapat arahan untuk berhenti.

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Sepak sila dalam keadaan statik.Arahan 2 : Membuat sepakan leret sambil berlari kehadapan.

ASPEK KESELAMATAN- Murid berada dalam keadaan sihat.- Pakaian yang sesuai.- Buat aktiviti

memanaskan badan.- Ruang yang cukup.- Peralatan yang

selamat.

Aktiviti ‘SILA-SILA’

LATIH TUBI BERPASANGAN

• Murid duduk secara berhadapan dengan rakan.

• Aktiviti menggunakan bola sepak.

• Murid akan membuat sepakan leret ke hadapan dalam jarak ½ meter.

• Sepakan dilakukan secara berselang seli.

• Sepakan dilakukan dengan perlahan.

• Murid yang menahan bola tersebut dan membuat sepakan leret kepada rakannya semula.

• Guru memastikan murid menyepak bola menggunakan dalam kaki.

• Guru juga memastikan murid mengikut lajak ke hadapan semasa membuat sepakan leret

sambil badan dibengkokkan sedikit.

• Arahan kedua, guru meminta murid bergerak kebelakang sejauh 1 meter.

• Sepakan yang dilakukan dengan semakin kuat.

• Aktiviti dilakukan sehingga menerima arahan guru untuk berhenti.

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Bergerak dari posisi ½ meter dengan rakan kepadajarak 1 meter.

ASPEK KESELAMATAN- Ruang yang selamat.- Cuaca yang sesuai.- Guru peka terhadap

pergerakan murid. - Keadaan peralatan

yang selamat.

½ m1 m

Aktiviti ‘DALAM KAKI SAYA’

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpuan A dan B.

• Kedua – dua kumpulan berada secara berhadapan dalam jarak 6 meter.

• Kumpulan A akan membuat sepakan leret menggunakan teknik – teknik yang telah dipelajari

sebelum ini.

• Kumpulan A akan membuat sepakan leret kepada kumpulan B melalui 2 skitel.

• Kemudian Kumpulan B membuat sepakan leret kembali kepada kumpulan A.

• Selepas membuat sepakan leret, murid akan bertukar tempat.

• Aktiviti dilaksanakan dengan mengaplikasikan kesemua teknik yang dipelajari

• Aktiviti di ulang sebanyak 3 set.

LATIH TUBI BERKUMPULAN

Kumpulan B

Kumpulan A

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Bergerak untuk menyepak bola pada tempat yang sesuai.

ASPEK KESELAMATAN- Ruang yang selamat.- Cuaca yang sesuai.- Guru peka terhadap

pergerakan murid. - Keadaan peralatan

yang selamat.

Aktiviti ‘MASUK GERBANG’

LATIH TUBI KEMAHIRAN MENANDUK BOLA (menanduk ke hadapan)

• Semua murid duduk dalam keadaan berselerak dan diberikan dua jenis bola iaitu bola getah kanak – kanak dan bola sebenar.

• Arahan pertama murid dikehendaki melambung bola getah kanak – kanak dan menanduk ke atas supaya dapat merasai pengalaman menanduk tanpa rasa takut.

• Guru mengarahkan supaya murid membengkokkan lutut sebelum berlaku kontek antara kepala dan bola.

• Bola yang ditanduk ke atas tidak begitu rendah dan tidak begitu tinggi.

• Semasa membengkokkan lutut, murid boleh sama ada ingin meletakkan sebelah kaki di hadapan atau tidak.

• Guru akan meniup wisel supaya mereka menukar bola dan menanduk menggunakan bola sepak pula.

• Penggunaan bola getah kanak – kanak dan bola sepak adalah berselang seli.

• Aktiviti berterusan sehingga mendapat arahan guru supaya berhenti.

BOLA SEPAK

LATIH TUBI INDIVIDU

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Menanduk dan bergerak di dalam kawasan yang ditetapkan sahaja.

ASPEK KESELAMATAN- Membuat regangan di

bahagian sternokleidomastoid.

- Ruang yang cukup.- Guru peka terhadap

pergerakan murid. - Menggunakan bola

yang sesuai.

Aktiviti ‘TANDUK COMEL’

• Pasangan duduk secara berhadapan antara jarak 1 meter.

• Aktviti menggunakan bola sepak.

• Salah seorang daripada pasangan ini akan melambung bola ke arah rakan di hadapannya.

• Murid yang menerima bola harus menanduk bola itu kepada pasangannya.

• Semasa membuat tandukan, guru menekankan supaya membengkokkan sedikit lutut dan

sebelah kaki membuat ikut layak melepasi garisan hitam yang telah ditanda.

• Setiap murid perlu melakukan tandukan sebanyak 10 kali.

• Aktiviti menanduk dilakukan secara berselang seli dengan pasangan.

• Aktiviti dihentikan apabila mendapat arahan dari guru.

LATIH TUBI BERPASANGAN

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Kaki mengikut lajak melepasi garisan hitam di hadapan murid.

ASPEK KESELAMATAN- Ruang yang cukup.- Guru peka terhadap

pergerakan murid. - Menggunakan bola

yang sesuai.

Aktiviti ‘TANDUK DIA!’

LATIH TUBI BERKUMPULAN

• Murid membentuk bulatan.

• Di dalam bulatan tersebut terdapat seorang rakan yang akan menjadi orang tengah.

• Murid yang berada di tengah akan melambung bola kepada rakan yang mengelilinginya.

• Apabila kesemua murid telah membuat tandukan, murid yang berada di tengah tadi akan

keluar untuk membuat aktiviti tandukan.

• Salah seorang murid yang berada di luar akan menggantikan tempat untuk berada di tengah.

• Kesemua teknik yang dipelajari diaplikasikan.

• Aktiviti dihentikan apabila semua murid di luar telah masuk ke dalam bulatan.

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

½ m1m

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Murid akan bergerak dari jarak ½ meter kepada jarak 1 meter. Arahan 2 : Bergerak menukar tempat.

ASPEK KESELAMATAN- Guru pastikan pergerakan

lancar supaya dapat elak kecederaan.

- Memeriksa keadaan bola sebelum digunakan sama ada terdapat sesuatu yag bahaya seperti paku dan batu.

Aktiviti ‘AYUH PUSING’

LATIH TUBI KEMAHIRAN MENJAGA GOL (menyambut bola leret)

BOLA SEPAK

LATIH TUBI INDIVIDU

• Murid berdiri di hadapan dinding.

• Aktiviti menggunakan bola getah kanak – kanak.

• Murid seterusnya menyepak bola ke dinding.

• Apabila bola kembali ke arah murid, murid perlu menyambut bola leret dalam keadaan sedia untuk

bertindak.

• Mata mengikut pergerakan bola sepanjang masa.

• Semasa ingin menyambut bola leret, tangan dan kaki akan melindungi atau menghadang bola

dengan kedua – dua tangan berada di hadapan badan.

• Satu gaya lagi adalah dengan sebelah kaki melutut semasa menyambut bola.

• Aktiviti diteruskan dengan meminta murid menambah jarak dari dinding.

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Menyepak bola dan bergerak menangkap bola leret mengikut kesesuaian bola yang sampai kepada murid.

ASPEK KESELAMATAN- Guru memastikan

keadaan diding adalah selamat.

- Bola dalam keadaan yang baik.

- Guru peka kepada keselamatan murid.

Aktiviti ‘DAKAP BOLA SAYA!’

• Murid berada dalam saling berpasangan.

• Aktiviti menggunakan bola getah kanak – kanak dan bola sepak.

• Salah seorang dari pasangan akan membelakangkan pasangannya.

• Pasangan yang membelakangkan rakannya akan melompat dan menghadap pasangannya kembali

apabila pasangannya menyebut perkataan “up!”.

• Setelah menghadap pasangannya, murid itu perlu melihat bola dan bersedia untu bertindak.

• Apabila sudah bersedia, murid menghadang bola dengan meletakkan kedua – dua tangan di

hadapan sambil sebelah kaki melutut semasa menyambut bola leret.

• Lima bola yang pertama menggunakan bola getah kanak – kanak manakala lima bola terakhir

menggunakan bola sepak.

• Aktiviti dilakukan berselang seli dengan pasangan.

LATIH TUBI BERPASANGAN

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN PERGERAKAN POSISI MURID

Arahan 1 : Bola akan dileretkan kepada pasangan.

ASPEK KESELAMATAN- Guru memastikan ruang

dan peralatan selamat dan mencukupi.

Bersedia untuk menghadap pasangan dan menyambut bola leret.

Aktiviti ‘MELUTUT INDAH’

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu penjaring gol dan penjaga gol.

• Dua kon disusun dalam jarak setengah meter sebagai palang gol.

• Guru akan bertindak untuk meleret bola kearah penjaring dan penjaring menendang leret

kepada penjaga gol.

• Penjaga gol perlu peka dengan setiap bola yang datang secara rawak kepadanya.

• Penjaga gol perlu melihat bola sepanjang masa dan menentukan masa untuk membuat

hadangan tangan ke depan dan melututkan sebelah kaki untuk menyambut bola.

• Aktiviti diteruskan sehingga kesemua murid telah menjadi penjaga gol.

LATIH TUBI BERKUMPULAN

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Penjaga gol bergerak menangkap bola leret mengikut kesesuaian bola yang sampai kepadanya.

ASPEK KESELAMATAN- Guru memastikan

keadaan sekeliling adalah selamat.

- Guru peka kepada keselamatan murid.

Aktiviti ‘AWAS PENJAGA!’

LATIH TUBI KEMAHIRAN HANTARAN DADA

BOLA JARING

LATIH TUBI INDIVIDU

• Murid akan menghantar bola aras dada pada sasaran di dinding dalam jarak 1 meter.

• Sebelum menerima bola, murid perlu menepuk tangan sebanyak sekali.

• Setiap hantaran perlu tepat pada sasaran.

• Jika tidak tepat murid perlu membuat hantaran semula.

• Semasa hendak membuat hantaran, guru perlu memastikan hantaran dibuat dengan

kedua – dua tangan.

• Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari- jari tangan melingkungi bola.

• Tindakan tolakan bola yang kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari

– jari.

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 :Murid membuat hantaran dan bergerak semasa hendak menerima bola.

ASPEK KESELAMATAN- Dinding yang diggunakan mesti

dalam keadaan yang selamat.

- Skitel yang diletakkan tidak boleh terlalu dekat kerana boleh mendatangkan kemalangan semasa beraktiviti.1 m

Aktiviti ‘HANTAR TEPAT’

LATIH TUBI BERPASANGAN

• Murid duduk berhadapan dengan pasangan masing – masing.

• Salah seorang dari pasangan akan membuat hantaran dada kepada pasangan

dihadapannya.

• Sebelum membuat hantaran rakan yang akan membuat hantaran akan menyebut “lompat!”

dan pasangannya perlu membuat lompat bintang sebanyak sekali.

• Selepas membuat lompat bintang, murid tersebut perlu bergerak satu langkah ke hadapan

dan cuba menerima hantaran yang diberi dan membuat hantaran aras dada semula kepada

pasangannya.

• Aktiviti dilakukan dengan mengaplikasikan semua teknik yang telah dipelajari sebelum ini.

• Aktiviti ini dilaksanakan secara berselang seli dengan pasangan masing – masing.

• Aktiviti akan dihentikan apabila mendapat arahan dari guru.

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Murid yang akan menerima bola perlu bersedia untuk membuat lompat bintang sebelum bergerak ke depan untuk menerima dan membuat hantaran dada kepada pasangannya.

ASPEK KESELAMATAN- Guru perlu menunjukkan cara

untuk membuat lompat bintang yang betul supaya pendaratan yang betul boleh dibuat.

Aktiviti ‘HANTARAN BINTANG’

LATIH TUBI BERKUMPULAN

• Murid akan membentuk seperti kipas.

• Seorang murid akan bertindak sebagai ketua kerana murid itu akan menghantar bola aras

dada kepada rakannya yang membentuk seperti kipas di hadapannya.

• A akan menghantar bola kepada B, B pula menghantar balik kepada A. A terus hantar

kepada C dan C akan hantar semula kepada A dan seterusnya sehingga A menerima

hantaran daripada F.

• Peserta F akan mengambil tempat A sebagai ketua.

• Latihan diteruskan sehingga A balik ke tempat asalnya.

• Hantaran aras dada dilaksanakan seperti yang telah dipelajarinya sebelum ini.

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN PERGERAKAN POSISI MURID

Arahan 1 : Posisi yang diduduki oleh A akan diganti oleh semua murid.

ASPEK KESELAMATAN- Murid perlu bergerak dengan berhati – hati supaya tidak akan berlaku persentuhan kasar semasa ingin menukar posisi.

A

B

C

D

E

F

Aktiviti ‘KIPAS BERGERAK’

• Murid membuat latihan tanpa bola .

• Murid diarahkan untuk membuat satu barisan memanjang.

• Guru menggunakan wisel untuk memberikan isyarat .

• Apabila wisel dibunyikan, murid perlu berlari pantas ke hadapan, dan berhenti serta

merta dengan sebelah kaki di hadapan.

• Apabila wisel dibunyikan lagi, murid perlu berlari, berhenti, tukar arah dan berlari semula

dengan berpatah balik ke tempat asal.

• Aktiviti dilaksanakan beberapa minit.

LATIH TUBI KEMAHIRAN GERAK KAKI

BOLA JARING

LATIH TUBI INDIVIDU

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Murid perlu berpatah balik ke tempat asal apabila guru meniup wisel dengan membuat pergerakan atau perlakuan yang telah ditetapkan oleh guru.

ASPEK KESELAMATAN- Guru perlu memastikan kawasan

yang digunakan adalah rata.

Aktiviti ‘AWAS GERAK KAKI!’

• Latihan dilaksanakan dengan bola.

• Latihan gerak kaki selalunya dibuat semasa latihan menghantar dan menyambut bola.

• Murid akan belari bebas, melambung bola ke depan kemudian melompat dan menyambut bola

sambil mendarat menggunakan kedua – dua belah kaki atau sesblah kaki iaitu satu kaki di

depan dan satu kaki di belakang.

• Murid akan membuat aktiviti tersebut sehingga guru meniup wisel untuk berhenti.

LATIH TUBI BERPASANGAN

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Murid – murid bergerak bebas sambil membuat perlakuan yang diminta oleh guru dengan arah pergerakannya adalah bebas.

ASPEK KESELAMATAN- Guru perlu memastikan

kawasan yang digunakan adalah rata dan tidak licin.

- Kawasan yang luas supaya tidak berlaku sentuhan kasar.

Aktiviti ‘SAMBUT ITU!’

• Gelanggang bola jaring digunakan .

• Murid 1 berdiri di tengah bulatan dengan bola.

• Setiap murid ditetapkan nombornya dan apabila nombornya disebut murid tersebut perlu

berlari ke depan dan menyambut bola yang dilambung oleh A, dan berpusing (berpaksi

atas sebelah kaki) dan terus menghantar balik pada A sebelum balik ke tempat asal.

• Pilihan nombor yang disebut semasa aktivi adalah secara rambang.

• Aktiviti tamat apabila semua murid telah membuat aktiviti gerak kaki tersebut.

LATIH TUBI BERKUMPULAN

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

1

237

65

4

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Nombor berkenaan adalah merujuk kepada nombor murid. Murid – murid perlu bersedia untuk bergerak dengan pantas kerana panggilan nombor adalah secara rawak.

ASPEK KESELAMATAN- Guru perlu memastikan

kawasan yang digunakan adalah rata dan tidak licin.

- Guru mengajar teknik membuat pusingan (paksikan kaki) dengan betul untuk mengelak dari terseliuh.

Aktiviti ‘SIAPA CEPAT DIA DAPAT’

• Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk membuat jaringan statik dengan dua belah tangan.

• Murid duduk statik dan berdiri secara seimbang.

• Kaki dijararakkan dan bola terletak di atas jari – jari dan bebola tangan (bukan di atas tapak tangan )

• Mata melihat sasaran dan rendahkan badan sambil membengkokkan lutut dan bola dibawa ke aras atas kepala.

• Sambil meluruskan lutut, siku tangan yang memegang bola diluruskan untuk menolak bola kesasarannya.

• Tidakan flick dengan pergelangan tangan dilakukan pada saat akhir dalam mengarahkan bola ke dalam bulatan.

• Pindahkan berat badan ke kaki depan apabila menolak bola.

• Aktiviti dihentikan apabila semua murid sudah membuat jaringan.

LATIH TUBI KEMAHIRAN MENJARING

(Menjaring dari kedudukan statik dengan dua belah tangan)

BOLA JARING

LATIH TUBI INDIVIDU

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN PERGERAKAN POSISI MURID

Arahan 1 : Murid akan bergerak dalam jarak yang sesuai untuk membuat jaringan.

ASPEK KESELAMATAN- Guru perlu memastikan tiang

jaring dalam keadaan yang selamat.

- Menggunakan bola yang berkeadaan baik.

Aktiviti ‘MENJARING CANTIK’

LATIH TUBI BERPASANGAN

• Aktiviti dilaksanakan secara berpasangan.

• Setiap pasangan akan terdiri daripada penghantar bola dan seorang lagi akan menerima dan

menjaring bola menggunakan kedua belah tangan dalam keadaan statik.

• Murid A akan menghantar bola kepada murid B yang bergerak untuk menerima hantaran.

• Kemudian murid A akan berpaksi atas sebelah kaki supaya menghadap tiang gol.

• Apabila kedudukan selesa murid akan menjaring dengan menggunakan dua belah tangan.

• Aktiviti dilakukan secara berselang seli dengan pasangan.

• Aktiviti berterusan sehingga semua pasangan Berjaya menjaringkan gol.

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Murid akan bergerak dalam jarak yang sesuai untuk membuat jaringan.

ASPEK KESELAMATAN- Guru perlu memastikan tiang

jaring dalam keadaan yang selamat.

- Memastikan kawasan rata dan licin untuk mengelakkan kecederaan.

A

B

Aktiviti ‘MATA TEPAT’

• Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.

• Setiap kumpulan berbaris memanjang di hadapan tiang gol.

• Setiap pasukan diberi 30 saat untuk menjaringkan gol seorang demi seorang.

• Selagi 30 saat belum tamat, percubaan boleh diteruskan seoarang demi seorang

(teapkan giliran pemain).

• Di akhir 30 saat, kumpulan yang mendapat jaringan terbanyak akan menjadi

pemenang.

• Aktiviti menuntut murid mengaplikasikan teknik yang dipelajari sebelum ini.

LATIH TUBI BERKUMPULAN

ORGANISASI KELAS DAN KESELAMATAN

PERGERAKAN POSISI MURID Arahan 1 : Murid akan bergerak dalam jarak yang sesuai untuk membuat jaringan dengan kadar yang pantas.

ASPEK KESELAMATAN

- Guru perlu memastikan tiang jaring dan kawasan beraktiviti dalam keadaan yang selamat.

- Menunjukkan pergerakan atau lakuan yang betul.

Aktiviti ‘MENJARING VS MASA’

RUJUKAN Boon Tong, T. (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Betty , G. (1993). Play the Game Netball. 41-47 Strand London: Blanford Viller House.

Boon Tong, T. (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Editional Board. (2005). Step by Step Sport Football. Petaling Jaya: Alpha Sigma Sdn.Bhd

Malcom Cook . (2009). Youth Football Drills age 12 1o 16. Soho Square: A & C Black Publishers LTD.

Mayes, A. (2009). Netball. 36 Soho Square: A & C Black Publishers LTD

Mohd Soffian, O., Syihabuddin, I., Tuan Kamarudin, T., & Robiaah Shuib. (2006). Kaedah Mengajar

Pendidikan Jasmani Drill Bola Baling. Shah Alam: Karisma Production sdn. Bhd.

Mohd Soffian, O., Syihabuddin, I., Tuan Kamarudin, T., & Robiaah Shuib. (2006). Kaedah Mengajar

Pendidikan Jasmani Drill Bola Tampar. Shah Alam: Karisma Production sdn. Bhd.

R.M Lenel. (1972). Gaemes in the Primary School. London: Cox & Wyman Ltd. Fakenman.

Sain Snow. (2011). Coaching Youth Soccer. United States: Human Kinetics.Inc.